MENANAM POKOK AJAIB (Synsepalum dulcificum) kini boleh dijadikan satu bidangusaha yang berpotensi di Malaysia. Ini kerana pokok buah ajaib ini merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Sapotaceae (sama dengan pokok Ciku) yang mana ia dipercayai berasal daripada Afrika Barat. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Miracle Fruit, Buah Ajaib, Miracle berry, Magic Berry dan juga Miraculuos Berry. Penulis blog yang pernah beberapa kali dapat makan buah ajaib ini seperti semasa berkunjung di Taman Herba Perak, Ladang Lim Nursery di Raub dan beberapa lokasi lain masih ingat bagaimana pokok buah ajaib ini memberikan kesan rasa manis selepas penulis blog memakannya walau pun buah tersebut adalah buah seperti buah kedondong muda (yang masam). Penulis blog ingin nyatakan diman a ciri buah ajaib hampir menyamai dengan ciri buah lemba dari segi kesan manisnya. Perkara ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil Miraculin yang terdapat pada buah ajaib ini. Bagaimana pun kesan manis pada buah lemba singkat sahaja berbanding dengan kesan manis pada mulut kita selepas makan buah ajaib. Ada dilaporkan dimana di Tokyo Jepun buah ini dijual dengan harga RM40 sebiji (mahal) dan ia dimakan untuk dijadikan makanan lain yang masam atau tawar menjadi rasa manis. Memang makanan yang tidak enak akan menjadi enak kalau semua akan menjadi manis didalam mulut selepas makan buah ajaib. Memang ada potensi kepada usahawan yang berani menanam buah ajaib ini walau pun dari segi Pakej amalan Teknologi Tanaman ini masih belum ada yang lengkap. Pada penulis blog memang agak mudah menjaga tanaman daripada keluarga Sapotaceae ini (sama dengan pokok ciku). Artikel malam ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' saya menlis bagaimana hendak menanam pokok ajaib ini sebagai satu panduan teknologi yan jarang dapat dibaca di Malaysia untuk rujukkan anda.
Persoalan asas yang anda akan terfikir adalah dari mana kita boleh dapat sumber benih tanaham pokok buah ajaib ini. Kalau hendak beli dimana boleh mendapatkannya dan kalau ada berapa pula harganya. Memang terlebih dahulu kita perlu untuk mendapatkan anak benih buah ajaib untuk kita tanam. kalau ada kawan atau nurseri yang berhampiran anda boleh bertanya sama ada anakbenih pokok ini ada dijual atau tidak. Ini kerana jika rakan kita ada sepokok dua maka pembiakan boleh dilakukan dengan kaedah vegetatif (Keratan Batang) atau dari Biji benih (Generatif). Kalau susah sangat hendak dapat cuba anda google on-line jika ada yang menyediakan benih pokok ajaib ini. Beberapa perkara perlu diperhatikan dalam memilih benih ini dinurseri adalah ciri bnih tersebut yang tulen, sihat dari sebarang penyakit, masih mempunyai daun hijau, banyak cabang, rendang dan juga mempunyai batang yang sihat dan kuat. Tentang harga belum ada sebarang rujukkan yang dapat diperkatakan kerana tanaman ini tidak popular dab permintaanya juga tidak banyak atau tidak ramai yang tahu akan keajaiban pokok ini. Mungkin ada yang jual dengan harga sehingga RM30 sepokok atau lebih.
Pemilihan lokasi penanaman pokok ajaib perlu dipastikan kesesuaiannya. Kawasan dipilih sebaiknya dari kawasan tanah subur (atau dalam pasu) dan mendapat cahaya matahari secukupnya. Ini kerana walaupun tanaman ini berasal dari negara beiiklim panas di Afrika Barat, namun didapati amat sensi ditanam di negara kita. Tanaman ini boleh tumbuh pada iklim tropika dan kawasan dengan ketinggian sehingga 100 - 1,000 meter dari paras laut. Apa yang tumbuhan ini perlukan adalah lokasi yang bersih dari rumpai disekitarnya, tanah cukup subur dan gembur serta banyak mengandungi bahan organik. Ia sebaiknya kawasan terbuka dan tiada naungan oleh tanaman lain dimana dapat sinaran marahari sedang hingga penuh. Kawasan sesuai perlu disediakan lubang penanaman berukuran 50x50x50cm. Kemudian dimasukkan tanah campuran atau seumpamanya kedalam lubang secukupnya. Pastikan ada baja organik yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik. Dedahkan lubang penanam sekitar 2-3 hari kepada cahaya matahari untuk kurangkan patogen perosak yang ada diatasnya. Kemudian ia sedia untuk ditanam dan dimasukkan benih.
Menanam benih pokok ajaib sama dengan tanaman lain dimana anak benih dibuang plastik dengan meotongnya dan perlu berhati-hati agar tanah tidak pecah atau akarnya terputus. Letakkan anak benih ditengah lubang dan tanah dipadatkan sebaik mungkin. Kemudian dilakukan proses penyiraman pertama pada keseluruh tanaman sehingga basahdan elakkan ada air tergenang yang boleh mengancam pertumbuhannya. Kemudian di cacakkan kayu skong agar anakbenih tidak tumbang dan pokok diikat kemas dengan kayu sokong tersebut. Pembajaan perlu dilakukan dari peringkat awal penanaman sehingga ia berbuah. Jadual pembajaan diikuti mengikut syor dimana penggunaan baja organik dan baja NPK membantu didalam pertumbuhan anakpokok. Kombinasi baja NPK dengan baja organik dengan formula 20 butir baja NPK bersama 1 kg baja organik adalah disyorkan dengan kekerapan sebulan sekali. Lazimnya pokok ajaib yang dijaga baik akan berbuah dalam masa 2 - 3 tahu selepas ditanam. Bagi menggalakkan pokok ini berbuah sebaiknya dibubuh hormon perangsang dan juga baja foliar yang sesuai. Penjagaan rumpai dilakukan sentiasa begitu juga dengan pengairan yang diberikan. Semburan bahan kimia untuk kawal kulat dilakukan dengan berjadual menggunakan racun kulat sesuai. Pokok akan berbuah mengikut amalan agronomi dan kutip buah yang telah masak ranum untuk dimakan atau djual. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technolgykali ini. Wasallam!!...

TANAM POKOK AJAIB.. CARI BENIHNYA...
LUBANG DITANAM.. MASUKKAN MEDIA...
DIBAJA DISIRAM.. ITU AMALAN BIASA...
LEPAS 2-3 TAHUN... BERBUAHLAH DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.