Support My Blog

Monday, October 25, 2021

MINUMAN COKLAT - APA DIA?

MINUMAN COKLAT
(Chochlate Drinks) sama ada diambil dalam bentuk coklat panas, coklat sejuk atau coklat dicampur perisa lain merupakan salah satu jenis minuman kegemaran ramai penduduk dunia. Walau pun mereka yang minum coklat jauh kurang jumlahnya berbanding dengan minuman kopi akan tetapi sebenarnya sejarah minum coklat ini memang sudah agak lama dilakukan. Bagaimana pun penulis blog juga suka minum Coklat Panas (Hot Chochlate atau Hot Cocoa) iaitu minuman panas disediakan terdiri daripada serbuk atau kepingan coklat, susu atau air panas dan ada kalanya boleh ditambah pemanis dan krim putar. Minuman ini banyak dijumpai di seluruh dunia dalam pelbagai jenis dan jenama baik ditambah rempah (termasuk chocolate para mesa di Amerika Latin), dipekatkan (cioccolata calda di Itali, chocolate a la taza di Sepanyol) dan sebagainya. Kalau takyat Malaysia siapa yang tidak kenal dengan minuman coklat tersohor sejak ratusan tahun dahulu berjenama 'MILO' yang dilihat sebagai minuman kesihatan. Jenama lain seperti 'Ovaltine' dan sebaginya banyak dipasaran tempatan.  Ia boleh didapati di banyak rumah makan dan warung termasuk kafeteria, restoran dan kafe; malah ia boleh didapati dalam bentuk segera yang boleh dibeli di kedai runcit. Dari segi sejarah dilaporkan dimana resepi minuman coklat ini dipercayai telah dicipta oleh nasyrakat Maya kira-kira 2,500 - 3,000 tahun lalu dan menjadi penting dalam budaya Aztec menjelang 1,400 M di bawah nama xocōlātl.  Minuman ini kemudin dilaporkan menjadi popular di Eropah selepas diperkenalkan dari kepada para peneroka Dunia Baru yang banyak menjadika ramuan bancuhannya telah mengalami banyak perubahan sejak itu dimana lazimny para pencipta berasal dari benua Amerika. Apa pun kalangan ahli-ahli arkeologi telah menemui bukti bahawa penggunaannya coklat oleh kaum Maya berlaku seawal 500 SM dimana terdapat spekulasi bahawa coklat juga ditemui masyarakat ini. Minuman coklat dihidangkan dalam bentuk minuman sejuk ini dibancuh dengan mengisar lumat biji koko sebelum ia dibancuh dengan air, jagung, cili dan bahan-bahan lain. Bancuhan ini dituangkan dan ditarik berkali-kali sehingga busa terbentuk. Coklat boleh didapati untuk semua kelas sosial Maya walau pun hanya golongan kaya lebih mampu meminum air ini dari bekas besar yang sering dikebumikan bersama golongan elit. Makam Maya tempoh awal Klasik (460-480 M) dari tapak Rio Azul yang terdapat di Guatemala dilaporkan mempunyai bekas dengan glif Maya koko padanya dengan sisa minuman coklat. Dalam pada itu disebabkan gula belum lagi berada di Benua Amerika kam bahan 'xocolatl' atau coklat yang dikatakan sebagai citarasa diambil penduduk tempatan begitu sahaja. Apa yang dipanggil Sepanyol dahulu xocolatl dikatakan sebagai minuman yang terdiri daripada bahan coklat yang berperisa vanila dan ada rempah-rempah lain yang dihidangkan sejuk. Minuman berasa pedas dan pahit adalah amat berlainan dengan coklat panas moden yang manis. Artikel pada subuh Ahad in dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai minuman coklat sebagai bahan rujukkan pembac blog semua.

Minuman coklat yang berasaskan kebanyakannya daripada biji koko masa kini merupakan sejenis minuman berkhasiat. Pakar nutrisi juga telah memaklumkan dalam banyak jurnal dimana bagi setiap 100 gram saiz hidangan minuman coklat panas ia mengenadungi tenaga sebanyak  322.168 kiloJoule (atau bersaman dengan 77,000 kili kalori - kcal). Ia dilaporkan juga mengandungi karbohiderat (10.74 g), Gula (9.66g), Serabut atau fiber (1 g), Lemak (2.34 g - iaitu Lemak tepu sebanyak 1.3 g dan Lemak Trans sebanyak 0.078 g), Lemak mini tidak tepu sebanyak 0.677 g dan lemal poli tidak tepu sekitar 0.084 g). Kandungan zat protein sebnyk 3.52 g, Kandungan air 82.45 g (merupakan terbanyak dalam ninunab coklat panas) serta kafien sebanyak 2 mg. Ada juga didakwa kandungan nutrien dalam coklat panas adalah vitamin A (51 microgram, Vitamin B2 atau Thiaminse (0.039 microgram atau 15%), vitamin B2 atau Riboflavin sebanyak 0.082 mg, Vitamin B3 atau Niasin sebanyak 0.133 mg atau 1$), Vitamin B6 sebanyak 0.04 mg atau 1%. Selain itu terdapat vitamin ain seperti vitamin B9 (Folate), vitamin B12, Vitamin C (0.2 mg), Vitamin D (45IU), vitamin E (0.03 mg) dan juga vitamin  K (0.03 mg. Kandungan bahan mineral dilaporkan seperti Kalsium (114 mg), Zat Besi (0,42 mg), Magnesium (23 mg), Kalium (197 mg), Natrium (44 mg) dan Zink sebanyak 0.63 mg). Dalam pada itu minuman coklat panas dilaporkan sering diambil untuk keseronokan dimana minuman ini didakwa boleh memberikan beberapa manfaat kesihatan yang memang berpotensi. Satu kajian 2003 dari Universiti Cornell mendapati bahawa koko mengandungi sejumlah besar antioksidan yang boleh membantu mencegah kanser.  Juga, ia telah ditunjukkan bahawa biji koko membantu pencernaan. Dari abad ke16 sehingga ke19 dimana coklat panas dianggap sebagai sejenis 'ubat' serta sebagai 'minuman'. Dalam sejarah dilaporkan dimana penjelajah Francisco Hernández telah pun menulis bahawa minuman coklat membantu merawat demam dan penyakit hati.  Bagi penjelajah lain bernama Santiago de Valverde Turices pula mendakwa percaya bahawa sejumlah besar coklat panas membantu dalam merawat penyakit dada dan jumlah yang lebih kecil dapat membantu gangguan perut.  Apabila minuman dan produk coklat diperkenalkan kepada Perancis pada abad ke-17 dimana ia kemudian telah dilaporkan digunakan 'untuk melawan perasaan marah dan perasaan buruk'. Perkara ini juga mungkin dikaitkan dengan kandungan bahan dikenalis ebagai feniletilamin coklat.  Hari ini minuman dan produk coklat panas digunakan untuk keseronokan berbanding perubatan akan tetapi penyelidikan baru menunjukkan bahawa mungkin ada manfaat kesihatan lain yang dikaitkan dengan minuman. Walau pun ada juga beberapa kesan negatif minuman coklat panas hanya ia disebabkan minuman ini dibubuh gula yang berlebihan sebagai pemanis yang menyebabkan masaalah kesihatan.

Terdapat beberapa p
enyelidikan yang telah menunjukkan bahawa penggunaan coklat panas boleh menjadi positif kepada kesihatan seseorang. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Cornell telah menunjukkan bahawa minuman coklat panas mengandungi lebih banyak antioksidan daripada minum wain dan teh dimana perkara ini dilaporkan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam satu hidangan koko dimana para penyelidik menemui 611 miligram Asid Galik (GAE) dan 564 miligram Epikatekin (ECE) berbanding dengan cuma sebanyak 340 miligram GAE dan 163 miligram ECE dalam wain merah dan 165 miligram GAE dan 47 miligram ECE dalam teh hijau.  Kepada saintis hebat bernama Chang Yong Lee iaitu profesor dan penyelidik di Cornell yang menjalankan kajian telah berjaya mendedahkan bahawa sejumlah besar antioksidan dilepaskan apabila minuman koko panas itu disediakan untuk diminum. Bahan flavonoid yang terdapat dalam koko yang membentuk coklat panas juga mempunyai kesan positif terhadap kesihatan arteri jantung. Satu kajian khusus yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Jantung Negara (IJN) sebahagiannya disokong oleh syarikat tempatan telah menunjukkan bahawa peningkatan yang tinggi dalam aliran darah selepas meminum minuman koko yang kaya flavanol. Dalam kajian tersebut seramai 27 orang responden yang berumur 18 -  72 thun diberikan inuman koko yang mana ia mengandungi 900 miligram flavonol setiap hari dan hasilnya imana ia telah pun menyebabkan peningkatan aliran darah dan fungsi sel endotelial saluran darah. Dalam kajian lanjut yang dijalankan oleh Dr. Norman K. Hollenberg dimana profesor perubatan di Brigham dan Hospital Wanita dan Sekolah Perubatan Harvard mendapati bahawa flavonol juga boleh membantu pembesaran pembuluh dan membantu mencegah platlet daripada berkumpul di dinding saluran darah. Flavonoid didapati dalam coklat panas bermanfaat untuk kesihatan terutamanya kerana mereka melindungi dinding saluran darah dari kerosakan radikal bebas Flavanol juga dianggap membantu mengurangkan pembentukan platlet darah dan dapat menyeimbangkan tahap sebatian yang dipanggil eikosanoid, yang mungkin memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular. Bagaimana pun mengenai risiko dan juga beberapa kesan negatif mungkin boleh disebabkan oleh minuman coklat panas. Jenis dan keterukan risiko kesihatan berbeza-beza antara bagaimana cara coklat panas yang berlainan.  Coklat panas yang diperbuat daripada susu juga mengandungi gula yang secara semula jadi dijumpai dalam susu. Serbuk koko yang diproses biasanya mengandungi gula tambahan.  Sesetengah jenama pengeluar produk minuman koko juga ada yang mengandungi bahan minyak dan lemak terhidrogen dimana yang paling biasa digunakan adalah daripada kelapa. 

