Support My Blog

Thursday, September 25, 2025

TELUR AYAM KAMPONG DAN KEHEBATANNYA

TELUR AYAM (Chicken egg)
merupakan sejenis bahan makanan yang paling di sukai oleh manusia termasuk rakyat Malaysia. TELUR AYAM KAMPONG dihasilkan dari spesis ayam kampong yang selalunya di pelihara secara kecil-kecilan atau komersil. Telur adalah makanan yang mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan manusia diseluruh dunia.  Bukan itu saja dimana telur juga mengandungi sumber protein yang tinggi untuk mengekalkan nutrisi dalam tubuh badan manusia. Penulis blog percaya dimana memang tidak boleh dinafikan yang telur merupakan makanan yang paling mudah didapati khususnya menjadi pilihan utama para pelajar asrama atau universiti. Kalau pelajar atau mahasiswa hendak jimat bajet bulanan maka selalunya telur menjadi solusinya kerana ia murah, mudah idisediakan dan kaya dengan zat makanan yang di perlukan tubuh. Sebenarnya di pasaran ada terdapat pelbagai jenis telur seperti telur ayam kampung, telur organik, telur omega dan lain-lain lagi (ada sekitar 7 jenis seperti bab berikut dibawah). Telur adalah bahan makanan yang memang ia mengandungi khasiat yang berbeza. Apa pun dikalangan orang awam sudah lazim mendengar jika telur ayam kampung sebenarnya didakwa memang ia dapat menguatkan tenaga batin khhususnya lelaki dengan bahan ramuan lain seperti madu lebah asli dan sebagainya. Kehebatan khasiat pertama bagi telur ayam kampung didakwa ia boleh menguatkan tenaga batin berikutan hasil kajian dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini ambil ayam kampung di Norway ini dibuat di luar negara dan bukan  di Malaysia dan kajian ini jadi perbincangan hangat kerana kajian agak bias kerana ia hanya menggunakan sedikit sampel sahaja. Apa pun didakwa iaitu kehebatan khasiat kedua ialah ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin tinggi. Dalam pada itu dilaporkan kandungan bahan kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa (telur dari ayam penelur atau ayam karen). Penulis blog merujuk pihak kementerian dimana 
kadar penggunaan ayam sebagai sumber makanan adalah sangat tinggi di Malaysia iaitu ia telah mencecah 50 kilogram perkapita dimana ini didakwa ia menjadikannya salah satu kadar yang paling tinggi di seluruh dunia. Apa yang pembaca perlu tahu dimana di samping itu disahkan bahawa kadar purata penggunaan perkapita telur berjumlah 280 biji seorang setahun. Rakyat Malaysia masih membayar harga yang jauh lebih rendah untuk ayam dan telur berbanding negara jiran. Dalam satu laporan kajian dinyatakan dimana sebagai contoh di Malaysia iaitu ayam dibeli berharga RM9.40 sekilogram manakala telur berharga 45 sen sebiji dibandingkan dengan negara jiran Indonesia (purata harga adalah sekitar RM9.92 sekilogram ayam dan 57 sen sebiji telur) dan di Thailand (RM16.41 sekilogram ayam dan 62 sen sebiji telur) yang mungkin rakyat Malaysia tidak ketahui. Oleh itu kerajaan Madani melihat isu ini dan juga mengingatkan bahawa rasionalisasi subsidi yang membawa kepada peningkatan inflasi boleh menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah secara tidak seimbang terutamanya disebabkan oleh isi rumah B40 menunjukkan kecenderungan marginal yang lebih tinggi untuk mengambil, memperuntukkan bahagian yang lebih besar daripada perbelanjaan bulanan mereka iaitu sebanyak 35% untuk makanan berbanding isi rumah M40 iaitu sekitar 30% sahaja dan kumpulan T20 (23%). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" menulis mengenai telur ayam kampong dan kehebatannya untuk di kongsikan dengan pembaca semua.


Penulis blog yang memang suka makan pelbagai resepi berasaskan telur ayam dimana kini tahu dimana memang ada banyak jenis telur di pasaran untuk di nikmati. Sesiapa yang suka berbelanja dapur mungkin hanya kenal beberapa jenis telur dipasaran mengikut warna, saiz, bentuk dan ia libatkan akan faktur harganya. Rupanya memang ada b
anyak jenis telur ayam dijual di premis termasuk di dalam pasaraya atau on-line. Ada jenis telur organik sehingga jenis telur yang diperkaya dengan omega-3. Telur adalah makanan yang kaya dengan sumber protein iaitu menyamai kualiti daging lembu. Apa pun dikatakan ada beberapa jenis telur ayam seperti Telur Ayam Konvensional, Telur Ayam Telur Tanpa Kandang (Bebas bertelur dimana sahaja) dan beberapa lagi. Jenis pertama adalah Telur Konvensional dimana ia adalah paling premium dan paling murah dipasaran dan mudah didapati sepanjang masa. Apa pun dilaporkan dimana proses untuk mendapatkan Telur Jenis Konvensional kurang baik bagi ayam kerana biasanya ayam-ayam ditempatkan di dalam kandang yang penuh dan sering kali hidup tanpa melihat cahaya matahari. Kedua adalah jenis  Cage-Free Eggs (Telur Tanpa Kandang) dihasilkan dari  ayam-ayam yang tetap hidup di kandang cuma kelainannya adalah semua ayam penelur ini dibiarkan hidup di dalam kandang terbuka. kelebihannya dimana ayam masih memiliki ruang untuk berkeliaran dan bertenggek dimana ia juga selalu disediakan kotak sarang untuk bertelur. Jenis ke tiga adalah Jenis Free-Range Eggs (Telur Ayam Bebas) dimana berbeza  dengan dua jenis telur ayam di atas iaitu telur free-range ini dihasilkan dari ayam yang tidak hidup di kandang iaitu ayam ini akan dibiarkan berkeliaran bebas dan umumnya berteduh di bawah kanopi saja. Ayam ini bebas bergerak, mendapat udara segar dan makan biji-bijian atau serangga untuk ia  dimakan oleh ayam dipercayai ia boleh menyebabkan kualiti telur ayam ini lebih baik. Ke empat paling sering idengar adalah Jenis Telur Organik dimana telur ayam organik ini didapatkan dari ayam yang diberikan bahan makanan jenis organik dan tidak disuntik atau diberi vaksin atau antibiotik. Selalunya jenis ayam-ayam ini dipelihara tanpa kandang atau bebas. Aspek lain dimana biji-bijian yang mereka makan harus ditanam di kebun yang tidak mengunakan bahan kimia dan racun serangga selama tiga tahun. Terdapat juga Jenis Telur Vegetarian iaitu telur yang berasal dari ayam yang diberikan makanan vegetarian. Ayam betina akan dipelihara di dalam ruangan dan dilarang ia dapat mematuk cacing atau serangga di tanah. Jenis ke enam pula adalah Jenis Telur Yang Dipasteurisasikan dimana jenis telur yang satu ini selalunya dipanaskan 60 Celcius selama 3.5 minit sehingga proses ini akan membunuh bakteria apa pun tanpa dimasak dulu. Telur ini adalah ideal untuk ibu hamil, golongan kanak-anak dan mereka yang memiliki sistem kekebalan atau imuniti lemah. Biasanya proses pasteurisasi amat signifikan sebagai satu cara mengurangkan risiko penyakit dari makanan yang mungkin terdapat termasuk patogen Salmonella. Akhir sekali jenis telur ke 7 adalaj Telur Yang Diperkaya Omega-3 dimana ia kini paling hebat di pasaran. Kaedah penghasilannya dengan memberikan makanan ayam dilengkapi dengan bahan Asid Lemak Omega-3 seperti biji rami (flaxseed). Apabila ayam ini mencerna biji rami maka kandungan alpha-lipoic acid (ALA) di dalam biji rami akan pecah menjadi docosahexaenoic acid (DHA) dan asam lemak yang dipindah kepada bahan isi dalam kuning telur. Sebiji telur omega-3 biasanya hasil kajian makmal ia mengandung 340 mg ALA dan 75-100 mg DHA. Merujuk kepada penyelidikan diantara telur organik, telur konvensional dan telur yang diperkaya omega-3 mendapati dimana telur organik memiliki kadar protein, kalium dan juga tembaga yang lebih tinggi. Telur konvensional mengandungi lebih banyak magnesium dan zat besi dan telur omega-3 pula mampu menyimpan manganese dan kalsium yang lebih tinggi. Apa pun lazimnya dengan mengubah makanan ayam ternyata dapat mengubah kandungan nutrisi dalam telur. Apa pun masih sukar untuk memilih telur yang paling sihat sebab kesemuanya mempunyai kelebihan nutrisi yang berbeza yang baik untuk kisehatan. Bagaimana pun harga ke tiga jenis telur berlainan dipasaran.


