Support My Blog

Monday, August 31, 2026

KUDA LAUT - APA YANG UNIK (Part 2)

KUDA LAUT
(Seahorse) adalah sejenis ikan marin daripada genus Hippocampus yang unik kerana mempunyai kepala menyerupai kuda akan tetapi saiznya kecil dan kehadirannya adalah unik. Kuda laut ini ada ciri-ciri fizikal unik dimana ia seakan 'Berdiri' dan mampu berenang secara tegak dengan cara menggunakan sirip kecil di belakang. Paling unik sebab ia dilihat mempunyai ekor melilit untuk berpaut pada batu karang atau tumbuhan laut didalam arus air dan badannya adalah ia dilindungi oleh cincin tulang dan tidak bersisik. Beberapa spe
sies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5cm dan ada sebesar 35.5 cm dengan bahagian kepala dan muncungnya panjang berleher menyerupai kuda, begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan ada bermahkota dimana pada setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri dan juga dilihat yang kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah. Memang unik sebab ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu. Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa dimana setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri. Ada juga dalam beberapa laporan kajian di nyatakan jika ia ada keunikan cara pembiakan dimana kuda laut jantan yang mengandung dan melahirkan anak dan kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung si jantan untuk dieram. Kuda laut atau nama lainnya Unduk-unduk, tangkur kuda atau korek telinga ialah sejenis ikan laut dalam keluarga Syngnathidae. Kuda laut ditemukan di perairan-perairan laut dan muara yang sedikit payau, banyak lagi di lagun-lagun. Tahun akan fakta bagaimana cara pergerakan haiwan kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun seperti rumpai laut menggunakan ekornya supaya tidak dihanyutkan arus-arus lautan. Kadang-kadang dilihat yang kuda laut menumpang pada rumpai laut yang terapung membawa ke jarak yang jauh. Keunukannya adalah ia juga mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Fakta mengenai pemakanan kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut semua makanan di sekelilingnya. Artikel pada petang Jumaat ini dalamblog "Anim Agro Technology" saya kupas apa yang unik tentang KUDA LAUT (seahorse) untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Mungkin tidak ramai kalangan pembaca tahu atau faham akan Kitaran Hidup kuda laut dimana ia sangat unik dan menarik yang disebabkan oleh kerana kuda laut jantan yang bertanggung jawab mengandungkan dan melahirkan anak. Kitaran hidupnya ada sebanyak 5 Fasa atau Peringkat daripada mengawan sehingga peringkat dewasa. Pertama adalah Peringkat Memikat dan Mengawan dimana ia akan lakukan 'Tarian Pengenalan' bila kuda laut jantan dan betina akan menukar warna dan menari bersama selama beberapa hari sebelum mengawan. Kemudian akan berlaku proses 'Pemindahan Telur' dimana kuda laut betina akan memasukkan telurnya ke dalam kantung pengeraman (brood pouch) yang terletak di perut kuda laut jantan untuk proses hamil. Kedua adalah Peringkat Kehamilan (pada Kuda Laut Jantan) bila berlaku proses persenyawaan dimana telurnya disenyawakan di dalam kantung jantan dimana selalunya tempoh pengeraman oleh kuda laut jantan membawa telur selama 2 hingga 4 minggu (bergantung kepada spesies). Apa pun uniknya fungsi kantung jantan membekalkan oksigen, kawalan garam dan bekalkan nutrisi kepada embrio. Seterusnya ada Peringkat Kelahiran (Melontar Anak) atau pun 'Proses Bersalin dimana selalunya kuda laut jantan akan mengalami kontraksi otot untuk menolak anak-anak keluar dari kantungnya. Apa pun dilaporkan jumlah anaknya ia boleh melahirkan antara 100 hingga lebih 1,000 ekor anak kecil sekali gus. Keempat ada Peringkat Peringkat Bayi (Juvenil) iaitu proses untuk anaknya berdikari segera sebab anak kuda laut yang baru lahir (pemberat atau fry) bersaiz sangat kecil seakan 'plankton' dan mesti berdikari sendiri tanpa penjagaan ibu bapa. Ia akan 'hanyut' hanyut bersama arus plankton di lautan terbuka. Apa pun di laporkan ia mempunyai Kadar Kemandirian Rendah sebab didapati kurang daripada 0.5% anak kuda laut berjaya hidup sehingga dewasa kerana ada banyak ancaman pemangsa. Akhirnya ke lima adalah Peringkat Dewasa dimana ia akan menetap iaitu selepas beberapa minggu hanyut ia akan mencari kawasan yang ada perlindungan seperti rumput laut, rumpai laut atau terumbu karang. Dilaporkan dimana tahap kematangan seksual kuda laut ini akan mencapai tahap matang dalam masa beberapa bulan ke setahun dan bersedia untuk mencari pasangan sendiri dan kitaran hidupnya berulang.


Memang tidak banyak diketahui akan kegunaan kuda laut akan tetapi dilaporkan kuda laut banyak digunakan dalam perubatan tradisional (terutamanya perubatan tradisional Cina) dan sebagai ikan hiasan. Pertama adalah kegunaan Kuda Laut Dalam Kaedah Perubatan Tradisional dimana kuda laut kering sering diproses menjadi ubat atau tonik kerana dipercayai mempunyai sebatian aktif. 
Kuda laut yang dikeringkan didakwa ia biasanya dijadikan sebagai bahan perubatan tradisional (terutamanya Perubatan Tradisional Cina atau Traditional Chinese Medicine) dan juga sebagai cenderamata atau hiasan. Kuda laut dikeringkan dan diproses menjadi serbuk, kapsul, atau direbus di dalam sup untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Ia dilaporkan akan Meningkatkan Tenaga sebab ia dipercayai turun-temurun dapat menguatkan stamina, tenaga batin (mati pucuk) dan kesihatan buah pinggang. Ia juga di laporkan mampu merawat penyakit lain sebab ramai yang juga percaya ia membantu merawat asma, radang sendi (artritis), batuk dan melancarkan peredaran darah. Umumnya selain dapat meningkatkan tenaga, stamina, dan vitaliti badan ia juga akan membantu merawat masalah mati pucuk atau kesuburan. Ia didakwa juga akan membantu mengurangkan simptom asma dan masalah pernafasan dan juga membantu melegakan sakit sendi atau artritis. Kuda Laut juga di Jadikan Hiasan dan Cenderamata dengan cara iaitu mengeringkan kuda laut untuk dijadikan suvenir, hiasan dinding atau digantung di rumah kerana dianggap unik. Produk cenderamata dan hiasan kuda laut dikeringkan selalu merujuk kepada bangkai kuda laut yang telah diawet dan dikeringkan secara semula jadi atau komersial untuk dijadikan barangan hiasan, perhiasan diri, atau kraftangan. Oleh sebab bentuk fizikal kuda laut yang unik dan menyerupai bentuk 'kuda kecil' dimana ia sering dieksploitasi untuk pasaran pelancongan.  Beberapa bentuk produk cenderamata dan hiasan kuda laut kering yang biasa ditemui seperti Produk Gantungan Kunci dan Magnet Peti Sejuk dalam replika plastik jernih atau resin dan dijadikan cenderamata. Ada hiasan bagi Bingkai Gambar dan Seni Dinding dimana susunan kuda laut kering bersama kulit kerang lain di dalam bingkai kaca sebagai hiasan dinding rumah. Ia di jadikan Barangan Hiasan Meja bila Kuda laut diletakkan di dalam balang kaca kecil yang estetik sebagai perhiasan serta di jadikan Bahan Kraftangan (DIY) dan ia dijual secara pukal kepada pembuat kraf untuk menghasilkan hiasan bertemakan marin atau pantai. AKhir sekali Kuda Laut Dalam Akuarium dan Diperdagangkan dengan ia ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan di dalam akuarium air masin. Dijual sebagai barangan aneh atau cenderahati.


