Support My Blog

Wednesday, December 25, 2024

SEMBANG TENTANG TERATAI (PART 1)

TUMBUHAN BUNGA TERATAI
(Nelumbium nelumbo Druce) merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik. Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya sembang fakta di media mengenai sejenis tumbuhan akuatik iaitu teratai sert untuk dijadikan rujukan semua pembaca blog.


Menarik fakta bagaimana '
Bunga teratai terbesar di dunia ditemui' berada di London untuk di kongsikan. Pokok Teratai yang biasanya ditemui tumbuh di dalam kolam, sungai atau lombong dengan kuntuman pelbagai warna dengan saiz yang kecil. Namun unik akan penemuan pokok teratai terbesar di dunia dengan kelebaran daun hampir 3.05 meter tumbuh di Taman Botani Diraja London dan ia mengejutkan saintis dan menjadi perhatian ramai. Spesies baharu teratai dari jenis Victoria boliviana ini ditemui oleh sepasukan saintis, sebenarnya sudah hidup liar selama 177 tahun dalam taman berkenaan terletak yang terletak di Kew, di barat daya London. Daun teratai gergasi itu tergolong dalam satu daripada tiga genus Victoria itu boleh menyokong berat sekurang-kurangnya 79.8 kilogram (kg). Bunga teratai berkenaan akan berubah daripada putih menjadi merah muda pada malam hari. Penemuan itu menunjukkan pencapaian yang hebat. Apa pun dilaporkan yang penulis blog rujuk dimana ciri teratai gergasi sesuai dengan namanya iaitu ukuran daunnya adalah besar dengan diameter boleh mencapai tiga meter dengan panjang antara tujuh hingga lapan meter. Permukaan daunnya tampak rata dengan tepian daun menguncup ke atas. Bahagian bawahnya pula ditutupi duri yang membantu menyokong daun menahan beban apabila berada di atas air (Sila lihat foto paling atas sekali). Difahamkan bunga tumbuh hingga berukuran 40 sentimeter dan terjadi selama satu musim dengan bantuan kumbang dari genus Cyvlocephala yang meningkatkan proses pendebungaan bunga. Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kg. Teratai adalah spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia berasal daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan. Bunganya selalu ia menguncup waktu malam dan hasil kajian mendapati rahsia tumbesaran teratai gergasi ini terletak pada kitaran hidupnya iaitu ia sudah bermula sejak proses pendebungaan lagi. Bunganya akan mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang.  Bauan manis ini menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini. Apabila menjelang waktu malam, bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalamnya. Bunga ini didebungakan oleh kumbang. Lazimnya pada satu musim, setiap pokok bakal menghasilkan 40 hingga 50 daun dan setiap daun akan membesar lebih daripada tiga meter diameter setiap hari dan ia terus membesar sehingga melebihi ukuran berkenaan. Apa pun mengulas mengenai penemuan teratai Victoria boliviana, Ahli taksonomi, sistematik dan botani lapangan taman itu, Alex Monro, berkata ia sebagai data baharu bagi spesies tumbuhan berkenaan, di samping dapat mengenal pasti spesies baharu dalam genus. Ia suatu pencapaian hebat di taman ini dan amat penting untuk semua pengunjung mengenal pasti dan mendokumentasikan kepelbagaian tumbuhan bagi tujuan melindunginya serta mendapat manfaat secara mapan daripadanya. Umum digalakkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai teratai dimana kajian laporkan bahawa spesies baharu teratai Victoria boliviana sering dikelirukan dengan spesies Victoria amazonica iaitu salah satu daripada dua spesies teratai gergasi yang diketahui sebelum ini. Apa pun hasil kajian adalah untuk meningkatkan semua ilmu pengetahuan tentang teratai Victoria. Apa yang lebih menakjubkan, di Kew adalah satu-satunya tempat di dunia yang menanam ketiga-tiga spesies teratai Victoria secara bersebelahan, lantas ia memudahkan proses pengecaman dan perbandingan setiap spesies tumbuhan itu. Kajian itu mendapati Victoria boliviana berbeza secara genetik daripada dua spesies pokok teratai lain, tetapi paling berkait rapat dengan spesis Victoria cruziana.  


