Support My Blog

Showing posts with label SELAMAT TAHUN BARU 2020!. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT TAHUN BARU 2020!. Show all posts

Friday, January 1, 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2020!


SELAMAT TAHUN BARU 2021
saya ucapkan kepada semua pembaca blog "Anim Agro Technology''. Apabila tiba tahun 2021 bermakna saya sudah menulis  dalam blog teknologi pertanian dan makanan selama 12 tahun lamanya dimana berjaya membuat posting sebanyak 4,057 artikel. Blog ini juga telah menerima lebih daripada 26.2 juta viewers atau purata 2.38 juta orang setahun. Tahun 2020 menjadi sejarah yang tersendiri dunia apabila berlaku wabak pandemik Covid-19 dimana telah menjangkiti jutaan manusia diseluruh dunia dan menghalang pergerakan manusia diantara negara, negeri malahan terpaksa kita menjalani 'Lockdown' untuk mengawal perebakan virus yang merbahaya ini. Banyak sektor yang terjejas teruk semenjak awal tahun 2020 apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengistiharkan pandemik covid-19 dan terkini dilaporkan trlah menyerang lebih 79 juta orang manusia dan menyebabkan kematian seramai 1.751 juta sehingga hujung Disember 2020 diseluruh dunia. Di Malaysia pula sehingga 28 Disember 2020 seramai 106,096 orang dijangkiti virus Covid-19 dengan mengakibatkan seramai 452 kematian. Negeri Sabah menjadi negeri paling banyak kes positif covid-19 dengan seramai 36,200 kes diikuti dengan Negeri Selangor sebanyak 29,300 kes dan ketiga adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan seramai 12,500 kes. Dalam pada itu Wilayah Persekutuan Labuan yang merupakan sebuah pulau yang kecil mempunyai sebanyak 1,636 kes mengalahkah beberapa negeri besar seperti Negeri Pahang (1,003 kes), Terengganu (301 kes) dan Kelantan (606 kes). Perlis setakat ini hanya mempunyai sebanyak 46 kes sahaja. Apa pun memang pandemik covid-19 ini kesannnya banyak dan mengubah polar kehidupan dalam banyak sektor pekerjaan. Paling teruk terjejas adalah sektor penerbangan, perhotelan, perkhidmatan lain yang melibatkan pergerakan manusia. Dilaporkan dimana lebih daripada 16,000 buah kapalterbang daripada 24,000 kapalterbang yag ada diseluruh dunia telah 'grounded' diseluruh dunia kerana sudah tiada permintaan untuk perjalanan rentas negara dan negeri. Kini kita hidup dalam 'norma baru' dimana semua orang didunia ini perlu mematuhi SOP baru bagi mencegah perebakan wabak ini. Hanya pada tahun 2021 bekalan vaksin covid19 yang akan beredar diseluruh dunia untuk disuntik dengan kos berbilion-bilion ringgit untuk mengawal pandemik ini bagi penduduk dunia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis sebagai artikel terakhir 2020 dan artikel pertama tahun 2021 untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Sehingga hujung Disember 2020 blog ini menerima seramai 26.2 juta pengunjung dimana jumlah pengunjung pada akhir November 2020 adalah seramai 451,984 orang (kiraan pada purata 15,066 orang pembaca sehari) dimana ia meningkat disepanjang musim covid-19 berlaku. Seramai 2,256 orang menjadi follower blog ini dimana kebanyakannya adalah orang dari Malaysia. Apabila berlaku larangan pergerakan seperti PKP, PKPD, PKPB, PKPP dimana ramai yang berada dirumah maka masa itu juga ramai yang buka internet untuk membaca terutama pautan di youtube, vlog, blog, FB, Instagram dan pelbagai aplikasi lain. Daripada rajah diatas penulis blog telah mendapati artikel bertajuk 'Daging Import - Itu daging kerbau' yang diposting pada 9/7/2016 menerima seramai 253,000 pembaca diikuti dengan artikel 'Petua Untuk Halau Monyet' diposting pada 19/4/2017 dengan 203,000 pembaca. Ketiga adalah artikel bertajuk 'Khasiat Sacha Inci - Apa Dia?' yang diposting pada 3/7/2020 dengan sebanyak 204,000 pembaca (artikel paling cepat menarik pembaca view dalam masa 4 bulan sahaja). Lain-lain artikel yang menarik minat pembaca adalah seperti 'Racun Rumpai - cara tindakan', 'Bunga Ati-ati', 'Proses Pendebungaan', 'Durian - cantuman mata tunas' dan beberapa lagi. Beberapa artikel dari blog ini saya ada buat pautan didalam facebook saya untuk di baca, like malahan ramai yang 'share' untuk dibaca.