Penulis blog buat sedikit tinjauan akan harga seekor kuda laut untuk akuarium biasanya berkisar antara RM150 - RM360 satu ekor (kira-kira $35 hingga $100 USD) bergantung kepada saiz, jenis spesis dan sama ada ia dibiakkan di dalam tangki. Apa pun antara faktor Harga Kuda Laut bergantung kepada Spesis Kuda Laut dimana selalunya jenis biasa seperti Hippocampus kuda lebih murah, manakala spesis jarang seperti Zebra Snouted atau Slender boleh mencecah melebihi RM500 seekor sebab ia cantik dilihat (Sila lihat foto disebelah). Harga jug ditentukan oleh Saiz dan Juga Pasangan apabila jenis kuda laut saiz dewasa atau yang dijual secara berpasangan (pairing) biasanya dijual sekitar RM360 sepasang. Ada faktur Kos Penyelenggaraan dimana ada jenis yang memerlukan akuarium air masin khas yang kos persediaannya agak tinggi berbanding ikan air tawar biasa. Berlainan pula dengan harga produk kuda laut di Malaysia berbeza-beza mengikut jenis produk seperti Bagi Jenis Kuda Laut Kering dijual dengan harga sekitar RM25.00 hingga RM26.00 sepeket dan ia biasanya digunakan untuk ubatan tradisional. Bagi Jenis Produk Minyak Kuda Laut ia akan di jijual pada harga sekitar RM49.00 hingga RM75.00 sebotol, bergantung kepada jenama dan keaslian. Akhir sekali bagi  Produk Kesihatan atau Kapsul (seperti Kuda Double X) ia selalunya di jual sekitar RM19.90. Beberapa Mitos mengenai kuda laut sering merujuk kepada makhluk mitologi bernama Hippocampus atau kepercayaan tradisional tentang khasiat perubatan haiwan ini. Pertama ada Mitos Hippocampus (Kuda Laut Mitologi) iaitu sebagai haiwan 'Makhluk Separuh Kuda' dimana didalam mitologi Yunani, Hippocampus mempunyai bahagian atas badan seperti kuda dan bahagian bawah seperti ekor ikan. Kedua ada Mitos Kenderaan Dewa apabila haiwan atau makhluk ini digambarkan sebagai penarik kereta kuda bagi Dewa Laut Poseidon. Ketiga ada Mitos Simbol Kekuatan apabila ia akan melambangkan kepantasan, keberanian dan kekuatan. Apa pun mitos dan fakta Kuda Laut Sebenar ada dalam Kaedah Perubatan Tradisional apabila didalam perubatan tradisional Cina, kuda laut dipercayai ia berkhasiat untuk menambah tenaga batin lelaki dan menguatkan buah pinggang. Aa Mitos Kuda Laut Adalah Jenis  Jantan Mengandung bila terdapat fakta unik yang dianggap pelik tetapi benar, iaitu kuda laut jantan yang "hamil" dan melahirkan anak. AKhir sekali ada mitos ia sebagai 'Haiwan Setia' dimana kuda laut dikenali sebagai pasangan yang setia dan bersifat monogami kepada pasangannya. 


Menarik dalam portal bharian.com kisah 'Ubat kuda laut penawar mujarab' untuk kisahnya dikongsikan. Dari Gelang Patah, Johor dilaporkan usaha unik iaitu pemuliharaan spesies kuda laut di Tapak Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) perairan Sungai Pulai dan Merambong di sini merintis usaha kepada penyelidikan secara komprehensif terhadap haiwan marin itu. Apa pun selain memastikan kuda laut atau nama saintifiknya Hippocampus kuda terus bertahan di kawasan perairan Johor dimana aktiviti penyelidikan itu juga akan membabitkan akan kegunaan haiwan itu dalam bidang perubatan. Sebatian kuda laut juga dilihat berpotensi untuk membantu merawat kanser , ketumbuhan, mati pucuk, pembekuan darah, penyaktoksik buah pinggang, asma, rawatan kulit, antipenuaan sebatian anti-fatigue (anti kelesuan), sistem hormon ketahanan badan serta saraf dimana dengan keluasan 15.37 hektar serta sejumlah lima spesies rumput laut masih ramai juga tidak mengetahui ia menjadi habitat kesukaan kuda laut. Faktor pemanasan global serta keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan mengakibatkan kuda laut berhadapan ancaman kepupusan apatah lagi jika tiada sebarang usaha melindungi hidupan ini. Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) tampil menjadi agensi pertama yang akan menjalankan penyelidikan konservasi kuda laut dan ekosistem persekitarannya sejak tahun 2008. Rancangan penyelidikan biodiversiti yang dirangka dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu membuka lembaran baru dalam program konservasi marin di Johor yang merangkumi elemen penyelidikan dan komersial. Pembangunan dan juga penyelidikan konservasi kuda laut fasa pertama yang sedang dilakukan adalah penyelidikan saintifik komprehensif menerusi program pembiakan dan asuhan, ternakan secara semulajadi sesuai persekitaran tiruan dan pemulangan semula kepada kawasan habitat asal. Fasa kedua membabitkan penyelidikan hiliran iaitu usaha mengekstrak sebatian bioaktif dalam kuda laut bagi tujuan perubatan dan klinikal yang sedang diusaha dan dibangunkan. Sejak tahun lalu, sebanyak 200 kuda laut disempurnakan pelepasannya oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Santuari Kuda Laut pertama diwujudkan di negara ini seluas 40.97 meter persegi dimana ia adalah satu generasi induk yang menjalani ternakan secara persekitaran di Pusat Pembiakan Kuda Laut yang terletak di Bangunan Penyelidikan Marikultur J-Biotech di Gelang Patah sebelum dilepaskan di santuari selama sebulan dan kemudian diletakkan semula ke habitat asal/ Bagi ahli Biologi J-Biotec berkata kelainan Pusat Pembiakan Kuda Laut di sini adalah dari segi kejayaan menghasilkan formulasi pemakanan terbaik untuk mendapatkan anak kuda laut berkualiti. Kebiasaannya makanan kuda laut adalah udang geragau tetapi di sini pada peringkat anak iaitu usia satu hingga 30 hari, ia adalah peringkat kritikal kelangsungan (kemampuan untuk hidup) dan makanan yang terbaik adalah dalam bentuk plankton kultur.  Pada tempoh pramatang (30 hingga 60 hari) kami akan memberi Artemia Spesis (udang air garam) iaitu boleh didapati dalam bentuk telur yang kemudiannya saintis dan penyelidik di sini akan formulasikannya supaya ia menjadi makanan sihat untuk kuda laut. Matlamat utama penyelidikannya kini adalah bagi memastikan tahap peratusan kelangsungan kuda laut dapat ditingkatkan setiap tahun apabila dilepaskan ke habitat asalnya di Sungai Pulai. Pada tahun pertama menyaksikan lima peratus tahap kemampuan untuk hidup, seterusnya 10 peratus pada tahun kedua dan terbaru, daripada 200 yang dilepaskan ke habitat asal pada 7 Januari lalu, ia (kuda laut yang mampu hidup) meningkat sehingga 20 peratus. Dalam pada itu tiga daripada lapan spesies kuda laut Malaysia terdapat di perairan Johor dimana jangka hayat adalah satu hingga tiga tahun. Ia ada kulit yang memiliki tiga warna iaitu coklat, kuning dan merah dimana kuda laut jantan akan melahirkan anak dengan menghasilkan sehingga 700 anak dalam tempoh sekali penghasilan anak. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
KUDA LAUT... ATAU 'SEAHORSE' IA SAMA...
SAIZ KECIL....MACAM PLANKTON DIA..
LIMA JENIS UTAMA....APAKAH DIA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

SELAMAT MENYAMBUT
HARI MERDEKA KE 69
MALAYSIA 2026!...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

Sunday, August 30, 2026

KUDA LAUT - APA YANG UNIK (Part 1)

