Support My Blog

Showing posts with label HALIA BENTONG. Show all posts
Showing posts with label HALIA BENTONG. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

HALIA BENTONG - PENANAMAN (Part 3)




HALIA BENTONG (Zingiber officinale) merupakan salah satu daripada varieti halia yang popular di Malaysia kerana kualitinya yang tinggi serta mendapat permintaan baik. Halia yang merupakan tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae ini ditanam sejak beratus tahun dikawasan cerun bukit tanah tinggi sekitar Janda Baik dan Bentong oleh petani-petani yang mengamalkan pertanian komersil. Beberapa varieti halia lain yang ada ditanam adalah Halia Sabah, Halia Indonesia, Halia Taiwan dan beberapa varieti lagi. Harga ladang halia varieti ini merupakan antara yang paling tinggi berbanding dengan varieti lain sama ada untuk halia muda atau pun halia tua. Merujuk kepada temubual saya dengan beberapa petani dan pegawai yang menanam halia di Janda Baik, Bentong, Pahang, ada menyatakan bahawa pemilihan benih yang dijalankan sekian lama telah menghasilkan varieti yang berkualiti dan mampu menghasilkan pendapatan lumayan. Artikel malam ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa testimoni akhbar akan kehebatan varieti halia bentong untuk bacaan dan rujukkan anda.


LAPORAN TESTIMONI 3:
Penanaman halia Bentong

Halia salah satu rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan Timur dan Barat malah antara rempah terpenting diperniagakan di dunia.  Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Begitu juga yang dilakukan oleh pengusaha halia, Ahmad Taib yang mana beliau juga terlibat dalam mengusahakan tanaman selingan lain sementara menunggu hasil tuaian halia. “Selain halia, saya mengusahakan tanaman pisang, sayur-sayuran seperti kacang botol, cili padi, serai, bayam, terung dan ulam-ulaman lain. “Ia bertindak sebagai satu pendapatan sampingan kerana hasil halia hanya boleh dituai setelah matang iaitu antara 10 hingga 12 bulan,” katanya ketika dihubungi InfoAgro, baru-baru ini.


Beliau berkata, keterlibatannya dalam penanaman halia bermula sejak 20 tahun lalu apabila mengambil upah dengan pekebun Cina di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. “Kebanyakan penanam halia di sana menanam halia Bentong. Setelah beberapa tahun mengambil upah, akhirnya saya membuat keputusan untuk menanamnya sendiri. “Kebetulan pula, terdapat seorang rakan yang membawa halia Bentong ini ke Gerik, Perak dan di situ pula banyak kawasan tanah terbiar,” katanya. Menceritakan mengenai tanaman halianya, Ahmad berkata, ekoran dirinya yang sudah mempunyai pengalaman luas mengenai halia Bentong, beliau mengambil keputusan untuk menanamnya sendiri sejak tiga tahun lalu. “Saya mengusahakan halia Bentong di kawasan tanah seluas 0.2 hektar di Kampung Bongor, Gerik, Hulu Perak untuk di simpan sebagai benih bagi digunakan di tanah yang lebih luas,” katanya.  Beliau berkata, kebiasaannya penanam halia mencuba menanam halia Bentong dalam jumlah yang kecil dahulu untuk melihat kesesuaian tanah serta kesuburannya. “Ini dilakukan bagi mengelak kerugian yang lebih besar sekiranya tanah tidak sesuai. “Saya pernah mengalami kerugian besar apabila halia yang ditanam di satu kawasan di Gombak tidak menjadi, menyebabkan banyak pokok mati akibat daripada ketidaksesuaian tanah dan cuaca yang tidak menentu,” katanya.


Menurutnya, disebabkan beliau adalah pengusaha tunggal halia di kawasan Kampung Bongor, maka ia lebih dikenali sebagai Pak Mat Halia dan sering didatangi penduduk yang berminat untuk menanam halia. “Sebahagian penduduk dan jiran menunjukkan minat mendalam untuk mencuba menanam halia Bentong, malah ada antara mereka yang telah pun mendapat hasil tuaiannya,” katanya. Dalam pada itu, katanya, beliau telah melabur sebanyak RM15,000 dalam penanaman halia meliputi kos membaja, mengupah, meracun, merumput dan keperluan pertanian lain. “Saya tidak mendapat khidmat nasihat daripada mana-mana pihak berkaitan sebaliknya hanya bergantung pada pengalaman yang sedia ada,” katanya.

Penanaman halia Bentong
Halia Bentong mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair). Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah gambut yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Ahmad berkata, halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia. “Rizom tersebut kemudiannya disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas. “Kemudian rizom di kerat lima sentimeter (cm) panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas,” katanya.


