PERIBAHASA lama 'SEPERTI PIPIT MENELAN JAGUNG' merupakan satu peribahasa Melayu yang agak kurang di gunakan oleh masyarakat tempatan masa ini. Penulis blog pun agak kurang mendengar peribahasa ini berbanding dengan peribahasa lain seperti 'Burung Terbang di pipiskan lada' dan beberapa lagi. Apa pun maksud bagi peribahasa 'Seperti pipit menelan jagung' adalah 'Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya tetapi akhirnya susah sendiri. Mengupas mengenai maksud peribahasa ini memang logik sebab burung pipit merupakan sejensi burung yang kecil badannya dan juga kecil mulutnya untuk menelan sebiji jagung yang besar saiznya. Walau pun burung pipit ini suka mekan makanan jenis bijirin seperti biji padi dan biji kecil lain seumpamanya akan tetapi ia tidak boleh menelan sebiji jagung. Bagaimana pun ada yang berpendapat jika biji jagung ini di kisar menjadi saiz yang kecil-kecil atau bentuk serbuk berkemungkinan yang burung pipit boleh menelannya (itu pun jika burung pipit berselera untuk memakannya). Peribahasa Pipit menelan biji jagung' atau dalam bahasa mudah sebagai 'Seperti pipit menelan jagung dimana ia merujuk kepada orang yang cuba meniru atau mengikut orang besar atau kaya sehingga kesannya akan menyebabkan kesusahan kepada dirinya sendiri. Ia juga boleh bermaksud orang yang sudah diberikan pangkat atau kedudukan yang terlalu tinggi sehingga dia cuba menyusahkan kehidupannya. Ada yang jelaskan jik maksud kepada peribahasa ini adalah seseorang atau kumpulan orang yang cuba meniru orang besar atau orang kaya. Seseorang yang berusaha untuk meniru gaya hidup atau mencuba untuk mencapai tahap kehidupan orang-orang yang lebih tinggi daripadanya akan tetapi akhirnya mendapati diri sendiri dalam kesusahan seakan peribahasa lain yang ugib relevan iaitu ' Biar Papa Asal Bergaya' pula kaitannya. Biasanya sesiapa yang berjawatan terlalu tinggi atau seseorang yang menerima jawatan atau pangkat yang tidak sesuai dengan tahap seperti keupayaannya sehingga sebenarnya ia lebih menjadi beban daripada kebahagiaan keluarga atau masyarakatnya atau bagi prestasi organisasinya. Beberapa contoh penggunaan bagi peribahasa ini seperti 'Dia cuba membeli kereta mewah walaupun gaji masih rendah, akhirnya terpaksa berhutang keliling pinggang. Benarlah, seperti pipit menelan jagung gayanya'. Perkara ini juga menunjukkan kesusahan akibat cuba meniru gaya hidup orang kaya. Dalam makna lain ia boleh di maksudkan dimana 'Meskipun dia seorang yang pandai, jawatan yang diberikan terlalu berat, sehingga dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini seperti pipit menelan jagung' juga sesuai di jadikan ayat contoh bagi peribahasa ini. Ia merujuk kepada situasi di mana seseorang diberi tanggungjawab yang terlalu besar dalam masyarakat atau organisasinya. Artikel pada malam Sabtu ini dari Aras 20, Hotel Ramada. Inkandar Puteri, Nusajaya, Johor Bahru saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kupasan peribahasa burung pipit menelan jagung untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