Dalam satu laporan media yang di rujuk dinyatakan dimana didakwa t
elur ayam kampung dipercayai ia lebih hebat dan bergizi dari telur ayam biasa kerana cara pemeliharaan ayamnya yang lebih bebas dan mesra alam. Ayam kampung hidup bebas tanpa kandang dan memakan pelbagai jenis makanan yang ada di kawasan ternakan dilokasi seperti cacing dan biji-bijian yang berikan kualiti terbaik bagi ayam dan telurnya. Dilaporkan dimana kandungan zat atau gizi telur ayam kampung merujuk kepada kajian di North Carolina University menunjukkan telur ayam kampung mengandungi tinggi lemak tidak tepu atau dipanggil sebagai 'monounsaturated fat' dan 'polyunsaturated fat' yang lebih banyak berbanding dengan telur ayam biasa (dari ayam penelur). Jumlah kolesterol, vitamin E, dan juga vitamin A pada kedua telur ini cenderung sama. mengenai zat lain dilaporkan dimana kandungan zat dilaporkan pada telur ayam kampung tidak jauh berbeza dengan telur ayam biasa sevara umumnya. Kajian mendapati dalam 100 gram (g) telur ayam kampung yang dimasak dilaporkan ia mempunyai nilai diet iaitu protein (16.3 gram), Tenaga (251 kcal), Karbohiderat (1.4 g), Lemak (19.4 g), Phosforan (250 miligram), Kalsium (62 mg), Zat  Besi (2.5 mg), Vitamin A (36 microgram) dan juga zat Karoten (221 microgram). Selain sebagai sumber protein yang berkualitas, telur ayam kampung juga tersusun atas kandungan lain seperti vitamin B1, omega-3 dan antioksidan. Dari segi luaran dimana perbezaan diantara 
telur ayam kampung dan telur ayam biasa (ayam penelur) dimana pada warna kulit luar telur ayam kampung lebih putih sedangkan warna bagi telur ayam komersil berwarna kecoklatan. Dari segi ukuran telur ayam biasa ini ia lebih besar dan mempunyai kulit luar dengan tesktur yang kasar. Dalam pada itu selalunya di bahagian kuning telur ayam kampung berwarna lebih oren warnanya sedangkan telur ayam kbiasaimempunyai warna kuning telur yang lebih cerah. Apa pun kajian menganalisa kehebatan dalam aspek kesihatan dimana bagi telur ayam kampung mempunyai keperluan zat yang agak baik seperti bahan karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan unsur mineral. Dilaporkan dimana telur ayam kampong mampu menurunkan risiko penyakit jantung dimana ia dapat meningkatkan kadar HDL (high density lipoprotein) hingga 10% diaman HDL sendiri merupakan jenis kolesterol yang baik bagi tubuh. Keberadaan tahap HDL yang lebih tinggi di dalam tubuh dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) sehingga mengurangi risiko serangan jantung atau stroke dan penyakit jantung jenis yang lainnya. Dalam telur ayam kampong terkandung 'kolin' yang memiliki fungsi penting dalam proses pemecahan Asid Amino homocysteine iaitu zat yang berpengaruh dalam menimbulkan gangguan pada jantung. Telur aya kampong di percayai mampu untuk mencegah masaalah Masaalah Katarak sebab ada kandungan vitamin A, lutein dan zeaxanthin yang terdapat pada kuning telur. Dilaporkan dimana vitamin A memang dikenali baik untuk mengoptimalkan kemampuan penglihatan dimana bahan lutein dan zeaxanthin merupakan antioksidan yang aktif bekerja pada retina mata. Apabila berlaku keadaan kekurangan lutein dan zeaxanthin dapat meningkatkan risiko penyakit katarak, degenerasi makula dan mempercepatkan berlakunya penuaan mata. Telur Ayam Kampong mampu untuk mengurangkan kadar kolesterol jahat iaitu kes sama dengan telur biasa dimana telur ayam kampung mengandungi kolesterol yang tinggi. Bagaimana pun kolesterol dalam telur ayam kampung tidak cepat dalam meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Ini kerana tubuh manusia mampu menyeimbangkan jumlah kolesterol yang berasal daripada makanan. Dalam telur ayam kampung terdapat kandungan asam lemak omega-3 yang biasanya banyak terkandung pada minyak ikan. Bahan Omega-3 dapat menurunkan kadar trigliserida yaitu komponen kolesterol jahat yang berisiko menyebabkan penyakit jantung.


