Support My Blog

Monday, May 24, 2021

BAGAIMANA TANAM KEDONDONG?

POKOK DAN BUAH KEDONDONG
(Spondias dulcis) adalah dikategorikan sebagai Buah Nadir dimana ia merupakan jenis tanaman dengan bentuk pokok yang agak besar yang sesuai tumbuh dikawasan tropika. Tanaman kedondong sendiri ia memiliki ukuran ketinggian tanaman yang dapat mencapai 21 meter. Tanaman kedondong sendiri sesuai tumbuh dengan baik dikawasan tanah dataran rendah. Kebanyakan orang ramai tahu dimana buah kedondong yang selalunya 'masam' dan diproses untuk dijadikan jeruk, jus minuman, rojak buah dan beberapa produk lain. Hanya segelintir orang yang suka makan buah kedondong mentah yang dicicah dengan garam atau kuah rojak. Bagaimana pun dilaporkan dari segi pasaran sebenarnya buah kedondong lebih popular dijadikan 'rojak buah' yang dicampur dengan beberapa buah lain seperti mangga, betik muda, sengkuang dan kuah rojak petis. Rojak buah merupakan sejennis makanan yang kini dijual ditepi jalan, pasar malam dan juga kini da dihidangkan di hotel-hotel. Sebahagian orang mengenali buah kendondong untuk ianya dijadikan makanan diproses seperti seperti makanan rojak buah atau halwa. Buah kedondong sendiri adalah memang memberikan rasa yang masam manis yang enak juga untuk dimakan dengan mencampurkan bersama campuran gula merah yang pedas. Ramai juga peminat buah ini yang suka makan buah kedondong terdiri kalangan kaum wanita yang sedang hamil yang ada mengidam untuk dapat memakan buah kedondong tersebut. Buah kedondong memiliki bentuk buah yang ukuran yang bulat lonjong sekitar sekepal tangan budak yang mempunyai warna kulit yang hijau (Sila lihat foto diatas).  Penulis blog pernah membuat pemerhatian dimana apabila buah kedondong masak ia akan bertukar warna kulit kepada warna hijau kekuningan. Apa yang unik mengenai buah kedondong kerana buahnya sangat beserabut yang banyak dan ciri khas iaitu mempunyai biji yang sangat keras. Belum ada varieti kendondong yang didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi lazimnya penulis blog akan katakan dua jenis iaitu Varieti Kedondong Tempatan dan Varieti Kedondong Hibrid. Jenis kedondong hibrid ini dijual dengan harga agak tinggi akan tetapi ia didakwa lebih cepat berbuah, hasilnya tinggi, tahan penyakit dan buahnya yang kurang tahap kemasamanya. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana mengenai bagaimana teknik menanam kedondong termasuk menanam kedondong didalam pasu dikawasan rumah untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Secara ilmiah k
edondong adalah salah satu tanaman buah yang tergolong sama dalam kumpulan pokok mangga (Anacardiaceae). Penulis blog dapati buah kedondong jika diteliti mempunyai isi yang rangup walau pun lazimnya terasa sangat masam. Isi dagingnya berwarna putih pucat kehijauan apabila matang dan ia sangat berair dan mempunyai campuran rasa nanas dan mangga (Sila lihat foto disebelah). Biasanya teknik untuk menanam kedondong sangat mudah kerana biasanya pokok kedondong boleh tumbuh di banyak jenis tanah daripada tanah kurang subur apa lagi kalau ditanam di tanah subur. Lebih menarik lagi apabila pokok kedondong ini teah sesuai ditanam dan mampu berbuah apabila ditanam didalam pasu disekeliling rumah. Selain dari buahnya yang dimakan segar, diproses dimana  kini telah dilaporkan daun kedondong muda dijadikan ulam  setelah dikukus dan ada penternak yang menjadikannya makanan ternakan. Bagi bahagian kayu keras pokok kedondong yang besar sesuai dijadikan bahan asas dalam pembuatan perahu. Dari segi perubatan pula didakwa buah, daun dan kulit batang kedondong juga dikenal boleh diguna untuk dijadikan ubat kurap dikepala (borok), radang kulit dan juga luka akibat kena api atau terbakar. Menanam kedondong diperkarangan rumah dalam bekas pasu atau polibeg besar kini menjadi salah satu pilihan ramai. Sebaiknya bekas menanam mestilah berukuran besar dengan diameter sekitar 50cm dan tinggi sekitar 50cm.  Bahan media tanam boleh guna tanah campuran dan bokashi dengan perbandingan sekitar 1 : 1. Campurkan kedua bahan tersebut dicampur dengan Furadan 3G dengan kadar 3 gram untuk mencegah serangan perosak. Ada yang menggunakan media cocopeat dan tanah untuk dijadikan media tanaman. Benih cantuman selelu terbaik ditanam didalam pasu kerana ia cepat berhasil. Lakukan penyiraman 2 kali sehari dan pelru di buang segala rumpai diatasnya. Sebaiknya pokok dibaja dengan kadar sesuai apabila pokok berumur 1 bulan, 2 bulan, 4 bulan, 8 bulan dan seterusnya dengan baja NPK dan Baja Organik. Pokok kedondong dalam pasu boleh berbuah sekitar 1.0 - 1.5 tahun selepas ditanam.  

Penulis blog juga sering ditanya mengenai apakah dia Kedondong Hibrid
Pokok kedondong hibrid (Kedondong Mini) kini semakin diminati untuk ditanam bagi tujuan menggantikan pokok kedondong saka yang besar dan tinggi. Pokok kedondong mini bersaiz kecil dan boleh juga ditanam di dalam pasu atau di kawasan disekeliling rumah yang terhad. Pada penulis blog yang ada beberapa pokok ini dahulu mendapati ia sesuai dijadikan tanaman hiasan di sekeliling rumah (semasa tinggal di Kuarters di Mersing dan Segamat) dan dapat memetik buah sentiasa. Pokok kedondong hibrid memang lebih cepat berbuah dimana lazimnya akan berbuah sepanjang musim dimana cara penjagaannya adalah menjadi lebih mudah. Walaupun jika diteliti dimana buahnya pada penulis blog dapati agak kecil akan tetapi tetapi ia lebih lebat, lebih manis, kurang besabut dan yang penting kerana ia mempunyai biji yang kecil. Pengalaman dulu mengetahui dimana pokok kedondong hibrid ini lebih mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang perlu disemai di dalam polibeg. Anak benih yang berumur 4 - 5 bulan bolehlah diubah ke kebun atau pun ditanam di dalam pasu yang agak besar. Sebelum berumur setahun biasanya pokok kedondong hibrid sudah mula berbunga dan juga mula mengeluarkan buah. Pokok kedondong boleh juga dibiakkan menggunakan kaedah tut dan cantuman terutama bagi pokok kedondong saka supaya lebih cepat mengeluarkan hasil dan rendang. Kepada sesiapa yang bermonat menanamnya boleh ke nurseri swasta yang berhampiran rumah anda dan bertanya mengenai benih kedodong hibrid ini an beli apabila pasti walau pun harganya sedikit lumayan.