Dalam portal berita tempatan hmetro,com melaporkan info mengenai 'Baik untuk otak' yang berkait dengan makanan dan minuman coklat yang perlu diambil secara sederhana. Ini kerana siapa yang tidak suka makan coklat kerana apabila ke Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi memang produk coklat tersebut menjadi buruan pelancong. Ini kerana ramai yang suka makan coklat apa lagi kalau diberikan secara percuma dari keluarga atau rakan yang balik dari luar negara atau ke Langkawi atau WP Labuan. Produk Coklat terhasil daripada biji koko yang diproses menjadi serbuk dan kemudian ditambah susu, kekacang dan ramuan lain dalam memberi sajian snek enak sehingga menjadi kegemaran ramai. Meskipun ramai menggemari coklat, namun mereka bimbang dan percaya snek itu boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan peminatnya. Diantara penyakit kerap dikaitkan dengan pengambilan coklat adalah diabetes, jantung koronari dan darah tinggi. Namun terdapat beberapa laporan kajian dilakukan terhadap makanan itu memberi maklumat sebaliknya. Malahan dilaporkan diantara yang menarik dalam kajian terhadap coklat ialah penemuan kumpulan saintis dari Kanada yang menemui kebaikan dengan pengambilan 100 gram setiap hari didakwa boleh mengurangkan penyakit jantung dan strok. Dalam kerja kajian yang membabitkan lebih 44,000 peserta dilapor turut mendapati mereka yang mengambil satu hidangan coklat setiap hari adalah 22 peratus kurang berisiko untuk mereka mengalami strok berbanding mereka yang tidak ambil coklat.
Dalam kajian lain iaitu satu jurnal pernah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Belanda mendapati pengambilan coklat dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol rendah lipoprotein (LDL) atau lebih dikenali dengan 'kolesterol' jahat. Amalan baik meminum dua gelas coklat panas sehari boleh jaga kesihatan otak dan kuatkan memori. Disebabkan itu juga ada penyelidikan berterusan dilakukan termasuk mengkaji sama ada bar coklat mengandungi sterol tumbuhan dan koko flavanol yang mampu bertindak balas terhadap kolesterol dalam badan. Satu lagi kebaikan coklat ialah apabila mampu meningkatkan kesihatan fungsi kognitif dimana ini sekali gus memperlahankan penuaan. Kajian dilakukan saintis dari Sekolah Perubatan Havard yang turut menyarankan agar cara pengambilan dua cawan coklat panas setiap hari membantu menjaga kesihatan otak dan menguatkan ingatan warga emas. Bagi menyokong penemuan itu juga ialah kajian dalam makmal mendapati ekstrak koko yang dipanggil 'lavado' berkemungkinan mengurang atau mencegah kerosakan saraf yang mana sering ditemui pada pesakit Alzheimer. Dalam melihat banyak kebaikan coklat, masih perlu diingatkan pengambilan sajian itu seharusnya pada kadar sederhana dan disarankan dengan kandungan gula rendah atau terkawal seperti coklat gelap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MINUM COKLAT... AMALAN LAMA...
MINUMAN SIHAT... OTAK GELIGA....
ORANG DAHULU...MAYA MINUMNYA..
2 CAWAN SEHARI... ITU AMALANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(17 RabiulAwal 1443H).

Sunday, October 24, 2021

TANAH PASIR - APA DIA?

TANAH PASIR
(Sands) merupakan sejenis tanah yang mana ia terdiri dari bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus. Saya belajar mengenai tanah termasuk 'tanah pasir' semasa belajar di universiti dahulu. Definasi tanah pasir yang digunakan oleh pakar kaji bumi adalah sebagai butiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau ​1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga kepada ukuran 2 milimeter (mm). Setiap butiran pasir adalah dengan julat saiz ini dikenali sebagai butiran pasir. Ciri kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu iaitu dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm. Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah tanah lumpur dengan saiz zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad akan tetapi dilaporkan zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (USDA staandard). Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan akan berasa seperti tepung). Sebenarnya secara teknikal tanah (soil) 
merupakan lapisan terluar dari bumi yang pada awalnya berasal dari bebatuan yang mengalami proses luluhawa sehingga membentuk partikel-partikel halus atau disebut dengan regolite. Tanah merupakan kombinasi mineral dan bahan organik lainnya yang sangat penting kepada proses kehidupan diatas bumi memiliki sifat fizikal seperti bahan, tekstur, kepadatan dan lainnya.  Proses luluhawa ini terjadi dalam jangka waktu yang cukup lama bahkan hingga ratusan atau ribuan tahun. Tanah memiliki peranan yang sangat penting bagi kegunaan dan juga kehidupan manusia yang mempunyai banyak ada jenis tanah tersebar diseluruh bahagian muka bumi. Kebanyakan sumber makanan berasaskan tumbuhan haiwan dan lain-lainnya adalah sebahagian besar daripada  yang hidup diatas tanah. Salah satu jenis tanah yang paling sering dijumpai adalah tanah pasir terutama dikawasan gurun dan pantai. Artikel petang rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta asas mengenai tanah pasir untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Tanah pasir adalah tanah dengan partikel berukuran besar dimana ia terbentuk dari asalnya batuan-batuan beku serta batuan sedimen yang memiliki butiran besar dan kasar atau yang sering disebut dengan kerikil. Tanah pasir memiliki kapasiti untuk serapan air yang rendah karena sebahagian besar tersusun atas partikel berukuran 0.02 mm sehingga saiz 2 mm. Tanah pasir pada umumnya tidak dapat membentuk agregat sehingga ia mudah untuk proses hakisan (eroison). Unsur yang terkandung pada tanah pasir adalah terdiri dari unsur Posforan (P) dan Kalium (K) yang ada akan tetapi ia  tidak tersedia untuk diserap oleh tanaman. Selain itu juga terdapat unsur Nitrojen (N) dalam kadar yang sangat sedikit. Tanah pasir merupakan tanah yang tersebar cukup banyak di Malaysia akan tetapi ia boleh dikelaskan kepada 2 kategori iaitu Pasir Bukit dan Pasir Pantai. Ciri-ciri am tanah pasir termasuk ia tidak mampu menyimpan air (poros), jenis mineral dan tidak mengandungi unsur baja (nitrient) disebebkan tekstur pada tanah pasir yang sangat lemah. Tanah pasir juga memiliki kesuburan yang rendah sehingga hanya sedikit sekali tanaman yang dapat tumbuh pada tanah pasir (seperti di padang pasir atau gurun). Tanah pasir memiliki rongga yang besar sehingga pertukaran udara dapat berjalan dengan lancar. Selain itu tanah pasir tdak melekit (peroi) jika basah sehingga menjadikan tanah pasir mudah untuk diproses. Tanah pasir memiliki tekstur yang kasar dan memang ada terdapat ruang pori-pori (rongga) yang besar diantara butiran-butirannya sehingga keadaan tanah ini menjadi struktur yang lepas (loose type) dan gembur. Ciri tanah pasir tersebut menjadikan tanah pasir ini mempunyai kemampuan yang rendah untuk ia dapat mengikat air. Pada dasarnya tanah pasir merupakan tanah yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai media tanam kerana partikelnya yang besar dan kurang dapat menahan air yang diperlukan oleh akar tumbuhan. Bagaimana pun ia berguna apabila digunakan sebagai bahan tanaman sebagai Media Tanah Campuran yang dicampur dengan tanah atas, bahan organik dan cocopeat. 

