Support My Blog

Thursday, August 10, 2023

SUBSIDI HARGA PADI NAIK - BERITA BAIK !

ISU TUNTUTAN KENAIKAN SUBSIDI HARGA PADI
adalah merupakan salah satu permintaan kalangan pesawah sejak lama dilakukan. Bagaimana pun berita baik ini telah diterima baik oleh pesawah apabila subsidi harga padi telah naik kepada sebanyak RM500 setiap tan kepada semua pesawah padi di Malaysia pada 8 Ogos 2023 yang di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia!. Pada penulis blog langkah ini merupakan satu cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan pesawah yang kini tertekan dengan kenaikan kos penanaman padi terutama kos bahan kimia seperti baha dan racun, kos upah kerja membajak dan beberapa kos lain. Tanaman Padi (Oryza sativa) di Malaysia merupakan satu aktiviti penting yang membekalkan bahan makanan beras kepada penduduk Malaysia. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2021-2022 adalah seluas 647,859 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Purata pengeluaran hasil padi Malaysia adalah 3,749 kg sehektar dimana purata penghasilan di kawasan Jelapang Padi sebanyak 4,206 kg/ha, di Sabah sebanyak 2,899 kg/ha dan di Sarawak pula sebanyak 1,792 kg/ha tan sehektar dimana. Hasil pengeluaran padi pada musim 2021-2022 adalah sebanyak 2.428 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.771 billion (Laporan Statistik Agromakanan, Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2022). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,749 kg sehektar dengan penghasilan peling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padi tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.677 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimana sebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perjuangan para pesawah sejak lama dulu dan juga pengumuman Perdana menteri Malaysia dalam banyak media utama mengenai subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penulis blog merujuk kepada laporan media pada April 2021 dan pada Mei 2022 dimana '
Pesawah tuntut naik harga, subsidi padi' yang dilaporkan oleh bharian.com untuk rujukkan. Kisah dipetik dari Sekinchan, Selangor dimana kira-kira 100 pesawah dari berhimpun di Site B di sini hari ini menyertai acara demonstrasi aman berhubung penghasilan padi mereka (Sila lihat foto disebelah). Dalam cuaca mendung ini mereka berkumpul mulai jam 11.30 pagi menuntut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menaikkan harga jaminan padi dari RM1,200 kepada RM1,400 satu tan dan juga kembalikan potongan padi basah 17 peratus dan menaikkan subsidi padi dari RM360 kepada RM500 satu tan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan iaitu Ng Suee Lim turut menyertai mereka. Suee Lim berkata dimana pesawah melahirkan rasa tidak puas hati apabila harga padi turun daripada RM1,300 kepada RM1,280 untuk satu tan metrik. Dia dakwa keadaan itu mengakibatkan pesawah tertekan hingga menjejaskan pendapatan pada musim kali ini. Dakwanya lagi jika kerajaan bersedia untuk melaksanakan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 maka sudah tentu nasib dan taraf hidup pesawah juga perlu diberi perhatian serius. Dengan pelaksanaan sistem (gaji minimum) disambut baik akan tetapi tetapi bagaimana dengan nasib pesawah yang berkorban demi negara lebih-lebih lagi pendapatan mereka secara purata hanya RM1,000 sebulan. Pendapatan yang pesawah perolehi sudah tentu tidak mencukupi untuk menyara keluarga yang ketika ini berdepan kos sara hidup tinggi. Hadir sama dalam majlis ini adalah  Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor iaitu Mohammad Ashik Abdul Rahman. Suee Lim berkata pesawah juga berdepan dengan pemutuan padi yang tinggi hingga melebihi 28 peratus. Kerajaan harus berusaha mengurangkan pemotongan pemutuan padi kembali kepada 17 peratus dan bukannya 20, 25 atau 30 peratus pada ketika ini. Dia telah menghantar surat kepada MAFI sejak dua hari lalu bagi memastikan ada penyelesaian berhubung perkara itu. Dalam pada itu, seorang pesawah iaitu Sabli Sobron (60) dakwa dimana peningkatan kos input pertanian membebankan mereka terutama dalam keadaan harga padi menurun dan pemotongan pemutuan tinggi. Jika berlaku pengurangan hasil pengeluaran pada tahun ini disebabkan peningkatan kos pertanian selain harga baja dan racun naik sekali atau dua kali ganda. Keadaan ini katanya sekali gus merisaukan kami yang bergantung penuh kepada sumber pendapatan bersawah. Bagi rakannya iaitu Muhammad Osman (56) pula dakwa iaitu hasil pengeluaran padinya terjejas teruk apabila musim sebelumnya dia memperoleh purata 10 tan berbanding enam tan pada musim ini. Bagi Mohammad Ashik pula mengulas dimana pihaknya melihat aduan pesawah itu wajar dan berasas dan pihak kawalselia padi akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan. Untuk harga padi dan pemotongan pemutuan pula, kita akan memanggil kilang padi tempatan bagi membantu menyelesaikan perkara itu selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan. Kira-kira 100 pesawah menyertai demonstrasi aman bagi mengemukakan tiga tuntutan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Site B kemudian bersurai.


