Support My Blog

Tuesday, April 23, 2024

TEKNOLOGI MENANAM BUAH KERAS

BUAH KERAS
atau BUAH KEMIRI (Aleurites molucana Wild) adalah dihasilkan dari pokok yang dipercayai berasal daripada Malaysia tetapi kini sudah kurang diushaan secara komersil di negara ini. Di laporkan dari beberapa sumber dinyatakan iaitu dimana kini tanaman buah keras menyebar ke India, Filipina, Indonesia, Australia, Kepulauan Pasifik dan sehingga sejauh ke Brazil. Penulis blog ada menulis artikel ringkas mengenai buah keras pada tahun 2011 (sudah lebih 12 tahun yang lalu) dimana sudah banyak maklumat baharu mengeai tanaman ini yang mana artikel terseut boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Merujuk kepada laporan statistik tanaman rempah ratus d Malaysia apa yang penulis blog semak memang tidak ada dilaporkan jumlah keluasan bagi tanaman buah keras di laporkan secara komersil di Malaysia. Apa yang penulis blog pasti dimana b
uah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan tempatan. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan. Buah keras juga mampu elakkan santan menjadi pecah (minyak) dalam masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak. Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras sebaiknya ia terlebih dahulu perlu digoreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan dikisar halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah dan dikisar halus. Selain daripada kegunaan dalam masakan ada laporan dimana buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu. Diantara khasiat buah keras adalah dimana minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin. Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang. Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti shampo, sabun, lulur badan dan sebagainya. Daunnya juga didakwa boleh menghilangkan sakit kepala. Artikel pada malam ini dlam blog "Anim Agro Tchnology" saya paparkan mengenai teknologi penanaman pokok buh keras untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menanam pokok buah keras atau pokok kemiri memerlukan ilmu pengetahuan, tanah, modal dan teknologi serta strategi pemasaran sehingga ia boleh berikan pendapatan. Tanaman pokok buah keras 
adalah tanaman kategori rempah yang biasanya dimanfaatkan sebagai rempah dalam masakan atau diproses sebagai minyak. Tanaman ini tersebar di beberapa negara termasuk yang agak luas di tanam di India, China, Asia Tenggara dan Indonesia, Polynesia, dan New Zealand. Negara jiran iaitu Indonesia dimana aktiviti penanaman buah keras dilakukan oleh pekebun kecil dan dilihat ianya tumbuh dengan baik pada ketinggian 0 sampai 800 meter dari paras laut dan mampu mengeksport juga. Selain ketinggian lokasi penanaman dilaporkan dimana faktur curahan hujan dan suhu dipersekitaran juga turut mempengaruhi kadar pertumbuhan tanaman ini. Jumlah hujan yang ideal untuk pertumbuhan pokok buah keras adalah diantara 1,500 sehingga 2,400 mm/tahun dengan suhu antara 20 - 30 C. Sumber benih yang baik, penjagaan yang sempurna, pokok yang produktif dan kualiti buh keras akan menentukan gred buah yang dihasilkan dan harga yang akan diperolehi. Sebaiknya bahan tanaman atau benih untuk buah keras didapatkan dari pembekal anak benih yang sudah disahkan atau membuatnya sendiri ditaak semaian. Pilih dari biji tanaman pokok buah keras yang sudah matang atau sudah sudah tua kerana biji dari pkok ini adalah selalunya ia lebih subir dan cepat bercambah. Sebelum menyemai biji benih buah kers ada 3 perkara yang perlu dilakukan. Pertama adalah dengan merendam biji benih buah keras tersebt dalam air dingin selama 15 hari dan kemudian ia boleh di pukul biji tersebut sehingga bahagian yang runcing retak. Kemuidan sebaiknya perlu dikikis lapisan mikrofil biji tersebut sampai tempurungnya tipis. Perkara kedua adalah dimana sebaiknya di bakar biji buah keras dengan ianya diletakkan dalam bara api yang di tutup dengan penutup sesuai setebal 10 cm semasa membakar. Setelah semua biji ini terbakar maka bolehlah disiram dengan air sampai apinya padam. Perkara ketiga dimana 6 hari kemudian maka digalakkan agar pembakaran diulang. Rawatan dengan cara merendam biji buah keras dalam larutan KNO3 pada kepekatan 0.2% selama 30 minit untuk permudahkan proses percambahan yang seragam. Kemudian biji ini sudah boleh dibersihkan dan disemai kedalam polibeg yang berisi media semaian dimana kesannya biji ini akan tumbuh seragam. 


