Support My Blog

Wednesday, April 15, 2020

POKOK SINTOK - KENALI DIA

POKOK SINTOK (Entada spiralis) merupakan sejenis tumbuhan jenis tropika yang unik terdapat di Malaysia terutama dibeberapa negeri di Utara Semenanjung. DI Kedah memang ada sebuah pekan bernama Pekan Sintok yang terletaknya Universiti Utara Malaysia dipercayai pekan ini adalah sempena pokok sintok yang ada dikawasan tersebut dahulu. Pokok Sintok ialah sejenis tumbuhan berbatang berkayu yang memanjat daripada keluarga Fabaceae (dulu sebagai Leguminoceae). Tumbuhan ini juga adalah dari jenis atau spesis lain Entada liana dan di Afrika ada spesis Entada gigantica dimana  buahnya besar serta selalunya dijumpai memanjat pokok-pokok lain terutamanya pokok-pokok balak di dalam hutan (Sila lihat foto diatas). Lazimnya pokok Sintok akan membiak melalui biji benih matang yang jatuh ketanah dan dibawa arus air. Buahnya yang matang berwarna hitam dan buah ini juga boleh digunakan sebagai pengganti syampu seperti kulit batangnya juga. Ada laporan dimana untuk menjadikan air sintok sebagai pengganti kepada syampu untuk menghitamkan dan mengilatkan rambut, caranya dengan bahagian kulit batangnya diketuk hingga leper dan disiatkan ke dalam air. Proses ini akan mengeluarkan buih dan buih ini digunakan untuk syampu manakala kulit tadi boleh digunakan untuk menyental tubuh badan ketika mandi. Selain menghilangkan kotoran dan daki ia juga wangi dan menyegarkan. Bagaimana pun kini ramai orang kebanyakan yang tidak mengenai akan Pokok SIntok walau pun mereka belajar di UUM yang berada di Sintok, Kedah.  Artikel malam ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP akibat wabak covid19 iaitu dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok Sintok yang mana ia pernah diviralkan menghasilkan buah sama seperti petai dan pokok ini kurang dibuat kajian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pokok Sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralis yang terdapat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi ikon dan mercu tanda kepada UUM. Pokok Sintok adalah pokok yang unik dan kini nama Pekan Sintok diambil sempena nama Pokok Sintok. Pokok Sintok juga digelar sebagai Beluru. Pokok Sintok yang mana ia lazimnya terdapat di dalam hutan tropika di negara seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pokok ini juga merupakan tumbuhan yang berbatang dan menjalar pada pokok lain terutamanya pokok yang bersaiz besar seperti Pokok Balak. Bagaimana pun apabila Pokok Sintok menjalar pada pokok lain lazimnya ia akan mengeluarkan cabang sisi untuk menguatkan sokongannya pada pokok tersebut. Lazimnya sebatang Pokok Sintok boleh mencapai ketinggian antara 20 hingga 30 meter. Biasanya batang pokok Sintok berwarna coklat kehitaman dan berdiameter 70 sentimeter. Dalam pada itu kayu Pokok Sintok berwarna coklat kemerahan dan berbau harum seperti bau bunga cengkih. Manakala, panjang daunnya antara 7 hingga 17.5 sentimeter dan lebar daunnya antara 2.5 hingga 5.5 cm. Pokok Sintok biasanya membiak melalui biji benihnya dan ia merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat yang tinggi. Pokok ini digunakan secara meluas oleh masyarakat zaman dahulu terutamanya masyarakat luar bandar. Buah sintok yang berwarna hitam dan sudah matang boleh berfungsi sebagai syampu dan mampu mengilat serta menghitamkan rambut. Air rebusan akar kayu Pokok Sintok mampu merawat penyakit Sifilis dan gigitan haiwan yang berbisa. Pokok Sintok juga mampu merawat kulit yang mempunyai masalah seperti jeragat, gatal dan jerawat. Perkara ini kerana Pokok Sintok bertindak sebagai antibakteria dan antimikrob yang mampu merawat penyakit tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan akan dakwaan ini dengan lebih saintifik. Pokok  Sintok sebenarnya mempunyai nilai ekonomijika ada banyak penyelidikan dilakukan kelak.