Dalam portal selangorkini.com pula melaporkan '
Kos makin tinggi, pesawah gesa jaminan harga padi dinaikkan RM1,300' juga berkaitan dengan isu ini pada April 2021. Kisah dari Sabak Bernam, Selangor ini menyatakan dimana ada ribuan pesawah di Sekinchan berharap kerajaan persekutuan menaikkan jaminan harga padi kepada RM1,300 bagi satu tan berbanding RM1,200 sebelum ini. Bagi Rojikin Sabini berkata permintaan itu berdasarkan situasi semasa petani yang berdepan kenaikan kos mengusahakan tanaman terbabit selain hasil yang diperoleh tidak lagi tinggi (Sila lihat foto disebelah). Kini harga barang-barang input seperti baja, racun semakin mahal termasuklah kos menyelenggara yang kian meningkat kerana kita menggunakan tenaga manusia. Dakwanya lagi malah ada antara pesawah yang bukan pemilik tetapi menyewa dengan kadar RM4,000 semusim. Kalau musim berkenaan kami hanya memperoleh tujuh tan maka kami langsung tidak mendapat untung. Pesawah Rojikin Sabini telah ditemui pada protes aman bersama pesawah di Sekinchan pada 27 April 2021. Beliau ditemui selepas mengadakan protes aman terhadap lanjutan konsesi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bersama 50 petani yang mewakili 1,000 pesawah di sekitar Sekinchan semalam. Dalam pada itu pesawah R Somasundaram berkata masalah penyakit menyebabkan hasil padi yang biasanya 10 tan semusim merosot sehingga tujuh tan. Dakwanya kemorosatan itu menyebabkan mereka mengalami kerugian kerana perlu mengeluarkan kos untuk membeli racun bagi mengatasi masalah serangan penyakit. Kesan dari penyakit seperti BLB (hawar daun bakteria), bena perang dimana apabila banyak penyakit kos merawat itu semakin tinggi. Harga racun pun terlalu mahal. Dulu lima, enam kali sahaja sembur racun sekarang 10 kali pun belum tentu selesai. Dilaporkan sebelum ini kira-kira 1,000 petani di sini turut meminta kepada kerajaan persekutuan menaikkan skim subsidi padi kepada RM500 bagi setiap tan metrik pengeluaran padi.


Isu ini kemudan terjawap pada 8 Ogos 2023 apabila diumumkan dimana '
Kenaikan SSHP bantu pesawah imbangi kos pengeluaran padi' oleh banyak media tempatan yang melegakan ramai pesawah padi di Malaysia. Terkini dilaporkan pada Program Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di Parit Buntar semalam dimana Perdana Menteri mengumumkan kenaikan SSHP daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan mulai hari ini. Pengumuman kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan mulai hari ini disifatkan satu rahmat buat golongan pesawah yang terbeban dengan kos pengeluaran padi yang semakin meningkat mutakhir ini. Kadar yang tidak ditambah baik sejak sekian lama itu menurut mereka membantu meningkatkan pendapatan setiap kali musim tuaian padi, sekali gus membantu menyerap kos pengeluaran padi. Bagi pesawah dari Tanjung Piandang iaitu Mustafa Kamal Mohd Said (53) kenaikan kadar skim itu menambah pendapatan kasarnya sehingga kira-kira RM5,000 bagi setiap musim tuaian. Setiap kali menuai dia akan keluarkan kira-kira 30 tan padi dimana jika sebelum ini dengan kadar RM360 saya boleh dapat RM10,800 kasar, dengan kenaikan ini saya boleh tambah pendapatan sehingga RM15,000 setiap musim tuaian dakwanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Program Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di sini pada Selasa. Pada program itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan SSHP berkenaan yang merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara. Anwar berkata dengan kenaikan itu, pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini. Pesawah dari Bagan Tiang, Ishak Othman, 72, menzahirkan penghargaan terhadap usaha penambahbaikan skim berkenaan yang membantu meningkatkan pendapatan pesawah kecil sepertinya. Katanya bagi petani kecil seperti saya yang hanya hasilkan tujuh hingga lapan tan padi setiap kali musim tuaian, ia banyak membantu saya, dapat juga kira-kira RM4,500 bersih setiap kali saya tuai. Seorang lagi pesawah dari Bagan Tiang, Mahayudin Mansor, 40, berkata kenaikan SSHP itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap keperluan pesawah. Sudah lebih 10 tahun pesawah ini telah mengusahakan sawah seluas tujuh hektar dan dibelenggu dengan kenaikan kos jentera dan input-input pertanian. Dahulu saya boleh dapat hasil enam tan bagi satu hektar sawah tetapi disebabkan tanah jerlus, saya hanya dapat hasil sekitar satu tan sahaja. Bagi pesawah Ahmad Saad (68) pula menyifatkan Perdana Menteri seorang yang pantas bertindak dalam membantu mengatasi masalah dihadapi pesawah. Pesawah kemudian berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sanggup turun padang dan mendengar rintihan rakyat dan laju buat kerja, memang seronok apabila SSHP dinaikkan kerana hasil sawah di Kuala Kurau agak merosot tahun 2023 ini dan bergembira dengan berita ini. Pada penulis blog pengumuman ini merupkan satu berita yang sesuai dengan isu semasa yang dihadapi oleh pesawah di Malaysia dan ia akan meningkatkan lagi pendapatan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KOS PENGELUARAN PADI...BERAT BEBANNYA....
HARGA BAHAN KIMIA...IA MAHAL  HARGANYA... 
PESAWAH MOHON...NAIKKAN BANTUANNYA...
OGOS 2023... PM MALAYSIA SUDAH UMUMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...