Support My Blog

Showing posts with label BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM. Show all posts
Showing posts with label BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM. Show all posts

Friday, January 20, 2023

BAWANG MERAH - AMALAN AGRONOMI

BAWANG MERAH (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman umbisi yang ditanam dibeberapa negara Asia Tenggara tetapi tidak popular ditanam di Malaysia. Negara China dan India adalah negara yang memang luas menanam bawang merah yang mana Malaysia ada banyak dilapor mengimport daripadanya. Dalam luang saya membuat tinjauan ke Indonesia dimana sempat lawat kebun bawang dilokasi penanaman bawang di Wonosobo, Jogjakarta dapatlah saya belajar sedikit sebanyak amalan agronomi dan beberapa teknik penanaman bawang merah. Tanaman bawang merah harus di tanam pada keadaan tanah atau kawasan sesuai iaitu kawasan yang beriklim kering, suhu udara yang agak panas, tempat terbuka atau cukup mendapat sinar matahari dan tidak berkabus. Kawasan yang berkabus kurang sesuai terhadap pertumbuhan tanaman bawang merah kerana ianya dapat menimbulkan penyakit. Lazimnya kawasan yang terlindung naungan akan menyebabkan pembentukan umbi bawang merah tidak maksima dan kurang ekonomik.  Tanaman bawang merah dapat di tanam di kawasan tanah rendah atau pun dikawasan dataran tinggi dengan ketinggian antara 0 -1,000 meter di atas permukaan laut. Namun begitu apa yang penulis blog rujuk dimana tanaman bawang merah lebih sesuai ditanam dikawasan dataran tanah rendah dengan ketinggian 0 - 400 meter di atas permukaan laut. Pertumbuhan paling optima adalah pada paras ketinggian 0 - 30 meter di atas permukaan laut. Pada pada ketinggian ini lazimnya tanaman bawang merah mampu untuk menghasilkan umbisi yang paling baik. Pada ketinggian 800 - 900 meter di atas permukaan laut pula dilaporkan yang tanaman bawang merah dapat tumbuh meskipun didapati tahap pertumbuhannya kurang baik dan pembentukan untuk umbisinya juga kurang memuaskan. Suhu yang paling sesuai untuk pernanaman bawang merah ialah antara 25-32 °C. Jika tanaman bawang merah di tanam pada suhu 22 °C pula lazimnya tanaman akan sukar menghasilkan umbisi atau  tidak dapat membentuk umbisi pun pada keadaan suhu rendah ini. Malaysia sehingga kini masih merupakan negara pemgimport bersih bawang merah kerana tanaman ini merujuk kepada Jabatan Pertanian Malaysia memang tidak diusahakan secara komersil. Rekod menunjukkan tanaman bawang yang ada adalah untuk tujuan penghasilan daun bawang sahaja. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa asas amalan agronomi penanaman bawang merah daripada pengalaman sendiri dan lawatan ke kebun bawang merah di negara jiran Indonesia untuk bacaan anda semua.

Penjagaan tanaman bawang merah bermula sejak ia mula ditanam. Bagi tujuan menghasilkan bawang merah seperti yang diharapkan perlu dilakukan penjagaan pada tanaman tersebut. Penjagaan yang harus dilakukan pada tanaman bawang merah diantaranya seperti aktiviti penyiraman, penjarangan, penggemburan tanah, pembajaan serta mangawal serangga perosak dan juga penyakit. Lazimnya penyiraman dilakukan mengikut jadual walau pun diketahui tanaman bawang merah tidak menyukai tanah yang lembap namun tanaman ini sangat memerlukan banyak air terutama pada masa pembentukan umbisi. Di Indonesia apa yang penulis blog lihat dimana lazimnya masa untuk mula menanam bawang merah ialah ketika mula musim kemarau. Dengan demikian pengairan sangat perlu untuk dilakukan. Tanah yang berada di sekitar tanaman tidak mengalami kelembapan maka penyiraman bisa menggunakan sprinkler atau dengan menggenangi saluran air atau parit dikiri kanan batas. Kekerapan menyiram perlu diatur agar tanaman bawang tidak kekurangan air dan tidak juga sampai terlalu lembap. Peringkat awal penanaman tanah diusahakan terus basah selama 2-3 hari. Jika tanaman telah tumbuh dengan baik maka pemberian air perlu dikurangkan dengan kaedah jangkamasa seminggu sekali. Apabila umbisi telah terbentuk maka pengairan dapat dilakukan sepuluh hari sekali. Namun demikian penting diperhatikan dalam sistem pengairan ialah penyesuaian dengan keperluan air secara memperhatikan keadaan cuaca semasa. Jika ada hujan maka penyiraman kepada tanaman bawang dihentikan kerana air yang terlalu banyak boleh menyebabkan tanaman bawang merah akan terganggu.