KUDA LAUT
(Seahorse) adalah sejenis ikan marin daripada genus Hippocampus yang unik kerana mempunyai kepala menyerupai kuda akan tetapi saiznya kecil dan kehadirannya adalah unik. Kuda laut ini ada ciri-ciri fizikal unik dimana ia seakan 'Berdiri' dan mampu berenang secara tegak dengan cara menggunakan sirip kecil di belakang. Paling unik sebab ia dilihat mempunyai ekor melilit untuk berpaut pada batu karang atau tumbuhan laut didalam arus air dan badannya adalah ia dilindungi oleh cincin tulang dan tidak bersisik. Beberapa spe
sies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5cm dan ada sebesar 35.5 cm dengan bahagian kepala dan muncungnya panjang berleher menyerupai kuda, begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan ada bermahkota dimana pada setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri dan juga dilihat yang kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah. Memang unik sebab ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu. Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa dimana setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri. Ada juga dalam beberapa laporan kajian di nyatakan jika ia ada keunikan cara pembiakan dimana kuda laut jantan yang mengandung dan melahirkan anak dan kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung si jantan untuk dieram. Kuda laut atau nama lainnya Unduk-unduk, tangkur kuda atau korek telinga ialah sejenis ikan laut dalam keluarga Syngnathidae. Kuda laut ditemukan di perairan-perairan laut dan muara yang sedikit payau, banyak lagi di lagun-lagun. Tahun akan fakta bagaimana cara pergerakan haiwan kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun seperti rumpai laut menggunakan ekornya supaya tidak dihanyutkan arus-arus lautan. Kadang-kadang dilihat yang kuda laut menumpang pada rumpai laut yang terapung membawa ke jarak yang jauh. Keunukannya adalah ia juga mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Fakta mengenai pemakanan kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut semua makanan di sekelilingnya. Artikel pada petang Jumaat ini dalamblog "Anim Agro Technology" saya kupas apa yang unik tentang KUDA LAUT (seahorse) untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kuda laut ialah sejenis ikan daripada genus Hippocampus tergolong dalam keluarga Syngnathidae yang mempunyai bentuk kepala menyerupai kuda dimana ia hidup meliar atau di pelihara didalam akuariu sebagai haiwan hiasan. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana di laporkan ada terdapat kira-kira 46 spesies kuda laut yang diiktiraf di seluruh dunia. Bagaimana pun akan dibincangkan beberapa jeni kuda laut yang utama dan agak mudah di kenali sebagai bahan rujukkan pembaca semua. Pertama adalah Jenis Kuda Laut Kuning atau 'Yellow Sea horse' dengan nama saintifiknya Hippocampus kuda yang mudah dikenali. Jenis ini ia sering dikenali sebagai kuda laut bertompok atau spotted seahorse, spesies ini banyak ditemui di rantau Indo-Pasifik termasuk perairan Malaysi
a. Kuda laut kuning ialah spesies ikan marin yang juga dikenali sebagai kuda laut biasa atau kuda laut muara dengan saiz panjang badan boleh mencapai antara 17 hingga 30 sentimeter dan ada warna yang mempamerkan pelbagai warna termasuk kuning cerah, perang, hitam atau bertompok-tompok. Ia juga mempunyai bentuk badan yang agak besar dan memanjang tanpa duri tajam dimana ia sebaliknya mempunyai tonjolan bulat yang licin (Sila lihat foto disebelah). Habitatnya ia suka tinggal di kawasan air cetek seperti rumput laut, paya bakau, lagun, dan terumbu karang di rantau Indo-Pasifik. Kedua ada Jenis Kuda Laut Rimau (Hippocampus comes) dimana jenis ini ia mempunyai jalur seperti harimau di badan dan spesies ini menghuni terumbu karang dan kawasan air cetek di Asia Tenggara.  Kuda laut rimau atau 'Tiger tail seahorse' adalah kerana corak jaluran kuning dan hitam pada bahagian ekornya yang menyerupai belang seekor harimau. Apa pun corak belang ini ia mempunyai kombinasi warna kuning dan hitam yang berselang-seli pada ekornya. Badannya pula biasanya berwarna gelap, coklat atau kekuningan dengan bintik-bintik halus dengan ukuran saiznya ia boleh membesar sehingga sekitar 15 hingga 18.7 cm. Ia mempunyai jenis kulit yang tidak bersisik sebaliknya mempunyai kulit nipis dan keras yang menyelaputi struktur gelang bertulang pada badannya. Apa pun habitatnya ia boleh ditemui di perairan tropika Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Selalunya jenis ini ia suka untuk tinggal di kawasan terumbu karang, taman span (sponge gardens) dan padang rumpai laut di kawasan air cetek. Jenis ini bersifat Nokturnal yang lebih aktif pada waktu malam untuk memburu makanan seperti udang kecil dan plankton sebagai makanannya. Status perlindungan atau konservasi kuda laut rimau kini dikategorikan sebagai spesies yang terancam akibat kemusnahan habitat terumbu karang disebabkan oleh aktiviti penangkapan melampau untuk tujuan perdagangan akuarium serta permintaan tinggi dalam industri perubatan tradisional. Ada dilaporkan di mana semenjak tahun 2004, hidupan ini telah disenaraikan di bawah Lampiran II CITES bagi mengawal dan memantau aktiviti eksport serta importnya di peringkat global.


Seterusnya yang ke tiga ada Jenis Kuda Laut Katik atau di gelar sebagai 'Pygmy seahorse' yang merupakan kumpulan kuda laut yang sangat kecil (seperti Hippocampus bargibanti dan juga jenis Hippocampus pontohi) yang hidup berpaut pada karang lembut atau kipas laut. Kuda laut katek (atau pygmy seahorse) merujuk kepada kumpulan spesies kuda laut yang bersaiz sangat kecil, biasanya kurang daripada 2.7 cm. Apa pun majoriti spesies ini ditemui di kawasan Segitiga Terumbu Karang (Coral Triangle) dan ada termasuk perairan Malaysia dan Indonesia. DIlaporkan memang ada banyak spesis kuda laut katek yang paling terkenal di dunia antaranya adalah Jenis Kuda Laut Katek Bargibant (Hippocampus bargibanti) iaitu ia jenis kuda laut katek pertama yang ditemui dan ia hidup secara eksklusif di karang kipas (Muricella gorgonians). Antara kelebihan jenis ini ia memiliki bintil-bintil pada badan yang menyerupai polip karang untuk penyamaran sempurna. Kedua ada Jenis Kuda Laut Katek Denise (Hippocampus denise) yang berbadan lebih kurus, langsing dan bermoncong lebih panjang berbanding Bargibant dan ia menggemari untuk tinggal sekitar karang kipas di kawasan arus yang lebih kuat. Kelebihan: Boleh bertukar warna (seperti kuning atau jingga) mengikut warna karang tempat tinggalnya. Keempat ada Jenis 
Kuda Laut Katek Pontoh (Hippocampus pontoh) yang bersaiz sekitar 1.7 cm dengan warna keputihan dan tompok jingga/merah dan ia berbeza dengan yang lain sebab ia tidak hidup di karang kipas tetapi mendiami rumpai laut (Halimeda) atau alga. Ada juga dilaporkan Jenis Kuda Laut Katek Satomi (Hippocampus satomiae)Ciri: Kuda laut paling kecil di dunia dengan saiz kurang daripada 1.4 cm (lebih kecil daripada syiling) dimana jenis ini ia aktif pada waktu senja dan biasanya hidup di kawasan terumbu karang yang lebih dalam di lokasi. Seterusnya dilaporkan juga adalah Jenis Kuda Laut Katek Coleman (Hippocampus colemani) dimana ia berwarna putih kekuningan dengan corak garisan coklat halus dimana ia sering ditemui mendiami kawasan rumput laut. Haiwan-haiwan ini sangat bergantung kepada kesihatan terumbu karang untuk kelangsungan hidup kerana kemampuan berenang mereka yang lemah, menyebabkan mereka jarang beranjak dari perumah masing-masing. Seterusnya ada Jenis Kuda Laut Berperut Besar (Hippocampus abdominalis) iaitu ia adalah salah satu spesies kuda laut terbesar yang biasa ditemui di kawasan perairan sederhana dimana ia juga dikenali 'Big-belly seahorse dan ia adalah jenis kuda laut paling besar didunia dengan ia boleh membesar sehingga 35 cm (13 hingga 14 inci) panjang. Ia mempunyai bentuk perut yang bulat, buncit, dan besar menyerupai periuk. Jenis ini ia banyak ditemui di perairan pesisir pantai, kawasan berbatu, dan padang lamun, terutamanya di sekitar Australia dan New Zealand. Cara proses pembiakan sama seperti spesies lain, kuda laut jantan yang mempunyai kantung di perut akan mengandung dan melahirkan anak. Kelima ada Jenis Kuda Laut Berduri (Hippocampus histrix) dimana dilihat ada struktur duri yang ketara pada bahagian badan sebagai alat pertahanan diri daripada pemangsa. Kuda laut berduri dikenali dengan nama  'Spiny seahorse' iaitu ada duri yang panjang dan tajam di seluruh badan sebagai perlindungan daripada pemangsa. Habitat: Tinggal di kawasan perairan Indo-Pacific, terutamanya di kawasan terumbu karang, span laut, dan rumput laut. Status Pemuliharaan bagi jenis ini di Malaysia ia dilaporkan dan dikelaskan sebagai spesies terjejas (vulnerable) oleh IUCN.