Dalam media cetak tempatan tidak banyak yang rencana yang melaporkan mengenai penamanan atau aspek teknikal penanaman pokok kedondong. Akhbar Harian Metro bagaimana pun ada sebuah artikel bertajuk '
Buah kedondong jana pendapatan sampingan' yang penulis blog kongsikan kali ini. Di Kangar, Perlis kudrat seorang bekas tentera ATM yang berjaya mengusahakan tanah terbiar terletak di belakang rumahnya berkeluasan kira-kira 0.14 hektar membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sampingan pada setiap minggu. Beliau adalah Ismail Md Isa berumur72 tahun yang menanam sebanyak 50 pokok batang kedondong sebagai permulaan dimana ia telah mengeluarkan buah sehingga 500 kilogram sebulan untuk dipasarkan sebagai buah segar di Kuala Lumpur selain ada mendapat permintaan di Thailand. Beliau dakwa dimana pokok tersebut mudah dijaga dan beliau memasang harapan untuk dapat meluaskan lagi tanamannya dengan mencuba menanamnya di tepi sawah selepas ini. Dinyatakan dimana sebenarnya pokok kedondong ini adalah perancangan sebagai punca pendapatan sampingan sahaja kerana sebelum ini saya adalah nelayan selama beberapa tahun di Hutan Melintang, Perak. Buah kedondong yang dihasilkan ini akan dituai mengikut jadual yang diatur dengan peraih yang datang kekebunnya. Penulis blog juga beberap kali membuat tinjauan teknologi penanaman pokok kedondong secara komersil seperti di Felda Pemanis berada Segamat dan di Melaka dimana mereka kebanyakannya juga memproses  sendiri untuk dijadikan jeruk kedondong. Pada penulis blog siapa yangtidak kenal dengn jenama Jeruk Kedondong Pak Ali yang popular dari Pulau Pinang. Syarikat Jeruk Pak Ali ini memang pembuat pelbagai jenis jeruk yang sangat terkenal di Malaysia dimana bagi jeruk kedondong sahaja ia mempunyai beberapa pilihan untuk di beli dan ujirasa. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TANAM KEDONDONG... BAGAIMANA...
DALAM PASU... MUDAH MENJAGANYA...
LEPAS SETAHUN ... BERBUAHNLAH DIA...
DI BUAT JERUK... ENAK DINIKMATINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysi
(11 Syawal 1442H).

Sunday, May 23, 2021

RACUN TIKUS - PELBAGAI CERITA


RACUN TIKUS (Rodenticide)
adalah sejenis racun yang digunakan untuk memusnahkan haiwan perosak iaitu Tikus (Rattus spp) sama ada di rumah, di dalam kebun, sawah padi, ladang kelapa sawit dan dimana jua. Tikus merupakan sejenis mamalia yang berdarah panas dan makan tumbuh-tumbuhan, hasil tanaman, makanan manusia, kotak, kain baju, beras dan sebagainya dan membawa penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain. 
Pada penulis blog yang lama dalam bidang pertanian memang tidak asing melihat racun tikus yang sering digunakan dikawasan sawah padi. Kini racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama racun tikus yang berdaftar diantaranya seperti MATIKUS, KING KONG, STORM, WARFARIN, RACUMIN dan banyak lagi. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun tanpa was-was untuk tujuan membunuh tikus yang selalunya merosakkan tanaman. Begitu juga racun tikus sering juga digunakan didalam rumah untuk tujuan menghapuskan tikus rumah. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Bagaaimana pun ibubapa mesti selalu waspada kerana racun tikus sediaan dalam bentuk butir berwarna terang biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia. Jika diambil dengan dos yang tinggi tentunya ia akan mendatangkan masaalah kepada kanak-kanak yang memakannya. Daripada beberapa lap[oran yang penulis rujuk menyatakan kadar keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis diantaranya seperti daripada jenis Brodifacoum, Bromadiolone, Calcium cyanide, Chlorophacinone, Coumatetralyl, Doumatetralyl, Flocoumafen, Warfarin dan Zinc phosphide. Penulis gerun mendengar bahan aktif tersebut kerana ia semua adalah toksik. Racun tikus yang mana ia mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah. Direkodkan diantara racun yang sangat toksik dan ianya merbahaya adalah seperti Arsenik, Fosforus, Talium, Flourida, Sianida dan Strichnin yang telah diharamkan. Artikel malam Ahad ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan media mengenai racun tikus dari dalam dan luar negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dari negara jiran Indonesia dimana telah dilaporkan 'Racun Tikus Ragut Nyawa' paling sadis didengar. Di 
Ponogoro akibat tertekan selepas melahirkan anak telah menyebabkan seorang wanita mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Wanita dikenali dengan nama Mariana berumur 29 tahun dari Daerah Bungkal, Jawa Tengah dilaporkan meminum racun tikus untuk menamatkan riwayatnya. Menurut Ketua Polis Bungkal AKP Joko Suseno dimana wanita itu dikatakan mengalami kemurungan kerana berjauhan dengan suaminya yang bekerja di luar negara. Wanita berkenaan sebelum ini turut bekerja di luar negara namun kembali ke kampung untuk melahirkan anaknya. Beliau keluar untuk ke kedai menaiki motosikal sebelum pulang membawa bungkusan dan terus masuk ke bilik. Sejam kemudian ibunya yang curiga dengan tindakan Mariana terus masuk ke dalam bilik terkejut melihat dia terbaring kekejangan seperti dilaporkan oleh portan berita  Kompas.com. Akibat terkejut dengan keadaan dilakukan anak perempuannya itu menyebabkan wanita terbabit segera memanggil suaminya untuk mendapatkan pertolongan. Dalam keadaan cemas itu Mariana diberikan air kelapa sebelum dia memuntahkan racun tikus yang diminumnya. Mariana telah pun kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Keluarganya kemudian membuat laporan polis berhubung kematian wanita itu dan jenazah dikebumikan di kampungnya.

Di Kulai, Johor dilaporkan dimana berlaku kejadian 
20 lembu mati termakan racun tikus telah dilaporkan dalam akhbar Harian Metro. Dilaporkan dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor mengesahkan kematian 20 lembu di sebuah ladang di Gunung Pulai, Kulai, Johor Bahru akibat termakan racun tikus seperti tular di media sosial sejak semalam. Pengarahnya JPV Johor mengesahkan kes itu yang dibuat dua penternak lembu kawasan itu menerusi siasatan Pegawai Veterinar Daerah (PVD) semalam. Siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah ladang lama dan insiden itu sudah berlaku lebih dua minggu lalu. JPV kemudian menghantar pegawai untuk melakukan siasatan awal terhadap kematian puluhan lembu berkenaan. Didapati ladang itu sudah lama dan lokasinya tidak dibenarkan untuk memelihara lembu dan tindakan oleh penternak memelihara haiwan itu walaupun selepas dilarang mengundang risiko apabila lebih 20 lembu mati dipercayai akibat keracunan racun tikus. Pihak JPV akan melaksanakan siasatan di lapangan pada minggu hadapan disertai pegawai ibu pejabat dari Putrajaya. Telah tular 20 gambar yang telah dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia mengenai kematian lembu dan beberapa haiwan lain akibat termakan racun tikus.  Racun tikus yang ditemui di lokasi menyebabkan kematian 20 lembu. Bangkai lembu ditemui bergelimpangan di sebuah ladang di Kulai seperti didalam laporan FB dan persatuan PHM menyatakan pemilik haiwan ternakan mengabai dan melepaskan haiwan ternakannya sehingga lebih 40 ekor lembu mati bergelimpangan secara serentak. Selain lembu ditemui mati ada beberapa haiwan liar seperti ular, burung hantu, kera, monyet dan beruk ditemui mati. Kejadian ini juga dikatakan berpunca daripada kerja meracun tikus yang dilakukan pengurusan sebuah ladang di Kulai, namun tidak sedar banyak haiwan ternakan masuk yang menceroboh mencari makanan turut termakan bahan beracun yang ditebarkan di kawasan ladang. Insiden dimana pemilik lembu tidak bertanggungjawab menternak haiwan ternakan secara sistem bebas kerap berlaku. Sistem ternakan bebas kini sudah tidak lagi sesuai dan satu usaha menukar kepada sistem ternakan secara berpagar dan berkandang wajar dilakukan segera.

