I recently deliver a lecture to a group of farmers in Titi Gantung Agriculture Station at Perak about the potential of producing corn seeds in Malaysia. The basic question came from the participants are WHAT is the different between Open Pollinated Seeds and Hybrid seeds?.... My answers is to say that "Hybrid seeds are the first generation offsprings of two distant and distinct parental lines of the same species and the Seeds taken from a hybrid may either be sterile or more commonly fail to breed true, not incorporating and expressing the desired traits of the parent". It does not familiar with most participant due to their background that never go deep about plant breeding. Since 51 of them asks me to explain further about this topics , I manage to write the answer in my blog. I hope that they can refers and communicate with me on the website. This article I present some of the relevant differences between Open Pollinated Seeds versus Hybrid Seeds based on my study during university lecture and from various sources.
a. Hybrid Seed
The development of hybrid seed enabled the beginning of the commercial seed market. Farmers were persuaded to buy new hybrid seed each season especially on food crop and short-term crop in Malaysia, replacing the traditional practice of farm-saved seed, due to the "hybrid vigour" which can improve yields. Malaysia imports 98-99% of Hybrid seeds from various country such as Taiwan, China, Thailand and many producing hybrid seed country values at RM 32 million annually. Melon and watermelon seeds among popular seeds imported and planted for domestic and export market valued at RM 300 million every year as fresh produce. Singapore, Hong Kong and China among popular Malaysian export fresh tropical fruit.
The performance of Hybrid seed is also known as "high response" seed. These seeds require fertilisers, herbicides, pesticides and lots of water to achieve their high yields. The research done is to ensure that the hybrid seeds is very responsive to agriculture practices. Hybrids have been bred with an emphasis on yield at the expense of hardiness and resistance. Breeders will sacrifice disease resistance where pesticides are available. Reliance on these seeds enforces the use of chemical inputs. Hybrid seeds and their required fertilizers, pesticides and irrigation systems have trapped many of the world’s poorest farmers into a cycle of debt. It was reported in India hundreds of farmers have committed suicide due to debt due to uneconomic return of farm produce. In other hands the farmers in developed country enjoy best results in farm production using new high performance hybrid seeds. Introduction of new hybrid seeds seems to assist global food production in the past and future years.
There is an activity of substitution by farmers of chemical fertilisers for organic methods of returning nutrients to the soil, such as composting, crop rotation and manure creates lifeless dusty soils prone to soil erosion as practiced. An estimated 24 billion tonnes of soil are eroded from the world's agricultural land each year. This is due to the urbanization and modernization activity in many country. In Malaysia the rate of eroded land area are minimum due to the Sustainable Policies introduced by the government. There is reports by scientists that the dust levels in the lower atmosphere have tripled in the last 60 years. It causes the sunlight penetration to the crop reduced and the photosynthesis activity will be affected. The farm yield especially for grains and food crop will become less and needs for new hybrid seeds.
The creation of New Modern Hybrid Seeds require large amounts of water often necessitating the construction of irrigation systems and dams. The experience in poor countries is that dams serve the rich minority and disrupt the natural watersheds essential to poorer farmers. To build these dams millions of people have been forcibly moved from their homes and fertile soils in river valleys have been flooded. The latest dam construction completed was in China which for power electricity and affect huge fertile agriculture area also affect other downstream country. This food crop area submerged under water and needs new area for food production. Did China used new Hybrid Seeds to increase their food production?
b. Open pollinated seeds
By definition the Open-pollinated varieties are the traditional varieties which have been grown and selected for their desirable traits for millennial. The process of producing Open Pollinated seeds are not as complicated ad producing Hybrid Seeds. The amount of open pollinated seeds more in volume compare to the production of hybrid seeds. Many seed growers survive in their seeds business due to the open pollinated seeds. There was a Standard of Procedures to produce open pollinated seeds. Normally the OP seeds are cheaper than Hybrid Seeds. Most of grain seeds are OP Seeds such as paddy seeds, Corn Seeds, Wheat seeds, Sorghum Seeds and other selected vegetable seeds. Normally OP Seeds grow well without high inputs because they have been selected under organic conditions and natural.
The OP seed varieties have better flavor and reported as hardier and have more flexibility than hybrid varieties. Breeders cannot manipulate complex characteristics such as flavour as easily as they can size and shape. The OP seeds are stable due to the long selection process by the plant breeders and tested. OP Seeds hardier from pests attack, disease resistance, response to fertilizer, heat tolerance, water usage and many other factors. These seeds are dynamic, that is they mutate and adapt to the local ecosystem, as opposed to modern hybrids, which are static. Commercial breeders lack the incentive to produce new open pollinated varieties from which farmers could save seed and replant.
The Hybrid seeds provide better productivity in the future and produce many new varieties for food production. Both Hybrid Seeds and OP Seeds are important in new planting program for farmers. Since the hybrid seeds are more expensive in the market, the OP Seeds are able to be the second alternative for many crop types. Not all crop are suitable for hybrid due to genetic characteristics and many other factors. Many plants depends on vegetative reproduction system for true to type seeds or seedlings. The amount of global seeds market about USD 32 billion or may up to USD 45 billion annually. Malaysia seeds industry reported about RM 30 million. I hope this article able to explain to my participants about the Hybrid Seeds and OP Seeds. Any further inquiry the participants can communicate through my blog comments. Thank You.
NEW SEEDS...HYBRID SEEDS...
MANY SEEDS...OP SEEDS....