Merujuk portal HMDigital.com dimana ia mengisahkan akan 'Keistimewaan teratai' untuk disembangkan kali ini.  Dilaporkan dimana flora akuatik daripada keluarga Nymphaeaceae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong. Ia akan mekar kembang di atas permukaan air, bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia. Ia juga memiliki ukuran diameter bunga antara 5 - 10 cm dimana bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda (Sila lihat foto di sebelah). Pada penulis b;og dimana diantara spesies bu­nga teratai yang popular, Nymphaea caerulea berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru, Nymphaea gigantea violacea berwarna putih campuran ungu, Nymphaea jamesoniana berwarna putih kekuningan dan Nympaea pubescens berwarna merah jambu selalu di lihat dilokasi ia ada ditanam. Ramai perlu tahu jika ia menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam. Bunga teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangkan insomnia, menormalkan tekanan darah, menghilang­kan tekanan dan memelihara kesihatan mata. Berasal dari Mesir berikutan peninggalan kuno di makam Ramses II, dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisional masyarakat Mesir kuno. Tumbuhan ini juga dipercayai terus merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai per­sembahan bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin. Uniknya lagi dimana pokok teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Apa pun pada waktu menjelang petang, bunganya kembali kuncup dan tenggelam ke dalam air.

Dalam negara pula tumbuhan Teratai menjadi daya tarikan kepada ramai pengunjung ke Taman Botani Pulau Pinang di Jalan Kebun Bunga akan terpegun melihat daun teratai spesies Victoria Amazonica yang terdapat di pintu masuk taman berkenaan. Lapisan daun teratai itu yang menghiasi kolam iaitu di hadapan taman berkenaan adalah pemandangan yang menakjubkan dan pengunjung tidak akan melepaskan peluang merakam gambar kenangan. Daun yang berukuran melebihi 1 meter itu terlalu halus dan nipis untuk menahan berat manusia dan ianya spesies tumbuhan berbunga iaitu yang kedua terbesar dalam keluarga teratai Nymphaeaceae. Wilayah asal tumbuhan air ini ialah dari Amerika Selatan beriklim tropika, khususnya di Guyana dań Lembangan Amazon. Victoria amazonica memegang gelaran teratai air terbesar di dunia dengan daun yang boleh mencapai saiz sehingga 3 meter. Penulis blog sudah dua kali mengunjungi taman ini semasa dalam tugasan dahulu dimana amat menarik untuk kunjung semula selapas bersara. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
BUNGA TERATAI...TERAPONG DIA...
DALAM AIR TAWAR...TUMBUHNYA...
PELBAGAI KISAH ... DAN CERITA...
SESUAI DI RUJUK...INFO BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1446H).

Tuesday, December 24, 2024

SEMBANG HERBA CEKUR

HERBA CEKUR
(Kaempferia galangga) atau Kencur dalam bahasa Jawa di Johor adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dengan subur apabila ia di tanam di iklim tropika seperti Malaysia. Masih tidak ada rekod rasmi mengenai keluasan tanaman cekur di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 50 - 60 hektar CHE itu pun termasuk aktiviti penanaman cekur secara fertigasi yang semakin popular di usahakan dan di komersilkan masa ini. Bagi penulis blog yang sudah mengenali tanaman cekur ini sejak kecil dulu dimana dimana ianya ditanam di dalam pasu atau atas tanah dan di kebun belakang rumah secara tradisional. Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi atau pun rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan. Pada penulis blog tanaman cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program "Bumi Hijau" yang dianjurkan oleh kerajaan. Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan media tanah campuran (3:2:1 - Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Bagaimana pun kini media dari bahan cocopeat dan sebagainya mudah di lakukan. Kemudian dimasukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Peuli blog stakat ini belum berpeluang meninjau kawasan tanaman cekur secara monokrop seluas melebihi 1 hekar satu tempat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sembang fakta mengenai cekur ini boleh dijadikan sebagai pilihan semua pembaca untuk dijadikan bahan rujukkan.


