Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG PASAL ROTI CANAI. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG PASAL ROTI CANAI. Show all posts

Thursday, July 17, 2025

FAKTA MENARIK PASAL ROTI CANAI (PART 3)

MAKANAN ROTI CANAI atau Roti Prata atau sebagainya merupakan sejenis makanan berasaskan tepong bersama kuahnya yang sangat popular di Malaysia dan kini menjadi makanan ikonik yang mendunia. Bagi penulis blog yang memang sangat suka makan roti canai memang sering menikmatiknya untuk sarapan pagi dan sesekali untuk makan malam juga. Umumnya dimanna roti canai ialah sejenis lempeng leper yang diperbuat daripada doh, biasanya diperbuat daripada tepung, air, dan lemak seperti minyak atau ghee. Ia popular terutama di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga ada di makan di Thailand. Walau pun sejarah asalnya dimana roti canai dipercayai berasal dari India Selatan dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pendatang India tetapi terkini roti canai Malaysia sudah banyak di sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia dengan pelbagai nama, menu, resepi dan juga cara menyediakannya. Waalau pun dahulu sejarah dakwa dimana makanan roti canai berasal dari India Selatan yang di bawa masuk oleh para pendatang India membawa roti canai tetapi kini sudah di ubahsuai penyediaannya dan bagaimana sampai kepada cara pengkomersialannya. Apa pun dilaporkan iaitu nama atau perkataan 'roti' adalah bermaksud roti dalam bahasa Sanskrit, manakala 'canai' ia mungkin berasal dari perkataan Tamil dan 'channa' atau dalam bahasa Melayu ia  bermaksud 'menguli nipis' seperti dijelaskan. Dalam beberapa tiktok, youtube dan Instagram serta sosmed lain memang banyak di viralkan mengenai makanan roti canai termasuk oleh pelancong asing dari luar negara. Memahami akan ciri-ciri Roti Canai yang dibuat dari bahan tepung gandum, air dan lemak (minyak atau ghee) di adun awal sebelum di canai dan di goreng. Ia mempunyai tekstur yang berlapis-lapis, rangup di luar dan lembut di dalam. Ada banyak jenis roti canai dan paling asas adalah 'Roti Kosong' yang sesuai di makan dengan pelbagai jenis kuah. Di viralkan banyak nama lain untuk roti canai seperti jenis Roti Bawang, Roti Trlur, Roti Jantan, Roti Sarang Burung, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Tisu, Roti Coklat, Roti Pisang, Roti Terbang, Roti Arang dan sebagainya. Biasanya roti canai ini berbentuk bulat dan nipis, tetapi boleh juga dihidangkan dengan pelbagai cara dan ada yang empat segi juga. Setelah di adun, di leperkan dan di canai kemudian ia dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau ghee dan biasanya ditumbuk-tumbuk selepas di gorengnuntuk menghasilkan tekstur berlapis dan lembut. Apa pun umumnya ia akan di hidangkan dengan pelbagi jenis kuah diantaranya jenis kuah kari (Kari Ikan, Kari Ayam, Kari daging) atau dal dan sambal. Ada yang menikmati roti canai dengan gula pasir, lauk ikan, sotong, kari sardin, asam pedas dansebagainya. Sudah lama roti canai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara. Ia adalah hidangan yang biasa ditemui di warung mamak, restoren, gerai makanan dan hotel serta banyak di jual di pasar malam dan bazaar ramadan di seluruh Malaysia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana makanan roti canai sudah ia menjadi simbol perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Terkini sudah banyak produk roti canai sejuk beku yang boleh didapatkan diseluruh negara. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah roti canai untuk ia dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik kisah bagaimana 'Pelajar warga asing jatuh cinta dengan roti canai' apabila  Maria Juliana Vanegas Gonzalez (28) dan Amanda Osborn (29) dari Universite libre de Bruxelles (ULB), Brussels, Belgium sedang mempelajari teknik menebar roti canai dengna Azlan Ghani, 44, dari Kampung Tok Jembal. Kisah berlaku di Kuala Nerus dimana ada dua pelajar masing-masing dari Belgium dan Colombia sanggup belajar membuat dan menebar roti canai kerana terlalu meminati makanan berkenaan. Mereka 'jatuh cinta' dengan roti canai selepas mereka mengikuti Program Pengajian Master Erasmus Mundus dalam bidang Biodiversiti dan Ekosistem Tropika (Tropimundo) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Belgium. Mereka terlalu menggemari roti canai dimana katanya sebelum pulang ke universiti di Belgium, kami mahu mempelajari membuatnya sendiri dan sudah menjadi perhatian warga net selepas gambar dan videonya sedang mempelajari teknik membuat roti canai daripada peniaga makanan itu, Azlan Ghani (44) dari Kampung Tok Jembal tular di media sosial. Juliana juga berkata, dia menggemari makanan itu sejak kali pertama menikmati roti canai di kedai sekitar UMT seterusnya menikmati juadah makanan pagi itu hampir pada setiap minggu. Juga tidak lama lagi dia akan pulang ke ULB dimana dalam tempoh yang ada dia perlu mempelajari membuat rori canai sendiri supaya boleh menyediakan makanan itu sekiranya teringin memakannya. Meraka juga bertuah kerana penduduk tempatan iaitu Poklang (Azlan) dan Chaizani Shamsuddin, 50,yang juga guru Bahasa Inggeris di UMT sedia mengajar kami membuat roti canai itu. Rupanya bukan senang untuk menyediakan makanan itu kerana ia perlukan kemahiran menebar yang baik. Semua proses boleh diikuti dengan lancar termasuk membancuh dan menguli tepung tetapi proses menebar roti canai supaya ia kelihatan sempurna seperti yang disediakan peniaga roti canai agak sukar. Mereka juga yakin, rakan di Belgium dan Colombia yang tidak pernah datang ke negara ini pasti tidak pernah mencuba roti canai oleh itu saya akan menyediakan untuk mereka sebaik tiba di sana nanti. Bagi Azlan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun berniaga canai berkata, dia kali pertama mengajar penuntut universiti luar negara membuat roti canai di kedainya. Walaupun kali pertama tetapi mereka sangat cepat menangkap apa yang diajar termasuk proses membancuh dan menguli tepung sehingga kepada kemahiran menebar dan memasak.