BUY HYBRID SEEDS...MORE EXPENSIVE...
BUY OP SEEDS....LESS EXPENSIVE...
By,
M Anem
Lebuh Air Keroh
Jalan Istana
Melaka
Malaysia
(Monday morning - on vacation)
Support My Blog
Monday, June 27, 2011
Sunday, June 26, 2011
Known You Seed Ltd
Known You Seed Ltd merupakan syarikat pengeluar benih daripada Taiwan yang popular di kalangan petani di Malaysia dengan kualiti benih yang baik. Semasa saya melawat kebun sayur dan tanaman jangkapendek (Sayuran, Tembikai dan Melon) rata-rata ramai petani nyatakan benih dari syarikat ini bagus walau pun harganya agak tinggi dan setanding jika dibandingkan dengan pengeluar benih lain. Syarikat Known-You Seeds Co. Ltd ini menghasilkan sebanyak 30 jenis benih tanaman dan kebanyakannya adalah benih tanaman makanan. Syarikat ini beribupejabat di 26, Chung Cheng 2nd Road, Kaoshiung, Taiwan telah ditubuhkan semenjak tahun 1968 dan telah pun menyambut ulang tahun ke 35 pada tahun 2003. Pada masa ini terdapat 30 jenis benih tanaman yang dikeluarkan dan menerima permintaan yang tinggi di kawasan Asia dan benua lain berhampiran. Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai syarikat ini yang merupakan salah satu daripada syarikat pengeluar benih terkenal di negara kita.
Syarikat ini sekarang di terajui oleh Presiden Syarikat iaitu Mr Lung-Mu Chen yang mempunyai moto untuk menghasilkan benih bermutu superior dimana mampu di beli oleh kebanyakan petani di negara sendiri dan ramai petani di negara-negara membangun yang lain. Katanya walaupun kos membeli benih pada asasnya adalah agak kecil jika dibandingkan dengan kos pengeluaran yang lain seperti kos penyediaan tanah, baja, racun kimia, tenaga kerja dan sebagainya tetapi pemilihan biji benih yang berkualiti merupakan asas kepada hasil atau pulangan aktiviti pertanian yang dijalankan. Biji benih yang dihasilkan melalui penyelidikan yang dijalankan di Taiwan dan banyak negara lain memjamin kualiti dengan jenama 'Known-You Seeds' yang mempunyai ciri-ciri superior dan jaminan percambahan serta hasil yang memuaskan. Syarikat ini kini telah mempunyai lebih 3 jenis atau varieti biji benih untuk di gunakan oleh petani terutamanya produk benih sayuran daun, Sayuran buah, Sayuran Umbisi, Jagung, Tembikai dan Melon yang berkualiti.
Syarikat ini berpusat di Kaoshiung, Taiwan dan beberapa cawangan terdapat di Singapura , Vietnam, Thailand, India dan China. Pejabat di Singapura merupakan yang terbesar sebagai Pusat Pengedaran untuk kawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Malaysia, Filipina dan banyak negara jiran ASEAN yang lain. Jumlah urusniaga syarikat ini di laporkan mencecah lebih USD 450-600 juta setahun dengan mengedarkan benih tanaman terutamanya benih untuk Cucurbitaceae. Benih yang dijual di Malaysia juga menggunakan Jenama Known-You Seeds dan juga beberapa jenama lain yang di lesenkan. Benih tembikai , melon, sayuran buah dan beberapa tanaman makanan lain di jual dalam tin, paket dan berbagai bentuk pembungkusan untuk pengedaran diseluroh Malaysia. Paling utama adalah benih tanaman tembikai dan benih melon yang mencecah lebih RM 1.5 juta setahun diniagakan di Malaysia sebahagiannya ada menggunakan produk syarikat ini.
Kunjungan saya di laman web syarikat tersebut mendapati syarikat ini mempunyai banyak Pusat Penyelidikan benihnya sendiri di Taiwan dan beberapa negara lain untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk baru. Antara Pusat Penyelidikan di Taiwan tersebut yang telah di miliki atau mempunyai MOU dengan syarikat ini adalah seperti Grand Biplotechnology Co. Ltd di Hsienchu, Nantou Nursery di Nantau, Chin-Hua Nursery Co. Ltd dan Chia-Yi Nursery di Chia Yi, Tainan Research Farm di Tainan, Fengshan Research Farm di Kaoshiung dan Pingtung Research Farm di Pingtung, Taiwan. Penyelidikan juga bergiat aktif di Fujian China, Amphung Muang di Chiang Mai Thailand, Dong Nai Province Vietnam dan Vinam Nagar di Pune, India. Pakar-pakar biji benih dan pakar biakbaka tumbuhan menghasilkan banyak benih tanaman superior berkualiti dengan kaedah saintifik di pusat penyelidikan tersebut.