Sektor pertanian semakin dianggap lebih penting semasa dan selepas pandemik covid-19 berlaku kerana dilaporkan berjaya membekalkan makanan yang mencukupi, berkualiti dan lebih terjamin. Sepanjang tahun 2020 dilaporkan tiada negara yang kekurangan makanan dan ini bermakna sektor pertanian masih merupakan sektor yang stabil dan sangat penting didalam apa jua malapetaka dunia yang berlaku. Ramai kalangan rakan-rakan kita yang 'duduk rumah' berjinak-jinak dengan sektor pertanian apabila hilang pekerjaan dan mengisi masa lapang yang terluang. Penulis blog menerima sangat banyak 'inquiry' daripada pembaca blog melalui aplikasi 'messeger' dan facebook bertanyakan pelbagai perkara yang berkaitan pertanian, teknologi dan sebagainya. Semuga tahun 2021 akan menjadi lebih baik daripada tahun 2020 apabila pandemik covid19 dan masaalah kesihatan lain dapat dikawal atau diatasi. Bagaimana pun semua orang diseluruh dunia masih perlu menjalani SOP dalam 'norma baru kehidupan' untuk meneruskan perjalanan hidup. Ingatlah cogankata seperti 'Kita Jaga Kita' dan 'Bersama Kita  Hentikan Wabak Covid-19' dan beberapa lagi untuk diamalkan. Semuga anda semua akan beroleh kebahagaiaan pada tahun 2021!...
Wasallam... SELAMAT TAHUN BARU 2021...

TAHUN 2021... IA SUDAH MENJELMA...
TINGGALKAN 2020... RAMAI DERITA...
HARAPAN CERIA... DIDOA BERSAMA...
SIHAT SEJAHTERA....ARTIKEL PUN ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1923, Hotel Double Tree,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaaysia.
(31 Disember 2020).
SELAMAT TAHUN BARI 2021!.

Tuesday, December 31, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2020!

SELAMAT TAHUN BARU 2020!... Penulis blog Anim Agro Technology mengucapkan selamat tinggal tahun 2019 yang amat bermakna dimana ia merupakan tahun paling sibuk dan  masih mampu menulis beratus-ratus artikel terutama untuk sektor pertanian. Ini kerana tahun 2019 penulis blog telah melalui proses persaraan setelah 37 tahun 3 bulan bertugas didalam sektor awam sebelum bersara pada Oktober 2019. Kini mempunyai masa yang banyak dan berganda kebolehan kapasiti menulis banyak lagi artikel dengan membuat banyak rujukkan daripada buku-buku ilmiah dan teknikal dimana sebahagian besar adalah disumbangkan oleh ramai kakitangan pejabat. Sehingga 31 Disember 2019 sebanyak 5,655 buah artikel telah di tulis dimana ia diposting satu artikel setap hari (tanpa miss!!) menjadikan minima entry sebanyak 365 artikel setahun. Sebanyak 3,685 buah artikel telah dibuat posting daripada pelbagai tajuk yang berkaitan dengan teknologi pertanian dan perkara yang berkaitan dengannya seperti makanan, tinjauan teknologi dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya buat analisa statistic prestasi blog ini yang mencapai jutaan views sepanjang ia berada dalam lamanweb lebih 10 tahun.