Kisah bagaimana 'Gadis penebar roti canai' semakin banyakk di media melaporkan sebab lazimnya kerja menebar roti canai dilihat sinonim dengan kaum lelaki. Namun berbeza situasinya dengan Nur Qistina Alya' A Antasya (17) dari Terengganu yang membantu perniagaan milik keluarga sebagai penebar roti canai sejak usia 10 tahun. Dia mendapat tunjuk ajar daripada bapanya, Nur Qistina juga sering berkongsi di laman sosial akan kemahirannya itu selain sebagai salah satu cara promosi generasi hari ini dan mendapat tontonan yang tinggi. Malah menerusi akaun TikTok miliknya dia sudah mempunyai lebih 500 ribu pengikut dan lebih tujuh juta tanda suka ('Like) menerusi perkongsiannya. Semuanya bermula selepas bapa saya tangannya terseliuh dan saya perlu menggantikannya sebagai penebar roti canai. Sejak itu saya lakukan dan mahir menebar sehingga kini. Meskipun masih bersekolah, demi membantu perniagaan keluarga Nur Qistina perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan tugas di gerai pada sebelah malam. Katanya sebaik pulang dari sekolah, dia akan berehat dahulu dan selepas Asar dia akan bergerak ke kedai untuk membantu perniagaan keluarganya. Ada ketika dia akan membuat ulang kaji pelajaran di rumah dan ada juga ketika ulang kaji di kedai mengikut kesesuaian. Ia adalah rutin sejak dari sekolah rendah sehingga menengah ysng juga anak sulung daripada dua beradik itu. Sudah pasti sebagai gadis dan wanita, Nur Qistina mempunyai cabaran tersendiri sebagai penebar roti canai kerana setiap kali dia menebar ramai yang suka melihatnya dan menjadi tumpuan pelanggan.Dilaporkan dia juga terasa sedikit malu pada awalnya apabila ada yang merakam cara dia menebar roti canai namun lama-kelamaan sudah terbiasa malah Nur Qistina kini umpama ikon untuk gerai keluarganya. Antara cabaran lain, ada roti canai yang boleh menyebabkan 'kecederaan' ringan seperti roti tisu kerana terdapat penggunaan gula dan marjerin ketika panas akan memberi kesan pada bahagian jari dan pernah berlaku beberapa kali padanya. Namun itu adalah antara yang perlu dilaluinya dan penguat semangat dalam meningkatkan kemahiran serta pengalaman untuk mengelakkan ia daripada berlaku pada masa hadapan. Selain itu, antara keistimewaan roti canainya ialah lebih besar dan lembut selain kuah kari serta dhal dihasilkan menepati cita rasa pelanggan di Pantai Timur malah ada yang datang dari luar Terengganu untuk menikmatinya. Dia juga sentiasa mencuba untuk mempelbagaikan menu roti canai mengikut permintaan pelanggan selain menawarkan pada harga yang berpatutan menjadi kelebihan pelanggan yang datang ke gerai kami. Dilaporkan selain menebar roti canai, jika terdapat masa luang Nur Qistina akan menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Terengganu FC selain mencipta kandungan media sosial sebagai pempengaruh untuk jenama-jenama yang melantiknya. Kslsu kebanyakan rakan sebaya boleh melakukan hal sendiri atau bersantai bersama rakan-rakan katanya, itu bukan masalah baginya kerana memang berminat dan rela hati untuk membantu keluarga. Ada kawan-kawannya yang lain selalu datang ke kedai untuk bertanya khabar selain lepak bersama menjadikannya tidak terasa 'kesunyian' untuk bersama rakan-rakan sebaya. Dalam perancangan masa depan, Nur Qistina berharap supaya roti canainya lebih dikenali dan digemari ramai orang selain berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarga. Dia merancang mahu mengeluarkan produk roti canai sejuk beku atas jenama saya sendiri selain menambah baik keadaan kedai serta membuka cawangan kedai roti canai lagi. Selain itu sudah pasti dia mahu menyambung pengajiannya di universiti tempatan terutama di Terengganu selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nanti dan merancang untuk memilih pengajian berkaitan perniagaan.


Menarik juga kisah dan fakta 'Roti canai frozen yang boleh jadi gebu, sedap macam di kedai mamak' untuk dikongsikan. Roti canai sejuk beku boleh menjadi lazat jika betul cara untuk semua memasaknya. Bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguli roti canai sendiri, ada dijual versi segera di pasaran. Roti canai sejuk beku ini hanya perlu dipanaskan dalam tempoh singkat dan ia boleh dinikmati pada bila-bila masa. Namun satu kekurangannya adalah roti canai ini acap kali terasa keras dan tidak lembut atau gebu seperti yang biasa dimakan di kedai. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh seorang penguli roti canai dikenali sebagai Abang Terbang, ada dikongsikan kesilapan yang sering dilakukan orang ramai ketika memanaskan roti canai segera. Bagi penulis blog dimana memasak roti canai frozen yang baru dikeluarkan dari peti ais tidak sepatutnya digoreng terus. Sebaiknya roti canai sejuk beku direndam sebentar di dalam air biasa dimana cara merendam atau celupkan roti canai frozen ini di dalam air terlebih dahulu bagi elakkan dia kaeas kemudisan. Apabila sudah lembut dengan di keluarkan awal lama sebelum di goreng atas kuali tanpa meletakkan minyak akan memberikan kualiti terbaik memakan roti canai frozen. Kemudian caranya baru boleh masukkan minyak sikit sebab sesiapa yang tidak ikuti cara ni dan krlusr peti ais kemudian terus goreng dalam minyak maka akibatnya nanti roti canai jadi tak lembut dan garing macam biskut. Hasilnya roti canai frozen ini akan jadi lebih lembut berbanding kalau terus campak atas kuali. Kini amalan membekalkan roti canai untuk anak pergi sekolah dimana kalau cara masaknya tidak betul menyebabkan mereka asyik mengadu roti canai keras dengan rasanya tidak sedap macam di kedai mamak. Cara masak yang betul roti canai frozen akan berikan citarasa yang sesuai sama seperti makan roti canai segar di beli. 