Antara varieti Jagung Known-You seeds adalah Super Germ Sweet Corn F1, Honey Jeans F1 dan Bright Jean F1 Sweet Corn. Varieti Kobis Bulat F1 yang dihasilkan adalah seperti Besta, Green Autumn, Tops, Summer Tight, Tribute, Summer Summit dan Tropical Delight. Benih Tomato F1 pula seperti Nobility, Farmers 933, Sensation, Farmers 209, Royalty dan Bright Pearl. Benih Cili Bengala F1 pula seperti Bright Star, Red Star, Sweetie Star dan Golden Star. Sebanyak 10 jenis timun Hibrid F1 dikeluarkan oleh syarikat ini seperti Varieti Genuine, Bountiful No. 2, Vantage, Wealth, Richmonds, Arioso, Sinews, Riches, Preety Swallow dan Jeans Swallow. Benih Tembikai Hibrid F1 merupakan kebanggaan syarikat ini seperti varieti isi merah Shiny Boy, Factor, Extreme, Sky Glory, Tarzan, Khan, Grand Duchess, Klondike No 2, Flower Dragon, New Dragon (Banyak di tanam di Malaysia), Empire No 2, Farmers Giant, Cathay Belle, Golden Belle, Belle 460, Golden Crown, Sweet Beauty, Dark Belle, Tatoo, Amazing, Gentility, Oasis, Full Lucky, Chubbiness, Prosperity, Prime dan Favoriate Ball. Benih melon F1 Hibrid seperti Herald, Sugar Globe, Honey Globe, Sweet Lady, Silver Worls, Scarlet Lady, Emerlald Green, Angel , Splendid, Red Aroma, Autumn Waltz No 2, Sunshine, Brilliant, Amy, Contriver, Lambkin dan Silver Light. Banyak lagi varieti yang dikeluarkan oleh syarikat ini.
Senarai produk-produk benih Syarikat Known You Seeds boleh di perolehi daripada website berikut.
http://www.knownyou.com/upload/enattach/CatalogNo19.pdf
Related article:
1. Kontrol Benih Dunia (Klik disini)
2. Industri Benih di Malaysia (Klik disini)
3. Benih Sayuran (Klik disini)
4. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
By,
M Anem
Lebuh Air Keroh
Melaka
Malaysia
(Ahad - 6.15 pagi)
Friday, June 24, 2011
AKIBAT BURUNG WALIT
BURUNG WALIT (Swiftlet) atau nama saintifiknya Collocalia fuciphaga atau Aerodramus fuciphaga merupakan satu jenis burung yang di ternak secara komersial di Malaysia semenjak tahun 2006 dengan anggaran terdapat lebih dari 20,000 - 30,000 premis pada tahun 2010. Sejarah mengenai aktiviti mengutip sarang burung walit atau diperingkat tempatan sebagai burung layang-layang ini bermula lebih 100 tahun dulu di Gua Niah Sarawak secara tradisional. Kini Penternakan burung walit mendapat perhatian ramai apabila berlaku Tsunami di Acheh dimana banyak rumah burung walit disana musnah akibat tenggelam dan rosak dan dipercayai burung-burung ini telah berpindah ke Malaysia dan kawasan-kawasan lain di seluroh Indonesia. Industri ini yang mendapat perhatian orang ramai di Malaysia apabila Kerajaan Malaysia dalam Ucapan Bajet oleh Perdana Menteri pada tahun 2008/2009 disebut sebagai Industri bernilai tinggi (HIP) yang kini memberikan pulangan berbillion ringgit setahun. Pengeluar utama produk burung walit adalah Indonesia dan kini Malaysia juga tersenarai sebagai sebuah negara yang menghasilkan banyak produk burung walit ini. Artikel ini saya cuba mengupas akibat daripada industri penternakan burung walit ini yang jarang-jarang di bincangkan berdasarkan kepada pendapat, pemerhatian dan hipotesis yang saya jalankan.
| Bantahan bisnes walit diakhbar sinar |
Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 20,000 atau lebih premis burung walit di seluroh Malaysia yang bersaiz kecil, sederhana dan yang bersaiz besar. Angka ini terus meningkat dan bilangan sebenar mungkin dua kali ganda daripada yang dinyatakan diatas terutama rumah burung walit yang dibangunkan dalam kawasan kebun getah , kebun kelapa sawit, di deretan kedai baru dan lama serta di atas perumahan persendirian. Kos pembinaan mencecah suku juta ringgit bagi bangunan sederhana yang lengkap dengan keperluan asas untuk ternakan burung walit. Banyak bantahan mengenai industri ternakan burung walit terutama di kawasan bandar yang terdapat gangguan bunyi bising dan kekotoran dan ruang udara yang tercemar. Berita bantahan mengenai industri ini sering dimasukan dalam akhbar (Lihat akhbar SINAR di atas) dan media elektronik. Paling serious berlaku berlaku di bandar Kluang dimana pengusaha menghalakan bunyi suara CD yang 'bingit' kekawasan perumahan 24 jam seingga mengganggu keselesaan penduduk taman perumahan yang dihadapannya.
Saya akan memberikan komen dan hipotesis mengenai akibat industri burung walit berdasarkan kepada pemerhatian dan analisa yang tidak rasmi. Pertama saya lihat terdapat banyak burung walit yang berterbangan di kawasan ladang kelapa sawit pada waktu siang (antara 9.00 pagi - 12.00 tengahari). Pergerakan terbang paling ketara diatas jalan yang memisahkan dua kawasan ladang sawit dimana burung-burung walit dipercayai akan makan banyak Kumbang Pendebunga Elaeidobius cameroonicus yang terbang dari pokok kepokok lain untuk mendebunga bunga kelapa sawit. Semasa saya membuat latihan amali di Ladang Pamol , Kg Gajah, Kluang johor pada tahun 1980 dulu, kumbang ini baru sahaja di perkenalkan ke ladang sawit di Malaysia. Kini peranan kumbang ini didapati sangat berjaya kesannya sehingga Mat Salleh yang membawa masuk kumbang ini dari Afrika telah mendapat Hadiah Inovasi Sains Negara pada tahun 2009. Kumbang ini mampu terbang sejauh 1-1.5 km sehari untuk memdebungakan bunga kelapa sawit yang mana dahulunya kerja ini dijalankan oleh manusia bagi meletakkan (menyemprot) polen jantan kepada bunga betina. Jika seekor burung walit memakan 20-50 ekor kumbang ini sehari dan kita tahu kini terdapat beratus ribu malahan berjuta-juta ekor burung walit (mungkin sampai berbilion ekor), ini maknanya populasi kumbang pendebunga akan berkurangan hari demi hari dimakan oleh burung walit.