Antara perkara unik pasal kuda laut adalah Kaedah P
embiakan dimana telur-telur yang disenyawakan oleh si betina pasangan dimasukkan ke dalam kantung perut si jantan yang bertisu lembut.  Tahukah pembaca blog anim agro technology jika kuda laut jantan akan hamil dan melahirkan anaknya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun cara luar biasa ini dimungkinkan oleh struktur khusus yang dipanggil kantung induk yang terletak di perut kuda laut jantan. Semasa mengawan dimana kuda laut betina memasukkan telurnya ke dalam kantung ini di mana jenis jantan kemudian menyuburkannya. Dia dengan tekun mengeram embrio yang sedang berkembang dan akan membekalkannya dengan oksigen dan nutrien seperti rahim mamalia. Tempoh kehamilan boleh berbeza-beza bergantung pada spesies iaitu berlaku dari beberapa minggu hingga lebih sebulan dengan kuda laut jantan membawa beberapa dozen hingga ribuan bayi kuda laut kecil yang akan di keluarkan apabila tiba masanya. Selalunya jenis kuda laut jantan mengalami pengecutan otot dan ia seterusnya akan mengusir kuda laut kecil yang sudah terbentuk sepenuhnya ke dalam air terbuka. Ia merupakan pemandangan yang benar-benar menakjubkan dan unik sebab selalunya ia akan menyerupai letupan kecil kehidupan yang baru dihasilkan. APa pun di laporkan yang strategi pembiakan unik ini dipercayai membolehkan betina menghasilkan lebih banyak telur dengan lebih pantas, sekali gus meningkatkan kadar pembiakan keseluruhan spesies kuda laut dian perlu disesuaikan deng habitatnya. Perlu di ketahui jika anak-anak kuda laut ini ia akan menetas dalam kantung yang dikawal tahap kemasinannya agar dapat dibiasakan dengan air laut secara beransur-ansur. Selepas keluar dari kantung si jantan maka anak-anak kuda laut boleh diancam bahaya dimakan ikan-ikan besar lain kerana saiz kecil seperti plankton saiznya dan anak-anak kuda laut ini akan turun ke dasar laut apabila cukup membesar dalam beberapa hari hingga beberapa minggu ikut spesies ke spesies. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
KUDA LAUT... ATAU 'SEAHORSE' IA SAMA...
SAIZ KECIL....MACAM PLANKTON DIA..
LIMA JENIS UTAMA....APAKAH DIA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

Saturday, August 29, 2026

KUCING DAN FAKTA PENTING (PART 3)

KUCING (Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Cactus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana  ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua. 


Haiwan kucing mempunyai penyakit biasa yang kerap menyerang termasuklah ancaman Feline Panleukopenia Virus (Parvo) yang akan menyebabkan muntah dan cirit-birit teruk, jangkitan saluran pernafasan, masalah buah pinggang, kurap atau jangkitan kulat kulit serta beberapa masalah iaitu kencing tidak lawas atau batu karang. Bagi haiwan kucing dimana beberapa penyakit berjangkit dan virus utama adalah Penyakit Parvo (Panleukopenia) dimana terdapat virus sangat berjangkit yang akan menyebabkan lemah, muntah dan cirit-birit berdarah (Sila lihat foto disebelah)Penyakit virus parvo ialah jangkitan yang sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Ia menyerang sistem pencernaan serta sumsum tulang haiwan seperti anjing (Canine parvovirus) atau haiwan kucing (Feline parvovirus). Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat. Tanda-tanda utama serangan adalah seperti hilang selera makan dan badan jadi lemah, muntah yang kerap, cirit-birit teruk yang mungkin bercampur darah, demam panas dan juga hilang air dalam badan (dehidrasi) dengan cepat. Cara mencegah dengan kaedah memberikan suntikan vaksin mengikut jadual kepada haiwan peliharaan, jauhkan anak haiwan daripada tempat kotor atau haiwan yang sakit, mencuci kawasan rumah dengan cara pembasmi kuman yang kuat. Kedua ancaman FIV dan FeLV iaitu sejenis virus yang melemahkan sistem imun dan mudah menjatuhkan kesihatan kucing. Penyakit FIV dan FeLV adalah dua jenis jangkitan virus berbahaya pada kucing yang akan menyerang sistem imun badan. Walaupun sering diuji secara bersama dimana ia adalah penyakit yang berbeza dan tidak boleh berjangkit kepada manusia. Sebenarnya FIV (Feline Immunodeficiency Virus) yang juga sebagai 'AIDS Kucing' akan menyerang dan melemahkan sistem pertahanan badan kucing secara perlahan-lahan. Ia berjangkit melalui luka gigitan yang dalam semasa bergaduh dimana kucing yang sihat kelihatan normal bertahun-tahun sebelum jatuh sakit. Sementara itu FeLV (Feline Leukemia Virus) yang juga ia dikenali  sebagai virus leukemia kucing akan menyebabkan barah (seperti limfoma), anemia dan kerosakan teruk pada sistem imun. Ia berjangkit melalui sentuhan rapat, air liur, berkongsi mangkuk makanan, atau dari ibu kepada anak. Selalunya jangka masa hayat kucing lebih pendek selepas dijangkiti berbanding FIV. Ketiga adalah Penyakit Selsema (ISPA) dengan tanda bersin atau hidung berair, dan mata berhingus pada kucing. Penyakit  Selsema kucing atau yang sering disebut sebagai ISPA (Infeksi Saluran Pernafasan Atas) atau 'Cat Flu' adalah jangkitan pada hidung, tekak, dan sinus kucing. Penyakit ini sangat mudah berjangkit antara kucing tetapi tidak berjangkit kepada manusia. Punca penyakit adalah Feline Herpesvirus (FHV-1) iaitu sejenis virus utama yang menyebabkan jangkitan teruk dan boleh tinggal dalam badan kucing selamanya. Ada juga jenis viris Feline Calicivirus (FCV) iaitu sejenis virus lazim yang sering menyebabkan luka di dalam mulut kucing. Keempat ada Penyakit Bakteria Sekunder seperti Chlamydia atau jangkitan lain yang memburukkan lagi keadaan dimana gejala utama bersin berulang kali, hidung berair atau berdarah atau mukus pekat, mata berair, merah atau berpusar seakan tanda 'conjunktivitis', hilang selera makan, demam dan lemah badan (lethargy) serta suara serak atau batuk. Cara Rawatan dengan membawa jumpa doktor haiwan untuk ubat tahan sakit, ubat titik mata atau antibiotik jika ada jangkitan bakteria. Perlu dibersihkan lendir di hidung dan mata kucing iaitu dengan cara mengg kain lembut yang suam. Pastikan kucing terus makan dan minum (suapkan makanan basah yang berbau harum jika ia hilang selera) dan mengsingkan kucing yang sakit daripada kucing lain di rumah. 


Kelima ada 
Masalah Organ dan Organ Kronik antaranya seperti Penyakit Buah Pinggang dimana ia kerap berlaku pada kucing tua dengan tanda ia akan minum banyak dan susut berat badan. Sakit buah pinggang kucing ialah keadaan apabila organ buah pinggang kucing rosak dan gagal menapis toksin dalam darah dengan baik. Ia kerap berlaku pada kucing tua dan boleh dikesan melalui perubahan sikap serta fizikal haiwan. Tanda-tanda biasa penyakit ini termasuk kucing akan minum air dengan banyak, ia kerap kencing atau buang air kecil di luar bekas biasa, hilang selera makan dan berat badan turun, kelihatan lemah, lesu atau kurang aktif, mulut berbau busuk dan muntah. Penyakit Kencing Manis (Diabetes) Kucing dimana kes kencing tidak normal, selera makan naik tetapi badan kurus sebab berlaku sumbat saluran kencing dan jenis kucing jantan sukar kencing yang merupakan kecemasan maut.  Seterunya adalah masalah Luaran dan Masaalah Kulit seperti Serangan Kurap (Ringworm) dimana ada tompok botak, kulit bersisik dan gatal. Ada juga ancaman Kutu dan Cacing dimana serangan oleh parasit darah atau cacing dalam perut akibat makan kotor.  Dalam pada itu musuh utama kucing termasuk anjing, ular, burung pemangsa besar dan sesama kucing yang berebut kawasan. Tikus sebenarnya adalah mangsa kepada kucing. Haiwan Anjing ia sering bertarung kerana perbezaan sifat dan wilayah sementara bagi Ular  (snake) pula ia adalah haiwan pemangsa berbahaya di kawasan semak atau luar bandar. Ancaman oleh Burung Hantu atau Burung Helang dimana ia boleh menyambar anak kucing atau kucing saiz kecil dan akhir sekali musuhnya adalah sesama kucing yang mana mereka akan berkelahi kerana perebutan kawasan atau pasangan.