Menarik kisah 'Si cilik Adli keliling Semenanjung pelajari teknik roti terbang' yang boleh di temui di Perak. Sesiapa ingin melihat adik Adli melakukan aksi menebar 'roti canai terbang' di gerai milik ayahnya Ahmad Jusuf di Kampung Permatang, boleh berkunjung ke Seri Manjung. Dia bukan sahaja cekap menebar tetapi dia juga mampu memusing doh roti canai di udara, aksi yang memukau ramai pelanggan yang bersarapan di gerai ayahnya. Budak baru berusia 10 tahun, gaya bersahaja Adli Nur Iman Ahmad menebar 'roti canai terbang' boleh dikatakan mampu mengalahkan penebar orang dewasa. Adli yang mesra disapa dengan panggilan 'adik terbang' mengenakan tanjak sebelum membuat ‘pertunjukan’ dan dia juga bergandingan dengan ayahnya sendiri Ahmad Jusuf, 47, yang akan melontar doh roti yang sudah dicanai, kemudiannya disambut di udara oleh Adli. Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung itu berkata, keinginan untuk menebar roti canai tercetus ketika dia berusia lapan tahun apabila melihat pekerja ayahnya melakukan aksi menebar ‘roti terbang’. Dia mula berminat mahu menebar roti sejak ayah saya berpindah premis perniagaan ke Jeti Persatuan Nelayan, Kampung Permatang. Masa itu pekerja ayah boleh melakukan aksi roti canai terbang, saya terus kagum. Kemudian dia perlu tahu terlebih dahulu teknik menebar roti canai dan belajar kaedah yang betul daripada ayah selama dua bulan, selain selalu berlatih di rumah menggunakan kain atau baju yang dibuat seperti doh roti canai bila ada kelapangan sebagai latihan. Adli yang kemudian mahir menebar roti canai menuntut ilmu roti canai terbang daripada pekerja ayahnya yang dikenali sebagai Abang Rafi. Abang Rafi yang ajar selama dua bulan selepas saya mampu mengawal teknik lenggokan lengan dengan betul ketika menebar dan asasnya tetap sama iaitu teknik dan cara pergelangan tangan kena seiring dengan doh roti di tangan. Dia dakwa paling sukar sebenarnya bukanlah belajar teknik bagaimana membuat roti canai terbang tetapi teknik menebar roti canai itulah yang paling susah sebenarnya untuk dapat mengekalkan doh roti itu bulat serta melebar cantik. Dia akan menebar roti canai di gerai ayahnya setiap hujung minggu dan cuti sekolah sahaja kerana tidak mahu mengganggu sesi persekolahan. Baginya belajar akademik tetap menjadi keutamaan dan menebar roti ini adalah kemahiran Itulah yang ibu dan ayah saya tekankan dan saya tetap seperti kanak-kanak yang lain bermain ketika masa lapang. Cuma pada hujung minggu saya akan ke sini membantu ibu dan ayah serta mula menebar dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi, anggaran dalam 120 keping roti canai yang diselang-selikan dengan persembahan roti canai terbang kepada hadirin. Bapanya tidak pernah memaksa Adli yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu belajar menebar roti canai tetapi memandangkan Adli berminat sangat, dia bersetuju menurunkan ilmu membuat roti canai kepada anaknya itu. Bapanya juga kagum melihat pekerjanya iaitu Abang Rafi mampu membuat roti terbang, dia kata nak jadi seperti itu dan saya tidak menghalang, malah saya minta pekerjanya itu mengajar anak saya teknik tersebut hingga mahir. Selama dua bulan jugalah dia belajar dengan bersungguh-sungguh sehinggalah dia mahir mengawal roti di udara dengan cara memusingkan roti menggunakan sebelah tangan sahaja. Apa pun selepas Abang Rafi berhenti bekerja, dia terus mengasah bakat anaknya dengan membawa anak bongsunya itu ke seluruh Semenanjung Malaysia, ke gerai makanan yang ada roti canai terbang. Dia ada pergi ke Perlis, Kedah, Melaka, Kelantan dan mana-mana tempat yang mempunyai roti canai terbang untuk Adli melihat sendiri kemahiran menebar roti canai terbang agar semangat beliau terus membara. Bapanya juga menunjukkan pelbagai video dalam komuniti penebar roti canai agar kemahiran Adli dapat dipertingkatkan hinggalah seperti sekarang ini mampu membuat persembahan. Dulu ketika Adli mula belajar teknik terbangkan doh roti canai, pelbagai kejadian lucu berlaku seperti doh itu terjatuh di lantai, tersangkut di kipas termasuk jatuh di atas kepala pelanggan. Adli berulang kali anak saya meminta maaf pada keluarga itu dan itu antara kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang dua tahun dia terlibat dalam perniagaannya. Ada juga kadangkala Adli ada mendapat permintaan untuk melakukan persembahan bukan sahaja di Manjung malah di Ipoh dan kawasan lain," katanya menambah, doh roti canai yang diterbangkan anaknya itu sama sekali tidak akan dihidangkan kepada pelanggan dan ia sekadar untuk persembahan sahaja. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology yang berusia 16 tahun setiap hari satu artikel di posting. Wasallam!!!...

