Support My Blog

Wednesday, March 25, 2020

DURIAN BELANDA - INFO MEDIA

DURIAN BELANDA (Anonna muricata) atau juga dipanggil Soursop (English) dan Sirsak (Indonnedia) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga runcit yang baik. Ini kerana khasiat daripada tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2015. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah penulis lawat untuk buat tinjauan teknologi terletal di Batu Pahat, Negeri Sembilam, Sg Jerik, Maran , Pahang dan beberapa lagi yang telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di tepi Jalan utama Maran-Temerloh baru-baru ini penulis sempat lawat tapak hampir 40 hektar sedang menanam pokok durian belanda. Harga ladang dari tinjauan penulis di Pahang adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram baagi Gred B. Harga runcit durian belanda Hred A dipasaran diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini minuman jus durian belanda amat digemari pelanggan di Premis Komplekd Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel pada petang Selasa ini sempena Perintah Larangan Pergerakan disebebkan Covid-19 saya menulis lagi rencara didalam blog pertanian iaitu "Anim Agro Technology" mengenai info berkautan durian belanda yang dilaporkan dalam akhbar My Metro sekadar dijadikan bahan bacaan sahaja.

Artikel bertajuk 'Durian Belanda Semakin di Gilai' menarik minat saya berusaha mengulasnya. Berita daripada Alor Gajah, Melaka ini menyatakan dimana kini benih pokok durian Belanda dikesan mendapat sambutan menggalakkan sejak awal tahun ini berikutan tersebarnya berita mengenai cerita keberkesanannya membunuh sel kanser. Akhbar MyMetri laporkan dimana soeorang peniaga buah dan sayur di Kampung Pulau dikenali dengan Kamarul Ariffin Mohd Yusof yang berumur 32 tahun mendakwa dimana sejak berita mengenai kemampuan durian Belanda memerangi penyakit berkenaan tersebar luas melalui media sosial semakin ramai membeli benih pokok durian belanda itu di gerainya (Sila lihat foto disebelah). Dia sebenarnya membeli benih pokok durian Belanda dari pembekal di Ayer Hitam, Johor iaitu bermula semenjak tahun 2016 dia menjual purata 11 benih setiap seminggu durian Belanda pada harga RM7 sepokok. Dakwanya lagi ia berbeza dengan keadaan sebelum ini dimana memang amat kurang pelanggan membeli benih durian Belanda kerana mereka kini telah menganggapnya tidak mempunyai khasiat untuk kesihatan. Dia nyatakan perkera tersebut kepada Harian Metro ketika ditemui di gerainya di kampung itu semalam. Dakwanya  berdasarkan kepada pengalamannya menanam pokok berkenaan, dalam tempoh tiga tahun (3) maka ia sudah mengeluarkan bunga untuk berbuah. Bagaimanapun dakwanya ia bergantung kepada aspek penjagaan pokok berkenaan dan jika ia sering dibaja, ia mampu tumbuh dengan subur. Dia pernah dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan memberikan kepadanya durian Belanda goreng yang seakan-akan sama seperti buah sukun goreng. Ia dakwa rasanya lazat tetapi kita harus berhati-hati kerana bimbang tertelan bijinya. Selain itu, ada pelanggan yang memberitahu saya daun durian Belanda boleh direndam dalam air dan dilumurkan pada kepala sesiapa yang demam untuk mengurangkan sakit kepala. Kini ada ekstrak daripada durian Belanda didakwa ia dikatakan mampu membunuh sel kanser seperti kanser payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas. Katanya ia mampu untuk memperlahankan sel kanser berbanding ‘Adriamycin,’ iaitu ubat kemoterapi yang biasa digunakan. Antara kaedah menjadikan durian Belanda sebagai bahan untuk mengubati kanser ialah dengan dengan merebus 18 helai daun dengan tujuh cawan air. Tempoh merebus ialah selama 15 minit dengan api sederhana dan air rebusan itu dijadikan minuman tambahan.

Dalam pada itu di Kuantan dengan artikel bertajuk 'Cuka Durian Belanda' juga menarik untuk dikongsi bersama sema pembaca anim agro technology.  Kini cuka durian belanda pada umum mungkin kedengaran agak pelik namun ia hasil penyelidikan tiga pelajar dari Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Kuantan telah mampu menjadi ia sebagai pencegah kanser. Penyelidikan selama empat bulan itu berjaya menghasilkan cuka yang berfungsi sebagai anti bakteria dan fungus selain mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Pelajar Muhamad Hafizi Luqman Ismail, 20, berkata selepas tiga kali melakukan percubaan di makmal dengan melalui beberapa proses, cuka durian belanda dihasilkan (Sila lihat foto disebelah)Menurutnya lagi dimana antara kelebihan cuka itu ialah ia dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang, tetapi proses pemeraman mengambil masa selama sebulan sebelum boleh digunakan. Katanya, untuk membuktikan khasiat cuka itu khususnya dalam bidang perubatan, ujian kandungannya akan dilakukan akhir tahun ini. Keberkesanan dan kelebihan dalam cuka ini untuk perubatan akan dapat dibuktikan selepas ujian makmal bagi menambahkan keyakinan pengguna. Cuka durian belanda boleh dikomersialkan kerana ia mampu dijadikan sebagai penambah perasa dalam makanan terutama masakan Melayu.

Buah durian belanda semakin berharga apabila artikel bertajuk "Produk berasaskan durian belanda" telah dihasilkan. Berita dari Kuala Lumpur dimana Syarikat MOS Nutraceutical Sdn Bhd menyasarkan jualan 25,000 unit produk barunya berasaskan durian belanda tahun ini apabila disokong oleh peluasan pasarannya ke Indonesia, Brunei dan Singapura. Pengarah Urusannya dikenali dengan nama Ony Nurhusni Mahad Nor dakwa pihaknya percaya jumlah itu dapat dicapai menerusi 500 rangkaian pengedarnya termasuk farmasi yang dijangka meningkat sekali ganda menjelang akhir tahun jula semuanya lancar (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya menerusi produk Jus Annona yang dihasilkan dengan pembungkusan baru iaitu dalam bentuk sachet juga dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam dan luar negara. Mereka kini telah mempunyai satu pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memberi tumpuan dalam penghasilan produk kesihatan berasaskan durian belanda dan tahun ini, kami akan mengeluarkan beberapa produk baru antaranya dalam bentuk roll-on atau losen untuk mengurangkan bengkak pada sendi, lutut serta otot. Syarikat ini juga dalam usaha untuk menembusi pasaran global menerusi sistem pemasaran digital dan kami yakin produk Jus Annona dapat menerokai seluruh pasaran dunia dalam tempoh tiga tahun. Kini sebagai syarikat pertama yang memfokus kepada produk kesihatan menggunakan durian belanda, pihaknya mempelawa orang ramai yang berminat menjadi usahawan menambah pendapatan. Dakwanya lagi untuk menjadi ejen modal yang diperlukan hanya RM350, manakala margin keuntungan pula sebanyak 30 peratus dan pihaknya akan memberi bimbingan untuk memulakan perniagaan. Jus Annona adalah makanan tambahan kesihatan berfungsi sebagai terapi alternatif untuk mengatasi atau mengurangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser. Setakat ini dakwanya syarikat ini telah mengeluarkan produk Jus Annona dan teh durian belanda dengan harga bermula dari RM59 hingga RM188. Bagi perancangan jangka panjang, kami akan cuba mengeluarkan pelbagai produk daripada suplemen sehingga kepada kosmetik berasaskan durian belanda.

