Support My Blog

Sunday, August 26, 2018

BABAT

BABAT atau Perut Haiwan Ruminan (Haiwan 4 kaki) yang makan rumput merupakan satu hasilan produk apabila haiwan tersebut di gunakan. Di Malaysia babat lebih merujuk kepada perut lembu, kambing dan sebagainya yang tidak dibuang selepas haiwan tersebut disembelih sebaliknya dijadikan pelbagai jenis makanan yang digemari sebahagian rakyat. Babat atau perut ialah sejenis lapisan yang boleh dimakan dari perut pelbagai jenis haiwan ternakan dimana dari tinjauan mendapati kebanyakannya dari lembu dan kambing biri-biri. Babat dari lembu boleh dibahagikan tiga kebuk perut pertama lembu iaitu babat rumen, babat retikulum dan babat omasum. Bagaimana pun lazimnya babat abomasum atau dipanggil juga babat jerami kurang dijumpai. Babat rumen biasanya berbentuk kembang dan rata sementara babat rectikulum seperti sarang lebah dan babat omasum adalah bahagian kebuk perut lembu. Pada penulis lebih mudah untuk membeli babat lembu berbanding dengan jenis babat lain di pasar biasa, pasar malam dan juga hypermarket. Walaupun babat cenderung merujuk kepada bahagian perut lembu yang dimasak sebagai makanan, barang makanan yang serupa juga boleh juga dihasilkan dari mana-mana binatang dari bahagian perutnya. Babat dari perut lembu biasanya berwarna gelap tetapi dipasaran ia dijual dengan warna putih bersih. Sebenarnya babat ini telah diproses dengan teknik membasuhnya. Babat yang dibasuh adalah sejenis hidangan popular, berkhasiat dan murah dimana dari segi sejarah telah dimakan untuk kelas pekerja Inggeris dari zaman Victoria hingga separuh kedua abad ke-20. Walaupun ia masih popular di banyak bahagian dunia pada hari ini, bilangan pemakan babat di UK telah merosot dengan cepat. Babat telah dianggap sebagai makanan haiwan ternakan dimana apabila negara lebih maju maka mereka telah kurang memakan babat sebagai makanan utama. Biasanya membasuh babat maka perut lembu ini akan dibersihkan dan lemaknya dibuang. Ia juga kemudian direbus dan diluntur bagi memberikan warna putih yang biasa seperti yang dilihat di gerai-gerai pasar dan di kedai-kedai daging. Bagaimana pun di Malaysia, Indonesia dan beberapa lagi negara Asia didapati babat masih lagi popular terutama apabila banyak lembu yang disembelih pada satu-satu acara seperti perkahwinan atau Hari Raya Korban. Malaysia merupakan negara pengimport babat dengan jumlah yang banyak. Makanan yang berasaskan babat banyak jenis di negara kita tetapi antara yang popular adalah Sate Babat, Kerabu Babat, Masak Lemak Babat, Sup Babat dan banyak lagi. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai babat atau perut lembu untuk dijadikan bahan rujukkan. 


Penulis blog merujuk kepada beberapa artikel termasuk wikipedia untuk menilai kandungan nutrisi permakannnya. Setiap 100 gram babat mengandungi tenaga sebanyak 85 kcal, karbohiderat (0), Lemak sebanyak 3.69 gram (iaitu Lemak Tepu sebanyak 1.29 gram dan lemak tidak tepu sebanyak 1.53 gram), Protin (12.7 gram) dan  Air (84.16 gram). Babat banyak mengandungi banyak vitamin seperti Riboflavin (0.64%), Niasin (6%), Asid Pantoteic (2%), Vitamin B6 (1%) dan vitamin B9 sebanyak 5 micro gram. Vitamin lain adalah seperti Vitamin B12 sebanyak 1.39 microgram (58%) dan juga bahan Vitamin E sebanyak 0.39 mg (1%). Kandungan mineral pula seperti unsur Kalsium (69 mg), zat besi (0.59 mg), Magnesium (13 mg), Manganese (0.085 mg), Posforan (64 mg), Natruim (97mg) dan juga unsur Zink (1.42 mg). Babat mudah dibeli dengan harga yang berpatutan seperti di pasar malam. Lazimnya babat yang original dikampong yang diperolehi daripada semeblihan lembu semasa hari raya korban ada mempunyai bau jika tidak dibersihkan dengan betul. Bagaimana pun dipasaran biasanya bahan babat ini telah dibersihkan dengan warnanya putih dan tidak berbau (Sila lihat foto paling atas). Babat banyak dimakan dikalangan masyarakat Malaysia kerana ia lembut dan enak dimakan.