Disebuah negara maju iaitu seperti Korea Selatan dimana pihak polis dilaporkan meny
iasat kes 1,000 kucing jalanan mati kena racun. Kes ini berlaku dibandar  Sintanjin, Daejon yang dipercayai berpunca daripada racun tikus. Korea Times telah melaporkan sebahagian penduduk telah mendakwa 'pembunuh kucing' terbabit melakukan perbuatan kejam itu sejak 2008. Menurut laporan KBS dimana kucing yang menjadi mangsa diumpan dengan diberi makan potongan ayam beracun. Seekor kucing ditemui mati di kawasan perumahan tidak jauh dari timbunan sampah di mana dua keping ayam ditutup dengan serbuk berwarna biru. Polis membawa bangkai dan daging yang tercemar ke Badan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan untuk dianalisis. Apa pun hasil kajian menunjukkan semua bangkai mengandungi rodentisid iaitu bahan terdapat dalam racun tikus. Seorang penduduk memaklumkan seekor kucing jalanan yang sering dijaganya telah mati secara tiba-tiba. Keadaan yang berlaku itu menyebabkan penduduk hilang selera makan selama beberapa hari menurut laporan berkenaan. Kumpulan aktivis tempatan untuk kucing jalanan di Daejeon sudah mencari dan mengumpulkan daging beracun itu. Meskipun begitu, dua kucing masih ditemui mati pada April dan tiga lagi pada bulan sebelumnya dengan potongan ayam berserta serbuk biru ditemui berhampiran bangkai haiwan itu. Seorang ahli kumpulan itu memberitahu mereka menemui lebih 30 keping daging beracun setiap hari dan mendapati lebih 1,000 kematian kucing jalanan sejak 13 tahun lalu. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan.

Berbalik kepada inovasi di Subang Jaya, Malaysia agar pihak berkuasa tempatan boleh 
Lupakan Racun Tikus. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggunakan burung pungguk atau burung hantu sebagai satu inisiatif untuk membunuh tikus dalam kawasan pentadbirannya selepas usaha menggunakan kaedah moden seperti racun atau perangkap sebelum ini agak kurang berkesan. Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) ini adalah yang pertama dilaksanakan di Asia. Projek perintis itu baru-baru ini menyaksikan sepasang burung pungguk jantan dan betina berusia tujuh bulan ditempatkan di sebuah sangkar yang dibina di atas pokok di kawasan SS15 sebelum diperluaskan lagi ke seluruh kawasan Subang Jaya dan Sunway dalam tempoh enam bulan akan datang. Yang Dipertua MPSJ Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, usaha terbabit selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk memulakan inisiatif hijau dalam menangani isu perbandaran. Apabila pihak USM berjaya menghubungi kami dengan idea memperkenalkan semula burung pungguk sebagai pendekatan biologi untuk membantu MPSJ mengawal populasi tikus, pihak PBT segera bersetuju mengambilnya. Sejak beberapa tahun sebelum ini dimana usaha mereka meletakkan racun tikus di kawasan komersial kurang berkesan apabila haiwan perosak itu juga telah membangunkan satu tahap toleransi dengan racun tikus yang digunakan.  Keseluruhannya sebanyak 12 pasang atau 24 ekor burung pungguk akan ditempatkan di kawasan pentadbiran MPSJ pada masa hadapan. Buat permulaan dimana USM mahu melihat keberkesanan pasangan pertama ini memburu setelah dilatih selama enam bulan di ladang kelapa sawit Felda Jengka 24, Pahang supaya memburu dan memakan tikus bandar berbanding tikus pertanian sebelum ini. Apa pun diingatkan kepada orang ramai bahawa Burung Pungguk Bangsal adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Artikel ini membuktikan dimana racun tikus perlu digunakan dengan tujuan betul dan bukan untuk memusnahkan haiwan lain dan mesti dikawal penjualannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
RACUN TIKUS... TOKSIK BAHAYA...
MEMBAWA MAUT... DI INDONESIA...
LEMBU DAN KUCING... JADI MANGSA...
BACA ARTIKEL... DAPAT BERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1442H).

Saturday, May 22, 2021

MEKANISASI MEMBUAT BEPANG

KUIH BEPANG ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan dan menjadi kegemaran penulis blog. Ia diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair yang disediakan dan sedap dimakan begitu sahaja. Dari segi industri makanan pengenalan makanan snek ditakrifkan sebagai makanan yang diambil antara waktu makan utama bagi memberi tenaga kepada badan. Pada kebiasaannya makanan snek dikelaskan kepada dua kategori iaitu snek manisan dan berperisa serta snek bar. Snek buah, kerepek dan bepang kacang merupakan contoh snek manisan dan berperisa manakala snek bar sarapan pagi dan bar buah dikategorikan sebagai snek bar. Walaupun faktor manis sering dikaitkan dengan isu kesihatan, namun permintaan terhadap makanan snek dilihat semakin meningkat. Pasaran makanan ringan seperti snek dan kerepek di Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan bernilai RM599 juta dan dijangka meningkat secara beransur-ansur pada kadar 4.4% setahun. Apa pun penulis blog mendapati dimana aktiviti untuk ianya dikomersialkan industri snek di Malaysia semakin rancak kerana ada permintaan terhadap pengeluaran snek yang semakin tinggi. Snek bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak dan remaja, malah turut diminati oleh golongan dewasa. Berdasarkan satu kajian mengenai snek didapati purata pengambilan snek oleh golongan dewasa ialah 1 - 2 kali sehari. Bepang kacang merupakan salah satu snek manisan dan berperisa tradisional yang digemari oleh rakyat Malaysia dan merupakan juadah ringan yang popular ketika musim perayaan yang disediakan kerana bahan-bahannya mudah diperoleh iaitu kacang tanah, gula pasir dan bijan. Walaupun kandungan gula dalam bepang kacang agak tinggi, namun kacang tanah yang digunakan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi juga kerana mempunyai kandungan asid amino, protein, vitamin B dan vitamin E yang tinggi. Sebahagian besar bepang kacang yang ada di pasaran dihasilkan oleh usahawan tempatan secara kecil-kecilan dan terhad kepada pasaran dalam Malaysia sahaja. Industri pengeluaran snek seperti bepang kacang boleh dimajukan sehingga ke peringkat global dengan teknologi dan membangunkan dalam aspek memodenkan teknologi pengeluaran. Aspek seperti pengawalan mutu bahan, kaedah penyediaan yang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), penggunaan mesin serta pembungkusan yang berkualiti dengan jenama dan label yang menarik mampu menjadi pemangkin kepada proses globalisasi ini. Selain itu, penambahan nilai kepada produk ini juga boleh dilakukan dengan mempelbagaikan bepang kacang seperti bepang kacang bersalut coklat, bepang kacang bersalut madu kelulut dan lain-lain mengikut kreativiti usahawan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula dan mengupas laporan bulletin MARDI mengenai mekanisasi membuat bepang untuk bahan rujukkan dan bacaan semua.

Biasanya pemprosesan bepang kacang secara konvensional dimulakan dengan proses menggoreng kacang tanah tanpa minyak terlebih dahulu dan diikuti dengan proses mengasingkan kulit ari kacang tanah. Kemudian gula pasir dimasak di dalam kuali sehingga cair sepenuhnya dan berwarna keperangan (karamel). Bijan dan kacang tanah yang telah diproses sebelum ini dimasukkan ke dalam kuali dan digaul sehingga sekata. Adunan bepang kacang yang telah sekata dan masih panas dipindahkan di atas papan rata untuk proses perataan. Dalam proses ini, adunan bepang kacang akan ditekan dan digelek rata perlahan-lahan menggunakan senduk atau penggelek sehingga nipis dan sekata (Sila lihat foto disebelah). Akhir sekali, bepang kacang dipotong dengan pisau mengikut saiz yang dikehendaki sebelum sejuk sepenuhnya dan dibungkus (Gambar 2).Pengeluaran bepang kacang skala besar dalam industri kecil dan sederhana memerlukan tenaga kerja mahir. Ini kerana proses penghasilan bepang kacang seperti proses meratakan adunan bepang kacang sehingga nipis dimana proses memotong bepang kacang agak rumit dan selalunya memenatkan, lebihlebih lagi jika tempoh masa pemprosesan yang lama iaitu 8 jam waktu bekerja. Lazimnya sebanyak 70 keping bepang kacang dengan saiz 3.5 cm x 5 cm dapat dihasilkan oleh seorang pekerja dalam tempoh satu jam.  Selain proses yang rumit dan memenatkan biasanya kaedah konvensional ini juga menghasilkan produk yang kurang berkualiti kerana tiada keseragaman dari segi bentuk dan saiz. Oleh yang demikian, pengeluaran bepang kacang secara komersial berskala besar dapat ditingkatkan dari aspek kualiti, kebersihan dan keupayaan pengeluaran dengan meningkatkan penggunaan mekanisasi dalam pengeluaran. Penggunaan teknologi mekanisasi mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja mahir, meningkatkan kapasiti pengeluaran, mengurangkan kos pengeluaran, menghasilkan kualiti produk yang konsisten serta proses penghasilan yang lebih bersih.

