Support My Blog

Showing posts with label JALA DAN FAKTA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label JALA DAN FAKTA MENARIK. Show all posts

Tuesday, June 13, 2023

JALA DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

JALA IKAN
(Casting net) merupakan sejenis alat yang selalu digunakan untuk menangkap ikan atau seumpamanya sama ada menjala ikan di laut dan juga ikan di dalam air tawar. Apa pun pada penulis blog yang ada mempunyai beberapa unit jala mendapati dimana kebanyakan jenis 'Jala Tebar' atau pun dipanggil sebagai 'Jala Lempar' ini digelar sebagai 'cas net' dalam bahasa Ingersi merupakan satu lingkaran kecil benang atau tali khas dengan pemberat (selalunya timah) berbentuk bulat berlubang pada tepi-tepinya. Jala yang dilempar atau ditebar oleh nelayan kedalam sungai atau kawasan pantai ini lazimnya mempunyai banyak jenis dan bentuk bergantung kepada kegunaannya. bagaimana pun secara umumnya dimana ukurannya bervariasi sehingga kepada 4 meter pada diameternya. Jala sama dengan anyaman sama seperti jaring ini akan dilempar dengan sedemikian rupa sehingga ianya menyebar bulat (atau bentuk tebaran lain) di permukaan air dan kemudian tenggelam untuk memerangkap ikan atau udang dibawahnya. Ikan yang terkurung akan terperangkap didalam jaring semasa jaring tersebut turun dalam air iaitu sehingga kedasar air. Kemudian dengan cara perlahan dan betul ia akan ditarik keatas atau ditarik keluar dari air. Pada prinsipnya penangkapan dengan jala adalah mengurung ikan atau udang dengan jalan menebarkan alat tersebut dimana ia sedemikian rupa sehingga menelungkup atau menutup sasaran yang dikehendaki. Bagi nelayan sungai lazimnya ia akan menabur umpan yang sesuai dengan sasaran 10 - 20 minit sebeum tebaran jala dijalankan. Sasaran ikan atau udang ini akan berkumpul dikawasan umpan untuk mudahkan kerja menjala. Umum faham bagaimana jala merupakan salah satu jenis peralatan menangkap ikan tradisional yang mana ia sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan. Masih ada lagi pembuat jala yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkan jala untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri atau pun sebagai barang hiasan kraftangan diganting dirumah atau di hotel. Jala tradisional lazimnya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nylon yang sederhana kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alatan dinamakan 'coban' dimana dibahagian bawahnya ia dikelilingi dengan cincin besi atau timah sebagai pemberat. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu mengenai jala dan fakta menarik didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan.


Setiap tahun di musim monsoon akan berlaku banjir dimana ia bencana ini akan menyebabkan limpahan air sungai. Bagaimana pun media tempatan sering laporkan banyak perkara seperti kes '
Banjir - Penduduk Segamat berpesta jala ikan darat' amat wajar dikongsikan. Salah satunya dimana Mphd Hanafi, Amat Faizal dan Mohd. Rizan menunjukkan hasil iaitu pelbagai jenis ikan sungai yang dijaring di Sungai Bekok, Chaah, Segamat memang berbaloi dikongsikan.  Di sebalik bencana banjir yang melanda dimana ia juga mendatangkan rezeki bagi penduduk apabila mereka bagaikan berpesta menangkap ikan air tawar di Kampung Haji Mian Batu Tujuh Belas, Chaah Bahru, Segamat. Mereka juga sudah memperoleh kira-kira 20 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan hasil menahan dua rawan jaring di tepi Sungai Empangan Bekok. Walau pun sudah empat hari mereka macam berpesta menangkap ikan air tawar dimana dia pasang dua jaring atau pukat. Banyak dapat ikan antaranya jelawat, keli, talapia serta lampam, ada dekat 20 kilogram dah dapat sejak kami turun tahan ikan. Dilaporkan di sepanjang laluan Jalan Yong Peng-Segamat berhampiran kampung berke­naan mendapati ada kira-kira 50 ­penduduk kampung ‘berpesta’ menjala serta ada yang memancing dan memasang pukat. Selalunya ikan yang ditangkap itu dipercayai dari kolam ikan yang melimpah. Ikan air tawar ini juga berpunca dari Empangan Sungai Bekok yang melimpah akibat hujan ­lebat dimana biasanya ikan-ikan ini akan dibuat lauk untuk makan sendiri selain beri kepada jiran-jiran, Mereka akan turun memancing, pasang pukat apabila tiba musim tengkujuh, ini antara hasil paling banyak kami dapat dimana kali terakhir hasil sama pada banjir 2016. Ikan hasil tangkapan ini akan di masak dengan sajian yang mampu membangkit selera ialah masak asam pedas, goreng kunyit serta gulai tempoyak. 