BURUNG PIPIT (Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami didalam dipelbagai kawasan lapang dan belukar. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit yang saya tahu mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi saya dikawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yang habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Saya memang gemar menangkap dan belajar mengenai burung pipit semanjak zaman kanak-kanak lagi. Burung pipit mempunyai nilai ekonomi kerana ada dijual dikedai-kedai jualan haiwan ternakan. Ramai peminat memelihara burung pipit didalam sangkar yang digantung dikawasan rumah sebagai hobi. Banyak kalangan penduduk kampong dan pendalaman dijadikan lauk makan. Dalam pembacaan saya mengenai burung pipit boleh dikatakan bahawa terdapat sebanyak 15 jenis burung pipit yang popular di Malaysia dan kebanyakkannya dinamakan mengikut rupabentuk fizikal, habitat, tempat populasi banyak ditemui dan warna bulu. Berikut adalah 15 jenis burung pipit iaitu Pipit Raya, Pipit Kepala Hitam, Pipit Kepala Putih, Pipit Rumah, Pipit Batu, Pipit Kuning, Pipit Dada Kuning, Pipit Jawa, Pipit Padi, Pipit Pinang, Pipit Rawa, Pipit Rimba, Pipit Tanah, Pipit Tuli dan Pipit Uban (Foto di kiri). Burung pipit kebanyakkannya terbang secara berkumpulan dan mendiami kawasan tanaman padi yang hampir masak. Kumpulan burung ini terbang beramai-ramai dan sering mengeluarkan bunyi yang kuat dan bersahutan. Burung ini mempunyai kepak yang kuat untuk terbang dengan sepasang kaki yang ada kaki untuk hinggap pada ranting atau daun. Burung pipit membiak dengan bertelur dalam sarang yang diperbuat daripada ranting dan daun rumput kering.
Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang atau kawasan terpencil menjadi satu ancaman kepada pesawah. Jika serangan burung pipit tidak dikawal maka serangan oleh burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 40-70% jika tiada kawalan langsung. Biasanya petani akan membuat objek seperti 'ORANG-ORANG' diletakkan tengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik dari satu punca (Sila lihat foto disebelah). Objek orang-orang ini akan bergerak-gerak seperti manusia sambil petani menjerit-jerit menghalau burung tersebut. Tali tersebut juga di gantung dengan tin-tin susu (2-3 tin) yang digantung dan akan mengeluarkan bunyi yang mengejutkan burung pipit lalu terbang. Pengalaman saya ketika menanam padi di Solok Komong Muar dan Sawah Ring, Muar, Johor dulu mendapati penat juga nak goyang tali kerana burung pipit yang lapar tetap terbang dan datang balik makan padi hingga kenyang. Sebenarnya burung pipiy pada musim menuai hanya aktif pada masa siang hari sahaja iaitu dalam cuaca panas yang baik. Ia kurang aktif pada masa hujan atau mendung. Beberapa teknik mengurangkan serangan burung pipit juga dapat dilakukan dengan memasang jaring atau pukat dikawasan strategik. Burung yang terkejut akan terbang dan terlanggar jaring lalu melekat. Saya sering membuat tinjaua =n di banyak lokasi dan ada ada mendengar pengalaman seorang rakan daripada Sungai Rambai di Melaka iaitu En Zulkifli mengenai kaedah profesional yang menangkap burung pipit secara komersil menggunakan pukat atau jaring pipit. Rakan beliau ini perlu mendapatkan lesen dari JABATAN PERHILITAN untuk menangkap burung pipit kerana ia adalah dikawal dibawah akta tersebut. Katanya kaedah yang mereka digunakan mampu tangkap burung pipit pada musim puncak dengan jumlah yang banyak iaitu sehingga 300 - 400 ekor. Permintaan untuk memelihara burung pipit memboleh mereka menjual dengan harga RM 0.50 - RM 1.00 seekor di kedai jual burung atau individu yang berminat. Burung pipit dalam sangkar mampu menghasilkan bunyai kuat yang nyaring bergantung kepada spesisnya.