Terdapat beberapa cara untuk melembutkan perut lembu dan em(babat). 2016 Farah Alina 1 Comment cara lembutkan perut lembu, petua perut lembu empuk. Cara mudah dilakukan adalah dengan cara meletakkan sudu besi didalam masakkan perut lembu dimana akan melembutkannya. Babat juga boleh direbus bersama dengan sudu kaca dimana ini juga akan melembutkan babat dalam masakkan. Seterusnya anda boleh memasak babat dengan meletakkan betik muda atau daun betik untuk tujuan bagi melembutkannya. Ini kerana buah betik muda mengandungi bahan dikenali dengan nama ''papain'' yang mampu melembutkan daging dan babat dalam masakkan. Ada juga petua dimana bagi memasak perut lembu ini meletakkan daun nangka yang telah dibasuh kedalam masakkan. Kemudian toskan babat tersebut sebelum dimasak menjadi makanan resepi kesukaan. Ada pula yang merebus babat dengan merebus bersama beras. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk dimana kemudian perlu dibuangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehl ia terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula. Paling unik petua dimana jika hendak melembutkan babat dengan mencuci babat tersebut sehingga bersih dan kemudian direndam didalam air batuselama 30 minit. Kemudian ditoskan air dan babat lembut tersebut sedia untuk dimasak. Petua seterusnya dengan mengambil akar pandan dan dibersihkan sebelum dimasukkan dalam rebusan babat. Babat akan lemut dan ditoskan airnya sebelum dimakan. Cara lain dengan mengambil halia dan dihancurkan serta digaul dengan garam diperap selama 30 minit. Kemudian bahan ini disapukan kepada babat yang hendak dimasak dan dibasuh sebelum merebusnya. ir kelapa juga sesuai digunakan untuk melembutkan babat. Caranya dengan memasukkan secawan air kelapa dalam rebusan babat dimana biasanya ia akan menjadi lembut (Sila lihat foto disebelah). Cuka makan juga boleh dicampur dalam merebus babat untuk melembutkannya.


Sate babat atau sate perut lembu kini merupakan antara jenis sate popular di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ada dua jenis sate perut atau sate babat iaitu Babat Biasa dan Babat Tembusu. Sate babat amat mudah disediakan iaitu dengan merebus babat dahulu sehingga empuk sebelum dimasukkan ramuan seperti kunyit, ketumbar, jintan manis, garam, gula, serai dan perisa lain yang sesuai. selepas direbus maka ia dipotong kecil berukuran 2 cm x 1.5 cm dan dimasukkan ramuan sate yag telah dikisar tadi diperap selama 1 jam. Kemudian ia peru dicucuk pada lidi sate sebanyak 3 - 4 keping secucuk. Sate babat ini kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar menggunakan bara arang. Cara yang sama juga dilakukan kepada sate babat tembusu yang dipotong sekitar 2-3 cm panjang dan dicucuk pada lidi sate. Membakar sate babat lebih mudah daripada sate daging atau sate ayam kerana babat nipis dan ianya cepat masak. Sate ini sesuai dihidangkan dengan ketupat atau nasi impit, sambak kacang, timun dan bawang. Biasanya sate babat dijual diantara RM0.80 - RM1.00 secucuk bergantung kepada saiz, lokasi dan juga premis perniagaan. Sebenarnya untuk kepuasan makan sate babat lebih baik buat sendiri dirumah kerana ia amat mudah disediakan.


Sup Babat atau pun Sup Perut merupakan sejenis sup yang digemari rakyat Malaysia terutama dinegeri-negeri Pantai Timur seperti di Kelantan, terengganu dan Pahang. Penulis blog amat suka makan sup babat yang dimasak ala resepi Ala-Thai. Ini kerana rasa supnya mempunyai rasa lemak, masam (air limau), pedas (cili padi), masin sedikit dengan aroma atau baunya yang enak (Sila lihat foto disebelah). Menyedian sup babat Ala-Thai ini mudah sahaja dengan menggunakan bahan seperti 300gm perut lembu (perlu direbus dan dihiris nipis), 2 batang serai, 3 biji cili padi, 3 biji jus limau nipis, 3 biji bawang putih, 3 biji bawang merah, 4 helai daun limau purut, 1 liter air serta bahan seperti garam dan gula secukup rasa. Bagi mereka yang kurang pandai memasak boleh mencuba buat sup perut ini dengan belajar memasak. Bagi memasak perlu dididihkan air bersama serai, cili, jus limau nipis, bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit mendidih. Kemudian boleh dimasukkan perut yang telah dipotong-potong dan perasakan dengan garam serta gula mengikut cita rasa anda. Biarkan mendidih seketika dan kemudian diangkat dan sedia untuk dinikmati. Pada penulis blog sup babat ini enak dimakan bersama nasi putuh pada waktu makan tengahari. Makanan lain yang enak dengan menggunakan babat adalah kerabu pertu dan sebagainya. Semuga artikel malam ini dapat emberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Walassam !!...
BABAT... PERUT LEMBU RUPANYA...
MAKANAN POPULAR... DI MALAYSIA...
SATE BABAT... DICECAH KUAHNYA...
SUP BABAT... SUNGGUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4818, Tingkat 4,
Hostel Anggerik, INTAN,
Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
(16 Ogos 1439H).