Kehebatan dan fakta nutrisi bagi
 Telur Omega-3 dan Telur Biasa (telur ayam penelur komersial) dimana dilihat iaitu telur ayam adalah sumber protein dari haiwan yang murah dan mudah untuk diperolehi. Jenis telur omega-3 yang didakwa ia jauh lebih bergizi daripada telur biasa sering isu ini di bincangkan. Telur ayam kampong didakwa mapu untuk mengoptimalkan fungsi otak kerana bahan Kolin baik untuk kisehatan jantung, kolin pada telur ayam kampung juga dapat membantu bagi menjaga kesehatan otak. Kolin berfungsi untuk dapat bantu mengoptimalkan pengeluaran bagi sel-sel otak serta dapat membangunkan organ membran sel yang berfungsi mengantarkan sinyal pada otak. Ini kerana dalam sebiji telur ayam kampung ada bahan lebih 100 gram kolin. Dalam pada itu ada beberapa vitamin dan mineral lain yang terdapat pada telur juga membantu otak dan sistem saraf bekerja dengan lebih efektif. Kehebatan telur ayam kampong mampu dalam membantu proses perkembangan sel kerana telur ayam merupakan salah satu sumber protein berkualiti tinggiProtin adalah zat yang sangat penting dalam tentukan pembentukan sel tubuh sehingga bermanfaat untuk ianya keberlangsungan kerja setiap organ. Dalam protin ada asid amino esensial yang memiliki fungsi penting untuk dapat mengoptimakan pengembangan struktur sel sekaligus membantu sel agar boleh ianya menjalankan fungsinya dengan baik. Jumlah asid amino yang terdapat dalam telur ayam kampung juga sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan dalam mendapatkan seluruh khasiat dari protin. Telur ayam kampong di kaitkan dengan kehebatanya dalam membina otat dan menguatkan otot berasaskan bahan protin didalamnya. Seperti yang sudah dijelaskan sebelumnya, protein mengandungi asid amino dan akan diserap  seterusnya ia memperbaiki kerosakan otot yang diakibatkan selama beraktiviti atau bersukan. Jika athet tidak mendapat sumber protin yang mencukupi lazimnya akan berikan kesan kepada kerosakan otot yang menyakitkan kemudian. Apa pun agak unik dakwaan jika makan telur ayam kampong membantu menguruangkan berat badan. Ia berlaku kerana telur mengandungi protin yang tinggi  dimana protin adala bahan merupakan makronutrien yang boleh memberikan kesan kenyang lebih lama setelah di makan. Perkara ini dibantu lagi dengan bekalan karbohiderat yang diambil daripada jenis makanan lain. Selepas makan telur ayam dan makanan lain maka menusia akan rasa kenyang dimana ini akan mengurangkan rasa hendak makan terutama makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Telur boleh dijadikan sebagai pilihan sebagai 'Makanan Diet' yang baik.


Beberapa tulisan akademik menyatakan dimana doktor telah dedahkan akan 
kebaikan telur ayam kampung yang perlu diketahui. Di Malaysia telur merupakan makanan kegemaran ramai. dimana ia terbahagi kepada dua kategori aitu telur ayam kampung dan telur ayam bandar (telur dari ayam ppenelur komersial). Ramai dakwa suka makan telur ayam kampung walau pun agak mahal tetapi ia di percayai ia lebih berkhasiat. Dakwaan paling 'win' adalah jika makan telur ayam ia akan mampu menguatkan tenaga batin sejak lama dulu. Apa lagi jika dimakan dengan madu lebah asli yang akan memberikan tenaga ekstra. Apa pun yang penting telur ayam kampong tersebut datangnya dari ayam kampong asli yang berkeliaran dan bukan telur ayam kmpong yang moden. Telur ayam kampung ini jika dieramkan akan menghasilkan anak ayam bukan seperti terlu ayam karen yang tidk akan menjadi anak ayam kalau di eramkan. Dalam industri ternakan ayam penelur sebenarnya ia tidak melakukan  persetubuhan normal diantara ayam jantan dengan ayam betina seperti ayam kampong sebaliknya menggunakan baka yang mana telurnya tidak fertile (tidak bersenyawa). Mungkin disebabkan baka dan makanan serta rawatan yang diberikan kepada ayam karen menyebabkan ia mampu bertelur setiap hari untuk satu jangkamasa yang lama sehingga penghasilan telur berkurangan atau tidak produktid dan di sembelih di jual sebagai 'Ayam Tua' atau 'Ayam Pencen'. Cara melihat telur ayam yang fertile adalah dengan melihat adanya tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae) dimana jenis telur ini adalah tersenyawa dimana ia mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan. Juga dilaporkan menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu dimakan dalam tempoh inkubasi samada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam dan ada dakwaan pada tiga hari pertama telur dihasilkan adalah ia berada dalam tempoh yang terbaik. Selepas 3 hari dilaporkan dimana dilihat ada tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. IDilaporkan ada  orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk mencuri telur dari sarang ayam bertelur. Khasiat hebat kedua dari ayam kampong adalah ia mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Dalam pada itu dilaporkan kandungan kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa. Memang telur ayam kampong mampu untuk menstabilkan kolesterol sebab kandungan bahan omega-3 yang boleh membantu dalam mengurangkan tahap trigliserida. Trigliserida sendiri adalah komponen kolesterol jahat dalam tubuh manusia, dengan pengambilannya secara teratur dapat mengatasi masalah kolesterol. Dilaporkan juga dimana telur ayam kampung akan menjaga kesihatan mata sebab ia mengandungi antioksidan, seperti lutein dan zeaxanthin, manfaat ayam kampung sangat membantu dalam menjaga kesihatan mata. Antioksidan ini boleh mengurangkan risiko katarak dan penyakit degeneratif lain. Seterusnya ia mampu mencegah kanser kerana bahagian kuning telur mengandungi asid amino tryptophan dan trypsin. Kedua-dua bahan ini boleh membantu mencegah risiko kanser dan mengekalkan sistem imun yang kuat. Ia juga akan menambah jisim otot dimana telur ayam kampung dapat menambah jisim otot. Oleh itu, orang yang ingin membina otot-otot mereka akan mengambilnya secara teratur. Bukan itu sahaja, telur ini juga boleh digunakan untuk diet. Apa pun hebatnya telur ayam kampung dikaitan juga dengan cara ia mencegah risiko penyakit jantung, Makan telur jenis ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia membantu mengubah struktur kolesterol jahat dalam badan. Tahap kolesterol jahat yang rendah dalam badan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik yang lain.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA TELUR... RAMAI SUKA MAKAN...
PERKAPITA 280 BIJI...UNTUK SETAHUN...
PELBAGAI JENIS... KHASIAT BERLAINAN...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 805, Tingkat 8,
Hotel Tenera, Persiaran Pembangunan,
Bandar Baru Bangi,
Selangor,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1445H).
Posted from
Taman Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Wednesday, September 24, 2025

