Support My Blog

Wednesday, February 11, 2026

KOBIS CINA DAN FAKTA PENTINGNYA

KOBIS CINA
(
Brassica rapa L. subsp. pekinensis.) atau dipanggil 'Chinese Cabbage' atau 'Napa Cabbage' atau 'Kobis Panjang' adalah sejenis sayur berdaun daripada keluarga Brassicaceae yang berasal dari China dimana cirinya ia dilihat mempunyai kepala berbentuk silinder, padat dan berwarna hijau muda ke putih. Apa pun sebenarnya ia popular dalam masakan Asia dengan cara masakan sama ada ia sering digoreng, dibuat sup atau dijadikan kimchi. Ia juga dikenali sebagai 'Sayur putih' atau 'Wong nga pak' yang luas di tanam. Melihat foto diatas dilihat dimana rupa bentuk kobis ini adalah ia berdaun lebar, hijau muda di bahagian hujung dan putih di bahagian batang kemudian ia membentuk bahagian kepala yang panjang atau silinder. DI Malaysia ia di minati ramai sebab memberikan rasa yang agak manis dan teksturnya rangup ketika di makan. Ia sangat versatil untuk tujuan sama ada digoreng, dimasak sup, dikukus atau dimakan mentah begitu sahaja. Apa di lapangan dimana selain jenis kepala padat (napa cabbage) yang di paparkan dimana ada terdapat juga jenis seperti Jenis Bok Choy (Jenis Sawi Cina) yang tidak membentuk kepala. APa yang penulis blog tahu dimana di Malaysia sayur ini memang ia banyak ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang dan di jual dalam negara malahan ada di eksport ke SIngapura juga. Ia di minati sebab mempunyai nilai nutrisi termasuk dalam nilai perubatan, tinggi kandungan air dan juga tinggi bahan serat. Jenis yang paling biasa ditemui di pasar raya ialah 'Jenis Napa Cabbage yang mana ia berdaun kerinting sedikit, kepala padat) dan bok choy (batang putih, daun hijau licin). Kalangan surirumah pula sayur ini sangat serba guna dan boleh dimasak dengan pelbagai cara termasuk digoreng Kilas (Stir-fry) iaitu cara memasak pantas dengan bawang putih atau sos tiram. Selalu juga di buat sup dan menjadi bahan utama dalam sup sayur atau steamboat kerana teksturnya yang lembut bila direbus. Makanan Kimchi ia digunakan sebagai bahan asas yang paling utama membuat kimchi (jeruk tradisional Korea). Dalam pada itu sayur segar ini boleh dihiris halus untuk dijadikan salad atau coleslaw. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta penting sejenis sayur iaitu Kobis Cina sebagai bahan rujukan pembaca semua.


Dilapangan dimana sayur daun jenis  Kobis cina secara umumnya terbahagi kepada dua kumpulan utama berdasarkan bentuk dan cara pertumbuhannya. Jenis pertama adlah Jenis Kumpulan Pekinensis (Kobis Berkepala) dimana jenis ini akan  membentuk 'kepala' yang padat seperti kobis biasa tetapi berbentuk lebih lonjong. Apa pun jenis ini juga di panggil sebagai Jenis Kobis Napa (Napa Cabbage) iaitu ia adalah jenis yang paling popular, berbentuk seperti tong (barrel-shaped) dengan daun berwarna hijau pucat yang berkedut dan batang putih lebar. Jenis ini sangat sesuai untuk membuat kimchi atau masakan hot pot. Bagaimana pun ada Jenis Silinder (Michihili) dimana ia lebih berbentuk lebih panjang, ramping dan lebih menegak berbanding napa. Daunnya lebih gelap di bahagian atas dan sering digunakan dalam salad atau tumisan. Jenis yang kedua adalah Jenis Kumpulan Chinensis (Kobis Tidak Berkepala) dimana jenis ini tidak membentuk kepala yang padat dan daunnya tumbuh secara terbuka atau dalam rumpun. Sayur Bok Choy (Pak Choi) berlainan sebab ia mempunyai batang putih atau hijau yang tebal dan rangup dengan daun hijau gelap yang licin 
 (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga variasi atau jenis 'Baby Bok Choy' yang mana saiznya ia lebih kecil dan lebih lembut teksturnya. Ada juga jenis Choy Sum yang mana ia sering dikelirukan dengan sayur bok choy akan tetapi ia mempunyai batang yang lebih kurus dan panjang serta biasanya akan ia disertakan dengan bunga kuning kecil yang boleh dimakan. Apa pun jenis ini memberikan rasanya lebih manis dan berlemak. Bagus mengetahui akan fakta perbezaan ringkas dimana ciri bagi Jenis Ciri Kobis Napa dengan Bok Choy iaitu napa mempunyai bentuk kepala lonjong dan padat sementara Bok Choy ia adalah rumpun terbuka. Jenis Napa bertekstur daunnya berkedut dan nipis tetapi bok choy ia berbatang tebal dan rangup. Jenis napa memberikan rasa lembut dan manis serta segar sedangkan bok choy ia ada rasa sedikit pahit. Persamaannya dimana kedua-dua jenis ini sangat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C, vitamin K dan asid folik.