Saya ada mnulis mengenai cekur sekitar 10 artikel semenjak tahun 2009 dimana ia boleh di rujuk dengan autan Anim agro Technology 'Cekur'. Pada penulis blog dimana Tanaman 
Cekur atau nama lainnya Maraba, Finger Root, Aromatic Ginger dan Kencur (dalam bahasa Jawa) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara meluas di Malaysia. Cekur sering digunakan dalam masakan pecel iaitu masakan ala Jawa yang tersohor di sekitar negeri Johor yang mana penulis blog sejak lama dulu lagi menjadikan makanan Pecel Ikan Keli, Pecel Ayam Bakar dan Pecel Ikan Pari  sebagai makanan kegemaran keluarga dan boleh kata setiap 2 bulan mesti pekena.  merupakan ikan keli dibakar atau daging ayam bakar. Dirumah pun sentiada ada menanam cekur didalam polibeg atau dalam pasu dimana ia mudah dijaga dan puashati menanamnya. Kalau perlu beli banyak pun mudah kerana cekur ada dijual di beberapa pasaraya lokal. Persoalan mengenai apakah kebaikan yang boleh diperoleh dari Cekur juga sering dibincangkan dan mudah mencarinya dalam internet. Antara yang sering dilaporkan dimana ekstrak daun cekur digunakan sebagai repellent nyamuk dan juga cekur mampu untuk melancarkan peredaran darah serta meredakan kembung perut. Sesiapa yang suka makan cekur atau kencur dilaporkan ia mencantikkan kulit dan berikan kesan untuk awet muda. Cekur juga khasiatnya siaitu ia mampu meredakan sakit otot dan sengal badan, bantu untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu dalam melawaskan sistem pencernaan. Lazimnya selain ia ditanam di atas batas tanaman dengan cahaya matahari yang banyak serta air yang cukup, tumbuhan ini juga boleh ditanam di dalam pasu atau dalam polibeg yang ada media tanah campuran atau cocopeat. Sesiapa juga yang ingin menanam pokok cekur dimana dia boleh terus mendapatkan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian tetapi mudah sahaja dengan segera membuka youtube atau tiktok yang banyak menyentuh mengenai kaedah menanam cekur. Adalah lebih baik menanam cekur sendiri untuk dipetik pada bila-bila masa dan menanam semula dikawasan keliling rumah.


