Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG KISAH MEE KUNING. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG KISAH MEE KUNING. Show all posts

Friday, July 11, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 3)

MEE KUNING atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual dimaana sahaja. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Lagi-lagi dilaporkan bagaimana 'Premis proses mi kuning ditutup dua minggu' di sebuah kilang memproses mi kuning di Bandar Tun Razak yang kemudian diarah tutup setelah pemeriksaan dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis berkenaan kotor dan tidak menepati peraturan kebersihan yang ditetapkan. Datuk Bandar Kuala Lumpur beritahu wartawan dimana operasi dijalankan itu mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan dan pemeriksaan mendapati sembilan orang warga Myanmar tidak mematuhi etika pemakaian pengendali makanan. Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor dimana dilihat lantai premis didapati kotor serta berdaki hitam di ruang belakang premis kilang selain terdapat hurungan tikus di dalam premis perniagaan berkenaan. Keadaan premis tidak tersusun kemas dan tiada amalan First-In-First-Out (FIFO) dalam stor bahan makanan kering. Keadaan lantai di premis memproses mee ini dalam keadaan kotor apabila ada makkanan siap bungkus diletakkan terus di atas permukaan lantai (mi kuning) dimana tindakan dikenakan di bawah Undang-undang Kecil 7 di mana pengendali makanan tidak memakai apron, topi dan pakaian yang sesuai dan Notis Perintah Premis Tidak Suci di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 Ogos 2020.


Menarik kes bagaimana isu 'Bahayakah asid borik yang dihadam?' untuk isu ini di sembangkan apabila mee kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain. Persoalan kepada pakar makanan adalah dulu mengenai asid borik yang suatu ketika dahulu dilaporkan ada banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan 'dipromosikan' tidak mengandungi bahan itu. Sebenarnya apakah fungsi asid borik itu dalam makanan?. Dijawab dimana Asid Borik adalah sebatian yang terbentuk secara semula jadi yang mengandungi elemen boron, oksigen dan hidrogen. Ia juga berwarna putih dan ia tidak mempunyai bau dan hampir tidak mempunyai sebarang rasa. Ia kelihatan seperti garam biasa jika diproses dalam bentuk butiran atau kelihatan seperti bedak bayi jika diproses dalam bentuk serbuk. Untuk makluman puan, asid borik digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca, gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat. Asid borik juga merupakan antara bahan yang terdapat dalam racun serangga dan cecair pencuci pakaian. Boron pula terhasil secara semula jadi dalam sumber makanan yang dikenali sebagai asid borik yang wujud dalam buah-buahan, sayuran berdaun, legum dan kekacang. Produk tenusu, ikan, daging dan bijirin juga mengandungi boron, namun jumlahnya amatlah sedikit. Tidak perlu bimbang kerana kandungan boron atau asid borik dalam jenis makanan berkenaan terbentuk secara semula jadi dan kuantitinya amat sedikit. Pengambilan selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa purata pengambilan harian bagi populasi awam adalah sekitar 1.2 miligram boron daripada sumber pemakanan. Ia masih berada pada kadar atau julat purata pengambilan yang selamat bagi individu dewasa iaitu antara 1.0 ke 13 miligram boron setiap hari seperti yang dicadangkan oleh WHO. Ia dilaporkan pernah digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning dan bebola ikan atau bebola makanan laut. Asid borik digunakan kerana fungsinya yang mampu memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengawet makanan. Asid borik sangat popular digunakan oleh peniaga ikan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain. Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, asid borik telah ditemui dalam kesemua sampel makanan yang diuji iaitu mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuetiau. Kadar kepekatan kandungannya pula berbeza mengikut jenis makanan. Mi kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.