Saturday, August 25, 2018

GAHARU - TANAMAN POTENSI

GAHARU dihasilkan daripada pokok Aquilaria spp. yang tergolong dalam keluarga Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggj dan saiz garispusat batang (diameter) sehingga 60 cm dengan batang berbentuk sederhana lurus. Dilaporkan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria diseluruh dunia dengan terdapat spesis yang mempunyai nilai komersil dalam pengeluaran gaharu. Dinegara kita Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja yang telah dikenalpasti iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah hingga kekawasan tanag dengan ketinggian 750 m dari aras muka laut. Kesemua spesis ini adalah penting dalam industri menghasilkan pelbagai produk gaharu. Saya kali pertana kenal akan pokok gaharu semasa melawat projek tanaman gaharu di Kelantan. Dalam membuat rujukkan, saya dapati lain-lain nama yang digunakan merujuk kepada gaharu adalah : agarwood dan eagle wood (English); Agor” (Bangladesh); “akyaw’ (Myanmar); “calambour (French); “adlerholz” (German); “alim” (Sumatran); “Kanakoh” (Vietnam); “Gh’lng Kui Hsiang” (Chinese) dan Karas (Melayu). Pokok ini seimbas pandang ia seakan-akan pokok durian belanda bagi mereka yang kurang kenal terutamanya dibahagian daunya (Lihat foto diatas). Di dalam keadaan tumbuhan ini hidup secara semula jadi di dalam hutan, kita mungkin tidak perasan pokok ini kerana ia besar dan tinggi. Gaharu adalah sejenis pokok bagi bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau stress samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok gaharu dan beberapa informasi berkaitan dengan tumbuhan tersebut yang bernilai tinggi.


Jadual 1: Beberapa spesis pokok gaharu di Malaysia.
Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin dalam pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran unutk membuat adunan minyak wangi. Menyedari tentang potensi gaharu sebagai satu sumber ekonomi baru di Malaysia terutamanya kepada penduduk luar bandar, beberapa program telah dijalankan oleh pihak tertentu untuk mrmajukan industri yang baru ini.


Kini usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini. Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu Pokok Karas (Aquilaria spp.) dan Pokok Cendana (Gyrinops spp.) yang boleh dibincangkan dalam konteks ini. Proses terjadinya gaharu apabila pokok tersebut yang akan mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat pada kulit dan batang yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Demi pokk untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau dikatakan sebagai makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya proses penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan 'resin' atau 'damar wangi' yang dinamakan sebagai gaharu. Bahan ini apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri (Bau harum yang amat kuat). Kajian menunjukkan pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari keluarga Thymelaeceae yang mana terdapat sebanyak 25 spesis Aquilaria dijumpai di seluruh dunia. 


Di Malaysia saintis melaporkan bahawa beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan. Antaranya adalah seperti faktor dalam proses pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran (Lihat foto benih disebelah). Pemilihan anakbenih yang tepat harus dinilai untuk meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman. Pemilihan anak benih sering menjadi persoalan yang mana satu paling sesuai untuk menghasilkan gaharu. Ini kerana terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal serta dipengaruhi oleh banyak faktur tertentu.  Sebaiknya kawasan penanaman pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain," katanya. Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok ditanam dikawasan lain. Pokok yang berhasil sering daripada pokok yang sakit atau 'stres' dan cedera. Keadaan ini sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu yang ujud di dalam hutan dimana dilaporkan pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. 


Teh dari pokok gaharu dijual.
Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesis yang menjadi pilihan pembeli dan ianya mempunyai harga yang tinggi. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kajian jug ada menunjukkan kaedah penanaman dengan jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah kepadatan tanaman sebanyak 430 pokok atau 1,000 pokok seeka (0.4 ha). Adalah disyorkan agar penanaman secara integrasi adalah lebih baik kerana ia mengurangkan risiko. Cara intergrasi akan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Ini boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman yang sesuai bergantung kepada kesuburan tanah. Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun bolehlah dibuat suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat hasil yang optima. Jika tidak dilakukan, pokok karas tidak akan mampu membentuk gaharu di dalamnya secara semulajadi maka gaharu terbentuk. Laporan juga menyatakan apabila pokok ini telah mencecah usia 20 - 40 tahun, ia akan melalui kecederaan fizikal atau serangan mikro organisma secara semulajadi.


Manfaat dari kayu gaharu sangat banyak diantaranya sebagai bahan asas wangi-wangian, anti mikro-oranisma, ubat sakit perut, bahan pengawet, bahan kosmetik dan sebagainya. Kajian juga mendapati bahan dari bahagian kayu, getah dab kulit pokok gaharu memang banyak. Antara kegunaannya adalag dari bahagian kayu gaharu sebagai bahan asas untuk dibakar (colok) yang menhhasilkan bau wangi kuat dipasang didalam kuil dan temple. Ia juga sesuai untuk dijadikan bahan asas dalam aroma terapi yang signifikan. Gaharu memang telah sejak berzaman digunakan dalam bahan asas membuat adunan ubat-ubatan serta bahan asas pembuatan minyak wangi (perfume). Selain itu kayu gaharu sebagai bahan asas bagi pembuatan sabun, shampo yang berbau harum atau wangi serta bahan campuran pembuatan komestik. Kayu gaharu juga sesuai dijadikan kraftangan dan bahan ukiran yang berbau wangi jika diletakkan dalam rumah. Demikian beberapa manfaat dari kayu gaharu, semoga membantu anda pembaca blog anim agro technology dapat menerima tulisan dari blog ini. Wasallam!..
POKOK GAHARU... KARAS PUN DIA...
BERNILAI TINGGI...ASAL MALAYSIA...
KINI DITANAM... AGAR TIDAK SIA-SIA...
BANYAK DICUBA... BELUM BERJAYA...