Aktiviti merumput dan menggemburkan tanah dijalankan setelah daun bawang tumbuh secara manual. Merumput ialah mencabut atau membuang rumpai yang tumbuh dengan gunakan tangan kerana rumpai akan mengganggu pertumbuhan bawang merah. Rumput yang tumbuh diatas batas tanaman akan menggambil makanan atau nutrien dalam tanah yang sepatutnya diberikan pada tanaman bawang. Memang penting untuk itu rumpai yang tumbuh disekitar tanaman harus segera dibuang (Sila lihat foto sebelah). Bagaimana pun cara merumput yang dilakukan diatas batas tanaman bawang atau pun ditepi batas perlu berhati-hati agar umbisi bawang yang ditanam tidak diganggu akarnya kerana aktiviti mrmbuang rumput. Selain merumput amalan agronomi yang penting dijalankan juga adalah ia perlu dijalankn akiviti penggemburan tanah. Biasanya tanah yang terlalu basah kerana curahan air hujan mahu pun air siraman menyebabkan tanah akan cepat padat dimana perkara ini menghalang proses pengedaran udara dalam tanah dan boleh menyebabkan umbisi bawang menjadi reput atau diserang penyakit. Pemadatan tanah ini secara semulajadi tentunya akan menyebabkan gangguan pembentukkan  umbisi bawang merah kelak. Sebaiknya tanah yang berada dikiri dan kanak barisan tanaman bawang digemburkan secara berhati-hati menggunakan alat seperti cangkul kecil atau alatan lain dengan cekap. Lazimnya petani akan menjalankan kerja-kerja merumput yang dilakukan sekali dengan aktiviti atau kerja  penggemburan tanah cuma yang harus diperhatikan jangan sampai akar dari tanaman bawang merah akan terganggu. Kerja merumput perlu dilakukan dua kali semasa sahaja. Agak memerlukan kesabaran dan tahan panas ketika menjalankan kerja merumput dan mengemburkan tanah. Di negara China mereka menggunakan jentera khas didalam mereka melakukan kerja ini bagi ladang bawang merah komersial.

Pembajaan Bawang Merah perlu dibuat untuk menjaga hasil bawang yang optima. Unsur baja dalam tanah sedia ada tidak mencukupi bagi pertumbuhan bawang merah dimana ini akan menjejaskan penghasilan. Unsur yang ditambahkan ialah Nitrogen (N), Kalium (K) dan Fosfat (P yang mana pemberian NPK diberikan pada dua peringkat. Peringkat pertama diberikan sebelum penanaman dan peringkat kedua diberikan selepas kerja penanaman. Jenis baja yang diberikan boleh dari jenis baja organik seperti kompos, najis haiwan atau baja kimia atau keduanya. Namun untuk pemberian baja organik biasanya dilakukan pada awal penanaman. Kawalan perosak dan penyakit dilakukan mengikut jadual atau kadar serangan. Perosak dan penyakit menyerang bahagian akar, umbisi, batang dan daun bawang. Diantara perosak yang ada seperti jenis kutu paling sering menyerang tanaman ini. Untuk mengawal buat semburan racun kimia seperti Racun Tamaron dan Folidol. Penyakit yang sering menyerang tanaman bawang putih ialah Bintik Daun, Bisa Air Em dan serangan cendawan. Pemberian racun Diathene M-45 0,2-0,3% dapat mengatasi penyakit ini. Apa pun lazimnya tanaman bawang lazimnya akan matang dan boleh dituai selepas 75 - 90 hari ditanam iaitu apabila daun bawang telah mulai kering dan rebah bergantung kepada varieti. Rumpun bawang yang dituai diikat dan dikeringkan dibawah sistem pengudaraan yang baik. Bawang merah agak tahan disimpan sehingga 6 bulan (bergantung kepada varieti) dan boleh digunakan semula untuk dijadikan benih tanaman dan sebahagian boleh dijual. Kajian di Malaysia mendapati sebiji bawang akan membiak sebanyak antara 15 - 25 biji bebawang serumpun walaupun kajian mendapati di India mencapai 40 -60 biji/rumpun. Beberapa varieti di Indonesia (Mentes, Pakitan) contohnya cuma mempunyai sekitar 8-12 pokok serumpun sahaja. Pada tahun 1998 berlaku krisis bekalan bawang merah seluruh dunia yang telah pun menyebabkan harga bawang merah yang biasanya dijual runcit pada purata harga RM 1.20/ kg telah meningkat sehingga RM 5.40/ kg. Krisis ini disebabkan oleh beberapa negara pengekspot utama bawang ke Malaysia seperti India, China, Thailand, Indonesia dan sebagainya mengalami bencana kemarau akibat El nino. Harga yang mahal terpaksa ditanggung pengguna di Malaysia. Disapati pengimpot amat sukar untuk mendapatkan bekalan bawang merah ketika itu. Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian telah pun melancarkan beberapa program pemerhatian untuk menanam bawang merah termasuk yang saya jalankan di Mersing, Johor selama 2 tahun. Kertas keputusan pemerhatian telah saya bentangkan dalam Seminar Teknikal pada tahun 2000 dimana berikut adalah diantara keputusan kajian (Sila baca artikel - Sila klik disini). Penamanan bawang merah di Mersing dan amnya di Malaysia adalah kurang ekonomik. Kos benih (bawang segar) yang mahal dan belum ada bahan tanaman murah yang sesuai (biji benih masih belum ada. Kejadian serangan penyakit pucuk putih mudah berlaku pada setiap umur penanaman dan sukar dikawal. Kos buruh agak tinggi untuk kerja-kerja kawalan rumpai sebab racun rumpai tidak boleh digunakan kerana bawang amat sensitif terhadap racun rumpai. Harga jualan ladang juga tidak menguntungkan. Penanaman bawang merah di Malaysia perlukan kajian lebih lanjut dan memerlukan teknologi baru. Teknologi di Indonesia dan Thailand boleh diguna pakai jika betul penanaman bawang hendak ditanam secara komersil di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wallahualam!...
MENANAM BAWANG...ADA CARANYA...