Hipotesis saya mendapati kemungkinan besar lama kelamaan populasi kumbang Elaeidobius cameroonicus (Foto sebelah) ini akan terus berkurangan. Ini kerana kadar pembiakan kumbang ini tidaklah begitu cepat berbanding dengan bilangan yang di makan oleh burung walit. Burung Walit suka berterbangan diatas ladang sawit dan mampu terbang sehingga 200 km sehari tanpa berhenti untuk mencari makanan khususnya serangga halus. Pada jangkamasa panjang kemungkinan hasil kelapa sawit akan berkurangan akibat agen pendebunga semakin kurang. Perlu ada kajian teliti mengenai fenomena ini kerana seolah-olah tidak ada kawalan langsung mengenai kadar pengusaha burung walit yang sangat agresif membina rumah atau bangunan baru. Walau pun penternakan ini dilesenkan dengan JPV dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi kesanya terhadap industri kelapa sawit juga perlu di teliti. Industri Kelapa sawit merupakan komoditi utama negara yang telah menghasilkan berbillion juta ringgit dan merupakan asas ekonomi penting kepada ramai petani, peneroka dan estet diseluroh negara berbanding dengan bilangan pengusaha burung walit tidak seramai mana tetapi 'burung walitnya' sampai beribu-ribu ekor.
Dalam lawatan saya ke Perak, Kelantan dan Terengganu dan berjumpa dengan beberapa orang pemungut madu lebah tualang (Apis dorsata) dan beberapa masyarakat orang asli telah melaporkan semenjak 4-5 tahun ini pungutan madu tualang sangat berkurangan dengan drastik. Hipotesis saya ada kaitan dengan industri ternakan burung walit yang secara logiknya memakan banyak lebah tualang di kawasan hutan berhampiran. Tidak dinafikan akan keupayaan burung walit yang mampu menyambar dengan banyak lebah tualang dan mengurangkan populasi lebah. Mereka mendakwa satu pohon Pokok Tualang yang dulu ada beberapa buah sarang lebah tualang kini hanya tinggal satu atau dua koloni sahaja atau tiada langsung koloni lebah tualang bersarang. Koloni yang ada pun kini saiznya telah mengecil. Adakan ini akibat industri burung walit? Kajian oleh Persatuan Lebah Malaysia yang di ketuai oleh Prof. Dr Mahadhir Mardan diharap dapat membuat penelitian diatas isu ini secara saintifik kelak. Hipotesis saya mungkin kurang tepat apabila keputusan kajian secara saintifik dijalankan.
Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Madu Impot (Apis melifera) dan Lebah Keran (Apis cerana) sila (Lihat foto lebah) merupakan serangga yang terbang untuk mendapatkan nektar dan debunga dari pokok kepokok dan mudah di jadikan makanan oleh burung walit yang terbang laju. Jika populasi burung walit terlalu banyak maka kemungkinan ini akan menjejaskan populasi lebah madu liar atau yang diternak oleh petani. Walau pun industri perlebahan masih pada tahap belum komersial tetapi dengan masaalah ini akan lebih menjejaskan pembangunan industri lebah madu. Begitu juga dengan aktiviti pendebungaan buah-buahan tempatan seperti belimbing, jambu batu, durian dan sebagainya yang mungkin akan terjejas akibat banyak serangga pendebunga yag berkurangan kerana di makan oleh burung walit. Artikel ini hanya mencetuskan hipotesis-hipotesis mengenai akibat industri ternakan burung walit selain daripada kesan-kesan lain seperti tempat ternakan nyamok, kekotoran najis dikawasan perbendaran, pencemaran bunyi, kebersihan bangunan, keindahan bangunan (tidak dicantikkan atau di cat) dan sebagainya. Wasallam...
BURUNG WALIT....INDUSTRI DIUTAMAKAN...
RUMAH DIBINA...KAWASAN PERBANDARAN...
INDUSTRI SAWIT...ADAKAH AKAN TERKESAN...
PENGELUARAN MADU.. TELAH BERKURANGAN...
By,
M Anem
Jalan Tun Razak, Melaka
Malaysia
Tuesday, June 21, 2011
ZAT MIKRO UNTUK TUMBUHAN
| Tanaman cili bengala fertigasi. |
Zat Mikro Tumbuhan yang di maksudkan adalah Zat Besi (Iron - Fe), Molybdenum (Mb), Boron (B), Kuprum (Copper - Cu), Mangganese (Mn), Garam (Sodium - Na ), Zink (Zinc - Zn), Nikel (Nickel - Nc) dan Klorin (Chlorine - Cl). Keperluan Zat besi (Fe) untuk tumbuhan penting untuk prroses fontosintesis tumbuhan bagi membentuk enzim yang membantu proses tersebut. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan daun pokok akan kerekot (Chlorosis) atau pun berlaku 'Chlorosis' pada urat-urat daun (interveinal). Zat mikro Molybdenum pula akan membantu dalam pembentukan enzim yang berkaitan dengan aktiviti pembentukan asid amino dalam tumbuhan yang merupakan sumber tenaga.