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 329, Lead View Hotel,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(23 Ramadan 1434H)

Friday, August 24, 2018

SOMTAM - KERABU BETIK MANGGA

SOMTAM atau Kerabu Betik Muda atau Kerabu Mangga Muda merupakan makanan Ala-Thai yang semakin popular di negara kita. Makanan yang berasal daripada negara Asia Tenggara ini memang sejenis makanan sihat yang berkhasiat dan enak dimakan bersama nasi putih dan pelbagai lauk-pauk lain. Makanan ini merupakan makanan jenis salad yang mudah disediakan berasaskan kepada salad betik mentah, kacang tanah, cili, pla ra, ketam, plum dan limau. Kini makanan Somtam atau salad betik mentah adalah salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada kepingan nipis betik mentah mudah didapati dari Restoren Makanan TomYam dengan mudah. Hidangan ini dipercayai berasal dari Laos akan tetapi dipopularkan oleh masakan Thailand dan kini sudah diperkenalkan diperingkat internasional yang disajikan di Asia Tenggara. Di Kemboja disebut bok l'hong, di Laos disebut tam som tepatnya tam maak hoong, di Thailand dikenal sebagai som tam dan di Vietnam disebut goi du du. Di Malaysia pula lebih biasa disebut dengan Kerabu Betik Muda atau Kerabu Mangga tetapi kini ramai yang sudah mengetahui perkataan ''Somtam'' ini (Sila lihat foto paling atas sekali). Som tam dengan resepi dari Thailand didakwa merupakan makanan yang mendapat nombor ke 46 dari senarai 50 Makanan Paling Lazat di Dunia oleh CNN Go pada 2011. Penulis blog memesan dua pinggan somtam di Restoren Makanan Suraya Sefood Ala-Thai di Kg Baru, Kuala Lumpur kerana memang enak sekali makanannya selain daripada servisnya yang cepat. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai makanan kerabu betik muda atau kerabu mangga atau somtam  sekadar berkongsi info bersama pembaca semua.

Betik Muda atau Mangga Muda menjadi asas kepada makanan somtam dimana biasanya pilih buah yang belum masak dihiris menjadi jalur nipis dengan alatat pemarut komersil iaitu dilakukan semasa penyediaan. Hidangan ini menggabungkan lima utama rasa utama dari masakan tempatan iaitu masam limau, pedas cili, sos ikan masin, savuri dan juga rasa kemanisan ditambah oleh gula melaka. Bahan-bahan yang diadun dan ditumbuk dalam lesung batu (Sila lihat foto disebelah)   Nama biasa bagi makanan ini dalam bahasa Laos bermaksud "masam ditumbuk", bagaimanapun, nama Laos atau makna yang lebih khusus adalah ''tam maak hoong'' atau bermaksud "betik ditumbuk". Walaupun menggunakan betik, yang seseorang akan berfikir manis maka salad ini sebenarnya savuri. Apabila betik belum masak biasanya betik muda ini mempunyai rasa yang sedikit masam dan sedikit pahit. Teksturnya segar dan teguh atau rapuh kadang-kadang akan menjadi ketahap kerangupan. Inilah yang membolehkan buah betik muda atau mangga muda dapat bertahan ketika dipukul dalam lesung batu. Dinegara asal di Laos (penulis blog dua kali ke negara tersebut hadi kursus dan memberi ceramah kepada usahawan tani mereka) salad betik hijau adalah salah satu daripada makanan harian tradisional mereka. Salad yang ditumbuk di Laos ini semua adalah di bawah kategori induk tam som atau yang mungkin tidak mengandungi betik hijau.

Di negara jiranThailand yang juga digelar sebagai ''Kitchen of the world'' dengan pelbagai jenis makanan hebat menjadikan somtam sebagai satu pilihan rakyat mereka dengan popular sekali. Di Thailand makanan somtam adalah sebagai adat apabila ada pelanggan meminta penyedia untuk membuat hidangan yang sesuai dengan citarasanya. Tukang masak Thailand menambah baik resepi asal somtam dari Laos dengan pelbagai campuran lain yang lebih enak dan bertaraf komersil serta internasional. Somtam Thailand kini menjadi asas kepada somtam Malaysia yang enak dengan pelbagai pengubahsuaian bahan yang digunakan (Sila lihat foto disebelah). Jika anda berkunjung ke Thailand jangan lupa menjamu selera dengan makanan enak somtam ini. Secara tradisinya kepelbagaian salad betik hijau buatan tempatan di jalan-jalan di Bangkok sangat pedas kerana penambahan segenggam cili padi. Bagaimana pun kini apabila popularitinya semakin meningkat di kalangan pelancong asing termasuk orang Eropah dan Asia lain yan tidak tahan pedas maka mere sering dihidangkan somtam yang tidak begitu pedas. Banyak bahan-bahan tambahan somtam ala thai yang menggabungkan semua rasa yang unik dan menyegarkan. Sebenarnya selain daripada salad betik hijau rakyat tempatan Thailand juga akan turut juga menghidangkan makanan ayam panggang dengan pulut adalah sebagai gabungan makanan popular di Thailand. Apa yang menarik penulis blog mengenai resepi penyediaan somtam Ala-Thai mereka menggunakan betik muda diparut dan kemudian ditumbuk di dalam lesung batu. Bahan ramuan lain dinasukkan adalah cili, Gula (secara tradisinya gula melaka), Bawang putih, Limau, Sos ikan, Udang kering dan brined Ketam. Ini bukan ketam laut sejenis ketam hitam tempatan yang telah dimasinkan atau lebih dikenali dengan ''ketam sawah''  yang diperolehi dari sawah yang mana ia ditenggelami air dan terusan. Bahan lain dimasukkan adalah terdiri dari belacan, Pla-ra atau padaek, Tomato, Kacang panjang, Plum Hog dan juga Terung Thai mentah. Biasanya salad betik hijau sering dihidangkan dengan pulut dan kai yang/ping gai (ayam panggang). Ia juga boleh dimakan dengan mi beras segar. Hidangan ini sering disertai dengan sayur-sayuran mentah di sebelah untuk mengurangkan kepedasan hidangan.