ROTI CANAI... POPULAR DI MALAYSIA...
ASASNYA TEPONG... DI ULI DOHNYA...
DI GORENG RANGUP...ADA KUAHNYA...
MEMANG VIRAL.. DISELURUH DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Muharram 1447H).

Wednesday, July 16, 2025

FAKTA MENARIK PASAL ROTI CANAI (PART 2)

MAKANAN ROTI CANAI atau Roti Prata atau sebagainya merupakan sejenis makanan berasaskan tepong bersama kuahnya yang sangat popular di Malaysia dan kini menjadi makanan ikonik yang mendunia. Bagi penulis blog yang memang sangat suka makan roti canai memang sering menikmatiknya untuk sarapan pagi dan sesekali untuk makan malam juga. Umumnya dimanna roti canai ialah sejenis lempeng leper yang diperbuat daripada doh, biasanya diperbuat daripada tepung, air, dan lemak seperti minyak atau ghee. Ia popular terutama di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga ada di makan di Thailand. Walau pun sejarah asalnya dimana roti canai dipercayai berasal dari India Selatan dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pendatang India tetapi terkini roti canai Malaysia sudah banyak di sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia dengan pelbagai nama, menu, resepi dan juga cara menyediakannya. Waalau pun dahulu sejarah dakwa dimana makanan roti canai berasal dari India Selatan yang di bawa masuk oleh para pendatang India membawa roti canai tetapi kini sudah di ubahsuai penyediaannya dan bagaimana sampai kepada cara pengkomersialannya. Apa pun dilaporkan iaitu nama atau perkataan 'roti' adalah bermaksud roti dalam bahasa Sanskrit, manakala 'canai' ia mungkin berasal dari perkataan Tamil dan 'channa' atau dalam bahasa Melayu ia  bermaksud 'menguli nipis' seperti dijelaskan. Dalam beberapa tiktok, youtube dan Instagram serta sosmed lain memang banyak di viralkan mengenai makanan roti canai termasuk oleh pelancong asing dari luar negara. Memahami akan ciri-ciri Roti Canai yang dibuat dari bahan tepung gandum, air dan lemak (minyak atau ghee) di adun awal sebelum di canai dan di goreng. Ia mempunyai tekstur yang berlapis-lapis, rangup di luar dan lembut di dalam. Ada banyak jenis roti canai dan paling asas adalah 'Roti Kosong' yang sesuai di makan dengan pelbagai jenis kuah. Di viralkan banyak nama lain untuk roti canai seperti jenis Roti Bawang, Roti Trlur, Roti Jantan, Roti Sarang Burung, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Tisu, Roti Coklat, Roti Pisang, Roti Terbang, Roti Arang dan sebagainya. Biasanya roti canai ini berbentuk bulat dan nipis, tetapi boleh juga dihidangkan dengan pelbagai cara dan ada yang empat segi juga. Setelah di adun, di leperkan dan di canai kemudian ia dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau ghee dan biasanya ditumbuk-tumbuk selepas di gorengnuntuk menghasilkan tekstur berlapis dan lembut. Apa pun umumnya ia akan di hidangkan dengan pelbagi jenis kuah diantaranya jenis kuah kari (Kari Ikan, Kari Ayam, Kari daging) atau dal dan sambal. Ada yang menikmati roti canai dengan gula pasir, lauk ikan, sotong, kari sardin, asam pedas dansebagainya. Sudah lama roti canai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara. Ia adalah hidangan yang biasa ditemui di warung mamak, restoren, gerai makanan dan hotel serta banyak di jual di pasar malam dan bazaar ramadan di seluruh Malaysia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana makanan roti canai sudah ia menjadi simbol perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Terkini sudah banyak produk roti canai sejuk beku yang boleh didapatkan diseluruh negara. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta dan kisah roti canai untuk ia dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sesuai di bincang akan FAKTA MAKANAN BAGI ROTI CANAI dengan menilai akan nutrisinya terutama peminat segar seperti penulis blog. Apa pun di laporkan dimana jumlah kalori (2 keping) bersama kuah yang berdasarkan Atlas Makanan Edisi kedua iaitu setiap 2 keping roti canai seberat 84gram setiap keping dianggarkan yang ia mempunyai 532 kalori yang terdiri daripada 60.2% karbohidrat, 9.4% protein dan 30.4% lemak.Selain itu, ia mengandungi 22mg kalsium, 2.6mg zat besi, 900mg natrium, 256mg kalium dan tiada kolesterol. Roti Canai diperbuat daripada tepung gandum maka kandungan seratnya adalah sangat sedikit. Kemudian merujuk Jadual Komposisi Makanan (JKM) Malaysia dimana setiap 60ml kuah dal diambil dianggarkan mempunyai 57 kalori di mana kebanyakannya disumbangkan oleh karbohidrat daripada kacang dal dan kentang yang digunakan, juga protein yang terkandung