MAKAN CENDAWAN DAN HEBATNYA (Part 2)

INDUSTRI CENDAWAN
di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti jenis cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah 'Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya. Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aktiviti makan cendawan yang bertujuan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana s
elain dijadikan sebagai bahan dalam hidangan dan sajian sup yang enak makanan cendawan dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Sajian yang mengandungi cendawan merupakan antara pilihan bebas gluten yang baik, bebas kolesterol dan lemak selain rendah kalori. Ada laporan dimana cendawan dapat memberikan tenaga sama seperti menikmati hidangan daging lembu. Cendawan diperkaya dengan vitamin B, niasin, riboflavin, selenium, antioksidan dan sekaligus dapat menyumbang kepada sistem saraf dan tenaga. Ada pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya dapat membantu untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi terutama bagi yang mengalami alahan makanan. Sementara itu kajian mendapati ada kehadiran zat selenium pula dapat mencegah sel daripada rosak akibat penyakit kronik. Bagi yang mengimpikan tubuh yang langsing dan sihat atau ingin turunkan berat badan boleh mencuba untuk sering dapat mengamalkan pemakanan cendawan sebagai salah satu alternatif dalam pemakanan seharian. Menurut kajian para pakar permakanan dimana pada ekstrak cendawan boleh melawan obesiti selain mambantu memperbaiki metabolisme. Apa pun cendawan juga mengandungi bahan agen pelembap yang dapat mencegah kulit daripada radikal bebas. Jika sesiapa yang mengambil secawan cendawan dilaporan ia yang dikatakan mengandungi 25% zat mineral yang dapat menjadi antioksidan yang baik untuk tubuhbadan. Cara boleh membantu untuk mengelakkan kerosakan kulit, memberikan keanjalan selain mencegah barah kulit. Cendawan jenis ini memang tidak asing lagi dalam masakan dimana ia mudah didapatkan. Cendawan jenis Shitake ditanam di kawasan suhu dingin di tanah yang tinggi adalah salah satu jenis cendawan yang popular dimana ia mengandungi unsur Lentinan yang bersifat antibarah baik di makan. Selain itu dilaporkan cendawan jenis ini juga dapat meningkatkan lagi sistem imunisasi, mencegah kehadiran bakteria dan virus selain toksin yang hadir dalam tubuh. Memang ada banyak khasiat makan cendawan terhadap kesihatan manusia dimana ia mudah di sediakan sebagai makanan sihat, enak dengan ada banyak cara menyediakannya.


Para pakar dakwa jika sesiapa memakan cendawan akan dapat 
Meningkatkan imuniti dimana makanan cendawan penting untuk sistem kekebalan badan dalam melindungi tubuh daripada penceroboh asing, seperti virus. Cendawan adalah sejenis tumbuhan ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti sel yang bertanggungjawab untuk mempertahankan tubuh kita terhadap pencerobohan asing. Memakan cendawan hebatnya ia akan Melawan kanser sebab sudah banyak kajian berkaitan ini menyatakan iaitu ia adalah tumbuhan baik untuk kesihatan manusia yang mempunyai potensi melawan kanser. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa memakan tumbuhan ini secara berkala dapat membantu mencegah dan merawat beberapa jenis kanser. Kehebatan cendawan berkait dengan ia menjadi Sumber vitamin D dan dengan memakan cendawan setiap hari adalah cara lain untuk mendapatkan jumlah vitamin D dalam diet anda. Di samping itu ia membantu meningkatkan mood dan memberikan anda sedikit tenaga, vitamin D dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Cendawan adalah hebatnya ia Rendah kolesterol dimana ia sangat sesuai untuk membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia tidak mempunyai kalori atau lemak. Ia juga mengandungi serat dan enzim yang mempunyai kapasiti yang ditunjukkan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan tekanan pada jantung. MAkanan cendawan dilaporkan juga ia Membantu penyerapan nutrien dimana bahan vitamin D dalam cendawan memainkan peranan penting dalam memudahkan penyerapan vitamin dan mineral lain. Kehebatan khasiat makan cendawan yang lain adalah tembaga (copper), kalsium, fosforus, dan pelbagai vitamin. Ini menjadikannya salah satu makanan paling sihat yang boleh dimakan. Cendawan kaya manfaat dan ia adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging, salad dan sandwic. Apa pun pengambilannya membantu meningkatkan kesihatan manusia seperti sistem imun dan organ-organ utama manusia, termasuk jantung. Oleh itu, makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda semua. Di Malaysia penulis blog tahu jika ramai suka makan makanan yang berasaskan cendawan tetapi ada yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Walau pun ia adalah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.


Bagi penulis blog yang berbelas tahun pernah menjadi pakar bidang cendawan (terutama tiram kelabu) dan menjadi panceramah dalam beratus kursus teknikal percaya industri ini mampu menjadi penting kelak. Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran. Diantara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi. Bagaimana pun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian di Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan juga nilai perubatan contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati. Pernah hadir kursus teknikal mengenai beberapa cendawan di dalam dan luar negara sehingga memang banyak ilmu untuk di kongsikan. Paling menarik adalah mengenai Cendawan Kukur yang merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ada juga jenis Cendawan Jarum Emas yang dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imuniti tubuh serta dapat menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen, ia juga menghalang kerosakan DNA. Selain itu ada jenis Cendawan Hericum Erinaceum atau Cendawan Bunga Kobis yang dikatakan dapat membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan sistem imuniti. Di Malaysia jenis cendawan yang paling di komersilkan pastinya adalah jenis Cendawan Tiram atau Cendawan Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida yang memang baik untuk kesihatan semua.