Artikel seterusnya adalah bertajuk "Bukan Produk Antikanser" iaitu produk rakan penulis blog Dato' Rosyam noor. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai beliau sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun Harian Metro menyatakan didalam artikel tersebut dimana ketika media sosial ‘panas’ dengan isu ramai artis mengeluarkan pelbagai produk kesihatan sehingga ada yang mendakwa produk mereka penyembuh pelbagai penyakit termasuk kanser, Datuk Rosyam Nor tidak ketinggalan terkena tempiasnya. Rosyam 51 tahun yang baru mengeluarkan produk berasaskan durian belanda menegaskan ia bukannya produk antikanser. Beliau hanya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida tinggi, bukan antikanser. Dia bagaimanan pun amat bersetuju dengan kenyataan pakar kesihatan dan doktor yang menafikan jus durian belanda mampu merawat kanser. Rosyam berkata, sebelum beliau mengeluarkan produk itu, dia sudah melakukan pelbagai pembacaan di jurnal kesihatan dari seluruh dunia mengenai khasiat durian belanda termasuk dakwaan mempunyai antioksida tinggi. Dakwanya lagi sehingga kini diperakui tiada penyelidikan saintifik yang dilakukan bagi mengukuhkan dakwaan durian belanda adalah antikanser. Itulah sebab dia berkali-kali menegaskan dimana produknya hanya sebagai pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan kualiti kehidupan selain pesakit wajib meneruskan rawatan sedia ada. Rosyam berkata yang produk pertama keluarannya ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong kerjayanya selama lebih 30 tahun dalam bidang lakonan. Selain itu, berbekalkan sedikit ilmu pertanian, Rosyam mula menanam lebih 10,000 pokok durian belanda di tanah pertanian seluas 70 hektar di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Pahang (Penulis selelu berbincang dengan Datuk Rosyam di TKPM ini semasa menjawat Pengarah Pertanian Pahang). Kini selepas tiga tahun dimana beliau sanggup turun naik makmal bekerjasama dengan pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta Teknologi Park Malaysia bagi mencari khasiat terkandung dalam pokok itu sebelum memutuskan untuk mengeluarkan produk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK BERGUNA... IA DURIAN BELANDA...
BENIH DIJUAL... MAMPU UNTUK BELINYA...
LEPAS 3 TAHUN... KELUARLAH BUAHNYA...
PELBAGAI PRODUK... KESIHATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(28 Rejab 1441H).
STAY HOME..STAY AWAY OF COVID19!...

Tuesday, March 24, 2020

SOM TAM - KEGEMARAN SAYA

SOM TAM (Kerabu Betik) merupakan sejenis makanan kegemaran penulis blog kalau berkunjung ke restoren makanan Ala-Thai di Malaysia. Som tam juga merupakan salah satu hidangan yang disediakan di restrien seperti ini selain daripada makanan popular mereka iaiti Tom Yam, Ikan Masak Sweet Sour, Goreng Telur Ayam, Sup Sayur, Nasi Putih, Telur Bungkus, Nasi Paprik, Nasi Goreng Kampong dan sebagainya. Somtam merupakan hidangan salad betik mentah atau mangga mentah dengan ramuan seperti kacang tanah, cili, pla ra, ketam, plum dan limau dan beberapa lagi. Ia merupakan sejenis makanan dari kategori salad dengan ia disediakan iaitu bahan utamanya betik mentah atau penulis suka juga mangga mentah. Ia adalah salad betik mentah adalah salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada kepingan atau hirisan nipis betik mentah. Hidangan ini dulu dipercayai berasal dari Laos akan tetapi dipopularkan oleh orang di Thailand terutama di rangkaian restoren Ala-Thai dan lazim disajikan di Asia Tenggara. Di Kemboja disebut bok l'hong sementara di Laos PDR ia disebut tam som atau tepatnya tam maak hoong, di Thailand pula ia telah dikenali sebagai som tam dan di Vietnam disebut gỏi đu đủ. Dari rekod menunjukkan makanan Som tam yang disediakan ala jenis Thai masuk dalam senarai nombor 46 dari senarai 50 Jenis Makanan Paling Lazat di Dunia oleh CNN Go pada 2011. Ada satu filem semasa penulis menaiki kapalterbang yang mana hero (Mat Salleh) menjadi kuat setelah makan somtam dan mempu beraksi dan bertarung di Thailand. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai hidangan som tam sebagai sakah satu makanan kegemaran penulis untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Makanan som tam memang ianya sedia  menggabungkan lima utama rasa utama dari masakan tempatan iaitu masam limau, pedas cili, sos ikan masin, savuri dan kemanisan ditambah oleh gula melaka. Bahan-bahan yang diadun secra tradisional penyediaannya akan ditumbuk dalam lesung batumenjadikan ia selalu dipanggil sebagai "masam yang ditumbuk". Betik muda yang dipetik daripada pokok sesuai digunakan dan memang tidak menggunakan betik hampir masak kerana warnanya adalah putih susu sahaja. Betik muda ini tidak manis sebaliknya selalu memberikan sedikit rasa masam dengan ia mempunyai tekstur isi yang kuat, teguh dan kadang-kadang mencapai satu tahap kerangupan sesuai (crispy texture). Secara tradisional buah betik ini juga ditumbuk dalam lesung batu sehingga dapa bertahan lama dan elok teksturnya. Betik muda ini masih bergetah ketika dipetik dan kulit luar berwarna hijaunya perlu dibuang dengan menggunakan alat seperti pemgupas kulit (peeler). Kemudian dengan pisau ia akan diracik-racik halus atau menggunakan alat penghilis khusus (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun resepi membuat som tam ini ada berbagai cara sama ada ia disediakan dengan bahan asas atau pun dicampur dengan pelbagai ramuan lain yang disukai. Bagaimana pun yang paling selalu diubahsuai adalah 'tahap kepedasan' yang mana ia ditentukan oleh jenis cili api yang digunakan dan julah yang dimasukkan dalam som tam ini. Lagi hendakkan rasa 'super pedas giler' maka tambahlah jumlah cili api didalamnya. Kalau ke restoren Ala-Thai di Malaysia mereka berikan kepedasan yang sederhana sahaja tetapi boleh beritahu jika anda hendakan yang super pedas atau kurang pedas semasa membuat tempahanan makanan.


