Support My Blog

Tuesday, March 23, 2021

KENALI JANTINA POKOK BETIK

POKOK BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang popular di Malaysia dan beberapa kawasan tropika lain. Tanaman betik mempunyai beberapa amalan agronomi khusus yang petani harus tahu kerana pokok betik mempunyai beberapa jantina iaitu Pokok Betik Jantan dan Pokok Betik Betina (atau lebih tepatnya jenis Betina dan Jenis Hermaprodite). Setiap kali penanaman betik petani mesti mendapatkan seberapa banyak pokok betik betina kerana ia mampu mengeluarkan buah betik sementara pokokk betik jantan tidak akan berbuah. Perbezaan yang mudah dapat dilihat diantara betik betina adalah bentuknya yang lebih 'Bulat' sementara buah betik hermaprodite biasanya lebih panjang atau lonjong dengan isi yang lebih tebal. Bagaimana pun rupabentuk buah betik ini berbeza mengikut varieti betik itu sendiri. Penanaman betik lazimnya menggunakan anakbenih yang disemai sendiri oleh petani dengan mengambil buah betik matang dari varieti terpilih dan ia perlu disediakan mengikut prosedur yang betul. Lazimnya buah betik matang akan di potong dan dibuang bahagian atas dan bawah dan dibelah dua. Keluarkan bijinya dan dimasukkan kedalam bekas sebelum diisikan dengan air. Mana-mana bijii yang timbul perlu dibuang kerana ia tidak bernas. Pilih biji betik yang tenggelam sahaja dan seterusnya diasingkan antara biji betik jantan dan bijii betik betina. Hanya biji betik betina sahaja akan digunakan untuk disemai dan ditanam dikebun kemudiannya. Pada masa ini sudah ada beberapa teknologi untuk petani menentkan jantina pokok betik yang boleh dilakukan daripada peringkat penyediaan benih, peringkat anak benih sehingga pokok berbunga dan berbuah. Kalangan penanam betik komersil mesti memerlukan ilmu pengetahuaan mengenai bagaimana mendapatkan pokok betik yang boleh berbuah untuk ditanam bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil seterusnya mampu mendapatkan pulangan yang lumayab. Di Malaysia diantara beberapa jenis betik yang popular fitanam seperti Betik Sekaki, Betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa lagi. Betik merupakan buah-buahan tempatan yang senang di perolehi di mana-mana pasaraya. Betik ni ada banyak jenis, ada yang bulat dan panjang serta warna isinya. Betik Taiwan antara yang banyak dijual di pasaraya kerana tidak cepat rosak serta isinya berwarna merah. Biasanya sebelum menanam betik maka biji perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai di pasu atau tapak semaian. Bila sudah tumbuh lebih kurang 1 kaki keatas barulah boleh di pindahkan ke tanah. Betik yang tumbuh tidak semuanya berbuah dimana ada yang cuma mengeluarkan bunga sahaja. Tapi tahukah anda dimana ada cara hendak mengenal mana satu benih jantan dan betina, iaitu dengan memilih warna pada biji betik tersebut.  Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa teknologi mengenali betik janan dan betik betina untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

(1) Biji Betik Jantan
Biji betik jantan berbeza dengan biji betik betina semasa buah betik dikeluarkan bijinya. Warna biji yang tenggelam didalam air akan dikeluarkan dan dikeringkan sebelum ianya diperiksa satu persatu. Biji betik jantan akan kelihatan berwarna putih atau kelabu (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya semasa membuat pemeriksaan ini semua biji betik tersebut diletakkan diatas kertas atau kain yang berwarna putih. Biji jantan ini dikumpulkan dan kemudian dibuang dan jangan disemai untuk mendapatkan benihnya.

(2) Biji Betik Betina
Biji betik betina berlainan warnanya dengan biji betik jantan. Pilih biji betik yang berwarna hitam gelap (black color seeds) dengan memerhatikan secara teliti. Asingkan biji yang hitam gelap ini dengan biji yang putih atau kelabu (Sila lihat foto disebelah). Biasanya biji betina ini akan di masukkan didalam kain dan di ramas untuk mengeluarkan air yang terkandung didalamnya. Kemudian biji ini perlu dijemur beberapa hari (2-3 hari) sebelum ianya sesuai untuk disemai dalam tapak semaian. Benih ini sesuai dijadikan anakbenih semaian apabila cukup saiznya untuk dipindahkan kekebun.