Dalam keadaan biasa dimana tumbuhan agak sukar untuk mengadaptasi diatas tanah pasir yang tidak mengandungi air, tiada nutrien dan juga tiada bahan organik yang diperlukan. Biasanya selain daripada aspek kesuburan, suhu pada permukaan tanah pasir juga sangat tinggi iaitu pada umumnya diatas 30 darjah Celcius. Memang ciri ini adalah sangat tidak membolehkan bagi ciri pertumbuhan tanaman untuk hidup subur diatasnya. Hanya ada beberapa spesis tumbuhan yang boleh hidip dikawasan tanah berpasir seperti digurun (Sila lihat foto disebelah). Apa pun beberapa gurun di luar negara telah dibangunkan dan dirawat dengan baik sehingga boleh dijadikan kawasan pengeluaran makanan yang hebat seperti yang penulis blg pernah membuat tinjuan di Dina Farm, Mesir pada tahun 2000 dahulu. Di negar China pula melalui youtube ditunjukkan bagaimana Gurun Gobi yang berpasir dan panas ditukar kepada kawasan perladangan yang luas dengan teknologi yang dibangunkan oleh China. Perkara sama juga berlaku di USA, India, Australia dan beberapa negara lain. Di Malaysia Tanah Nekas Lombong (tin mines land) merupakan salah satu kawasan tanah berpasir yang luas terdapay dibeberapa negeri terutama di Perak dan Selangor. Beberapa kawasan tanah bekas lombong ini diusahakan untuk dijadikan kawasan pertanian melalui teknologi sistem pengairan, penambahan banyak bahan organik dan sistem tanaman yang komersil. Beberapa tanah bekas lombong ini dijadikan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh kerajaan negeri dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang berjaya. Penulis blog pernah melawat TKPM Sungkai dan TKPM Tg. Malim di Perak yang menanam pelbagai jenis tanaman makanan. Penggunaan bahan organik ini dapat berupa kompos, baha raji ayam atau tanah gambut. Bahan organik ini berfungsi sebagai pengikat atau perekat didapati mampu untuk mengikat butiran pasir semula dengan bahan organik mampu menggumpalkan pasir. Dengan cara pencampuran ini maka struktur tanah campuran kemudian akan menjadi subur dan selain itu bahan organik yang diberikan akan berfungsi untuk menyerap air dimana akhirnya berkemampuan untuk menyimpan air akan  meningkat. Sebenarnya bahan organik, kompos, atau tahi ayam yang digunakan untuk dicampur dengan tanah pasir adalah daeipada bahan organik yang sudah matang (bukan raw material). Ciri-ciri bahan organik yang sudah matang adalah berwarna hitam, tidak berbau, dan peroi. Pemberian bahan organik pada tanah pasir dilakukan dengan kadar dengan kadar minima 20 tan sehektar. Selain pemberian bahan organik adalah pemberian air yang dapat dilakukan dengan penyiraman ketika tanah pasir digunakan sebagai media tanam. Sifat tanah pasir yang mudah kering maka penyiraman harus dilakukan secara teratur. Teknik cara penyiraman pada musin kemarau harus kerap dilakukan daripada ketika musim hujan. Pada musim kemarau disyorkan dilakukan penyiraman 2 sampai 3 kali dalam sehari. Dalam pada itu antara kegunaan tanah pasir pada dasarnya memang tahap kesuburannya rendah ia masih boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Ada teknologi dimana dibuktikan tahap penghasilan dari tanah pasir adalah lebih produktif. 

Kepada pembaca yang masih kurang jelas persoalan apakan dia perbezaan antara Pasir dan Tanah akan dijelaskan dalam bab ini. Apa pun perbezaan utama dimana bagi tanah (soil) ia mempunyai liang-liang yang mana ia akan membolehkan air dan nutrien disimpan didalamnya sementara bagi pasir ia adalah longgar, berbutir dan tidak mempunyai liang untuk mememegang air dan nutrien (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog sering ditanya mengenai situasi dimana ada kalangan orang ramai masih keliru dengan istilah 'pasir dan tanah' dimana mereka menganggapnya sama. Perlu dijelaskan dimana walau pun pasir adalah jenis tanah akan tetapi dari segi ilmu sains tanah (soil classification) ia agak berbeza antara satu sama lain. Secara definisi, tanah adalah lapisan atas permukaan tanah bumi yang terdiri daripada zarah batu, humus, air, dan udara yang hancur, sedangkan pasir adalah bahan longgar yang terdiri daripada batu atau butiran mineral. Tanah adalah salah satu unsur daripada tiga sumber semulajadi utama di samping udara dan air. Ia adalah salah satu daripada perkara yang ujud di alam semula jadi yang luar biasa yang tidak akan ada kehidupan dimana ia adalah satu lapisan nipis bahan di permukaan bumi di mana tumbuhan mempunyai akarnya. Tanah terdiri daripada banyak komponennya akan tetapi tiga komponen yang utama adalah adalah TANAH MINERAL, BAHAN ORGANIK dan pastinya ORGANISMA HIDUP yang tinggal di dalam tanah. Berlainan pula dengan pasir yang hanya merupakan bahan berbutir semulajadi iaitu yang terdiri daripada zarah batu dan mineral yang halus dibahagi-bahagikan. Pasir juga bergantung pada  banyak komponennya iaitu terdiri daripada SILIKA (Si) dan sejumlah kecil KALSIUM KARBONAT. Pasir yang merupakan serinng disebbut sebagai 'Tanah' memang ia dianggap sama dengan tanah. Kedua-duanya juga memang bergantung pada lokaliti ia berada akan berbeza dari segi tekstur dan ciri-ciri dari satu tempat ke tempat lain. Kedua-duanya memang boleh digunakan secara meluas untuk pertanian bagi tempat bercucuk tanam, berternak dan akuakultur serta lain-lain aktiviti berkaitan. Antara tumbuh-tumbuhan digunakan untuk menanam bunga, bunga dan biji-bijian makanan seperti beras, gandum dan sayuran. Dalam pada itu pasir digunakan untuk tumbuh-tumbuhan tumbuhan seperti kacang, tembikai dan sebagainya.  Kedua-duanya digunakan secara meluas untuk tujuan lain seperti pasir digunakan secara meluas dalam industri batu bata, kaca dan pembinaan. Tanah pula sering akan digunakan secara meluas dalam banyak bidang seperti pembinaan, keindahan, ubat-ubatan, tembikar, pemurnian air, dan lain-lain. Berdasarkan sifat fizikal kedua-dua jenis pasir dan tanah dapat dikelaskan berdasarkan tekstur, struktur, ketumpatan, keliangan, konsistensi, suhu dan warna. Ciri ini boleh dijelaskan dari segi warna dimana kedua-duanya akan menukar warna mereka mengikut tempat yang dijumpai di dalamnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA PASIR.... PEROI BUTIRNYA...
TIDAK SIMPAN AIR... BANYAK SILIKA....
PASIR DIRAWAT... BOLEH IA DIGUNA...
JANGAN KELIRU... TANAH BEZANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulawal 1443H). 