Resepi pertama yang saya paling suka adalah som tam mangga muda yang mana ia memang paling enak sekali. Ia merupakan sejenis makanan mudah disediakan dan cepat. Bahan-bahannya adalah 3 biji mangga muda (apa jenis pun boleh tetapi saya selalu gunakan mangga epal kerana ia kurang masam dan seratnya juga adalah halus), 3 - 4 tangkai kacang panjang perlu di potong dalam 2 inci, 1 biji buah tomato-potong baji, 4 biji cili padi kalau hendak tanbah pedas boleh tambah lagi, 2 peket kecil udang kering yang digoreng tanpa minyak), 1/2 cawan kacang tanah yang di goreng tanpa minyak, 2 sudu gula somtan, sos ikan secukupnya, 2 biji limau nipis dan di ambil airnya. Cara-cara menyediakan somtam mangga adalah dengan mengupas mangga mentah dan isinya di racik halus dan dimasukkan didalam bekas. Kemudian masukkan cili padi dalam lesung ditumbuk atau dilumatkan sehingga hancur dan masukkan udang kering serta tumbuk hati-hati sahaja. Seterusnya dimasukkan kacang panjang yang mesti tumbuk manja. Kemudian dimasukkan tomato baji dan ia di tumbuk manja juga. Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu kedalam ramuan dan kemudian dimasukkan air perahan limau. Kemudian di tuangkan kesemua bahan ramuan yang di tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Buat beberapa kali gaul rata sebelum dibuat ujirasa mengenai citarasa masin, manis dan masam secukupnya. Kemudian dimasukkan kedalam mangkuk untuk di taburkan kacang tanah diatasnya dan dihidangkan.


Bagi resepi ke dua iaitu Som Tam Betik Muda Ala Thai perli disediakan bahan iaitu 1 biji betik mengkal saiz kecil seeloknya ada warna), 1 biji mangga muda, 1 sudu udang kering yang ditumbuk kasar, 5 sudu kacang goreng ditumbuk kasar, 2 sudu sos ikan, 1 sudu gula, 7 biji limau kasturi yang mesti diambil jusnya, garam secukup rasa (jika perlu), Sementara iru bahan-bahan kedua adalah untuk dikisar iaitu 3 batang kacang panjang, 2 kuntum bunga kantan, 8 biji cili api, 3 biji cili merah, 2 biji bawang besar, 2 tangkai daun ketumbar dan  juga 1 biji tomato. Cara menyediakan dan memasak som tam betik dengan mbuangkan kulit betik dan mangga. kemudian racik memanjang. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili , udang kering, kacang goreng, bunga kantan, daun ketumbar dan bawang besar masukkan sos ikan, gula dan jus limau dan gaulkan sehingga rata dan kemudian diisikan kerabu mangga kedalam pinggan dan boleh dimakan segera. Resepi ketiga adalah menyediakan Kerabu Betik (Som Tam) yang paling enak. Bahan-bahan diperlukan terdiri dari Bahan A iaitu 1 biji betik mengkal (Saiz kecil), 1 biji mangga muda, 2 sudu makan sos ikan , 7 biji limau kesturi  (Diambil jusnya), 1 sudu makan udang kering (Ditumbuk kasar), 5 sudu makan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar), 1 sudu makan gula  serta garam secukupnya. Bagi bahan B (Dihiris) adalah 3 batang kacang panjang, 2 kuntum bunga kantan, 8 biji cili api, 3 biji cili merah, 2 labu bawang besar dan 2 pokok daun ketumbar. Cara menyediakan dan memasak dengan mngupas kulit betik dan mangga. Kemudian diracik secara memanjang. Gaulkan sos ikan, gula, dan perahan limau kesturi. Kacau rata. Kemudian di campurkan betik, mangga, udang kering, kacang tanah, gula, garam dan bahan B. Gaul sehingga rata. Masukkan dan gaulkan campuran sos ikan tadi dan gaul rata sekali lagi. Somtam betik ini sudah sedia dihidangkan. Semuga anda smeua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKANAN SOM TAM... PELBAGAI RASA...
MASAM, PEDAS... MANIS SEMUA ADA...
BAHAN MURAH...SENANGNYA DISEDIA...
MAKANAN SALAD... DI INDOCHINA ASALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1441H).