Menarik seterusnya jenis 
Cendawan Tiram Kelabu yang juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Projek tanaman cendawan tiram kelabu di bantu oleh Jabata Pertanian dengan peruntukkan bajet agak tinggi iaitu sekitar RM20,000 seorang peserta atau RM100,000 untuk satu kelompok seramai 5 orang. Dilaporkan kawasan di Mukim Gersik, Muar pernah menjadi pengeluar utama cendawan tiram kelabu di Malaysia sekitar tahun 1998-2005 di kelolakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Muar. Saya bekerja sebagai pegawai pertanian daerah dulu memang rajin memeriksa projek tersebut (Sila lihat foto disebelah). Jenis Cendawan Ling Zhi atau didalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam Bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tingg dengan nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidiumCendawan Ling Zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung. Agak kurang ramai menanam adalah Cendawan Butang walau pun hebatnya ia kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori. Sama seperti epal dan ubi kentang apabila cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya. Selalu juga membeli Cendawan Shiitake sama ada dalam bentuk segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di kebanyakan negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawahnya berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin. Hasil kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. DIantara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat lain iaitu terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel subuh Jumaat ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ke 8,625 kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA CENDAWAN... BANYAK JENISNYA....
MUDAH DI BELI... ADA YANG TANAMNYA JUGA...
AMAT BERKHASIAT... KENALI AKAN SPESISNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DAPAT JUGA DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulawal 1447H).

Tuesday, September 23, 2025

MAKAN CENDAWAN DAN HEBATNYA (Part 1)

INDUSTRI CENDAWAN di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti jenis cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur  dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah 'Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya.  Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis  ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  menulis mengenai aktiviti makan cendawan yang bertujuan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Makanan seperti cendawan kini semakin di minati rakyat Malaysia dimana selain ia berkhasiat dimana bahan mentah cendawan sama ada yang di hasilkan dalam negara atau diimport mudah di beli dimana sahaja.  Memakan cendawan boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti mampu meningkatkan sistem imun dan membantu mengawal paras gula dalam darah, namun penting untuk memastikan cendawan yang dimakan tidak beracun kerana ada sesetengah jenis cendawan dimana ia boleh pula akan menyebabkan keracunan makanan yang serius. Cendawan seperti jenis cendawan enoki dan tiram kelabu dilihat ia mempunyai khasiat tersendiri seperti tinggi antioksidan dan berpotensi melambatkan pertumbuhan kanser, manakala bagi mereka yang ada isu seperti pesakit diabetes dimana cara pengambilan cendawan tiram boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Dari banyak jenis cendawan liar dan yang di tanam di Malaysia di laporkan ada sekitar 10 jenis cendawan yang popular untuk hidangan semua. Apa pun sebelum mengetahui tentang khasiat makan cendawan yang bagus untuk menilai akan tahap kesihatan manusia perlu cari tahu akan kehebatan dan ancaman makanan cendawan. Bagi penulis blog dimana sebaiknya dikenali dahulu jenis-jenis cendawan yang terdapat di pasaran tempatan dan cendawan diperingkat antarabangsa sebagai bahan rujukkan. Makanan cendawan dilihat ia dikenali sebagai cendawan berkhasiat termasuk jenis iaitu jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu, jenis cendawan butang, jenis cendawan meja dan cendawan champignon. Dalam ujirasa selalunya menyentuh rasanya yang ringan itu menjadikannya jenis tumbuhan berpotesi yang versatil. Ia adalah jenis makanan yang boleh dimakan mentah atau dimasak dan sangat sesuai dalam sup, stew, salad, goreng, tumis, kerepik, serbuk dan banyak di gunakan masakan piza. Pertama adalah jenis CENDAWAN TIRAM dimana cendawan tiram adalah spesies Pleurotus dan di Malaysia jenis paling popular adalah Pleurotus pulminarius atau dulu di kenali sebagai Pleurotus cajor-saju. Kini ia adalah sebahagian daripada jenis tumbuhan yang boleh dimakan yang paling banyak dibiakkan di Malaysia dan diseluruh dunia. Sya banyak menulis tentang cendawan ini dan boleh di baca dengan pautan berikut salah satunya (Sila klik disini). APa pun penanaman cendawan ini di Melaysia hebatnya adalah dimana ia memang boleh dilakukan sepanjang tahun. Jadual masa penanamannya mengandungi enam peringkat iaitu daripada kerja Menyediakan benih, Merendam substrat untuk tapak tanaman, Memilih dan Membuat tapak tanaman cendawan, Menyiram air, Memungut hasil dan yang ke 6 adalah aktiviti Pasarannya. . Proses awal dalam kerja menyediakan bBenih (Spawn) adalah kritikal. Sebaiknya benih didik tulen yang dibuat mesti daripada secebis tisu cendawan diletakkan ke atas agar kentang (Potato Dextrose Agar) di dalam piring petri atau pun didalam tabung uji. Pada peringkat pertumbuhan ini didapati miselium tumbuh putih di atas permukaan agar yang kemudian dilihat dimana ini dilihat ia menandakan pertumbuhan adalah tulen (suhu optimum 250 Celcius. Teknik ini diperlukan untuk tujuan bagi mengekalkan kualiti cendawan tersebut. Ketahanan proses pertumbuhan pada agar berlaku selama tempoh 3-6 bulan bergantung pada ukuran dan isipadu media sustrat yang digunakan serta kadar pertumbuhan.