Boron (B) sering di perkatakan dalam zat mikro tumbuh-tumbuhan kerana pembentukan dinding sel (wall formation), pembahagian sel-sel dan juga pengeluaran enzim-enzim tertentu dalam tumbuhan. Pengaliran gula dalam tumbuh-tumbuhan, pembentukan bunga dan debunga serta proses percambahan (germination) juga sangat berkaitan dengan zat Boron. Oleh itu kekurangan boron akan menyebabkan tumbuhan bantut atau berlaku nekrosis pada daun. Kekurangan zat boron amat ketara pada tanah yang berasid, tanah berpasir yang banyak terima hujan dan tanah yang kurang kandungan organik. Ion-ion borate boleh dilarutresap dalam tanah dengan mudah walau pun unsur tersebut berhampiran dengan akar rambut. Zat Boron juga amat ketara kekurangannya pada musim kemarau kerana pada masa kemarau aktiviti pertumbuhan dan pergerakan akar tumbuhan adalah sangat terhad.
Kuprum (Cu) atau Copper adalah zat mikro yang sangat penting untuk proses Fotosintesis tumbuhan iaitu bagi metabolisma Nitrojan dan Karbohiderat dalam daun. Fungsi Cu juga adalah untuk pembentukkan Lignin sel tumbuhan yang menguatkan sel daripada masaalah layu. Kekurangan Cu boleh mengakibatkan daun menguning, masaalah 'dieback' pada batang dan tangkai daun, pokok terbantut dan daun pokok menjadi pucat. Kekurangan Cu lazimnya terdapat pada tanah berpasir yang mengandungi bahan organik yang rendah. Pengambilan Cu oleh akar akan berkurangan apabila pH tanah meningkat. Kandungan zat Fe dan P dalam tanah juga akan menurunkan pengambilan zat Cu oleh tumbuhan.
Manganese (Mn) adalah zat mikro yang diperlukan untuk proses metabolisma Nitrojen semasa proses fotosintesis untuk membentuk lain-lain bentuk kompoun. Kekurangan Mn akan menyebabkan klorosis interveinal pada daun. Jika kekurangan Mn yang teruk akan menyebabkan bintik-bintik coklat pada daun dan akhirnya daun gugur. Kekurangan zat Mn juga akan menyebabkan berlakunya kelewatan kematangan buah. Kekurangan zat Mn sering terdapat pada tanah organik , tanah berpasir yang kurang baja organih, pH tyang tinggi dan tanah yang terlebih pemberian baja Kapor (Liming). Kandungan zat Mn dalam tanah juga akan menyebabkan kesan toksik pada tanah.
Molybdenum (Mb) di perlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk sistem enzim tumbuh-tumbuhan dan proses simbiosis oleh Bakteria dalam akar tanaman kekacang iaitu untuk pengikatan Nitrojan dalam akar. Proses metabolisma Nitrojan dan sulfur serta sintesis protin berkait rapat dengan zat Mb ini. Zat ini juga berkait rapat dengan aktiviti pembentukkan debunga (pollen) serta pembentukan bijirin pada tanaman tersebut. Oleh kerana keperluan zat Mb ini sangat sedikit jadi tanda kekurangannya juga tidak begitu ketara. Mb sangat cepat bergerak didalam tumbuh-tumbuhan dan simptom kekurangan tidak dapat dikesan pada pokok atau daun muda. Kekurangan zat Mb ini sering berlaku pada tanah berasid dan berpasir dikawasan beriklim lembab seperti di Malaysia. Kemampuan pengambilan Mb juga akan meningkat dengan peningkatan pH Tanah iaitu keadaan yang terbalik dengan zat pekit yang lain.
![]() |
| Penulis di tanah gambut- Keladi mawar |
By,
M Anem
Hotel Galaxy
Lumut, Perak,
Malaysia
(7.14 malam)
Sunday, June 19, 2011
BURUH ASING DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai lebih dari 27.565 juta penduduk pada tahun 2010 dengan Kadara Dalam Negara Kasar (Gross National Product - GDP) sebanyak USD 213.065 billion dan pendapatan perkapita sebanyak USD 7,546.5. Malaysia dikategorikan sebagai Negara Perindustrian Baru (New Industrialised Country) dengan saiz ekonomi yang mendudukki tangga ke 3 di Asia Tenggara dan ke 29 di peringkat dunia. Nilai ekspot negara ini telah mencapai Trilliun ringgit beberapa tahun lalu dengan negara-negara luar dalam sistem perdagangan antarabangsa. Sebahagian daripada gunatenaga yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi di Malaysia adalah oleh Pekerja Asing (Foreign workers) dalam pelbagai sektor. Artikel kali ini saya berbicara mengenai perkara pekerja asing yang ramai di Malaysia masa kini dan peranannya dalam ekonomi Malaysia serta beberapa isu berkaitan dengannya.