Dalam laporan khas perlancongan di Thailand ada dinyatakan makanan somtam paling mahal di Thailand telah berjaya dikenalpasti (Sila lihat foto disebelah). Makanan salad betik atau lebih dikenali dengan nama somtam adalah salah satu makanan Thai yang paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan juga dikalangan pelancong asing di sini. Kaji selidik baru-baru ini mendedahkan bahawa harga purata somtam dengan gabungan rasa manis, masam dan pedas ini paling mahal dikenal pasti di tepi pantai, Krabi, Thailand. Tinjauan oleh  Kementerian Perdagangan baru-baru ini meninjau harga produk pengguna 2018 iaitu termasuk makanan somtam dan mendapati bahawa harga purata somtam adalah tertinggi di Krabi yang dijual pada harga THB60 (RM7.40) untuk setiap hidangan. Harga ini ditetapkan peniaga disebabkan Krabi adalah salah sebuah destinasi pelancongan utama Thailand. Laporan tersebut juga melaporkan somtam kedua paling mahal di negara itu dikenal pasti di Rayong dengan harga runcip pada THB55 (RM6.80), sterusnya ketiga temahal berada di Bangkok THB35 (RM4.30) dan yang ke empat termahal adalah di Si Saket THB30 (RM3.70). Bagaimana pun sebenarnya harga somtam di Malaysia jauh lebih mahal dibandingkan dengan kajian di Thailand itu.Restoren biasa Ala-Thai menghidankan sepinggan somtam dengan harga RM5.00 - RM6.00 satu hidangan. Bagaimana pun ianya bergantung kepada likasi dan kualiti somtam ianya berbeza-beza mengikut lokaliti di Malaysia. 

Dalam penulis merujuk beberapa resepi menyediakan somtam terlalu banyak yang dijumpai. Resepi kerabu betik somtam oleh MyResepi mudah dirujuk dan sesuai dengan selera penulis blog. Kerabu betik mula Al-Thai ini menggunakan bahan seperti sebiji betik mengkal saiz kecil atau yang berwarna jingga, 1 biji mangga muda, 1 sudu udang kering yang perlu ditumbuk kasar, 5 sudu kacang goreng yang ditumbuk kasar, 2 sudu sos ikan,1 sudu gula, sebanyak 7 biji limau kasturi diperah dan diambil jusnya, bahan perasa garam secukup rasa (jika perlu). Bahan B yang perlu adalah terdiri dari 3 batang kacang panjang, 2 kuntum bunga kantan, 8 biji cili api, 3 biji cili merah, 2 biji bawang besar, 2 tangkai daun ketumbar dan juga 1 biji tomato. Cara menyediakan dan memasak somtam betik muda dengan membuangkan kulit betik dan mangga dan basuh bersik. Kemudian betik muda ini diracik memanjang menggunakan pisau atau parut khas. Seterusnya dengan mencampurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili , udang kering, kacang goreng, bunga kantan, daun ketumbar dan bawang besar dalam bekas (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya memasukkan sos ikan, gula dan jus limau dan gaulkan sehingga rata dan isikan kerabu mangga kedalam pinggan dan boleh dimakan segera dengan masi putih. Enak dimakan selepas disediakan untuk tahap keenakan paling maksima.

Kerabu Mangga pada penulis blog sebenarnya lebih enak berbanding dengan kerabu betik muda (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun masaalah kekurangan buah mangga muda sepnjang tahun menjadi halangan untuk penulis blog mendapatkan bahan asas kerabu mangga somtam ini. Bahan untuk meyediakan somtam mangga dengn 2-3 biji mangga muda, udang kering yang ditumbuk halus, cili padi, bawang merah, serai dihiris halus, bunga kantan dihiris, kacang tanah ditumbuk, air perahan limau serta bahan perasa gula dan garam secukup rasa. Biasanya bagi menambah keenakan somtam mangga jangan lupa menggunakan sos ikan. Ada juga yang memasukkan daging ikan atau ayam bagi menambah rasa dan kelazatannya. Cara membuat somtam mangga mudah dengan buah mangga atau pelam dihiris memanjang dan dimayang halus (sederhana pun boleh). Kemudian di hiris bawang merah, cili padi, serai, bunga kantan dan tomato (potong kiub) sebelum kesemuanya dimasukkan bahan kedalam mangkuk dan gaulkan bersama. Masukkan udang kering dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi gaulkan bersama perahan air limau tadi sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula dan gaulkan sehingga sebati. Bila sudah siap somtam mangga ini sedia dihidangkan dengan makan bersama nasi putih atau laukpauk lain. Memang enak makan somtam mangga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA SOMTAM... KERABU IA SAMA...
BAHAN UTAMA... GUNAAN BETIK MUDA...
RAMUAN DICAMPUR... BERSAMA MANGGA...
ENAK DINIKMATI... MAKAN BERSAMA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agroomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(12 Zulhijjah 1439H).