Selain itu, katanya, halia memerlukan penjagaan rapi seperti merumput dan menyiram yang harus dilakukan setiap hari di samping keperluan baja bersesuaian. Katanya, sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan kerana ia membantu dalam percambahan rizom. “Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu,” katanya. Menurutnya, halia dituai sebagai halia muda apabila berumur empat hingga lima bulan manakala halia tua pula apabila berumur 10 hingga 12 bulan selepas ditanam. “Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut pada halia tersebut,” katanya.

HALIA BENTONG ... NAMA VARIETI...
DILERENG BUKIT... TANAM TAK HENTI...
PRODUK SEGAR ... IA BERKUALITI...
DALAM ARTIKEL... LAPORAN TERBUKTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Halia, Janda Baik,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1434H)

Monday, September 30, 2013

HALIA BENTONG - HEBATNYA (Part 2)

HALIA BENTONG (Zingiber officinale) merupakan salah satu daripada varieti halia yang popular di Malaysia kerana kualitinya yang tinggi serta mendapat permintaan baik. Halia yang merupakan tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae ini ditanam sejak beratus tahun dikawasan cerun bukit tanah tinggi sekitar Janda Baik dan Bentong oleh petani-petani yang mengamalkan pertanian komersil. Beberapa varieti halia lain yang ada ditanam adalah Halia Sabah, Halia Indonesia, Halia Taiwan dan beberapa varieti lagi. Harga ladang halia varieti ini merupakan antara yang paling tinggi berbanding dengan varieti lain sama ada untuk halia muda atau pun halia tua. Merujuk kepada temubual saya dengan beberapa petani yang menanam halia di Janda Baik, pemilihan benih halia yang dijalankan sekian lama telah menghasilkan varieti yang berkualiti dan mampu menghasilkan pendapatan lumayan. Halia Bentong mempunyai serabut yang halus, kandungan serat dan air tinggi, mudah dipotong serta isinya berwarna kuning cerah. Halia ini boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerol dan oleoresin.  Artikel malam ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa testimoni akhbar akan kehebatan varieti halia bentong untuk bacaan dan rujukkan anda.

LAPORAN TESTIMONI 2:
Halia Bentong rahsia sup enak


AROMA sup tulang yang dimasak di dapur Restoran Minang Sri Selesa sudah mampu membuatkan pelanggan kecur air liur. Sup tulang di restoran yang terletak di Kampung Sum Sum, Janda Baik, Pahang itu terkenal dalam kalangan pelanggan tempatan dan luar termasuk dari Kuala Lumpur. Menurut pemilik restoran tersebut, Refni Agus Salim, 50, rahsia keenakan sup tersebut terletak pada jenis dan jumlah halia yang dicampurkan ke dalam sup tulang itu. "Kalau masak 40 kilogram (kg) tulang lembu, mesti guna lebih satu setengah kg halia biasa. Jika guna halia Bentong, setengah kg sahaja sudah mencukupi. "Rasa halia Bentong lebih pedas, serabut lebih halus, dan kandungan seratnya tinggi," kata Refni atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mi ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.


Keistimewaan halia Bentong itu menambahkan keenakan sup Kak Mi, namun disebabkan harganya mahal menyebabkan beliau berfikir banyak kali sebelum membelinya. Harga halia Bentong kini mencecah lebih RM15 sekilogram di pasaran berbanding halia biasa iaitu RM2 sekilogram. Walaupun Bentong pusat pengeluaran halia berkenaan, harganya tetap tinggi. Halia Bentong yang tergolong dalam tanaman rizom cukup terkenal dalam kalangan penggemar tanaman halia. Nama saintifik halia ialah Zingiber officinaleHalia Bentong mempunyai serabut yang halus, kandungan serat dan air tinggi, mudah dipotong serta isinya berwarna kuning cerah. Halia ini boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerol dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.


SUP tulang lembu Kak Mi digemari pelanggan kerana ramuan
halia Bentong menambahkan kelazatannya
Tanaman halia di daerah Bentong diusahakan sekitar tahun 1963. Petani kaum Cina merupakan golongan terawal yang memulakan penanaman ini di sekitar Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik.  Terletak kira-kira 700 meter pada aras laut dan purata taburan hujan sekitar 187 milimeter sebulan, kedua-dua kawasan berkenaan memang sesuai untuk tanaman itu. Meneroka hutan merupakan cara terawal penanaman halia bentong. "Kira-kira lima dekad lalu, bapa saya meneroka hutan di sini bagi tujuan menanam halia. Pokok-pokok ditebang dan semak samun dibersihkan sebelum dibakar. Selepas kawasan bersih barulah digali lubang untuk menanam benih halia. "Benih halia kemudiannya ditutup dengan plastik hitam, disiram setiap hari dan dibaja. Kawasan seluas 0.4 hektar mampu memuatkan sebanyak satu tan anak benih halia," kata Loo Yin Chin, 64, seorang pengusaha tanaman Halia Bentong di Kampung Bukit Tinggi. Di kampung ini, kira-kira 40 peratus daripada 400 keluarga menanam halia yang diusahakan di ladang-ladang milik persendirian atau disewa daripada pihak tertentu.