Terdapat seramai 11,466,700 jumlah tenaga manusia atau tenagakerja yang direkodkan di Malaysia pada tahun 2010 dimana hanya terdapat 11,047,600 tenagakerja tempatan dan kekurangan tersebut adalah di tampong oleh pekerja asing. Daripada laporan rasmi beberapa kementerian menunjukkan rekod pada tahun 2009 terdapat seramai 1,918,146 orang pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Pada 6 bulan pertama tahun hanya 2010 terdapat seramai 730,269 orang dilaporkan bekerja dalam pelbagai sektor. Secara amnya kategori pekerja asing ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu Peringkat Tinggi dan Pengurusan (Expatriate) , Peringkat Separa Mahir (Pertengahan) dan Peringkat Kurang Mahir atau Buruh (Labour). Paling ramai adalah golongan bawah iaitu Gulongan Pekerja Buruh. Di laporkan banyak negara yang menghantar pekerja asing ke Malaysia di dahului dengan rakyat dari negera Indonesia, Bangladesh, Vietnam, India, Nepal, Filipina dan 17 negara utama lain.
![]() |
| Pekerja asing di kilang elektronik. |
Sektor kedua paling ramai menggunakan pekerja asing adalah SEKTOR PERLADANGAN atau PERTANIAN iaitu sebagai Buruh Pertanian. Kajian mendapati terdapat seramai 318,256 orang (16.6%) pekerja asing pertanian pada tahun 2009. Kebanyakkan mereka berkerja di ladang-ladang kelapa sawit untuk menguruskan kerja dari pembukaan ladang baru sehingga menuai sehingga bekerja di kilang kelapa sawit. Mereka juga menoreh getah, bekerja dalam aktiviti tanaman sayuran, Buah-buahan, tanaman jangkapendek, Industri Asas Tani serta ternakan ayam. Sektor Tanaman menggunakan seramai 188,207 orang pekerja ladang (yang legal - tidak termasuk jumlah yang mungkin ada juga Pendatang Tanpa Izin PATI yang bekerja dalam sektor ini). Sektor Ternakan melibatkan seramai 20,994 orang, Sektor Perikanan (13,140 orang), Sektor tanaman/perikanan (12,535 orang), Sektor Tanaman/ Ternakan (2,592 orang) ,sektor perikanan/ ternakan (297 orang) dan sektor tanaman/ perikanan/ ternakan (775 orang). Sumbangan mereka dalam sektor pertanian menjamin bekalan makanan kita mencukupi dan dikeluarkan untuk rakyat negara ini dan pasaran ekspot.
Sektor ketiga ramai menggunakan tenaga kerja asing adalah SEKTOR PEMBINAAN dimana seramai 299,575 orang (15.6%) bekerja pada tahun 2009. Mereka bekerja untuk membina bangunan tinggi, kawasan perumahan baru, membina infrastruktur jalan, infrastruktur pengangkutan dan semua sektor pembinaan negara. Sebahagian daripada mereka telah menjadi pemastautin tetap negara ini dan bertukar menjadi kontraktor bangunan atau sub-kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan atau ubahsuai rumah. Semasa saya mengubahsuai rumah di Melaka dulu ada menggunakan khidmatsub-kontraktor daripada Indonesia dan dapat menyiapkan kerjanya dalam masa 2 bulan sahaja tetapi ...bayaran mesti ikut jadual. Kualiti kerja pun agak memuaskan kerana pengalaman dalam bidang ini selama 14 tahun di Malaysia.. tup-tup abis bayar dia balik negara asal tatapi datang balik 2 bulan kemudian.
Pembantu rumah melibatkan seramai 251,355 orang (13.1%) di rekodkan di Malaysia dimana ramai mereka datang daripada Indonesia dan Filipina paling ramai. Tanpa pembantu rumah yang jumlahnya hampir suku juta itu rasanya sukar juga hendak mengatur antara tugas dan keluarga bagi pasangan yang rata-rata kedua-duanya berkerja. Pembantu rumah yang menjaga anak, mengurus rumahtangga, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Anak-anak dididik oleh pembantu rumah setiap hari dan yang baiknya mereka tetap sayangkan ibubapa mereka bukan pembantu rumah tersebut.
Sektor PERKHIDMATAN juga memerlukan khidmat pekerja asing iaitu seramai 203,639 orang (10.6%) daripada keseluruhan pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Kalau kita masuk tandas di Airport, Lebuhraya, Kompleks Membeli Belah malahan di Pejabat-pejabat Kerajaan dan swasta memang merekalah yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut. Jarang sekali kita lihat anak muda tempatan yang bertugas sebagai 'Cleaner' ini. Skop kerja sektor perkhidmatan ini mencakupi pekerja restoran, Jaga Keselamatan (di kilang-kilang dan Kondminium), Di Pasar Borong, di Hypermarket dan supermarket, di Kedai-kedai Runcit, Stesyen Pam Minyak dan banyak lagi lokasi mereka bekerja. Boleh kata pandang kiri...pandang kanan...pandang depan...pandang belakang dan pandang atas-bawah...semua pekerja asing.
Kemanakah rakyat tempatan akan bekerja apabila ruangan mereka diambil oleh pekerja asing?...Bilangan mereka yang bekerja di Malaysia memang ramai dan mereka menghantar duit ke negara asal mereka yang nilainya mungkin berbillion ringgit setiap tahun. Pernah saya naik kapalterbang ke Dubai dengan penerbangan Emirate dua tahun lepas dan duduk di sebelah pekerja asing bernama Rahman untuk balik ke Dakka, Bangladesh. Kata Rahman 'Saya mahu balik kampong tengok keluarga, sudah 4 tahun tak balik, nati datang lagi ke Malaysia, senang cari makan". Saya tanya lagi "Berapa lama sudah kerja di Malaysia". Dia jawab " Sudah 14 tahun , kerja potong ayam (sembelih ayam) di pasar Sentul, Tokey baik mahu ambil saya punya saudara datang Malaysia kerja sama saya". Sampai di Airport Dakka...dia terus senyum lebar....