Thursday, August 23, 2018

CAPATI - MAKANAN ISTIMEWA

CAPATI merupakan sejenis makanan yang juga dipanggil sebagai Chapati, Chappati atau Chapathi iaitu roti rata yang tidak beragi dimana ada juga memanggil sebagai roti. Makanan ini dipercayai berasal daripada negera seperti Nepal, India dan Pakistan. Ia adalah sejenis makanan di Asia Selatan dan juga di kalangan ekspatriat Asia Selatan dan di seluruh dunia. Capati ada dihidangkan di Asia Tengah dan negara Afrika seperti Kenya, Tanzania dan Uganda dengan sedikit penyesuaian masakan. Sebenarnya apa yang penulis blog diberitahu pembuat capati terkenal di Melaka bahawa perkataan 'Chapati' bermakna "leper bulat" dalam bahasa India. Kepingan capati adalah salah satu bentuk yang paling biasa di mana gandum diuli dalam satu bentuk roti atau rotta (roti). Di Malaysia capati lebih sering diadun dengan cara menggunakan campuran tepong gandum dan tepung Atta dan juga air. Ada juga sesetengah orang menambah garam  atau minyak untuk menjadikan kepada bentuk doh. Doh ini akan ditebar dan dicanai serta diletakkan pada kuali kering yang rata permukaanya yang dipanaskan. Berbeza dengan roti canai biasa ianya tidak menggunakan minyak semasa memasaknya memadai dengan permukaan kuali yang panas. Maka capati memang tidak berminyak dan dianggap sebagai makanan sihat. Ia akan diterbalikan beberapa kali diatas kuali sehingga masak dan terus dihidangkan bersama kuah dal, kari, kari kambing, kari ikan, kari daging hancur dan dimakan begitu sahaja. Penulis blog paling suka makan capati dengan lauk kari kambing untuk mendapatkan rasa sebenar makan capati yang memang mengenyangkan untuk jangkamasa yang lama. Antara beberapa lokasi restoren yang penulis suka di Air Hitam Johor, Capati Tehel di Melaka dan beberapa lokasi di Perak. Artikel malam ini iaitu pada cuti Hari Raya Aidil Adha 2018 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' satu jenis makanan iaitu capati seperti mana yang ada dilaporkan didalam beberapa akhbar tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam Akhbar Utusan Malaysia bertajuk ''Capati Tehel jadi tarikan'' merujuk dimana kalau dahulu makanan berasal dari negara di India dan Pakistan kini telah diusahakan oleh orang tempatan. Usahawan dikenali dengan nana Senakan Bibi menunjukkan kemahiran menguli dan membakar capati di gerainya di Batu 9, Jalan Tehel, Melaka (Sila lihat foto disebelah). Pada ramai penduduk tempatan mereeka mendakwa inilah capati paling sedap dimakan. Kelazatan roti dan kuahnya memang tiada tandingan. Itulah reaksi spontan seorang pelanggan sebuah warung capati dan roti jala di Batu 9, Jalan Tehel di sini apabila ditanya mengapa dia sanggup berkunjung ke situ hampir setiap hari. Bukan sahaja dikenali di kalangan penduduk setempat malah orang dari luar Melaka cukup mengenali warung yang diberi jolokan 'Warung Capati Tehel' di kalangan penggemarnya. Bagi yang berkunjung ke sini khususnya mereka yang datang dari luar Melaka, warung capati Tehel menjadi tempat persinggahan awal sebelum berkunjung ke beberapa tempat menarik di bandar ini. Capati yang disediakan di sini, tidak sama seperti di mana-mana gerai lain kerana keenakannya apa lagi dengan hidangan sepinggan kuah kima kambing dan kari ayam membuatkan mereka yang menikmatinya menghela nafas lega serta puas. Anda jangan terkejut jika anda terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk dibawa balik begitu juga mereka yang datang mencari tempat duduk kosong. Memang anda perlu banyak bersabar menanti giliran, pastinya anda tidak akan hampa apabila dapat menikmati capati Tehel. Akhbar juga nyatakan salah seorang pelanggan dari Muar, Johor, Azman Abdul Halim, 35, berkata, dia mendapat tahu akan kelazatan warung capati Tehel itu daripada seorang rakan. Katanya ''Kira-kira enam bulan lalu, seorang rakan karibnya  ada memberitahu ada sebuah warung capati yang sedap dan terletak di tepi jalan bersebelahan ladang kelapa sawit. 'Mula tu, saja ingin mencuba, tapi tak sangka pula sedapnya hingga buat saya ketagih sehingga sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia. Seorang lagi pelanggan, Ismail Dangi, 47, pula berkata, dia sanggup membawa keluarganya makan di situ walaupun mempunyai pilihan lain yang berdekatan dengan rumahnya di Bukit Baru, dekat sini.  ''Kalau ada masa lapang, saya pasti bawa keluarga makan di sini, walaupun jauh, tapi ia berbaloi kerana keenakannya," katanya. Bagi Rasnah Abdul Wahid, 32, keenakan capati dan roti jala di warung tersebut terletak pada adunan tepungnya yang lembut dan kuahnya yang sukar ditandingi di tempat lain. ''Saya tidak tahu hendak gambarkan enaknya makan capati di sini dengan sepinggan kuah kima kambing atau kari ayam. Rasanya lain dari yang lain," katanya lagi. Bukan menjadi satu perkara yang pelik apabila berkunjung ke warung ini, orang ramai sentiasa memenuhi setiap ruang tempat duduk yang ada.