Fakta bagaimana cara m
enanam kobis cina (napa cabbage) sebenarnya tidak terlalu rumit jika kena dengan caranya. Sayuran ini boleh mula dituai dalam masa kira-kira 50 hari selepas disemai. Langkah-langkah untuk menanam kobis cina di mulakan dengan proses penting iaitu penyemaian biji benih yang perlu ia disemai biji benih dalam dulang semaian (seeding tray) yang menggunakan media peat moss. Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah untuk mengelakkan akar reput. Proses memindahkan anakbenih apabila anak pokok sudah mempunyai 2 - 4 helai daun atau daunnya sudah sebesar bola pingpong sesuai untuk dipindahkan ia ke dalam pasu besar (diameter sekitar 50 cm) atau batas tanaman di kebun yang disediakan. Aktiviti penyediaan kawasan di dalam pasu dilakukan dengan mana tanah menggunakan campuran tanah yang kaya dengan nutrisi sama seperti campuran tanah nursery, baja kandang ayam dan kompos. Nisbah yang disyorkan adalah 2 bahagian kompos kepada 1 bahagian pasir. BAgi tanam luas di kebun disediakan batas tanaman dan di bubuh baja asas. Tanaman kobis cina memerlukan banyak nutrisi dan air diman sebaiknya ia diberi baja secara rutin dan pastikan ia mendapat cahaya matahari yang sangat mencukupi. Pembaca blog ini juga boleh menggunakan air cucian beras sebagai baja tambahan untuk menyuburkan tanaman di kawasan keliling rumah. Tanaman ini sangat di sukai oleh serangga perosak dan juga ancaman penyakit. Bagi kawalan perosak perlu di perhatikan ancaman dan diberi perhatian kepada ancaman semut, lintah bulan dan siput yang boleh merosakkan tanaman terutama apabila malam hari. Lazimnya dengan penjagaan yang baik maka kobis cina ini ia biasanya sedia dituai apabila kepalanya terasa padat dan pejal apabila ditekan lembut.


Fakta khasiat kesihatan sayur k
obis cina bukan sahaja sedap di makan malahan ia kaya dengan nutrisi tersendiri. Kobis Cina di laporkan ia rendah kalori yang mana ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan. Ia juga memang ada zat vitamin dan zat mineral iaitu ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin K, asid folik dan serat. Ia mempunyai bahan antioksidan yang akan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan baik untuk kesihatan kulit. Dilaporkan sayur kobis cina iaitu termasuk jenis pak choy dan jenis sawi putih ia sangat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin A, C, dan serat yang bertindak sebagai sumber untuk antioksidan kuat untuk kesihatan mata, kulit, serta membantu dalam meningkatkan imuniti. Ia juga membantu dalam sistem pencernaan, dapat menurunkan kolesterol, mengawal tekanan darah dalam badan dan menyokong proses detoksifikasi hati.
Kehebatan kobis Cina adalah ia akan dapat Meningkatkan Kesihatan Mata sebab kandungan vitamin A yang tinggi, beta karotena, lutein dan zat zeaxanthin membantu mencegah katarak dan meningkatkan penglihatan terutamanya pada waktu malam. Ia bagus untuk kesihatan Sistem Pencernaan dan juga Kesihatan Kulit sebab bagan serat yang tinggi membantu melancarkan sistem penghadaman dan ia juga dilaporkan akan menyokong kulit yang sihat dan berseri. Sayur ini sebagai bahan Detoksifikasi Hati sebab ia mampu dalam mempercepatkan proses detoksifikasi fasa II hati, membantu badan membuang toksin. Tidak hairan juga jika ia mampu untuk dapat Menurunkan Kolesterol dan Tekanan Darah sebab bahan serat larut dan fitosterol mengikat kolesterol jahat (LDL) di usus dan menghalang penyerapannya, di samping membantu menurunkan tekanan darah. Sayur Kobis Cina ini memang ia kaya nutrisi antaranya sumber vitamin C dan nutrien lain yang baik untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan. Sayuran ini sangat baik untuk dimasak tumis, sup atau sesuai untuk dimakan mentah dalam salad. Bagaiman pun awas sebab memakan kubis Cina janganlah dalam jumlah terlalu banyak sebab ia boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti kembung perut, gas dan cirit-birit disebabkan potensi kandungan serat tinggi dan gula raffinose yang sukar untuk ia dihadam. Risiko lain termasuklah gangguan fungsi tiroid jika dimakan mentah dalam kuantiti besar serta ancaman bahaya karsinogenik jika dimasak sehingga hangus. Ada ancaman lain memakan kobis ini seperti ada gangguan pencernaan atau ada seimptim kembung atau bergas disebabkan oleh bahan serat yang tidak larut dan raffinose yang tinggi dimana kes ini ia boleh membebankan usus, menyebabkan perut kembung, bergas malahan akan berlaku kes cirit-birit terutamanya bagi penghidap IBS (sindrom usus merengsa). Ada juga risiko kanser terutama jika ia di masak hangus semasa digoreng terlalu lama sehingga hangus atau warna hitam (terbakar) mengandungi bahan karsinogenik yang boleh meningkatkan risiko kanser usus. Mengenai isu ancaman dan masalah Tiroid jika memakan kobis Cina mentah dalam kuantiti yang sangat banyak boleh mengganggu penyerapan iodin oleh tiroid. Cara bagi mengurangkan risiko ini dengan memasak kobis dengan cara rebus, kukus atau masak lemak, bukannya goreng sehingga hangus dan awas untuk menghadkan pengambilan dalam satu-satu masa jika mempunyai perut yang sensitif.