di dalam kacang dal. Peratusan lemak di dalam kuah dal bergantung kepada kuantiti minyak yang digunakan semasa penyediaan kerana secara semulajadinya kacang dal hanya kaya dengan karbohidrat, protein dan serat. Berdasarkan Atlas Makanan Edisi kedua, kari kambing seberat 85g yang mengandungi 2 keping kambing berserta 4 sudu makan kuah dianggarkan mempunyai 173 kalori yang mana 52.5% adalah terdiri daripada lemak. Sepiring kecil kuah kari daging seberat 203 gram yang di dalamnya terdapat 4 ketul daging pula dianggarkan mempunyai 292 kalori. Kesan sampingan pada kesihatan akibat pengambilan yang kerap. Berdasarkan Recommended Nutrient Intake (RNI) for Malaysia 2005, lelaki berumur 19 hingga 29, 30 hingga 59 dan 60 tahun ke atas masing - masing memerlukan 2440, 2460 dan 2010 kalori. Manakala wanita memerlukan kalori yang lebih rendah iaitu 2000 kalori bagi kumpulan umur 19 hingga 29 tahun, 2180 kalori bagi kumpulan umur 30 hingga 59 tahun dan hanya 1780 kalori bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas. Perlu tahu jika sekiranya 2 keping roti canai bersama kuah dal diambil sebagai sarapan pagi ianya dianggarkan telah menyumbangkan 25-40% kalori yang diperlukan di dalam sehari. Kalori yang selebihnya pula akan diambil semasa menikmati makan tengahari, malam dan juga hidangan snek di antara masa makan utama. Kekerapan pengambilan 2 keping roti canai yang mengakibatkan lebihan jumlah tenaga diambil dalam sehari secara tidak langsung boleh menyumbang kepada masalah kesihatan iaitu obesiti. Pada peringkat awal, obesiti boleh menyebabkan seseorang berjalan menjadi sukar, sakit belakang, keletihan, menjejaskan keadaan kulit dan sesak nafas. Jika dibiarkan tanpa rawatan, obesity mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih teruk. Apabila obesiti terlampau (morbid obesity) ianya boleh mendatangkan penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa. Antara penyakit yang berisiko dihadapi oleh pesakit obesity ialah diabetes jenis II, sakit jantung, tidur berdengkur, tekanan darah tinggi, batu karang, paras kolesterol tinggi, tekanan, kemandulan dan penyakit refluks gastroesofageal atau pedih hulu hati. Apa yang perlu dilakukan untuk membakar jumlah kalori yang terlebih ini dengan lakukan aktiviti fizikal meliputi sebarang pergerakan badan yang menggunakan tenaga seperti bekerja, rekreasi, senaman dan bersukan. Ia boleh dilakukan dengan memilih sebarang aktiviti fizikal yang ringan, sederhana dan berintensiti tinggi yang sesuai dengan keupayaan diri sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari selama 5 hari seminggu. Amalan bersenam secara konsisten boleh meningkatkan paras kolesterol HDL yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ini akan merendahkan risiko dalam mendapat penyakit jantung. Senaman juga dapat mengawal berat badan, gula darah serta tekanan darah. Contoh aktiviti fizikal ringan yang boleh dilakukan selama 60 minit setiap hari ialah berjalan perlahan, aktiviti regangan badan dan juga berkebun. Sebagai contoh sekiranya berat anda ialah 50kg, anda perlu melakukan aktiviti seperti berjalan selama 22 minit atau berkebun selama 38 minit untuk membakar 100 kalori. Perlu tahu jika jumlah pengambilan yang disarankan dalam seminggu dan tiada saranan pengambilan dalam seminggu memadai menghadkan pengambilannya sekiranya jumlah tenaga yang diambil dalam sehari adalah melebihi daripada saranan RNI Malaysia. Ada beberapa pilihan lain bagi ia  menggantikan roti canai dimana setiap 2 keping capati seberat 64gram setiap keping dianggarkan mempunyai hanya 384 kalori iaitu 62.5% karbohidrat, 12.5% protein dan 25% lemak. Selain itu, ia membekalkan 22mg kalsium,3.0mg zat besi, 32mg natrium, 36mg kalium dan tiada vit C serta kolesterol. Capati diperbuat daripada tepung atta yang mengandungi banyak serat. Penulis blog konsgikan juga dimana bagi 2 keping dosai seberat 114gram setiap satu pula, ianya mempunyai 420 kalori yang terdiri daripada 74.3% karbohidrat, 13.3% protein dan 12.4% lemak. Kandungan lain ialah 24mg kalsium, 3mg zat besi, 376mg natrium, 50mg kalium dan tiada vitamin C serta kolesterol. Kandungan proteinnya lebih tinggi kerana dosai diperbuat daripada tepung kacang hitam dan ia juga mengandungi serat. Sebanyakk 2 keping idli seberat 82gram setiap satu mempunyai 212 kalori yang mana 50% lebih rendah daripada kalori 2 keping roti canai. Menu sarapan lain yang lebih sihat ialah roti sandwich, pau stim, mihun sup, bijian oats dan bijirin sarapan pagi yang berserat tinggi dan rendah gula.


