Support My Blog

Monday, May 27, 2019

INDUSTRI DURIAN - APA STATUSNYA DI MALAYSIA?

INDUSTRI DURIAN (Durio zibethinus Murr.) merupakan satu industri yang kini semakin popular dikalangan petani dalam Malaysia semenjak harga pasaran durian premium melonjak akibat pasaran keluar negara khususnya ke negara China. Pokokk durian adalah sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu sejenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Nama durian sendiri penulis blog percaya berasal dari bahasa Melayu iaitu ''Duri'' atau 'buah berduri' menjadi durian. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan adalah pengeksport terbesar buah durian segar di dunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi bagaimana durian Thailand ini dieksport bermula daripada petik buah dipokok sehingga digred, dirawat dan dihantar melalui kapalterbang keluar negara (Sila baca artikel tersebut - Sila klik disini). Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik di atas pokok tidak sama dengan di Malaysia di mana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Penulis blog yang pernah mengikuti Malaysia Durian Festival 2017 di Nanning, China mendapati memang potensi eksport durian segar Malaysia amat cerah dimasa hadapan (Sila lihat foto diatas). Menteri Pertanian pada waktu itu amat strategis didalam menyusun proses pengeksportan durian ke China. Pada tahun 2019 ini sebanyak 12 buah syarikat akan mendapat kelulusan sebagai pengeksport durian segar ke China. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini membincangkan isu status industri durian negara kita untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Dahulu memang pernah berlaku lambakkan buah durian apabila pengeuaran banyak menyebabkan harga jatuh dan ianya merugikan penanam durian. Bagaimana pun kini harga pasaran durian kini semakin meningkat sehingga menyebabkan ada golongan yang tidak mampu untuk membeli dan menikmati keenakan dan keunikan buah durian itu sendiri terutama jenis durian premum seperti Musang King, Tekka, Duri Hitam, Udang Merah dan beberapa lagi. Malangnya mereka hanya mampu menghidu keenakkan bau buah durian yang amat kuat itu dan hanya melihat jualan-jualan di sepanjang jalan atau digerai tanpa membelinya. Kalau mampu pun jenis durian kampong yang bila dibuka maka isinya 'hanya pakai singlet' sahaja. Penulis blog yang sering membuat tinjauan beberapa tahun mendapati dimana sekiar 2016 - 2018 harga durian memang agak tinggi dimana harga mengikut berat kini sehingga sebiji durian mampu mencecah RM 80 - RM 150. Memang agak mustahil jika hanya mahu membeli sebiji saja sedangkan masih punya isteri dan anak untuk dikongsi bersama jadi sekali belanja mampu mencecah ratusan ringgit. Jadi ada segelintir masyarakat berpendapat bahawa berbaloikah jika mereka menghabiskan wang mereka sehingga ratusan ringgit untuk menikmati durian premium sedangkan kos sara hiup sekarang agak tinggi. Ada juga golongan yang sudah mentah-mentah menolak untuk membeli durian dengan harga pasaran sekarang. Netizen juga tidak terlepas dalam melontarkan pendapat dan kata-kata kesat pada peniaga durian tersebut oleh hal kenaikan harga yang agak melampau dakwa mereka. Adakah isu harga durian ini disebabkan oleh pasaran ke China yang mampu menawarkan harga lebih baik atau punca lain sepeti kekurangan bekalan durian dipasaran atau pun ia kesan manipulasi orang tengah?. Memang banyak alasan boleh diberikan akan tetapi yang pasti promosi makan buah duian di China memang ada kesannya. Baru-baru ini isu durian premium ini semakin hangat diperkatakan di mana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani masa itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penanaman durian ini bakal muncul sebagai industri yang mampu dalam menjana ekonomi negara pada masa hadapan (Sila lihat foto disebalah). Industri ini boleh menjadi satu industri baharu dan cabang ekonomi yang berpotensi besar kepada sumber pendapatan negara. Dipercayai ini mampu menguntungkan mereka yang mengusahakannya di sepanjang ‘value chain’ selain pengusaha yang merangkumi pengusaha baja untuk memperoleh hasil durian yang baik, pengangkutan untuk memasarkan durian ke pasaran luar serta kilang untuk memproses pelbagai produk hiliran daripada durian. Promosi makan durian Musang King yang diadakan di Nanning, China juga membuka ruang pasaran durian Malaysia ke China di masa akan datang. Protokol pengeksportan buah durian segar Malaysia ke China sedang diusahakan di antara “General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine” (AQSIQ) China dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan terkini AQSIQ telah digantikan dengan agensi baru iaitu General Administration of Customs China (GACC).

