Support My Blog

Thursday, August 31, 2023

ARANG KAYU BIASA VS ARANG KAYU BRIKET (Part 2)

ARANG KAYU
(Bukan Arang Batu) adalah merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan. Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen. Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu. Berbeza pula dengan 'Arang Batu' atau 'batu arang' adalah sejenis batu enapan hitam mudah terbakar terdiri utamanya dari karbon sebati sikit dengan unsur-unsur lain seperti hidrogen (dalam bentuk hidrokarbon), sulfur, oksigen dan nitrogen. Sejak dulu dimana sebelum penggunaan gas dalam memanaskan bilik atau memasak lazimnya orang-orang menggunakan arang hampir setiap hari untuk keperluan rumah tangganya. Mungkin untuk kebanyakan orang dan disesetangah kawasan dimana penggunaan arang lebih popular untuk keperluan memasak. Selain itu apa yang penulis blog tahu dimana arang juga digunakan untuk kegiatan lain terutama dalam sektor tanaman atau mereka yang minat berkebun dimana mereka tahu manfaat arang ini untuk tanaman namun tidak untuk orang-orang awam yang lain. Arang adalah bahan yang sangat mudah untuk semua orang mendapatkannya sebagai bahan pembakaran penting terutama jika ada yang berminat dengan membuat Majlis BBQ untuk membakar sate, daging bakar, ayam bakar, mushmelo dan sebagainya. Di Malaysia bekalan arang boleh dibeli di kedai runcit, mini market, pasaraya, di pasar biasa malahan kini boleh didapatkan melalui belian secara atas talian )on-line) sahaja. Harga arang kayu pun mampu di beli walau pun ada sedikit kelainan dari segi harga, kualiti dan kuantiti yag dibeli. Artikel pada malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta menarik iaitu mengenai perbezaan antara arang kayu dengan arang kayu briket untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog.


Mungkin masih ramai kalangan pembaca blog ini yang tidak tahu fakta iaitu apakah dia 
perbezaan di antara arang kayu biasa serta arang kayu briket yang sudah ada di pasaran. Perbezaan pertama adalah JENIS BAHAN ASAS yang digunakan. Secara umumnya arang kayu biasa akan menggunakan pelbagai bentuk asal kayu yang telah diproses atau pun sudah dibakar untuk dijadikan arang. Apa yang penulis blog faham dimana arang jenis ini adalah ia 100% dari bahan asal (kayu) yang diambil dari pelbagai jenis, saiz dan kualiti pokok yang dipilih. Di Malaysia paling popular di jadikan arang kayu biasa adalah Arang Kayu Bakau yang diambil dari pokok bakau yang banyak tumbuh dikawasan hutan pantai. Memang di beberaa negara lain pun dilaporkan diantara yang popular di gunakan adalah jenis pokok kayu bakau dan pokok balak. Berlainan ula dengan jenis arang briket yang mana ia menggunakan bahan asas habuk kayu dari kilang dari bahan terutama habuk arang kayu (bercampur) dan kemudian ia akan dicampurkan dengan arang tempurung kelapa (kerana kandungan bahan arang tempurung kelapa dalam arang briket menentukan kualiti arang). Lebih tinggi kandungannya maka lebih berkualiti arang briket tersebut yang dipasarkan. Apa pun ada juga bahan lain termasuk bahan natural seperti tepung kanji yang berfungsi untuk membentukkan arang itu di dalam acuan mengikut kemahuan pengilang. Memang penting untuk mengetahui formulasi oleh pengilang arang briket kerana sesetengah pengilang menambah lagi beberapa bahan lain (termasuk bahan kimia tertentu) untuk meningkatkan 'kualiti dan kemasan' arang briket tersebut. Dilaporkan antara bahan yang ada ditambah seperti bahana khas untuk membuatkan arang briket ini mampu menghasilkan abu yang berwarna putih dan nampak lebih cantik ketika proses pembaraan semasa pembakaran.


Faktur KEPANASAN atau SUHU dalam penyediaan dan penggunaan arang menentukan ciri perbezaan antara kedua jenis arang ini. Bagi jenis a
rang kayu biasa dilaporkan ia adalah lebih panas dan boleh menghasilkan suhu pembakaran yang lebih tinggi sehingga mencecah 1,000°C. Arang kayu sebenarnya sesuai untuk pembakaran yang pantas dan juga digunakan oleh 'pandai besi' dalam memanaskan besi bagi dijadikan pelbagai produk besi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dilaporkan dimana tahap efektif pembakaran lebih rendah kerana suhu sukar dikawal dan senang pula ia mengeluarkan api. Ada dakwaan dimana ada banyak bentuk (shape) dan zaiz arang kayu biasa dan ia berlainan untuk disusun dimana ini memburukkan lagi tahap efektif untuk mengawal bahan bakar BBQ dan ia mudah hangus. Memang bentuk dan saiz arang kayu biasa sukar untuk mendapat saiz yang segaram didalam pembungkusan dan petugas terpaksa memecahkan menggunakan tukul sebelum dimasukkan kedalam tempat pembakaran. Berlainan pula dengan jenis arang briket dimana suhu arang briket lebih rendah dari suhu arang kayu biasa dimana dilaporkan yang suhunya adalah bergantung pada kualiti briket kepanasan lingungan dari 800 - 950°C akan tetapi arang briket ini lebih senang untuk dikawal. Malah bentuk dan saiznya yang sama membuatkan tahap efektif pembakaran bahan BBQ akan menjadi lebih baik, ia mudah dikawal dan bahan BBW yang di bakar akan dapat masak dengan lebih konsisten. Perbezaan mengenai MASA UNTUK ARANG DIHIDUPKAN antara kedua jenis arang ini adalah berkaitan. Bagi jenis arang kayu biasa dimana selalunya proses menghidupkan lebih mudah kerana arang kayu biasa sangat responsif pada oksigen. Bergantung juga pada kepandaian seseorang atau tukang hidupkan arang tersebut memang ia mudah terbakar. Pada kebiasaannya dimana proses untuk menghidupkan arang kayu biasa ini akan menggunakan minyak masak, tiub tayar serta papan telur. Berlainan pula dengan jenis arang briket masa memproses menghidupkan agak mengambil masa jika tidak kena pada caranya. Disebabkan itu setiap pengeluar arang briket juga akan membekalkan 'fire starter' yang perlu dibeli berasingan untuk membantu dalam proses menghidupkan arang briket (juga sesuai digunakan untuk diguna kepada arang kayu biasa). Bagaimanapun lazimnya arang briket sangat mudah merebak setelah berjaya dihidupkan dan tidak mengeluarkan api seperti arang kayu biasa.


