Support My Blog

Monday, July 22, 2024

INDUSTRI KOKO DI MALAYSIA - LAPOR MEDIA

INDUSTRI KOKO
(Theobroma cacao) di Malaysia agak semakin kurang di bincangkan di media dan dikalangan para pemain industri. Bagaimana pun beberapa media melaporkan dimana industri koko di Malaysia dijangka akan menyumbang sebanyak RM8.2 bilion kepada pendapatan negara pada tahun 2024. Dilaporkan keluasan tanaman koko di Malaysia meningkat kepada 6,123 hektar dengan negeri Sabah merupakan paling luas penanamannya. Koko kekal menjadi tanaman komoditi penting negara dengan sumbangan pendapatan meningkat lima peratus kepada RM8.2 bilion pada tahun lalu berbanding RM7.8 bilion pada 2022. Sebahagian besar hasil komoditi itu adalah daripada pendapatan eksport produk koko separa siap seperti lemak koko dan serbuk koko. Asasnya dimana keluasan tanaman koko di negara ini turut mencatat sedikit peningkatan kepada 6,123 hektar pada tahun 2023 berbanding seluas 5,985 hektar pada tahun 2022. Apa pun dengan peningkatan 138 hektar ini adalah hasil daripada Program Tanaman Baru Koko yang dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM). Negeri Sabah masih lagi negeri yang mempunyai keluasan tanaman koko terbesar di negara ini iaitu 3,572 hektar atau 58% daripada keluasan tanaman koko Malaysia. Sebanyak 89 peratus keluasan tanaman koko Malaysia adalah diusahakan oleh pekebun kecil koko. Ketika ini pengeluaran biji koko dunia termasuk jumlah yang dihasilkan di Malaysia masih mengalami penurunan atas pelbagai faktor seperti kenaikan harga input pertanian dan serangan ulat serta penyakit. Dalam pada itu permintaan biji koko dunia adalah semakin meningkat yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak harga biji koko dunia. Kini di Malaysia dimana harga biji koko kini mencecah RM17 sekilogram berbanding RM8 sekilogram pada 2022. Hasil pengeluaran biji koko Malaysia juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah keperluan pengisaran tempatan. Pihak LKM melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan produktiviti koko dimana antaranya menerusi peningkatan kecekapan pengurusan kebun menggunakan mekanisasi, data digital dan teknologi 'Internet of Thing' (IoT). Kini pendekatan melalui penggunaan teknologi pertanian pintar diharapkan dapat menarik minat pengusaha estet atau ladang dan generasi baharu untuk terbabit dalam penanaman koko. Teknologi mekanisasi industri koko akan dilakukan melalui pihak LKM. LKM diperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tempoh 2024 hingga 2025 bagi merancakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai status industri koko di Malaysia seperti dilaporkan dlaam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam bharian.com ada dilaporkan kisah  '
Keluasan tanaman koko diperluaskan' dimana Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan keluasan tanaman koko diperluas kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun, berbanding 5,985 hektar pada 2024. Apa pun dilaporkan sasaran dibuat dengan menumpukan varieti koko premium yang mampu menembusi pasaran khusus itu akan dilaksanakan melalui penanaman di kawasan dikenal pasti. Dilaporkan prospek pasaran koko dalam negara dijamin oleh pihak KPK dimana komoditi ini diberi peruntukan bagi meningkatkan peluasan tanaman sehingga 10,000 hektar seperti disasarkan dengan permulaan RM3 juta untuk 2025. Sudah di sasarkan usaha memperkasa industri koko didalam usaha menggalakkan aktiviti penanaman sebagai sumber ekonomi negara. Apa pun KPK kini komited memperkasakan semula industri koko dengan melihat sektor huluan dan hiliran sebagai platform penjanaan pendapatan. Kedua-dua sektor tersebut dilihat mampu menambah nilai melalui penghasilan produk akhir yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Terkini harga pasaran koko berada pada kedudukan baik dan jumlah pengeluaran sudah mencapai sehingga RM20,000 setiap tan. Kaedah menjenama dan mempromosikan produk premium koko tempatan sebagai koko asal tunggal dan koko berperisa unik dijalankan kerana dilihat kaedah seperti ini membolehkan lebih ramai pengusaha mempromosi keunikan rasa koko setempat. cara ini dijangka akan dapat menjadi tarikan kepada pembuat coklat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti pengeluaran produk huluan berkualiti juga akan ditingkatkan menerusi dalam Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko yang sudah sekian lama ia dilaknsanakan. Dilaporkan ia membabitkan projek tanaman koko integrasi di kawasan seluas 550 hektar melalui fasa pembangunan yang menyediakan pelbagai kemudahan, antaranya mini pemprosesan koko di kelompok pengeluaran koko untuk menyokong dan membantu pekebun kecil.