Suka bersembang bagaimana '
Jus Air Kencur Untuk Dalaman Mantap dan Ruginya Siapa tidak Cuba!' amat sesuai dikongsikan kali ini. Penulis blog ada beberapa kali membuat jus ini akan tetapi masih belum mengamalkannya sebagai munuman kesihatan secara rutin. Apa pun dilaporkan dimana walaupun sudah lama wanuta atau ibu melahirkan anak sebaiknya kalangan semua wanita kena sentiasa jaga pemakanan. Bukan sahaja dia kena berdiet tetapi menjaga tenaga dalaman tubuh badan daripada mengalami sakit-sakit badan dan paling penting badan bebas angin yang boleh membawa mudarat pada tubuh agar di jaga baik. Beberapa laporan dakwa dimana amalan minum apa jua jenis jamu memang patut diamalkan oleh semua wanita. Wanita yang baru habis berpantang usah cakaplah dimana di negara jiran Indonesia ia sudah menjadi satu amalan wajib berpantang hingga anak dah semakin besar. Mungkin kalangan wanita Malaysia tidak selalu makan jamu seperti kalalngan wanita Indonesia terutama di kawasan kampong dan generasi lama. Bagaimana pun di sembangkan jika membuat Jamu Air Kencur disedia sendiri yang boleh di lakukan oleh sesiapa juga untuk ia diamalkan setiap hari. Jamu ini dilaporkan berdasarkan banyak testimoni dimana ia bukan saja sesuai bagi wanita dalam pantang akan tetapi sesuai juga bagi wanita yang keguguran atau ibu yang masih menyusukan anaknya untuk diamalkan. Malah suami pun boleh minum untuk kesihatan badan sebab didakwa memag ia tiada kesan sampingan. Mudah sahaja membuat Jamu Air Kencur sendri iaitu dengan sediakan bahan-bahan yang tediri dari 2 genggam cekur (kencur), 1 genggam halia, 1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam), 1 ketul gula melaka kecil, 1 sudu teh kecil bunga cengkih dan pastinya kena ada 1 liter air. Cara penyediaan adalah pertama dicuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih. Cuci dan kupas kulit cekur dan halia dan kemudian dimasukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes. Seterusnya dituangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat dan dimasukkan bunga cengkih dan gula melaka. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya dan dibiarkan sejuk sebelum masuk botol. Cara guna adalah dengan meminum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan. Sebaiknya meminum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu lazimnya apa yang amat penting adalah supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan. Satu yang kita kena ingat adalah apabila amalkan jamu sebaiknya jangan pula dicampur dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam sebeum ambil jamu dan pastikan minum jumlah air yang banyak supaya jamu dapat ‘bekerja’ dengan lebih berkesan. Sembang fakta iaitu apakah Manfaat Air Kencur sesuai di sembangkan. Sesiapa amalkan selalu pasti ada ganjarannya untuk tubuh. Selain mengatasi masalah angin dalam badan, dalaman wanita juga jadi lebih mantap. Lebih segar malah badan lebih bertenaga dan tidak akan selalu sakit-sakit badan. Malahhan dalam banyak testimoni didakwa bagi wanita berpantang dimana jamu kencur ini juga baik untuk mengecutkan rahim dan melegakan masalah bengkak dan angin dalam perut. Malah lenguh-lenguh sendi juga dapat dihilangkan. Kalau hendak 'lagi power. maka boleh juga ditambah sedikit manjakani ke dalam air jamu ini. 


Seperti mana dilaporkan dalam banyak artikel tulisan saya dimana makanan pecel lele, pecel ayam dan teristimewa pecel ikan pari adalah kesukaan penulis blog. Apa pun resepi turun temurun keluarga di Gersik, Tangkak, Johor ini sudah popular di banyak tempat lain juga dan kini sudah di komersilkan. Dalam bahasa Melayu ia di panggil sebagai '
Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu' yang memang terliur melihat dan aromanya. Ia memang diantara menu kuah yang cukup membuka selera dimana penulis blog sudah tidak perlu sedia atau ambil lauk lain dan sudah berselera makan. Nak lagi sedap boleh ‘pasangkan’ dengan sambal belacan. Pada penulis blg mencari bahan mudah iaitu terdri daripada 3 ekor ikan keli (siap digoreng atau dibaakar lebih enak lagi), 5 tangkai cili padi, 4 ulas bawang putih, 5 inci akar cekur, 1 helai daun cekur, 1 inci kunyit, 200ml santan kelapa, Asam jawa/keping, gula dan garam secukup rasa serta belacan. Apa pun cara membuatnya memberihan ikan keli dan di goreng atau di bakar dan di asingkan. Seterusnya di potong kasar ke semua bahan-bahan ramuan ysng di nyatakan diatas dan kemudian goreng bahan-bahan tersebut dahulu. Selepas digoreng sebaiknya dikisar bahan goreng tadi dengan akar cekur dan sedikit kunyit. Masukkan air 200ml dan kisar dan kisar bersama belacan. Selepas dikisar boleh di tuang ke dalam kuali dan nyalakan api untuk mereneh sebentar dan kemudian di masukkan santan kelapa. Seterusnya boleh di masukkan air asam jawa atau bubuh asam keping , garam, gula mengikut cita rasa masing-masing. Dalam masa sama diracik daun cekur dan kemudian dimasukkan daun cekur yang diracik ke dalam kuali. Jika suka ada mereka yang tambah rasa degan letak daun limau purut dan seterusnya ikan keli disiat isinya dan di masukkan kedalam adunan dan dikacau rata. Pecel Ikan Keli ini sudah sedia untuk di hidangkan dan lebih enak lagi di makan dengan nasi panas (nasi lembik sedikit) di waktu makan tengahari. Selamat mencuba. Semuga tulisan sembang cekur kali ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMA CEKUR...SEJENIS HERBA....
MUDAH DITANAM...DIMANA SAJA...
SENANG JUGA...BELI DI PASARAYA...
MASAKAN PECEL... EDUH ENAKNYA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1446H).