Kisah bagaimana '
Peserta pesta menjala estet ikan Paya Wau bakal bawa pulang banyak ikan' juga berkaitan dengan aktiviti menjala ikan. Dilaporkan oleh hmetro.com dimana ada lebih 1,000 peserta dijangka menyertai Pesta Menjala Ikan Air Tawar Memburu Si Baduk di Estet Ikan Paya Wau, Kampung Kuala Wau, Maran, Pahang. Program kali pertama diadakan itu anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Wau dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Pengerusi JPKK Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais berkata, penganjur menyediakan sebuah motosikal sebagai hadiah bagi kategori ikan terberat. Menurutnya kini terdapat lebih 15 spesies ikan air tawar terdapat dalam Estet Ikan Paya Wau seluas lebih 28 hektar, antaranya lampam, kap rumput, jelawat, kerai, rohu, patin, temalian, haruan dan toman. Pihak urusetia pesta berharap program kali pertama diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan, sambil bercuti peserta pasti terhibur dengan aktiviti menjala secara beramai-ramai. Kalangan peserta berpeluang membawa pulang seberapa banyak ikan yang berjaya ditangkap hanya dengan sekali bayar yuran penyertaan. Ada pelbagai spesies ikan bersaiz besar berumur lebih dua tahun terdapat di Estet Paya Wau yang dimajukan selepas aktiviti menanam padi tidak lagi dilakukan penduduk setempat. Benih ikan disediakan Jabatan Perikanan Negeri Pahang yang mengadakan pelepasan di perairan umum lebih dua tahun lalu, difahamkan beberapa spesies ikan seperti kap rumput, kap kepala besar dan temalian kini telah mencapai berat lebih enam kilogram seekor. JKKK berharap peminat aktiviti menjala tidak melepaskan peluang untuk menyertai pesta menjala di Estet Ikan Kuala Wau yang julung kali diadakan di daerah ini, selain dapat membawa pulang pelbagai spesies ikan air tawar sekiranya bernasib baik meraih hadiah motosikal. Yuran penyertaan RM70 bagi satu jala, hasil yuran bagi mengisi tabung JPKK Kampung Kuala Wau selain turut diagihkan kepada 40 pemilik petak sawah.


Dalam pada itu Bernama laporkan bagaimana aktiviti '
Menjala ikan di persisir sungai Kelantan' sesuai juga dikongsikan. Dilaporkan ada foto dimana ada seorang nelayan menebar jala untuk menangkap ikan di persisir sungai Kelantan ketika tinjauan di sekitar Kok Majid, Sungai Kelantan. Ia telah menjadi kebiasaan bagi segelintir penduduk di sini melakukan aktiviti menjala iaitu apabila berada di sepanjang pesisir sungai sebagai alternatif untuk mencari rezeki dan mengisi masa lapang di samping menambah pendapatan sekiranya mendapat tangkapan yang banyak.elintir penduduk di sini melakukan aktiviti menjala di sepanjang pesisir sungai sebagai alternatif untuk mencari rezeki dan mengisi masa lapang di samping menambah pendapatan sekiranya mendapat tangkapan yang banyak.  Dalam kes lain dimana dilaporkan 'Hasil menjala 'ikan darat' cecah RM150 sehari. sesuai dikongsikan. Kisah dari daerah Rantau Panjang iaitu di sebalik banjir yang melanda dimana Ariffin Hussin tidak melepaskan peluang menjala ikan sungai di Sungai Tasek Garu, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Dia mengakui sudah lima hari menjalankan aktiviti menjala yang mana hasil diperoleh dijual kepada pelanggan selain dijadikan lauk untuk juadah buatnya  sekeluarga.  Menurut Ariffin yang berusia (63 tahun) dimana dia hanya menjala ikan setiap kali musim tengkujuh kerana mempunyai masa terluang selain minat yang mendalam terhadap aktiviti berkenaan. Dia akan turun ke lokasi seawal 6.45 pagi untuk menjala ikan sungai kerana pada waktu itu lebih banyak hasil diperoleh. Kemudian dia pulang sebentar untuk solat Zuhur dan Asar sebelum kembali semula dan pulang menjelang Maghrib. Antara ikan sungai yang dapat seperti ikan baung, terbol, lampam, toman dan sepat (Sila lihat foto paling bawah). Apa pun biasanya ikan dijual antara RM10 - RM35 sekilogram bergantung kepada jenisnya. Hasil menjala kini dia mampu memperoleh sehingga RM150 sehari dimana ia cukup untuk dijadikan bekal membeli barangan keperluan sepanjang musim banjir. Baginya aktiviti menjala ikan adalah aktiviti tahunan baginya kerana kawasan kediamannya hampir setiap tahun dilanda banjir selain mengakui tahu lubuk ikan sungai bagi mendapatkan hasil yang banyak. Pelanggan yang datang membeli ikan sungai adalah daripada seluruh negeri seperti dari jajahan Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat. Ada antara mereka ialah pelanggan tetap yang membeli ikan sungai dengan saya setiap kali musim tengkujuh. Selain melempar jala, saya juga memasang pukat di kawasan yang lebih dalam airnya menggunakan perahu. Pukat biasanya dipasang pada waktu pagi dan akan diangkat naik sebelah petang. Dia juga menjahit sendiri jala kerana mahukan saiz jala yang lebih besar sekali gus memudahkan saya untuk mendapatkan lebih banyak ikan sungai. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA JALA... UNIK BUATANNYA...
TALI DI ANYAM... BULAT BENTUKNYA...
DI TEBAR BESAR... IKAN DIDALAMNYA...
PERLU KEMAHIRAN... HASILNYA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1444H).