Kedua adalah jenis CENDAWAN ENOKI dimana ia juga dikenali sebagai Enokitake iaitu sejenis cendawan musim sejuk atau cendawan lili. Spesis Enoki boleh didapati dalam bentuk segar atau dalam tin. Di laporkan kalangan pakar ada mengesyorkan untuk mengambil jenis enoki segar dengan kepalanya yang masih pejal, putih, berkilat, dan bukannya dengan batang yang berlendir atau berwarna kecoklatan. Cendawan enoki merupakan salah satu jenis cendawan yang sangat popular dan diminati ramai diseluruh dunia. Bagi penulis blog sering menikmati cendawan ini di masak sup atau memakannya di beberapa restoren menjual stimbot yang terdapat di mana sahaja di Malaysia. Apa pun cendawan enoki ini rupanya yang unik serta rasanya yang enak membuatkan ia sesuai untuk dijadikan ramuan dalam pelbagai hidangan seperti sup, digoreng bersalut tepung dan ditumis ringkas. Ia memang mudah dikenali dengan bentuk yang kecil dan memanjang serta tumbuh dalam satu grup atau kumpulan, cendawan ini turut dikenali dengan nama lain seperti enokitake, Winter Mushroom atau Golden Needle Mushroom. Jenis cendawan popular di Malaysia yang di makan adalah jenis CENDAWAN SHIITAKE dimana ia juga dikenali  sebagai cendawan hitam, cendawan oriental black dan cendawan hutan. Cendawan Shiitake adalah dilihat jenis tumbuhan yang membiak dengan banyak di Jepun, China dan Korea, yang merupakan salah satu sebab ia sangat menonjol dalam masakan Asia. DI Malaysia memang mudah membeli jenis cendawan shiitake kering dengan harga berpatutan dan boleh di dapatkan sepanjang tahun. Saya ada menulis mengenai cendawan ini dengan boleh di baca dengan pautan berikut (Sila klik disini)Cendawan ini yang mempunyai bau kuat (macam bau jering ketika segar) dan bentuknya juga macam biji jering dari pandangan atas. Cendawan Shiitake mengandungi bahan 'Lentinan' iaitu sebatian antikanser dimana ia didakwa dapat membantu mengurangkan kesan tumor dan mampu menurunkan kadar kolesterol yang baik untuk kesihatan. Selain daripada dimakan segar, cendawan ini telah diekstrak untuk dijadikan herba cendawan yang berkhasiat dan dipasarkan diseluruh dunia.


B
agi penulis blog sudah sejak kecil dulu sudah memakan CENDAWAN KUKUR atau CENDAWAN SISIR. Cendawan kukur (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan dimana ia lazimnya ada pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan dari Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang ada tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Penulis blog dapati di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak nama gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Daerah Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Bagaimana pun terkini sudah ada teknologi bagi mengeluarkan cendawan sisir atau cendawan kukur ini secara komersil. Malahan harga sekilo cendawan kukur boleh menjangkau RM35 - RM50/kg berbanding dengan cendawan tiram kelabu hanya berharga sekitar RM10 - RM12/kg. Namun begitu bagi penulis blog melihat ada pengusaha cendawan tempatan yang harus mempunyai kemahiran pemasaran yang strategik untuk membolehkan pasaran cendawan berdaya saing. Justeru, teknologi penanaman cendawan kukur yang diperkenalkan dapat mempelbagai pasaran cendawan di peringkat domestik. Seterusnya adalah jenis CENDAWAN LINGZHI (Ganoderma lucidium) merupakan sejenis cendawan yang popular dan di komersialkan oleh beberapa syarikat terkenal sebagai bahan makanan penting untuk produk kesihatan. Cendawan ini merupakan jenis cendawan yang paling awal digunakan sebagai makanan kesihatan semenjak lebih 2,000 tahun oleh orang China keran cendawan ini terbukti tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Saya beberapa kali melawat projek penanaman cendawan Ling Zhi ketika bertugas dulu selalunya selepas membuat lawatan kekawasan projek cendawan tiram kelabu. Dakwaan paling utama mengenai cendawan ini adalah keupayaannya untuk menghalang dan merawat penyakit kanser. Khasiat lain adalah kandungan bahan yang meningkatkan imun badan kita dengan ciri anti-septik, anti-radang, anti-bakteria , anti-viral dan anti-oksidan. Pembacaan saya juga menjumpai dakwaan khasiat cendawan ini yang boleh merawat dan melegakan paru-paru yang rosak disebabkan oleh semput (asthma) atau penyakit berkaitan sistem pernafasan yang lain. Paling terkini adalah kemampuan cendawan ini dalam melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi dalam badan manusia yang mahu dan ada menggunakannya. Sila baca tulisan saya dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini). Di Malaysia dimana selalunya cendawan Ling Zhi lebih mudah dijaga berbanding dengan cendawan lain seperti Tiram Kelabu dan Shiitake. Serangan perosak dan penyakit juga amat kurang kepada cendawan ini. Penanaman cendawan Ling Zhi perlukan pengetahuan khusus dan paling penting adalah dimana kita hendak jual cendawan ini kerana ianya perlu diproses menggunakan teknologi yang moden. Selalunya jika ada 'contract farming' sahaja penanam boleh menanam cendawan ini secara besar-besaran. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel subuh Jumaat ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ke 8,625 kali ini. Wasallam!!!...
NAMA CENDAWAN... BANYAK JENISNYA....
MUDAH DI BELI... ADA YANG TANAMNYA...
AMAT BERKHASIAT... KENALI SPESISNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DAPAT DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulawal 1447H).
Posted from,
Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. JOHOR

Monday, September 22, 2025

SEMBANG KEHEBATAN BUNGA CENGKIH

BUNGA CENGKIH
(Eugenia aromaticum synonim Syzygium aromaticum) merupakan sejenis herba atau rempahratus dari keluarga Myrtaceae yang terkenal semanjak zaman dulu kala sehinggakan orang-orang Eropah datang menjejaki kawasan Asia Tenggara bagi tujuan untuk mendapatkannya. Bunga Cengkih di percayai berasal atau natif dari Mollucas, Indonesia dan kini masih terus ditanam secara komersil di Brazil, West Indies, Zanzibar, Tanzania, Madagascar, India dan Sri Lanka. Cengkih juga di panggil sebagai Cloves (Inggeris), Grampoo; lavangam ; Lavang ; Lavangalu ; Krabu (India), dinh hurong (Vietnam), ding heung (China), ley-nyin-bwing (Myanmar), Gahn plu (Thailand), Clou de girofle (Perancis), Gewuzenelke (German) dan Chiodo di garofano (Itali). Pokok Cengkih memerlukan hujan yang banyak melebihi 3,500 mm setahun dan persekitaran yang lembab dimana selalu juga perlukan ada musim kering untuk aktiviti penuaian hasil. Penanaman cengkih di Malaysia pernah direkodkan pada zaman kolonial dahulu tetapi ia kini ditanam dengan skala tidak komersil dan tiada maklumat rasmi keluasan tanaman cengkih di Malaysia. Dulu Jabatan Pertanian pernah menjalankan beberapa projek penanaman cengkih pada awal tahun 1960-1980'an terutama dikawasan pulau-pulau tropika di sekitar Semenanjung dan beberapa kawasan pendlaman. Penulis yang pernah tinjau dan menjejakki Pulau Aur, Pulau Tinggi dan Pulau Tioman serta Pulau Besar di Melaka bagi mencari kesan-kesan tinggalan tanaman pokok cengkih dan mendapati cengkih pernah ditanam disini sebagai komoditi rempah sudah hampir lupus. Bagaimana pun projek penanaman cengkih ini didapati kurang berjaya disebabkan petani tidak berminat dengan tanaman ini yang memberikan pendapatan sedikit serta proses yang agak rumit. Mereka yang berada dipulau lebih berminat mengusahakan chalat dan beberapa aktiviti pelancongan. Pokok cengkih kini ada ditanam dalam plot beberapa stesyen pertanian dan juga dijadikan tanaman ri keornamental. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk sembang dengan menulis mengenai tanaman pokok bunga cengkih untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan oleh pembaca blog semua.