Sekiranya tanaman halia itu mampu mengeluarkan hasil yang baik, seorang petani mampu memperoleh sehingga 10 tan bagi kawasan seluas 0.4 hektar. Yin Chin yang mempunyai ladang halia seluas kira-kira 1.2 hektar pada peringkat awal hanya membantu bapanya. Bagaimanapun, kini beliau mewarisi pekerjaan yang mampu memberikan hasil lumayan itu. Menurut Yin Chin, dalam tempoh lapan bulan, halia tersebut matang dan sedia untuk dijual. Pada masa ini, pasaran halia Bentong mendapat permintaan tinggi, namun pengeluarannya agak terhad. Halia di ladang dijual kepada peraih pada harga antara RM8 hingga RM10 sekilogram. Kebanyakan peraih halia Bentong mempunyai pasaran masing-masing termasuk dihantar ke pasar borong.


HALIA Bentong boleh dijual dalam tempoh masa kira-kira lapan bulan selepas ditanam.

Hasil maksimum bagi halia Bentong banyak bergantung kepada cara engurusan kebun. Seorang pengusaha, Lok Kam Soi, 65, yang juga mempunyai 1.2 hektar ladang halia memberitahu, pemilihan kawasan tanaman amat penting bagi memastikan halia yang ditanam mengeluarkan hasil maksimum. Kawasan yang ditanam halia memerlukan masa beberapa bulan bagi memastikan tanah tersebut kembali subur sebelum boleh ditanam semula dengan benih halia yang baharu. Jika tidak, halia yang ditanam di kawasan sama akan dijangkiti penyakit sekali gus merugikan penanam. "Untuk menanam halia memerlukan modal yang besar, jika hasil tidak seberapa boleh gulung tikar," katanya ketika ditemui di Bentong baru-baru ini.


Sementara itu, Mohamad Ithnin Majid, 49, dari Kampung Janda Baik menceburi penanaman halia sejak dua dekad lalu setelah mendapati orang Cina memperoleh pendapatan yang lumayan. Walaupun sebelum ini beliau pernah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk di ibu negara, Mohamad Ithnin mengambil keputusan pulang ke kampung dan bekerja dengan seorang rakannya yang mengusahakan tanaman halia Bentong. Petani perlu berani mengambil risiko dalam penanaman halia.  Sambil bekerja, dia mengambil peluang mengusahakan sendiri ladangnya. "Pada masa itu, saya masih muda, segala kerja saya boleh lakukan sendiri seperti menebang pokok, membuat lubang, menanam, menyiram, meracun dan merumput. "Ladang-ladang pula jauh di dalam hutan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda atau motosikal untuk ke sana. Walaupun sukar, Alhamdullilah semuanya dapat dilakukan dengan baik," kata beliau.

Menurut Mohamad Ithnin, pengusaha tanaman halia perlu berani mengambil risiko kerana tanaman ini memerlukan modal yang besar selain harga pasaran yang tidak menentu. Halia juga mudah diserang penyakit. "Sepanjang terbabit dengan penanaman halia saya pernah berdepan saat sukar apabila harga halia merudum. Saya melabur kira-kira RM50,000 tetapi hasilnya hanya RM60,000, Hanya pulang modal sahaja dan ia tidak termasuk upah pekerja dan kos-kos lain," katanya terdapat tiga kaum Melayu sahaja yang mengusahakan tanaman halia di kampung berkenaan.


PARA pekerja memunggah halia Bentong untuk dihantar 
ke pasar borong, peniaga atau restoran.

Meskipun mampu memberikan pulangan yang lumayan, golongan muda dilihat kurang berminat menceburi bidang tersebut. Jelasnya, golongan muda lebih selesa keluar bekerja di bandar daripada menceburkan diri dalam bidang pertanian. Di kampung berkenaan, setakat ini masih belum terdapat generasi muda yang terbabit secara serius menanam halia.