Monday, December 23, 2024

SEMBANG FAKTA TERUNG - APA DIA (Part 2)

TANAMAN TERUNG (Solanum melongena Linn) merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Solanaceae yang mana ada beberapa varieti dan jenis yang poular di tanam di Malaysia sepert Terung Panjang (Terung Peparu), Terung Mini, Terung Bulat (Eggplant), Terung Dayak, Terung Pipit dan sebagainya. Bagi penulis blog dimana terung panjang paling luas di tanam atau ia juga di panggil sebagai 'Terung Peparu' berwarna ungu yang dijual dipasarkan segar. Ramai pengguna mungkin tidak berapa arif dengan tips penanaman terung ini dan gred terung panjang dan terung jenis lain yang selalu ada  dijual di pasar, di hypermarket atau di pasar malam atau terkini membeli secara on-line sahaja. Asalkan ada bentuk terung, berwarna ungu berkilat dan tidak berlubang-lubang selalunya pengguna akan beli sahaja. Kebanyakan kalangan pengguna di Malaysia mementingkan soal harga dan kesegaran terung peparu tersebut semasa membeli. Penanaman sayuran terung panjang merupakan satu aktiviti yang telah dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dimana pada tahun 2023 ada seluas 2,790 hektar telah ditanam dengan jumlah anggaran pengeluaran hasil sebanyak 49,635 metrik tan dengan lokasi penanaman paling uas berada di Johor (691 hektar) diikuti dengan Pahang (441 hektar) dan Kelantan (437 hektar) yang dii tanam untuk pasaran domestik dan ekaport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Bagi penulis dapati jenis terung panjang adalah antara jenis terung yang mendominasi varieti yang ditanam sekitar 60 -70% daripada jumlah semua. Terung panjang dimasak sebagai sayuran segar dengan menumis, dibuat sambal pedas, bahan ramuan untuk masakan kari, paceri terung dan di goreng untuk dimasukan dalam asam pedas dan sebagainya. Subuh khamis ini dalam blog berusia 16 tahun iaitu "Anim Agro Technology" saya sembang fakta teknikal dan kisah mengenai tanaman terung untuk bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Menarik laporan media bertajuk '
Terung tanaman kurang risiko' untuk ianya di kongsikan dengan semua. Dilaporkan kalau pasaran bagi terung yang luas dan mendapat permintaan yang tinggi memberi dorongan kepada seorang peniaga untuk mengusahakan tanaman itu sejak tahun lalu. Bagi Zul Wahab (42) dakwa dia mengambil keputusan menanam terung di atas tanah miliknya seluas 1.6 hektar di Kampung Che Latiff, Kampung Badang, Kota Bharu, Kelantan. Kalau sebelum ini dia mengusahakan tanaman tembikai di atas tanah berkenaan sebelum beralih kepada tanaman terung kerana harganya lebih tinggi selain permintaan meluas dalam kalangan ramai pemborong dan pembeli. Dia yang mula tanam terung akhir tahun lalu dan hanya dalam tempoh lebih kurang sebulan, pokok mula mengeluarkan hasil dan boleh dikutip untuk dijual kepada pemborong serta pembeli. Terkini terdapat lebih 7,000 pokok terung ditanam dan hasilnya dapat menampung permintaan pasaran di sekitar negeri ini. Bapa kepada lima anak itu berkata, pasaran utama adalah pemborong di sekitar daerah berkenaan yang memerlukan kira-kira 10 tan terung sebulan. Lazimnya apabila pokok terung mula mengeluarkan hasil pertama dan ia berterusan mengeluarkan hasil dalam tempoh empat hingga lima bulan bergantung kepada kaedah penjagaan pokok. Para pemborong sayur boleh mendapatkan bekalan yang konsisten sekali gus dapat memenuhi jumlah permintaan daripada pembeli. Hasil tanaman terung itu sehingga kini sudah mengeluarkan hasil sebanyak 15 tan dan baginya tanaman terung antara tanaman yang memberi pulangan menguntungkan selain kurang berisiko dan penghasilannya juga tinggi untuk tempoh empat hingga lima bulan. Tanaman terung juga mudah dan penjagaannya tidak serumit mana selain dia berpegang kepada formula tanaman termasuk menggunakan baja khas dan hasil terung pertama boleh dipetik dalam tempoh kira-kira 45 hari sahaja dan setiap hari ia boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga lima bulan. Selalunya untuk harga ladang kepada pemborong ketika ini, terung boleh dijual RM5 bagi sekilogram dan sasarannya untuk mengeluarkan hasil melebihi 10 kilogram (kg) bagi setiap pokok. Pada musim hujan perlu ada kawalan daripada segi pemberian baja yang disulam dengan air bagi memastikan tanaman mendapat keperluan nutrien mencukupi. Dia menggunakan kaedah tanaman sistem giliran yang jelas memberi kelebihan kawalan lebih baik daripada risiko penyakit dan serangga perosak. Apa pun ancaman utama tanaman terung adalah lalat buah, kutu trip dan ulat pengorek yang akan menyebabkan pokok menjadi kuning serta merosakkan buah. Bai mengelakkan pokok rosak, pokok yang kurang sihat (menjadi kuning) akan dibuang bagi mengelakkan ia berjangkit kepada pokok lain selain berisiko menjejaskan kualiti buah terung. Racun juga perlu digunakan bagi menghalang serangan serangga perosak dan penyakit.


