Support My Blog

Wednesday, July 30, 2025

SEMBANG PASAL LAKSA JOHOR

KULINER LAKSA JOHOR
merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yang menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi. Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa. Penulis blog yang berasal daripada Johor memang meminati makan laksa ini kerana ia menjanjikan kandungan dan kepelbagaian yang ada pada laksa ini dengan banyak jenis sayuran sebagai ramuannya. Jika membeli dipasar malam atau pasar tani lazimya laksa ini disediakan dengan harga amat berpatutan. Bergantung kepada keunikan laksa ini biasanya dijual pada harga serendah RM3.00 satu set kepada RM6.00 satu set. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan makanan popular iaitu Laksa Johor untuk bacaan semua sempena membuat kuliner Laksa Johor hari ini di rumah.


Bagi penulis blog yang memang suka makan Laksa Johor dimana ia adalah hidangan laksa yang popular di Johor yang memant amat terkenal dengan kuahnya yang kaya dan rasa yang unik. Ia biasanya dihidangkan dengan mi tebal, kuah santan yang diperkaya dengan ikan, udang, dan rempah ratus, serta hiasan seperti hirisan limau nipis, daun kemangi, dan sambal belacan. Bagi tujuan tersebut perlu di sembangkan akan beberapa ciri-ciri Laksa Johor seperti komponen Mee yang mana ia akan menggunakan mee atau selalu menggunakan sphagetti yang saiznya leih tebal dan ia bukan guna mee kuning atau mee lidi seperti laksa lain. Ciri kuahnya yang bersantan yang kaya dengan rasa ikan, udang dan rempah-ratus seperti cili merah, halia, udang kering, bawang merah, bawang putih, belacan, ketumbar, dan kunyit. Dalam membuatnya dimana bahan-bahan yang di sedikan termasuk udang, ayam, tahu dan tauge juga sering ditambah dalam kuah atau sebagai hiasan. Laksa Johor lebih unik bila ia di hias dengan hiasan termasuk bahan seperti limau nipis, daun kemangi, daun selasih, daun kesom, hirisan kacang panjang, bunga kantan, kulit timun dan sambal belacan adalah hiasan penting untuk melengkapkan rasa Laksa Johor agar ada pelbagai rasa seperti lemak, pedas, masam, manis dan segalanya. Sembang tentang ciri dan perbezaan Laksa Johor dari Laksa lain ia berkait dengan penggunaan jenis mee dimana jenis mee yang digunakan bagi laksa Johor adalah berbeza dari laksa lain. Kuahnya pula dimana resipi kuah dan perisa adalah unik kepada Laksa Johor juga berlainan dan aspek hiasan serta tambahan dengan sambal belacan dan daun kemangi adalah ciri-ciri yang membezakan Laksa Johor. Resipi Laksa Johor dimana secara ringkasnya, ia melibatkan proses menumis bahan-bahan seperti serai, daun limau, dan lengkuas, kemudian menambahkan santan, garam, gula, dan bahan lain seperti udang dan ayam. Tauge dan tahu juga boleh ditambah. Akhir sekali, kuah dan isi disajikan dengan mi dan hiasan. Apa pun bagi penulis blog dimana Laksa Johor adalah hidangan yang unik dan lazat, terkenal dengan perisa dan bahan-bahannya yang tersendiri. Ia adalah makanan yang patut dicuba oleh sesiapa yang ingin merasai keunikan masakan Johor.