KAWAL RUMPAI..GEMBURKAN JUGA...
MEMBERI BAJA... IKUT KADARNYA...
BAWANG SUBUR...BAIK TUMBUHNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jogjakarta, 
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H)
Kemaskini pada 16 Jamadilakhir 1444H.

Wednesday, June 11, 2014

BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM (Part 3)

BAWANG MERAH (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman yang ditanam dibeberapa negara Asia Tenggara tetapi tidak popular ditanam Malaysia. Tanaman daun bawang atau kucai bagaimana pun popular di negara kita. Negara China dan India adalah negara yang luas menanam bawang merah yang mana kita banyak impot daripadanya. Dalam lawatan saya ke lokasi penanaman bawang di kawasan Wonosobo, Jogjakarta dapat saya belajar sedikit teknik penanaman bawang merah. Tanaman bawang merah harus di tanam pada keadaan kawasan sesuai iaitu kawasan yang beriklim kering, suhu udara yang agak panas, tempat terbuka atau cukup mendapat sinar matahari dan tidak berkabus. Kawasan yang berkabus kurang sesuai terhadap pertumbuhan tanaman bawang merah kerana ianya dapat menimbulkan penyakit. Lazimnya kawasan yang terlindung naungan akan menyebabkan pembentukan umbisi bawang merah tidak maksima. Tanaman bawang merah dapat di tanam di kawasan tanah rendah atau pun didataran tinggi dengan ketinggian antara 0 -1,000 meter di atas permukaan laut. Namun, tanaman bawang merah lebih menyukai kawasan dataran tanah rendah dengan ketinggian 0 - 400 meter di atas permukaan laut. Pertumbuhan paling optima adalah pada paras ketinggian 0 - 30 meter di atas permukaan laut. Pada pada ketinggian ini lazimnya tanaman bawang merah mampu untuk menghasilkan umbisi yang paling baik. Pada ketinggian 800 - 900 meter di atas permukaan laut pula dilaporkan yang tanaman bawang merah dapat tumbuh meskipun didapati tahap proses pertumbuhannya kurang baik dan pembentukan untuk umbisinya juga terhambat. Suhu yang paling sesuai untuk pernanaman bawang merah ialah antara 25-32 °C. Jika tanaman bawang merah di tanam pada suhu 22 °C pula lazimnya tanaman akan sukar menghasilkan umbisi atau  tidak dapat membentuk umbisi pun pada keadaan suhu rendah ini. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik penanaman bawang merah daripada pengalaman sendiri dan lawatan ke kebun bawang merah di Indonesia untuk bacaan anda semua.