Varieti Durian Musang King (D197) kini sudah mempunyai potensi eksport yang sangat luas ke luar negara terutamanya selepas pihak Jabatan Pertanian telah mendapat laluan pasaran pada tahun 2011 untuk pengeksportan durian dalam bentuk ulas sejuk beku (frozen pulp) ke China. Pada masa ini selain ke negara China dilaporkan durian sejuk beku juga berjaya menembusi pasaran seperti Australia, New Zealand dan Taiwan. Pada pendapat penulis blog yang juga suka akan keenakkan durian varieti Musang King dimana ia mempunyai kualiti premium yang memenuhi keperluan pasaran antarabangsa (Sila lihat foto disebleah). Dalam pada itu tinjauan penulis blog dapati dimana bagi pengeksportan durian segar diberitakan di mana Malaysia juga mendapat laluan pasaran ke Jepun dan Korea. Jumlah eksport ke China dijangka meningkat kerana penggunaan durian bukan setakat dimakan segar tetapi telah berjaya dipelbagaikan bagi tujuan untuk memenuhi kehendak pasaran mereka. Selain durian sejuk beku kini pasaran untuk pes durian juga telah boleh dihantar ke negara tersebut. Bagaimanapun bagi durian sejuk beku pada kebiasaannya ia dimakan segar dan dijadikan pes durian untuk pelbagai produk seperti piza, kuih bulan, aiskrim, tart kastard dan pencuci mulut. Salah sebuah syarikat yang jadi pengimport, pemborong dan peruncit di Shanghai iaitu Royal Durian melaporkan dimana mereka mengimport durian sejuk beku dari Malaysia kali pertama pada tahun 2010. Selepas tahun 2013 syarikat ini menyaksikan pertumbuhan jualan yang konsisten sebanyak 30 peratus setiap tahun. Sebenarnya fenomena durian Musang King yang mana semakin mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan kadar permintaannya tinggi dan memberi kesan kepada harga ladang durian sejak akhir-akhir ini. Harga mencecah antara RM50 -  RM140 sekilogram berbanding hanya sekitar RM40 sekilogram tahun lalu. Potensi hasil durian Musang King didakwa sekitar 90 - 130 biji sepokok atau 150 kilogram (kg) sehingga 170kg sepokok dan bagi ladang seluas 1 hektar boleh memperoleh sehingga 110 pokok bagi jarak tanaman 9m x 9m. Harga sebiji durian Musang King di Hong Kong pernah mencecah sehingga RM800 /kg kini membolehkan ia mendapat pasaran yang baik. Sebelum ini pun ada juga dilaporkan di mana durian dari Malaysia dihantar ke China melalui Thailand, Laos dan beberapa negara lain dengan menggunaka jenama negara tersebut. Sebagai contoh sebuaah syrikat di Kedah (Nitron Sdn Bhd) telah lama menghantar buah ke China melalui Thailand.

Apa yang penulis blog analisa masa dulu ramai petani sering mengeluh kerana harga buah durian yang tidak setimpal dengan usaha tetapi kini tanaman durian khususnya durian premium seperti Musang King boleh menjana sumber pendapatan yang tinggi kepada para pengusaha dan negara. Ramai pemilik kebun durian varieti lain kini telah menukar kepada tanaman durian varieti musang king. Ada juga pekebun kelapa sawit yang menebang tanaman mereka dan menggantikannya dengan durian varieti musang king di daerah Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang. Adakah langkah pengusaha ini adalah langkah yang bijak? Bagi penanaman daripada anak pokok mengambil masa yang agak panjang iaitu sekitar 6 ke 7 tahun untuk mengeluarkan hasil akan tetapi jika pengusaha melakukan cantuman dewasa ia hanya mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 tahun (mengikut penyelenggaraan yang betul) untuk mengeluarkan hasil. Pada satu musim, jangka masa berhasil durian adalah lebih kurang sebulan sahaja (kebanyakan varieti). Manakala jangkaan jualan seperti yang kita lihat semakin meningkat dari masa ke semasa tambahan pula ia makin mendapat sambutan daripada pelancong luar negara. Tidak mustahil saya katakan suatu masa nanti harga jualan durian ini akan lebih meningkat sehingga mampu mencapai ratusan ringgit sebiji.

Kajian mengenai kenaikan harga durian Musang King kini sebenarnya telah pun  mempengaruhi harga durian tersebut di pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kini orang ramai atau petani merebut peluang ini iaitu bagi yang mana mereka mempunyai kawasan tanah yang masih tidak diusahakan atau mempunyai kawasan lapang mereka akan menanam durian premium seperti Musang King. Tinjauan penulis blog sendiri sebagai Pengarah Pertanian Pahang pada tahun 2016 dan 2017 mendapati pemilik kebun sawit dan getah telah menebang tanamannya dan menggantikannya dengan durian Musang King sekitar Raub, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis. Ini tidak termauk yang membuat antuman dewasa pokok durian biasa dengan mata tunas durian premium seperti Musang King dikalanan pemilik dusun durian tradisionl. Kepada pengusaha durian yang telah menanam pokok durian tetapi bukan daripada jenis premium juga terpengaruh melakukan teknik cantuman dewasa (Mature budding) bertujuan untuk mendapatkan tanaman durian tersebut. Ada dakwaan dimana jika semua petani dan pekebun terpengaruh dengan tanaman ini sehingga sanggup menukar jenis tanaman yang telah diusahakan selama ini kepada durian Musang King dikhuatiri satu masa nanti ianya menyebabkan lambakkan hasil dan menyebabkan harga durian akan turun di mana pengusaha terpaksa menjual dengan harga yang lebih murah berbanding menanggung kerugian. Terkini hubungan baik Malaysia dengan China ia memberikan potensi durian premium untuk pasaran eksport dan antarabangsa memang cerah di masa hadapan dengan wujudnya persetujuan diantara Malaysia dan China mengenai protokol didalam pengeksportan durian dan nenas yang dicapai semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perdana Menteri Malaysia di Beijing pada 13 Mei 2017. 