Dalam pada itu dilaporkan dimana ada laporan dimana bahagian batang pokok Sintok diketuk sehingga lumat dan direbus dalam air sehingga mengeluarkan buih. Buih tersebut mampu menghilangkan daki dan kotoran serta berbau wangi dan segar. Pokok Sintok juga boleh digunakan untuk para ibu yang baru melahirkan sebagai bahan untuk membuat pilis dan ditampal pada dahi bagi mengelakkan rasa pening dan angin meroyan. Antara pelbagai produk telah dihasilkan yang berasaskan Pokok Sintok seperti produk sabun. Sabun ini mampu merawat penyakit kudis berair dan psiorasi. Kajian telah dibuat ke atas pesakit yang menghidap penyakit ini dan terbukti keberkesanannya kerana kulit pesakit tersebut menjadi kering. Pokok Sintok yang terletak berhampiran dengan Padang Golf UUM telah berusia ratusan tahun. Pokok Sintok ini menjadi tarikan pelancong yang datang melawat ke UUM. Oleh itu, pokok ini perlu dijaga dan dipelihara dengan rapi kerana usianya yang telah tua. Pokok Sintok semakin terancam akibat penerokaan kawasan hutan. Perkara ini disebabkan aktiviti penerokaan terhadap akar kayu yang tidak terkawal boleh menyebabkan Pokok Sintok semakin pupus. Kini didakwa pihak pengurusan UUM boleh mula untuk mewartakan Pokok Sintok melalui program khusus seperti program pemuliharaan supaya pokok ini tidak pupus ditelan zaman dan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Kerja ini perlu dirancang dan dilakukan dengan baik melibatkan pakar-pakar berkaitan.


Pokok Sintok atau Beluru pada umumnya mempunyai akar yang sesuai dijadikan sebagai mandian untuk mereka yang menghadapi sakit kulit. Harus ditegaskan disini jangan pula anda gunakan di tempat kulit yang luka. Akar beluru ini telah diguna lama dahulu sebagai mandian dan sabun oleh nenek pihak moyang kita sebelum kehadiran sabun malah ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan ia sebagai sabun badan.  Akar beluru terkenal sebagai syampu rambut. Ia menghilangkan kelemumur dan menjadikan apa didakwa rambut menjadi hitam berkilat. Apa pun ketika anda menggunakan akar beluru sebagai syampu pastikan ia juga jangan terkena bahagian mata kerana ia dipercayai boleh memedihkan mata. Dalam pada itu dakwaan akar beluru yang di rebus dan direndam juga boleh digunakan untuk perawatan wanita. Cara menggunakan dengan minum air rendaman akar beluru atau sintok. Akar beluru terkenal sebagai akar sintok di kawasan Utara dan sesetengah tempat yang lain. Dinegeri Kelantan dan Terenggan pula pokok ini lebih dikenali sebagai akar beluru. Rendam akar beluru dan meramas akar beluru sehingga keluar buih sebelum menggunakan ia. Dilaporkan dimana dalam usaha pengurusan jenazah ada ustaz beritahu iaitu akar beluru atau Akar sintok turut digunakan dalam mandian jenazah selain daun bidara. Akar beluru boleh dijadikan bahan dalam gosokkan sahaja akar beluru yang direndam didalam air di bahagian tumit dan bahagian tubuh lain secara lembut. Bagaimana pun pastikan anda membuat 'pacth tech' terlebih dahulu untuk memastikan akar beluru ini sesuai untuk kulit dan tubuh anda. Selain syampu rambut anda juga boleh menggunakan air akar beluru sebagai pengganti sabun termasuk sabun tangan dan di isi di dalam botol semburan kecil. Akar beluru yang telah digunakan juga boleh dijadikan sebagai berus tubuh sebagai ganti loofah-sponge di tubuh bagi membangunkan menanggapi sel kulit mati, stretch Mark, selulit dan parut di tubuh. Satu ikat akar sintok dijual dengan harga RM12.00 online (Sila lihat foto paling bawah). Anda boleh terus menyimpan akar beluru yang telah digunakan dan guna ia kembali sebagai berus di bahagian kaki anda termasuk bahagian kuku.  Selain itu akar beluru juga digunakan dalama perubatan untuk penyakit kulit termasuk penyakit ' ludah jin '. Akar beluru juga amat sesuai untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. 

Daripada laporan juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis (dicampur dengan akar tinggal dan kapulaga) yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan. ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit. Masyarakat Melayu tradisional juga mengamalkan mandi menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan di samping mengharumkan tubuh badan. Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa, ia juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah.  Semua artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 POKOK SINTOK... POKOK BELURU SAMA...
BANYAK DI MALAYSIA... NEGERI UTARA...
BIJI MATANG... DIJADIKAN BENIHNYA...
AKAR SINTOK... PELBAGAI KEGUNAANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
STAY HOME...ELAKKAN COVID19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...