Ayam Telur merupakan jenis ayam yang diternak untuk menghasilkan telur ayam dan mempunyai sistem menternak yang berbeza dengan ayam daging. Kalau menternak ayam daging memang jelas untuk menghasilkan daging ayam segar dalam tempoh singkat iaitu diantara 35 - 40 hari sahaja. Ayam daging dahulu dipanggil juga sebagai 'Ayam Karen' kerana cepatnya ia membesar untuk dijual kepasaran tidak seperti ayam kampong yang sangat lama diternak. Kalau ayam daging diternak dalam reban diatas lantai tanah secara berkelompok, ayam telur dimasukkan dalam satu unit reban seekor dengan rekabentuk sangkar khas. Sangkar ini akan menyediakan makanan, minuman dan juga lantai yang membolehkan telur ayam yang dihasilkan bergolek ke tepi sangkar sebelum dipungut pekerja setiap hari (Sila lihat foto sebelah). Formulasi makanan ayam telur dengan ayam daging adalah berbeza dimana ianya akan menentukan sama ada pembinaan untuk daging atau untuk telur ayam. Makanan Ayam di Malaysia dihasilkan oleh beberapa kilang seperti Cargill, Sin Mah, CP dan Gold Coin serta beberapa lagi. Bahan asas makanan ayam adalah diimport dari luar negara iaitu komponen jagung bijirin, kacang soya dan bahan lain. Pengimportan bahan makanan ini menyumbangkan kepada kesan keluar duit keluar negara dengan nilai lebih daripada RM3.2 billion setahun. Lazimnya najis atau tahi ayam telur menjadi buruan petani penanam sayur dan buah-buahan kerana kandungan zat permakanan untuk dijadikan baja yang baik bagi tanaman berbanding dengan baja dari tahi ayam daging yang selalunya dicampur dengan habuk kayu atau bahan lain semasa reban ayam dibersihkan. Tahukah anda untuk itu mahu tak mahu seekor ayam penelur terpaksa bertelur selama sekurang-kurangnya 300 hari dalam setahun dimana hanya berehat dari bertelur dalam masa lebih kurang 65 hari sahaja setahun. Memang kesian ayam telur ini bertelur selalu dan rasanya ia bertelur pun tidak rasa sakit seperti haiwan lain mengeluarkan bakanya. Macam kita kencing atau berak sahaja agaknya untuk ayam ini mengeluarkan telurnya. Kajian dibeberapa ladang ayam telur penulis blog mendapati, pekerja yang mengumpul telur ini pun tidak boleh berehat atau cuti panjang kalau tidak dijadualkan. Agaknya masa bila palng aktif ayam telur ini mengeluarkan telurnya?. Ayam Telur selalunya hanya bertelur secara aktif mulai daripada minggu ke 22 hingga minggu ke 74. Selepas itu pengeluaran mulai menurun kerana ia sudah penat dan umurnya sudah tua atau kita mudah katakan sebagai ayam sudah masuk umur 'pencen' daripada bertelur. Kalau dikira masuk skim pencen selama 518 hari atau 1.5 tahun selepas diternak oleh ayam telur. Cuba anda kira seekor ayam telur menghasilkan berapa biji telur seumur hidupnya atau hampir 1,000 biji. Ini merupakan fakta benar yang saya ambil daripada info JPV dan rakan-rakan yang lain yang menternak ayam telur.
Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana 'Aidilfitri: Ayam tua jadi pilihan untuk lauk' sesuai di sembangkan. Kisah dari Kuala Terengganu tidak pelik apabila ayam tua atau 'ayam pencen' menjadi pilihan utama orang ramai untuk dijadikan lauk sempena cuti Aidilfitri. Beberapa pasar awam di sini, mendapati orang ramai terutama suri rumah sanggup beratur untuk membeli ayam itu diama salah seorang peniaga ayam, Rosshidawani Ruslee, 37, dari Kampung Kubang Parit nyatakan 1,600 ayam tua dianggarkan seberat kira-kira 1.6 metrik tan habis dijual dalam tempoh dua jam. Ada antara pelanggan membuat tempahan untuk mendapatkan ayam tua dari sejak minggu sebelumnya. Dia menjual ayam tua pada harga RM12 seekor dimana dianggarkan seekor ayam itu seberat dua kilogram (kg). Bagi peniaga di pasar Cabang Tiga, Muhammad Firdaus, 45, berkata, ayam tua atau 'ayam pencen' mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung saban tahun. Selalunya jumlah permintaan tinggi ayam tua bukan ianya disebabkan peningkatan harga ayam segar, sebaliknya isi yang pejal dan keras menyebabkan menjadi pilihan kepada ramai pengunjung. Bekalan ayam tua diperolehi daripada pengeluar dan penternak ayam telur terutama dari Perak dan Johor dan mampu menjual kira-kira 2,500 ayam tua atau kira-kira 2.5 metrik tan hanya dalam tempoh empat jam. Pengguna bernama Rakiah Abdullah dakwa walaupun isi ayam tua liat dan keras, tetapi ia tetap menjadi pilihan ahli keluarga dan tetamu yang mengunjungi kediamannya, setiap kali sambutan Aidilfitri. Daging ayam ayam tua yang manis sesuai untuk dimasak untuk hidangan rendang, sup, gulai dan kari. Bagi melembutkan isi daging ayam tua, lada hitam dan halia digunakan untuk rebusan dimana isinya yang tidak mudah hancur ketika dimasak menyebabkan ayam tua menjadi pilihan sebagai lauk tambahan untuk pelbagai hidangan.