Dalam beberapa media dibincangkan kes 'Perang laksa Johor dan laksa utara' apa bila tidak semena-mena mencurah-curah pelbagai komen dan gambar-gambar mengenai laksa di media sosial sehingga menimbulkan ketegangan dalam kalangan warganet. Pernah ada laporan dan komen menyindir dan ada parodi dan tidak kurang juga video cara-cara menyediakan laksa. Menarik dalam media sosial apabila di laporkan isu dan perbalahan berlaku disebabkan terdapat komen daripada seorang warganet yang mengatakan resipi dikongsi tidak mengikut standard resipi asli orang Johor. Apa diantara petikan komen individu itu ialah seperti 'Kalau tiada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung atau ikan selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur'. Memang ia sungguh berapi komen individu tersebut. Ada juga yang menegur pemilik akaun tersebut supaya tidak ladi ianya menggunakan isu kenegerian dan lebih sopan dalam cara mengeluarkan komen-komen di laman sosial. Ramai juga yang bertanya mengapa laksa Johor dipanggil laksa walaupun mi yang digunakan adalah spageti. Berdasarkan carian Merak Jalanan medidapati kisah LAksa JOhor dimana ia sudah pun bermula apabila Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar (1886-1895) dalam lawatannya ke Eropah telah disajikan dengan menu spageti. Kemudian ada sesekali perang laksa tidak berhenti di situ, apabila ada pula warganet dari negeri lain turut berkongsi gambar-gambar dan video mengenai kehebatan laksa negeri masing-masing seperti laksa Sarawak, laksam Kelantan dan banyak lagi. Perbalahan turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri masa itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memuat naik status komen isu laksa. Bagi penulis blog kesemua makanan tradisiona di Malaysia adlah warisan yang ada nilai0nilainya tersendiri dan patut di banggakan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.


Kemudian di laporkan ada sembang mengenai 'Menu rare, makan guna tangan dan 10 fakta menarik laksa Johor' yang menjadi bahan rujukkan dan bacaan. Walau pun memang baru-baru ini agak panas di media sosial perbalahan warganet tentang ‘standard’ laksa beberapa negeri hingga mencetuskan perdebatan antara laksa Johor dan laksa negeri-negeri lain. Apa pun di laporkan semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa. Kemudian ada seorang individu membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain. Katanya beberap komen lain dimana penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur. Rentetan dari kenyataan itu, warganet mula membidas hujah mengatakan laksa Utara ‘lebih pure’ kerana menggunakan bahan laksa sebenar berbanding laksa Johor yang berasaskan spageti. Dilaporkan dimana perbahasan terus menjadi hangat susulan campur tangan netizen negeri lain yang menyokong geng laksa Utara. DIlaporkan juga isu pendebatan laksa tersebut menarik perhatian ramai termasuklah seorang anggota kesihatan dan perubatan yang juga anak jati Johor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Menurut beliau, laksa Johor sememangnya satu hidangan yang aneh domana bagi orang luar Johor pasti pelik melihat laksa dari Selatan itu. Antara 10 fakta berkaitan laksa Johor yang patut korang tahu dimana ia di khabarkan dicipta oleh tukang masak istana Johor mengikut cita rasa Sultan. Laksa ini selalu digunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, udang dan tulang kurau masin. Walau pun ia kelihatan seperti laksa Kelantan tetapi lebih merah kerana mengandungi rempah kari. Laksa JOhor juga tidak gunakan laksa berasaskan beras sebaliknya gunakan spageti (Itali). Bahan spageti yang telah direbus akan bahagi menjadi sukatan kecil dipanggil 'cap'. Bahan timun dipotong dengan teknik katsuramuki (Jepun) menjadi gulungan panjang. Ia juga selalu dihidangkan di atas pinggan bukannya di dalam mangkuk. Sesuai untuk dinikmati menggunakan tangan kosong tanpa gunakan sudu dan garfu. Sesuai juga untuk ia dipadankan dengan sambal belacan sebagai penaik rasa penambah selera. Walau pun sukar didapati di kedai makan sebab membuatnya agak ambil masa lama dan bahan yang banyak akan tetapi ia biasanya dimasak waktu perayaan dan keraian. Berkongsi resipi laksa Johor versinya. Katanya, laksa Johor adalah menu paling susah nak dapat di kedai makan. Apa pun menu 'rare' ini jika ada pun, biasanya ia memang kurang mengancam dan paling sedap adalah buat sendiri. 
Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk dibaca semua pembaca blog anim agro technology dan di jadikan bahan rujukkan pembaca semua. Wasallam!!!...
LAKSA JOHOR... AMAT ISTIMEWA....
BANYAK KOMOPNEN... BUAT LAMA...
MEMANG ENAK...DIMAKAN SEMUA...
IA BERKHASIAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...