Dijelaskan juga sama ada kadar berlebihan pengawet boleh menjejaskan kesihatan manusia berkaitan asid borik selamat untuk dimakan dan diberi kebenaran untuk digunakan dalam produk makanan di Malaysia dan apa akan berlaku jika ada pengguna memakan makanan yang mempunyai kandungan asid borik berkenaan. Akta dan Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan. Bahan pengawet yang dibenarkan adalah sulfur dioksida, asid benzoik dan asid propionik. Itu termasuklah natrium, kalium, garam kalsiumnya, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan potassium nitrit. Begitu juga dengan jenis-jenis antimikrobial iaitu klorin dioksida dan hidrogen peroksida yang digunakan dalam produk makanan tertentu. Asid borik tidak termasuk dalam senarai di atas. Oleh itu ia tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengawet makanan. Jika termakan makanan yang tinggi dengan kandungan asid borik, antara gejala yang mungkin dialami adalah loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, fungsi buah pinggang yang tidak normal dan disfungsi peredaran darah akut. Apa yang lebih parah, ia juga boleh menyebabkan kematian namun, bergantung kepada tahap asid borik yang telah diserap oleh tubuh badan. Pendedahan tubuh terhadap kadar asid borik yang tinggi boleh menjejaskan bahagian perut, usus, hati, buah pinggang dan otak. Pada masa kini, penggunaan asid borik mungkin tidak lagi berlaku dalam skala yang besar. Pengguna perlu sentiasa berhati-hati jika ada juga individu yang tidak beretika masih mengintai peluang kecil untuk mengaut keuntungan berganda. Semak senarai bahan kandungan pada label produk terlebih dahulu sebagai langkah awal pencegahannya. Dijelaskan dalam jawapan iini domana antara kegunaan asid borik (H3BO3) adalah antiseptik, racun perosak dan racun kulat yang lemah. Ia lazim digunakan untuk kawalan serangga, pengawet kayu dalam industri perabot, industri kaca dan bidang perubatan. Penggunaan asid borik sebagai pengawet adalah dilarang seperti dalam Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Dalam Sub-Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983 menyatakan bahawa 'mana-mana orang yang mempersiapkan atau menjual apa-apa makanan yang mempunyai atau atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau yang memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan boleh disabitkan suatu gentian yang tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya'. Dilaporkan diantara jenis makanan yang ada mengandungi asid borik adalah jenis makanan pasta, sebagai contohnya termasuk Mi kuning, Kuetiau, Laksa, Loh se fun, Mi wantan, Mi hokkien, Bihun, Pembalut popia dan juga Bak chang (Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia).

 
Kisah bagaimana ada usahawan mee kuning '
Cari modal' amat wajar disembangkan. Media laporkan dimana usahawan mee kuning Mohd Adli mencari modal perbelanjaan RM1 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran melalui pembelian mesin. Dinamakan dengan Perusahaan Kecil Rambah iaitu pengeluar Mee Kuning Mohd Adli optimis melebarkan sayap perniagaan di seluruh Malaysia secara berperingkat sedang di rancang. Pengarah Urusannya, Mohd Adli Mohd Arif berkata, mi kuning keluaran syarikatnya semakin mendapat permintaan apabila setakat ini lebih 16 tan mi dihasilkan sebulan. Kalau setahun dulu dimana syarikat menyasar menghasilkan lebih 30 tan mi sebulan atau 360 tan setahun. Perniagaan Mee Kuning Mohd Adli ini diwarisi daripada arwah ayah sejak 1995 dengan kilang dan pasaran kami di sekitar Johor. Dia mengambil alih perniagaan mi kuning ini bermula 2016 dan semakin berkembang di seluruh Johor, Melaka dan Lembah Klang. Permintaan menggalakkan dari negeri lain namun kami berdepan cabaran kekurangan mesin pengeluaran dan logistik. Pihaknya kini mencari modal perbelanjaan RM1 juta untuk meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran melalui pembelian mesin. Syarikat menjangkakan Mee Kuning Mohd Adli mampu berada di pasaran seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Selain keluaran Muslim, kelebihan Mee Kuning Mohd Adli tiada kapur atau asid borik selain boleh disimpan di dalam peti ais kerana mi tidak hancur atau patah apabila dikeluarkan. Mereka juga membuka peluang menjadi ejen dan stokis dengan modal serendah RM550. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. 
NAMA MEE KUNING...MUDAH BELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI SANA SINI...
MEMANG ENAK... PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN DI KAWAL MESTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

Thursday, July 10, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 2)