Saturday, October 23, 2021

IMPORT MAKANAN MALAYSIA MENINGKAT

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM)
dalam laporan tahunannya menyatakan dimana kedudukan ekonomi negara adalah dalam keadaan terkawal. 
Antara cabaran utama perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah sektor luaran di Malaysia. Dilaporkan sebelum pandemik COVID-19, perdagangan Malaysia dijangka kembali pulih dengan keseluruhan eksport kasar Malaysia diunjur berkembang 1.0 peratus pada 2020 berikutan penambahbaikan aktiviti perdagangan global dan peningkatan dalam kitaran Elektrik dan elektronik (E&E). Import kasar dianggar kembali pulih 2.7 peratus pada 2020 sejajar dengan kenaikan import barangan pengantaraan, modal dan penggunaan.  Bagaimana pun pada suku pertama (ST1) 2020, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan dengan nilai RM37.0 bilion iaitu kadar peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 menunjukkan momentum positif pada kadar 1.2 peratus kepada RM440.4 bilion yang disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import pada suku semasa, yang naik masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus. Namun berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh sebanyak 13.6 peratus. Antara cabaran lain perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah sektor luaran di Malaysia. Sebahagian besar daripada industri berorientasikan eksport di Malaysia merekodkan kebergantungan yang tinggi terhadap input perantaraan yang diimport. Produk elektrik, elektrikal dan optikal, logam asas, prosesan makanan dan produk logam yang direka adalah antara subsektor yang merekodkan nisbah import yang menghampiri 50.0 peratus kepada nilai eksport. Subsektor Penyediaan, Pemintalan dan Penenunan Tekstil menggunakan 66.2 peratus komoditi import sebagai input dalam menghasilkan produk industri tersebut. Ini diikuti oleh subsektor Produk Tembakau (56.9%) dan Komputer, Peranti, Mesin dan Kelengkapan Pejabat (49.1%). Import dalam sektor perkhidmatan terutamanya pengangkutan turut meningkat menyebabkan defisit perkhidmatan semakin melebar berbanding tahun 2010. Daripada analisis menggunakan perangkaan imbangan pembayaran, didapati syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa lebih cenderung untuk mereka menggunakan perkhidmatan muatan udara dan laut serta insuran asing. Sektor pembuatan mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018 iaitu RM1,820.8 juta atau 67.5 peratus. Dalam melaksanakan perdagangan Malaysia perlu memperoleh kelebihan dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bahan mentah yang diimport dan juga berasaskan komoditi. Malaysia perlu memberi penumpuan penghasilan produk yang melibatkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir menggunakan sumber tempatan yang memberikan kesan pengganda lebih tinggi dan juga mempertingkatkan kepelbagaian produk. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai import makanan Malaysia yang semakin meningkat dan membimbangkan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam portal berita m.star melaporkan 'Malaysia Terlalu Bergantung Kepada Import Makanan' sesuai dirujuk. Rakyat Malaysia mungkin ada yang masih berbangga dengan status negara sebagai 'syurga makanan' akan tetapi kebanyakan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber tempatan tetapi apa yang ditunjukkan dalam bil import makanan berjumlah RM45.4 bilion pada 2015 telah terus meningkat kepada RM55.4 billion pada tahun 2020. Malaysia memperoleh sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sekurang-kurangnya daripada 120 negara dan juga mengimport lebih daripada 50 jenis bahan segar dan beku bagi memenuhi selera rakyat Malaysia terutamanya penggemar makanan. Buah-buahan seperti tembikai, pisang, nanas dan juga rambutan adalah antara yang diimport dari luar negara dengan kos berjumlah RM1.55 bilion antara Januari dan Jun tahun lalu. Negara Afrika, Australia, India, Thailand dan China antara yang menjadi sumber Malaysia mendapatkan import buah-buahan. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pada tahun 2020 sahaja Malaysia membelanjakan sekitar RM55.4 bilon untuk import makanan. FAMA dapati dimana pada tahun 2014 jumlah import makanan berjumlah RM42.6 bilion, peningkatan mendadak sebanyak RM12.4 bilion berbanding empat tahun sebelumnya dan kini naik lagi. Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, brokoli, cendawan, bendi, kacang, keledek, tomato dan cili diimport dari beberapa negara seperti China, India, Thailand, Australia dan juga Singapura. Selain itu sebanyak RM18.68 bilion dibelanjakan untuk mengimport ayam, daging lembu, daging kerbau, itik dan daging khinzir dari Amerika Syarikat, China, Australia dan beberapa negara lain. Sumbangan pertanian kepada KDNK meningkat sedikit sebanyak 2.1 peratus pada  tahun berikutnya. Penyumbang utama kepada produk nilai tambah pertanian adalah kelapa sawit. Agro-makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, padi dan beberapa tanaman lain menyumbang sebanyak 20.1 peratus kepada KDNK sektor pertanian. FOMCA nyatakan dimana keselamatan makanan perlu menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan negara mampu mengurangkan jumlah penggantungan kepada import barang-barang keperluan.  Pada masa ini Malaysia hanya berupaya untuk mengeluarkan produk seperti telur, ayam dan daging khinzir. Malaysia memang terlalu bergantung kepada import untuk barangan keperluan lain dimana itulah sebabnya harga bagi sesetengah barangan agak mahal. Kerajaan perlu di gesa untuk memberi penekanan kepada industri tanaman makanan untuk kelestarian yang lebih baik. Dilaporkan sejak kerajaan mengalihkan tumpuan daripada sektor pertanian kepada perindustrian didakwa tahap keselamatan tanaman makanan telah diabaikan dengan ketara.

Portal berita bharian.com tepah pun melaporkan 'Kebergantungan negara terhadap makanan import semakin meningkat' memang agak mengejutkan penulis blog. Malaysia perlu mengimport makanan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna tempatan walau pun dalam musim pandemik Covid19. Dilaporkan Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion pada tahun lalu. Ketua Perangkawan Malaysia berkata peningkatan yang lebih pantas import berbanding eksport mendorong peningkatan defisit perdagangan produk makanan negara berjumlah RM21.7 bilion pada 2020, meningkat 24.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada masa yang sama jumlah import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, manakala eksport berjumlah RM296 bilion. Apa pun di samping itu juga Malaysia sangat bergantung kepada import bagi daging kambing (RM879.4 juta), mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) untuk memenuhi permintaan domestik. Lebih daripada 70 peratus daging kambing yang diimport berasal dari Australia sementara mangga, kelapa dan daging lembu masing-masing diimport dari Thailand, Indonesia dan India.  DOSM telah menerbitkan laporan Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih, 2016-2020. Dalam buku penerbitan ini memaparkan statistik pengeluaran, eksport dan import serta indikator kadar sara diri, kadar kebergantungan import dan penggunaan per kapita bagi 45 komoditi pertanian terpilih meliputi tiga kategori iaitu tanaman, ternakan dan perikanan. Skala pandemik COVID-19 telah menjejaskan perdagangan antarabangsa dan globalisasi dengan penularan virus di aliran perdagangan antarabangsa. Apa pun pandemik ini juga turut mempengaruhi penawaran dan permintaan. Pada tahun 2020 terdapat sebanyak 24 daripada 45 item menunjukkan trend penurunan bagi Kadar Kebergantungan Import (IDR) yang disumbangkan oleh sekatan perdagangan antarabangsa ekoran pandemik yang berpanjangan. IDR menerangkan kebergantungan sesebuah negara kepada import komoditi pertanian dalam memenuhi keperluan domestik. Nilai IDR yang tinggi menunjukkan peningkatan pada bekalan komoditi pertanian yang diimport.
Bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna tempatan, produk makanan perlu diimport dari luar negara terutama bawang besar, produk tenusu, kopi, tepung gandum, teh, bawang kecil, ubi kentang dan minyak masak.

BH seterusnya melaporkan dimana '
Malaysia bukan pengimport bersih makanan, tukaran asing bukan pemacu harga - Bank Negara' wajar untuk ditulis semula kisahnya. BH telah melaporkan dimana Malaysia mempunyai keupayaan sara diri untuk sebahagian besar barangan makanan meskipun jumlah kandungan import agak besar dakwa Bank Negara Malaysia. Bank pusat itu menegaskan tanggapan bahawa status Malaysia sebagai ‘pengimport bersih’ makanan dan kadar pertukaran asing sebagai satu-satunya pemacu harga makanan di negara ini adalah salah. Bank Negara juga ada menjelaskan pengeluaran makanan di Malaysia adalah cukup untuk menampung penggunaan domestik bagi banyak bahan makanan asas yang mana daripada 33 produk pertanian yang biasa digunakan cuma 16 sahaja mempunyai nisbah sara diri melebihi 100 peratus. BNM dakwa perubahan kepada status pengeksport bersih makanan mungkin tidak dapat mengikis keperluan negara terhadap bahan yang diimport dan pengaruh kadar pertukaran. Pergerakan kadar pertukaran hanya dapat mempengaruhi sebahagian saja daripada harga makanan dan faktor lain mungkin sama penting atau lebih penting. Apa pun berdasarkan perangkaan sedia ada dimana sejak lima tahun lalu kadar defisit perdagangan makanan dan minuman meningkat dengan sederhana kepada RM18.8 bilion pada 2018, berbanding RM16.9 bilion pada 2013. Jika dilihat dengan lebih teliti dimana Malaysia juga adalah pengeksport bersih untuk makanan seperti timun, terung, bayam, telur, kacang panjang, bendi, nanas, pisang dan udang, sekali gus menepis tanggapan kebergantungan pada import yang meluas adalah tidak tepat. Dari segi import, bahagian kandungan import dalam jumlah bekalan makanan ialah 24 peratus yang mana peratusan itu termasuk komponen import untuk pengeluaran domestik (sembilan peratus) dan import barangan siap (15 peratus). Bekalan sesetengah makanan seperti daging lembu dan kobis bulat sebahagian besarnya perlu diimport dari negara lain. Secara kebetulan dimana bahan makanan yang bergantung pada import itu juga mencatatkan kadar inflasi yang melebihi paras purata sejak sedekad yang lalu. Sebaliknya bagi bahan makanan seperti daging ayam dan telur yang mempunyai nisbah sara diri yang tinggi menunjukkan kenaikan harga yang pada amnya selaras dengan inflasi keseluruhan. Masih  terdapat hubungan bukan linear antara kebergantungan import dengan kenaikan harga sebagai contoh dimana meskipun kebergantungan import untuk daging lembu adalah lebih tinggi daripada kelapa tetapi kadar kenaikan harganya pada tempoh 2010-2018 adalah lebih rendah daripada kenaikan harga santan segar. Hal itu menunjukkan bahawa faktor lain memang turut mempengaruhi harga akhir kepada pengguna selain daripada pergerakan kadar pertukaran. Dengan mengambil kira beberapa peringkat yang terbabit dalam pengeluaran makanan maka Bank Negara dapati dasar dalam negeri yang disarankan pada masa ini adalah tepat pada masanya dan wajar. Ini termasuk dengan cara mempelbagaikan sumber import, memperkemas peraturan dan memodenkan teknologi pengeluaran dan pengedaran. Meskipun mengambil masa untuk direalisasikan, langkah ini akan dapat menangani isu struktur yang menjadi teras kepada masalah bekalan makanan di Malaysia sejak beberapa dekad. Semuga artikal ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IMPORT MAKANAN... TERUS NAIK SAJA...
KENAPA JADI BEGITU...RAMAI TERTANYA... 
BUKAN BEZA NILAI DUIT... BNM DAKWA...
PELU DIATASI... STRATEGI DI LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1443H).