Peranan pekerja asing di Malaysia memeng penting dalam membangunkan pelbagai sektor yang membangunkan ekonomi kita. bagaimana pun kehadiran mereka banyak juga menimbulkan masalah sosial dan jenayah seperti kes-kes pembunuhan, kecurian, rompakan, perasugur, anak luar nikah, perselisihan dengan masyarakat tempatan dan sebagainya. Kerajaan perlu lebih tegas dengan banyak menjalankan penguatkuasaan terhadap isu pekerja asing agar tidak berlaku ketirisan dalam faktor keselamatan, keharmonian masyarakat dan juga imej negara. Semuga artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada pada pembaca.
PEKERJA ASING....RAMAI JUMLAHNYA...
YANG HARAM...PATI GELARANNYA...
KUAT KERJA...BANYAK SUMBANGANNYA....
WANG KELUAR...BANYAK JUMLAHNYA...
Artikel berkaitan:
1.Industri Ternakan di Malaysia (Klik disini)
2.Petani di Malaysia (Klik disini)
3.Industri Perikanan di Malaysia (Klik disini)
4.Industri Ikan Akuarium di Malaysia (Klik diini)
5.Industri Bunga di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Putrajaya Lake Garden,
Putrajaya
Malaysia
(Kemaskini pada 22 Jun 2015 iaitu Ahad 6.50 petang)
AYAM - INDUSTRI TERNAKAN AYAM
![]() |
| Ternakan ayam daging komersil. |
Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010. Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cuma sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010. Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun. Daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Kita adan jumpa daging ayam di restoran semaa sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan.
Pengeluaran tempatan bagi telur ayam dan telur itek pula adalah sebanyak 9,820 juta biji pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 2,400.06 juga atau ringkasnya RM 2 billion. Rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 8,515 juta biji telur ayam setahun untuk pelbagai kegunaan termasuk industri. Pengeluaran telur tempatan telah meningkat daripada hanya 7,384 juta biji pada tahun 2005 kepada 7,751 juta biji (2006), 8,201 juta (2007), 8,715 juta biji (2008) dan sebanyak 9,720 juta biji pada tahun 2009. Peningkatan ini dengan penambahan reban ayam telur dan peningkatan produktiviti telur ayam. Harga telur ayam Gred A dijual pada harga purata RM 10.00 setiap satu rak telur (30 biji satu rak). Penggunaan telur ayam satu rak 30 biji cuma untuk 7-10 hari sahaja dan saya perlukan 3 - 4 rak sebulan untuk membeli telur atau purata 100 biji sebulan untuk satu keluarga 5 orang. Telur juga dimakan setiap pagi semasa sarapan dan dimakan waktu tengahari dan juga makan malam. Hidangan telur goreng di restoren tom yam juga menjadi satu kemestian bersama nasi putih, kailan ikan masin dan juga sambal belacan.

Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendarat...maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!.
![]() |
| Ternakan itek di Tangkak, Johor |
Ayam pedaging di ternak secara komersil oleh Syarikat-syarikat terkemuka seperti Sin Mah, CP, Leong Hup dan beberapa lagi dan juga penternakan ayam secara 'Contract Farming'. Harga pasaran untuk pasaran kontrak ditetapkan mengikut perjanjian yang di tandatangani. Semasa lawatan saya ke Syarikat Al-Jabree di Bt 14 Air Hitam Johor yang mengikat kontrak dengan KFC Holding Berhad mengeluarkan ayam pedaging mengikut jadual pengeluaran matrik. Sistem ternakan syarikat ini merupakan teknik ayam pedaging secara tertutup atau orang kampong 'Ayam Aircond' dimana reban di buat untuk 2 lapisan ternakan iaitu aras 1 dan aras bawah yang ada sistem pengudaraan tersendiri untuk menyejukkan udara dalam kandang. Cara ini mengurangkan risiko bau dan pencemaran lalat (memang tiada lalat di kawasan ternakan) tetapi kos pengeluaran untuk bil letrik dan air agak tinggi berbanding dengan kaedah konvensional. Kini teknologi ternakan ayam telah dimodenkan dengan Kaedah Ternakan Tertutup untuk mengurangkan gangguan bau dan lalat yang menjadi isu utsma kebanyakan reban ayam daging di Malaysia. Kehadiran dan pembiakan lalat 'menghabtui' penduduk kampong menyebabkan sistem penternakan ayam perlu lebih moden dan lestari.
Ayam Kampong ada dua kategori iaitu Ternakan ayam kampong Tradisional dan juga secara komersil. Ternakan ayam kampong tradisional dijalankan oleh ramai penduduk kampong yang memelihara ayam secara tradisi untuk kegunaan sendiri dagingnya dan telurnya. Ternakan ayam kampong komersil menggunakan ayam kacukan (berwarna hitam, coklat atau coklat kehitaman) yang dihasilkan melalui biakbaka dan diternak secara lepas dibawah kebun getah atau kelapa sawit. Makanan ternakan ayam kampong menggunakan campuran makanan ayam komersil dan jagung serta lain-lain. Lawtan saya ke Kg Baru Labis melawat 3 ladang ternakan ayam kampong mendapati perlu ada 'niche market' untuk pasaran ayam kampong dengan harga RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram hidup untuk terus kekal dan berdaya maju. Industri ternakan ayam di Malaysia mencapai tahap matang dengan pembekalan melebihi permintaan. Industri ini juga melibatkan nilai pelaburan dan perniagaan berbillion ringgit setahun dan terus berkembang setiap tahun. Wasallam!
