Support My Blog

Wednesday, November 12, 2025

RESAM - MARI KENALNYA

POKOK RESAM
(Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae dan ia adalah tumbuhan invasif yang banyak tumbuh di Malaysia dan negara tropika yang lain. Tumbuhan ini yang di gelar juga sebagai 'Paku Adam' selalunya hidup dilihat ia subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain yang cepat membiak. Bagaimana pun resam ini amat gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak. bagi penulis blog yang memang sudah kenal akan tumbuhan resam kerana memang banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan jenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas. Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan rumpai pokok resam dalam ''Anim Agro Technology'' yang mempunyai beberapa fakta manarik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Struktur dan tekstur daun dan batangnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak apabila di ramas dimana ujud bau kuat dimana ramai yang tidak mahu untuk memakannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur adalah lembut dan cantik bentuknya seakan pucuk pakis gajah yang enak dimakan. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai apakah dia dan bagaimana untuk menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat dalam bentuk proses dan sebagainya. Pucuk rumput resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru terutama semasa musim hujan. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan cara menebas pokok tersebut atau pun kemudian ia disembur demham jenis racun rumpai sistemik dan kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan yang ada rimbuhan resam tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuk bercucuk tanam setelah ia menjadi gembur. Bagaimana pun selalunya kaedah kawalan pokok resam perlu dijalankan secara berterusan didalam menjadikan yang di kawasan kebun akan bebas dari pokok resam yang merupakan tumbuhan yang invasif serta sukar dikawal jika ia sudah merebak luas. Cara mengawal resam perlu dilakukan kerana ia bersaing dengan tanaman sayuran dan buah-buahan dalam mengguna ruang, makanan dan juga menjadi perumah kepada serangga perosak dan patogen. Sifat pokok resam seakan menyamai lalang dimana apabila ia sudah lama ia 'established' disuatu kawasan perlukan ilmu dan cara yang tepat untuk proses mengawalnya. 
Apa yang 'kurang menarik' mengenai resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap dimakan, memang puaslah kita makan kerana ia mudah dan banyak boleh didapati. Daunnya yang agak keras selalu ia akan mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak yang kuat dimana kita tidak mahu makannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur adalah lembut dan cantik bentuknya. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat. Pucuk resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan menebas pokok tersebut atau menyembur racun rumpai kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuik bercucuk tanam dan gembur. Bagaimana pun kawalan resam perlu dijalankan secara berterusaan didalam kawasan kebun.


Dari beberapa kajian dan rujukkan dimana kegunaan pokok resam dalam pertanian dan ekonomi agak kurang di buat kajian. Pokok resam dilaporkan hanya mempunyai kegunaan tradisional seperti batang tangkai daunnya digunakan sebagai alat tulis (kalam) untuk menulis manuskrip sahaja manakala daunnya pula digunakan untuk rawatan kesihatan tradisional seperti mengurangkan demam dan cirit-birit. Selain itu dilaporkan jika resam ini juga turut memberikan sumbangan terhadap aktiviti biodiversiti dengan menjadi habitat kepada pelbagai spesies haiwan seperti serangga, mamalia kecil, dan burung. Paling banyak di kenali dimana dari segi kegunaan tradisional batang resam ada digunakan sebagai salah satu 'Alat tulis' dimana batang tangkai daunnya boleh digunakan sebagai kalam (alattulis0 untuk menulis manuskrip kaedahi yang pernah dilakukan di sekolah pada zaman dahulu. Bagaimana pun kini denga adanya komputer dan alat cetak moden maka kaerja ini sudah boleh menggunakan komputer sahaja untuk membuat tu;idan khat moden yang sangat mudah. Dalam pada itu di dunia kesihatan dimana pokok resam ada diguna untuk rawatan demam dengan mengambil daunnya diman akemudian ia diramas bersama air sehingga berbuih dan  kemudian disapukan pada badan untuk meredakan demam panas kemudiannya. Terbukti juga secara tradisional dimana daun resam baik untuk rawatan cirit-birit diman caranya adalah menggunakan bahagian daunnya direbus, disejukkan kemudian ia dicampur sedikit garam dan diminum untuk mengubati masaalaah cirit-birit dengan berkesan. Ada juga dilaporkan kalangan mereka yang selalu masuk hutan akan menggunakan pokok resam sebagai 'Alas Duduk' atau sesuai sebagainya dimana diambil semua dahan atau daunnya boleh digunakan untuk dijadikan alas bagi meletakkan makanan atau alas duduk atau alas tidur juga. Paling saintis suka diimana kehadiran pokok resam dalam habitat asalnya juga sangat beguna dalam alam ekologi bagi habitat semulajadi yang lestari. Ini kerana daunnya yang lebat menyediakan habitat dan perlindungan untuk pelbagai serangga, mamalia kecil dan burung serta ia mampu menyumbang kepada keseimbangan ekologi dan biodiversiti tempatan.