Monday, March 23, 2020

MANGGA EPAL (MA194) - KENALI DIA

MANGGA EPAL (Mangifera indica) atau Mangga Apple merupakan sejenis varieti mangga yang pernah popular di Malaysia sekitar tahun 1980'an dimana ia merupakan satu varieti mangga yang sangat produktif. Penulis blog memang sudah amat biasa dengan mangga epal kerana mempunyai sebatang pokok di rumah sewa di Melaka sekitar tahun awal 1980'an yang berbuah sepanjang tahun dan didapati masih hidup sehingga hari ini (berumur lebih 30 tahun). Mangga Epal dimana di Indonesia ia di panggil sebagai 'Mempelam Apel' merupakan diantara varieti mangga yang paling tidak mengecewakan apabila ditanam dikawasan sesuai kerana ia sejenis varieti mangg yang sangat produktif. Mangga Epal telah didaftarkan di dalam Nasional Varieti Plant Listing dibawah Jabata Pertanian dengan nombor rujukkan MA194 pada tahun 1973. Alamat pendaftar varieti ini adalah Stesyen Pertanian Serdang di Selangor pada waktu itu yang mana mempunyai beratus-ratus koleksi varieti mangga (Dulu dipanggil sebagai 'Klon Mangga'). Di Malaysia telah pun ada direkodkan sebanyak 113 varieti mangga yang telah didaftarkan (termasuk Mangga Epal) dan ada 48 lagi varieti mangga yang masih belum didaftarkan. Penulis blog merupakan salah seorang yang pernah berusaha untuk mendaftarkan banyak varieti buah-buahan di Malaysia dan membuat pengesyoran varieti untk dikomersilkan. Walau pun sekitar awal tahun 1980'an mangga epal menjadi 'havoc' dikalangan peminatnya akan tetapi kini ia sudah kurang diperkatakan. Ramai yang kini hanya kenal beberapa varieti mangga komersil seperti Mangga Harumanis, Mangga Sala, Mangga Cokanan dan beberapa jenis lagi. Artikel petang ini sempena Larangan Perjalanan sebab virus pendemik Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman mangga varieti Epal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Mangga Epal memang unik kerana bentuknya seakan-akan buah epal sebenar terutama jika ia dari jenis Epal Merah (Sila lihat foto disebelah). Buah ini akan menjadi hijau kemerahan dengan bentuk sama apabila ia masak ranum dipokok seperti yang penulis blog dahulu selalu tuai. Sebiji buah mangga epal ini mampu mencapai ukurlilit sekitar 25 - 30 cm apabila ia dijaga dengan baik dan dibuat penjarangan semasa peringkat putik dipokok. Bagaimana pun sebenarnya mangga apel ini ada yang matang hanya berwarna hijau sahaja dan akan gugur sendiri apabila terlalu masak. Mangga epal ini bagaimana pun tidak sama dengan mangga komersil yang lain kerana isinya adalah MASAM. Hanya buah yang masak ranum sahaja agak kurang masamnya dan memang penulis blog dapati tidak pernah mengatakan mangga epal ini rasanya 'manis'. Buahnya memang banyak pada satu tangkai secara berangkai dimana jika dibaja dan dijaga dengan baik maka ia memang melekat dengan baik. Bagaimana pun kehebatan mangga epal yang mungkin ramai tidak tahu adalah kurangnya buah busuk akibat diserang lalat buah (Daucus spp) walau pun ia tidak dibalut. Kalau hendak bandingkan dengan buah apel kita boleh katakan menyamai dengan buah apel hijau yang muda kemasamannya.


Penanaman mangga epal ini boleh dilakukan dikebun, dikawasan-kawasan perumahan atau sepanjang jalan di taman perumahan atau ada yang menanam didalam pasu besar sahaja. Benih mangga epal boleh dibeli daripada nurseri swasta atau penjual benih bertauliah dengan harga yang murah sahaja berbanding dengan mangga premium yang lain. Ia sesuai ditanam dengan jarak 6m x 6 m didalam kebun dan sanya sepokok dua jika ditanam dikawasan rumah teres. Kalau rumah banglo mungkin boleh menanam sehingga 10 pokok disekeliling rumah. Cara menanam dengan menyediakan lubang penanaman dan diisikan dengan baja organan, CIRP serta anakbenih perlu disiran diperingkat awal penanaman. Daripada pemerhatian penulis blog di Melaka dilaporkan mangga epal ini mampu berbunga dan berbuah awal diantara 3-4 tahun sahaja. Ia berbunga pada bulan Febuari -Mac dan boleh mengutip hasil sekitar Mei sehingga Ogos mengkut lokaliti. Bagaimana pun pokok yang ditanam di Melaka mampu berbuah dua kali setahun dan ada juga yang 3 kali setahun. Ini kerana Daerah Melaka Tengah memang jatuh didalam zon tanaman mangga (MFZ2) yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian. Kini tanaman mangga dijadikan sebagai tanaman 'avenue planting' oleh beberapa syarikat perumahan.


Antara beberapa perkata yang perku penulis blog kongsikan dengan pembaca mengenai mangga epal adalah ciri buahnya. Antara perkata tersebut adalah seperti buah ini mempunyai masaalah sebelah rasa masam dan sebelah rasa manis apabila matang (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang tidak dibaja atau dijaga baik berkemungkinan menjadikan perkara ini berlaku berbanding dengan cara pembajaan dengan baja foliar yang dilaporkan mampu mengelakan kejadian ini (Awal tahun 1980'an belum ada teknologi penggunaan baja foliar). Satu lagi perkara adalah dimana buah yang terdedah dengan cahaya matahari akan memberikan warna kuning kemerahan jika dibandingkan dengan buah yang terlindung dengan cahaya matahari tetap berwarna hijau. Buah mangga epal mempunyai kadar kejadian putik buah melekat yang memang tinggi berbanding dengan mangga jenis lain. Oleh itu satu pokok dewasa dengan ketinggian 2 meter mampu menghasilkan sehingga 150 biji buah dimusim puncak. Bagaimana pun pokok mangga epal perlu selalu dibuat cantasan pembentukkan dengan membuang dahan tengah untuk membolehkan pokok tidak terlalu tinggi dan 'gila daun'. Aktiviti mencantas perlu dilakukan secara rutin sehingga mendapat pokok mangga epal yang sesuai terutama jika ia ditanam dikawasan keliling rumah anda.


Mangga Epal ini sesuai dimakan segar (buah yang masak ranum) atau pun lebih sesuai untuk diperoses menjadi jeruk, halwa dan sebagainya. Buah yang muda atau hampir matang sesuai dijadikan jeruk dengan memetiknya. Ia perlu dibasuh bersih dan kemudian dipotong-potong bersama kulitnya atau dikupas kulitnya. Ambil sekitar 15 - 20 biji mangga epal dan beberapa bahan lain diperlukan seperti 2 gengam garam kasar, 1 sudu kapor (dibancuh dengan air), 1 kg gula pasir, 3 cawan air masak dan juga 2 balang plastik besar. Hirisan mangga epal kemudian di masukkan kedalam balang plastik dan dimasukkan garam kasar segenggam dan disimpan didalam peti ais semalaman. Pada keesokan harinya keluarkan air dan sejatkan dan isikan kembali hirisn ini kedalam balang lain. Bancuh kapor dengan air sekitar paras semua hirisan mangga tenggelam disimpan didalam balang dan peramam selama 6 - 12 jam. Kemudian dimasukkan 1 kg gula sehingga larit dengan 3 cawan air dan disejukkan. Ambil hirisan mangga yang direndam dalam air kapor tadi ditoskan kemidian masukkan kedalam balang lain dimana akhirnya dimasukkan air gula. Ada hirian mangga yang tidak tenggelam (timbul diatas balang) tetapi tidak mengapa kerana kelak buah mangga akan berair sendiri. Simpan didalam peti ais semalaman dan esok hari boleh dibuka untuk hidangan. Ia enak dimakan semasa sejuk atau ditoskan dahulu dan dihidangkan untuk dinikmati kenakkan jeruk mangga epal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MANGGA EPAL... POPULAR DULUNYA...
BERBENTUK EPAL... MASAM RASANYA...
BERBUAH LEBAT... IA SENANG DIJAGA...
DIBUAT JERUK... SENANG MEMBUATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(27 Rejab 1441H).