Paling ingin di kongsikan adalah kes bagi 
Membela Kucing sebagai satu hobi yang semakin popular di Malaysia dan diseluruh dunia. Aktiviti memelihara kucing ialah hobi yang sangat popular di seluruh dunia. sebab ia dilaporkan akan memberi ketenangan, mengurangkan tekanan dan menjadi teman setia di rumah. Diantara jenis aktiviti berkaitan hobi ini termasuk ada Aktiviti Pertandingan Kucing termasuk adakan pameran baka kucing paling cantik, aktiviti bagaimana cara penjagaan dan dandanan iaitu cara menjaga bulu dan kesihatan kucing. Ada juga aktiviti Membuat Alat Mainan Kucing seperti cara bagi menghasilkan kraftangan atau rumah kucing dan aktiviti 'Sukarelawan' dalam membantu pusat perlindungan haiwan. Dalam beberapa dakwaan dimana antara kelebihan dalam hobi Memelihara Kucing adalah ia akan mengurangkan kes tekanan dengan ia menjadikan fikiran lebih menenangkan, sebab di laporkan yang fikiran kucing boleh 'membaca' hati tuannya juga. Ia akan meningkatkan tahak kesihatan Mental dan Emosi dengan mengurangkan tekanan (stress) bila didakwa yang dengkuran kucing akan tenangkan jiwa, ia juga akan menghilangkan penat serta menjadi teman setia selepas kerja dimana kucing adalah haiwan yang kurang sedih serta ia adalah haiwan periang dan manja. Aktiviti penjagaan kucing adalah ia mudah sebab ia sangat bersih dimana kucing rajin cuci badan. Kucing juga kurang bising seperti anjing atau angsa dimana ia sesuai tinggal di rumah kecil serta amat sesuai dirumah dan tidak perlu bawa jalan setiap hari. Memelihara kucing membawa beberapa ancaman kesihatan, kebersihan, dan sosial jika tidak diurus dengan betul. Antara ancaman utamanya ialah jangkitan penyakit seperti jenis iaitu toksoplasmosis daripada najis, masalah bau serta kotoran di kawasan rumah jiran, dan risiko cakar atau gigitan. Ada yag akan membuat rumah khas kucing' untuk kelihatan lebih menarik lagi (Sila lihat foto disebelah). Kes Toksoplasmosis ia adalah sejenis parasit dalam najis kucing bahaya untuk ibu mengandung dan boleh sebabkan masalah pada bayi. Pemilik kucing perlu faham akan aspek kebersihan dan persekitaran dengan pastikan najis kucing di letakkan diluar kawasan sebab kucing kerap buang kotoran di halaman atau pasu bunga jiran. Memang bela kucing akan ada 'Bau Kurang Senang' berpunca dari air kencing kucing berbau kuat jika litter box tidak cuci selalu. Ada juga di laorkan dimana ada ancaman kutu dan parasit yang boleh melompat dan gigit manusia dalam rumah. Penulis blog banyak kali ada konflik jiran yang membela kucing dimana menjejaskan hubungan kejiranan seperti ujud gangguan bunyi, bulu bersepah atau rosakkan harta benda jiran boleh timbulkan rasa marah dan paling menyakitkan hati sebab kucing jiran berak najisnya di dalam kasut dan pintu rumah.


Menarik kongsikan fakta tentang Mitos Kucing untuk di kongsikan kisahnya. Mitos ini ialah cerita atau kepercayaan lama tentang kucing yang tidak betul dari segi sains, seperti anggapan kucing ada sembilan nyawa atau bawa sial jika warna hitam. Pertama adalah tentang Mitos Kucing Haiwan Yang Ada 9 Nyawa sebab sebenarnya mitos ini memang salah dan faktanya kucing hanya ada satu nyawa tetapi selamat kerana badan yang sangat lentur dan cekap mengimbangkan diri ketika jatuh. 
Kucing tidak mempunyai sembilan nyawa sebab itu hanyalah mitos lama. Kucing hanya ada satu nyawa seperti haiwan lain dimanan anggapan ini timbul kerana kucing sangat lincah, badan yang lentur dan pandai menyelamatkan diri ketika jatuh dari tempat tinggi. MItos ia ada 9 nyawa sebab cara badan yang lentur seakan tulang belakang kucing sangat fleksibel serta ia mempunyai 'jenis refleks pantas' seperti ia boleh berpusing di udara untuk mendarat atas kaki. Kucing adalah jenis haiwan yang ada ciri keseimbangan tinggi dimana sistem badan kucing bantu ia stabil. Fakta sebenar adalah kucing tetap boleh cedera atau mati jika jatuh dari tempat sangat tinggi diman jika dijaga keselamatan dengan baik ia tahan hidup lama. MItos lain adalah Mitos Dimana Kucing Hitam Akan Membawa Malang iaitu kisah purba mengaitkan kucing hitam dengan nasib buruk atau sihir padahal perangai kucing hiram ini ia sama seperti kucing lain. Apa pun kucing hitam ialah kucing biasa dengan bulu gelap akibat faktor genetik dan ramai suka bulu hitam iaitu haiwan yang manja, taat dan membawa pelbagai fakta unik. Seterusnya ada Mitos Kucing Selalu Takut Air dimana faktanya adalah kuicng tidak semua baka benci air sebab ada jenis kucing yang suka main air atau pandai berenang. Ada juga mitos positif seperti Mitos Jika Ada Kucing Datang Ke rumah bermakna ia membawa rezeki iaitu ia sebagai satu kepercayaan tradisional dimana menganggap kehadiran kucing liar sebagai petanda baik, walaupun hakikatnya ia hanya lapar atau sekadar ia mencari  perlindungan. Penulis blog akan kongsikan hasil tinjauan dimana harga kucing di Malaysia bergantung pada baka dan beberapa sebab lain. Kucing kampung atau biasa adalah percuma hingga RM100 manakala kucing baka popular seperti Parsi, British Shorthair, Munchkin dan Maine Coon berharga antara RM800 hingga RM12,000 mengikut gred, umur serta status vaksinasi. Dalam merujuk sumber rasmi dilaporkan harga Baka Kucing Popular di Malaysia dimana bagi Jenis  Kucing Kampung dari diberi Percuma sehingga berharga RM100 sementara bagi Jenis Kucing Parsi berharga sekitar  RM800 - RM5,000 seekor. Bagi Jenis Kucing British Shorthair dijual dengan harga RM1,200 - RM12,000 seekor, bagi Jenis Kucing Jenis Munchkin dijual sekitar RM1,400 - RM9,800 seekor dan bagi Kucing Scottish Fold berharga RM850 - RM12,800 seekor dan akhir sekali bagi Jenis Kucing Bengal dijual sekitar harga RM900 - RM5,000 seekor. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...

HAIWAN KUCING...RAMAI SUKA BELA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK...PELBAGAI FAKTANYA...
MEMBACA... ILMU SANGAT BERGUNA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

Friday, August 28, 2026

KUCING DAN FAKTA PENTING (PART 2)

KUCING (Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Catus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana  ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua. 