Friday, October 22, 2021

APAKAH DIA GEMBALA?

GEMBALA
 atau PENGGEMBALA (Shepherd) ditakrifkan sebagai individu atau sekumpulan manusia yang melakukan pekerjaan yang menjaga pelbagai jenis haiwan belaan yang jinak untuk diurus secara berkawanan di tempat-tempat yang terdapat tanah pastura yang lapang untuk meragut rumput. Walau pun dibeberapa negara pertanian yang menjadikan aktiviti ternakan ini berterusan akan tetapi peranan asas oleh penggembala kini semakin berkurang digantikan dengan amalan yang lebih moden. Biasanya penggembala ini akan berlainan cara berkerjanya bergantung kepada jenis ternakan, kawasan ragutan, sistem gembalaan (ada yang berbulan tidak pernah balik - nomadic) dan juga budaya setempat. Oleh sebab kerjanya rata-rata di lapangan ragutan yang luas maka gembala ini berpindah-randah sepanjang tugas mengikut musim. Ada kemungkinan bahawa tanah-tanah ragutan ternakan bagi gembala tidak dituntut sebagai harta sesiapa pun (banyak kawasan ragutan adalah tanah milik kerajaan atau tanah dirizebkan untuk penternakan) milik komuniti atau pun tanah awam. Antara jenis-jenis haiwan yang sesuai dikerjakan oleh gembala adalah lembu, kambing, biri-biri, rusa, unta dan sebagainya. Ada yang gembala berkumpulan ramai melibatkan keseluruhan ahli keluarga dimana lazimnya kanak-kanak yang bekerja sebagai gembala digelar budak gembala. Negara-negara Asia Tengah (Central Asia) diantara lokasi dimana masih ramai yang berstatuskan gembala kerana mereka memang bergantung kepada penternakan tersebut sebagai budaya kehidupan semenjak beratus-ratus tahun. Pekerjaan menjadi pengembala ini juga dilaporkan satu jenis pekerjaan yang paling tua dan lama didunia didalam menternak untuk dijadikan makanan dan perdagangan. Beberapa agama didunia ini juga menghormati pekerjaan sebagai gembala. Gembala akan menjaga semua ternakannya, memberi makanan (meragut) dan kemudian ternakan tersebut akan diambil susunya, bulunya, tanduknya dan yang terakhir pastinya dagingnya sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Ada ternakan kambing digabungkan dengan ternakan ayam, babi dan sebagainya untuk kecukupan makanan. Ternakan ini akan dibawa berpindah daru satu kawasan ragutan (pasture) kekawasan lain apabila makaanan ragutan berkurangan. Artikel malam Jumaat ini dari Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pekerjaan gembala sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.

Peranan gembala (terutama kambing bebiri) lazimnya akan mempastikan haiwan ternakannya sentiasa berada didalam kumpulannya dengan selamat. Memang terdapat ancaman untuk pemangsa membunuh haiwan tersebut oleh haiwan seperti serigala, harimau dan sebagainya. Bagi negara yang mana komunitinya bergantung kepada sektor ternakan peranan gembala adalah amat penting didalam menyumbang kepada ekonomi negara (KDNK). Ada yang melakukan pekerjaan ini sebagai pekerjaan turun temurun dan ada yang diberi bayaran oleh majikannya untuk menjaga ternakannya dengan sistem pembayaran tertentu. apa pun lazimnya kebanyakannya gembala adalah lelaki dimana bagi masyarakat tertentu mereka sudah melatih kanak-kanak yang bakal menjadi gembala. Mereka akan membawa khemah sederhana dan makanan mencukupi sepanjang masa nomadik menjaga ternakan. Lazimnya mereka juga akan membawa senjata api untuk perlindungan diri dan dari pemangsa ternakan. Bagaimana boleh dikatakan gembala dikebanyakan negara akan menggunakan perkhidmatan anjing (dogs) sebagai pembantu mengawal ternakan untuk pergerakan. Ada pemgembala yang berjalan kaki sahaja, ada yang menunggang kuda, ada yang naik motorsikal (scrambler) dan terkini ada yang menggunakan keenderaan 4x4 dan ATV mengikut kesesuaian tanah dan topografi. Bagaimana pun dizaman lebih canggih lagi terkini sudah ada dibeberapa negara maju dimana ada gembala yang menggnakan bantuan 'drone'. Bukan semua kawasan akan dijadikan kawasan ragutan bagi sistem penternakan bebas ini kerana lazimnya kawasan ragutan tersebut hanya ada rumput sahaja yang boleh tumbuh (tanah yang kurang subur) atau disebabkan faktur cuaca. 

Bagaimana pun peranan penggembala telah jauh berubah dibeberapa negara maju seperti di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia Tengah mengikut peredaran zaman. Dizaman ini peranan gembala berubah secara drastik dimana pemusnahan banyak kawasan penternakan pada kurun ke 18 dan kurun ke 19 menyebabkan ramai cara penternakan ini berubah lebih moden dan dibuat secara lebih komersil seperti menternak didalam 'paddock' atau didalam kandang ternakan berpusat. Baka ternakan bebiri yang konvensional kini telah ditukar kepada baka-baka bebiri yang cepat membesar, cepat membiak dan mudah diternak didalam kawasan yang kecil tetapi praktikal. Kaedah menternak lama yang mana bebiri atau lembu dilepaskan dikawasan ragutan yang luas sudah kurang praktikal lagi jika dibandingkan dengan sistem penternakan moden dengan cara menggunakan teknologi yang lebih cekap. Kini dalam satu sistem penternakan lembu susu contohnya hanya memerlukan kawasan bangunan dan ruang pergerakan kecil dimana baka lembu susu yang baik lebih mampu memghasilkan susu dengan kuantiti banyak. Apa yang penting adalah penternak akan mendapatkan baka terbaik, makanan yang terbaik dan sistem pemerahan susu secara moden menggunakan mesin yang automatik dan selamat dimakan. Lembu akan hanya dilepaskan didalam paddock ragutan yang disusun rapi atau diberikan makanan pellet atau makanan berkhasiat lain. Peranan gembala dengan menunggang jentera ATV lebih mudh dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Pendapatan penternak dibeberapa negara maju dilaporkan sangat baik berbanding dengan beberapa pekerjaan lain. Negara Australia dan New Zealand dilaporkan diantara negara yang maju didalam penternakan tersebut sebagai industri yang sangat hebat memberikan pendapatan kepada KDNK negara tersebut.