Teknologi mekanisasi pemprosesan bepang kacang telah dibuat kajian. Ini kerana terdapat permintaan usahawan dan wujud hasrat usahawan yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran bepang kacang untuk memiliki teknologi yang mampu meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja mahir. Kerajaan berusaha meningkatkan pembangunan teknologi dan inovasi oleh usahawan. Selaras dengan agenda kerajaan dan keperluan oleh usahawan bepang kacang, teknologi mekanisasi pemprosesan bepang kacang untuk industri kecil dan sederhana telah dibangunkan oleh pihak MARDI. Teknologi mekanisasi ini terdiri daripada tiga komponen pemprosesan utama iaitu mesin pemasak, mesin perata dan mesin pemotong (Sila lihat foto disebelah). 
Mesin pemasak terdiri daripada unit penggaul dan kuali pemasak dimana unit ini penggaul mampu menggaul adunan bahan bepang kacang secara berterusan serta mempunyai fungsi pengikis yang diperbuat daripada bahan teflon untuk mengelak adunan melekat pada kuali pemasak. Kuali pemasak pula mampu memasak adunan dengan sekata dan boleh dicondongkan kepada sudut tertentu dengan kawalan sistem pneumatik bagi memudahkan kerja memindahkan secara terus adunan bepang kacang yang telah siap dimasak ke atas papan teflon. 

Pekerja tidak perlu lagi mengendalikan proses memasak dan menggaul bahan-bahan secara manual dan berterusan serta tidak perlu mengangkat kuali yang panas untuk memindahkan adunan bepang kacang yang siap digaul sekata ke bahagian perata yang melibatkan penggunaan tenaga kudrat yang banyak dan meletihkan jika dilakukan dalam tempoh yang lama. Komponen kedua teknologi mekanisasi bepang kacang ini ialah mesin perata yang berfungsi untuk meratakan adunan bepang kacang sehingga mencapai ketebalan yang diingini (0.2 - 0.4 cm). Mesin ini terdiri daripada penggelek yang diperbuat daripada keluli tahan karat, tuil pemusing, pelaras ketebalan serta konveyor golek (roller conveyor) besi yang berfungsi untuk menggerakkan adunan bepang kacang di atas papan teflon ke kiri dan ke kanan secara automatik seiring pergerakan perata ketika proses perataan dijalankan. Proses meratakan adunan bepang kacang dengan mesin perata perlu dilakukan segera kerana adunan akan mula mengeras apabila selesai proses memasak. 

Proses meratakan adunan secara konvensional lazimnya menggunakan bahagian belakang senduk dan penggelek manual yang memerlukan kemahiran serta tenaga kudrat yang tinggi untuk meratakan adunan bepang kacang dalam waktu yang agak singkat sebelum adunan mengeras. Penggunaan mesin ini dapat mengurangkan tenaga pekerja dan masa pengeluaran, malahan menghasilkan ketebalan adunan yang lebih sekata. Komponen terakhir teknologi mekanisasi bepang kacang ialah mesin pemotong yang terdiri daripada dua bahagian mesin pemotong paksi-x dan paksi-y. Bahagian pemotong ini masing-masing mempunyai 20 bilah pisau cakera bulat yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Bepang kacang akan melalui dua peringkat pemotongan yang menghasilkan produk bersaiz 3.5 cm x 5 cm. Penggunaan mesin ini membolehkan proses memotong menjadi lebih bersih, cepat dan tidak perlu lagi menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kemalangan jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Selain itu, bepang kacang yang dipotong juga mempunyai saiz yang seragam untuk memudahkan proses pembungkusan. Daripada beberapa siri uji lari (test run) yang telah dijalankan, teknologi ini mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran bepang kacang berbanding dengan cara menggunakan kaedah konvensional. Teknologi mekanisasi yang dibangunkan ini mampu menghasilkan 350 keping/jam bepang kacang dengan dua orang pekerja. Walaupun kaedah konvensional hanya memerlukan seorang pekerja untuk semua operasi, tetapi hasil pengeluaran adalah rendah iaitu hanya 70 keping/jam bepang kacang dan akan berkurangan jika dilakukan dalam tempoh masa yang lama kerana faktor keletihan. Bepang kacang yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah teknologi mekanisasi ini juga konsisten dari segi saiz dan ketebalan.

Kajian ekonomi yang dilakukan dan kajian pulangan modal pelaburan usahawan amat menarik dibaca. Bagi seseorang usahawan yang ingin memulakan perusahaan bepang kacang menggunakan teknologi daripada mekanisasi ini. Ada beberapa kos awal bagi permulaan dan kos utama perlu diambil kira agar pulangan pelaburan dapat dimaksimumkan dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan. Antara kos yang terlibat dalam pemprosesan bepang kacang adalah seperti kos pekerja, kos mesin dan kos pengeluaran. Kos pekerja dapat diminimumkan memandangkan pengeluaran bepang kacang menggunakan teknologi mekanisasi ini tidak memerlukan pekerja berkemahiran yang tinggi. Kaedah dan pengendalian teknologi mekanisasi bepang kacang ini juga tidak sukar dan pekerja hanya memerlukan latihan yang minimum berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang disertakan. Bilangan pekerja yang dicadangkan ialah dua orang, iaitu seorang pekerja khusus untuk tujuan mengendalikan mesin pemasak, mesin perata dan mesin pemotong manakala seorang pekerja khusus untuk proses pembungkusan produk. Anggaran kos mesin, keperluan peralatan serta kos kerja-kerja pemasangan mesin dikira dimana anggaran kos ini dikira untuk tempoh 10 tahun berdasarkan anggaran kebolehfungsian mesin dan peralatan. Dengan menggunakan teknologi mekanisasi bepang kacang MARDI, sebanyak 2,800 keping bepang kacang mampu dihasilkan oleh dua orang pekerja dalam masa sehari (8 jam waktu bekerja) dan sebanyak 61,600 keping bepang kacang mampu dihasilkan dalam sebulan (22 hari waktu bekerja). Jika anggaran harga pasaran bepang kacang ialah RM0.50 sekeping, jualan bulanan yang mampu diraih adalah sebanyak RM30,800 dengan kos sebanyak RM17,500. Oleh yang demikian, anggaran pendapatan bersih yang mampu dijana oleh perusahaan ini adalah sebanyak RM13,300 sebulan. Berdasarkan pengiraan tersebut, usahawan yang menceburi perusahaan ini akan menerima pulangan modal pelaburan selepas tujuh bulan dengan kadar pulangan modal pelaburan (ROI) adalah 68.61% iaitu satu pilihan terbaik kepada usahawan. 


Kejayaan mekasisasi dengan teknologi dan membangunkan teknologi sistem mekanisasi pemprosesan bepang kacang untuk kegunaan usahawan di mana sistem ini mampu menghasilkan 350 keping bepang kacang dalam masa sejam dengan proses yang lebih bersih, kualiti yang konsisten serta mampu mencepatkan proses pengeluaran bepang kacang berbanding dengan menggunakan kaedah konvensional. Selain itu, usahawan yang menggunakan sistem ini juga tidak memerlukan tenaga pekerja mahir selain mampu menjimatkan kos operasi dalam jangka masa panjang. Dengan penggunaan teknologi ini dalam pengeluaran snek tradisional bepang kacang, agenda Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) 2006 – 2020 yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu mencapai objektifnya dalam meningkatkan ekonomi negara.