Makanan kucing ialah penting dengan ada sumber pemakanan khusus yang dirumus daripada bahan daging, ikan, vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan haiwan karnivora ini. Ia apa yang di laorkan terbahagi kepada Jenis Makanan Kering (kibble), Jenis Makanan Basah (dalam tin atau pouch) dan Jenis Makanan Segar (fresh). Pertama adalah jenis  Makanan Kering (Dry Food) diman ia adalah tahan lama, lebih murah dan bagus untuk gigi kucing. Selalunya penulis blog lihat dimana jenis m
akanan kucing kering ialah makanan berbentuk butiran kecil atau rangup (dikenali sebagai kibble) yang mempunyai kandungan air yang rendah (sekitar 10%). Ia tahan lama, mudah disimpan dan praktikal untuk diberikan kepada kucing pada bila-bila masa. Ia berbentuk butiran kecil atau pelet yang keras dan rangup dengan kandungan air yang rendah dan lebih tinggi karbohidrat dan jangkahayat simpan yang panjang dan tidak mudah rosak jika dibiarkan dalam mangkuk. Kelebihannya ia mudah guna serta ia senang disukat dan boleh ditinggalkan untuk kucing makan perlahan-lahan sepanjang hari. Baik untuk kesihatan gigi dimana tekstur yang keras membantu mengurangkan plak atau karang gigi apabila kucing mengunyah. Ia lebih jimat dimana harganya selalunya lebih berpatutan dan mudah didapati di pasaran. Apa pun kekurangannya adalah ia kurang air atau rendah yang bermakna kucing perlu minum lebih banyak air kosong untuk elak masalah kencing atau buah pinggang. Ia juga kurang bau dan kurang beraroma berbanding makanan basah, jadi kurang merangsang selera bagi sesetengah kucing. Bagi jenis makanan Basah (Wet Food) pula ia tinggi kandungan air untuk elak masalah kencing serta lebih beraroma. Makanan kucing basah (wet food) ialah sejenis makanan haiwan yang mempunyai kandungan air yang tinggi (sekitar 70% hingga 85%) dan biasanya dijual di dalam tin kecil atau pek pouch. Ia ada kandungan air tinggi bagi membantu mengekalkan tahap hidrasi badan kucing serta bertekstur lembut dalam bentuk isi ikan atau daging berkrim, pate (kisar halus) atau ketulan dalam kuah. Aromanya kuat dan lebih wangi dan mampu bagi membangkitkan selera makan kucing. Kelebihannya ia akan mengurangkan risiko masalah buah pinggang dan batu karang kerana kucing kurang minum air kosong dan bagus untuk anak kucing (kitten) yang baru belajar makan atau kucing tua yang hilang gigi. Ia juga membantu mengawal berat badan kerana kurang padat dengan kalori berbanding makanan kering. Ketiga adalah Jenis  Makanan Buatan Sendiri (Homemade) iaitu ambil isi ikan atau ayam yang direbus tanpa garam atau perasa.  Beberapa pantang larang memberi Makanan Kucing adalah Jangan beri bawang, bawang putih, coklat atau jenis makanan bergaram kerana ia beracun dan mengelakkan susu lembu kerana kebanyakan kucing cirit-birit jika minum susu. Apa pun makanan kucing moden ialah makanan siap proses yang khusus untuk keperluan haiwan. Ia mengandungi protein, vitamin dan mineral seimbang. Apa pun jenama jenis makanan kucing yang terkenal dan banyak dijual di Malaysia termasuk jenama Power Cat, ProDiet, Royal Canin, SmartHeart, dan Snappy Tom. Jenama Tempatan PowerCat adalah jenama buatan Malaysia yang mempunyai sijil halal dan dilapor tidak mempunyai bahan pengawet. Jenama ProDiet pula ia menjadi pilihan popular harian yang mudah didapati di pasar raya dengan harga berpatutan. Jenama Tomkraf ia adalah produk makanan kering tempatan keluaran Kumpulan Karangkraf. Ada juga beberapa jenama Antarabangsa atau Premium seperti Jenama Royal Canin iaitu pilihan utama untuk nutrisi khusus mengikut baka dan kesihatan kucing. Jenama lin adalah SmartHeart yang mesra bajet yang seimbang bahan nutrisinya dan juga Jenama Snappy Tom yang terkenal dengan pilihan makanan basah (wet food) dalam bentuk jeli atau tin


Mengetahui akan t
abiat atau perangai kucing sangat unik dan penuh dengan pelbagai makna tersendiri sebab diantara tabiat yang paling kerap dilakukan oleh kucing termasuklah suka tidur siang yang lama, menguli atau menekan-nekan tangan pada badan tuan, berdengkur tanda selesa serta menggeselkan badan pada kaki orang atau pemiliknya. Pertama adalah tabiat Kucing Berdengkur dimana kucing berdengkur atau berbunyi 'purr...purr' dan lazimnya ia tanda kucing itu berasa gembira, selesa atau sedang tidur lena namnu ia juga mungkin cara kucing menenangkan diri ketika cemas, tertekan atau sakit. Kadangkala bunyi dengkuran kuat (mengorok) berlaku kerana posisi tidur atau ada isu masalah pernafasan. Kucing guna getaran bunyi ini untuk kurangkan stres atau takut atau ia cara berkomunikasi dimana anak kucing berdengkur untuk beritahu ibu di mana mereka berada. Apa pun tahap dengkuran biasa adalah normal akan tetapi bila bawa ke klinik haiwan jika kucing kelihatan lemah atau kurang aktif, hilang selera makan, keluar lelehan air hidung atau mata atau jika ia sukar bernafas atau batuk. Kedua taboat kucing adalah '
Menguli' iaitu satu perilaku menekan seperti menguli doh yang menunjukkan rasa manja sejak kecil dimana kucing selalu menguli (kneading) sebagai satu perlakuan kucing menekan dan mengurut permukaan lembut (seperti bantal, selimut atau badan tuan) dengan cara silih berganti menggunakan dua kaki depan iaitu ibarat orang sedang menguli doh roti. Antara sebab Kucing Menguli adalah sebagai tanda manja dan selesa iaitu tabiat ini terbawa sejak kecil ketika mereka menekan perut ibu untuk melancarkan susu. Ia juga sebagai 'Rasa selamat' bila kucing mengulanginya apabila mereka berasa tenang, gembira atau rindu suasana sewaktu kecil serta dilakukan sebagi 'Tanda kawasan (wilayah)' dimana kelenjar bau pada tapak kaki kucing meninggalkan tanda bau mereka pada objek yang diuli. Ini juga berkait dia ada 'Membuat tempat tidur' sebab nenek moyang kucing liar menguli rumput atau daun untuk membina sarang selesa sebelum tidur. Ketiga ada tabial Menggesel Badan sebagai cara kucing menandakan kawasan atau menuntut anda sebagai milik mereka. Apabila kucing datang menggeselkan badan atau kepala ia bermaksud kucing itu sedang manja atau sedang menunjukkan kasih sayang dan menandakan orang itu sebagai hak miliknya menggunakan bau atau feromon dari kelenjar di pipi serta badannya. Apa pun antara sebab Kucing Menggeselkan Badan sebagai 'Tanda Sayang' iaitu ia menunjukkan mereka selesa, gembira dan percaya kepada pemiliknya dan juga ia 'Menanda Hak Milik' drengan meninggalkan bau (feromon) supaya kucing lain tahu anda adalah miliknya. Ia juga ingin memohon makanan atau perlukan teman atau mengajak untuk bermain. Ini juga sebagai tanda 'Rasa Selamat' dimana ini menenangkan diri mereka dalam persekitaran yang diyakini. 


Seterusnya ada Tabiat Kucing Tidur Lama sebagai satu naluri asal untuk menyimpan tenaga sebelum aktif. Apa pun sebenanrya yang kucing tidur selama 12 hingga 16 jam sehari adalah perkara biasa kerana ia adalah sifat semula jadi dan cara mereka menyimpan tenaga. Namun dilaporkan yang tempoh tidur yang terlalu lama boleh menjadi tanda masalah jika disertai perubahan sikap. Antara punca kucing tidur lama adalah 'Faktor Usia' dimana selalunya anak kucing dan kucing tua boleh tidur sehingga 18 hingga 20 jam sehari kerana proses tumbesaran atau faktor tubuh yang semakin lemah. Ia juga tidur lama untuk 'Menyimpan Tenaganya' dimana ia akan gunakan tenaga tersebut kelak sebagai pemangsa untuk memburu dan ini akan membuatkan badan mereka perlukan rehat banyak selepas aktif. Kucing tidur lama sebag 'Cuaca Sejuk' dimana kucing lebih suka tidur dengan lama apabila cuaca sejuk atau hujan. Ada juga kajian menyatakan kucing tidur lama sebab ia 'Sudah Bosan' sebab tiada teman atau permainan di rumah mungkin tidur kerana bosan atau kemungkinan ia tanda iaitu kucing sedang sakit. Apa pun kena periksa jika ia hilang selera makan atau berat badan turun atau kelihatan lemah, tidak bermaya, atau elak daripada bergaul bermakna ia sakit. Di lihat juga yang bulunya ia tidak terurus atau comot, ada muntah, cirit-birit atau tanda sukar bernafas. Tabiat lain kucing adalah ia suka Mencakar Perabot sebagai satu lagi tabiat semulajadi untuk menajamkan kuku dan meregangkan otot badan. Cara kucing mencakar perabot kerana ia adalah tabiat semula jadi untuk menajamkan kuku, meregangkan otot dan menandakan kawasan. Perbuatan ini juga membantu kucing membuang lapisan kuku mati dan mengurangkan rasa bosan atau stres.  Apa pun bagi penulis blog dimana sebab utama Kucing Mencakar adalah untuk 'Menanda Kawasan' dimana kelenjar bau pada tapak kaki meninggalkan tanda bau yng pastikan itu kawasannya. Perbuatan ini juga sebagai 'Cara Buat Regangan Badan' dengan bahagian pada otot kaki dan belakang selepas bangun tidur. Tabiat ini berkait dengan gunakan 'Tenaga Berlebihan' dan ini akan mengurangkan rasa bosan atau resah. Beberapa cara menghentikan Kucing Cakar Perabot dengan menyediakan 'Tiang Cakar Khas' iaitu meletakkan scratching post atau papan cakar khas berdekatan perabot atau boleh gunakan 'Guna bau semburan' dari jenis bau yang kucing tidak suka seperti limau atau gunakan jenis semburan bahan feromon. Boleh juga seakan 'Mengalihkan Perhatian' bila ajak kucing bermain atau dialihkan ia secara perlahan ke tiang cakar apabila ia mula mencakar sofa. Tabiat kucing 'Menjilat Bulu' adalah satu cara kucing ini dapat membersihkan diri dan menenangkan emosi mereka sendiri. Apa pun di laporkan kucing menjilat bulu adalah tabiat biasa (grooming) untuk membersihkan diri, meratakan minyak pada kulit, menyejukkan badan atau menenangkan emosi akan tetapi jika kucing terlalu kerap menjilat sampai botak atau luka maka ia mungkin tanda masalah kesihatannya. Ia juga akan membersihkan diri dengan membuang kotoran atau sisa makanan guna air liur atau ia akan 'Menyejukkan badannya' iaitu membantu turunkan suhu ketika panas. Tabiat Kucing Makan Rumput penulis blog selalu lihat adalah kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan, membuang gumpalan bulu (hairball) di dalam perut melalui muntah, dan menambah serat. Jenis rumput yang biasa atau selamat untuk kucing dikenali sebagai cat grass yang selalunya terdiri daripada benih bijirin seperti gandum (wheatgrass), barli (barley), oat, atau raun. Kucing ini mahu melancarkan perut sebab pada rumput ada kandungan serat tinggi bantu masalah sembelit. Rumput juga sebagi sumber nutrien dengan cara memberi vitamin dan asid folik tambahan. Apa pun jenis rumput yang sesuai termasuk Jenis Cat Grass, Rumput gandum (wheatgrass), Rumput barli (barley grass), Rumput oat (oat grass) dan perlu pastikan rumput bebas daripada sebarang racun serangga atau bahan kimia berbahaya jika anda ingin biarkan kucing makan di luar.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...