Monday, June 12, 2023

JALA DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

JALA IKAN
(Casting net) merupakan sejenis alat yang selalu digunakan untuk menangkap ikan atau seumpamanya sama ada menjala ikan di laut dan juga ikan di dalam air tawar. Apa pun pada penulis blog yang ada mempunyai beberapa unit jala mendapati dimana kebanyakan jenis 'Jala Tebar' atau pun dipanggil sebagai 'Jala Lempar' ini digelar sebagai 'cas net' dalam bahasa Ingersi merupakan satu lingkaran kecil benang atau tali khas dengan pemberat (selalunya timah) berbentuk bulat berlubang pada tepi-tepinya. Jala yang dilempar atau ditebar oleh nelayan kedalam sungai atau kawasan pantai ini lazimnya mempunyai banyak jenis dan bentuk bergantung kepada kegunaannya. bagaimana pun secara umumnya dimana ukurannya bervariasi sehingga kepada 4 meter pada diameternya. Jala sama dengan anyaman sama seperti jaring ini akan dilempar dengan sedemikian rupa sehingga ianya menyebar bulat (atau bentuk tebaran lain) di permukaan air dan kemudian tenggelam untuk memerangkap ikan atau udang dibawahnya. Ikan yang terkurung akan terperangkap didalam jaring semasa jaring tersebut turun dalam air iaitu sehingga kedasar air. Kemudian dengan cara perlahan dan betul ia akan ditarik keatas atau ditarik keluar dari air. Pada prinsipnya penangkapan dengan jala adalah mengurung ikan atau udang dengan jalan menebarkan alat tersebut dimana ia sedemikian rupa sehingga menelungkup atau menutup sasaran yang dikehendaki. Bagi nelayan sungai lazimnya ia akan menabur umpan yang sesuai dengan sasaran 10 - 20 minit sebeum tebaran jala dijalankan. Sasaran ikan atau udang ini akan berkumpul dikawasan umpan untuk mudahkan kerja menjala. Umum faham bagaimana j
ala merupakan salah satu jenis peralatan menangkap ikan tradisional yang mana ia sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan. Masih ada lagi pembuat jala yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkan jala untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri atau pun sebagai barang hiasan kraftangan diganting dirumah atau di hotel. Jala tradisional lazimnya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nylon yang sederhana kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alatan dinamakan 'coban' dimana dibahagian bawahnya ia dikelilingi dengan cincin besi atau timah sebagai pemberat. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai jala dan fakta menarik didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan.