Mungkin ramai suka mendengar 'Roti canai dinobatkan roti terbaik di dunia' yang selalu di paparkan dalam media. Apa pun roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Kini makanan roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas bila pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad. Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. Roti canai duduki tempat pertama menerusi carta 50 roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Pada tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. 


Banyak portal berita tempatan dan antarabangsa laporkan bagaimana 'Roti canai terbang' jadi tarikan di Expo 2025 Osaka' dan menjadi kebanggaan Malaysia. Dilaporkan seorang penebar roti canai Muhammad Muiz Ruzaini (24) menunjukkan aksi menebar roti canai terbang di Cafe Pavillion Malaysia sempena Expo Antarabangsa 2025 Osaka. Ia viral dan menjadi tarikan ramai dyang menarik perhatian pengunjung ke Pavilion Malaysia dengan aksi penyediaan yang memukau serta aroma mentega yang memikat selera. Aksi Muhammad Muiz Ruzaini dan Mohamad Zul Imran Zulkifle melambung roti canai tinggi ke udara sambil disertai bau harum mentega yang menyelerakan, berjaya menarik minat pengunjung, malah ada yang sanggup beratur sehingga dua jam, semata-mata untuk merasainya. Penabar roti canai dari Kedah berkata beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia bagi memperkenalkan keenakan masakan Malaysia di pentas dunia. Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih bermakna ialah sambutan hangat daripada ramainya pengunjung dimana ramai yang memuji keenakan roti canai ini dan memberikan maklum balas yang sangat memuaskan, baik dari segi rasa mahupun persembahannya. Kemudian selepas mereka makan, ramai yang datang semula dan berkata 'oishÄ«' (atau enak). Malah, ada yang ulang sampai tujuh kali sambil menambah bahawa kebanyakan pengunjung itu dari Jepun, Korea Selatan dan China. Roti canai yang dimasak segar itu dihidangkan bersama kari ayam dan dhal, dijual pada harga 1,680 yen (RM49.82) setiap set. Jualan harian mencecah antara 1,000 hingga 1,600 keping, menunjukkan popularitinya yang semakin meningkat dalam kalangan pengunjung dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara-negara lain. Roti canai ialah roti leper yang digoreng atas kuali leper dan amat popular sebagai hidangan sarapan di Malaysia. Ia diperbuat daripada campuran tepung, air, garam, mentega dan telur.  Dohnya diuli dan diuli semula sebelum diregang, dilambung dan diputar di udara, untuk menghasilkan tekstur berlapis yang rangup dan berkerak di luar, tetapi lembut di dalam. Sebelum ini dilaporkan pihak TasteAtlas iaitu sebuah pangkalan data makanan global, telah meletakkan roti canai dalam senarai '100 Makanan Jalanan Terbaik Dunia'. Mohamad Zul adalah seorang lagi penebar roti canai dari Pulau Pinang ada dia menyatakan harapan agar populariti roti canai yang semakin meningkat di Ekspo itu, dapat mengangkat hidangan tersebut ke peta kulinari dunia serta menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Malaysia. Ada seorang pelawat dari Jepun, Yoko Yoshinaga, menyifatkan roti canai sebagai 'manis, mempunyai tekstur unik dan sangat ketagih'. Baginya ia kali kedua dapat makan roti canai. Dia yang pernah melawat Malaysia 30 tahun lepas, memuji kemajuan negara dan menyifatkannya sebagai sebuah negara yang aman dan moden. Seorang lagi pelawat Hanako Sekimukai yang mencuba roti canai buat kali pertama, berkata beliau teruja dan kagum dengan rasanya. Dia pernah ke Malaysia sebelum ini, tetapi tidak berkesempatan mencuba roti canai. Kari ayam yang dihidangkan bersama tidak terlalu pedas, menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan dan menambah bahawa persembahan kebudayaan di pavilion tersebut memang ia membangkitkan kenangan manis ketika berada di Malaysia.


Ada kisah sesuai di kongsikan seperti kes 'Abang Roti Canai 50 sen kekalkan harga' yang berlaku di Melaka dimana  harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila. Dilaporkan peniaga roti canai Mustafa Abd Latif (58) dakwa  walaupun dia berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya. Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu. Memang tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa. Niatnya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki yang memang berniaga di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil, Melaka. Bapa kepada empat anak itu dakwa ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos. Baginya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah. Sebagai peniaga dia tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati. Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran. Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung. Apa pun selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut. Beberapa pihak berkaitan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malah pengguna turut terkesan apabila berlaku kenaikan harga. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology yang berusia 16 tahun setiap hari satu artikel di posting. Wasallam!!!...

ROTI CANAI... POPULAR DI MALAYSIA...
ASASNYA TEPONG... DI ULI DOHNYA...
DI GORENG RANGUP...ADA KUAHNYA...
MEMANG VIRAL.. DISELURUH DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Muharram 1447H).

Tuesday, July 15, 2025

FAKTA MENARIK PASAL ROTI CANAI (PART 1)