Harga kobis cina (atau kubis Beijing) di Malaysia sekitar RM3.20 - RM5.90 sekilogram yang bergantung kepada lokasi dan jenis (jenis panjang atau jenis bulat). Menarik di kongsikan kan fakta jenis resepi kobis cina untuk dijadikan panduan. Bagi penulis blog dimana kobis cina (juga dikenali sebagai kubis panjang atau napa cabbage) sangat versatil kerana teksturnya yang rangup dan rasa yang manis semulajadi. Pertama adalah Resepi Kobis Cina Masak Sos Tiram (Ala Restoran) dimana bagi penulis blog resepi ini memberikan rasa umami yang kuat dan sangat sesuai dipadankan dengan nasi putih panas (Sila lihat foto disebelah). Bahan-bahan untuk menyediakannya adalah ½ biji kobis cina (dihiris kasar), 2 ulas bawang putih (diketuk/dicincang), 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil kicap cair atau kicap manis, sedikit air dan juga ada bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah) dan juga bahan cili merah atau cili api (jika mahu pedas). Cara untuk memasaknya dengan menumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian di masukkan sos tiram, kicap, dan sedikit air dan di biarkan mendidih. Seterusnya di masukkan kobis cina serta digaul rata sehingga sayur sedikit layu tetapi masih rangup. Tuangkan bancuhan tepung jagung jika mahu kuah yang lebih pekat dan berkilat di dierasakan dengan sedikit gula atau garam (jika perlu) dan siap untuk dihidangkan. Kedua ada jenis Resepi Kobis Cina Tumis Air iaiau ia makanan sayg sangat simpel dan menyihatkan dimana ia sesuai untuk hidangan harian yang cepat dan menyegarkan. Bahan disediakan adalah kobis cina, bawang merah dan bawang putih (dihiris), lobak merah (dihiris nipis), suun yang sebagai pilihan, bebola ikan atau isi ayam dan sediakan air secukupnya. Cara memasak dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian dimasukkan isi ayam atau bebola ikan dan dimasak seketika. Seterusnya di tuangkan air dan masukkan lobak merah dan dibiarkan untuk mendidih. Masukkan kobis cina dan suun yang dimasak sehingga sayur lembut mengikut citarasa dan diperasakan dengan garam atau serbuk perasa secukupnya. Petua lain jangan masak kobis terlalu lama supaya ia tidak menjadi terlalu lembik dan hilang rasa manisnya. Anda juga boleh menambah telur hancur di akhir tumisan untuk rasa yang lebih lemak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAYUR KOBIS CINA...BANYAK JENISNYA...
IA DI TANAM..CAMEROON HIGHLAND ADA...
BERKHASIAT... PELBAGAI CARA MASAKNYA...
MENANAM SENDIRI..DALAM PASU SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...