Menanam Bawang merah Varieti Bombay sesuai pada tempat-tempat yang udaranya sejuk. Suhu yang baik untuk tanaman bawang bombay ialah 18- 20 °C dimana pada suhu ini selalunya menbolehkan proses pembentukan umbisi bawang adalah baik. Di Indonesia, apa yang saya lihat suhu yang demikian terdapat di kawasan dimana ketinggiannya antara 800 -1,000 meter di atas permukaan laut (dpl). Lazimnya pada suhu yang lebih rendah iaitu 10 -15 °C didapati bawang Bombay dapat membentuk bunga dengan baik. Bawang bombay memerlukan cahaya matahari yang cukup banyak iaitu sekitar 14 jam sehari. Jika kawasan tanaman bawang bombay ada naungan atau tidak cukup sinar matahari, maka pengeluaran hasil akan rendah dimana daya simpannya tidak akan lama dan rasanya juga agak tawar. Tanah yang sesuai untuk pertumbuhan bawang bombay ialah tanah yang gembur, subur dan ia banyak mengandungi bahan humus. Bawang bombay adalah jenis bawang yang tidak menyukai tanah yang lembab tetapi ia juga kurang sesuai yang kering. Jenis tanah yang mudah mengalirkan air adalah jenis adalah tanah yang sesuai untuk tujuan penanaman bawang ini. Tanaman bawang bombay ini sangat perlukan air yang cukup banyak namun apabila air terlalu banyak pula mengakibatkan tidak sesuai dimana ia akan merencatkan pertumbuhan bawang tersebut. Ini dilihat dengan tandanya dengan ciri kelihatan seperti daun yang mengering, pembentukan umbisi menjadi lambat atau tidak berbentuk umbisi langsung.


Cara penanaman bawang bombay sama dengan langkah-langkah cara menanam   bawang merah dan bawang putih. Ia akan libatkan perancangan penanaman yang menentukan masa mula tanam, memilih biiji benih yang berkualiti, penyediaan tanah, cara atau teknik menanam dan juga penjagaan tanaman. Bawang bombay sebaiknya ditanam pada musim kemarau tetapi harus di sediakan sistem pengairan yang baik. Masa yang paling sesuai untuk menanam bawang bombay adalah pada akhir musim hujan atau pada ketika awal musim kemarau. Jika menanam bawang bombay pada masa banyak turun hujan tanaman akan mudah terserang penyakit. Bawang Bombay dapat dibiakkan dengan baik menggunakan umbisi maupun bijinya. Namun penanaman dengan umbisi lebih banyak dilakukan walaupun harganya lebih mahal untuk membeli benih. Kalau menanam dengan biji harganya akan lebih murah tetapi ada masaalah lain iaitu percambahan dan keseragaman pertumbuhan. Selalunyauntuk mendapatkan biji bawang bombay agak sukar kerana petani perlu mendapatkan secara impot dari luar negeri. ini disebabkan tanaman bawang bombay jarang berbunga dan berbiji di kawasan yang beriklim tropika. Apabila ingin mencuba mendapatkan benih biji sendiri, bawang Bombay harus ditanam sampai menghasilkan bunga dan membentuk biji dimana suhu yang diperlukan untuk ia berbunga adalah 5 -10 °C dan simpan selama 4 minggu. Selanjutnya tanam umbisi tersebut ditempat yang sejuk. Kalau petani sudah mendapat benih yang baik maka ia boleh ditanam.


Di kebun perlu disediakan beberapa batas tanaman yang digemburkan tanahnya dan sudah diratakan permukaannya. Lebar batas 1 meter dan tingginya 10 -15 cm. Batas semaian dibuat dengan aturan dari arah utara ke selatan agar mendapat sinar matahari yang banyak. Bagi penanaman bawang menggunakan BIJI BENIH ia perlu disemai dahulu. Tapak semaian akan dilindungi dari air hujan dengan bubuh peneduh yang terbuat dari plastik. Biji yang telah disemai setiap masa harus disiram agar tidak mengalami kekeringan. Penyiraman dilakukan tanpa menyebabkan  air menjadi banjir. Penyiraman dilakukan tiga kali sehari iaitu waktu pagi, tengahari dan petang. Seminggu setelah disemai, biji akan mulai tumbuh. Setelah biji tumbuh apa yang perlu dilakukan merumput untuk membuang rumpai. Setelah umur empat minggu didalam semaian maka perlu dibuat penjarangan anak semaian dengan cara mencabutnya. Semburan racun kimia perlu dilakukan untuk mencegah serangan serangga dan penyakit tanaman. Setelah berumur 6 -10 minggu maka anak semaian dapat dicabut dan ditanam pada batas yang telah disediakan. Mencabut anak semaian boleh dilakukan secara hati-hati dan bila perlu boleh gunakan alat pencukil. Jumlah benih semaian yang diperlukan untuk 1 hektar tanah adalah 300,000 - 400,000 pokok. 