Penulis blog tertarik dengan laporan akhbar Sinar Harian bertajuk 'Aku penggembala kambing' yang diterbitkan pada 20 Jun 2020 untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Berita daripada Kota Bharu, Kelantan ini menyatakan u
sia muda bukan penghalang buat anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini untuk memilih menjadi penggembala kambing bagi menyara kehidupan keluarganya. Bagi Nik Afendy Nik Mat (35 tahun) nyatakan kerjayanya itu bermula lapan tahun lalu dengan memelihara 14 kambing jenis boer sebagai permulaan. Menurutnya, kambing jenis boer yang kemudiannya dikacuk dengan jenis jamnapari itu kini dengan jumlahnya sudah meningkat sehingga 70 ekor yang dijaga di sebuah kandang yang dibina di belakang rumahnya di Kampung Tegayong, Melor dan idea memelihara kambing sebenarnya bermula apabila dia sukar untuk mendapatkan kambing akikah untuk kelahiran anak pertama dan mula-mula hanya pelihara 14 ekor sehingga kini sudah 70 ekor. Dia yang bermula dengan modal RM6,000 dan membina kandang kambing di atas tanah yang disewa dengan keluasan hampir satu ekar di belakang rumah ini. Bapa kepada empat anak berusia tiga bulan hingga 13 tahun itu berkata, rutin hariannya bermula seawal jam 8 pagi dan berlarutan sehingga lewat petang iaitu memberi makan dedak dan bijirin soya serta membersihkan kandang sambil dibantu oleh seorang pekerja.  Dia melakukan rutin hariannya dengan memberi ternakannya makan (Sila lihat foto disebelah). Pemeriksaan dibuat bagi menilai keadaan kambing dengan memastikan kambing sentiasa aktif dan agresif sebagai tanda sihat.  Kambing tidak sihat akan bermuka pucat, tidak bermaya, kerap ‘termenung’, ‘menyendiri’ dan boleh melihat simptom mata berair cirit serta najis berlendir. Lazimnya setiap tiga atau enam bulan sekali dia akan memberi kambing makan ubat 'cacing' untuk memastikan ternakan itu tidak sakit dan mengelak kembung perut, bulu gugur serta bengkak mata. Dia merancang untuk membeli dan menambah bilangan ternakan bagi memenuhi permintaan tinggi terutamanya bagi tujuan menyempurnakan akikah bayi. Dia selalu mengadakan perbincangan dengan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk mendapatkan bantuan untuk membesarkan kandang kerana ternakan yang semakin banyak. Kini sebanyak RM3,500 sebulan diperuntukkan untuk membeli makanan jenis dedak dan kambing cepat membiak selain boleh melahirkan anak kembar tiga hingga empat ekor dalam tempoh empat bulan sekali atau dua kali setahun. Kambingnya dijual bermula dengan harga RM500 hingga RM2,000 seekor bergantung kepada saiz dan berat. Semuga artikel ini memberi info berguna tentang gembala kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENJAGA TERNAKAN... ITU GEMBALA...
DI NEGARA LAIN... PEKERJAAN MULIA...
ADA YANG NOMADIK... SATU BUDAYA...
DIMALAYSIA... SUDAH BERLAINAN PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1443H).

Thursday, October 21, 2021

IKAN BAUNG EKOR MERAH - APA DIA

IKAN BAUNG EKOR MERAH (Hemibagrus wyckioides) merupakan sejenis spesis ikan baung yang telah menjadi viral dimana ikan ini sebenarnya adalah dilarang dibawa masuk ke Malaysia untuk diternak secara komersil. Ikan Baung memang merupakan salah satu spesis ikan tempatan unik terutama dibeberapa lokasi dan amat popularkan di Negeri Pahang untuk dijadikan hidangan 'Ikan Patin Tempoyak'. Baung ekor merah atau ada yang memanggilnya sebagai 'Baung Mekong' atau 'Redtail Catchfish' yang berasal dari Sungai Mekong di Vietnam telah dilaporkan berada di Malaysia semenjak 5 tahun lalu. Ikan ini berkemungkinan dibawa masuk secara tidak sah dan tidak melalui pihak berkuasa kerana mungkin dibawa masuk anakbenih dan diternak secara haram. Dalam pada itu dilaporkan ikan ini mempu membesar berukuran sehingga 130 cm (51 inci) dengan berat maksima mencecah 80 kilogram. Ikan spesis ini dilaporkan jenis ikan keli yang terbesar di Asia (the biggest bangrid catfish in Asia). Apa yang unik mengenai ikan ini dimana pada bahagian ekornya (caudal fin) hanya berwarna putih semasa kecil tetapi apabila ia telah mencapai berukuran 15 cm (6 inci) maka ia akan bertukar kepada warna merah (Sila lihat foto diatas). Habitat ekologi asal ikan ini seperti dikawasan hilir sungai besar dengan kedalaman tidak menentu dan dasar sungai sedikit berbatu. Ikan ini idak suka berpindahranah atau tinggal setempat sahaja kecuali berlaku banjir besar dimana ia akan hanyut kelokasi lain. Dalam habitat asal lazimnya ia memangsa atau makan anak ikan, udang, ketam dan juga serangga. Ikan ini apabila ditangkap sama ada dengan memancng, menjala, menjaring atau apa juga cara akan dimasak dan dimakan dengan pelbagai resepi masakan. Dari segi citarasa ikan ini menyamai dengan ikan keli atau ikan baung sedia ada dimana isinya memang berlemak dan lembut. Walau pun ada didakwa kalangan peminat ikan memeliharanya didalam akuarium akan tetapi ia boleh membesar dalam jangkamasa yang agak lama. Dilaporkan dimana ikan baung ekor merah ini merupakan sejenis ikan air tawar kategori 'pemangsa agressif' yang paling merbahaya didunia kerana ia memangsa semua jenis ikan dan hidupan lain dihabitatnya. Itulah sebabnya banyak negara termasuk Malaysia yang melarang kemasukkan spesis ikan ini untuk melindungi habitat sungai sedia ada agar tidak diancam. Artikel ke 6,695 subuh rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya berfikir menulis dan merujuk dari banyak sumber mengenai ikan baung ekor merah untuk dijaikan bahan rujukkan pambaca semua.

Didalam portal bharian.com.my telah melaporkan dimana 'Jangan lepaskan baung ekor merah ke sungai' memang menarik untuk dikongsikan sebagai info berguna. Berita di petik dari Kuantan, Pahang ini dimana seorang penternak ikan sangkar dikenali Khairul Ibrahim menunjukkan ikan baung ekor merah yang diternak di perairan Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Keladi, Temerloh (Sila lihat foto disebelah). Terdapat kenyataan daripada Jabatan Perikanan Pahang yang melarang menternak ikan baung ekor merah dalam sangkar secara komersial di Sungai Pahang apa lagi jika melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelakkan kesan negatif kepada ekosistem. Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman (rakan penulis blog) berkata ikan yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa itu antara 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini. Pihaknya sentiasa memantau dan mengawasi industri ternakan ikan baung ekor merah di negeri ini supaya setiap penternak terus mematuhi cadangan dan peraturan ditetapkan terutama membabitkan ternakan dalam sangkar. Walaupun ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi tetapi pihaknya tidak pernah menggalakkan ia diternak memandangkan banyak spesies ikan lain boleh diternak seperti patin, jelawat, kerai dan kelah yang turut mendapat pasaran baik. Ikan baung ekor merah adalah spesies berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan ia telah dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang akan mengganggu ekosistem perairan sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum. Ikan berkenaan adalah ikan yang agresif dan memakan pelbagai hidupan dalam air termasuk anak ikan dan udang. Dilaporkan saiz matangnya mencapai berat puluhan kilogramKehadiran ikan berkenaan di perairan negara boleh membawa penyakit yang akan merebak kepada ikan tempatan terutama yang diternak dalam sangkar. Jabatan Perikanan menyatakan kepada mereka yang menternak secara dalam sangkar perlu melakukan pengawalan yang terbaik bagi dia memastikan ikan berkenaan tidak terlepas ke perairan umum seterusnya membiak secara meluas. Adalah difahamkan kini terdapat ramai penternak di beberapa daerah di Pahang yang menternak ikan baung ekor merah dengan alasan sambutan menggalakkan daripada pelanggan selain harga yang tinggi. Dari segi bentuk, warna dan saiz ikan baung ekor merah hampir sama dengan baung tempatan namun warna merah pada ekor saja yang membezakan dua spesies berkenaan. Pogram kesedaran terhadap kesan kepada ekosistem berpunca daripada ikan baung ekor merah turut dilakukan bagi memastikan penternak mengambil langkah terbaik mengelak ikan berkenaan terlepas ke sungai. Pegawai dari pejabat perikanan daerah akan melakukan pemeriksaan secara berjadual bagi memastikan penternak menutup dengan jaring keseluruhan sangkar mereka supaya ikan tidak melompat keluar.

