Support My Blog

Friday, July 14, 2023

DIMENSI BARU SISA SAWIT - POTENSINYA

SISA TANDAN KELAPA SAWIT merupakan satu hasil daripada kilang yang banyak dikumpulkan dikilang sawit di Malaysia dimana kini sudah ada dimensi baru terhadapnya. Satu daripada masalah yang dihadapi industri sawit ialah cara terbaik untuk melupuskan sisa sawit iaitu khususnya Tandan Sawit Masak (Ripe Fruit Bunch - RFB). Ada pengusaha kilang sawit yang membiarkan Tandan Sawit Kosong (Empty Fruit Bunch - EFB) dibiarkan sahaja sehingga kemudian ia mereput di tempat buangan sekitar kilang sawit atau di bubuh diladang. Tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia kini merupakan sejenis tanaman industri paling luas dimana ia menjadi komoditi eksport penting negara. Kalangan pengilang lain mereka akan menggunakan dimana sebahagian tandan ini akan dibakar dan abunya akan dijual sebagai baja kepada pembeli.Bagaimanapun hasil kajian dimana kegiatan aktiviti pembakaran tandan kosong telah dilaporkan  menimbulkan masalah pencemaran udara dan mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran kilang sawit. Penulis blog yang pernah tinggal dirumah kuaters estet yang berhampiran dengan kilang sawit semasa Laithan Amali belajar di universiti dahulu merasai akan gangguan dari pencemaran udara dan asap setiap hari. Selain itu dilaporkan dimana banyak kilang sawit juga menghasilkan fiber (sabut) mesokarpa, tempurung, efluen dan seumpamanya dari kilang sawit. Fiber mesokarpa dan tempurung selalu dilihat akan dibakar di dalam dandang untuk menghasilkan stim bagi menjana tenaga elektrik danmemproses buah sawit. Apa pun lazimnya, sebahagian besar produk sampingan itu memang akan dibuang begitu saja dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Amalan agronomi sejak dulu dimana semua pelepah dan batang sawit pula dibiarkan reput dan dihuraikan secara semulajadi di ladang. Kegiatan itu dapat membantu didalam menyuburkan tanah dan dilaporkan akan seterusnya dapat memelihara struktur serta mengelak hakisan tanah. Sejajar dengan pesatnya pembangunan industri dan bertambahnya keluasan tanaman sawit negara maka wajar ada satu cara atau pendekatan baru diambil untuk mengeksploitasi bahan buangan ini sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi yang dapat mendatangkan pendapatan tambahan kepada industri sawit. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai dimensi baru industri dan potensi sisa sawit untuk diproses sebagai bahan berguna dan dijadikan rujukan pembaca blog semua.

Berdasarkan kajian oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dimana sekurang-kurangnya 35 juta tan biojisim sawit kering setahun dihasilkan oleh aktiviti dan kegiatan huluan dan hiliran dalam industri sawit. Jumlah ini dikira dan termasuk dari ladang, kilang sawit, kilang isirong sawit dan kilang oleokimia. Apa pun sebahagian besar biojisim ini adalah di dalam bentuk lignoselulosa. Kuantiti biojisim sawit yang dihasilkan adalah tujuh kali ganda jumlah kayu yang digunakan dalam negara kita. Jika biojisim sawit boleh digunakan untuk menggantikan kayu-kayan dalam negara yang diperoleh secara pembalakan dalam hutan sebenarnya Malaysia mungkin dapat memelihara hutan dan alam sekitar di samping mempunyai sumber kayu yang berterusan. Sehubungan itu merujuk kepada info pihak MPOB bersama Pejabat Fraunhofer Malaysia dan Dewan Perniagaan Hannover-Hildersheim serta Lower Saxonia dari German dimana baru-baru ini mereka menganjurkan seminar khas yang berteraskan biojisim sawit menarik dikongsikan. Seminar yang bertajuk ‘Biojisisim Sawit: Peluang Untuk Komersialisasi’ yang pernah diadakan telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan. Selain memperkenal dan melaporkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berteraskan biojisim sawit serta potensi didalam aktiviti pengkomersialan, dimana ia juga memberi pendedahan kepada industri sawit mengenai wujud kemudahan teknologi German dan sumber kewangan yang disediakan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan mewujudkan industri biojisim sawit secara komersial dan berkesan. Menuurut kenyataan oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan Biojisim MPOB iaitu Dr Mohamad Hussin dimana  ketika beliau membentangkan kertas kerja mengenai biojisim sawit di Malaysia berkata, dalam setahun saja nilai eksport produk yang dikeluarkan industri perkayuan negara, termasuk perabot, papan lapis dan kayu bergergaji, berjumlah RM14.94 bilion. Dilaporkan dimana kerajaan turut memainkan peranan penting dalam usaha untuk bagi mengkomersialkan segala projek R&D melalui agensi yang berkaitan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar dan juga  Kementerian Perdagangan Antarabangsa. Selain itu juga dimaklumkan dimana kerajaan juga menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan IKS untuk menceburi industri biojisim sawit seperti Skim Geran Industri (IGS), Dana Perolehan Teknologi (TAF) dan Geran MTDC, manakala sektor swasta seperti Bank Bumiputra-Commerce dan Bank Pembangunan Malaysia pulamempunyai skim yang tertentu untuk membantu sektor IKS. 

