Support My Blog

Friday, July 7, 2023

POTENSI SAYUR GORENG SALUT TEPONG

SAYUR GORENG CELUP TEPONG
 merupakan salah satu makanan snek unik pada penulis blog yang telah dan pernah dijadikan makanan agak popular dikawasan desa masa dulu di Malaysia. Bagaimana pun semasa remaja di kampong dulu enulis blog yang tinggal di Muar, Johor dahulu memang jumpa hidangan sayur daun goreng tepong dimana ia hanya sering dapat semasa jamuan keramaian kenduri kendarat dan semasa Hari Raya Puasa sahaja. Penulis blog dapati makanan snek yang segar panas-panas ini sekarang ada dijual dipasar malam dan pasar tani tertentu dan masih mendapat sambutan baik dari pelanggan. Beberapa kedai runcit tertentu pula seperti outlet produk-produk Industri Asas Tani (IAT) ada menjual produk ini didalam bungkusan plastik jernih yang jelas dapat dilihat. Antara lokasi yang tidak pernah mengecewakan ada menjual produk ini seperti di Pekan Air Hitam, Batu Pahat, Johor (dekat dengan Tol Air Hitam) dimana ia sering ada dijual sepanjang masa. Membuat produk kerepik daun ini memang mudah dilakukan dengan menggunakan bahan mentah dan bahan masakan yang sangat simpel. Semua orang boleh membuatnya senddiri dirumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung kerumah. Apa pun makanan snek ini enak dimakan selepas digoreng dan apabila sudah agak lama disimpan maka sudah kurang rangup lagi dan keenakan sebenar berkurangan. Kini banyak jenis sayuran yang boleh digoreng dengan salut tepung seperti daun bayam, daun mulberi, brokoli, daun kangkung, kacang buncis, kacang panjang, terung, cendawan (pelbagai jenis cendawan (tiram kelabu, busut, kukur, volvariella dsb), lobak merah dan beberapa lagi. 
Pelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis maka boleh mencuba beri kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepung. Pelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis, cuba diberi kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepung.  Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan dengan menulos semula mengenai potensi makanan sayur goreng salut tepung seperti laporan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Kalau biasanya kita belajar dimana daun Mulberri (Morus spp) dijadikan makan untuk ulat sutera tetapi dilaporkan dimana sebenarnya daun ini sangat berpotensi untuk dijadikan makana snek daun salut tepong. Satu FB dengan artikel bertajuk 'Ranggupnya Daun Mulberry Celup Tepung' menarik untuk dijadikan rujukkan. Dilaporkan daun mulberi ini memang antara pilihan jenis daun yang enak dijadikan snek dengan digoreng dan disaluti tepong. Dalam beberala amalan dimana ada juga mengambil buah mulberi untuk ini dibuat jus atau dimakan terus setelah dipetik pokok. Memandangkan dahan pokok mulberry ini memang perlu di cantas selalu untuk ianya menggalakkannya berbuah dan mengeluarkan banyak daun maka ada banyak testimoni dimana daun ini sesuai dijadikan snek maknan salut tepong.  Bahan-bahan untuk membuatnya dengan mengunakan daun mulberri yang dipetik mengikut kuantum hendak membuatnya. Bahan bancunhan terdiri daripada tepung beras, tepung tempura atau tepung rangup, air sejuk dan pastinya minyak masak secukupnya. Mula-mula cici bersih semua helaian daun mulberi dan ditoskan dahulu. Bagi menyediakan adunan sebatikan semua bahan hingga mendapat adunan yang diperlukan iaitu ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian dipanaskan minyak di dalam kuali dan celupkan helaian daun mulberri ke dalam adunan tepung. Proses menggoreng dalam minyak yang panas sehelai demi sehelai supaya dan sebagai tips agar tidak melekat antara satu dengan lain maka dikacau selalu. Perlu diterbalikkan daun dalam kuali dan goreng sehingga masak. Elakkan dari terlalu lama sehingga hangus pula dan kemudian diangkat serta ditoskan minyak. Sedia dihidangan untuk dimakan terus atau dimakan bersama nasi putih. Rasanya memang rangup (crispy) sama seperti makan sayur tempura bayam dan sebagainya. Rasa keenakan dari tepung dan rasa daun mulberri enak kerana ia rangup.  