Sunday, March 22, 2020

KEBUN NANAS GOLDENPINE - TINJAUAN

KEBUN NANAS GOLDENPINE merupakan salah satu kebun nanas yang bejaya menjadi kebun yang mendapat pengiktirafan MyGAP dan SPBT di Pontian, Johor. Pemilik syarikat ini iaitu Tan Sey Tan atau mesra dengan panggilan 'Cikgu Tan' telah lama berkecimpong didalam industri nanas di Maaysia dimana kini beliau menanam lebih daripada 40 ekar diatas tanah gambut. Menurutnya minat menanam nanas sejak beliau kecil merupakan satu usaha yang menguntungkan jika dijalankan dengan baik dan mengikut amalan agronoomi sehingga mampu menghasilkan buah yang berkualiti. Kalau dahulu nanas jenis Moris, Gandul, N36 dan Josapine yang luas ditanam akan tetapi kini ia banyak menanam nanas MD2. Selain daripada ia menghasilkan buah untuk pasaran domestik lazimnya banyak juga buah yang dihantar kepasaran eksport ke Singapura. Kebanyakan tanah untuk kawasan tanaman nanas adalah disewa daripada pemiliknya untuk jangkamasa agak panjang sekitar 12 - 20 tahun dimana kebanyakannya adalah kebun yang ditanam dengan kelapa sawit. Kemudian seteah perjanjan dimeterai maka beliau akan membina jalan dan sistem perparitan dan menebang pokok sawit sehingga sesuai untuk ditanam dengan nanas. Kos pembinaan jalanladang di kawasan tanah gambut disini sekitar RM1,400 satu km dengan batu gravel terpaksa diambil jauh dari kebun. Penanaman nnanas MD2 kini dianggap sebagai antara yang mampu menjamin pendapatan dengan penjualan buah segar dan juga benih nanas MD2 dan benih nanas lain. Mempunyai kelengkapan ladang yang baik dan tenagakerja pekerja asing seramai 30 orang beliau mampu menghasilkan lebih daripada 550 metrik tan nanas setahun. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai operasi usahawan nanas berjaya di Johor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Penulis blog mengenali Cikgu Tan semasa beliau membentangkan inovasi Penutup Buah Nanas dalam Pertandingan Inovasi Pertanian lebih 5 tahun lalu (Sila klik disini). Masa itu penulis blog tidak juga  menyangka pada Jun 2015 saya dapat berjumpa dengan pencipta tudung buah nenas ini dengan membentangkan Versi Tudung Nenas Version 2 yang lebih baik dan juga pelbagai guna dalam pertandingan inovasi pertanian Jabatan Pertanian 2015. Encik Tan Sey Tai merupakan usahawan nenas dan juga pencipta tudung nenas yang berjaya dalam mengatasi masaalah kejadian risiko Penyakit Mata Hantu pada buah nenas di Malaysia. Kejadian serangan penyakit ini adalah disebabkan oleh Sinaran Cahaya Matahari yang berlebihan dan suhu tinggi atau panas dimana ianya akan boleh menyebabkan penyakit mata hantu. Beliau telah memperkenalkan tudung versi 1 pada tahun 2006-2007 dimana ia banyak digunakan sekitar negeri Johor terutama penanam nenas dikawasan tanah gambut. Jenis tudung telah digunakan hampir 10 tahun oleh ramai petani dengan spesifikasi yang mempunyai diameter 19 cm berbanding dengan versi 2 yang diperkenalkan pada 2015 dengan diameter lebih besar iaitu 24 cm dan beberapa ciri tambahan. Pada masa dulu ramai penanam nenas yang akan menggunakan kain, kertas surat khabar, net atau guni sebagai pelindung buah nenas. Ia menyebabkan buah nenas mudah diserang penyakit buah hantu dan menghasilkan buah nenas yang masam, warna tidak seragam dan bentuk buah yang tidak menarik. Cara lama ini menyebabkan kualiti buah nenas rendah tetapi memerlukan kos bahan yang tinggi dan kos pemasangan yang juga tinggi. Ia perlukan satu teknik baru untuk mengatasi masaalah ini. Kini telah pun diperkenalkan Tudung nenas Plastik Kecil MD2 pada 2006-2007 dimana ia berukuran 9.5 cm tetapi hanya sesuai pada buah berzaiz kecil sahaja. Jenis ini tidak boleh diguna untuk buah nenas bersaiz besar dan cuma tahan 1 atau 2 kali penggunaan sahaja. Ini kerana ia perlu dipecahkan kerana jambul nenas terlalu besar dan menjadikan tudungnya rosak. Penelitian penulis di ladang nenas di Kluang mendapati ia telah meluas digunakan dengan kos sekitar 60 sen sekeping. Versi ini juga banyak digunakan untuk jenis nanas kecil seperti MD2 dan Josapine serta beberapa varieti lain.


Penanaman nanas MD2 lazimnya akan menghasilkan buah selepas 14 bulan ditanam. Selepas dihormon pada umur 8-10 bulan buah akan dituai sekitar 130 - 145 hari mengikut tahap iaitu indeks kematangan dan kemudian pokok akan dicantasun untuk tujuan pengeluaran anak benih atau sulur benih (Suckers). Bergantung kepada kesuburan pokok dan amalan agronomi yang dilakukan maka sepokok nanas mampu mengeluarkan sekitar 4 - 6 sulur benih dalam masa 3-4 bulan. Walau pun ada usahawa yang membuat 'ratoon' dengan membiarkan sepokok nanas untuk meghasilkan buah akan tetapi praktis ini tidak dilakukan Cikgu Tan keran buah yang dihasilkan adalah rendah kualitinya. Sebaiknya selepas pokok ini sudah diambil benihnya akan dibuang dilakukan penanaman baru. Sulur tanah yang keluar biasanya alabila tumnbuh sepanjang 25 - 30 cm akan dipetik dangan tangan dan dikumpulkan dekebun sebegai benih tanaman (Sila lihat foto disebelah). Harga benih sulur nanas MD2 diantara RM1.20 - RM1.60 dikebun (tidak termasuk kos pengangkutan). Benih ini perlu dirawat dengan racun kulat dengan merendamnya dahulu selama 5 minit sebelum diterbalikkan diatas para untuk mengeringkannya sebelum ditanam atau dihantar kelokasi kebun lain. Beliau mempunyai persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) daripada Jabatan Pertanian dan mengikuti SOP pengeluaran benih mengikut skim tersebut. Belau merupakan salah satu yang mendapat tender bekalan benih nanas MD2 oleh LPNM semenjak beberapa tahun.