Pelanggan mendakwa rotinya sungguh lembut dan kuahnya pula serba serbi cukup rasa. Bagi Marina Yahya, 46, dia terkejut melihat orang beratur untuk membeli capati dan keadaan jalan raya di situ sesak kerana banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan. ''Beberapa minggu kemudian, ada rakan bercerita mengenai keenakan makanan di situ dan selepas itu barulah saya tahu kenapa terdapat banyak kereta di letakkan di situ. ''Bila mencuba hidangan di sini, saya begitu berselera sampaikan makan capati sehingga tiga keping pun tidak sedar," katanya lagi. Sementara itu, pemilik warung berkenaan, Senakan Bibi, 50, berkata dia mula berniaga menjual capati secara kecil-kecilan sejak hampir 10 tahun lalu. Senakan yang berasal dari Pakistan menambah, dia tidak menyangka capati dan roti jala yang dijualnya menjadi buah mulut pelanggannya sehingga kini. "Ramai orang cakap, roti dan kuah saya sedap, tapi bagi saya, biasa saja kerana semuanya saya buat menggunakan rempah ratus tempatan. ''Saya belajar cara mengadun tepung dan membuat kuah daripada saudara-mara semasa di kampung halaman dulu," katanya. Tambahnya, dia mampu menjual capati sehingga 10 kilogram tepung setiap hari dan setiap bulan mampu meraih pendapatan pada sekitar RM4,000Menurutnya lagi, warung capatinya beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 5.30 petang sehingga 11 malam. Harga bagi sekeping capati di warung capati Tehel ialah 80 sen sekeping manakala kuah kima daging lembu atau ayam RM2 sepinggan. Penulis blog beberapa kali berkunjung ke gerai capati ini untuk memakannya.


Dalam akhbar Harian Metro dan juga beberapa akhbar lain yang dirujuk melaporkan mengenai kisah di New Delhi, India dimana gara-gara capati ada yang ''Mati kerana capati tak bulat''Seorang wanita hamil mati dibunuh suaminya semata-mata berang kerana mangsa tidak dapat membuat roti capati yang berbentuk bulat. Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22, dipercayai dicekik hingga mati oleh suaminya selepas bergaduh pada malam Sabtu lalu. Mayat Simran yang hamil empat bulan ditemui terbaring di sebuah rumah pangsa di sini pada pagi Ahad lalu oleh abang mangsa. Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun ditemui dikurung di dalam sebuah bilik manakala suami mangsa melarikan diri. Kanak-kanak itu memberitahu polis, bapanya sering memarahi ibunya kerana wanita itu tidak dapat membuat capati berbentuk bulat. Ibunya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” katanya. Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya. “Saya cuba membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” ceritanya. Polis memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali. “Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dakwaan membunuh,” katanya.


Dalam Akhbar KOSMO Onine pula ada dilaporkan artikel bertajuk ''Capati'' yang sangat menarik untuk dibaca. Kini ramai  orang memilih capati kerana ia dikatakan lebih menyihatkan daripada nasi. Benarkah atau hanya andaian semata-mata? Sebanyak 40 gram beras menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. Jadi, tidak banyak beza di antara keduanya. Bagaimanapun, bila kita makan nasi, kita akan makan pelbagai jenis lauk-pauk lain. Lauk itulah yang akan menambahkan kalori. Berbanding dengan capati yang selalunya dihidangkan dengan kuah dal atau kari. Pilih kari tanpa santan supaya kalori tidak bertambah. Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya, setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3 gram protein serta sedikit lemak. Satu cawan tepung atta boleh menghasilkan lima keping capati. Ia tanpa kolestrol dan dapat membantu penghadaman serta melawaskan. Tepung atta atau tepung capati juga dikenali sebagai tepung gandum tulin (wholewheat flour) dan ia tidak perlu diayak sebelum digunakan. Supaya tahan lama, ia perlu disimpan di bahagian bawah peti sejuk. Adunan capati jangan diuli terlalu lembik. Ini kerana ia menjadi lebih lembut setelah diperap selama beberapa jam. Minyak sapi boleh digantikan dengan marjerin atau mentega. Anda juga boleh menggunakan minyak jagung apabila memasak capati. Adalah lebih sesuai menggunakan kuali leper yang berat kerana haba yang sekata. Jika anda menggunakan kuali yang terlalu nipis, capati akan mudah hangus. Panaskan kuali terlebih dahulu, kemudian perlahankan api ke tahap minimum. Pastikan juga capati tidak terlalu nipis bila dicanai. Capati yang nipis akan mudah hangus dan menjadi terlalu rangup. Sukar untuk mencicah kuah jika capati tidak tebal. Namun begitu, jika capati terlalu tebal, ia sukar untuk masak dan bahagian tengahnya akan berasa mentah. Jadi, canailah pada ketebalan yang sesuai, anggaran 2 hingga 3 milimeter.


