Support My Blog

Monday, August 21, 2023

APA KEBAIKAN BAJA VERMIKOMPOS?

BAJA VERMIKOMPOS (BAJA ORGANIK CACING)
adalah sejenia baja kompos yang diperolehi dari proses hasil iaitu pereputan bahan-bahan organik (sisa tanaman) yang dimakan dan di cerna oleh cacing tanah. Vermikompos merupakan campuran kotoran cacing tanah (casting) dengan sisa media . Oleh kerana itu pada penulis blog dimana baja vermikompos merupakan baja organik yang mesra alam dan memiliki kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kompos lain yang kita kenal selama ini. Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahania merupakan baja organik yang mesra alam. Dari kajian dilaporkan antara fakta penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3 dimana maksudnya setiap 1 kg baja vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia. Lazimnya dalam proses pembuatan baja memang diperlukan sisa kotoran ternakan seperti ayam, kambing, lembu atau kerbau. Apa pun didapati dengan teknologi terkini haiwan cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja oleh haiwan cacing akan dapat mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi warna kehitaman. Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian sisa ini akan di kumpulkan dan juga di keringkan. Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman. Dalam beberapa kajian menunjukkan dimana antara kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur dan subur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro dan juga phoshobactors), asid humic atau asid fulvic, pH neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan atau buah dan lain-lain bahan. Secara teknikal dilaporkan dimana kaedah penggunaan baja vermikompos dalam tanaman seperti bagi jenis sayur berdaun dengan kadar iaitu 200g/meter persegi (disyorkan menggunakan 60%-70% semasa membajak tanah, dan bakinya diberikan semasa pengeluaran pucuk sayuran selepas 2 minggu di tanam). Kadar digunakan adalah 200 gram semeter persegi untuk jangkapanjang dan diberikan sekali lagi sebanyak 
100g semeter persegi setiap dua minggu. Kajian ekonomik yang dijalankan beberapa pihak mendakwa terdapat aspek penjimatan dan aspek keuntungan penggunaan Vermikompos diantaranya seperti ia kurangkan kekerapan aktiviti pembajakan antara musim, kurang masalah perosak, pertambahan pengeluaran hasil, mutu rasa dan juga ketahanan hasil (rasa rangup, jangkamasa simpanan yang lebih lama). Pada penulis blog yang ada melihat akan baja ini mendapati selain itu penggunaan baja vermikompos dapat penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien. Biasanya harga pukal baja vermikompos sekitar RM2.50/kg dan ia juga semakin meningkat harganya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah dia baja vermikompos dan juga kebaikan serta manafaat untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.


Kalau dahulunya 
cacing dianggap satu haiwan yang tidak mempunyai apa-apa keuntungan kepada industri pertanian. Tapi kini semua itu meleset kerana telah banyak usahawan-usahawan cacing yang telah mula bergiat didalam bidang mengusahakan pembiakan cacing khasnya untuk dijadikan baja vermin kompos. Merujuk kepada laporan media dimana salah seorang usahawan bernama En Daud B Ali yang berasal daripada kampung Kelubi Dalam, Jitra, Kedah mula berjinak-jinak dengan industri penghasilan Baja Vermi Kompos dan amat berjaya. Beliau adalah ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Lubuk Batu, Jitra yang sudah agak lama dapat mengusahakan projek penghasilan baja vermin kompos ini bermula pada Disember 2008 di atas tanah milik beliau sendiri yang berdekatan dengan kediamannya. Bagi dia memulakan projek ini yang bermodalkan sebanyak RM 70,000.00 yang diperolehi daripada hasil jualan ternakan kambingnya dulu  dan lembunya yang di usahakanya sebelum ini agak berbaloi. Pada mulanya beliau memikirkan bahawa projek penghasilan baja vermikompos ini tidak mendatangkan keuntungan kepada nya. Idea untuk menceburi projek ini tercetus apabila dia melihat pekerjanya membuang tinja kambing dan lembu begitu sahaja. Tetapi dia kemudian faham dimana dia seharusnya mengusahakan di dalam menghasilkan baja dari pembuangan tinja untuk industri pertanian bagi mengurangkan penggunaan baja kimia yang mungkin pada suatu hari nanti akan tidak lagi memudaratkan para petani yang suka bagi menggunakannya. Dilaporkan dimana tinja kambing adalah yang paling terbaik kerana terdapat protein yang tinggi di dalam kandungannya berbanding dengan tinja lembu dan tinja ayam. Atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada sebuah syarikat iaitu Syarikat IFA AGROTECH di mana dia telah menjalani kursus asas dalam penghasilan vermikompos dan kemudian terhasillah projek penghasilan Baja Vermikompos. Bukan sahaja syarikat swasta sahaja yang turut sama menjayakan projek tersebut tetapi dia terima bantuan daripada agensi kerajaan juga ada membantu iaitu PPK Lubuk Batu dan MADA. PPK Lubuk Batu telah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti pasaran manakala MADA memberi peruntukkan mesin bertujuan untuk memproses baja Vermikompos didalam pengasingan cacing, telur dan baja tersebut. 