MEE KUNING
atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee kuning yang segar ini boleh terus untuk dimakan atau dijual. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Media hmetro juga laporkan jika '
Kilang mi kuning dan kuey teow diserbu' dimana kilang memproses mi kuning dan kuey teow di Kepong, Kuala Lumpur diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki beroperasi tanpa sijil halal sah. Kilang yang beroperasi sejak 2003 itu diserbu 11 malam selepas dikesan tidak memperbaharui logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak sembilan tahun lalu. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Azeem Nazuri berkata, serbuan itu turut disertai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM. Pemeriksaan mendapati premis itu melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana memperaku mana-mana makanan, barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang itu adalah halal. Apa pun berdasarkan kesalahan itu mereka menyita 21 bungkus kuey teow, laksa panjang (tujuh bungkus), laksa pendek (10 bungkus), plastik pembungkus kuey teow (34 gulung) dan plastik pembungkus mi kuning (lima gulung) selain pelbagai dokumen. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang itu juga rendah dan tindakan penutupan premis akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak. Jumlah keseluruhan barang yang disita dalam serbuan itu adalah RM2,020 dan berdasarkan siasatan kilang itu didapati gagal memperbaharui sijil halal selepas tamat pada 2010. Hasil siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. Jika disabitkan kesalahan, pemilik kilang boleh dikenakan denda serta penjara kerana kesalahan penyalahgunaan logo halal pada produk makanan. Kes ini kesalahan serius kerana ia boleh mengelirukan pengguna terutama umat Islam. 


Dalam kes lain di Negeri Sembilan di laporkan 'Kilang proses mi kuning diserbu guna logo halal tak sah' dimana tindakan sebuah kilang memproses mi kuning di Senawang di sini menggunakan logo halal Malaysia tanpa mendapat perakuan sah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang mengundang padah apabila diserbu pihak berkuasa. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan selama seminggu pihaknya dengan JHEAINS. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk yang dimiliki oleh perniagaan ini telah tamat tempoh pada 31 Ogos 2021 namun begitu, logo halal Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih digunakan pada peket-peket pembungkusan produk keluaran perniagaannya. Ada empat bungkus mi kuning serta dua guni plastik pembungkus produk perniagaan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa telah disita dengan anggaran nilai rampasan RM111.20. Tindakan telah diambil di bawah Peraturan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011. Bagi pertubuhan yang melakukan kesalahan itu, boleh didenda tidak melebihi RM 200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000. Bagi individu kes boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, Pihaknya akan terus menjalankan operasi sama ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan logo halal pada mana-mana produk makanan dan barang-barang tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa iaitu JAKIM dan JHEAINS. Para peniaga juga dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


Kes di Teluk Intan, Perak pula bagaimana 'Kerana mi kuning, melayang RM1,000' dimana ada seorang peniaga dikenakan kompaun RM1,000 gara-gara tidak meletakkan tanda harga bagi produk mi kuning yang dijual di Pasar Awam Teluk Intan bila Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Teluk Intan buat kes  tindakan itu dikenakan hasil pemeriksaan khas pasukan penguat kuasa KPDNHEP Teluk Intan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Teluk Intan dan Langkap. Hasil pemeriksaan itu juga turut mendapati seorang lagi peniaga lain tidak meletakkan tanda harga bagi sayur yang dijual dan dikenakan denda RM1,000. Dilaporkan ada sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai RM9,600 bagi pelbagai kesalahan. Sepanjang tempoh ini juga, KPDNHEP Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,013 premis bandar dan luar bandar. Apa pun pihak KPDNHEP Teluk Intan telah mempertingkatkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di sekitar Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang serta memastikan hak pengguna dilindungi. KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual dan tidak menaikkan harga melebihi harga maksimum bagi barang-barang terkawal.
 