Bagaimana pun penulis blog ada membuat pemeriksaan kualiti benih nanas MD2 yang dikeluarkan. Walau pun kualiti benih yang dikutip mengikut spesifikasi (SIRIM Standard Benih Tanaman Nanas) tetapi berlaku beberpa sulur benih yang tidak mengikuti standard tersebut. Antaranya ada sukur yang dipotong diatas paras perdu yang mana ia menyebabkan kerosakana pada sulur tersebut (Sila lihat footo disebelah). Setiap ikatan (50 sulur seikat) diperiksa dengan teliti dan kejadian benih rosak akan direkodkan megikut pekerja yang mengutipnya dan bayaran akan dipotong jika ada benih yang rosak. Menurutnya benih sulru nanas MD2 akan tahan lama diletakan dikebun akan tetapi jika dilonggokkan didalam ikatan dawai atau ditimbun diatas tanah maka benih tersebut akan rosak dan membusuk. Sebaiknya ia disusun diatas rak-rak dawai sehingga sedia untuk ditanam. Menurut beliau kini permintaan untuk sulur nanas MD2 agak tinggi kerana peanam nanas sudah sedar dengen kempen agar ELAKKAN MENANAM NANAS BENIH TC IKultur Tisu) yang menyebabkan Somaclonal Variation. Benih Kultur Tisu (TC) ini memang todak disyorkan untuk ditanam kerana ia akan menjejaskan industri nanas MD2 itu sendiri dimasa akan datang. Menurut Cikgu Tan penanam nanas yang baru menceburi penanaman nanas MD2 perlu sabar untuk mendapatkan benih nanas MD2 sulur yang telah diakreditasi bagi menjamin ketulinannya. Kebun Nanas Cikgu Tan antara yang terbaik di antara beberapa usahawan nanas dikawasan tanah gambut di Johor. Semuga beliau akan terus berjaya sebagai pemilik ladang nanas Goldenpine dimasa akan datang. SEmua anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..
NANAS MD2.. TANAH GAMBUT BERADA...
USAHAWAN BERJAYA...IA SUDAH LAMA...
MENJUAL BUAH... BENIH PUN SAMA JUGA...
MENANAM NAS=NAS... BELIAU GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

Saturday, March 21, 2020

PRODUK NANAS MELITA - UJIRASA

PRODUK NANAS MELITA merupakan diantara ratusan produk berasaskan buah nanas yang ada di Malaysia yang mana penulis blog membuat ujirasa. Penulis blog bepeluang membuat tinjauan teknologi ke ladang nanas KPF (Kulim Pineapple Farm) di Uli Tiram, Kota Tinggi dan Tanah Abang, Mersing, Johor didalam mendapatkan teknologi tanaman nanas khususnya nanas varieti MD2 secara komersil. KPF merupakan salah satu syarikat yang menanam nanas MD2 secara perladangan diatas tanah mineral (mineral soil) di Johor yang mampu menghasilkan bbuah nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas (Ananas comosus) kini merupakan salah satu tanaman buh yang mendapat perhatian ramai usahawan kerana didakwa ianya mampu memberikan pulangan yang baik.  Kalau dahulu tanaman nanas hanya tertumpu dikawasan tanah gambut sahaja akan tetapi telah ada teknologi untuk menghasilkan nanas segar premium dikawasan tanah mineral seperti tanah yang dahulu ditanam dengan kelapa sawit. Ladang KPF di Ulu Tiram ini contohnya dahulu adalah ladang kelapa sawit yang kini ditebang dan ditanam dengan nanas. Nanas MD2 (nombor daftar AC9) merupakan sejenis nanas premiium yang sesuai untuk pasaran segar atau diproses menjadi pelbagai produk. Antara beberapa produk berasaskan buah nanas adalah seperti buah potong (titbits), jus nanas, pes nanas, kerepek nanas, tart nanas, halwa nanas dan banyak lagi. Makanan yang berasaskan nanas juga banyak daripada paceri nanas, ikan kering masakk lemak dengan nanas, nasi goreng nanas, karipap nanas, pinacolama dan banyak lagi. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' dua produk keluaran KPF dengan jenama MELITA yang telah dibuat ujirasa memasa membuat tinjauan diladang tersebut untuk bahan rujukkan anda semua.


Produk Pertama  adalah makanan ringan yang dinamakan 'Freeze Dried Pineapple' iaitu sejenis produk baru yang ada di Malaysia menggunakan teknologi terkini. Paket ini yang berwarna kombinasi putih dan kining amat menarik dengan ada gambar nanas varieti MD2 (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang diberi beberapa paket sampel untuk ujirasa produk ini mendapati ia sesuai dijadikan makanan snek yang berkhasiat. Menurut KPF, pproduk ini diberikan nama 'Melita' yang bermakna sebagai 'Melayu Jelita' walau pun jika disebut didalam bahasa Sepanyol mungkin maksudnya berbeza. Setiap paket ini didakwa diproses daripada nanas MD2 iaitu sejenis nanas premium yang ditanam oleh ladang KPF dan di proses oleh Syarikat Tastiwah Sdn Bhd beralamat di Jitra, Kedah, Malaysia, Kilang ini dilaporkan melaburkan kos tinggi untuk membeli peralatan dan mesin 'freeze dried' yang mampu memproses buah nanas segar tanpa merosakkan komposisi nutrient asasnya. Berbeza dengan teknologi 'vacuum fry' didakwa teknology ini lebih canggih dan mampu menghasilkan produk yang kualitinya lebih tinggi. Dari ujirasa yang penulis blog lakukan didapati memang benar kelainan produk dari freeze dried dengan vacuum fry. Perbezaan nyata adalah rasa kemasaman dan aroma asli yang amat dirasai dengan produk ini. Memang saya berikan kredit 'superb' untuk produk ini.