Sebenarnya bepang kacang merupakan salah satu snek makanan kegemaran di Malaysia. Proses pembuatan kuih bepang kacang secara konvensional amat rumit terutamanya ketika proses meratakan dan memotong bepang kacang. Selain itu, pengeluaran bepang kacang juga tidak seragam dari segi saiz dan ketebalan yang mempengaruhi kualiti produk. MARDI telah membangunkan teknologi mekanisasi pemprosesan bepang kacang untuk membantu usahawan dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Teknologi mekanisasi pengeluaran ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu mesin pemasak, mesin perata dan mesin pemotong yang mampu menghasilkan 350 keping bepang kacang dalam satu jam. Semuga ada pembaca blog anim agro technology yang mendapat info berguna sebagai bahan rujukkan yang berguna kali ini. Wasallam!!...
MAKANAN BEPANG... MANIS ENAKNYA...
KACANG TANAH DAN GULA...ASASNYA...
CARA LAMA... LAMBAT MEMBUATNYA...
MESAIN BEPANG... TELAH ADA CARA..

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(29 Muharam 1442H).

Friday, May 21, 2021

TEKNOLOGI TERNAKAN KUTU AIR (Part 1)


KUTU AIR
merupakan sejenis hidupan kecil yang selalunya menjadi makanan hidupan lain seperti ikan dan pelbagai lagi. Sebanrnya k
utu air adalah sebutan umum bagi sekumpulan krustasea kecil penghuni air. Kutu air bukan sejenis serangga dan tidak hidup sebagai parasit serperti mana banyak jenis kutu yang hidup di luar air seperti kutu rambut, kutu babi dan banyak lagi. Secara taksonomi haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam genera Daphnia (paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air merupakan sebahagian daripada hidupan air atau Zooplankton. Kutu Air dalam istilah ilmiahnya dikenali sebagai "Cladocera" yang berasal dari dua suku kata bahasa Bahasa Yunani Kuno iaitu 'kládos' yang maknanya tanduk (branch) dan keras (maksudnya tanduk yang keras). Kutu air berukuran kecil yang panjangnya kurang dari setengah milimeter dimana sebahagian besar panjang cuma sekitar 0.2 - 6.0 mm (0.01 - 0.24 inci). Hanya spesis  Leptodora yang panjangnya mencapai 18 mm dimana haiwan ini memakan fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Sebagian besar Cladocera hidup di air tawar dengan hanya 8 spesies yang hidup di lautan. Spesies yang hidup dilaut semua dalam famili Podonidae kecuali dari  genus Penilia. Beberapa cladocera dilaporkan tinggal atau habitatnya pada daun yang berguguran. Haiwan Daphnia adalah cladoceran air tawar bersaiz kecil krustasia yang mana biasanya dikalangan kita memanggilnya sebagai 'Kutu Air'. Pada penuis blog faham dimana nama ini adalah bukan sahaja ianya bersaiz kecil akan tetapi ukurannya yang pendek dan cara pergerakan seakan tersentak-sentak melompat dalam air. Genera Daphnia dan Moina adalah dua jenis hidupan yang berkait rapat (Sila lihat foto diatas) dimana ia terdapat di seluruh dunia dan secara kolektif dikenali sebagai daphnia. Daphnia mempunyai badan yang terdiri daripada kepala dan badannya dengan antena yang berfungsi untuk ia membuat pergerakan mudah alih. Ia mempunyai jenis mata kompaun besar terletak di bawah kulit pada sisi kepala . Salah satu ciri-ciri utama daphnia dimana pada bahagian utama badan, batang seakan terperangkap di dalam rangka luar (carapace). Haiwan ini akan bersalin kulit atau menumpahkan shell luarnya. Daphnia mempunyai kantung induk yang dilihat memang tertutup manakala Moina pula mempunyai kantung induk yang terbuka. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai teknologi menternak kutu air sebagai panduan asas kepada pembaca blog.

Mengenal akan kutu air jenis Moina memerlukan peralatan khusus seperti mikroskop agar dapat dilihat jelas. Biasanya ada perbezaan tentang saiz diantara genera kutu air dimana 
Moina adalah kira-kira setengah sahaja panjang maksima daripada Daphnia . Moina dewasa berukuran sekitar 700 -1,000 μm daripada udang air garam baru menetas (500 μm) dan kira-kira 2-3 kali panjang daripada saiz  rotifers dewasa. Moina muda pula mempunyai ukuran kurang daripada 400 μm. Lazimnya dilihat Moina ini mempunyai saiz yang sama atau hanya besar sedikit daripada rotifers dewasa dan lebih kecil daripada udang air garam yang baru sahaja menetas. Biasanya dalam habitat semulajadi dimana udang air garam mati dengan cepat dalam air tawar dimana ini menyebabkan Moina lebih sesuai untuk dijadikan sebahan makanan kepada anak-anak ikan air tawar. Anak-anak ikan dari telurnya dengan mudah akan menelan moina sebagai sumber makanan awal. Sebenarnya memang masih sukar kaedah bagaimana hendak mengukur saiz moina sebenar dimana hanya teknik gunakan jaring halus (500 mikron). Saiz moina yang ebih besar dari ini memang sudah susah untuk anak ikan menelannya sebagai makanan hidupan air. Pergerakan moina didalam air 'secara melonpat' pula akan membolehkan ia bergerak tetapi jika populasinya terlalu padat akan menjadi gangguan pula. Satu laporan penyelidikan ada menyatakan ternakan Moina micrura dijalankan dalam kolam dimana diberi makan dengan tahi ayam (dan sesekali tahi babi) mampu jadikan kadar hidupnya 95-99% (survival rate).  Masih kurang maklumat kaedah penternakan kutu air Moina diterbitkan terutama dikawasan tropika. 

Meneyentuh mengenai keperluan asas fizikal dan kimia untuk penternakan Moina penting dimana lazimnya 
Moina boleh muncul dalam kepekatan yang tinggi di kolam, tasik, parit, sungai arus  bergerak arus perlahan dan paya di mana bahan organik sedang diuraikan. Kejadian seperti ini biasanya akan kawasan empangan dan boleh berlaku dalam masa singkat. Apa pun Moina secara amnya mudah untuk bertoleransi terhadap kualiti air yang kurang baik. Moina boleh hidup di dalam air di mana jumlah oksigen terlarut yang berbagai daripada banyak Oksigen sehingga hampir tidak ada oksigen didalamnya (Supersaturation). Moina memang tahan kepada perubahan dalam kepekatan oksigen dan sering membiak dalam kuantiti yang besar dalam air yang mudah dan selalu  tercemar dengan kumbahan. Spesis Moina pula telah pun didakw mampu membantu peranan yang penting dalam menstabilkan kumbahan di kolam untuk pengoksidaan. Kadar keupayaan untuk hidup dalam persekitaran oksigen kurang atau oksigen rendah adalah disebabkan oleh keupayaan untuk sintesis hemoglobin Moina.Pembentukan hemoglobin adalah bergantung kepada tahap oksigen terlarut di dalam air. Pengeluaran hemoglobin juga mungkin disebabkan oleh suhu tinggi dan kepadatan penduduk yang tinggi. Kajian mendapati dimana Moina bertahan dalam suhu ekstrim dan mudah bagi menyesesuaikan perubahan setiap hari dari serendah 5-31 °C dan suhu biasa 24-31 °C . Toleransi suhu tinggi Moina adalah kelebihan yang besar bagi bekalan makanan kepada spesis ikan dalam industri perikanan.