MAKANAN ROTI CANAI
atau Roti Prata atau sebagainya merupakan sejenis makanan berasaskan tepong bersama kuahnya yang sangat popular di Malaysia dan kini menjadi makanan ikonik yang mendunia. Bagi penulis blog yang memang sangat suka makan roti canai memang sering menikmatiknya untuk sarapan pagi dan sesekali untuk makan malam juga. Umumnya dimanna roti canai ialah sejenis lempeng leper yang diperbuat daripada doh, biasanya diperbuat daripada tepung, air, dan lemak seperti minyak atau ghee. Ia popular terutama di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga ada di makan di Thailand. Walau pun sejarah asalnya dimana roti canai dipercayai berasal dari India Selatan dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pendatang India tetapi terkini roti canai Malaysia sudah banyak di sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia dengan pelbagai nama, menu, resepi dan juga cara menyediakannya. Waalau pun dahulu sejarah dakwa dimana makanan roti canai berasal dari India Selatan yang di bawa masuk oleh para pendatang India membawa roti canai tetapi kini sudah di ubahsuai penyediaannya dan bagaimana sampai kepada cara pengkomersialannya. Apa pun dilaporkan iaitu nama atau perkataan 'roti' adalah bermaksud roti dalam bahasa Sanskrit, manakala 'canai' ia mungkin berasal dari perkataan Tamil dan 'channa' atau dalam bahasa Melayu ia  bermaksud 'menguli nipis' seperti dijelaskan. Dalam beberapa tiktok, youtube dan Instagram serta sosmed lain memang banyak di viralkan mengenai makanan roti canai termasuk oleh pelancong asing dari luar negara. Memahami akan ciri-ciri Roti Canai yang dibuat dari bahan tepung gandum, air dan lemak (minyak atau ghee) di adun awal sebelum di canai dan di goreng. Ia mempunyai tekstur yang berlapis-lapis, rangup di luar dan lembut di dalam. Ada banyak jenis roti canai dan paling asas adalah 'Roti Kosong' yang sesuai di makan dengan pelbagai jenis kuah. Di viralkan banyak nama lain untuk roti canai seperti jenis Roti Bawang, Roti Trlur, Roti Jantan, Roti Sarang Burung, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Tisu, Roti Coklat, Roti Pisang, Roti Terbang, Roti Arang dan sebagainya. Biasanya roti canai ini berbentuk bulat dan nipis, tetapi boleh juga dihidangkan dengan pelbagai cara dan ada yang empat segi juga. Setelah di adun, di leperkan dan di canai kemudian ia dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau ghee dan biasanya ditumbuk-tumbuk selepas di gorengnuntuk menghasilkan tekstur berlapis dan lembut. Apa pun umumnya ia akan di hidangkan dengan pelbagi jenis kuah diantaranya jenis kuah kari (Kari Ikan, Kari Ayam, Kari daging) atau dal dan sambal. Ada yang menikmati roti canai dengan gula pasir, lauk ikan, sotong, kari sardin, asam pedas dan sebagainya. Sudah lama roti canai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara. Ia adalah hidangan yang biasa ditemui di warung mamak, restoren, gerai makanan dan hotel serta banyak di jual di pasar malam dan bazaar ramadan di seluruh Malaysia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana makanan roti canai sudah ia menjadi simbol perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Terkini sudah banyak produk roti canai sejuk beku yang boleh didapatkan diseluruh negara. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah roti canai untuk ia dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Terdapat fakta menarik di paparkan di media antaranya ada;ah kes 'Roti canai makanan kedua terbaik dunia - lapor TasteAtlas' yang sesuai di banggakan. Dilaporkan makanan roti canai sekali mendapat pengiktirafan antarabangsa, menduduki makanan kedua terbaik di dunia. Pihak panduan pengalaman perjalanan untuk makanan tradisional, TasteAtlas, melalui 100 Hidangan Terbaik dalam Anugerah Dunia 23/24 mereka dan meletakkan hidangan sarapan pagi Malaysia yang popular itu di tempat kedua. Apa pun dilaporkan mereka juga menamakan restoran Nasi Kandar Pelita, Tg's Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju bagi tempat yang mempunyai roti canai 'paling ikonik'. Kepingan roti yang garing itu berada satu tempat di belakang 'picanha', sejenis potongan daging lembu Brazil, yang mendahului carta tahun ini. Roti canai biasa dimakan untuk sarapan pagi dan dibuat dengan tepung, air dan telur. Doh roti itu dilipat beberapa kali untuk membentuk lapisan, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam dan lapisan luar yang garing. Ia memang terkenal dengan kepelbagaian padanan, roti canai boleh dimakan dengan beberapa makanan lain yang berkuah, termasuk kari, kuah dhal dan sambal, selain chutney atau susu pekat. Ada juga yang lebih suka roti canai mereka digabungkan dengan bahan lain, seperti pisang, telur dan bawang. Di tempat ketiga ialah hidangan tumis yang dipanggil 'phat kaphrao' dari Thailand, diikuti pizza napoletana dari Itali dan ladu 'guotie' dari China, masing-masing di tempat keempat dan kelima. Roti canai juga mendahului naan bawang putih mentega yang terkenal di India dan hidangan lain seperti sandwic Vietnam, 'banh mi thit' dan 'tonkotsu ramen' dari Jepun. Pihsk TasteAtlas juga meletakkan roti canai sebagai roti terbaik dunia dimana ia mengalahkan 49 jenis roti lain untuk dinobatkan sebagai 'Roti Terbaik di Dunia'. 
Roti canai sebenarnya tidak mempunyai banyak khasiat pemakanan yang ketara, tetapi ia boleh menjadi sumber tenaga yang baik jika dimakan dalam jumlah yang sederhana. Ia kaya dengan karbohidrat yang membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Walau bagaimanapun, kandungan lemak dan garamnya yang tinggi perlu diambil kira, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Antara beberapa poin tentang khasiat roti canai seperti ia adalah sebagai Sumber Karbohidrat yang baik, yang merupakan sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Ia ada banya Potensi Protein dimana kajian mendapati kandungan protein dalam roti canai mungkin berbeza bergantung pada jenis tepung yang digunakan, tetapi ia boleh menjadi sumber protein yang sederhana. Menganai bahan Kalsium dimana roti canai mengandungi sedikit kalsium dan yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Unsur Zat Besi dimana terdapat sedikit zat besi dalam roti canai, yang membantu dalam pengangkutan oksigen dalam darah. Ia adalah jenis makanan Rendah Kalori hasil inovasi dalam penyediaan roti canai yang menghasilkan roti canai dengan kalori yang lebih rendah dan bacaan Indeks Glisemik (IG) yang rendah, yang mungkin lebih baik untuk pengawalan gula dalam darah. Tentang serat faktanya roti canai yang tinggi serat boleh memberikan manfaat kesihatan seperti membantu sistem penghadaman dan mengawal tahap gula dalam darah. Fakta lain perlu di kongsikan perlu diingat bahawa ia juga memang Tinggi Lemak dimana biasanya mengandungi jumlah lemak yang tinggi, terutamanya jika digoreng dalam minyak yang banyak. Ia juga Tinggi Garam bila kandungan garam dalam roti canai juga perlu diambil kira, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Penyediaan roti canai juga boleh mempengaruhi kandungan lemak dan kalori. Roti canai yang digoreng dalam minyak yang banyak akan menjadi lebih tinggi kalori dan lemak. Jika anda ingin menikmati roti canai, adalah disarankan untuk hanya mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana dan memilih pilihan yang lebih sihat seperti roti canai yang tinggi serat atau yang dibuat dengan minyak yang lebih sedikit.