Dari segi analisa ekonomi memang seronok mendengar harga durian Musang King melonjak tinggi tetapi untuk mendapatkan sebiji durian musang king dari tangan di kebun sendiri tidak mudah seperti dijangka. Jika harga durian ''membaik'' sebenarnya ia memberikan kelebihan kepada petani dan peraih akan tetapi dipihak pengguna akan tidak berpuashati. Apa pun anda kena mulakan dari sekarang. Pengusaha tidak perlu terburu-buru dalam mengambil keputusan dalam projek yang akan dilakukan. Ilmu dan pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian ini harus dibekalkan dahulu untuk menjamin projek yang bakal dilakukan. Teknik pengurusan tanaman yang dilakukan perlulah sesuai kerana ianya sudah tidak mahu dikenali sebagai tanaman bermusim, kesan daripada permintaan yang tinggi pengusaha perlu memikirkan cara untuk menghasilkan buah di luar musim seperti kebiasaan. Justeru, hasil di luar musim ini jugalah merupakan faktor kepada peningkatan harga di pasaran. Dalam pada itu petani  haruslah memikirkan status keuntungan dan modal yang bakal dilaburkan adakah ianya menguntungkan pengusaha pada masa akan datang dan adakah harga durian itu masih boleh kekal dengan harga kini. Ianya kelihatan mudah tetapi dipercayai ia tidak semudah yang anda fikirkan. Mungkin penulis blog berpendpat agak kurang baik sekiranya mana-mana pihak mendesak atau hanya fokus kepada satu tanaman sahaja kerana seperti yang diperkatakan kerana ada juga kemugkinan ianya akan memberikan kesan tidak baik kelak. Urusan jual beli pada pasaran ke luar negara bukanlah perkara yang remeh. Setiap pengusaha juga perlu mengetahui selok belok dan syarat yang ditetapkan untuk mengeksport hasil pertanian yang diusahakan.

Dalam perancanan jangka panjang industri tanaman durian di Malaysia sebenarnya semakin cerah dimasa hadapan. Petani sebaiknya berfikiran rasional terlebih dahulu sebelum membuat keputusan nntuk melabur didalam tanaman durian. Kenaikan harga runcit buah durian premium yang terlalu tinggi menyebabkan masyarakat di Malaysia juga masih berkira-kira untuk membelinya. Dari segi teori dengan langkah lain iaitu dengan mengawal harga pasaran di Malaysia akan lebih menarik minat masyarakat Malaysia sendiri sekaligus menarik pelancong-pelancong luar ke Malaysia untuk merasai keunikan dan keenakan durian ini dan ianya juga mampu meningkatkan ekonomi negara dalam industri pelancongan. Kegagalan dalam mengurus projek tanaman akan menyebabkan kerugian yang besar kerana sudah pastinya ia memerlukan modal yang cukup besar juga. Kini ada petani atau pemilik dusun atau masyarakat yang baru ingin menceburi bidang pertanian durian tertarik dengan tanaman ini. Bila nilai harga durian itu semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga mampu menutup mata pengusaha akan kesan dan akibat jika mereka berhadapan dengan kegagalan. Tanaman durian memakan masa sehingga 6 ke 7 tahun selepas penanaman untuk bermula menghasilkan buah. Jadi kerana itulah tanaman ini adalah kurang sesuai jika pengusaha hanya fokus kepada satu tanaman ini sahaja. Pengusaha memerlukan modal untuk melakukan aktiviti pengurusan diladang sebagai contoh pemberian baja yang memakan kos yang amat tinggi. Kini dengan dengan usaha dan semangat yang teguh beserta ilmu yang dimiliki tidak mustahil jika petani dan pengusaha mampu mencapai kejayaan tersebut. Tanaman durian ini juga telah pun mendapat sambutan dan membuka mata kerajaan dimana ia mampu memberikan impak yang baik dan keuntungan pada negara dan pengusaha itu sendiri di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 2018 kerajaan mengumumkan kluster tanaman durian sebagai satu Program Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB) dengan memberikan bajet pemangunan tinggi untuk tanaman surian. Semuga artikel ii memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology untuk rujukkan. Wasallam...
 
TANAMAN DURIAN... MAHAL HARGANYA...
ADA PASARAN EKSPORT.. KELUAR NEGARA...
PALING POTENSI... IA DIHANTAR KECHINA...
BACA ARTIKEL... MEMANG SERONOKNYA...

By, 
M Anem,
Senior Agonomist,
Precint 11, Putrajaya,
W Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...