Selain itu pihak pengurusan MPOB juga mengatur strategi ‘sisa sifar’ sebagai satu daripada usaha jangka panjang dimana ia membabitkan program R&D. Ia juga  diharap dapat membantu kesejahteraan industri sawit negara. Sejajar dengan Wawasan 2050 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, program yang ada dirancang merangkumi pelbagai kegiatan R&D yang bertujuan untuk mengeksploitasi segala jenis biojisim dari industri sawit menjadi produk tambah nilai seperti ‘medium density fibre board’ (MDF), pulpa dankertas, produk komposit, terbitan selulosa, bahan kimia, bahan makananbinatang dan kompos (baja organik). Produk MDF Board kini merupakan satu produk berkualiti yang mempunyai nilai ekonomi baik (Sila lihat foto disebelah). Oleh kerana setiap komponen daripada biojisim sawit mempunyai ciri fizikal dan kimia yang agak berbeza di antara satu sama lain maka satu usaha mantap sedang dan akan diteruskan oleh pihak MPOB untuk menggunakan biojisim sawit, terutama batang, pelepah dan tandan kosong secara optimum dan efektif. Program R&D juga mengambil kira aspek tekno-ekonomi supaya setiap produk atau projek yang dikomersialkan berdaya saing dan ekonomik. Mengenai Produk Pulpa dan Kertas pula dimana ada kajian menunjukkan serat dari tandan sawit kosong adalah yang terpendek dan terkecil jika hendak dibandingkan dengan serat dari batang dan pelepah sawit. Sifat morfologi tandan sawit kosong mempunyai ciri yang sama dengan serat dari kayu keras seperti pokok ‘eucalyptus’. Kandungan serat yang tinggi bagi setiap unit berat memberi kelebihan kepada tandan sawit kosong untuk menghasilkan kertas yang mana ia mempunyai kualiti tinggi. Walaupun ukuran serat batang dan pelepah adalah pertengahan di antara kayu keras dan kayu lembut, ciri fizikalnya tidaklah sebaik dengan serat tandan kosong kerana kandungan ‘parenchyma’ yang tinggi. Kandungan parenchyma adalah 50 peratus dalam batang sawit dan 30 peratus dalam pelepah sawit, berbanding lima peratus dalam EFB. 

Ada pelbagai kaedah dalam pemprosesan biojisim sawit kepada pulpa dan kertas untuk memasak biojisim bagi tujuan untuk menghasilkan serat. Kaedah pertama ialah Pulpa Kraff (kaedah konvensional) yang membabitkan penghadaman biojisim dengan natrium sulfida pada suhu 165 Celcius selama tiga jam. Kaedah kedua pula ialah Anthraquinone Kraff (juga dikenali sebagai soda AQ) yang mana proses konvensional ditambah dengan anthraquinone untuk mempercepatkan proses ini dan meningkatkan kekuatan fiber. Tempoh dan suhu proses adalah kritikal untuk menjaga mutu fiber. Dalam proses ini biasanya lignin dihuraikan dan dipisahkan seterusnya di dalam proses pelunturan untuk menghasilkan produk akhir sebagai pulpa yang mempunyai ciri-ciri sesuai bagi tujuan pembuatan kertas bermutu. Di antara tiga jenis pulpa daripada biojisim sawit, serat tandan sawit kosong mempunyai profil terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan kertas berkualiti dan menepati ciri-ciri pulpa daripada kayu keras. Fiber sawit juga berpotensi untuk digunakan di dalam industri pembuatan Produk Bahan Komposit. Dengan mencampurkan biojisim sawit dengan resin polimer, pelbagai jenis komposit boleh dihasilkan dan mempunyai sifat dan kekuatan berbeza. Antara kegunaan produk ini termasuk komponen komposit untuk tilam, panel, peralatan elektrik dan perabot. Dengan menggunakan teknologi terkini, fiber sawit juga berpotensi digunakan untuk menghasilkan komposit plastik termo yang mempunyai sifat ketahanan pada suhu agak tinggi dan amat sesuai untuk digunakan sebagai komponen dalaman kereta. Biojisim sawit juga boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk dapat menghasilkan pelbagai jenis komponen melalui kaedah kimia dan biokimia. Oleh kerana sebahagian besar daripada biojisim sawit terdiri daripada lignoselulosa maka para penyelidik di MPOB telah membuktikan bahawa komponen utama seperti lignin, hemiselulosa dan selulosa dapat diekstrak dan diproses untuk menghasilkan pelbagai jenis terbitan selulosa yang mempunyai pelbagai kegunaan industri dan komersial. Produk akhir ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berupaya memberi keuntungan kepada industri sawit dan seterusnya menjadikan industri sawit sebagai industri bercirikan sisa sifar dan mesra alam. Hasil program R&D biojisim sawit yang dilaksanakan MPOB boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh industri sawit dan industri perkayuan negara supaya segala produk dan produk sampingan yang dikeluarkan oleh industri sawit tidaklah menjadi bahan buangan atau produk bernilai rendah. Jika pokok kelapa memang terkenal dengan seribu satu macam kegunaan maka pokok sawit juga tidak kurang hebatnya. Jika buah sawit boleh menghasilkan minyak sawit dan minyak isirong sawit maka produk sampingan minyak sawit boleh menghasilkan vitamin A dan E. Selain itu dilaporkan dimana kini efluen kilang sawit boleh menghasilkan komponen antioksidan flavonoid fenolik dan minyak sawit juga boleh dijadikan bahan bakar. Dalam pada itu biojisim sawit pula sesuai untuk bahan mentah perindustrian. Semua ini menjadikan industri sawit lebih kompetitif dan berdaya saing dimasa akan datang dan enjana ekonomi negara selain melupuskan sisa industri sawit dengan lebih cekap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
INDUSTRI SAWIT... SEMAKIN HEBATNYA ...
SISA SAWIT... ADA BANYAK JUMLAHNYA...
BOLEH DIPROSES... JADI BERHARGA...
BANYAK PRODUK... SEMUA BERGUNA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Muharam 1443H).
Kemaskini pada 6 Julai 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...