Sudah ada banyak kajian atau sudah pun dibuat  dimana di laporkan ada 
12 hhasiat bunga cengkih untuk kesihatan yang perlu orang awam mengetahuinya akan di sembangkan. Cengkih merupakan antara herba yang sering digunakan dalam masakan. Tetapi, adakah anda tahu apakah khasiat bunga cengkih untuk kesihatan secara keseluruhan. Apa pun dilaporkan dimana bunga cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum adalah terhasil di bahagian pucuk ranting dimana ia di petik dan kemudian bunga ini di keringkan yang merupakan antara rempah-ratus popular. Banyak bunganya ketika musim puncak dan selelunya di petik secara mnual (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog mendapti dimana bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional selama bertahun-tahun. Menurut kajian yang di buat oleh pihak United States Department of Agriculture (USDA) dimana setiap unit berat, 2.1 gram (g) atau 1 sudu teh cengkih mengandungi nutrisi sebanyak 6 kilokalori  (kcal) tenaga, 0.13 g protein, 0.27 g lemak, 1.38 g karbohidrat dan juga 0.7 g serat. Jumlah yang sama juga membekalkan 1.263 miligram (mg) manganese atau kadar 63% daripada nilai keperluan harian untuk mineral ini. Herba bunga cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma akan tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Khasiat pertama dilaporkan ia berfungsi sebagai bahan Antibakteria dimana didakwa cara penggunaan putik, esktrak atau minyak cengkih dipercayai cukup mujarab untuk membunuh patogen di dalam badan manusia. Antaranya adalah jenis patogen yang menjadi punca wabak taun yang akan musnah apabila jens dengan bahan bunga cengkih. hasiat ke dua adalah dimana ia sangat sesuai di gunakan untuk Kesihatan Oral setelah bunga ini di proses dan dijadikan minyak yang amat berfungsi sebagai antiseptik dan penahan sakit berkesan untuk masalah mulut dan pergigian. Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. KAlau zaan oden ini mungkin petua mengigit bunga cengkih kurang di ketahui atau di amalkan kerana banyak pesakit menggunakan perubatan moden sahaja. Khasit kehebatan bunga cengkih ke tiga adalah ia adalah amat bagus untuk hati berlemak. Didakwa dimana kehadiran antioksidan yang tinggi dalam cengkih amat ideal untuk menjaga organ badan khususnya hati. Cengkih dengan sifat hepatoprotektifnya boleh mengatasi kesan disebabkan oleh aktiviti metabolik bebas seperti peningkatan profil lipid dan pengeluaran radikal yang mengakibatkan penurunan tahap oksidan dalam hati. Apa pun khasiat ke empat adalah bunga cengkin sesuai dalam atasi masalah mulut berbau sebab aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut. Selain digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam penghasilan ubat gigi, cengkih boleh dimasukkan dalam minuman atau banyak jenis makanan setiap hari, untuk mengatasi masalah nafas berbau. Seterunya ke lima adalah ia baik bagi pesakit Kencing Manis atau Diabetes. Pesakit diabetes biasanya akan berdepan keadaan di mana insulin yang dihasilkan badan tidak mencukupi dengan tahap diperlukan. Kajian ada dapati jika penggunaan cengkih membawa kepada penjanaan insulin dalam badan dan mengekalkan paras glukosa darah.


Ramai kurang tahu atau jarang mendengar jika bunga cengkin mempunyai Sifat Antiradang sebagai salah satu bahan atau ubat penahan sakit yang sangat baik kerana ia merangsang reseptor kesakitan badan dalam proses untuk melegakan kesakitan. Dilaporkan kehadiran eugenol dalam jumlah tinggi dipercayai dapat mengurangkan kesakitan berkaitan dengan edema iaitu kes seperti bengkak yang disebabkan cecair berlebihan dalam badan yang terperangkap dalam tisu badan. Bunga cengkih di kaitkan dengan kemampuannya untuk Masaalah Kanser. Ini kerana bahan antioksidan adalah bahan kimia yang selalu memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan sel penyebab kanser. Hasil kajian di laporkan jika bunga cengkih mungkin mempunyai peranan penting dalam rawatan kanser masa hadapan kerana ia menyebabkan kematian sela dan penggandaan sel yang perlahan. Khasiat ke 8 dimana bunga cengkin adlah Bagus untuk sistem pencernaan. Minyak cengkih amat bagus dalam memastikan kelancaran pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan bertujuan iaitu untuk memastikan proses penghadaman tidak tersekat. Ia juga sangat berkesan dalam membantu didalam menghilangkan ketidakselesaan perut seperti cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin, sembelit dan sebagainya. Apa pun ke 9 dimana bunga cengkih adalah bahan Penggalak imuniti. Kajian mendapati jika putik cengkih turut berperanan dalam meningkatkan kiraan sel darah putih, sekali gus meningkatkan sifat imun yang hadir bersamanya. Ia didakwa mengurangkan hipersensitiviti badan kepada agen asing punca kepada kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi tubuh. Khasiat ke 10 dimana cengkih mampu untuk Mengtasi masalah obesiti apabila ekstrak rempah cengkih juga dipercayai berpotensi dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan. Cengkin juga mampu Meningkatkan kekuatan tulang dimana cengkih menghasilkan esktrak hidroalkohol sebatian fenolik seperti eugenol, flavonoid dan isoflavon. Sebatian ini dipercayai membolehkan tubuh mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang. Akhir sekali di laporkan dimana cengh serang digunakan adalah Untuk rawat sakit kepala. Apa pun herba cengkih dipercayai sebagai afrodisiak ringan dalam bidang perubatan Unani yang berkesan untuk mengurangkan sakit kepala. Kes pengambilan teh berperisa cengkih dapat menghilangkan masalah tersebut dengan mudah sambil menyegarkan mood.