HAIWAN KUCING...RAMAI SUKA BELA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK...PELBAGAI CERITA...
MEMBACA... ILMU SANGAT BERGUNA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

Thursday, August 27, 2026

KUCING DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KUCING
(Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Cactus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana  ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Dilaporkan memang ada terdapat banyak jenis baka kucing yang ada diseluruh dunia. Di Malaysia pula ada jenis kucing yang paling popular termasuklah kucing Parsi (Persian), British Shorthair, Maine Coon, Munchkin, Bengal, Baka Kucing kampung (Domestic Shorthair) dan sebagainya. 
Apa pun di kalangan peminat kucing dimana Jenis Kucing Parsi adalah baka yang paling popular sebab ia mempunyai bulu panjang, muka comel dan sifat tenang. Kucing Parsi atau 'Persian cat' ialah sejenis baka kucing yang terkenal dengan ciri bulu yang panjang, lebat, gebu, serta muka yang bulat dengan hidung yang pesek atau rata. Baka ini sangat popular sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja, tenang dan mesra tetapi dilapor ia memerlukan penjagaan rapi setiap hari supaya tidak kusut. Bahagian kepalanya bersaiz besar dan bulat, bermata besar yang ekspresif serta hidung yang pendek atau pesek (Sila lihat foto disebelah). Mempunai saiz badan sederhana hingga saiz besar, gempal dan berkaki pendek dengan perangainya adalah lembut, pasif, tidak terlalu aktif dan suka duduk dipeluk atau dibelai. Kucing ini bagaimana pun perlukan penjagaan rapi seperti kena mendandan bulu disikat bulu setiap hari untuk elakkan buku bulu (matting). Organ matanya ia mudah berair yang menjadikan pada bahagian muka dan sekitar mata perlu dibersihkan setiap hari. Kedua ada Jenis Kucing British Shorthair yang berbadan bulat, bermuka tembam dan berbulu pendek yang tebal. Kucing British Shorthair (BSH) ialah baka kucing popular dari Great Britain yang terkenal dengan rupa seakan 'teddy bear' dengan wajah bulat, pipi tembam, badan tegap, dan bulu pendek yang padat. Kepalanya besar dan bulat dengan pipi montel denga ada mata yang besar, bulat, dan cerah, biasanya berwarna tembaga atau emas. Ukuran saiz badannya sederhana hingga besar (3.1- 7.7 kg) dengan dada bidang serta berbulu pendek, tebal dan padat, datang dalam pelbagai warna (paling ikonik adalag warna blue atau kelabu kebiruan). Tabiatnya ia adalah rakan yang pendiam dan tidak terlalu aktif dan suka berdikari dan manja tetapi tidak menuntut perhatian melampau serta ia mesra dan sesuai untuk keluarga dan haiwan lain. Ketiga baka kucing yang popular adalah Jenis Kucing Maine Coon iaitu jenis baka besar, berbulu lebat, dan sangat ramah. Kucing Maine Coon ialah salah satu baka kucing peliharaan yang paling besar dan tertua di dunia, berasal dari negeri Maine di Amerika Syarikat. Ia terkenal dengan tubuhnya yang besar seperti anjing kecil, bulu tebal yang panjang, serta perangai yang sangat mesra sehingga dicanang sebagai 'The Gentle Giant' yang mana maksudnya adalah 'Gergasi Lembut'. Jenis ini ie bersaiz besar dengan berat jantan boleh mencapai sehingga 11 kg dan juga ukuran panjang hingga satu meter dari hidung ke ekor. Ia berbulu lebat dengan jenis bulu dua lapis yang kalis air dan ekor yang sangat lebat untuk bertahan dalam cuaca sejuk. Apa pun rupa dan bentuk muka yang agak petak dengan telinga berbulu di hujungnya. Ia manja dan lembut walaupun berbadan besar dimana sifatnya sangat penyayang, tenang, dan baik dengan kanak-kanak serta haiwan lain. Ia adalah jenis kucing yang bijak dan cepat belajar trik baru dan suka bermain air atau memanjat. Bagaimana pun ia lambat matang dimana kadar tumbesaran penuh mereka mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun iaitu ia tidak seperti kucing biasa yang matang dalam setahun sahaja.


Seterusnya baka kucing pupular ke empat adalah Jenis Kucing Munchkin yang berkaki pendek dan comel. Apa pun Kucing Munchkin ialah baka kucing yang terkenal dengan ciri unik berbadan panjang dan berkaki pendek akibat mutasi genetik semula jadi, sering digelar sebagai 'Kkucing Dachshund' iaitu versi fline. Ia berkaki pendek dengan kaki hadapan dan belakang jauh lebih pendek daripada kucing biasa, tetapi kukuh. Ia mempunyai gaya Hidup Aktif walaupun berkaki pendek dan ia sangat lincah, pantas berlari dan suka bermain. Ia juga bersifat Manja, peramah, mudah mesra dengan haiwan lain dan suka mendekati manusia. Dalam aspek penjagaan dan aspek kesihatan ia perlukan kawalan pemakanan supaya tidak terlalu gemuk bagi mengelakkan tekanan pada sendi. Jangka Hayat baka ini adalah sekitar 12 hingga 15 tahun jika mendapat penjagaan veterinar yang baik. Kelima ada Jenis Kucing Bengal dengan mempunyai corak bulu macam harimau bintang dan aktif (Sila lihat foto disebelah). Kucing Bengal ialah baka kucing hibrid hasil kacukan antara kucing bela jinak dengan kucing batu Asia (Asian Leopard Cat). Ia terkenal kerana mempunyai rupa bentuk fizikal dan corak bulu berbintik atau rosset yang menyerupai harimau bintang liar, tetapi memiliki sifat yang manja serta mesra. Apa pun ciri kucing ini ia mempunyai rupa eksotik sebab ia mempunyai corak bulu unik seperti rosettes atau bintik serta badan yang tegap, berotot, dan aktif dan ia sangat aktif dan juga pintar, bijak, bertenaga tinggi, suka memanjat dan juga ia meminati air akan tetapi walay pun manja 'Tetapi Bising' dimana selalunya di lihat seakan 'Suka berbual' atau suka mengeluarkan suara serta rapat dengan penjaga mereka. Seterusnya ke enam ada Jenis Kucing Kampung atau jenis kucing biasa tempatan yang mana ia sangat lasak dan bijak. Kucing kampung ialah kucing biasa yang hidup bebas di persekitaran tempatan tanpa baka atau keturunan rasmi. Ia sangat kuat, mudah dijaga, dan cerdik. Ia berbulu pendek serta ia mudah urus dan tidak mudah kusut. Ia juga ada pelbagai warna seperti ada warna oren, hitam, putih, kelabu, atau belang dan berbadan tegap dimana ia sesuai dengan cuaca tempatan. Kelebihan Kucing Kampung adalah sejenis kucing yang 'Tahan lasak' dan ia jarang sakit dan kuat untuk melawan penyakit. Ia pandai berdikari serta cekap didalam menangkap tikus dan haiwan kecil lainnya serta ia cepat mesra dan amat setia kepada pemilik walaupun diambil dari jalanan. Akhie sekali yang kurang popular adalah Jenis Kucing Liar (Wild Cat) iaitu spesis haiwan daripada keluarga kucing yang hidup bebas di alam semula jadi tanpa bergantung kepada manusia, atau kucing rumah yang telah menjadi liar (feral) dan hidup di luar. Spesies asli seperti jenis kucing hutan, kucing congkok atau kucing tulap yang memang tinggal dan memburu di dalam hutan. Ada kategori iaitu Jenis Kucing Terbiar (Feral) iaitu sejenis kucing asal peliharaan yang dibuang atau lahir di jalanan, tidak mesra dengan manusia, serta gerun atau takut apabila didekati. Kucing jenis ini ia takut pada orang dan selalunya elakkan daripada bertembung dengan manusia. Jenis ini ia sangat pandai cari makanan sendiri seperti tikus dan burung di luar dengab mempunyai jenis badan lebih berotot dan lebih agresif berbanding kucing rumah yang manja.