Perkara sama di laporkan dari Pasa r Besar Muar apabia media laporkan 'Ayam pencen ganti ayam segar' menjadi satu perkara lumrah. Dilaporkan dimana ayam pencen mula menjadi pilihan masyarakat selepas berlakunya krisis kekurangan bekalan ayam segar di beberapa pasar utama di Malaysia. Ayam pencen yang dijual pada harga RM8 seekor menjadi pilihan utama masyarakat berbanding ayam sejuk beku apabila kes selepas ayam segar kehabisan. Beberapa penjual di Pasar Muar dakwa dimana ayam pencen menjadi pilihan masyarakat selepas bekalan ayam segar habis dijual. Dakwa seorang peniaga ayam Ahmad Jelani dan isterinya Jamilah mengakui bekalan ayam segar berkurangan dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggannya. Memberitahu dimana walaupun harga ayam segar diturunkan kepada RM8.90 sen satu kilogram (kg) akan tetapi bekalan ayam segar sukar diperolehi dimana mereka hanya memperoleh bekalan ayam segar daripada pemborong, sebanyak antara 50 dan 80 kg sehari sedangkan pesanan dibuat sebanyak 150 kg. Apa pub selalunya bekalan diperolehi tidak mampu untuk mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap iaitu pengusaha asrama sekolah dan beberapa restoran. Penjualan ayam segar juga terpaksa dihadkan hanya dua ekor seorang pelanggan dimana mereka juga terpaksa mengurangkan tempahan yang dipesan pengusaha kantin asrama sekolah dan restoran. Isu jika bekalan ayam segar yang dijual kehabisan, ayam pencen menjadi pilihan pelanggan dimana pernah berlaku krisis kekurangan ayam segar lebih satu minggu lalu dan ayam pencen mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Mereka juga terpaksa membuat sendiri tempahan antara 100 serta 120 ekor ayam pencen sehari. Apa pun perkara ini sama dilaporkan oleh portal metrotv dimna 'Hanya tinggal ayam pencen' yang melaporkan isu sama. Di Seremban dimana ada hanya tinggal ayam pencen dengan ayam kampung. Itu situasi bekalan ayam di daerah ini yang mana ayam daging segar habis terjual menjelang 9 pagi. Apa pun hasil tinjauan di Pasar Ampangan mendapati terdapat empat gerai yang menjual ayam, namun hanya satu sahaja gerai yang masih mempunyai bekalan ayam menyebabkan orang ramai tertumpu di hadapan premis itu. Seawal 7 pagi, orang ramai sudah berbaris panjang tidak seperti kebiasaan untuk membeli ayam di gerai berkenaan memandangkan tiga gerai lain hanya menjual ayam tua dan ayam kampung sahaja kerana kekurangan stok. Bagi peniaga ayam, Muhammad Husni Abd Kudus nyatakan isu kekurangan bekalan daripada pembekal semakin meruncing sejak sambutan Aidilfitri ekoran permintaan ayam yang tinggi. Dia selalu memang mendapat bekalan ayam sebanyak 300 ekor sehari sahaja daripada pembekal walaupun menempah jumlah yang lebih tinggi. Biasanya 300 ekor ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sudah membuat tempahan awal. Dakwanya ada hari tertentu ada lebihan ayam kira-kira 90 ekor untuk dijual kepada pelanggan yang datang ke gerai dan biasanya akan habis kira-kira 8 pagi. Bagi seorang lagi peniaga ayam, Zulkipli Akhir pula dakwa pihak pembekal menaikkan harga sebanyak enam kali, namun dia masih menetapkan harga sama. Tambahnya sejak menjual ayam dari 1983, ini kali pertama berlaku kekurangan bekalan yang sangat teruk. Jika minta 100, akan dapat 80 ekor sahaja dan difahamkan pihak pembekal meminta kami supaya menutup premis selama dua hari bermula esok. Dia tetap juga meminta daripada pembekal dan berharap akan dapat bekalan ayam untuk esok kerana permintaan daripada pelanggan tinggi ketika ini. Pelanggan bernama Normah dakwa kebiasaannya dia hanya membeli ayam kampung untuk memasak rendang, namun tiada pilihan kerana terpaksa beratur untuk membeli ayam daging. Dia kini agak pelik apabila tengok orang ramai beratur untuk membeli ayam di pasar. Tinjauan di beberapa pasar raya di daerah ini juga mendapati ayam daging habis dijual dan wartawan mendapat hanya terdapat ayam tua, ayam kampung dan ayam siap dipotong yang dijual pada harga mencecah RM18.90 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARGA MURAH...KERAS DAGINGNYA...
DI BUAT RENDANG..UNGKEP JUGA...
DIPASAR DI JUAL... MURAH HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.