Aktiviti an proses penanaman anakbenih buah kers ini dimulakan dengan cara menyediakan tanah di kawasan kebun. Tanah perlu dibersihkan dengan cara perlu dibajak dahulu atau mencangkulnya (jika kawasan kecil dan bercerun) dan elakkan daripada sebarang semak samun dan rumpai. Jarak penanaman pokok buah keras disesuaikan mengikut keadaan tanah dimana jika menanam untuk pengeluaran biji disyorkan ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter. Dalam pada itu jika menanam pokok buah keras untuk tujuan menghasilkan kayu maka disyorkan menanam dengan jarak rapat iaitu 4 meter x 4 meter. Sediakan lubang penanaman sesuai dengan tanah dan sebaiknya berukuran 60 x 60 x 60 cm. Pastikan untuk memisahkan diantara tanah bahagian atas dan bawah untuk tujuan enanaman kelak. Digalakkan agar tanah yang digali dari bahagian bawah ini untuk iau dicampur dengan baja organik dengan kadar perbandingan 1:1. Biarkan lubang penanaman selama seminggu sebelum menanam. Semasa musim kemarau dan tiada sumber air maka lubang boleh ditimbus terus dalam lbang. Namun jika aktiviti penanaman dilakukan semasa musim hujan, maka campuran tanah dengan baja organik boleh dibiarkan terlebih dahulu berada dekat dengan lubang penanaman. Cara menanam anakbenih buah keras adalah dengan meletakkan benih pada lubang tanam yang siap tanam dan kemudian perlu di tutup lubang tanaman dengan tanah topsoil dan dipadatkan agar benih tidak mudah tumbang kelak. Pastikan disekeliling pokok buah keras yang baru ditanam sentiasa bersih daripada rumpai bermula dari 1 - 3 bulan penanaman. Aktiviti mengawal rumpai ini kemudian hanya perlu dijalankan 3 bulan seali sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kawalan rumpai disyorkan dengan cara gunakan cangkul atau tajak secara manual bagaimana pun kalau kawasan kebun luas boleh menggunakan racun rumpai yang seburan dilakukan secara terkawal. Semasa membuang rumpai lakukan juga aktiviti penggemburan tanah dipangkal pokok agar lebih tegap. Aktiviti penyiraman mesti dilakukan selepas menanam kerana anak pokok muda ini sangat sensitif dengan keadaan tanah yang kering. Penyiraman mesti dilakukan secara rutin terutama pada musim panas diperingat awal penanaman.


Amalan agronomi dalam penanaman pokok buah keras adalah Aspek Pembajaan. Membaja dengan baja organik dan baja jenis NPK 15:15:15 diperingkat pertumbuhan vegetatif sangat perlu dilakukan secara berjadual dan kadar sesuai. Sebanyak 2kg sepokok baja organik sesuai diberikan semasa pokok masih muda. Kemudian bila pokok buah keras ini sudah berada diperingkat mula berbunga dan berbuah diberikan baja NPK 12:12:17:2 dan baja organik (10 -30 kg sepokok) untuk penghasilan buah yang maksima. Adalah disyorkan jika amalan pembajaaan baja organik dengan membenamkannya sedalam 10 cm di bawah permukaan tanah. Sementara itu disyorkan baja NPK diberikan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu pada awal dan akhir musim hujan. Cara pemberian baja NPK ini pula sebaiknya dengan membuat lubang untuk ia di tanam di sekeliling batang pokok dan ditutup terutama jika tanah bercerun. Amalan Mencantas (Pruning) sebaiknya dilakukan di awal musim hujan dimana cara cantasan dilakukan adalah dengan memangkas dahan yang rosak atau lemah, dahan mati, atau pun susunannya terlalu dahan terlalu rapat (dibuat penjarangan dahan). Kawalan serangga perosak dan penyakit perlu dijalankan sjak awal penanaman dengan sentiasa membuat pemeriksaan diagnostik. Semburan racun organik sesuai dibuat terhadap pokok buah keras kerana jika menggunakan racu kimia dikhuatiti ia akan menjejaskan kualiti buah yag dihasilkan. Kawalan dengan racun kimia hanya dilakukan jika kadar serangan serangga perosak dan penyakit serius. Penjagaan baik membolehkan pokok buhah keras yang ditanam dari bijibenih akan berbuah setelah pokok ditanam dan berumur 3 sampai tahun. Penuaian buah keras boleh dilakukan 2-3 kali setahun dengan memungut buah keras yang sudhah gugur diatas tanag. Biji ini dikutip dan dikumpulkan sebelum dipecahkan untuk ambil bujnya yang keras (ia boleh disimpan sehingga 3 tahun). Cara mudah bagi memecahkannya secara manual adalah dengan meeletakan biji buah keras dengan kulit keras kedalam kain dan di hentakkan kepada batu sehingga pecah dan isinya boleh dikumpulkan. Secara umumnya harga pasaran buah keras mengikut kualiti dan musim. Buah keras dgunakan sebgai bahan penyedap masakan seperti sup, kari, masak merah ayam, rendang, semua jenis tumisan sayuran dan sebagainya. 


Penulis blog dapati dimana walaupun biji ini boleh dimakan namun begitu buah keras atau nama botaninya Aleurites moluccana merupakan pokok rasmi di Hawaii dimana ia perlu dimasak sebelum dimakan kerana jika dimakan mentah dilaporkan ia memang mempunyai bahan toksik (Saponin dan Phorbol) yang tinggi yang merbahaya kepada kesihatan. Pun begitu dilaporkan diantara kegunaan buah keras adalah ia mampu menghilangkan tanda-tanda regangan di perut. Apa pun selain buahnya yang digunakan sebagai rempah dalam masakan didakwa terdapat beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Daun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Daun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan organ tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan. Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam sistem perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar, tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Di Sumatera pula dilaporkan dimana biji buah keras yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut. Memang hebat khasiat buah keras dimana ia mampu menghilangkan nafas berbau. Apa pun lazimnya masalah berkaitan pencernaan juga ianya dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Di Hawaii dilaporkan iaitu buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu untuk dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut. Dalam kes lain dimana air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran boleh amalkan ambil getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Bahagian kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk. Tidak pelik jika ada dakwaan buah keras digunakan untuk rawatan tumor seperti dilaporkan di Jepun dimana kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan. Di Jawa pula ada digunakan kulit kayu pokok buah keras ini untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak suburan wanita. Walaupun kisah diatas terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah diawasi dan sentiasa mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam....!
BUAH KERAS... KEMIRI SAMA SAHAJA...
MUDAH DITANAM... SEMAIKAN BIJINYA...
DI SIRAM, DIBAJA... 3 TAHUN BUAH ADA...
PELBAGAI KHASIAT... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441, 4th Floor,
Sand & Sandas Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(10 Safar 14445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...