Manarik kongsikan fakta akan Kitaran Hidup Kucing yang mana ia bermula dari Fasa peringkat anak kecil (kitten) dan ia akan membesar menjadi Fasa Remaja, Fasa dewasa sehingga ke Fasa Umur Tua. Secara purata dimana di laporkan yang jangkahayat kucing peliharaan adalah antara 12 - 18 tahun. Pembiakan kucing ialah proses mengawan kucing jantan dan betina untuk ia dapat menghasilkan anak dimana tempoh bunting kucing biasanya sekitar 60 hingga 65 hari sebelum melahirkan anak. Apa pun dalam proses pembiakan kucing pastinya kucing betina capai usia matang dan akan memasukki dalam musim mengawan dan proses mengawan berlaku dimana tempoh mengandung bermula sehingga anak kucing dilahirkan. Asasnya dimana peringkat atau Fasa Kitaran Hidup Kucing yang awal adalah Fasa Anak Kucing (umur 0 - 6 bulan) bila anak yang baru lahir dalam keadaan mata tertutup dan telinga tuli serta ada gigi susu mula tumbuh dan mereka mula aktif bermain serta cergas. Anak kucing ialah kucing muda atau juvana yang baru lahir. Pada peringkat awal dimana mereka sangat kecil yang dilahirkan dengan mata tertutup serta telinga terlipat dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu untuk membesar sebelum mula aktif meneroka persekitaran (Sila lihat foto disebelah). Anak kucing mempunyai mata tertutup ketika lahir dan ia akan mula celik selepas 7 hingga 14 hari. Ia bergantung pada haba badan ibu dan susu. Selalunya ia banyak tidur sehingga 18-20 jam sehari untuk proses tumbesaran. Kedua Fasa 
Remaja (umur 6 bulan - 2 tahun) iaitu kucing ini mencapai kematangan seksual, saiz badan membesar sepenuhnya, gigi kekal tumbuh, dan mula menunjukkan sikap teritorial. Kucing remaja ialah kucing berumur antara 6 bulan hingga 2 tahun (atau sekitar usia 15 tahun mengikut tahun manusia). Pada fasa ini, badan mereka membesar dengan cepat dan mula aktif menjelajah. Ia amat bertenaga tinggi dengan suka berlari, melompat dan bermain sepanjang masa. Semua gigi susu sudah tukar menjadi gigi kekal yang kuat dimana kucing jantan atau betina akan mula berminat mencari pasangan atau menandakan kawasan. Ia juga lebih berdikari dan kurang bergantung kepada ibu dan lebih berani mencuba perkara baru. Fasa Kucing Dewasa (umur 3 - 6 tahun) apabila ia berada di kemuncak kesihatan dan kekuatan fizikal dengan personaliti yang stabil dan matang. Kucing dewasa berumur satu tahun ke atas yang mempunyai badan mereka sudah stabil, gigi kekal lengkap, dan saiz badan mencapai bentuk fizikal penuh. Ia mempunyai gigi putih bersih atau mula ada sedikit kuning. Selalu fasa ini ia bersaiz badan tegap, stabil dan berotot dengan tiada lagi ciri gigi susu yang kecil dan tajam dimana berat badan lebih konsisten dan padat. Tingkah Lakunya adalah lebih tenang dan matang serta sudah kurang bermain lasak berbanding anak kucing. Ia sedia mengawan (mencapai kematangan seks) dan akan menanda kawasan (bagi kucing jantan yang tidak dikasi). Akhir sekali ada Fasa Kucing Matang atau Kucing Tua (berumur 7 tahun ke atas) dimana ia mulai kurang aktif, banyak tidur, dan berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan seperti buah pinggang atau sendi. Kucing tua ialah kucing yang sudah berumur 10 tahun atau lebih dimana pada peringkat ini, badan dan perangai mereka mula berubah keranafaktor usia. Kucing Tua dilihat ia kurang aktif dan banyak tidur, berbulu jadi kasar atau beruban, berbadan yang menjadi lebih kurus, kurang selera makan dan ia suka untuk menyendiri atau berbunyi lebih kerap. Antara faktor yang boleh mempengaruhi Jangka Hayat Kucing adalah tempat tinggal kucing yang tinggal di dalam rumah (indoor) selalunya hidup lebih lama kerana selamat daripada bahaya di luar. Faktor 'Baka kucing' dimana jenis kucing baka kacuk atau kampung (domestic shorthair) selalunya lebih tahan lasak. Aspek kesihatan bila ia di vaksin, ambil jenis makanan yang sihat dan diberikan lawatan rutin ke klinik haiwan sealunya ini membantu memperpanjangkan akan usia kucing.


Habitat kucing bergantung kepada jenis kucing sama ada kucing peliharaan (domestik) atau kucing liar. Secara amnya apa yang penulis bloh lihat dimana kucing boleh hidup di pelbagai tempat kerana daya adaptasi mereka yang sangat tinggi. Bagi habitah untuk Jenis Kucing Peliharaan (Domestik) yang suka tinggal di rumah manusia atau tinggal di dalam rumah, bilik, atau bangunan bersama pemilik selalunya bersih dan umurnya juga panjang. Ia akan bergerak di kawasan sekitar rumah seperti di halaman, garaj kereta atau lorong taman-taman perumahan disekitar rumah. Kedua habitat bagi Jenis Kucing Liar (Feral atau Semula Jadi) ia boleh berada di kawasan bandar dan kampung: Hidup di sekitar kawasan manusia, lokasi tempat pembuangan sampah, atau bangunan kosong. Habitat kucing juga boleh di lihat di Hutan dan belukar seperti dalam hutan hujan tropika, padang rumput, atau kawasan semak-samun bagi spesies seperti kucing hutan atau kucing batu. Kucing berguna sebagai haiwan kesayangan di rumah, pemburu semula jadi untuk mengawal populasi tikus, penawar tekanan dan sokongan kesihatan mental, serta peneman setia yang memberi ketenangan kepada pemiliknya. Ia juga berguna sebagai Haiwan Untuk Kawalan Perosak sebab kucing kampong selalunya akan menangkap dan menghalau tikus serta serangga di sekeliling rumah. Kehadiran kucing dalam rumah akan mengurangkan ancaman oleh haiwan itikus dan haiwan lain juga. Kucing juga ada yang dapat Menjaga kawasan sekitar pemiliknya daripada haiwan kecil perosak dan paling penting peranannya dimana kucing peliharaan akan memberikan kesihatan Mental dan Emosi iaitu ia akan dapat mengurangkan rasa sunyi dan memberi hiburan khusus melalui telatah lucu. Kehadiran kucing apa yang penulis blog faham ia akan dapat menurunkan tahap stres dan juga kes kebimbangan apabila dia mengelus bulunya di kaki pemilik sebaik sahaja pemuliknya pulang rumah. Ia juga di aporkan akan bantu menstabilkan emosi dan membuatkan mood harian jadi lebih baik. Kucing akan membantu menurunkan tekanan darah tinggi melalui belaian lembut dan bunyi dengkuran serta ia mampu untuk menguatkan sistem imun kanak-kanak yang membesar bersama haiwan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
HAIWAN KUCING...RAMAI SUKA BELA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK...PELBAGAI CERITA...
MEMBACA... ILMU SANGAT BERGUNA....

By,
M Anem,

Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...