Teknik menebar jala perlukan kemahiran dan latihan kerana hanya hasil tebaran yang tepat dan betul akan mampu untuk memerangkap ikan. Cara menebar jala mempunyai seni tersendiri dimana saiz tebaran ini boleh digayakan dengan tepat sama ada bentuk bulat, bentuk lonjong dan sebagainya ketika menebar jala. Teknik tebar jala ini memang sudah ia dititik beratkan pada zaman dahulu dimana pernah diadakan acara penebaran jala dilakukan beramai-ramai dan diketuai oleh raja atau sultan. Sejak dulu dilaporkan didalam setiap perahu terdapat satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung, seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung haluan dan akan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala. Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil dimana ia diperbuat daripada benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tigalengan panjangnya. Dalam pada itu ukuran panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas kaki bergatung kepada kegunaan. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas. Apabila penjala ini sampai pada satu kawasan yang dianggap sesuai untuk acara menebar jala dimana sultan atau raja akan berhenti dan memberi isyarat kepada para kumpulan nelayan tadi supaya menebarkan jala mereka. Perahu-perahu tersebut akan bergerak perlahan-lahan dan akan membentuk seakan lingkungan seperti bulan sabit.  Jala ditebar dan apabila ia mula tenggelam jala akan ditarik perlahan-lahan dengan sabar ke permukaan dan ikan-ikan dikeluarkan dari jaring-jaring halus tersebut dan dimasukkan kedalam jejaring buluh. Biasanya penjala mempunyai cara-cara mereka tersendiri dalam teknik-teknik menebar atau menarik jala. Salah satu caranya ialah jala tersebut pada mulanya akan ditarik iaitu dibahagian tali yang kendur dan kemudian tali tadi akan digelung dengan tangan kanan dan selepas itu jala itu akan ditarik hingga cincin besi pada jala tersebut terangakt dari perahu sampai ke paras lutut penjala. Lazimnya dengan guna tangan kirinya maka nelayan ini mengambil jala itu dan perlu disandangnya pada bahu dan lengan kanannya. Semasa ditebar maka jala itu akan berkembang dengan cantiknya seperti sarang labah-labah yang besar bentuknya. Bahagian tepi jala tersebut tenggelam dengan serta-merta disebabkan oleh berat cincin itu menarik jaring jala tersebut. Bagi menjala dikawasan pesisir pantai ianya lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan menjala di sungai yang banyak kayu. Pada penulis blog yang pernah menjala dapati dimana ramai penduduk kampung yang tinggal berhampiran pesisiran pantai, sungai dan sawah padi juga menjalankan aktiviti menjala ikan atau udang di waktu lapang iaitu setelah selesai melakukan kerja utama seperti bersawah, menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Kegiatan menjala juga dilakukan untuk menangkap ikan bagi keperluan seharian keluarga dan jika terdapat lebihan dijual kepada jiran atau sahabat handai serta dijadikan ikan pekasam.


Sebenarnya Jala merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. 
Pada penuilis blog dapati dimana aktiviiti ini masih relevan kerana ia menghasilkan ikan dan udang dan diteruskan sehingga ke hari ini. Apa pun dikalangan penduduk kampung berada dikawasan kampong pendalaman biasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri sebagai lauk. Ianya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar bagi menyokong beban cincin berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alat dikenali sebagai 'coban'. Apa pun kini tidak sudah membeli jala kerana dipasaran ada bermacam jenis jala akan tetapi yang popular adalah jala tangsi untuk udang dan jala benang untuk ikan. Di negara kita selain meencari jala di kedai pertanian yang menjual peralatan menangkap ikan memang sudah boleh beli secara on-line sahaja (Sila lihat foto disebelah). Harga jala yang dijual di kawasan utara Malaysia antara RM60 - RM250 satu unit. Dalam pada itu jenis Jala Burma atau jala benang putih dijual dengan harga yang agak murah iaitu bawah dari RM50.00. Kaian mendapati jika dibeli di Thailand dilaporkan dimana harga dalam lingkungan 400 bath sahaja (RM53). Jenis jala Siam pula merupakan jenis jala jenis benang tangsi kebanyakkan warna biru atau hijau dan agak kecil diameter berbanding jala tangsi di Malaysia. Penelitian mendapati dimana kebanyakkan kedai pancing ada menjual jala. Dalam pada itu jala yang dibuat menggunakan tangan (hand made) lebih mahal dan tahan lama berbanding jala dibuat dikilang komersil. Selalunya jenis jala yang dibuat oleh mesin cepat rosak dimana talinya mudah reput dan mudah koyak (jadi kena beli baru lagi). Jala buatan mesin juga agak dilihat ianya memang halus talinya iaitu diantara saiz tali biasanya 3/4 inci, 1 inci, 1.25 inci atau 5 inci. Jenis jala tangsi memang ia agak memudahkan untuk membuang sampah atau daun-daun serta ikan kecil akan tetapi haiwan seperti ikan, udang dan ketam juga mudah terlepas juga kerana sifatnya yang licin. Dalam pada itu jenis jala benang atau dari benang nylon biasanya agak sukar bagi ikan besar merosakkan jala tersebut. Ikan seperti spesis siakap putih yang akan melompat dengan ganas dalam jala dan jala benang juga memudahkan menjala ketam jika kena pada musim. Lazimnua jenis jala yang bewarna gelap berukuran panjang 12 kaki dan berat tanpa basah hampir 4-5 kilogram adalah jala yang ditempah khas untuk jala ikan. Ia sesuai untuk jenis ikan spesis siakap. Selalunya apabila basah maka berat boleh mencecah hampir 2 kali ganda.