Apa pun perlu ketahui jika pembaca blog anim agro technology perlu berhati-hati dengan kesan sampingannya. Ini kerana walaupun terdapat banyak khasiat bunga cengkih namun penggunaannya haruslah secara berhati-hati. Ini kerana didakwa penggunaan cengkih berlebihan pada bayi boleh menyebabkan sawan. Dos yang banyak juga tidak digalakkan untuk wanita hamil dan ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Oleh sebab komposisi kimia yang kuat, penggunaan minyak cengkih secara berterusan untuk tempoh lama pada gusi dipercayai akan melemahkan membran mukus dan gusi. Apa pun perlu diketahui jika lebih kajian diperlukan untuk mengesahkan khasiat cengkih dan tidak dinafikan potensi bunga cengkih dalam aspek kesihatan secara keseluruhan. Namun lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya. Seperti kebanyakan makanan sihat, ia paling berkesan apabila dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Di sembangkan juga aan tips menikmati khasiat bung cengkih. Caranya dengan mereneh bunga cengkih dalam air selama 5-10 minit untuk mendapatkan secawan teh yang menenangkan. Sebaiknya sama seperti kebanyakan produk herba, amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor untuk memastikan kesesuaian diri sebelum mengamalkannya.


Disembangkan juga akan 
7 keburukan bunga cengkih yang perlu di kongsikan dengan pembaca semua.Walaupun ia lebih sinonim sebagai bahan masakan, namun bunga cengkih turut digunakan dengan meluas dalam dunia perubatan moden dan tradisional. Akan tetapi dimana seperti kebanyakan bahan semula jadi lain, penggunaan cengkih atau minyak cengkih juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kesan sampingan ini boleh berlaku apabila ia tidak digunakan dengan betul atau secara berlebihan. Keburukan pertama adalah minyak cengkin akan beri kesan Iritasi pada bahagian seksual manusia. Penggunaan cengkih atau minyak cengkih pada bahagian sensitif seperti organ seksual boleh juga ia menyebabkan iritasi sebab cengkih mengandungi sebatian dikenali sebagai eugenol yang boleh menyebabkan kes-kes kerengsaan kulit. Adalah disarankan agar untuk tidak sesiapa menggunakannya pada bahagian sensitif tubuh anda tanpa nasihat perubatan. Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa, eugenol boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mukosa dan ia memerlukan lebih banyak penjagaan jika digunakan pada anggota badan yang sensitif. Keburukan kedua adalah ia menyebabkan Reaksi alergi atau kesan alahan pada kulit. Sesetengah orang juga mungkin akan mengalami reaksi alergi terhadap cengkih atau minyak cengkih. Tanda-tanda reaksi alergi boleh merangkumi gatal-gatal, kemerahan dan bengkak. Malah, dalam kes yang jarang berlaku, ia juga boleh menyebabkan kesukaran bernafasJika anda mengalami tanda-tanda ini selepas penggunaan cengkih, hentikan penggunaannya dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Alergi terhadap cengkih mungkin jarang berlaku, namun ianya boleh menjadi serius jika tidak ditangani dengan betul. Keburukan ke 3 dimana ia beri kesan kepada kes Penurunan drastik tahap gula darah. Cengkih juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu mengawal tahap gula darah. Namun, jika digunakan bersama dengan ubat-ubatan antidiabetik, ia boleh menyebabkan penurunan yang drastik dalam paras gula darah lalu mengakibatkan hipoglisemiaOleh itu sesiapa yang cuba mengambil ubat-ubatan diabetes perlu berhati-hati semasa menggunakan cengkih. Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor sebelum menggunakan cengkih dalam diet anda.


Keburukan bunga cengkih ke 4 adalah dimana ia boleh juga M
eningkatkan pendarahan sebab bunga cengkih memang ia mengandungi sebatian eugenol yang boleh bertindak sebagai agen pencair darah. Ini boleh meningkatkan risiko pendarahan, terutamanya bagi individu yang mengambil ubat antikoagulan atau yang akan menjalani pembedahan. Perlu dimaklumkan kepada doktor jika sesiapa sedang menggunakan cengkih sebelum sebarang prosedur pembedahan. Cengkih juga keburukannya adalah kes  Keracunan dimana Keracunan makanan sebabkan sakit perut. Kes pengambilan cengkih atau minyak cengkih dalam jumlah besar juga berpotensi menyebabkan kes keracunan.  Antara gejala keracunan cengkih adalah seperti sakit perut, muntah, cirit-birit, lemah badan, denyutan jantung yang cepat, kejang dan juga koma. Sesiapa kemudian ada mengalami gejala-gejala ini selepas penggunaan cengkih maka dengan segera perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Mengenai bahaya bunga cengkih yang boleh menyebabkan Masalah jantung dimana hasil kajian mendapati jika penggunaan cengkih dalam jumlah besar boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung. Ini kemudiannya menyebabkan aritmia atau gangguan pada irama jantung dimana diantara punca-punca aritmia perlu di ketahui. Apa pun dilaporkan ada lebih banyak penyelidikan masih diperlukan untuk mengesahkan perkaitan dan keburukan bunga cengkih ini, namun adalah penting untuk menggunakan cengkih dengan berhati-hati, terutamanya jika anda mempunyai sebarang masalah jantung sedia ada. keburukkan ke 7 dimana jika bunga cengkih menyebabkan akan kes Gangguan fungsi hati dimana penggunaan cengkih dalam jangka panjang dan dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan gangguan pada fungsi hati. Cengkih boleh mempengaruhi enzim hati yang kemudiannya boleh mengakibatkan kerosakan pada hati.  Kajian ada menunjukkan, penggunaan cengkih dalam dos yang tinggi boleh mengganggu fungsi hati, walaupun mekanismenya secara tepat masih belum jelas. Semuga artikel ini memberi info bermanafaat kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUNGA CENGKIH... SEJENIS HERBA...
KURANG DI TANAM... DI MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT... APAKAH DIANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...