Bagi memudahkan kerja-kerja beliau, seramai empat pekerja yang terdiri daripada isteri dan anak-anak beliau sahaja membantu menjalankan kerja-kerja tersebut. Cacing pengomposan digunakan sebagai agen pengompos untuk menghurai atau kompos dari sisa buangan organik. Cacing ini adalah bersifat rakus semasa makan kerana ia cepat membiak dan senang dikawal. Ia seharusnya terdiri dari lebih kurang 85%  Vermicast dan 15% Sisa buangan organik yang telah mengompos. Organisma berfaedah ada di mana-mana dan ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai atau pun agen pengompos (terutama sekali lactobacillus). Malah ianya saling bekerjasama dengan cacing dalam sistem untuk memproses baja vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan cacing akan makan media berserta mikrob sekali untuk membantu penghadaman. Baja kompos ini juga dikenali sebagai black gold atau emas hitam kerana apabila disimpan lama lagi tinggi mutunya. Beberapa fakta menarik mengenai k
ebaikan Baja Vermikompos ada empat yang sudah diketahui. Pertama ia Membekalkan Unsur-unsur Nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok tanaman. Kajian menunjukkan ia adalah bahan utama yang penting dalam penyediaan bahan campuran bagi tanaman seperti sayur-sayuran, pokok-pokok bunga, tanaman padi dan lain-lain tanaman makanan. Berbanding dengan baja kimia yang dilaporkan ia semakin kurang digemari oleh petani kerana harga yang mahal (meningkat sekitar 156% pasca perang Rusia-Ukraine dan kenaikan OPR) dan juga bahan kimia yang lebih tinggi dan boleh memudaratkan kepada seseorang pengguna itu. Baja kompos ini sebenarnya adalah najis cacing yang terbentuk selepas ia menghuraikan najis haiwan. Kebaikan baja ini ialah dimana kemampuannya untuk ia menjadikan tanah lebih gembur dan dapat meneutralkan asid tanah. Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi nutrien unsur Nitrojen, Posforan dan Kalium (NPK) yang mudah diserap (phytosoluble) oleh pokok, unsur trace element, mikrob berfaedah (nitro dn phoshobactors), unsur Asid Humic atau Asid Fulvic, pH neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah serta kajian mendapati ia mempunyai nilai PH antara 6.5-7.5 yang baik untuk tumbesaran tanaman.


Kebaikan kedua baja vermikompos adalah dimana ia dilaporkan dapat m
emperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim. Ini kerana adaya unsur mikrob berfaedah tertentu yang membantu dalam sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa juga bahan mereput termasuk beberapa pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia. Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun hidupan serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan merupakan baja organik yang mesra alam. Seterusnya yang ketiga kebaikannya adalah baja vermikompos mampu membantu dalam usaha memperbaiki struktur tanah. Baja vermikompos ini dilaporan akan dapat meningkatkan kelembapan dan mengekalkan kadar nutrien dalam tanah di mana ia memperbaiki pengudaraan dan pergerakan akar dalam tanah serta mengurangkan permukaan tanah dari berkerak. Ia juga membolehkan penambahkan mikronutrien dalam tanah. Baja ini juga dapat meningkatkan bilangan organisma tanah yang berfaedah yang sudah diketahui di dalam menyumburkan tanah tersebut. Baja ini juga dapat meningkatkan daya ketahanan serta merencatkan pertumbuhan bakteria jahat/penyakit/serangga tanaman terhadap penyakit yang sudah tentu amat diminati oleh petani-petani didalam mengurangkan kematian pokok-pokok tananam dimana penggalakkan pengakaran, pertumbuhan dan pembungaan terencat. Kebaikan yang keempat adalah dimana baja vermikompos ini yang mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah. zIa dilaporkan memperbaiki struktur tanah adalah penting jika seseorang petani mempunyai tanah yang sudah lama tidak diusahakan. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk proses pertumbuhan pokok. Baja vermikompos ini juga mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah. Selain daripada mesra alam ia tidak memberi kesan sampingan kepada tanaman serta boleh menyahtoksik sisa racun rumpai dan serangga dalam tanah. Selain itu dilaporkan usahawan ini berjaya menghasilkan produk dinamakan 'Worm Tea' dalam dia menambah pendapatan daripada penghasilan baja vermikompos. Produk Worm Tea adalah baja vitamin dan repellent kepada tanaman dimana ia diproses daripada vermikompos dengan tambahan bahan tertentu. Baja ini boleh diproses sendiri dirumah dengan mengunakan motor daripada akuarium. Produk Worm Tea akan diberi pengudaraan selama 2 hari dimana apabila selesai pengudaran dibuat maka ia akan di masukkan kedalam botol dan dilabelkan sebelum sesuai untuk dipasarkan. Pada peringkat permulaan Worm Tea dan baja vermin kompos telah dijual disekitar Daerah Kubang Pasu dan di pameran-pameran yang dihadiri oleh beliau sendiri. Ketika ini beliau telah menyediakan sebanyak 6 tan baja vermi kompos dan Worm Tea untuk dipasarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BAJA VERMIKOMPOS... ADA DIA...
USAHAWAN BERJAYA.. ADA DIJITRA...
BANYAK KEBAIKAN...ADA DI CERITA...
BACA ARTIKEL... INGIN DAPATKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1444H).
Posted from.
Room 1604, Pullman Miri Waterfront Hotel,
Miri, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...