Support My Blog

Tuesday, February 10, 2026

BUAH PINANG DAN FAKTANYA

BUAH PINANG
dari pokok pinang (Areca catechu) ialah biji daripada pokok palma tropika yang sering digunakan dalam tradisi makan biji pinang bersama sirih dan kapur serta ia juga ada di laporkan di gunakan dalam kaedah rawatan perubatan tradisional. Buah Pinang dilaporkan ia kaya dengan nutrien seperti protein, zat besi dan alkaloid yang berkhasiat untuk memberikan stamina, kesihatan mulut dan membantu dala proses pencernaan namun ia di laorkan juga berisiko tinggi menyebabkan masaalah kanser mulut jika diambil dengan cara yang berlebihan. Buah pinang mengandungi bahan dan nutrisi seperti bahan alkaloid (arekolina), protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi dan fosforus semasa di analisa di makmal terhadap buah pinang segar. Apa pun sehingga kini masih ada kalangan masyarakat di beberapa negara yang masih mellakukan aktiviti 'Makan Buah Pinang' atau istilahnya 'Menginang' iaitu ia dimakan (dikunyah) bersama daun sirih, kapur dan gambir terutamanya dalam kalangan masyarakat Asia Selatan dan Tenggara. Tabiat ini masih menjadi ikon dan kebangaan di beberapa masyarakat di beberapa negara sebagai adat dan amalan biasa bagi mereka walau pun ia sudah di laporkan membawa kesan negatif dan ketagihan. Walau pun ada laporan makan biji pinang akan meningkatkan tenaga dan stamina serta dapat membantu kesihatan mulut (menguatkan gusi) dan mengatasi cacingan tetapi jika diambil berlebihan makan akan ada ancaman kesihatan. Dalam es lain di laporka ia juga dpercayai meningkatkan gairah seksual pada lelak dan juga membantu masalah pencernaan. Selalu di nyatakan pakar kesihatan dimana kesan sampingan dan ancaman bahaya seperti Masaalah Kanser boleh berlaku sebab ia buah yang bersifat karsinogenik dan meningkatkan risiko kanser mulut serta esofagus. Pengaman menginang akan mengubah warna gigi dan gusi menjadi merah atau warna hitam dimana kesannya ia boleh menyebabkan pening, jantung berdebar dan ketagihan. Cara penggunaan secara berlebihan tidak digalakkan kerana risiko kesihatan yang serius. Keluasa tanaman pokok pinang di Malaysia tidak direkodkan akan tetapi mungkin pokoknya ada sekitar 20-25 hektar CHE (crop hectare equivalent) yag penulis blog dapat anggarkan. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technlogy" kali ini mengupas dalam blog mengenai beberapa fakta penting untuk bahan rujukkan semua.


Di Malaysia apa yang penulis blog tahu memang tidak ada varieiti buah pinang yang di daftarkan dengan Jabatan Pertania Malaysia. Jenis buah pinang apa yang boleh di kelaskan ada dua iaitu JENIS BUAH PINANG MUDA dan juga  JENIS BUAH PINANG TUA. Bagi jenis b
uah pinang muda adalah buah daripada pohon pinang yang belum matang, berwarna hijau dengan kulit dan isi yang lebih lembut daripada pinang tua. Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan stamina, libido, serta melancarkan pencernaan. Ia juga selalu digunakan dalam amalan menyirih. Ciri-cirinya ia berwarna hijau, tekstur lembut dan mempunyai rasa yang hangat serta. Ia mengandungi alkaloid (termasuk arekolin), tanin, flavonoid, serta zat besi dan fosforus. Dalam duna perubatan tradisional ada di gunakan bagi tujuan lelaki dimana ia dipercayai boleh meningkatkan libido, stamina, dan mengatasi ejakulasi dini. Bagi kaum wanita pula ia  akan membantu melancarkan kitaran haid dan mengurangkan nyeri haid. Cara guna pinang muda dengan mengunyah terus dengan sirih atau dibuat jus. Jenis Buah Pinang Tua ialah buah daripada pokok pinang yang telah matang sepenuhnya dan ia biasanya berwarna kuning keperangan atau jingga dimana ia sering digunakan dalam perubatan tradisional serta adat menyirih. Ia kaya dengan antioksidan seperti flavonoid dan tanin, serta alkaloid yang berpotensi meningkatkan stamina, melancarkan pencernaan dan kesihatan mulut.  Ciri-cirinya berbeza dengan pinang muda yang lembut dan hijau dimana buah pinang tua mempunyai sabut yang lebih kering dan isi dalam yang keras serta berwarna coklat gelap. Kandungan bahan iaitu fenolik, flavonoid dan alkaloid (seperti arecoline) dala pinang tua akan yang bertindak sebagai stimulan dan antioksidan. Buah ini juga didakwa melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas dari bahan antioksidan. Ia mampu untuk meningkatkan tenaga dan daya konsentrasi. Bagi tujuan kesihatan mulut pula ia didakwa akan membantu menghambat pertumbuhan agen bakteria penyebab karies gigi dan mulut kering. Membantu proses pencernaan diman aia sering digunakan tradisional untuk mengatasi cacing dalam saluran cerna. Buah pinang tua ada yag dikomerilkan dimana selalunya ia akan dikeringkan, dihiris, atau direbus untuk diminum airnya.