Tanaman jagung (Zea mays) mempunyai potensi yang besar di banyak negara di seluruh dunia. Asasnya ada beberapa jenis jagung yag di tana sama ada ia ditanam sebagai Jagung Bijirin (Grain Corn) atau untuk di Makan Segar atau Sweet Corn. Dalam sepokok jagung yang matang selepas 4 - 5 bulan lebih (untuk jagung bijirin) atau selama 3 bulan untuk jagung manis selalunya akan menghasilkan satu atau dua tongkol bergantung varieti, amalan agronomi dan tujuan penanaman. Saya ada menulis berpuluh artikel mengenai tanaman jagung dalam blog ini yang boleh di baca. Selalunya pada tongkol jagung ia diselimuti oleh selaput jagung yang nipis dan didalamnya ada banyak biji-biji jagung yang boleh dileraikan apabila cukup matang. Apa pun selalunya tongkol jagung yang terletak pada bahagian atas umumnya lebih dahulu terbentuk dan lebih besar berbanding dengan tongkol jagung yang terletak pada bahagian bawah. Setiap tongkol jagung umumnya terdiri atas 10-16 baris biji yang jumlahnya selalu genap. Biji jagung disebut kariopsis yang mana ia mempunyai dinding ovari atau perikarp menyatu dengan kulit biji atau testa serta ia membentuk dinding buah. Biji jagung terdiri atas tiga bagian utama iaitu Bahagian Perikap yang berupa lapisan luar yang tipis yang berfungsi mencegah embrio dari organisma lain mengganggu dan elak akan proses kehilangan air. Lapisan kedua di namakan sebagai Lapisan Endosperm iaitu lokasi untuk penyimpanan makanan dimana komposisinya sekitar 75% dari berat biji jagung tersebut dimana ia mengandung 90% pati dan 10% protein, mineral, minyak, dan lainnya. Bahagian ke tiga adalah Lapisan Embrio (lembaga) yang berfungsi sebagai terpenting bagi tanaman untuk proses pembiakan yang terdiri iaitu di atas sekali adalah plamule, akar radikal, scutelum, dan koleoptil. Dalam isi jagung atau pati endosperm tersusun dari bahan zat termasuk Anhidroglukosa yang sebahgian besarnya adalah ia terdiri atas dua molekul iaitu Amilosa dan Amilopektin. Namun dalam beberapa jenis jagung terdapat variasi kadar zat atau kandungan amilosa dan amilopektin yang menentukan apa kegunaan terbaik varieti tersebut dalam industri. Protein dalam endosperm biji jagung terdiri atas beberapa pecahan yang berdasarkan kelarutannya diklasifikasikan menjadi Albumin (larut dalam air), Globumin (larut dalam larutan salin), Zein atau Prolamin (larut dalam alkohol konsentrasi tinggi), dan Glutein (larut dalam alkali). Pada sebahagian besar varieti atau jenis jagung kadar pecahan protein adalah albumin 3%, globulin 3%, prolamin 60%, dan glutein 34% yang menjurua akan produk yang akan di perlukan. Di Malaysia penanaman jenis Jagung Manis (Sweet Corn) adalah paling popular untuk pelbagai kegunaan sama ada di makan segar atau di jadikan 'cup corn' yang banyak rantaian syarikat jualannya. Jenis Jagung Manis (Zea mays saccharata) selalunya mempunyai saiz sederhana dan semasa matang atu dimasak ia berkeriput dan agak transparan. Biji yang belum masak mengandungi bahan seperti kadar gula (water-soluble polysccharride) lebih tinggi daripada jagung bijirin. Kandungan gula jagung manis dari analisa makmal dilaporkan ia adalah 4 - 8 kali lebih tinggi dibandingkan jagung biasa pada umur 18-22 hari setelah ia didebungakan. Ukuran biji jagung adalah agak 'terlalu besar' untuk di telan oleh seekor burung pipit sehingga ujud peribahasa Melayu 'Burung Pipit Telan Burung' seperti yang sudah di kupas. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MANA BOLEH TELAN... BESAR SAIZNYA...
ORANG SUSAH...TIRU CARA ORANG KAYA...
MEMANG TIDAK KENA...BOLEH MATI DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201012, Tingkat 20,
Hotel Ramada, No 5, Jalan Medini-Iskandar,
Iskandar Puteri,
Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(Jumaat, 11 RabiulAkhir 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.