Menarik fakta dalam hmetro.com yang bertajuk 'Sentuhan emas kayu resam' untuk di konngsikan. Kisah dari Shah Alam dilaporkan yang pokok kayu resam yang tumbuh meliar dalam hutan di negara ini adalah kalam utama untuk penulisan kaligrafi ayat al-Quran. Apa pun perkara ini dikongsikan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu Mohd Zulfikri Mohd Sobri, yang juga penulis al-Quran di yayasan berkenaan sejak 19 tahun lalu. Kelebihan kayu ini ialah, ia mampu memberikan 'sentuhan emas' yang menghasilkan tulisan khat al-Quran sangat cantik, halus dan unik. Setiap kayu ini dipotong sepanjang 15 sentimeter (cm) untuk dijadikan pensel khat, dengan bahagian hujungnya dibentukkan mata pena khat (mata serong). Kayu resam ini akan dicelup dengan dakwat hitam akrilik yang diimport dari Jerman untuk menulis setiap perkataan khat di atas kertas muqahar (kertas khas untuk tulisan khat). Bagi peringkat pertama, lakaran akan dibuat bagi menghasilkan al-Quran. Kertas muqahar adalah kertas tradisi yang digunakan sejak zaman Uthmaniah dan walaupun kini ramai penulis menggunakan pen khat besi, Yayasan Restu masih mengekalkan kaedah penulisan tradisional iaitu tulisan tangan menggunakan kayu pokok resam kerana hasil penulisannya sangat baik. Sebatang pensil khat pokok kayu resam ini boleh bertahan hingga ratusan tahun dan satu lagi kelebihan pensil khat pokok kayu resam ini ialah, ia boleh menulis khat di atas batu atau cengkerang siput. Setakat ini, dia sudah menulis lima naskah al-Quran mushaf Malaysia dimana setiap naskah al-Quran mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya, termasuk membuat zukhuf (hiasan). Bagi seorang jurukhat boleh menyiapkan dua hingga tiga muka surat al-Quran sehari dimana ini adalah masa standard yang ditetapkan. Kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dilakukan secara terlalu laju atau perlahan kerana ia boleh menjejaskan ketelitian hasilnya. Apa yang uni di Malaysia apabila semua kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran dilakukan beramai-ramai (lima orang) yang mengetengahkan konsep kerjasama dan berjemaah. Kes ini agak berbeza di negara Arab sebab hanya seorang jurukhat yang menulis senaskah al-Quran. Dalam yayasan ini dilaporkan memang ada lima penulis al-Quran tetap dan dibantu penuntut Restu International College yang mengikuti pengajian seni khat dan kaligrafi serta dilatih sebagai pelapis. Meskipun sudah 19 tahun dalam bidang berkenaan akan tetapi dia juga masih meneroka ilmu seni khat dan kaligrafi kerana ianya sangat meluas. Tulisan ini adalah satu ilmu yang sangat menarik dan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang menguasainya. Dia juga mempunyai hasrat mahu menyebarkan ilmu ini dengan cara mengajar kepada masyarakat terutama generasi muda dimana Malaysia perlu mempunyai ramai pelapis agar kesenian ini kekal terpelihara. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RESAM... ADA DIMANA-MANA...
KAWASAN LAPANG...HIJAU DAUNNYA...
BATANGNYA KERAS... DAN TAJAM JUGA...
DIBUAT PEN...TULISAN KHAT  DI GUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...