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Ayam Al-Jubree,
Bt 16, Air Hitam, Batu Pahat,
Johor, Malaysia
(Kemaskini pada 29 Disember 2014)
TERNAKAN BABI DIMALAYSIA
Ternakan babi di Malaysia adalah merupakan satu cabang sektor ternakan di negara ini yang dijalankan secara komersial dengan tertakluk kepada kawalan. Walau pun ternakan babi atau khinzir ini sangat sensitif dengan orang Islam di Malaysia dan sering juga menjadi isu dalam masyarakat Malaysia tetapi ternakan ini masih terus di laksanakan oleh penternak dengan populasi sebanyak 1.711 juta pada tahun 2010. Maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar juga menunjukkan sebanyak 1.844 juta ekor babi telah di sembelih di rumah sembelihan diseluruh negara (Dari mana lebihan yang disembelih itu?). Rekod juga menunjukkan pengeluaran daging babi tempatan adalah sebanyak 254,000 metrik dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 1.682 juta pada tahun 2010. Rekod JPV juga menunjukkan penggunaan daging babi di Malaysia adalah sebanyak 230,110 metrik tan setahun. Artikel ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan membincangan sektor ternakan babi di Malaysia dan beberapa isu yang berkaitan dengan ternakan tersebut di Malaysia.

Kajian menunjukkan populasi ternakan babi di Malaysia telah berkurangan daripada sebanyak 2.036 juta pada tahun 2005 kepada 2.02 juta pada tahun 2007 dan menurun kepada 1.711 juta pada tahun 2010. Dimanakah sebenarnya kawasan penternakan babi yang utama di Malaysia. Laporan JPV menunjukkan pada tahun 2010 populasi ternakan, penternak dan ladang babi terbanyak di Negeri Perak dengan 506,305 ekor diikuti dengan Negeri Pulau Pinang (320,867 ekor) dan ketiga jatuh kepada Negeri Johor (288,468 ekor). Seterusnya adalah Negeri Selangor dengan 236,062 ekor diikuti dengan Sarawak (207,906 ekor). Lain-lain negeri memelihara kurang dari 100,000 ekor didahului dengan Sabah (90,499 ekor), Melaka (51,216 ekor), Pahang (4,016 ekor), Perlis (1,593 ekor), Negeri Sembilan (549 ekor) dan Kelantan (412 ekor). Dua negeri yang tidak ada ternakan babi pada 2010 adalah Terengganu dan Wilayah Perekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Ternakan babi sering menimbulkan banyak masaalah kepada alam sekitar dimana najis dan sistem buangan air kumbahan menjadi ancaman kepada kualiti air. Semasa saya bertugas di Melaka selama 14 tahun k(1982-1996) awasan Kg Paya Mengkuang di Masjid Tanah dari dulu memelihara banyak juta ekor babi dan menyebabkan air di Kuala Sungai Tuang menjadi tercemar dan berbau busuk. Aktiviti ternakan tersebut masih berterusan sehingga kini dengan sebanyak 51,216 ekor direkodkan pada tahun 2010. Walau pun banyak komplen diajukan kepada penternak-penternak tersebut tetapi belum banyak perubahan. Pada masa sekarang pun pada awal pagi jika kita ke Pantai Teluk Gong di Masjid tanah akan dapat bau busuk dari aktiviti ternakan tersebut.
![]() |
Di kawasan Kampong Teratai di Daerah Muar (Sekarang Daerah Ledang) terdapat lebih dari 200,000 ekor ternakan babi dan jumlah ini sebenarnya hampir 4 kali ganda atau lebih daripada bilangan pengundi YB Tahir (ADUN Bukit Serampang)...ini jadi satu guruan dengan YB. Dengan kedudukan kampong tersebut yang terletak di pertengahan Sungai Muar, mungkinkah jika berlaku kecuaian dalam sistem ternakan makan air kumbahn akan masu kedalam sungai Muar. Pihak Syarikat Air Johor pula mempunyai rumah pam di bahagian bawah sungai. Diharap pihak SAJ sentiasa membuat pemantauan kualiti air dan bacaan 'BOD' semasa memproses air bersih untuk dihantar kekampong saya. Industri ternakan babi perlu dikaji semula cara dan kaedah perlaksanaannya di Malaysia dengan aktiviti penguatkuasaan akta ternakan agar tidak banyak masaalah timbul di masa akan datang. Hanya Terengganu sahaja negeri yang bebas daripada ternakan babi di Malaysia dan diucapkan tahniah kepada rakyat negeri Terengganu iaitu 'Negeri Bebas Babi (NBB)' daru dulu, kini dan selamanya agaknya. Kepada negeri yang banyak ternakan babi perlu di buat pemantauan rapi agak tidak menggangu kesejahteraan penduduk tempatan dari pelbagai isu yang berkaitan dengan ternakan tersebut. Sekian.
ARTIKEL INI...TIADA PANTUN...
DAH BACA....JANGAN 'GETUN'...
MEMANG BANYAK.. DIKIRA EKORNYA..
BACA ARTIKEL... DAPAT KETAHUINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Kuala Lumpur
Malaysia
(Artikel ini dikemaskini pada 17 April 2016)
Subscribe to:
Posts (Atom)





