Paling viral kisah bagaimana 'Gerai mi tonggek diarah tutup; dimana makanan mee ini adalah sangat di minat i rapai dan selalu diserbu pelanggan. Kisah dari  Putrajaya amat mengejutkan penulis blog dan penduduk Putrejaya apabila pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan notis penutupan terhadap peniaga mi tonggek yang tular kerana terdapat ulat dalam makanan dijual. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih. Apa pun pemilik gerai perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula. BKKM sudah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mi tonggek berkenaan. Selain tindakan penutupan, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod. Tiga sampel turut diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing. Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga berkenaan mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar itu. KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis itu. Pada masa itu ada video mi goreng bersama sotong yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya mempunyai ulat tular di media sosial. Dalam pada itu, mengenai isu gumpalan rambut dalam kuih limas, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas berkenaan bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983. Menerusi Operasi Ramadan 2022 di seluruh negara, 4,362 premis Bazar Ramadan sudah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.
NAMA MEE KUNING...MUDAH BELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI SANA SINI...
MEMANG ENAK... PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN DI KAWAL MESTI ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

Wednesday, July 9, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 1)

MEE KUNING atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee Kuning yang segar ini boleh terus ianya dimakan atau dijual. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Menarik di sembaangkan akan isu atau cara mengelakan dari Mee Kuning daeipda rasa Kelat, Pahit Dan Berkapur sebagai kata awal perbincangan ini. Apa pun kalangan masyaraat yang suka makan mee kuning dalam pelbagai resepi mungkin akan sesekali seleranya terganggu apabila mee kuning terasa agak berkapur dan ada rasa agak pahit. Walau pun ada rasa  sayang untuk dibuang tetapi disebabkan lapar dan enak selalunya terpaksalah menelannya juga walaupun agak kurang berselera memakannya. Kalau makan di premis makanan seperti gerai, restoren, hotel atau membelinya di pasar malam memang tidak boleh buat apa dengan makanan mee kuning seperti ini dan makan sahaja. Bagaimana pun jika pembaca blog ini ingim memasak mee kuning sendiri memang ada beberapa cara menghilangkan rasa kurang enak ini. Perlu tahu mengapa ada mee kuning terasa berkapur terutama dirasakan setelah dimasak untuk di makan. Dalam beberapa kes di laporkan ada kes lebih serius apabila ia boleh berikan atay menyebabkan rasa kelat atau pahit saat dimakan. Ada yang kurang faham apakah yang menyebabkan mi terasa berkapur dan pahit dimana didalam mee kuning memang ada terdapat satu bahan yang turut digunakan semasa penghasilan mi berskala besar. Bahaj itu adalah Natrium Karbonat atau Sodium Carbonate dan lebih dikenali sebagai air abu. Bahan ini merupakan sejenis bahan alkali yang akan berfungsi menambah baik tekstur mee kuning. Tekstur mee kuning yang lebih keras atau pejal menjadikan ia lebih tahan lama. Dilaporkan dimana selain natrium karbonat, ada sesetengah pengeluar mi juga menggunakan natrium hidroksida. Bagaimana pun kini penggunaan Natrium hidroksida mempunyai nilai pH yang lebih tinggi dan bersifat mengakis berbanding natrium karbonat. Selalunya jika nilai pH adalah Bahan Alkali bernilai lebih lebih tinggi dimana mee tersebut akan menjadi semakin kuning, lebih pejal dan lebih tahan lama. Penggunaan natrium karbonat dan Natrium hidroksida inilah yang kadangkala boleh menyebabkan mi berasa pahit, kelat atau berkapur. Adakah natrium karbonat ini berbahaya? dan jawapannya adalah tidak sama sekali. Bahan ini iaitu Natrium karbonat atau natrium hidroksida banyak digunakan dalam proses pembuatan dan proses penghasilan makanan-makanan lain dan kaedah cara penggunaannya adalah masih dibenarkan dibawah Akta Makanan Malaysia. Ia juga masih mempunyai status gred makanan (food grade) yang selamat untuk dikonsumsi. Walau bagaimanapun, kuantiti yang digunakan mungkin boleh menyebabkan perubahan rasa pada makanan yang dihasilkan selain kesan sampingan kecil. Apa pun sebagai contoh, penggunaan natrium hidroksida yang berlebihan dalam pembuatan makanan mungkin boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan.