Dalam melilih anak benih bawang merah, ia dapat dilakukan dengan cara membuat semaian terlebih dulu. Semaian dibiarkan tumbuh sampai membentuk umbisi muda dengan ukuran tertentu. Umbisi dituai dan digunakan sebagai benih. Umbisi muda tersebut dinamakan 'sets'. Ukuran sets ada tiga kategori iaitu Besar (diameter 2 - 2,5 cm)Sedang (garispusat berukuran 1.25 - 2.0 cm) dan saiz Kecil (Diameter 0.5 -1.25 cm)Ukuran sets yang dipakai sebagai benih adalah 1.25 - 2.5 cm. Sets yang berukuran lebih dari 2.5 cm tidak sesuai dibuat benih. Biasanya sets yang ukuaran tersebut boleh dibuat acar bawang bombay. Jumlah umbi sets yang dibutuhkan untuk 1 hektar jika beratnya 6.3 gram setiap umbi adalah 2.0 - 2.5 tan metrik. Benih juga dapat diambil dari umbisi yang telah tua. Umbisi untuk benih boleh dipilih yang bersaiz besar walupun harganya lebih mahal. Umbisi untuk benih mesti sihat, tidak ada tanda-tanda terkena penyakit, tidak memiliki luka atau telah rosak. Selain itu benih bawang merah harus berasal dari kebun yang benar-benar tua. Umbisi untuk benih sebelum ditanam perlu dipotong bahagian hujungnya dan bekas potongannya dibiarkan kering. Pemotongan dapat dilakukan sehari sebelum umbisi ditanam. Jika ukuran umbisi benih rata-rata 20 gram, maka untuk keluasan kebun 1 hektar perlukan 6 - 8 tan metrik benih.


Penyediaan tanah dilakukan agar tanah tetap dalam keadaan yang baik untuk pertumbuhan tanaman yang akan kita tanam. Penyediaan tanah dilakukan 2 - 4 minggu sebelum penanaman. Aktiviti penggemburan tanah dapat dilakukan dengan alatan cangkul, bajak atau traktor. Setelah itu dibuat batas dengan parit kecil di antara batas. Lebar batas kira-kira 80 -100 cm dan panjangnya disesuaikan dengan ukuran tanah. Sebaiknya, panjang batas adalah 3 - 5 m tinggi batas 20 - 25 cm dengan kedalaman parit 25 - 35 cm. Seminggu sebelum menanam perlu dilakukan pembajaan asas dengan kompos atau baja organik. Baja ini dicampurkan pada tanah batas sampai rata. Dua atau tiga hari sebelum menanam sebaiknya diberikan baja kimia. Setelah semua siap maka aktiviti menanam boleh dijalankan dengan menggunakan ramai tenaga kerja. Setelah siap menanam perlu dibuat penyiraman sewajarnya sehingga ia mula tumbuh dengan baik. Penanaman bawang merah boleh dijalankan di beberapa lokasi di Malaysia terutama dikawasan tanah datar atau tanah tinggi walau pun kos pengeluaran agak tinggi dan saya fikir lebih murah membeli bawang yang diimpot. Wasalam!.
MENANAM BAWANG...ADA CARA...
KAWAL RUMPAI..GEMBURKAN JUGA...
MEMBERI BAJA... IKUT KADARNYA...
BAWANG SUBUR...BAIK TUMBUHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jogjakarta DIY, 
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H)

Tuesday, June 10, 2014

BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM (Part 2)