Portal berita yang sama juga kemudian melaporkan 'Sungai Perak diancam baung ekor merah' pada 21 September 2021 memang mengejutkan. Dipaparkan dalah laporan tersebut ikan baung ekor merah hasil tangkapan pemancing di Sungai Perak di Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah. Jabatan Perikanan mengesahkan pemilik sangkar ikan yang hanyut dan pecah di Teluk Intan, 29 Mac 2021 lalu turut menternak ikan baung ekor merah. Berikutan kejadian itu maka ikan baung atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckioides dipercayai terlepas ke Sungai Perak. Spesies dikategorikan sebagai ikan pemangsa dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam itu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk ke kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah kerana ia termasuk dalam kategori ikan asing spesies alien. Beliau juga berkata pihaknya percaya pemilik sangkar berkenaan menternak ikan itu secara haram bersama ikan lain. Jabatan Perikanan  memang tidak mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung merah tetapi jika ada penternak yang mahu membelanya ia perlu merujuk kepada jabatan dahulu. Ikan jenis ini memang tidak dibenarkan diternak dalam sangkar kerana dikhuatiri terlepas dalam sungai di mana ia adalah ikan pemangsa yang sangat berisiko kepada sumber sungai Perak dan lain0lain sungai di Malaysia. Jika boleh pun mungkin diternak dalam tangki tetapi bukan mudah kerana perlu untuk membuat penilaian seperti sistem penternakan dan sistem pembuangan sisa air. Pemilik itu mempunyai 300 petak sangkar yang menempatkan pelbagai jenis ikan seperti patin, baung dan talapia. Bagaimanapun pihak Jabatan Perikanan  tidak menolak individu terbabit turut membela baung ekor merah di dua atau tiga sangkar di Sungai Perak. Apa pun dilaporkan dalam kejadian itu tali pengikat sangkar putus dan menyebabkan 250 sangkar ikan hanyut, malah ada yang pecah. Ia turut mengakibatkan ikan mati dan terlepas ke sungai termasuk ikan baung ekor merah. Biasanya ikan yang dibela itu diberi makan palet dimana ia 'agak jinak' dan tidak akan pergi terlalu jauh. Dia juga akan menunggu apabila diberi makan dan disarankan nelayan (dan pemilik sangkar sendiri) memancing atau menjala terus ikan itu supaya spesis ini tidak membiak dalam perairan sungai Perak. Beberapa lawatan dan pemantauan di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya sebelum mengambil tindakan susulan lain. Dalam pada itu bagi seorang nelayan dari Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah, Muhammad Firdaus Othman (30 tahun) mendakwa dia terkejut apabila ramai rakannya yang memancing di kuala Sungai Buaya memperoleh ikan baung ekor merah. Menurutnya dimana lokasi kampung mereka berhampiran dengan Sungai Perak di Teluk Intan juga telah menyebabkan ikan itu terlepas hingga ke kawasan mereka yang disedari dua hari selepas kejadian itu. Dia kata ada kawannya dapat antara dua hingga sembilan ekor ikan jenis itu ketika memancing di sungai dengan anggaran berat antara dua hingga tiga kilogram seekor. Mereka maklum jenis ikan ini memang bahaya dan akan makan semua sumber sungai. Jika dibiarkan ia akan membiak sekaligus ia menjejaskan sumber Sungai Perak di Hilir Perak juga terkenal dengan udang galah. Mereka kini terkilan dengan tindakan individu yang memang mementingkan diri sendiri kerana masih tetap membela ikan jenis itu dan berharap kejadian sama tidak berulang.


Portal berita sinarharian.com.my dan portal kosmo.com.my pula melaporkan 'Tiada permit dikeluarkan ternak baung ekor merah' iaitu kisah dari Teluk Intan, Perak adalah berkaitan artikel ini pada April 2021. Seorang nelayan dari Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah iaitu Othman (30 tahun) dimana dia juga menunjukkan ikan baung ekor merah hasil pancingan dibuat di Sungai Perak (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana memang Jabatan Perikanan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah yang dikenali sebagai ikan pemangsa ke negara ini bagi tujuan penternakan ikan sangkar. Spesies ikan itu tidak dibenarkan diternak dalam sangkar kerana berbahaya kepada ekosistem sungai dan sekiranya terlepas ia sangat berisiko kepada sumber sungai. Jabatan memang tidak mengeluarkan permit, tetapi jika ada penternak yang mahu membelanya ia perlu merujuk kepada jabatan dahulu. Jika ada kebenaran pun mungkin diternak dalam tangki, namun proses itu bukan mudah kerana kita perlu membuat penilaian yang ketat terhadap sistem penternakannya dan pembuangan sisa air. Didakwa dimana pada 29 Mac 2021 dianggarkan lebih 250 sangkar sebuah syarikat penternakan ikan di Teluk Intan pecah akibat dihanyutkan arus deras Sungai Perak. Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu menyebabkan beratus ribu ikan pelbagai jenis seperti talapia merah, patin, baung dan jelawat putih terlepas ke Sungai Perak. Ikan baung ekor merah hasil pancingan di Sungai Perak di Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah. Turut dilaporkan terlepas adalah spesies ikan baung ekor merah sebanyak 30 tan atau saintifiknya Hemibagrus wyckioides yang dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam. Siasatan awal dijalankan tidak menolak kemungkinan pemilik sangkar berkenaan menternak ikan jenis itu secara haram bersama ikan tempatan lain. Pihak jabatan sudah melakukan lawatan dan pemantauan di lokasi dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya sebelum mengambil tindakan susulan lain. Dalam kejadian minggu lalu, tali pengikat sangkar di situ putus menyebabkan ratusan sangkar ikan hanyut dengan sebahagiannya pecah dimana ini mengakibatkan ikan mati dan terlepas ke sungai. Ikan ternakan ini diberi makan palet, jadi ia agak jinak dan tidak akan pergi terlalu jauh. Jadi disarankan kepada penduduk untuk memancing atau menjala terus ikan di situ terutama dari jenis baung ekor merah supaya spesies ini tidak membiak dalam perairan sungai kita. Semuga artikel ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN BAUNG... MERAH EKORNYA...
ASAL SG MEKONG... IA MERBAHAYA...
IKAN AGRESSIF ...SEJENIS PEMANGSA...
DILARANG MASUK... KE MALAYSIA JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1443H).

Wednesday, October 20, 2021

MINUM TEH - APA FAKTANYA

MINUM TEH merupakan satu aktiviti yang telah dilakukan oleh manusia semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Sejarah minum teh ini bermula apabila manusia mendapati ada banyak faktur berkait kesihatan dari aktiviti pelbagai jenis teh yang direndam dalam air panas dan meminumnya. Penulis blog mendapati dimana kalangan pembaca blog ini sama ada meminum teh atau kopi pada waktu pagi atau lain-lain masa merupakan pilihan masing-masing. Berkemungkinan kalau pembaca blog ini adalah peminat minuman kopi yang mengandungi caffien dan kemudian mengetahui akan kehebatan minuman teh maka akan bertukar jenis minumannya. Ini kerana saintis telah mendapati air minuman teh telah memberikan tahao kesihatan otak lebih unggul. Apabila dikeluarkan satu kajian laporan pada bulan September 2019 yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah mendapati bahawa mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak suka meminumnya telah viral. Apabila disebut sahaja perkataan kafein mungkin ramai akan terus terbayang akan minuman kopi akan tetapi hakikatnya dimana terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang juga mengandungi kafein seperti teh, coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. Ia juga merupakan bahan perangsang yang paling kerap dijadikan subjek uji kaji berikutan kesan fisiologikalnya yang pelbagai cara. Pengambilan minuman berkafein perlu dihadkan pada 400 mg sehari dimana perkara ini agak mengelirukan bagi peminum kopi dan teh kerana ini memandangkan minuman tersebut mempunyai kandungan kafein yang berlainan. Sebanyak 228 gram (8 auns) bancuhan kopi mengandungi kira-kira 95 mg kafein berbanding dengan 47 mg kafein di dalam minuman teh hitam. Ini bermakna mereka yang suka minum teh boleh mengambilnya pada kadar hampir dua kali ganda daripada jumlah pengambilan minuman kopi harian. Memang tidak dinafikan bahawa bagi jenis minuman berkafein dapat memberikan pelbagai jenis manfaat berkaitan dengan fungsi otak. Dalam laporan kajian oleh Universiti Northumbria, Newcastle telah mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman berkafein mempunyai memori, masa tindak balas dan pemprosesan maklumat yang lebih baik. Namun perlu juga diingatkan bahawa mereka yang minum kopi lebih berisiko untuk mendapat kesan sampingan seperti keresahan, berdebar-debar, susah untuk tidur dan tekanan darah tinggi. Selain itu didakwa kandungan teh beri kesan antipenuaan otak.  Pada Jun 2019 dimana satu kajian telah diterbitkan di laman Jurnal Penuaan berkaitan dengan kesan pengambilan teh secara berkala terhadap fungsi kognitif individu. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) iaitu dengan kerjasama Universiti Essex dan Universiti Cambridge, London. Melalui kajian tersebut dilaporkan mereka didakwa memperolehi penemuan sangat menarik iaitu bagi individu yang mengambil minuman teh hijau, oolong atau hitam pada kekerapan 4 kali seminggu untuk tempoh selama 25 tahun mempunyai perhubungan saraf otak yang lebih baik jika ia berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sebarang minuman teh. Dakwaan juga berlaku penurunan pada kadar risiko gangguan kognitif disebabkan oleh proses penuaan. Mereka yang mengambil minuman teh secara berkala boleh mengalami penurunan risiko sebanyak 50%. Penulis blog yang juga meminati minumn kopi dan kurang pad minuman teh berubah fikiran setelah mengetahui fakta ini. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan artikel ke 6,680 mengenai beberapa fakta menarik minuman teh untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Portal berita
sinarharian.com melaporkan kisah 'Minum teh boleh tingkatkan kecerdasan otak?' menarik dikongsikan. Didakwa dimana meminum secawan teh boleh memberikan manfaat kesihatan kepada si peminum kerana ia dipercayai boleh meningkatkan kemampuan berfikir.  Berita tersebut dipetik dari Beijing, China daro beberapa kajian saintifik mendapati meminum secawan teh boleh meningkatkan lagi kecederdasan otak dan memperbaiki prestasi diri dalam tugas-tugas berkaitan dengan pemikiran. Penemuan itu didedahkan oleh para penyelidik dari Universiti Peking, China yang mengendalikann eksperimen bagi melihat sama ada meminum teh akan meningkatkan kemampuan untuk berfikir.  Penyelidikan tersebut juga mengesyorkan bahawa meminum minuman itu dipercayai boleh mendatangkan keuntungan kognitif. Kajian itu dikendalikan oleh seorang ahli psikologi, Dr. Lei Wang dari universiti tersebut dan rakan-rakannya baru-baru ini. Menurut Wang dimana hasil kajian mendapati minum teh boleh memperbaiki prestasi otak ketika berhadapan dengan tugas-tugas yang mencabar melibatkan pemikiran.  Kajian itu dilakukan ke atas 100 individu yang diberikan tugas sama ada menyelesaikan masalah berkaitan dengan ujian perkataan atau teka teki. Dalam kajian itu dilaporkan setiap individu itu diberikan sama ada secawan teh atau air biasa dengan kedua-duanya dipanaskan pada suhu sekitar 42 darjah Celsius. Hasil penemuan dalam kajian itu kemudian mendapati bahawa kumpulan peminum teh menunjukkan prestasi pemikiran lebih baik daripada individu-individu yang meminum air biasa.