Sembang bagaimana '
Tuai terung berganda' agar ia boleh dituai berterusan sepanjang tempoh tanaman iaitu lima hingga enam bulan dikongsikan rahsianya. Laporan bagaimana penggunaan pelbagai saluran dalam pemasaran hasil produk pertanian boleh membantu meningkatkan pendapatan petani kerana tidak hanya fokus kepada satu sumber untuk mendapatkan pulangan. Bagi Amir Azhar (53) yang berasal dari Sungai Besar, Selangor yang mengusahakan terung ketika ini melihat pengeluaran tanaman itu di ladang seluas 3.24 hektar mampu memenuhi permintaan iaitu empat hingga 10 tan bagi pasaran sayur terbabit. Padanya tanaman terung di ladang itu mempunyai lebih 20,000 pokok bukan sekadar menampung permintaan pemborong untuk pasaran Lembah Klang semata-mata kerana ada sebahagian daripada hasil dijual di pasar tani atau kepada peniaga sekitar Sungai Besar. Selalu pasaran utamanya adalah pemborong dari Kuala Lumpur yang memerlukan tidak kurang dari empat tan terung sebulan bagi menampung permintaan pasaran tempatan. Kini dia tanam secara fertigasii dimana pengeluaran hasilnya jauh lebih baik berbanding kaedah konvensional iaitu pertumbuhan pokok singkat dan ini sekali gus memberi pulangan hasil dua hingga tiga kali ganda. Apabila pokok terung sudah pun mula mengeluarkan hasil pertama dimana ia berterusan untuk mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga lima bulan. Pemborong sayur boleh mendapatkan bekalan yang konsisten. Tanaman terung antara tanaman didakwa memberi pulangan menguntungkan kerana kurang berisiko malah hasil penghasilan yang tinggi untuk tempoh lima hingga enam bulan jika dirawat dengan betul. Penanaman terung jauh lebih mudah berbanding cili ketika saya melakukan proses penggiliran untuk tanaman lain dimana dia turut menanam sayur lain seperti cili, peria dan buah melon. Penjagaan tidak rumit dan formula baja yang khas, hasil terung pertama sudah boleh dituai dalam tempoh 45 hari dan setiap hari boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga enam bulan. Selalunya bagi harga ladang kepada pemborong  bagi terung boleh dijual antara RM2.50 sehingga RM4.50 sekilogram mengikut turun naik permintaan. Dia selalu menyasarkan setiap pokok mengeluarkan hasil 10 kilogram dengan pendapatan kira-kira RM100,000 bagi tempoh empat bulan. Kaedah fertigasi jauh lebih mudah kerana baja terus disalurkan kepada pokok dimana medium yang digunakan adalah cocopeat yang menyerap baja dan air dengan baik dan setiap petani ada formula tersendiri bagi meningkatkan tanaman mereka. Kalau musim hujan, ada kawalan segi pemberian baja dan disulam dengan air bagi memastikan tanaman mendapat keperluan mencukupi. Perlu mememastikan tiada serangan serangga perosak, racun digunakan. Teknik tanaman saya gunakan adalah sistem giliran memberi kelebihan kawalan lebih baik daripada risiko penyakit dan serangga perosak. Antara ancaman adalah serangan lalat buah dan kutu trip dimana dia terpaksa juga menggunakan racun bagi menghalang serangan serangga perosak. Racun digunakan juga boleh menghalang serangan penyakit sebab kebunnya pada skala komersial bagi dia mendapat pulangan lebih baik. Apa pun cara ini risiko juga tinggi terutama dalam situasi tidak dijangka seperti banjir atau ketika pandemik. Dia pernah menanggung kerugian kira-kira RM500,000 ketika itu kerana sayur dituai dari ladang tidak dapat dijual. Apa tidaknnya kalau pasar borong tutup, kedai makan tidak beroperasi dan semua berkurung menyebabkan sayur yang saya keluarkan secara kontan 'tersadai' masa PKP dahulu. Dia terpaksa agih secara percuma untuk penduduk sekitar Sungai Besar kerana hasil dari ladang mesti dikeluarkan. Masa itu dia anggarkan kira-kira 60% petani gulung tikar kerana tidak dapat menjual sayur mereka selain menanggung kerugian sehingga modal pusingan 'hangus' dalam tempoh Covid-19. Cabaran lain adalah harga input pertanian juga meresahkan petani bila harga input pertanian meningkat dua hingga tiga kali ganda. Senario ini memberi kesan serius kepada pekebun kecil sementara pengusaha tanaman komersial juga menikmati keuntungan tipis hasil berbanding dahulu.