Keperluan m
akanan Moina terdiri daripada banyak kumpulan seperti bakteria, yis, fitoplankton dan detritus (bahan organik yang mereput) . Sel bakteria dan kulat merupakan peringkat tertinggi dalam nilai makanan. Populasi Moina boleh berkembang paling pesat dalam kehadiran jumlah makanan yang mencukupi seperti sel bakteria dan yis serta fitoplankton. Moina adalah salah satu jenis daripada zooplankton yang boleh menggunakan Aeruginosa microcystisalga biru-hijau . Kedua-dua detritus tumbuhan dan haiwan boleh membekalkan tenaga untuk pertumbuhan dan pembiakan Moina. Lazimnya nilai makanan detritus adalah bergantung pada asal kehidupannya dimana ia berkurangan dengan umur detritus yang tersedia. Bagi memahami akan kitaran hayat Moina berkait rapat dengan kitaran pembiakan Moina yang dilaporkan mempunyai kedua-dua fasa seksual jantina. Biasanya populasi yang terdiri daripada semua betina yang membiak asexually dimana dalam keadaan optimum lazimnya Moina membiak ketika berumur 4-7 hari dengan jumlah saiz satu anak 4 - 22 setiap satu betina. Broods (anak) dihasilkan setiap 1.5 - 2.0 hari dimana kebanyakannya adalah betina yang mana akan menghasilkan 2 - 6 broods seterusnya disepanjang hayat mereka. Dalam keadaan persekitaran yang kurang baik lazimnya Moina jantan dihasilkan dan pembiakan seksual berlaku menyebabkan telur berehat (ephippia) dimana ciri ini juga serupa dengan telur udang air garam. Rangsangan untuk pembiakan seksual populasi Moina adalah bergantung kepada faktur kekurangan mendadak dalam sistem bekalan makanan dimana ini akan menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran telur berehat. Secara teorinya jika berlaku kepadatan populasi yang tinggi Daphnia boleh mengakibatkan penurunan dramatik dalam pembiakan akan tetapi perkara ini tidak berlaku dengan Moina. Lazimnya penghasilan telur Daphnia magna jatuh mendadak pada kepadatan yang rendah sekitar 95 - 115 ekor yang matang segelen (25-30ekor /Liter). Ketumpatan maksimum yang terbaik dalam penternakan Daphnia sekitar 19,00 ekor segelen (500 ekor /Liter). Moina agak berlainan kerana secara rutin ia mampu mencapai kepadatan sehingga19,000 ekor segelen (5,000 ekor / Liter) sebagai ternakan yang intensif. Artikel ini ditulis didalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama secara berturutan. Semuga artikel ini memberi info berfaedah kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK KUTU AIR... BAGAIMANA...
CARI BENIHNYA... PASTIKAN ILMUNYA...
TERNAK DAPHNIA... ATAU MOINA...
ADA POTENSI... KENALAH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1442H).


TEKNOLOGI TERNAKAN KUTU AIR (Part 2)

KUTU AIR merupakan sejenis hidupan kecil yang selalunya menjadi makanan hidupan lain seperti ikan dan pelbagai lagi. Sebanrnya kutu air adalah sebutan umum bagi sekumpulan krustasea kecil penghuni air. Kutu air bukan sejenis serangga dan tidak hidup sebagai parasit serperti mana banyak jenis kutu yang hidup di luar air seperti kutu rambut, kutu babi dan banyak lagi. Secara taksonomi haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam genera Daphnia (paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air merupakan sebahagian daripada hidupan air atau Zooplankton. Kutu Air dalam istilah ilmiahnya dikenali sebagai "Cladocera" yang berasal dari dua suku kata bahasa Bahasa Yunani Kuno iaitu 'kládos' yang maknanya tanduk (branch) dan keras (maksudnya tanduk yang keras). Kutu air berukuran kecil yang panjangnya kurang dari setengah milimeter dimana sebahagian besar panjang cuma sekitar 0.2 - 6.0 mm (0.01 - 0.24 inci). Hanya spesis Leptodora yang panjangnya mencapai 18 mm dimana haiwan ini memakan fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Sebagian besar Cladocera hidup di air tawar dengan hanya 8 spesies yang hidup di lautan. Spesies yang hidup dilaut semua dalam famili Podonidae kecuali dari genus Penilia. Beberapa cladocera dilaporkan tinggal atau habitatnya pada daun yang berguguran. Haiwan Daphnia adalah cladoceran air tawar bersaiz kecil krustasia yang mana biasanya dikalangan kita memanggilnya sebagai 'Kutu Air'. Pada penuis blog faham dimana nama ini adalah bukan sahaja ianya bersaiz kecil akan tetapi ukurannya yang pendek dan cara pergerakan seakan tersentak-sentak melompat dalam air. Genera Daphnia dan Moina adalah dua jenis hidupan yang berkait rapat (Sila lihat foto diatas) dimana ia terdapat di seluruh dunia dan secara kolektif dikenali sebagai daphnia. Daphnia mempunyai badan yang terdiri daripada kepala dan badannya dengan antena yang berfungsi untuk ia membuat pergerakan mudah alih. Ia mempunyai jenis mata kompaun besar terletak di bawah kulit pada sisi kepala . Salah satu ciri-ciri utama daphnia dimana pada bahagian utama badan, batang seakan terperangkap di dalam rangka luar (carapace). Haiwan ini akan bersalin kulit atau menumpahkan shell luarnya. Daphnia mempunyai kantung induk yang dilihat memang tertutup manakala Moina pula mempunyai kantung induk yang terbuka. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai teknologi menternak kutu air sebagai panduan asas kepada pembaca blog.

Masih ramai yang kurang mengetahui akan p
erbandingan jumlah pengeluaran spesis Daphnia magna dan Moina macrocopa dalam teknik penternakan yang disenyawakan dengan yis dan juga ammonium nitrat. Dilaporkan dimana kajian menunjukkan hasil purata harian Moina 106 -110 gram setiap semeter persegi. Kadar ini adalah 3 - 4 kali ganda lebih tinggi jika berbandbing hanya sebanyak  25 - 40 gram seiap satu meter persegi bagi Daphnia. Hasil penghasilan harian Moina fitoplankton dan baja organik telah dilaporkan melebihi 375 gram bagi setiap satu meter persegi. Kajian lanjt yang dilakukan mengenai kandungan nutrisi bagi spesis Moina berubah-ubah bergantung kepada umur dan jenis makanan yang mereka terima. Walaupun nilainya berubah-ubah akan tetapi kandungan protein Moina biasanya kekal pada nilai purata 50% daripada berat kering. Moina dewasa biasanya mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada Moina juvana dimana kajian mendapati jumlah lemak per berat kering adalah sekitar 20 - 27% untuk Moina dewasa dan 4 - 6% untuk Moina juvana. Kesemua ini juga bergantung kepada sistem penternakan dilaksanakan. Teknologi asas yang dilakukan semasa menternak ini dengan mengamalkan apabila semua sel-sel kulat, bakteria dan alga dimakan maka biasanya kira-kira 5-10 hari selepas inokulasi. Moina dewasa sepenuhnya sesuai untui dituai dan ternakan untuk pusingan berikutnya. Cara ini amat sesuai diamalkan apabila kuantiti tertentu Moina diperlukan setiap hari kerana pengeluaran harian yang terjamin serta lebih terkawal.