Aktiviti menanam pokok pinang scara komersil semakin kurang di minati petai di Malaysia. Apa pun aktiviti m
enanam pokok pinang (Areca catechu) adalah satu usaha yang bukan sahaja memberi hasil dan nilai tradisional akan tetapi juga mempunyai potensi ekonomi yang tinggi sebagai bahan mentah ubat-ubatan dan produk industri. Penulis blog hanya ada kurang 10 kali membuat tinjauab di kebun penanaman pokok pinag di Malaysia seperti di lokasi di Segamat, Pekan, Manjung dan beberapa lokasi lain dengan keluasan yang tidak berapa besar (rata-rata paling luas kurang 2 hektar). Bagi menanam pokok pinang perlu disediakan bahan tanaman iaitu AnakBenih Pinang dan selalunya petani akan mencari buah pinang atau biji yang sudah matang. Pilih biji pinang yang sudah masak sepenuhnya (berwarna kuning atau merah) daripada pokok yang sihat dan produktif untuk di semaian. Aptiviti menyemai biji dalam beg plastik (polybag) atau bedengan pasir terlebih dahulu sehingga tunas muncul dan ia biasanya mengambil masa 1.5 hingga 3 bulan (Sila lihat foto disebelah). Pilih lokasi sesuai dengan kawasan mendapat cahaya matahari banyak di kawasan beriklim tropika dengan tanah yang subur dan mempunyai saliran yang baik. Memang pokok pinag ia memerlukan cahaya matahari yang cukup, namun semasa kecil ia boleh diletakkan di tempat dengan cahaya tidak langsung atau sebagai pokok hiasan pasu. Benih yang sesuai boleh di pindahkan ke lubag tanamandengan jarak 3m x 3m dimana ia adalah jarak tanaman yang teratur untuk memudahkan pengurusan. Perlu di bubuh baja organik dan baja NPK secara berkala untuk mempercepatkan proses berbuah dan meningkatkan kualiti biji. Penting untuk selalu membuat kawalan rumpai terutama di kawasan sekitar pangkal pokok bersih daripada rumpai bagi mengelakkan persaingan nutrien. Pokok yang di jaga baik akan mula dapat mengeluarkan buah 3 - 5 tahun selepas di tanam. Tandan buah pinang yang matang boleh di tuai gunakan sabut dan di kumpulkan sebelum di jual. Biji pinang kering dieksport secara meluas untuk kegunaan industri kimia dan farmaseutikal.
 

Buah pinang sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk menjaga kesihatan mulut seperti ia mampu untuk menguatkan gusi dan gigi, meningkatkan tenaga dan stamina, merawat masalah pencernaan dan dipercayai akan dapat meningkatkan tenaga sek lelaki. Selain itujuga di laporkan iaa juga digunakan untuk merawat masaalah kecacingan, mengubati luka dan bahan kosmetik. Mereka yang amalkan mengunyah buah pinang (terutamanya bersama sireh) dilaporkan ia dapat membantu menguatkan gusi dan gigi kerana sifat khas iaitu antibakterianya yang melawan kejadian plak. Kandungan alkaloid bertindak sebagai stimulan semula jadi untuk meningkatkan tenaga dimana di laporkan yang buah pinang muda (khususnya jusnya) popular digunakan untuk dapat meningkatkan gairah seksual dan mengatasi ejakulasi dini (Sila lihat foto disebelah). Ia digunakan secara tradisional untuk merawat cirit-birit, angin dalam perut dan isu seperti kecacingan. Buah pinang juga mampu merawat luka dan masaalah pada kulit apabila bahan ekstrak pinang ditumbuk halus dan dibalurkan pada luka untuk mempercepatkanb lagi proses penyembuhan dimanna menggunakan air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat kudis. Ia dipercayai membantu mengurangkan keputihan dan meredakan kram semasa menstruasi golongan wanita. Ekstraknya berpotensi mencegah jerawat dan komedo sebagai bahan komestik dan juga kecantikkan. Ada ancaman makan buah pinang sebab penggunaan berlebihan (lebih 4 gram sekali konsumsi) atau jangka masa panjang boleh menyebabkan ketagihan, kerosakan enamel gigi, masalah jantung, dan meningkatkan risiko kanser mulut. Sebaiknya dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakannya sebagai rawatan.


