Support My Blog

Monday, April 27, 2020

PENCEGAHAN PENYAKIT MOKO PISANG (Part 4)

PENYAKIT MOKO PISANG atau lebih dkenali sebagai Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali dengan jenis Ralstonia solanacearum. Bakteria ini dilaporkan terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. Bakteria R. solanacearum ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (memerlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut kajian oleh Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya akan menyerang pokok pisang akan tetapi memang ia juga menyerang pokok lain seperti tanaman tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia. Lazimnya apa yang penulis blog membuat tinjauan dilapangan, bakteria R. solanacearum menyukai kawasan yang bersuhu tinggi dan tanah yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Ia juga banyak dijumpai pada kawasan tanah yang berbeza dan pada julat pH tanah yang berbagai. Menurut USDA (United States Department of Agriculture) berkenaan dengan perancangan tindakan untuk mengatasi masalah bakteria ini yang dijumpai di kawasan semaian, bakteria ini boleh dipindahkan daripada satu tempat ke tempat yang lain melalui tanah, pengairan air yang tercemar, alatan yang tidak dibersihkan secara aseptik (Pembunuhan kuman) atau barang-barang persendirian. Ia juga boleh disebarkan dengan mudah melalui pemindahan pokok dan pembenihan daripada pokok yang dijangkiti oleh bakteria ini. Selain itu, bakteria ini boleh berpindah ke pokok pisang yang lain melalui peralatan-peralatan pertanian seperti cangkul, parang, pisau dan lain-lain. Peralatan-peralatan yang digunakan keatas pokok pisang yang telah terkena penyakit akan membawa bakteria tersebut bersama-sama sekiranya tidak dibersihkan secara aseptik. Secara aseptik bermaksud dengan cara membunuh kuman samaada dipanaskan (diberikan suhu tinggi) atau dibasuh dan dibilas dengan larutan antibakteria seperti Dettol atau Clorox. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel ke 5,792 saya menulis bagaimana kaedah atau teknologi pencegahan penyakit moko pisang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda. Saya ada menulis banyak artikel mengenai pisang dan penyakit pisang dalam blog sama.

Dilaporkan memang penting untuk petani dapat memastikan bakteria penyebab iaitu R. solanacearum dapat dibunuh secara keseluruhannya pada tapak tanah yang dijangkiti selepas proses pemusnahan pokok yang terkena penyakit Moko dijalankan atau pada permulaan tanaman pokok pisang. Salah satu cara untuk mematikan bakteria ini dibunuh atau dihalangi daripada membiak secara berleluasa ialah dengan penggunaan campuran bakteria-bakteria baik seperti M-ProBio. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, M-ProBio mengandungi bakteria-bakteria baik yang perlu kepada tanaman. Bakteria-bakteria baik ini mempunyai sifat asas yang sama dengan bakteria R. solanacearum dimana mereka memerlukan makanan untuk membiak atau melakukan pertumbuhan atau melipatgandakan koloni bakteria. Makanan-makanan yang diperlukan ialah seperti oksigen, sumber karbon daripada bahan organik, sumber nitrogen, sumber unsur surihan seperti logam surihan dan air. Apabila kandungan bakteria-bakteria baik melebihi daripada bakteria R. solanacearum maka kesannya bakteria ini akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan kerana terpaksa berlawan dengan bakteria-bakteria baik ini bagi meneruskan hidup bakteria ini. Akibat ini bakteria R. solanacearum akhirnya tidak berdaya untuk membiak dan tumbuh dengan sempurna sehingga sel-sel bakteria ini hilang daripada tanah dan akhirnya tanah tersebut dikuasai oleh bakteria-bakteria baik. Sekiranya penanaman semula pokok pisang dijalankan dan pokok ini membawa bakteria R. solanacearum, bakteria ini tidak boleh hidup kerana terpaksa berlawan dengan bakteria-bakteria baik untuk mendapatkan makanan.