Perkembangan kutu air juga bersaing dan boleh tercemar dengan hidupan air lain dihabitat sama seperti
 protozoa, rotifers, kopepod atau kehadiran spesis pemangsa larva ikan atau benih (contohnya seperti Hydra, kembali-perenang, kumbang menyelam dan larva pepatung). Larva Pepatung merupakan haiwan pemangsa berada didalam air selama 4-6 bulan dengan memakan  hidupan air seperti anak ikan, monia, plankton dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti penternakan kutu air separa komersil perlu dijaga berterusan selama lebih dua bulan bagi membolehkan penuaian dijalankan setiap hari. Penting diperhatikan adalah aktiviti mengawal keadaan air dan juga memeriksa kadar perkembangan populasi kutu air didlamnya. Kegagalan didalam menjga pesekitaran habitat membolehkan Moina akan gagal untuk bertindak balas terhadap proses  persenyawaan tambahan dimana dengan jelas bahawa moina ini tidak dapat membiak dengan baik. Moina boleh dihasilkan sama ada dalam gabungan dengan makanannya atau sebagai penternakan yang berasingan. Selalunya cara gabungan adalah yang paling mudah akan tetapi pengeluaran daripada cara yang berasingan  memberikan hasil yang lebih tinggi. Cara ternakan yang berasingan adalah dimana tangki yang mengandungi fitoplankton disusun dilokasi berlainan  dan mudah dikeringkan walau pun memerlukan lokasi tembahan.  Walau bagaimanapun ia bagus untuk mengelakan berlskunys pencemaran, memudahkan aktiviti penggurusan dan mampu mengeluarkan hasil yang lebih konsisten. Apa pun kaedah penternakan yang diamalkan sebaiknya sentiasa dan mesti mengekalkan beberapa populasi Moina untuk memastikan jika bekalannya berkurang disebabkan tiada bekalan. Bekan tangki air berukuran 10 gelen (38 liter) sesuai digunakan untuk menternak Moina. Ada yang menggunakan tangki air dibuat dari bahan keluli tahan karat (stainless steel), tangki simen, tangki fiberglas, tangki plastik dan sebagainya bagi penternakan komersil.

Dalam bekas tangki yang lebih besar apa pun kedalaman air harus tidak lebih daripada 3 kaki (0.9 m). Kedalaman maksimum cuma sekitar 0.4 - 0.5 meter sahaja atau sedalam 16 - 20 inci adalah disyorkan. Jika paras kedalaman air yang cetek ia membolehkan penembusan cahaya matahari yang baik untuk fotosintesis oleh fitoplankton dan menyediakan permukaan yang besar kepada nisbah isi padu untuk resapan oksigen. 
Cahaya yang sampai kepermukaan air akan meresap sehingga kepada Moina. Tangki yang diletakkan dibawah rumah hijau yang ditutup dengan netting dengan kadar pengurangan cahaya 50-80% adalah ideal. Apa pun sebaiknya tangki inii terlindung daripada gangguan hujan bertujuan menstabilkan pengeluaran dan terlindung daripada gengguan dan menghalang kemasukan serangga liar akuatik. Apa pun perlu diperiksa dimana bbekas ternakan sama ada aquaria, tangki, bekas terpakai atau kolam mesti yang bersih sebelum mulakan penternakan Moina. Amalan menggunakan bahan rawatan membasmi kuman dengan gunakan 30% bahan Asid muriatic atau teknik pengeringan dibawah cahaya matahari boleh dilakukan. Kualiti dan sumber air adalah penting diperiksa. Moina adalah amat sensitif kepada racun perosak, logam (seperti bahan tembaga dan zink - yang mana jika airnya diambil dari air paip komersil), bahan pencuci (sabun), bahan peluntur dan lain-lain bahan-bahan toksik yang terdapat didalam sumber bekalan air. Pastikan bahawa bahan toksin ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam tengki atau tempat ternakan moina. Sebaiknya lakukan proses pengudaraan (oxygenation) selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum air tersebut digunakan. Air paip boleh digunakan jika diudarakan selama sekurang-kurangnya dua hari untuk meneutralkan klorin atau thiosulfate natrium atau peneutral klorin yang terdapat didalamnya. Air bersih daripada mata air semula jadi adalah yang paling ideal. Penggunaan air hujan juga sangat baik untuk Moina jika diambil daripada kawasan yang kurang tercemar sekelilingnya. Air sungai atau air tasik yang ditapis dahulu dan diperiksa kualitinya boleh digunakan juga. Suhu dalam air yang disyorkan dan optimum bagi penternakan Moina sekitar 24 - 31° C. Moina terus membiak dengan baik melebihi 32° C untuk tempoh yang singkat. Biasanya dilaporkan pada keadaan suhu rendah kesannya adalah menyebabkan pengurangan pengeluaran. Artikel ini ditulis didalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama secara berturutan. Semuga artikel ini memberi info berfaedah kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK KUTU AIR... BAGAIMANA...
CARI BENIHNYA... PASTIKAN ILMUNYA...
TERNAK DAPHNIA... ATAU MOINA...
ADA POTENSI... KENALAH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1442H).


TEKNOLOGI TERNAKAN KUTU AIR (Part 3)

KUTU AIR
merupakan sejenis hidupan kecil yang selalunya menjadi makanan hidupan lain seperti ikan dan pelbagai lagi. Sebanrnya kutu air adalah sebutan umum bagi sekumpulan krustasea kecil penghuni air. Kutu air bukan sejenis serangga dan tidak hidup sebagai parasit serperti mana banyak jenis kutu yang hidup di luar air seperti kutu rambut, kutu babi dan banyak lagi. Secara taksonomi haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam genera Daphnia (paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air merupakan sebahagian daripada hidupan air atau Zooplankton. Kutu Air dalam istilah ilmiahnya dikenali sebagai "Cladocera" yang berasal dari dua suku kata bahasa Bahasa Yunani Kuno iaitu 'kládos' yang maknanya tanduk (branch) dan keras (maksudnya tanduk yang keras). Kutu air berukuran kecil yang panjangnya kurang dari setengah milimeter dimana sebahagian besar panjang cuma sekitar 0.2 - 6.0 mm (0.01 - 0.24 inci). Hanya spesis Leptodora yang panjangnya mencapai 18 mm dimana haiwan ini memakan fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Sebagian besar Cladocera hidup di air tawar dengan hanya 8 spesies yang hidup di lautan. Spesies yang hidup dilaut semua dalam famili Podonidae kecuali dari genus Penilia. Beberapa cladocera dilaporkan tinggal atau habitatnya pada daun yang berguguran. Haiwan Daphnia adalah sejenis cladoceran air tawar bersaiz kecil krustasia yang mana biasanya dikalangan kita memanggilnya sebagai 'Kutu Air'. Pada penuis blog faham dimana nama ini adalah bukan sahaja ianya bersaiz kecil akan tetapi ukurannya yang pendek dan cara pergerakan seakan tersentak-sentak melompat dalam air. Genera Daphnia dan Moina adalah dua jenis hidupan yang berkait rapat (Sila lihat foto diatas) dimana ia terdapat di seluruh dunia dan secara kolektif dikenali sebagai daphnia. Daphnia mempunyai badan yang terdiri daripada kepala dan badannya dengan antena yang berfungsi untuk ia membuat pergerakan mudah alih. Ia mempunyai jenis mata kompaun besar terletak di bawah kulit pada sisi kepala . Salah satu ciri-ciri utama daphnia dimana pada bahagian utama badan, batang seakan terperangkap di dalam rangka luar (carapace). Haiwan ini akan bersalin kulit atau menumpahkan shell luarnya. Daphnia mempunyai kantung induk yang dilihat memang tertutup manakala Moina pula mempunyai kantung induk yang terbuka. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai teknologi menternak kutu air sebagai panduan asas kepada pembaca blog.

Mengenai sistem p
engudaraan sebaiknya Moina mendapat cukup oksijen dengan cara meletakkan secebis makanan di dimana ini akan meningkatkan kadar pengeluaran fitoplankton. Cara ini membolehkan peningkatan dalam bilangan telur setiap Moina betina dan akhirnya meningkatkan populasinya. Pemberian sedikit air tawar ke dalam tangki ternakan juga boleh meningkatkan pengeluaran Moina. Ada juga yang menggunakan alat pengudaraan (seperti yang digunakan dalam akuarium) diletakkan didalam tangki berkapasiti 400 gelen (1.5 meter persegi). Buih sangat kecil dikeluarkan alat pengudaraan ini bagaimana pun harus dielakkan sebab ianya boleh terperangkap di bawah carapace, menyebabkan Moina untuk terapung di permukaan, akhirnya membunuh mereka. Permakanan moina perlukan beberapa penyesuaian dimana boleh digunakan beberapa bahan baja biasa dan kadar pemberian. Cuba berikan beberapa media sesuai untuk menentukan mana satu yang terbaik dalam situasi ternakan. Amalan disesuaikan dengan pastikan kuantiti bahan-bahan baja perlu ditambah pada mulanya untuk setiap 100 gelen  (379 L) air dan juga tambahan baja sebaiknya kira-kira 5-10% daripada jumlah asal selepas 5 hari kemudian. Antara makanan lazim diberikan seperti yis sebanyak 8.5 gram dan ibu roti sbanyak 14 gram kedalam tangki ternakan serta baja Amonium Nitrat sebanyak 15 gram. Formulasi makanan lain seperti memberikan kombinasi antara campuran alfafa (43 gram), bran gandum atau dedak beras (43 gram) dan yis (0.3 gram). 