BAWANG MERAH (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman yang ditanam dibeberapa negara Asia Tenggara tetapi tidak popular di Malaysia. Negara China dan India adalah negara yang luas menanam bawang merah yang mana kita banyak impot daripadanya. Dalam lawatan saya ke lokasi penanaman bawang di kawasan Wonosobo, Jogjakarta dapat saya belajar sedikit teknik penanaman bawang merah. Tanaman bawang merah harus di tanam pada keadaan kawasan sesuai iaitu kawasan yang beriklim kering, suhu udara yang agak panas, tempat terbuka atau cukup mendapat sinar matahari dan tidak berkabus. Kawasan yang berkabus kurang sesuai terhadap proses pertumbuhan tanaman bawang merah kerana ianya dapat menimbulkan penyakit. Lazimnya kawasan yang terlindung naungan akan menyebabkan pembentukan umbi bawang merah tidak maksima. Tanaman bawang merah dapat di tanam di kawasan tanah rendah atau pun didataran tinggi dengan ketinggian antara 0 -1,000 meter di atas permukaan laut. Namun, tanaman bawang merah lebih menyukai kawasan dataran tanah rendah dengan ketinggian 0 - 400 meter di atas permukaan laut. Pertumbuhan paling optima adalah pada paras ketinggian 0 - 30 meter di atas permukaan laut. Pada pada ketinggian ini lazimnya tanaman bawang merah mampu untuk menghasilkan umbisi yang paling baik. Pada ketinggian 800 - 900 meter di atas permukaan laut pula dilaporkan yang tanaman bawang merah akan dapat tumbuh meskipun didapati iaitu tahap pertumbuhannya kurang baik dan pembentukan untuk umbisinya juga terganggu. Suhu yang paling sesuai untuk pernanaman bawang merah ialah antara 25-32 °C. Jika tanaman bawang merah di tanam pada suhu 22 °C pula lazimnya tanaman akan sukar menghasilkan umbisi atau tidak dapat membentuk umbisi pun pada keadaan suhu rendah ini. Artikel subuh sabtu ini saya teruskan untuk menulis Part 2 dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik penanaman bawang merah daripada pengalaman sendiri dan lawatan ke kebun bawang merah di Indonesia untuk bacaan anda semua.


Umbisi yang  di gunakan sebagai benih sebaiknya yang tidak terlalu besar (Sila lihat foto sebelah). Umbisi yang terlalu kecil akan mudah busuk ketika ia di tanam. Selain itu, biiji benih yang selalu berukuran kecil akan menghasilkan tanaman yang mana pertumbuhannya kurang baik dan hasilnya selalu sedikit. Selalunya umbisi yang besar akan menghasilkan pertumbuhan yang cepat dan lebih sihat. Bagaimana pun saya dapati yang benih umbisi yang besar harganya memang jauh lebih mahal. Ramai petani yang menggunakan benih bawang merah berukuran sedang sahaja untuk dijadikan benih bawang merah. Umbisi untuk benih sebaiknya mempunyai ukuran seragam, tidak luka atau tidak rosak pada kulitnya. Sebelum di tanam sebaiknya kulit luar benih bawang merah yang telah mengering dan sisa-sisa akarnya mesti harus dibuang. Bahagian hujung umbisi dipotong dengan pisau tajam kurang lebih 1/3-1/4 bahagian dari panjang umbisi. Ketika memotong haruslah hati-hati agar tunasnya tidak ikut terpotong. Tujuan ianya dilakukan pemotongan adalah agar umbisi dapat tumbuh dengan rata dan dapat merangsang pertumbuhan tunas. Memotong pucuk juga mempercepatkan proses tumbuhnya tanaman serta dapat merangsang tumbuhnya umbisi sisi (anak pada rumpun) dan mengalakkan pengeluaran anak. Sebelum umbisi ditanam, jika ada kesan luka akibat kesan pemotongan harus dikeringkan terlebih dahulu untuk mencegah terjadinya benih busuk.


Jumlah bilangan biji benih yang di gunakan bergantung pada saiz ukuran bawang dan jarak tanam. Jika ukuran biji kecil, jumlah yang digunakan semakin banyak dan sebaliknya jika ukuran biji besar maka semakin sedikit jumlah biji bawang yang diperlukan. Demikian juga dengan jarak tanaman iaitu semakin rapat jarak tanam maka semakin banyak benih yang digunakan dan semakin renggang jarak tanaman maka semakin sedikit benih yang diperlukan. Jumlah benih bawang merah yang hednak digunakan boleh dikira iaitu satu hektar kebun memerlukan sekitar 600-800 kg benih. Sebelum menanam terlebih dahulu dilakukan aktiviti penyediaan tanah yang sesuai untuk penanaman bawang. Penyediaan tanah ini adalah bertujuan untuk menggemburkan tanah dengan membuang atau membasmi tanaman lain (noxoius plants) yang mengganggu pertumbuhan bawang. Perlu diingat bawang tidak boleh terendam air maka perlu membuat sistem penyerapan air yang baik.