Teknologi dan amalan ini merupakan satu konsep dalam pencegahan yang boleh dilakukan bagi memastikan bakteria R. solanacearum yang membawa penyakit Moko kepada pokok pisang tidak lagi tumbuh selepas penanaman baru atau penanaman semula keatas tanah yang dijangkiti jangkitan tersebut. Penggunaan M-ProBio bukanlah digunakan untuk mematikan bakteria R. solanacearum sepertimana antibiotik membunuh bakteria berbahaya tetapi ia lebih kepada memberikan saingan bagi mendapatkan makanan untuk pembiakan dan pada masa yang sama, M-ProBio memberikan bakteria baik kepada tanah. Bakteria-bakteria dalam M-ProBio yang telah disiram kedalam tanah akan bekerja bagi memastikan proses-proses penyuburan tanah akan berlaku. Oleh yang demikian sebaiknya sebelum daripada penanaman pokok pisang, adalah dinasihatkan supaya tanah tersebut atau lubang yang dibuat untuk penanaman pokok pisang disiram dengan M-ProBio. Dalam konsep pencegahan juga, petani-petani pokok pisang dinasihatkan agar menjalankan Amalan Pertanian Baik (APB) yang disarankan oleh Jabatan Pertanian. Oleh kerana jangkitan penyakit Moko ini juga turut berjangkit melalui pembawa seperti peralatan pertanian yang digunakan (parang, pisau, cangkul dan lain-lain), peralatan-peralatan ini perlu di basuh dengan bahan pembunuh bakteria seperti ubat antiseptik Dettol atau Clorox. Pembasuhan atau rendaman peralatan-peralatan ini dalam ubat antiseptik akan membunuh bakteria dan seterusnya menghalang daripada pokok lain dijangkiti oleh bakteria R. solanacearum.

Seterusnya konsep kedua ialah konsep memberikan rawatan kepada pokok pisang yang terkena jangkitan penyakit Moko. Jangkitan Moko terhadap pisang ini boleh diibaratkan seperti jangkitan kanser yang dialami oleh manusia dimana tahap jangkitan penyakit Moko boleh juga bagi dikategorikan kepada beberapa tahap bergantung kepada simptom yang dialami oleh pokok berkenaan. Pokok-pokok yang terkena jangkitan ini perlu didiagnos terlebih dahulu bagi menentukan tahap jangkitan yang dialami. Sekiranya pokok-pokok tersebut sudah berada pada tahap kritikal, ianya perlu ditebang dan penanaman semula perlu dijalankan dengan mengambil perhatian konsep pencegahan yang dibincangkan sebelum ini. Tahap kritikal ini apabila batang pokok telah menjadi kehitaman, daun-daun mengering dan layu dan buahnya yang rosak. Disyorkan dimana pada satu rumpun bermungkinan terdapat satu atau dua pokok yang terkena jangkitan pada tahap kritikal dan pokok lain masih tumbuh dengan segar, jadi konsep rawatan pada pokok yang masih segar boleh dijalankan bagi memastikan pokok-pokok yang belum terkena jangkitan ini dapat hidup dengan baik. Pokok-pokok yang telah rosak akibat serangan jangkitan ini perlu ditebang sepenuhnya dan baja IMO-PLUS dan M-ProBio boleh digunakan keatas pokok-pokok berkenaan, Dalam konsep rawatan ini, IMO-PLUS dan M-ProBio bertindak untuk memberikan rawatan kepada pokok-pokok yang berdekatan dengan pokok yang telah terkena penyakit Moko ini. Ini kerana bakteria yang menjangkiti pokok tersebut masih ada dalam tanah disekitarnya dan bakteria ini boleh menjangkiti pokok-pokok yang lain. Konsep rawatan gabungan IMO-PLUS dan M-ProBio ialah dengan cara memberikan bakteria-bakteria baik sama seperti konsep pencegahan dan IMO-PLUS kemudiannya memberikan nutrien yang secukupnya kepada pokok berkenaan. Bakteria-bakteria baik daripada M-ProBio akan memastikan bakteria R. solanacearum tidak dapat membiak dengan sempurna dan mengurangkan koloni bakteria berkenaan. IMO-PLUS pula akan m nutrien-nutrien bagi pertumbuhan pokok pisang diberikan secara berterusan bagi memulihkan pokok pisang berkenaan. Sama seperti manusia, sekiranya kita mendapat cukup nutrien dan bekalan makanan, kita akan dapat menghalang diri kita daripada dijangkiti penyakit. Adalah lebik jika dengan sebab itulah dalam kajian secara tidak formal yang dilakukan oleh syarikat ini keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko ini mendapati 90 peratus daripada pokok berkenaan pulih dalam masa-masa tertentu. Ini semua berlaku disebabkan oleh konsep yang telah dibincangkan ini. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca, Semuga anda mendapat info berguna  membaca artikel ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 PENYAKIT MOKO... AMAT BAHAYA...
POKOK PISANG... DISERANGNYA...
PUNCA SERANGAN.. BAKTERIA...
MESTI KAWAL... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
DUDUK RUMAH.. PUTUSAN COVID19....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...