Dari segi pembungkusan pula produk ini telah mendapat persijilan daripada MeSTI, HACCP, ISO22000, Halal dan juga logo Buatan Malaysia. Setiap pek hanya mengandungi sebanyak 20 gram sahaja dimana ia dijual sekitar RM7.00 sepekut untuk harga runcit. Walau pun hanya 20 gram pembungkusannya tetapi dibaca dari kandungan nutrisinya memang hebat (Sila anda lihat foto disebelah). Ini kerana didakwa bagi hidngan 100 gram mempunyai sebanyak 409 kcal (82.3 kcal per 20 gram) dengan kandungan protin (4.3 gram), Kabohiderat (90.7 gram, Dodium (o,8 miligram), Lemak (1.3 gram), Lemak Tepu (0.7 gram), Trans Lemak (kurang 1.0 mg), Vitamin C (154.5 mg), Vitamin B1 (kurang 1.0 mg), Vitamin B2 (kurang 0.5 mg), Kalsium (51.9 mg), Zat Besi (2.4 mg) dan juga Kolesterol (kurang 1.0 mg). Dicatitkan tarikh ia dikeluarkan dikilang dan tarikh luput dengan jelas iaitu selama (1) satu tahun. Pembungkusan mengguna bahan tetrapek ini membolehkan ia kedap udara bagi menjamin kualitinya. Anda kena rasa produk makanan snek ini untuk menulai sendiri akan keenakannya.


Bagi produk Jus Nanas Melita ia ditinkan didalam bekas yang mana lebih enak diminum sewaktu sejuk. Dipasaran memang terdapat banyak pproduk kordial dan straight drink berasaskan buah nanas. Bagaimana pun dari ujirasa yang penulis blog lakukan terhadap produk jus nenas ini memang agak berlainan dimana ia memberikan tahap kemanisan dan aroma yang semacam agak asli juga (Sila lihat foto disebelah). Tin yang mengandungi sebanyak 320 liter ini dijual runcit sekitar RM2.50 hingga RM3.00 bergantung kepada yang biasa atau yang disejukkan. Warna tin yang dipaparkan adalah hijau, putih dan kining dengan ada gambar buah nanas MD2. Ditulis sebagai Melita FOODS ia dinamakan Jus Nanas (Pineapple Juice) yang memang menjadi salah satu jenis minuman katogeri minuman berkhasiat. Daripada KPF dimaklumkan jus ini menggunakan nanas premium MD2 iaitu sejenis nanas yang memang mahal dijual segar dipasaran. Kalau anda berpeluang membeli jus nanas MD2 segar diproses terus dari buahnya biasa dijual sekitar RM5.00 bagi bekas besar dan RM3.00 bagi bekas kecil. Bagaimana pun produk didalam tin ini sesuai diteguk semasa sejuk dan memang memgenyangkan kalau diminum seorang satu tin. Hasil ujirasa penulis blog dapati ia memang sesuai dijual kepada awam dan memang berbaloi.


Bagaimana pula kandungan nutrisi jus nanas Melita yang dibuat ujirasa ini?. Pada tin diberikan label yang jelas boleh dibaca dimana setiao 100 ml minuman ini memberikan tenaga sebanyak 47 kcal (atau sebanyak 156 kcal bagi satu tin). Kandungan lemak pula memang tiada (0 gram), Kabohiderat (11.7 gram atau 37.6 gram/tin), Serat atau Fiber sebanyak 0.1 gram/100 (2 gram/tin), Sodium sebanyak 0.1mg/100 (0.2 mg/tin), Vitamin C sebanyak 8.5 gram/100 gram atau 2.1 mg/tin dan Gula sebanyak 9.5 gram/100 ml atau 30.4 gram/tin. Minuman dalam tin ini dkilangkan di KPF Trading di Johor Bahru dengan direkomen untuk disimpan didalam tempat yang sejuk. Setiap tin ditanda dengan tarikh luput dibahagian bawah tin yang lazimnya sekitar 4-5 bulan dengan cara penyimpanan yang baik. Pada penulis blog minuman ini sesuai dijadikan minuman dalam tin untuk diminum selalu kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Semuga artikel kali inii memberi info berguna kepada semua pembaca balog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK ASAS NANAS...JENAMA MELITA...
NANAS MD2... MEMANG PREMIUM RASANYA...
FREEZE FRIED...TEKNOLOGI BARI DIGUNA...
MINUMAN JUS NANAS... SEGAR ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(20 Rejab 1441H).

Friday, March 20, 2020

PADI BUKIT - SEMAKIN DILUPAKAN

TAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) atau Padi Huma di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja dan sedikit di Pahang, Perak serta Kelantan sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman Kg Orang Asli dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng berbukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah, keladi dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai senario penanaman padi bukitatau padu huma yang semakin dilupakan di banyak kawasan berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.

Di Sabah khususnya di Tuaran dilaporkan dialam media tempatan artikel mengenai ''Rezeki tradisi mengasok" dimana foto disebelah menunukkan aktiviti dikebun 'menupos' atau memasukkan benih padi dalam lubang kebiasaannya dilakukan wanita (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog lihat dimana aktiviti unik ini dimana aktiviti mangasok parai tidong atau menanam padi bukit pada zaman serba moden ini masih memerlukan kerjasama atau semangat gotong-royong penduduk bagi mengusahakannya tanpa menggunakan jentera dan teknologi. Ini berikutan faktor geografi apabila lokasi penanaman benih padi cerun bukit menyukarkan penduduk menggunakan jentera jika dibandingkan di kawasan batas rata seperti padi sawah. Dalam tinjauan di Kampung Raganan, Kiulu dimana dilihat padi bukit yang lebih dikenali parai tidong dalam kalangan masyarakat Dusun hampir selesai diusahakan selepas mengerjakan tanaman padi sawah pada bulan lalu. Salah seorang penduduk bernama Bounah Banggang berumur  47 tahun mendakwa tanaman parai tidong secara bergotong-royong sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka dan ia hanya mengambil masa tiga hari berlainan iaitu ketika mongurak (membersihkan), mangasok (menanam menggunakan kayu mencucuk lubang) dan mongomot (menuai). Katanya sejak awal bulan lalu mereka bergotong-royong membersihkannya. Ia bermula daripada memotong pokok kecil dan besar sebelum menunggu masa kering untuk dibakar bagi membersihkannya selain supaya tanahnya subur. Pada peringkat kedua pula mereka telah bergotong-royong mangasok dan monumpos (memasukkan benih padi dalam lubang) dan sebaik ia tumbuh sebelum dijangka musim menuai pada hujung tahun atau awal tahun hadapan, kami sekali lagi akan bergotong-royong.