Tanah yang akan ditanam dengan bawang merah terlabih dahulu digemburkan dengan menggunakan cangkul, bajak atau traktor. Penggunaan traktor sangat membantu pada kawasan kebun yang yang luas. Setelah itu memang perlu dibuat batas tanaman. Lazimnya di antara batas dibuat parit dimana parit ini berfungsi sebagai tempat masuk air atau tempat keluar air yang berlebihan. Lebar batas antara100-120 cm. Parit antara bedengan berukuran 30-35 cm dengan kedalaman 30-40 cm dimana panjang batas dan panjang parit disesuaikan dengan luas kebun. Seminggu sebelum menanam tanah diatas batas diberi baja asas iaitu tahi ayam atau najis haiwan  lain atau kompos. Tanah atas batas juga perlu dicampur dengan baja asas dan diratakan iaitu sehari sebelum penanaman. Penanaman bawang merah diatas batas yang telah tersedia untuk menanam bawang merah hendaklah di buat lubang-lubang kecil dengan menggunakan kayu tugal kecil. Kedalaman lubang-lubang kecil dengan menggunakan penunggal kecil mesti sesuai dimana kadar kedalaman lubang saiznya kurang lebih sama dengan sama dengan bibit yang akan ditanam. Jarak tanamaman bawang merah disyorkan adalah 15 x 15 cm atau 15 x 20 cm. Benih umbisi yang telah dipotong bahagian hujungnya dan telah agak kering kemudian dimasukan kedalam lubang dengan bahagian hujung diletak menghala keatas. Susunan benih sebaiknya jangan ditanam terlalu dalam disebabkan ia akan mudah menjadi busuk. Kemudian dihujung umbisi perlu ditutup dengan sedikit tanah. Jika terlalu tebal tanah yang menutupinya maka ini akan melambatkan kadar pertumbuhan tanaman. Setelah penanaman selesai, batas perlu disiram dengan air. Benih akan tumbuh setelah 5 -7 hari. Wasallam!
BERSAMBUNG PADA PART 3. 



CARA MENANAM... BAWANG MERAH...
BENIH DIPOTONG..AMAT MUDAH...
600-800 KG...KADAR SEHEKTAR...
TIMBUS TANAH... BUKAN MUDAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jojakarta, 
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H) 

Monday, June 9, 2014

BAWANG MERAH - TEKNIK MENANAM (Part 1)

TANAMAN BAWANG MERAH (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman yang ditanam dibeberapa negara Asia Tenggara tetapi tidak popular di Malaysia. Negara China dan India adalah negara yang luas menanam bawang merah yang mana kita banyak impot daripadanya. Dalam lawatan saya ke lokasi penanaman bawang di kawasan Wonosobo, Jogjakarta dapat saya belajar sedikit teknik penanaman bawang merah. Tanaman bawang merah harus di tanam pada keadaan kawasan sesuai iaitu kawasan yang beriklim kering, suhu udara yang agak panas, tempat terbuka atau cukup mendapat sinar matahari dan tidak berkabus. Kawasan yang berkabus kurang sesuai terhadap pertumbuhan tanaman bawang merah kerana ianya dapat menimbulkan serangan penyakit. Lazimnya kawasan yang terlindung naungan akan menyebabkan proses pembentukan umbisi bawang merah tidak maksima. Tanaman bawang merah dapat di tanam di kawasan tanah rendah atau pun didataran tinggi dengan ketinggian antara 0 -1,000 meter di atas permukaan laut. Namun, tanaman bawang merah lebih sesuai dikawasan dataran tanah rendah dengan ketinggian 0 - 400 meter di atas permukaan laut. Pertumbuhan paling optima adalah pada paras ketinggian 0 - 30 meter di atas permukaan laut. Pada pada ketinggian ini lazimnya tanaman bawang merah mampu untuk menghasilkan umbisi yang paling baik. Pada ketinggian 800 - 900 meter di atas permukaan laut pula dilaporkan yang tanaman bawang merah dapat tumbuh meskipun didapati tahap pertumbuhannya kurang baik dan pembentukan untuk umbisinya juga lambat. Suhu yang paling sesuai untuk pernanaman bawang merah ialah antara 25-32 °C. Jika tanaman bawang merah di tanam pada suhu 22 °C pula lazimnya tanaman akan sukar menghasilkan umbisi atau tidak dapat membentuk umbisi pun pada keadaan suhu rendah ini. Artikel subuh hari Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik penanaman bawang merah daripada pengalaman sendiri dan lawatan ke kebun bawang merah di Indonesia untuk bacaan anda semua.