Membuat analisa mengenai harga buah pinang berbeza mengikut jenis iaitu sama ada BUAH MUDA atau BUAH TUA dan juga faktor lokasi dengan trend terkini menunjukkan kenaikan. Di Malaysia di laporkan dimana bagi jenis pinang muda ia akan dijual sekitar RM0.65 - RM30 mengikut ikut kuantiti manakala harga bagi buah pinang kering berharga sekitar serendah RM9 untuk 500 gram sehingga sekitar RM21 untuk berat 1kg. Di Indonesia dari tinjauan dimana harga buah pinang kering dilaporkan berada jauh lebih murah iaitu sekitar Rp12,000/kg (RM2.85/kg). Kuliner buah pinang masih ada pasaran terutamanya bagi jenis buah pinang muda yang sering diproses menjadi jus minuman atau di ambil secara dimakan terus untuk tujuan seperti khasiat kesihatan tradisional seperti meningkatkan tenaga, membantu pencernaan dan dipercayai meningkatkan gairah para lelaki. Walau pun di katakan rasanya kelat, namun ia tetap popular di sesetengah budaya sebagai ubat tradisional. Buah pinang  muda ia sesuai dikisar atau diperah untuk diambil airnya dimana ia juga sering dicampur dengan madu atau bahan lain untuk mengurangkan rasa kelat. Buah pinang direbus dan airnya diminum untuk kesihatan dan buah pinang muda dikupas dan kunyah isinya untuk melancarkan pencernaan.
 
 
Dalam media lokan ada laporan dimana ada 'Rahsia di sebalik ludahan buah pinang' apabila buah pinang yang menjadi medium petunjuk penting buat masyarakat Orang Asli ketika di dalam hutan. Kisah dari Lipis, Pahang menyatakan ia bukan sebarang ludah dimana ia rupanya ludahan buah pinang menjadi petunjuk penting buat masyarakat Orang Asli terutamanya ketika di dalam hutan. Buah pinang dikatakan menjadi kegemaran buat masyarakat tersebut yang tanpa mengira jantina dan usia, dari golongan tua hingga kanak-kanak. Buah itu atau nama saintifiknya Areca catechu itu bukan sebarang kudapan yang dimakan untuk mengisi masa terluang. Sebaliknya ia menjadi petunjuk penting buat masyarakat itu untuk menjejaki kesan yang ditinggalkan ketika di dalam hutan. Orang asli bernama Jali Chayong, 47, suku kaum Semai memberitahu ludahan air pinang menjadi petunjuk awal buat mereka menjejaki sebarang kesan yang ditinggalkan di atas tanah. Ia bukan sebarang ludah, dan jika masih pekat, maksudnya masih baru dan sebaliknya jika telah pudar kesannya. Namun selain itu, ia telah menjadi tradisi turun-temurun selain sumber tenaga kepada kami serta bagus untuk kesihatan  dan dakwanya lagi orang-orang tua memakan buah itu bersama sirih sebagai petua merawat batuk. Dia yang berasal dari Kampung Lanchang, Pos Betau itu juga memberitahu, buah pinang hijau menjadi kegemaran mereka berbanding kebiasaan, kuning kemerah-merahan. Apa pun rasanya lebih kelat selain mudah dikunyah berbanding lagi satu, keras sikit dan kena guna godek. Sementara itu seorang peniaga pasar malam, Siti Zainab Derapa, 60 memberitahu buah pinang antara barangan wajib yang dijual terutamanya ketika berniaga di perkampungan masyarakat tersebut. Dia yang ditemui di Pasar Malam Pos Betau itu memberitahu, jualan buah tersebut sentiasa laku dan menjadi tumpuan Orang Asli. Dijual dengan harga RM2 selonggok, dia membawa hingga 10 kilogram(kg) buah itu yang diperoleh daripada pokok yang ditanam di rumahnya, Kuala Medang. Apa pun memang pembelinya bukan sahaja lelaki, malah wanita dan budak sekolah pun membeli buah pinang bersama sirih yang turut dijual di sini tetapi memang mereka (Orang Asli) lebih suka yang warna hijau dan kuning pula lebih digemari orang Melayu. Buah tersebut dikatakan juga bagus untuk merawat masalah dalaman wanita. S
emuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH PINANG... APAKAH GUNANYA...
ADA DI TANAM..SEDIKIT POKOKNYA...
PUPULAR LELAKI...PINANG MUDA...
PINANG TUA... BANYAK GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...