Semasa bertugas di Jabatan Pertanian dulu memang projek membuat mee kuning di kalangan bumiputra di bantu dengan bantuan khidmat nasehat teknikal dan memberikan bantuan peralatan mesin membuat mee. Peserta atau pengusaha mee kuning akan di berikan kursus teknikal dan juga pemantauan kepremis sentiasa di lakukan. Antara perkara yang selalu di pantau adalah bagaimana pengguna boleh rawat atau cara hilangkan kapur pada mee kuning. Kebiasaannya kalangan pengguna memang tidak mengetahui sama ada mee yang dibeli itu akan rasa berkapur atau tidak. Bagaimana pun syor  untuk mengelakkan ia terasa berkapur setelah dimasak, anda boleh mencuba kaedah di bawah ini untuk hilangkan rasa kapur pada mee kuning tersebut. Cara-caranya ialah seperti di bincangkan dimana sebaiknya mengeluarkan mee daripada pek pembungkusan. Kemudian mee tersebut duibasuh bersih dan terlebih dahulu dengan menggunakan air paip yang mesti mengalir. Kemudian seterusnya perlu isikan air ke dalam satu bekas atau besen dan rendamkan mee dalam air tersebut. Apa pun kemudian boleh taburkan gula ke dalam bekas mee kuning tersebut dimana ia boleh menggunakan sama ada gula putih atau gula perang bergantung kepada kesesuaian. Pastikan gula ditabur dengan rata pada mi dan biarkan mi direndam selama sekurang-kurangnya 10 minit atau adalah lebih baik jika mee kuning ini direndam selama 30 minit. Setelah itu boleh di buangkan air dan toskan mi tersebut dan kemudian dibilas mee kuning ini sehingga bersih dengan menggunakan air paip. Apa pun setelah mee kuning ditoskan kali kedua ia boleh terus memasaknya mengikut selera anda. Pembaca blog jangan risau sebab cara ini berkesan menghilangkan rasa dan bau berkapur yang ada pada mi yang dibeli. Kaedah lain adalah dengan Merebus mee terlebih dahulu sebelum mee kuning ini di masak atau di goreng. cara merebus mee dengan air mendidih boleh membantu didalam mengeluarkan sisa dan lebihan natrium karbonat yang mungkin ada pada mi yang dibeli. Selalunya mee ini akan menjadi lebih sedap, lembut dan tiada rasa kapur. Jangan sesekali mencelur mi dengan tujuan menghilangkan rasa kapur kerana proses mencelur sahaja tidak memadai. Proses mencelur tidak cukup kuat untuk menanggalkan kapur atau air abu yang ada pada mi tersebut. Sebaiknya boleh lakukan teknik seperti di atas atau merebusnya terlebih dahulu. Apa pun pembaca blog tidak perlu risau dengan kewujudan natrium karbonat atau natrium hidroksida dalam mee kuning kerana ia dibenarkan dalam pembuatan makanan yang diproses. Apa pun selalunya bahan alkali yang digunakan ini merupakan bahan dengan status gred makanan atau 'food grade' dan tentunya selamat untuk dimakan. Bagi penulis blog menbasuh mee kuning aahulu sebelum di masak sudah menjadi amalan seja lama dulu. Selain i menghilangkan rasa kapor dan kelat kaedah ini boleh melembabkan mee goreng yang rasanya lebih enak juga.