Manarik dalah bharian.com laporkan kisah bagaimana 'Roti canai tinggi serat lebih sihat' untuk di kongsikan. BH laporkan dimana roti canai yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan tidak sihat, kini tidak lagi menerusi inovasi campuran daripada bahan asas lebih berkhasiat. Apa pun cara pengubahsuaian kandungan berasaskan sayuran, bijirin dan herba, bersifat rendah indeks glisemik (GI), menjadikannya lebih baik untuk kesihatan. Bila gabungan makanan tinggi serat itu bertujuan mengelak penyakit bahaya antaranya obesiti, gangguan kardiovaskular dan kencing manis. Dengan mengekalkan bahan utama iaitu tepung gandum, marjerin, lemak semula jadi serta garam, roti canai itu mencampurkan sayur bendi, kacang dal, barli dan halba dalam penghasilan doh. Produk sejuk beku dihasilkan menerusi kerjasama syarikat Hollista Colltech Ltd dengan Kawan Food Berhad menjadikannya sebagai ‘roti canai paling sihat di dunia' bersifat rendah GI. Hasil kajian University of Sydney, Australia sejak tujuh tahun lalu memberi peluang kepada penggemar roti canai menikmati sajian istimewa tanpa bimbang mengenai kandungan lemak berlebihan yang menjejaskan kesihatan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Holista CollTech Limited, Datuk Dr Rajen M, berkata sekeping roti canai biasa mengandungi sehingga 301 kalori, malah kandungan GI melebihi 70 iaitu paras sajian tidak sihat. Bahan kalori dalam roti canai inovasi turun sehingga 280 kalori serta mencapai bacaan rendah GI iaitu antara 45 hingga 50. Apa pun keempat-empat campuran bahan asas itu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Selain itu, kandungan halba dan barli melancarkan proses penghadaman,” katanya ketika ditemui pada sesi taklimat media 'World's Healthiest Roti Canai' di sini, hari ini. Dr Rajen berkata, kajian terkini Unit Kecerdasan Ekonomi Menangani Obesiti di Asean 2018, mendapati obesiti di Malaysia menunjukkan peratusan 13.3 peratus iaitu paling tinggi di rantau ini. Kesannya perbelanjaan penjagaan kesihatan meningkatkan 20 peratus. kini ada 3.6 juta penduduk negara ini atau seorang daripada lima individu menghidap kencing manis. Lebih membimbangkan, jumlah itu meningkat mendadak dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun. Budaya menjaga pemakanan menerusi kaedah rendah GI popular di Amerika Syarikat dan Australia sejak 1990-an tetapi baharu memasuki Malaysia kira-kira 10 tahun lalu. GI adalah mekanisma antarabangsa menguji kepantasan peningkatan atau penurunan gula dalam darah. GI rendah menyebabkan penurunan kadar penghadaman dan ia sekali gus mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Sajian rendah GI seperti buah-buahan mengurangkan peningkatan gula dalam darah, berbanding makanan tinggi GI seperti nasi dan roti putih yang menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Kesannya meningkatkan risiko darah tinggi, kencing manis dan berat badan berlebihan atau obesiti. Syarikat pembekal makanan sejuk beku, Kawan Food Berhad, Timothy Tan, berkata roti canai paling sihat dijadual memasuki pasaran tempatan bermula April ini.


Dalam laporan lain dimana 'Sudah tak perlu takut gemuk! Roti canai paling sihat di dunia akan dijual di Malaysia' wajar di kupas faktanya. Dilaporkan dimana roti canai 'lebih sihat' berjaya diperkenalkan bagi memberikan pilihan kepada penggemar hidangan ini menikmatinya tanpa bimbangkan risiko kesihatan. Roti canai dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan, namun mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kandungan karbohidratnya yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya. Pihak Hollista Colltech Ltd dengan kerjasama Kawan Food Berhad memperkenalkan 'Roti Canai Paling Sihat di Dunia' yang rendah indeks glisemik dan kandungan lemak untuk memberikan alternatif kepada penggemar roti canai. Apa pun roti canai sejuk beku yang akan dipasarkan ini tidak mengandungi bahan kimia dan masih mengekalkan rasa asli roti canai. Roti canai sejuk beku itu dilaporkan akan membantu menangani masalah penyakit obesiti yang semakin meningkat di negara ini. Sesiapa makan roti canai atau roti putih, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Ini adalah tidak sihat kerana menyebabkan kita mengalami darah tinggi, diabetes, jantung, obesiti, merendahkan tahap tenaga, teringin makan (food cravings) dan mengantuk. Produk ini sudah pun memperkenalkan kaedah baharu yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk merendahkan risiko penyakit tersebut melalui pengambilan makanan berindeks glisemik rendah. ada Rabu. Diantara bahan yang digunakan untuk menghasilkan roti canai paling sihat itu adalah kacang bendi, kacang dhal, barli dan halba. Roti canai tersebut disasarkan untuk merendahkan sebanyak 40 peratus daripada 70 bacaan purata global roti paratha (flatbread). Pihak Hollista Coltech Ltd merupakan syarikat penyelidikan bioteknologi yang menghasilkan bahan-bahan semula jadi kelas pertama dan produk kesihatan yang berpangkalan di Perth, Australia. Syarikatnya bukan sahaja akan memasarkan produk terbaharu tersebut di Malaysia, tetapi turut menemui pengguna di Amerika Syarikat pada Jun depan. Mereka bangga dapat bekerjasama dengan Hollista untuk menjadi yang pertama di dunia yang menawarkan flatbreads sihat seperti roti canai dan capati. Kajian dan percubaan produk dirancang akan dilaksanakan oleh Universiti Sydey, Australia pada bulan ini bagi mencapai piawaian antarabangsa indeks glisemik. Harga bagi produk tersebut belum diputuskan. 
Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology yang berusia 16 tahun setiap hari satu artikel di posting. Wasallam!!!...
ROTI CANAI... POPULAR DI MALAYSIA...
ASASNYA TEPONG... DI ULI DOHNYA...
DI GORENG RANGUP...ADA KUAHNYA...
MEMANG VIRAL.. DISELURUH DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Muharram 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...