Kaedah menekan sekeliling capati sebaik saja ia diterbalikkan akan memerangkap gelembung udara. Ini akan menjadikan capati lebih ringan. Sebaik saja diangkat dari kuali, letak di dalam bekas bertutup. Sebaik-baiknya, tutup dengan tuala supaya capati kekal lembut dan panas. Untuk memanaskan capati di dalam ketuhar gelombang mikro, tutup terlebih dulu dengan cling-film. Selain kari ayam atau ikan, kuah dal amat popular sebagai bahan sampingan capati. Kacang dal yang berwarna kuning itu mesti dibersihkan terlebih dulu sebelum direndam. Pastikan, ia jenis besar dan sudah dibuang kulitnya. Jika anda merendamnya semalaman, anda tidak perlukan masa yang lama untuk merebusnya. Jangan masukkan garam ketika merebus apa jenis kekacang sekali pun. Bagi kacang yang berkulit seperti kacang kuda, menambah garam semasa merebus akan membuat kulitnya tanggal. Sukatan air bergantung sama ada anda inginkan kuah dal yang pekat atau agak cair. Jika kacang dal direbus lama, ia akan menjadi lebih hancur dan membuatkan kuah lebih pekat. Begitu juga dengan kentang. Bagi yang ingin kuah sedikit 'manis' bolehlah digantikan sebiji kentang dengan sebiji keledek. Bagi penghidap penyakit kencing manis yang tidak boleh makan nasi, capati merupakan makanan alternatif yang menyihatkan. Anda boleh mengulinya banyak-banyak, kemudian simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di atas rak peti sejuk. Kira-kira tiga jam sebelum memasak, keluarkan dan biar pada suhu bilik sebelum dicanai. Kaedah membuat kuah dal tidak menggunakan banyak minyak atau pun santan kerana ia akan pekat dengan sendirinya bila dal dan kentang empuk. Gunakan minyak zaitun bagi mendapatkan khasiat yang lebih. Untuk lebih rasa pedas, boleh taburkan serbuk lada hitam sejurus sebelum anda menghidangkannya. Jika tidak habis menggunakan tepung atta, ia boleh dicampur ke dalam adunan biskut (gantikan 1/3 sukatan tepung gandum) atau kek seperti kek lobak merah atau kek buah yang bertekstur lebih berat. Tepung atta juga enak dibuat skon dan lebih berkhasiat daripada tepung gandum biasa. Semuga artikel kali ini dalam anim agro technology memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!
MAKAN CAPATI... ENAK SEKALI....
KARI KAMBING... PEKAT ADA ISI...
HARGA MURAH... KENYANG LAGI...
MAKAN DIKEDAI...BUAT SENDIRI...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Ogos 2018).

Wednesday, August 22, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1439 atau 22 Ogos 2018 iaitu hari Rabu. Hari Raya ini adalah juga dipanggil sebagai Hari Raya Qurban. Apakah Makna Hari Raya Aidiladha?. Bilakah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha?. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di Mekah sahaja?. Itu antara pertanyaan sering ditanya anak-anak. Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Ada juga hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk laksanakan penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Artikel sempena hari raya Aidiladha ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pengorbanan penulis didalam memberikan ilmu pengetahuan teknologi pertanian dan perkara berkaitan kepada pembaca semua.


Blog Anim Agro Technology telah mencapai 15,101,143 (atau ringkasnya 15.1 juta) pengunjung semenjak ia diterbitkan 10 tahun lalu. Jumlah ini tidak termasuk bloggers lain yang buat terus link dengan membuat capaian terus dan memplagiat artikel-artikel dari penulisan blog ini. Kini jumlah yang membaca semakin ramai dengan 1,667 follower yang membuat rujukkan. Purata mereka yang ada membuat tinjauan blog ini diantara 9,000 - 15,000 orang dalam sehari bergantung kepada hari yang berlainan. Jika hari bekerja memang melabihi 12,000 orang sehari sebaliknya pada hari kelapasan am sekitar 9,000 orang sahaja (Sila rujuk rajah diatas). Artikel ini adalah artikel yang ke 4,846 dimana sebanyak 3,182 telah dibuat posting dan bakinya masih menunggu untuk dibuat posting. Setiap hari akan dibuat posting satu artikel tanpa tertinggal walau sehari pun semenjak lebih 10 tahun blog ini diterbitkan.
 

Pembaca dari Malaysi masih merupakan paling ramai yang membuat rujukkan (Sila lihat foto diatas). Seramai 12.76 juta rakyat Malaysia telah membuka dan membaca tulisan saya dalam Anim Agro Technology. Ini diikuti dengan rakyat dari USA seramai 765,956 orang yang mendudukki tempat kedua. Penulis blog dapati mereka akan gunakan "google translate'' untuk membaca tulisan saya dengan mudah. Rakyat Indonesia menjadi ke tiga teramai membuat rujukkan dengan seramai 595,353 walau sebahagian mereka selalu merujuk kepada blog saya yang dibaca menggunakan url. disana sahaja. Ini diikuri dengan Singapura, India, Russia, Buriei, Sepanyol dan juga Jerman. Semuga tulisan saya etiap hari memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2018!!!.

HARI RAYA QURBAN ...SAMA AIDILADHA...
BERKUMPUL SEMUA... SATU KELUARGA...
MEMANG MERIAH ... RUMAH DI MELAKA...
PENGORBANAN... DAN TERUS BERKARYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Jalan Istana, Persimpangan Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(10 Zulhijjah 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...