Penulis blog juga kongsikan resepi dan cara membuat mee kuning sendiri di rumah kalau mahukan memakan mee yaang enak, halal serta terjamin keselamatannya. Memang mee kuning di Malaysia dan banyak negara diAsia sudah menjadi makanan kegemaran kebanyakan rakyat kerana boleh dijadikan pelbagai juadah yang cepat dan enak.  Namun kebiasaannya mee kuning yang dijual di pasaran mempunyai rasa kesat di lidah kerana kandungan kapur yang tinggi. Ada pula yang terlebih masin dan keras sehingga menjadikan sajian yang dimasak kelihatan 'tidak bermaya' untuk dijamah. Pendek kata apa yang penulis blog tahu agak sukar untuk dapatkan mee kuning yang betul-betul sedap dan menepati citarasa mengikut sajian pilihan.  Oleh itu sebenarnya boleh menghasilkan sendiri mee kuning mengikut resipi mudah yang gunakan bahan-bahan dicampur dan diaduk sekata iaitu 1 kg tepung gandum, 2 biji telur, 1/2 sudu makan garam, pewarna kuning dibenarkan, 1 gelas air serta sedikit minyak masak. Sebaiknya di sediakan juga alat atau mesin untuk menghasilkan mee kuning. Cara didalam membuatnya dengan memasukan tepung dalam bkas seperti besen dan dipecahkan telur dalam mangkuk dan di pukul. Kemudian boleh dituangkan ke dalam tepung tadi bersama pewarna kuning dan perlu digaul sekata. Masukan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit dan di uli hingga sekata dan buat bulat-bulat supaya mudah dileperkan sedikit. Apa pun dipastikan doh tidak lembik. Kemudian boleh mesin doh tadi menggunakan mesin mi yang sesuai. Pastikan sapu tepung sebelum mesin bagi mengelakkan doh melekat. Seterunya dipanaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak. Masak mee tadi dan angkat apabila sudah timbul dimana sebaiknya semasa tos air rebusan, titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan terurai elok. Apa pun lazimnya bagi 1 kilogram tepung jumoah mee kuning yang dihasilkan dianggarkan seberat 2 kilogram.


Menarik dalam media hmetro.com kisah bertajuk 'Syarikat mi kuning dan mihun didenda RM15,000' untuk disembangkan. Dilaporkan Pengurus syarikat Miku Mamami Sdn Bhd, Ng Kah Eng, 47, (baju biru) membayar denda RM15,000 atas tiga kesalahan mengikut AKAS 1974 (Foto disebelah). Kisah dari Melaka dimana disebabkan oleh kes kesalahan dan mohon maaf kepada mahkamah. Syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akas) 1974. Hakim Nariman Badruddin yang mendengar kes itu mendenda syarikat sebanyak RM15,000 atau enam bulan penjara bagi semua pertuduhan selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan. Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa mengikut Peraturan 7(2) AKAS 1974 kerana gagal dan tidak pernah mengemukakan rekod bulanan dan pemantauan pembuangan efluen perindustrian untuk diperiksa secara bertulis atau melalui aplikasi online environmental reporting (OER) seperti ditetapkan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, syarikat didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10(1) dan Peraturan 11(1)(b) peraturan sama, iaitu sistem pengolahan efluen perindustrian bagi memproses mi kuning dan mihun tidak diawasi oleh 'orang yang berwibawa' dan diperakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta melepaskan efluen tanpa dirawat ke longkang. Apa pun efluen dilepaskan mengandungi BOD (Keperluan Oksigen Biokimia) pada 20 darjah celsius yang berkepekatan 4,765 miligram per liter (mg/l) dan melebihi had dibenarkan 50 mg/l; pepejal terampai 1,600 mg/l melebihi 100 mg/l serta minyak dan gris berkepekatan 31 mg/l melebihi 10 mg/l. Dilaporkan semua kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Plot 32, Jalan EP Serkam, Kawasan Perindustrian Halal Hub Serkam, Jasin. Dia boleh dihukum mengikut Peraturan 32, peraturan sama, jika disabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, dua pegawai penguat kuasa JAS menjalankan pemantauan ke atas kolam takungan banjir di Perindustrian Halal Hub, Serkam yang berbau busuk. Dilaporkan didapati punca air masuk adalah dari longkang awam di kawasan itu yang berwarna kekuningan, berbau masam dan berwap. Pemeriksaan lanjut mendapati air itu mengalir dari premis Miku Mamami Sdn Bhd yang menghasilkan produk mi kuning serta mihun sebelum tiga sampel efluen dihantar untuk analisis di Jabatan Kimia Malaysia Melaka. Hasil analisa menunjukkan syarikat melakukan kesalahan seperti pertuduhan selain semakan juga mendapati premis pernah dikompaun sebanyak lapan kali atas kesalahan pengendalian sistem pengolahan bahan efluen perindustrian pada 2017, 2018, 2020 dan 2021. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.

NAMA MEE KUNING...IA MUDAH DIBELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI PASAR TANI...
MEMANG ENAK... ADA PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN KENYANG PASTI ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...