Bagaimana pun jika mengambil makanan atau minuman secara berlebihan tentunya ada kesan sampingan yang tidak baik. Memang s
udah berkurun lamanya minuman teh digunakan dalam rawatan tradisional bagi tujuan merawat penyakit tertentu. Kandungan pada teh tersebut berpotensi untuk merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan obesiti. Namun jika berlaku pengambilannya melebihi 4 cawan sehari boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan individu secara menyeluruh. Sebenarnya bukan minum kopi secara berlebihan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan akan tetapi minuman teh pun jika diambil secara berlebihan juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap proses fisiologi badan. Dilaporkan diantara kesan sampingan yang boleh dialami oleh mereka yang ‘terlebih’ ambil minuman tersebut menyebabkan berlaku kekurangan zat besi dalam darah. Dilaporkan dimana terdapat kompaun di dalam minuman teh yang boleh menyebabkan masalah kurang zat besi diserap masuk ke dalam aliran darah. Kompaun tersebut digelar sebagai tannin. Ia berupaya untuk bergabung dengan zat besi bagi tujuan menghalang penyerapannya melalui sistem penghadaman manusia. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kansas pada tahun 2017 dimana tannin lebih cenderung untuk menghalang penyerapan zat besi daripada sumber sayur-sayuran berbanding dengan daging haiwan. Oleh sebab itulah, bagi mereka yang tidak mengambil daging di dalam diet maka sebaiknya perlu mengambil berat berkenaan dengan jumlah minuman teh yang diambil. Kadar pengambilan minuman teh pada kadar 3 cawan atau kurang iaitu dalam masa sehari kebiasaannya dianggap selamat buat kebanyakan individu. Kesan ke 2 dimana ia menyebabkan masalah sukar untuk tidur sebab kandungan bahan kafein adalah antara bahan yang terkandung di dalam minuman teh. Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur dan bakal mengganggu kestabilan kitaran tidur jaga anda. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa apabila pengambilan minuman berkafein boleh menyekat rembesan molekul melatoninMelatonin merupakan hormon penting yang mengawal atur kitaran tidur jaga. Ia kebiasaannya dirembeskan apabila tiada sumber cahaya (gelap) pada persekitaran individu. Pengurangan pada rembesan melatonin boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur. Ia seterusnya berpotensi untuk menyebabkan komplikasi seperti kelesuan, gangguan memori dan mudah hilang tumpuan. Apa yang lebih teruk lagi adalah masalah kekurangan tidur kebiasaannya dikaitkan dengan masalah kronik yang lain seperti obesiti dan kencing manis. Jika anda menghadapi masalah ini, seeloknya dikurangkan kekerapan pengambilan minuman tersebut terutamanya jika ia dekat dengan waktu anda tidur. Penulis blog juga syorkan minuman teh jika diambil secara berkala pada kuantiti yang disarankan maka ia boleh memberikan faedah fisiologikal yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Ia juga mengandungi kafein seperti minuman kopi namun jumlahnya tidak sebanyak minuman tersebut. Jika anda menginginkan minuman berkafein namun tidak mahu mencuba kopi, minumlah teh.
 
Boleh dikatakan setiap kali makan di rumah atau direstoren atau dimana sahaja tidak kira pagi, petang atau malam maka minuman air yang akan kita sediakan atau dipesan. Ketika makan nasi dengan laukpauk pilhan maka hidangan air sama ada air mineral, air teh-O, air kopi. air dalam tin, air berais dan sebagainya akan melengkapkan aktiviti makan (Sila lihat foto disebelah). Ramai juga yang pesan air jus buah-buahan, air sarbat (teh halia manis), air dalam jug dn sebagainya. Pada penulis blog memang tidak dinafikan minuman teh adalah salah satu pilihan pelanggan. Minuman teh juga mempunyai khasiat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidan dan polifenol di dalamnya didakwa akan dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit hati, serangan jantung, diabetes sehinggalah kanser. Saya suka minum 'Teh-O panas nipis' yang kurang nanis dan dibubuh sedikit limau untuk menambah kelazatannya. Namun dalam minum air teh dilaporkan walau pun ada kebaikannya ia tetap mempunyai keburukan jika tidak diambil dengan betul. Didakwa minuman teh boleh membantu mengurangkan pelbagai risiko penyakit namun jika tersalah ambil ia mampu memudaratkan kesihatan anda. Seperti fakta diatas dimana minuman teh mengandungi tanin dan polifenol yang dapat mengganggu penyerapan zat besi. Jika sering minum teh selepas makan ia mampu meningkatkan risiko kekurangan zat besi dalam tubuh anda. Semakin pekat teh tersebut makan lebih besar potensi untuk ia mengurangkan penyerapan zat besi dalam usus. Bagi jenis teh hitam atau 'black tea' yang tinggi kandungan polifenol tidak baik diambil sejurus selepas makan dimana perkara ini juga termasuk jenis minuman teh herba serta minuman lain seperti coklat, espresso dan kopi diambil seleps makan nasi. Memang bukan semua orang akan mengalami masalah kekurangan zat besi disebabkan minum teh selepas makan, namun risiko itu tetap ada terutama bagi individu yang memang mempunyai sejarah seperti masalah kekurangan zat besi dalam badan. Kepada golongan wanita sedang dalam haid, golongan vegan dan vegetarian juga disarankan untuk tidak mengamalkan tabiat meminum teh selepas makan. Persoalannya adalah bila sebenarnya waktu paling terbaik untuk menikmati secawan teh?. Pakar makanan menyatakan dimana sebaik-baiknya minum teh adalah selepas satu jam makan terutamanya kepada pengamal diet vegetarian atau tidak makan daging merah bagi mengelakkan gangguan penyerapan zat besi dalam tubuh. Bagaimana pun disyorkan jika ingin minum teh selepas makan, adalah lebih baik memilih teh hijau atau teh halia kerana kedua jenis teh ini dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan tidak mudah menyerap zat besi seperti teh lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MINUMAN TEH...IA AMALAN LAMA...
ADA KAFIEN... BAHAN DIDALAMNYA...
BERI MANAFAAT... DIMINUM BIASA...
JANGAN BERLEBIHAN...IA BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Outrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...