Antara varieti padi yang slalu ditanam dikenali dengan varieti Beruang yang berhasil tinggi dan berasnya enak dimakan. Benih padi ini disimpan turun termurun dan dijaga dengan baik (Sila lihat foto benihnya disebelah). Lazimnya aktiviti gotong-royong itu dijalankan daripada golongan petani ke petani lain di sesebuah kampung dan hanya mengambil masa setengah hari setiap peringkat. Seorang pesara guru bernama Alan Bondulu yang berumur 62 tahun mendakwa keadaan cerun bukit yang curam itu menyebabkan sukar untuk jentera digunakan namun jika ia boleh digunakan sekalipun, ia bukan menjadi keutamaan penduduk kerana semangat gotong-royong itu sudah lama diamalkan dan menjadi tradisi di kampung itu. Oleh itu aktiviti seumpama ini bukan sahaja diamalkan di kampung malahan ramai yang masih mengamalkannya di daerah-daerah lain khususnya masyarakat Dusun di negeri Sabah. Aktiviti ini dengan mengamalkan gotong-royong, kerja mengusahkan parai tidong menjadi lebih mudah dan cepat selain hubungan persaudaraan akrab sampai bila-bila. Alan yang juga Ketua Kampung Raganan, Kiulu menyatakan dimana pada zaman ini generasi muda masih membantu mengamalkan aktiviti mangasok namun tidak dinafikan ia mungkin bakal berakhir suatu hari nanti. Ketika ini katanya hanya individu dibawa 1980-an yang masih ramai mengamalkannya dan generasi muda terlalu kurang pada masa ini untuk membantu kerana sibuk bekerja di kawasan bandar. Maka beliau tidak hairan jika suatu hari nanti tradisi mangasok ini berkurang atau hilang ditelan zaman jika tidak ada yang mewarisinya kerana perubahan gaya hidup.

Memang tidak dapat dinafikan aktiviti penanaman padi bukit akan alami perubahan dimana kemungkinan besar akan bertukat dari hanya untuk keperluan sendiri kepada pengkomersilan. Menurut Pengarah MARDI Sarawak Mohd Noor dakwa kaedah penanaman padi bukit bakal menemui era perubahan dengan menukar cara penanaman tradisional yang hanya dapat digunakan untuk keperluan sendiri kepada industri yang dapat dikomersilkan. Usaha memperkenalkan penanaman padi bukit secara komersil bermula setelah kajian yang dijalankan di Tebedu berjaya dan mencapai hasil positif. Kejayaan itu membolehkan para usahawan tani memperolehi hasil tiga kali ganda daripada biasa dan kemampuan ini memberi peluang mereka untuk mengkomersilkan hasil pertanian dan tidak lagi hanya untuk kegunaan keluarga. Selain menanam menerusi sistem tanaman Fertigasi petani digalakkan membangunkan kawasan Gedong menjadi tempat pengembangan kejayaan dalam menghasilkan tanaman cili dan rock melon di bawah Program My Kampung My Future. Sistem Fertigasi ini adalah tanaman yang tidak menggunakan tanah dan dibuat di bawah struktur pelindung hujan. Ini membuatkan pengusaha tanaman ini mampu mendapat hasil lumayan kerana tidak dipengaruhi masalah cuaca atau mengundang risiko air bah (banjir) atau tanaman ditenggelami air hujan. Ini adalah sebahagian hasil yang berjaya kami laksana untuk memajukan masyarakat di sesuatu tempat seterusnya membantu petani dan pekebun menjana pendapatan lebih berkesan dan terancang. Terdapat pelbagai perancangan akan dilaksana berdasarkan kepada sumber yang ada di sesuatu tempat bagi merancakkan pembangunan desa dan kawasan yang berpotensi dimajukan. Ada potensi yang boleh diusahakan di Betong ialah pembuatan ‘pellet’ makanan ternakan menggunakan pelepah kelapa sawit. Ini boleh dimajukan berikutan kenaikan harga makanan ternakan. Oleh itu pekebun kelapa sawit tidak perlu hanya menunggu hasil tuaian buah kelapa sawit tetapi pelepah juga boleh dijadikan hasil. Adalah menyarankan agar penduduk tempatan dan pihak berwajib yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pihaknya agar tampil dan menghubungi mereka. 

Bantuan untuk penanaman padi bukit masih mendapat bantuan daripada kerajaan di Malaysia. YB Menteri Pertanian nyatakan demikian di Tenom, Sabah dimana sebanyak RM44 juta diluluskan dibawah SBRPB bukti kerajaan bantu golongan pesawah padi bukit. Peruntukan sejumlah RM44 juta yang telah diluluskan untuk Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) membuktikan Kerajaan masih ada komitmen dalam membantu golongan pesawah padi bukit.  Kementerian Pertanian membuat pengumuman kelulusan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) berjumlah RM44 juta dalam majlis tersebut. Skim ini dilihat keperihatinan kerajaan kepada pesawah padi bukit khususnya di Sabah dan Sarawak yang berjumlah lebih 56,000 orangSkim ini penting bagi mempastikan jumlah pengeluaran padi per hektar dapat ditingkatkan seterusnya dapat menampung keperluan penduduk khususnya di kawasan pedalaman. Terkini jumlah bantuan yang telah diumumkan berkurang berbanding tahun sebelumnya tetapi dia percaya sekiranya peruntukan ini disalurkan tanpa ketirisan akan dapat memenuhi keperluan pesawah padi huma bagi musim penanaman yang dijangka bermula pada bulan Ogos. Petani berharap agar kerajaan memberikan kepercayaan kepada NAFAS untuk menjadi pembekal kepada bahan-bahan di bawah skim ini bagi mempastikan hasil keuntungan akan turut dinikmati oleh ahli Peladang secara keseluruhannya. Lembaga Pertubuhan Peladang akan diberikan kepercayaan sebagai agensi yang akan memantau dan mempastikan skim ini dinikmati oleh pesawah yang benar-benar memerlukan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 MENANAM PADI BUKIT.. PADI HUMA...
SEMAKIN KURANG...PENDALAMAN ADA...
HASIL RENDAH.... SATU TAN/HA SAHAJA...
IA DITERUSKAN... TRADISI DI UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1441H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...