Sehingga 31 Disember 2019 seramai 21,077,990 atau seramai lebih 21 juta telah berkunjung artikel melalui domain .my (Malaysia) dan berganda juta jumlahnya lagi yang membacanya melalui domain .coid (Indonesia). Bulan Disember ini seramai 397,688 membuat kunjungan dimana ia selalu menerima lebih daripada 450,000 kunjungan sebulan (bukan bulan cuti). Purata mereka yang berkunjung kepada blog Anim Agro Technlogy sekitar 14,000 - 15,000 sehari dan ia terus meningkat mengikut tahun. Blog ini mempunyai hanya seramai 2,048 followers dimana ia kebanyakannya berada di Malaysia. Selain blog berbahasa Malaysia ini sebenarnya ada satu lagi blog saya iaitu "Anim Agriculture Technology" yang ditulis didalam bahasa Inggeris dimana pembaca ramai  daripada USA yang mendominasi kunjugan didalam blog tersebut. Ramai dikalangan pembaca cuba mendapatkan info lanjut dari penulis blog melalui 'HP Messager'. Mereka hendak info lanjutan dari artikel yang dibaca.  Penulisan yang paling banyak dibaca adalah tajuk 'Kelapa- Menanam Kelapa Matag' yang diposting pada 28/2/2015 diikuti dengan artikel bertajuk "Cili Padi - Senang Tanamnya" diposting pada 3/1/2014 dan yang ke 3 adalah atikel bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' yang mana ia hanya diposting pada 5/9/2016.


Didalam analisa ststistik pula blog animhosnan.blogspot ini masih mendapat kedudukan ranking tinggi diseluruh dunia dan dalan Malaysia.  Berikut adalah beberapa analisa global 
mengenai blog ini untuk dirujuk:

(1)  2.50 Rating by CuteStat
animhosnan.blogspot.com is 1 decade 3 years old. This website is a sub-domain of blogspot.com. It has a global traffic rank of #232,318 in the world. This website is estimated worth of $USD 38,340.00 and have a daily income of around $USD 71.00. Furthermore the website is also monetizing from Google Adsense. As no active threats were reported recently by users, animhosnan.blogspot.com is SAFE to browse


(2)  Animhosnan.Blogspot.My - Info
animhosnan.blogspot.my receives about 352,000 unique visitors and 1,077,120 (3.06 per visitor) page views per day which should earn about $3,225.00/day from advertising revenue. Estimated site value is $USD1,384,148.28. According to Alexa Traffic Rank animhosnan.blogspot.my is ranked number 1,455 in the world and 0.0704% of global Internet users visit it. Site is hosted in Mountain View, CA, 94043, United States and links to network IP address 172.217.9.65. This server supports HTTPS and HTTP/2.



(3) Anim Agro Technology #3,171,825 (+104%)
animhosnan.blogspot.co.id has a global rank of #3,171,825 which puts itself among the top 10 million most popular websites worldwide. animhosnan.blogspot.co.id rank has increased 104% over the last 3 months. It reaches roughly 4,500 users and delivers about 9,960 pageviews each month. Its estimated monthly revenue is $28.80. We estimate the value of animhosnan.blogspot.co.id to be around $350.40. The domain animhosnan.blogspot.co.id uses a Indonesia suffix and its server(s) are located in with the IP number 172.217.15.97. animhosnan.blogspot.co.id is not listed on Dmoz.


Penulis blog meneruskan penulisan artikel dan ia merupakan antara blog teknologi pertanian yang terbanyak penulisannya di Malaysia iaitu mencecah lebih 5,500 artikel. Walaupun analisa kata nilai revenue tinggi sebenarnya tiada. Ilmu yang disebarkan jika diguna Allah swt sahaja yang membalasnya. Semuga saya akan terus diberikan kesihatan yang baik, kelapangan masa yang mencukupi, pemikiran yang kritis dan responsif serta peningkatan kepakaran didalam ilmu pertanian yang berpanjangan. Amin!... Selamat Tahun Baru 2010!.
 MENULIS ARTIKEL... KERJA BERTERUSAN...
PELBAGAI TAJUK... TEKNOLOGI PERTANIAN...
LEBIH 5,600 ARTIKEL... SUDAH DITULISKAN...
ANDA BERILMU... MUDAH DALAM PEKERJAAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(31 Disember 2019).
SELAMAT TAHUN BARU 2020!.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...