Dalam portal bernama dilaporkan '
M9.5 juta pulih, tanam kebun koko' sesuai di kongsikan infonya. Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan melaksanakan beberapa projek pemulihan kebun koko seluas 2,126 hektar selain tanaman baharu seluas 350 hektar tahun ini menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan sebanyak RM9.5 juta. Dilaporkan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari dimana industri koko berpotensi untuk memberi pulangan lumayan kepada kira-kira 5,317 pekebun kecil koko yang merangkumi 89 peratus atau 5,445 hektar daripada kawasan tanaman koko di Malaysia. Dia juga menggalakkan pekebun kecil untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan pengeluaran koko Malaysia dan pada masa sama menjana pendapatan. Industri koko Malaysia telah melalui tempoh yang mencabar dalam beberapa dekad yang lepas apabila kejatuhan harga koko pada akhir tahun 1980-an selain serangan serangga perosak pada awal tahun 1990-an. Dilaporkan tahap pengetahuan bagi kawalan penyakit dan perosak koko pada ketika itu telah mendorong pengusaha ladang untuk beralih kepada tanaman lain. Kini bagi tujuan membangunkan semula industri koko tempatan dimana pihak LKM akan melaksanakan projek pemulihan kebun koko seluas 2,126 hektar selain projek tanaman baharu seluas 350 hektar menerusi peruntukan RM9.5 juta. Kini keluasan tanaman koko di seluruh negara menurun daripada 193,000 hektar pada tahun 1990 kepada cuma 6,123 hektar. Bagaimana pun dilaporkan pengeluaran biji koko negara telah menurun dengan ketara daripada 247,000 metrik tan pada tahun 1990 kepada hanya 270 tan pada tahun 2023. Apa yang berlaku hari ini ialah kita import koko hampir 550,000 tan tetapi dilaporkan yang Malaysia menjadi negara yang mengeksport koko dalam bentuk yang diproses (dikisar) yang hebat dimana kini ia menempatkan kita di tangga yang ke-40 antara pengeluar koko dunia bagi tahun 2022/2023. Apa pun dilaporkan dimana disebalik cabaran dan isu yang dihadapi adalah diyakini bahawa industri koko mempunyai potensi amat besar untuk menjana pendapatan tinggi kepada ekonomi negara dan hal ini disokong oleh dua faktor utama iaitu Malaysia antara pemain utama koko di dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran. Pada 2023, sebanyak 370,207 tan biji koko telah dikisar di Malaysia, menjadikan negara ini pengisar kelima terbesar di dunia, selepas Ivory Coast, Belanda, Indonesia dan Jerman. Industri koko negara juga telah menyumbang sebanyak RM8.2 bilion kepada hasil eksport negara. Angka ini tidaklah memberi gambaran yang lengkap kerana Malaysia merupakan pengimport bersih koko kerana dilaporkan pada tahun 2023, Malaysia hanya menghasilkan 270 tan biji koko manakala mengimport sebanyak 533,000 tan biji koko. isu bagaimana pengeluaran tempatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan industri perlu di ketahui dimana biji koko yang diimport ini akan dikisar untuk tujuan eksport ataupun diproses untuk mampu menghasilkan produk koko. Industri koko mempunyai potensi yang cukup besar adalah harga koko yang tinggi dan telah meningkat dengan mendadak sebanyak 200 peratus daripada sekitar RM9,000 bagi setiap tan pada tahun 2023 kepada lebih RM28,000 bagi setiap tan pada April 2024. Pihak pertubuhan Koko Antarabangsa (ICCO) menjangkakan harga ini kekal tinggi dan konsisten bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.