Dalam portal nstp.com yang di baca bertajuk '
Berbaloi tanam terung' sesuai di sembangkan kali ini. Kisah dari Kuala Nerus dimana tindakan nekad seorang juruteknik berhenti kerja dua tahun lalu dan mengusahakan tanaman terung serta kacang bendi berbaloi apabila ia mula mengeluarkan hasil. Bagi Mohamad Haniff (39) dimana dia kini mampu memperoleh pendapatan mencecah empat angka, malah kejayaannya menjadi inspirasi kepada penduduk di Kampung Wakaf Mesira, Kuala Nerus. Dia berhenti kerja pada November 2016 sebelum kemudian cuba mengusahakan kegiatan pertanian memandangkan kekurangan peluang pekerjaan lain. Selepas berhenti kerja lalu dia buntu memikirkan nasib diri dan keluarga serta cuba mendapatkan kerja di tempat baru tetapi gagal. Situasi tidak menentu ini memberi idea kepada saya untuk mengusahakan tanah terbiar seluas 0.6 hektar milik keluarga. Dia mulakan aktiviti dengan pembersihan kawasan tanah yang semak sebelum menanam kacang bendi dan terung pada Ogos tahun sama. Selepas sebulan ditanam 1,500 pokok terung dan 1,200 kacang bendi mula mengeluarkan hasil sehingga Disember dengan perolehan RM4,000. Pada peringkat permulaan ramai orang memandang rendah dan tidak yakin dengan usaha dan kemampuannya namun tanggapan itu berubah selepas tanamannya mengeluarkan hasil. Dia juga berdepan pelbagai masalah dan cabaran dalam menguruskan tanaman kerana langsung tidak mempunyai ilmu atau pengalaman. Belajar daripada orang berpengalaman selain menyertai seminar pertanian dianjurkan pelbagai pihak di negeri ini untuk memastikan kegiatan pertanian yang dijalankan berjalan lancar. Kemudian dia bercadang untuk memperluaskan lagi saiz tanaman dalam tempoh terdekat bagi menghasilkan lebih banyak hasil sekali gus menampung permintaan yang tinggi. Apa pun melihat kejayaan musim pertama itu, dia meneruskan tanaman sama pada Januari lalu dan kini semua pokok sedang mengeluarkan hasil. Menyedari tanaman terung dan kacang bendi mampu memberi hasil yang agak lumayan dia memohon tanah pertanian seluas empat hektar di Lembah Bidong untuk kegiatan pertanian itu dengan lebih serius. Dia juga buat permohonan untuk mengusahakan tanaman di Lembah Bidong menjadi kenyataan sekali gus memberi persepsi orang ramai terhadap bidang pertanian yang boleh menjana pendapatan lumayan.