Beberapa media tempatan melaporkan bagaimana 'Pesta tuai ikan meriah' melibatkan kemahiran yang dimiliki 1,500 peserta menangkap ikan menggunakan jala di Estet Ikan Kampung Paya Chempaka, Lanchang, Pahang. Dilaporkan dimana pesta acara diadakan dua tahun sekali itu tanpa dikenakan bayaran memberikan keterujaan orang ramai menyertai pesta terbesar di Pahang itu terbukti apabila terdapat dalam kalangan mereka yang mendirikan khemah dan bermalam di tepi kawasan paya seluas 16 hektar itu. Pesta itu dianjurkan jawatankuasa estet ikan Kampung Paya Chempaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan Pahang dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang. Didakwa dimana keghairahan untuk menangkap pelbagai spesies ikan seperti patin, lee koh, kap rumput, keli afrika, tilapia dan rohu dapat dilihat apabila ada peserta yang mengambil keputusan bermalam di kawasan paya. Walaupun terpaksa berjalan sejauh satu kilometer (km) untuk sampai ke kawasan paya terbabit, itu tidak mematahkan semangat mereka yang memburu ikan pelbagai saiz menggunakan jala dan sauk. Adalah ia lebih mencabar lagi apabila lebih 13 peserta menerima rawatan termasuk dikejarkan ke klinik berhampiran selepas terkena sengatan ikan patin. Pesta menangkap ikan di estet ikan kampung Paya Chempaka diadakan setiap dua hingga tiga tahun sekali dimana setiap kali acara itu diadakan sambutan begitu menggalakkan. Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran dan faktor terbabit menyebabkan jumlah peserta meningkat dua hingga tiga kali ganda dan pihaknya akan terus menyumbangkan benih ikan kepada jawatankuasa estet terbabit pada masa akan datang. Peserta Azmi Ibrahim juga dakwa dia berjaya menangkap ikan pelbagai spesies seberat 150 kilogram (kg) pada pesta berkenaan yang dianggap berbaloi dan menguntungkan. Dia bersama dua rakan menggunakan dua jala untuk menangkap ikan bermula jam 9.00 pagi, jumlah ikan yang banyak menambahkan lagi semangat mereka walaupun terpaksa berpanas. Memang seronok dapat bersama-sama memeriahkan pesta menuai ikan ini, ia adalah kali kedua saya menyertai program itu. Saiz ikan yang besar menambahkan semangat berada dalam paya itu. Dia juga bersyukur berjaya membawa pulang hasil yang begitu lumayan dan menguntungkan yang datang dari Mentakab. Bagi Zazali pula yang menetap di FELDA Sungai Retang, Jerantut dakwa dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menangkap banyak ikan yang terdapat dalam paya Chempaka. Walaupun dia hanya berjaya menangkap lebih 20 kilogram (kg) ikan kap rumput, patin, lee koh namun saya tetap berpuas hati apabila usaha yang dilakukan beberapa jam dianggap berbaloi. Selain kemeriahan pesta menangkap ikan program itu juga memberi peluang kepada peserta bertemu rakan dan peminat ikan paya di daerah ini. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA JALA... UNIK BUATANNYA...
TALI DI ANYAM... BULAT BENTUKNYA...
IA DI TEBAR ..DALAM AIR MASUKNYA...
HASIL DITANGKAP...IKAN UDANG ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...