Secara umum tanah yang sesuai untuk menanam bawang merah ialah tanah yang subur, gembur, banyak mengandungi bahan organik atau humus, mempunyai sistem pengudaraan udara yang baik, ada saliran baik dengan mudah mengalirkan air, pengudaraan baik dan tidak lecak. Tanah yang subur dan gembur dapat memudahkan pertumbuhan umbisi bawang merah sehingga umbisi yang terhasil bersaiz besar-besar. Tanah yang bersifat asidik (tanah masam) tidak sesuai untuk proses pertumbuhan bawang merah dan ia perlu di lakukan dengan pengapuran. Proses pengapuran di lakukan sebelum kita menanam bawang merah. Pengapuran sebaiknya dilakukan beberapa hari sebelum penanaman dibuat untuk memberi kesan terbaik. Teknik penanaman bawang merah di Indonesia saya dapati melibatkan beberapa tahap. Pertama adalah Tahap Penanaman untuk menghasilkan umbisi bawang merah yang bermutu dimana jumlahnya banyak adalah memerlukan teknik penanaman yang betul dan tepat. Untuk itu, sebelum menanam kita harus mengetahui perkara yang berkaitan dengan penanaman, seperti faktor 'Masa' sebaiknya penanaman dilakukan, bagaimana 'Cara' menyediakan tanah dan mendapatkan 'Anakbenih'. Kita juga kena tahu bagaimana cara menanam bawang merah dan bagaimana cara untuk menjaganya. Berikut saya akan membincangkan beberapa teknik atau langkah-langkah menanam bawang merah untuk dijadikan panduan.

Masa paling sesuai (Merujuk kepada iklim atau Bulan) untuk menanam adalah pada 'musim kering' kerana bawang merah tidak menyukai tempat-tempat yang sering lembap atau mengandungi air (Sila lihat foto sebelah). Namun, bawang merah sangat memerlukan air yang banyak untuk proses pertumbuhannya terutama ketika diperingkat pembentukan umbisi. Masa menanam yang paling baik untuk menanam bawang merah ialah pada musim kemarau. Akan tetapi anda harus dilengkapi dengan sistem pengairan yang baik agar tanaman bawang merah tidak akan berlaku kekurangan air. Penanaman bawang merah di Pulau Jawa sesuai di lakukan pada bulan April-Oktober kerana pada bulan-bulan tersebut sedang mengalami musim kemarau. Penanaman bawang merah sebaiknya di lakukan pada ketika cuaca sedang cerah. Elakkan penanaman bawang merah semasa pergantian musim atau musim tengkujuh kerana masa itu sering terjadi angin kering. Angin kering dapat menyebabkan daun tanaman bawang merah menjadi patah dan ujung-ujung daun kelihatan seperti terbakar (scorching). Elakkan juga menanam bawang merah pada masa berkabus yang biasa terjadi dikawasan tanah dataran tinggi. Udara yang berkabus ini boleh juga menyebabkan timbulnya penyakit yang di sebabkan oleh sejenis Kulat.

Pemilihan BENIH BAWANG MERAH dilakukan dengan menanam umbisinya dan amat jarang petani disini menggunakan biji benih. Sama seperti untuk tanaman bawang putih, selalunya untuk mendapatkan benih bawang merah boleh di lakukan dengan cara menanam sendiri atau membelinya (Sila lihat foto sebelah pemilihan benih bawang merah dilakukan). Untuk cara mendapatkan benih yang baik, petani mesti pandai dalam memilih jenis benih. Benih bawang merah yang sesuai untuk tanam ialah benih yang telah di simpan selama 2-3 bulan ditempat yang sesuai (digantung pada kayu). Umbisi yang akan di gunakan sebagai benih mestilah umbisi yang mempunyai bahagian bawah untuk keluar akar atau kelihatan muncul tunas diatasnya. Selain itu, benih umbisi juga disediakan atau berasal dari tanaman yang sihat dan dituai pada usia tua serta matang. Umbisi yang sudah tua berasal dari tanaman yang di tuai ketika berumur 70 - 90 hari. Pada umur tersebut pertumbuhan bakal tunas bawang merah dalam umbisi sudah penuh. Umbisi yang di tuai dari tanaman bawang merah yang telah tua dilihat sebagai 'padat' dan 'berisi'. Jika umbisi terasa lembut atau kurang padat ketika di pegang, bermakna umbisi tersebut berasal dari tanaman yang belum cukup matang ketika penuaian dan jangan dipilih seperti ini. Umbisi yang berasal dari tanaman yang sihat mempunyai warna seakan cerah, berkilat, segar dan tidak kecut. Selain itu pastikan ia tidak nampak warna hitam yang menandakan adanya serangan penyakit yang di sebabkan oleh kulat.
BERSAMBUNG Part 2 (Sila klik disini). Wasallam!.


Benih bawang merah berkualiti
MARI MENANAM... BAWANG MERAH...
NEGARA JIRAN...TEKNIK DIPERAH...
MEMILIH LOKASI...SIAP SUDAH...
MEMILIH BENIH... BUKAN MUDAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jojakarta, 
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H) 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...