HALIA BENTONG ... NAMA VARIETI...
DILERENG BUKIT... TANAM TAK HENTI...
PRODUK SEGAR ... IA BERKUALITI...
DALAM ARTIKEL... LAPORAN TERBUKTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Halia, Janda Baik,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1434H)

Sunday, September 29, 2013

HALIA BENTONG - VARIETI POPULAR (Part 1)

HALIA BENTONG (Zingiber officinale) merupakan salah satu daripada varieti halia yang popular di Malaysia kerana ia mempunyai kualiti yang tinggi serta mendapat permintaan baik. Halia yang merupakan tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae ini ditanam sejak beratus tahun dikawasan cerun berbukit tanah tinggi sekitar kawasan Daerah Bentong oleh kebanyakan petani Cina yang mengamalkan pertanian komersil. Beberapa varieti halia lain yang ada ditanam di Malaysia adalah Halia Sabah, Halia Indonesia, Halia Taiwan dan beberapa varieti lagi. Harga ladang halia varieti bentong ini merupakan antara kos yang paling tinggi berbanding dengan kos benih varieti lain sama ada untuk halia muda atau pun halia tua. Merujuk kepada kajian melalui temubual saya dengan beberapa petani yang menanam halia di Janda Baik, Bentong, Pahang, mereka menyatakan varieti bentong menepati citarasa penduduk tempatan dan Singapura. Proses pemilihan benih halia yang dijalankan sekian lama telah dapat menghasilkan varieti yang berkualiti dimana tanaman ini telah mampu memberikan pendapatan lumayan. Artikel malam ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai testimoni akhbar akan kehebatan varieti Halia Bentong untuk bacaan dan rujukkan anda.

LAPORAN TESTIMONI 1:
UTUSAN MALAYSIA
Mengembalikan zaman gemilang Halia Bentong. Kini, bakal dieksport semula ke Singapura

 Lee Seng Sang berkata bahawa halia tempatan akan memperoleh
harga yang lebih tinggi jika ia dijual semula di pasaran Singapura
BENTONG 11 OKT - Bukit Tinggi di Pahang merupakan salah satu resort peranginan bukit yang popular di Malaysia. Keadaan tanahnya yang subur dan cuaca sejuk menjadikan ia cukup sesuai dengan penanaman halia Bentong yang terkenal sejak sekian lama, malah sehingga ke Singapura. Sejak beberapa tahun kebelakangan, perusahaan halia di Bentong telah mengalami zaman naik-turunnya. Sehubungan itu, penanam halia tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa berladang di atas tanah tanpa izin disebabkan kerana tanah pertanian tidak mencukupi. Selain itu, hutang yang banyak dan masalah pemasaran turut mempengaruhi eksport halia Bentong ke Singapura. Oleh itu penanam halia Bentong memerlukan harapan baru bagi membantu kehidupan mereka. 


Tanaman Halia Bentong yang lama diusahakan di Bentong.
Mujurlah, Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Hoh Khai Mun telah berusaha untuk memberi penyelesaian kepada penanam halia Bentong. Hari ini terdapat lebih kurang 709 ekar tanah tepi bukit disediakan untuk para peladang menanam sayur-sayuran dan halia secara sah. Penanam halia kini boleh merealisasikan cita-cita mereka khususnya mengeksport halia Bentong semula ke Singapura.  Di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, seorang pembeli halia, isteri kepada Lee Seng Sang berkata bahawa halia tempatan akan memperoleh harga yang lebih tinggi jika ia dijual semula di pasaran Singapura. Malah, seorang penanam halia, Loke Wooi Yan turut mencadangkan supaya halia Bentong dijenamakan dan strategi pemasaran dilaksanakan bagi membolehkan ia dieksport ke seluruh dunia suatu hari nanti - Bernama.
Diambil daripada akhbar tempatan.


Pasaran dan perminaan halia di Malaysia terus meningkat untuk kegunaan segar dan juga bahan proses. Ramai diantara kita memang menggunakan halia dalam banyak menu masakan setiap hari. Halia dengan khasiatnya yang tersebdiri merupakan bahan tanaman yang semakin kurang di usahakan di Malaysia akibat kekangan tertentu. Kos pembelian benih yang tinggi, serangan penyakit dan perosak serta faktur harga ladang yang tidak menentu merupakan diantara punca semakin ramai penanam halia hilang minat dan pengeluaran halis terus berkurangan. Pihak tertentu perlu mendapatkan teknologi uuntuk peningkatan produktiviti melalui varieti yang lebih produktif, amalan agronomi yang sesuai dan pengendalian lepas tuan yang cekap. Semuga industri tanaman halia termasuk halia Bentong akan terus menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Wasallam!

Halia dalam guni untuk dipasarkan.
HALIA BENTONG ... NAMA VARIETI...
DILERENG BUKIT... TANAM TAK HENTI...
PRODUK SEGAR ... IA BERKUALITI...
DALAM ARTIKEL... LAPORAN TERBUKTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Halia, Janda Baik,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1434H)




THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...