Pemberian baja organik membolehkan
 sel-sel bakteria dan kulat dan detritus serta fitoplankton sebagai makanan yang baik untuk Moina. Makanan lebih lengkap ini memenuhi keperluan pemakanan Moina dimana boleh menyebabkan pengeluaran maksimum . Baja mineral boleh digunakan secara berasingan akan tetapi ia hanya disyorkan untuk ternakan moina didalam kolam sahaja berbanding jika digunakan untuk ternakan didalam tangki. Disyorkan juga untuk menggunakan najis segar kerana ianya mengandungi banyak bakteria akan tetapi perlu teliti. Ada sesetengah najis binatang ternak diberi bahan tambahan makanan haiwan yang diberikan bahan makanan khusus untuk mengawal larva lalat dimana perkara ini boleh sebabkan menghalang aktiviti pengeluaran Moina. Amalan disyorkan dengan mengeringkan baja najis haiwan dahulu juga baik sebelum digunakan. Bagaimana pun kika boleh mendapatkan secara komersial baja organik seperti baja tahi ayam proses (pelet kering) boleh digunakan dan praktikal. Jika ada bahan organik yang todak terurai sebaiknya dikeluarkan daripada tangki ternakan dengan menggunakn sauk yang dipasang kain penapis nylon sintetik. Pemberian makanan yang berlebihan boleh menyebabkan masaalah kualiti air dimana akan ada kulat lain. Jika keadaan menjadi serius makan harus dibuang sahaja air didalam tangki tersebut dan buat ternakan baharu. Keadaan pH yang terlalu tinggi (nilai lebih besar daripada pH9.5 yang berpunca daripada alga yang banyak mengakibatkan peningkatan dalam nisbah bentuk toksik ammonia yang boleh menghalang pengeluaran Moina. Sebainya dikalwal pH sekitar pH 7 - 8 dengan pemberian cuka (asid asetik).

Menyediakan benih moina (inoculating) sebanyak 100 moina bagi segelan air (25 liter) adalah kadar yang sesuai. Jika kadar diberikan rendah daripada disyorkan maka kesannya adalah jumlah populasi agak perlahan. Penting juga kadar pemberian baja atau makanan yang diberikan terkawal dan jangan berlebihan kerana ini akan mampu mengelakan daripada mooina terlebih makan. Dalam masa 24 jam selepas proses persenyawaan maka perlu dijaga suhu yang betul dengan menyediakan kualiti air yang terbaik. Pemberian yis dengan kadar dan masa tepat membolehkan moina mendapat makanan bersama dengan kehadiran fitoplankton dalam tangki ternakan. Pada peringkat ini sebaiknya lakukan pemeriksaan kepada tangki penternakan setiap hari dengan melihat beberapa aspek penting. Pastikan tahap kesihatan mina dalam keadaan baik dengan cara mengambl satu sudu besar (15 ml) air dan diperiksa dengan kanta pembesar atao mikroskop (jika ada). Moina akan dapat dilihat berwarna hijau atau coklat
 dengan penuh kawasan usus dan pergerakan aktif menunjukkan ia dalam keadaan yang sihat . Sebaliknya jika warna Moina pucat dengan kawasan penghadaman kosong atau Moina menghasilkan telur berehat dimana ini bermakna ada tanda-tanda keadaan suboptimum alam sekitar atau makanan yang tidak mencukupi. Periksa kepadatan populasi Moina dilakukan dengan membunuh yang Moina dalam sampel 1-sudu teh (3-5/ml) dicampur dengan larutan alkohol 70% dan mula mengira semua Moina di dalam piring petri yang dilihat melalui kanta pembesar atau mikroskop. Jika jumlah Moina mencapai bilangan sebanyak 45-75 ekor dalam sampel 1 sudu teh (3-5/ml) ia adalah sesuai. Bagi penternaak komersial mereka melihat dengan matakasar sahaja sudah boleh mengagak dengan tepat kepadatan populasi mona dalam air.

Biasanya moina b
oleh dituai dengan menapis air daripada tangki ternakan menggunakan penapis yang digantung dalam tangki berukuran 50 - 150 μm mesh. Semasa menuai sebaiknya dimatikan sistem pengudaraan dan membenarkan zarah makanan untuk mendak dahulu sebelum penuaian. Secara praktikalnya menuai moina dilakukan berperingkat untuk tujuan asal memperpanjangkan ternakan iaitu sekitar 20-25% daripada populasi setiap hari. Bagaimana pun untuk membuat baru penternakan moina boleh diambil semua atau dikeringkan terus tangki air untuk dicuci. Penuaian dengan kaedah iaitu penyaliran sebahagian air dari tangki keluar membolehkan untuk proses menukar air separuh dimana cara ini akan dapat meningkatkan kualiti air. Jika menuai pada jumlah sedikit maka pada satu-satu masa hanya memindahkan Moina hidup kepada bekas yang mengandungi air tawar supaya terpelihara habitat untuk ia terus hidup. Mendakan yang berlaku didasar tangki seperti cebisan makanan dan baja perlu dibersihkan atau dikeluarkan agar menjaga kualiti ait dan elakkan pencemaran berlaku. Berlainan spesis moina mungkin memerlukan sedikit pengubahsuaian kaedah rawatan dan cara serta jangkamasa penuaian hasil. Memang ada banyak perbezaan rawatan diantara Moina dengan Dapnia yang harus diketahui pnternak. Pengeluaran moina untuk diberikan kepada anak-anak ikan boleh dilakukan dengan berjadual. Apa pun selepas dituai maka moina boleh terus hidup selama beberapa hari di dalam air bersih di simpan didalam peti sejuk. Mereka akan meneruskan aktiviti biasa apabila mereka sekali lagi dikeluarkan dari peti ais adan diletakkan didalam suhu bilik. Bagaimana pun kaedah ini menjejaskan sedikit kualiti Moina dari peti ais dan ia tidak optimum kerana telah melalui tempoh kebuluran. Bagaimana pun ia boleh diperbaiki dengan memberikan makanan sesuai.  Dilaporkan dimana Moina boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama dengan dibekukan dalam air masin yang rendah garam (ppt 7) dan kadar ketumpatan sekitar 1.0046 atau boleh juga moina ini melalui teknik pembekuan pengeringan. Kedua-dua kaedah ini mungkin akan membunuh Moina akan tetapi perlu dipastikan proses tepat bagi membolehkan selepas pencairan berlaku dengan baik supaya mereka akan disediakan untuk makanan anak-anak ikan. Moina beku dan beku-kering didakwa tidak berkhasiat sebagai hidupan tidak seperti moina segar yang mudah diterima oleh anak-anak ikan .Moina yang beku juga moina yang melalui proses pembekuan-pengeringan sebenarnya tidak ketara mengubah kandungan pemakanan Moina atau nutrien jika ia dikeluarkan dengan cepat ke dalam air dalam masa sepuluh minit selepas pengenalan di dalam air segar.  Ada kalangan pembaca yang kurang faham dengan penulisan ini kerana ia adalah alihbahasa daripada artikel Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Semuga artikel 3 segmen ini iaitu Part 1, Part 2 dan Part 2 memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MENTERNAK MOINA... BAGAIMANA...
KURANG TAHU... SILA MEMBACA...
TIDAK FAHAM.. SILAKAN BERTANYA...
BILA BERMINAT... ANDA BOLEH MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...