Melihat kepada cara dan juga kepada  PEMBUNGKUSAN kedua jenis arang ini adalah berlainan. Apa yang penulis blog lihat dimana bagi jenis arang kayu biasa bisanya ia akan dibungkuskan dalam guni atau plastik bag yang besar disebabkan bentuk yang berbeza. Juga saiz arangnya sangat berlainan kadangkala ada arang yang terlalu besar dan ada yang terlalu kecil. Setiap bungkusan berada dalam bentuk yang tidak teratur dan ia juga terlalu besar dan lazimnya ia lebih berat. Semasa arang kayu ini di bawa dimana selalunya ia akan berlau kes yang mengakibatkan banyak terjadi masalah arang yang pecah dan hancur kepada pembeli yang membeli dengan kuantiti banyak. Bagi arang briket pula dimaman pada kebiasaannya ai akan dibungkus didalm bag plastik, kotak atau bag kertas yg berkualiti tinggi (Sila lihat foto disebelah). Setiap bungkusan arang briket ini adalah dalam saiz yang sama iaitu ukuran kecil tetapi mempunyai lebih berat semasa ditimbang. Ia juga sangat mudah disimpan dalam kuantiti yang banyak dan kurang risiko pecah. Menilai perbezaan dari segi MASA PEMBAKARAN dimana arang kayu biasa yang mana ia lebih responsif kepada oksigen dan komposisi material yang keras serta cirinya yang tidak padat dan masih dalam bentuk asli pepejal, maka pembaraan pada arang kayu akan disertai oleh pembakaran pada arang tersebut. Maka arang kayu biasa akan lebih cepat habis dan hanya mampu bertahan tidak sampai 1 jam pada saiz yang medium. Berlainan pula dengan arang briket yang mana ia mempunyai komposisi arang briket lebih padat disebabkan proses mampatan yang diproses di dalam acuan. Biarpun selalunya dilihat ia agak sukar dihidupkan berbanding arang kayu akan tetapi arang briket yang telah berjaya dihidupkan mampu bertahan lama iaitu sehingga 2-4 jam bergantung pada kualiti arang tersebut.


Perbezaan juga berlaku dengan melihat 
KUANTITI ABU jenis arang yang akan dihasilkan. Pengalaman penulis blog yang sering menggunakan kedua jenis arang ini mendapati dimana arang kayu biasa akan hasilkan jenis abu yang dinilai ia lebih ringan dan sedikit jumlahnya (Sila lihat foto disebelah). Penulis bloh lihat ramai pengusaha membakar sate akan menggunakan arang kayu biasa berbanding dengan arang kayu briket kenala ia lebih murah, kurang jumlah abu yang dikeluarkan dan mudah dihidupkan. Dalam pada itu jenis arang briket dilihat ada kuantiti abu pada arang briket yang dilihat ia lebih banyak disebabkan penggunaan habuk arang kayu sebagai bahan utama. Bagaimanapun terdapat juga keadaan dimana ada sesetengah arang briket berkualiti tinggi yang mampu menghasilkan tahap kuantiti abu yang juga agak  sedikit. Bergantung pada tahap kualiti arang briket tersebut. Akhir sekali adalah perbezaan dari segi KUANTITI ASAP yang berlainan diantara kedua jenis arang ini, Bagi arang kayu biasa penulis blog dapati dimana asap yang terhasil selalu sangat banyak seiring dengan asap pembakaran yang biasa akan di lihat. Bagaimana pun bagi arang briket dimana selalunya ia hanya membara dan mengeluarkan asap yang terhasil disebabkan oleh minyak bahan membakar semasa bahan BBQ dibakar. Perlu untuk di pilih arang briket yang tidak mempunyai campuran bahan kimia kerana akan arang akan menghasilkan bau kimia tersebut ketika membara. Kebiasaannya arang import seperti buatan China banyak menggunakan bahan kimia didalam arang briket mereka. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 dan sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ARANG KAYU... ARANG BRIKET APA BEZA....
ARANG KAYU... AGAK MURAH HARGANYA...
ARANG BRIKET... RAMAI YANG MENGGUNA...
HARGA AGAK MAHAL... BELI ON-LINE SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1445H).
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 66!....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...