Support My Blog

Sunday, July 14, 2024

MATI SEMUT KERANA GULA

Peribahasa menarik iaitu 'MATI SEMUT KERANA GULA' amat sesuai dijadikan tauladan. Menarik peribahasa ini untuk dibincang secara teknikal dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat sekarang. Dalam membuat beberapa rujukkan dimana peribahasa 'mati semut kerana gula' seenarnya ia membawa maksud sebagai 'mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda' dan memang menepati kiasan yang dibuat. Bagi menjelaskan lagi akan peribahasa tersebut cuba fahami ayat contoh 'Oleh kerana tamak akan harta, perompak dari warga asing tersebut akhirnya berjaya diperangkap oleh tuan rumah menggunakan kamera tertutuo dan di tangkap oleh pihak polis kerana bagai orang kata matinya semut kerana gula'
Pasti ramai di antara kalangan masyarakat yang pernah mempunyai pengalaman melihat ada balang gula di rumah dikerumuni dan dimasuki oleh semut. Walau pun sudah di tutup rapat namun kadang kala masih hairan bagaimana semut ini boleh masuk kedalam balang yang ada gula yang manis. Selalunya cara untuk mengeluarkan semut itu memang ia pastinya leceh dan akan mengambil masa yang lama. Ada yang selalu cuba menjemurnya di tengah panas agak lama sehingga semut lari keluar dan paling senang dengan tebarkan gula tersebut di atas dulang zink atau plastik dan kemudian dijemur. Oleh sebab itu kalangan pembaca mungkin ada yang tidak menghiraukan serangga semut tersebut dan terus membancuh gula ke atas makanan atau minuman yang hendak disediakan dimana kebanyakan cara kemasukan semut tidak disengajakan. Dalam budaya masyarakat tempatan di Malaysia lazimnya kehadiran semut tidaklah ia “dihidangkan” bersama air minuman tetapi sebaliknya kes ini berlaku hanyalah termasuk secara tidak sengaja apabila cuba memasukkan gula. Ini satu kaedah bagaimana peribahasa 'mati semut kerana gula' yang paling mudah untuk difahami pembaca semua. Selalunya semut yang masuk secara tidak sengaja kedalam makanan atau minuman tidak menajiskan air minuman kerana sifatnya hanyalah sebagai pengikut dan bukannya tujuan. Dalam artikel siakapkeli.my yang nyatakan dia merujuk kepada tulisan Syeikh Sulaiman al-Jamal lagi berkenaan fatwa Imam Ibn Hajar al-Haitami iaitu “Jika seekor lalat terjatuh ke dalam suatu cairan, dan tidak mengubahnya, lalu cairan itu dituang ke atas cairan yang lain, maka hukumnya tidak memberi kesan (menajiskan) berdasarkan hukum zahir, kerana kesucian cairan pertama itu berpunca daripada kesukaran untuk mengawal. Aku (al-Jamal) berkata: 'Itulah yang zahir, sekalipun penuangan itu berlaku sebelum diangkat lalat itu daripada bekas yang dituang. Kes ini tidak jauh. Sekalipun jika kita berkata hukum memudaratkan sekiranya kita melontarkan lalat yang sudah mati, kerana perbuatan melontarkan itu (hanya) mengikut kepada pelontaran bahan cairan (yang pertama); bukan tujuan (yakni pelontaran lalat dalam cairan itu bukan perbuatan sengaja sebaliknya hanya mengikut).'  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai semut dan gula yang menjadi asas kepada peribahasa ini untuk dijadikan bahan rujukkan.


SEMUT (Ants)
merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu (Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan bermasyarakat.


GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' serta peribahasa 'Mati semut kerana gula' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya dan juga' juga makna 'mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda''. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan sepertiSukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. 


Berlainan dengan berita dari luar negara bertajuk 'Petani guna semut kawal serangga perosak' yang sesuai dirujuk dalam artikel kali ini. Sumber Agensi melaporkan dimana berita dari Sydney, Australia bila ada sekumpulan petani yang memanfaatkan kelebihan semut dapat mengawal ancaman serangga perosak dengan lebih baik berbanding penggunaan bahan kimia, demikian mengikut satu kajian terbaru. Hasil 70 kajian semula terhadap semut mendapati, petani di kawasan hutan hujan tropika menggunakan peralatan paling asas untuk menangkap, menternak dan melatih kumpulan semut bagi membunuh serangga lebih besar. Jurnal Applied Ecology berkata, hasil kajian yang dilakukan di Asia, Afrika dan Australia dimana mencadangkan petani di Eropah turut menggunakan semut untuk mengawal serangan serangga perosak. Penulis jurnal, Dr Joachim Offenberg dari Universiti Aarhus, berkata semut adalah pemburu hebat dan serangga itu berkerja secara bergotong-royong. Dilaporkan apabila seekor semut menemui mangsa, dengan menggunakan 'feromon' bagi mendapatkan bantuan semut lain yang berada di sarang maka ia dapat menewaskan serangga yang lebih besar. Hasil kajian juga terhadap tanaman kacang gajus di Australia mendapati petani yang menggunakan semut, mencatat mengawal serangan serangga perosak 50 peratus lebih berkesan berbanding racun serangga. Kualiti tuaian hasil juga meningkat sebanyak 71 peratus. Semut diberi makan larutan gula untuk membantu mereka membiak. Tali diikat antara pokok bagi memudahkan pergerakan semut untuk memperkukuh sistem pertahanan. Hasil dari kajian terhadap lebih daripada 50 spesis serangga perosak menunjukkan semut melindungi tanaman seperti koko, limau, kelapa sawit dan ia mampu menandingi racun serangga. Dr Offenberg yang melakukan kajian terhadap semut selama 20 tahun mencadangkan supaya Eropah mempelajari sesuatu daripada kaedah itu kerana petani yang menanam epal boleh menjimatkan wang dengan mana dia menggunakan semut kayu bagi menyerang rama-rama musim sejuk. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ADA GULA... BERKUMPUL SEMUT DISANA
BEBAS DAPAT MAKAN GULA....IA PERCUMA...
TERLALU KENYANG... TETAPI MERBAHAYA...
AKHIRNYA MATI... PERLU SEMUA WASPADA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(11 Rabiulakhir 1445H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...