(3) Akar Betik Jantan
Bahagian akar anakbenih betik juga boleh menentukan jantina pokok betik. Dari segi ciri akar biasanya pokok jantan mempunyai jenis AKAR TUNJANG (Tap root) yang boleh dilihat dengan jelas pada peringkat anahbenih lagi (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya apabila pokok betik ini ditanam dikebun pun ia akan mengeluarkan akar tunjang. Dari segi teori akar tunjang ini akan mengukuhkan pokok daripada tumbang apabila ditiup angin tetapi bagi pokok betik ianya perlu dibuang kerana kelak pokok tidak berbuah.


(4) Akar Betik Betina
Berlainan pula dengan akar pokok betik betina dimana biasanya ia mempunyai jenis AKAR SERABUT (Fibrous roots system) dengan keluar disekeliling pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Akar ini akan merebak disekeliling pokok betik semasa ditanam dikebun. Bagaimana pun petani perlu memeriksa anakbenih untuk mengetahui akan jenis akar yang ada dan kaedah ini jarang dijadikan pilihan terbaik untuk menentukan jantina pokok betik. Pokok yang sudah berumur 2-3 bulan dikebun yang disyakki sebagai jantan boleh didiagnos dengan car ini. 

(5) Daun Betik Jantan
Bahagian daun merupakan kaedah paling mudah dan praktikal untuk menentukan jantina pokok daripada peringkat semaian sehingga penanaman dikebun. Daun betik jantan mempunyai ciri HANYA ADA 3 KELOK sahaja (most of the leaves with three leaflets) dapat dilihat dengan jelas. Hujung kelok tengah daun lazimnya mempunyai jarak agak rapat dengan hujung kelok daun di kiri dan kanannya. Ciri boleh digunakan semasa pemeriksaan pokok yang ditanam dikebun bersama beberapa ciri lain pokok betik jantan untuk dibuang dan diganrikan dengan pokok betina.


(6) Daun Betik Betina
Daun betik betina pula akan dilihat mempunyai sebanyak 5 KELOK atau lebih (most of the leaves with five leaflets or more) dengan warnanya sedikit lebih hijau gelap (Sila lihat foto disebelah). Jarak hujung daun (leaves tips) bagi kelok tengah dengan hujung daun kelok kedua dan hujung daun kelok ketiga biasanya adalah jauh. Pemeriksaan ciri daun membolehkan petani membezakan antara pokok betik jantan dengan pokok betik betina diperingkat seaian dan peringkat vegetetif betik dikebun.


(7) Bunga Betik Jantan
Bunga Betik merupakan ciri paling tepat untuk membezakan antara pokok betik jantan dengan pokok betik betina. Bagaimana pun kaedah ini hanya boleh dilihat apabila pokok betik sudah pun mengeluarkan bunga sahaja dikebun.Bunga beik jantan biasanya BERTANGKAI PANJANG  dan berbunga dengan banyak berjambak-jambak berbauu harum pada pokok (have long stem panicles with many small fragrants flower) dimana ia mudah dikenali (Sila lihat foto disebelah). Bunga jantan ini tidak akan menghasilkan buah walau pun ditunggu lama dan sebaiknya pokok ini digantikan dengan pokok betina pada point penanaman.

(8) Bunga Betik Betina
Bunga betina betik mudah dibezakan dengan bunga pada pokok betik jantan. Bunga betina ini BERBENTUK BESAR, TUNGGAL dan DICELAH PELEPAH (have larger single flowers and closed to the stems) dimana ia akan menghasilkan buah betik setelah ianya berjaya proses pendebungaan (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini akan menghasilkan 'putik buah betik' dimana ia akan membesar menjadi buah betik atau gugur bergantung kepada banyak faktur. Pokok betik jantan jika dijumpai didalam kebun boeh digantikan dengan pokok betik betik dengan beberapa kaedah yang sesuai.
Seuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM BENTI... PASTIKAN JANTINA...
CIRI BIJI... AKARNYA PUN DIPERIKSA...
DAUN BERLAINAN... DIPASTIAKANNYA...
LIHAT BUNGA... MUDAH KENALINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...