Dalam portal hmetro.com juga telah melaporkan dimana 'Sasar RM8 bilion hasil eksport produk koko' sesuai di kongsikan. Media tersebut laporkan dimana Malaysia berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran RM8 bilion pendapatan eksport produk koko bagi tahun ini biarpun negara berdepan fenomena El-Nino. Menurut Lembaga Koko Malaysia (LKM) dimana fenomena El-Nino yang sering melanda negara dilihat tidak memberi kesan amat signifikan terhadap industri koko secara keseluruhannya. Sasaran pendapatan eksport koko dilihat tidak akan terjejas dan mampu dicapai termasuk sasaran bekalan biji koko pada tahun ini iaitu sebanyak 80 tan metrik. Jika isu El-Nino menyebabkan cuaca panas ekstrem sudah pasti ia akan menjejaskan pengeluaran koko tetapi tidak semua tempat di negara ini mengalami El-Nino. Selain bergantung dengan biji koko tempatan dimana Malaysia juga mengimport dari negara lain. Berdasarkan perkembangan industri koko yang positif dan permintaan semakin meningkat dilaporkan tiada masalah untuk negara mencapai sasaran RM8 bilion terbabit. Sektor pembuatan coklat salah satu penyumbang utama kepada sektor hiliran industri koko dan perolehan eksport koko pada 2022 meningkat sebanyak 13 peratus iaitu RM7.8 bilion berbanding RM6.8 bilion pada 2021.  Diantara cadangan yang dipersetujui adalah LKM melalui Koperasi Kluster Koko akan membekalkan kira-kira 90 metrik tan biji koko kering tempatan dengan kualiti gred SMC1 dan kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) koko, coklat dan program pemasaran. Akibat dari jumlah permintaan tinggi daripada bekalan biji koko tempatan serta tawaran harga tinggi terhadap biji koko berkualiti, maka pekebun kecil koko diharap dapat terus mengusahakan tanaman koko serta meningkatkan hasil pengeluaran. Dilaporkan setakat ini ada beberapa pengusaha 'chocolatier' coklat artisan tempatan mula meningkatkan penggunaan biji koko premium tempatan. Ada beberapa syarikat antarabangsa juga turut berminat untuk mendapatkan biji koko premium Malaysia dan ini satu senario positif yang diharapkan menjadi pemangkin kepada jumlah peningkatan pengeluaran biji koko premium tempatan. Dilaporkan dimana dari Januari hingga Mac 2023 jumlah perolehan eksport coklat juga meningkat sebanyak 30% iaitu kepada RM387.7 juta berbanding RM297.9 juta pada tempoh sama tahun 2022. Kini bagi memastikan kilang pengisar koko tempatan terus beroperasi maka bekalan biji koko perlu mencukupi dan pada masa kini lebih 90 peratus adalah biji koko yang diimport. Apa pun bagi meluaskan lagi tanaman koko dalam negara maka pihak LKM akan melaksanakan projek Tanaman Baharu 2023 dengan sasaran keluasan 200 hektar di seluruh negara, iaitu 100 hektar adalah di Sabah, 80 hektar di Sarawak dan 20 hektar di Semenanjung dimana jumlah keluasan tanaman koko negara setakat ini adalah 5,985 hektar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
INDUSTRI KOKO.. ADA DALAM MEDIA....
LUAS BERTAMBAH... SEDIKIT SAJA...
NILAI RM8.2 BILLION... SASARANNYA...
MEKAN COKLAT... SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Jalan Surian 3, Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(11 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...