Bagaimana pun antara daun yang paling popular dan sangat berpotensi untuk snek ini adalah Daun Bayam (Amaranthus spp). Bernama melaporkan dimana artikel bertajuk 'Rangup Macam Keropok!' sesuai untuk ia dikongsikan.  Ini Cara Buat Makanan Bayam Celup Tepung Yang Crispy yang mudah dan juga sihat di makan. Lazimnya kanak-kanak memang agak susah betul untuk disuruh memakan sayur. Biasanya dimana-mana habis semua sayur dalam sup akan ia diketepikan, disorok atau mereka buang macam itu sahaja.  Bukan kanak-kanak saja malahan ada juga kalangan orang dewasa yang memang liat betul hendak disuruh makan sayur. Ada yang akan pening untuk memiikirkan menu yang boleh memujuk mereka untuk makan sayur. Kini ada potensi untuk menjadikan daun bayam goreng tepung dan boleh ianya dijadikan kudapan favourite semua. Snek yang rangup ini apabila dimakan macam makan kerepek. Walaupun dulu mungkin mereka tidak suka makan sayur daun akan tetapi dengan inovasi ini mungkin mereka akan dapat untuk menyukainya. Memang mudah menyediakan resepi daun bayam salut tepong ini dengan bahan diperlukan adalah  daun bayam segar, tepung beras 1 cawan, tepung ubi 4 sudu makan, bawang putih 3 biji, bawang merah 1 biji, ketumbar 1 sudu teh, garam, kiub pati ayam, bahan perasa (Secukup rasa) dan sebiji telur ayam. Daun bayam dibasuh bersih dan ditoskan airnya sehingga agak kering. Seterusnya perlu di tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan ketumbar. Ketepikan dalam satu bekas dan jika suka pedas boleh tambahkan cili padi pada bahan yang ditumbuk tadi. bagi membuat bancuhan tepung beras dan tepung ubi dengan sedikit air beserta bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Pada masa sama dipanaskan minyak dalam kuali. Celupkan daun bayam ke dalam tepung dan gorengkan sehelai demi sehelai daun bayam guna api sederhana kecil dan elakkan hangus. Apabila sudah kuning kemudian diangkat dan toskan lebihan minyak dan ia sudah siap untuk dihidangkan. Manakan snek ini sebenarnya boleh simpan dalam balang kedap udara  supaya tahan lama dan kekal rangup. Bolehlah makan sambil tengok TV atau buat cicah dengan sos sambil minum petang. Tapi biasanya sehari dua saja dah habis makan. Selain mudah membuatnya jika dirasa maka ia pun sangat lazat dan mesti membuat anda tidak berhenti mengunyahnya. Rugi jika anda tidak mencuba makanan enak ini dan siapa tahu untung-untung anak-anak semakin suka makan bayam.

Makanan yang pelik pula bukan sayur yang dijadikan gorengan salut tepung akan tetapi menggunakan daun ketum. Ada beberapa media tempatan melaporkan artikel iaitu ia berkaitan resepi baru daun ketum goreng tepung. Berita yang dipetik dari Alor Setar, Kedaj menyatakan dimana bagi meraih keuntungan terkini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam. Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang. Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek dakwa Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa kepada Bernama. Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini. AADK khuatir produk baharu ini akan menjadi ‘test market’ sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin hendak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak. Pada masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tujuan ia membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum. Sekarang kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan dimana ia adalah diantara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum dimana pengusaha ini perlu untuk memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan.  Mohammed Nazer berkata dimana terkini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang a di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1). Malaysia sudah pun meletakkan kesalahan penyalahgunaan daun ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mana ia memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda. Walau potensi makanan snek dari sayuran salut tepung ini berpotesni dan sesuai dijadikan makanan ringan tetapi jangan gunakan daun ketum pula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!..

MAKAN SNEK... DAUN DIGORENGNYA...
DISALUT TEPONG... IA RANGUP RASANYA...
DAUN BAYAM ULA.... POPULAR SNEKNYA...
ELAKAN DAUN KETUM... SANGAT BAHAYA..



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Syaaban 1442H).
Kemaskini pada 6 Julai 2023.
Posted from:
Room 2309, Trove Hotel, JB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...