Seronok bila sebut pasal makan apa lagi kalau '
Terung penyet enak, mudah dibuat' disediakan sendiri. Apa pun dalam menjalani ibadah puasa selalunya penyediaan makanan yang berkhasiat dan cepat untuk dihidangkan menjadi pilihan ramai. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja yang sering berdepan kekangan masa. Pulang saja dari kerja, pasti ada yang bergegas ke dapur menyiapkan juadah berbuka begitu juga dengan penyediaan juadah moreh atau bersahur. Golongan ini perlu menyediakan juadah yang mudah, cepat dan berkhasiat. Kepakaran Chef Zam Akmal dalam penyediaan juadah berbuka, moreh atau bersahur sudah semestinya hidangan yang sihat perlu disajikan. Walau ramai selalu mempunyai kekangan masa untuk memasak, tetapi isu menyediakan juadah yang berkhasiat tidak boleh diketepikan kerana ia penting untuk kesihatan diri. Dalam masa sama sebenarnya ada banyak resipi yang boleh diikuti orang ramai dalam menyediakan sesuatu hidangan yang ringkas, mengenyangkan, berkhasiat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk disediakan. Resipi Sambal Terung Penyet yang hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk dihidangkan bersama insan tersayang dimana resipi itu juga sebenarnya hampir sama seperti di kedai masakan ayam penyet yang begitu sedap jika dihidangkan bersama nasi panas. Juadah ringkas ini juga boleh disediakan orang bujang yang ingin mengubah selera dengan merasa air tangan sendiri. Ia cukup mudah untuk disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak dan tempoh masa diambil juga agak pendek, tetapi hasilnya cukup enak untuk dinikmati. Bagi menyediakan Resipi Terung Penyet perlu ada bahan-bahan terdiri sebiji terung digoreng (potong ikut kesesuaian sebelum digoreng) dan bahan sambal. Bahan buat sambal adalah 5 niji lada merah, 5 - 10  biji cili padi,  3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih. 1 biji tomato sebiji, 1 - 2 inci belacan (yang dibakar atau goreng) dan 1 gengam ikan bilis. Cara memasak dengan semua bahan di atas digoreng dan biarkan sedikit sejuk. Kemudian ia ditumbuk secara kasar dan seterusnya dicampurkan terung. Tumis kembali dan masukkan daun limau purut garam dan gula dan ia siap dihidang untuk dimakan dengan bersama nasi panas. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM TERUNG...KEBUN DIMANA...
JENIS PANJANG...TERUNG MINI ADA...
ADA PENYAKIT...DISERANG SERANGGA...
HENDAK HASIL BAIK....MESTI DIJAGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.

(12 Jamadilakhir 1446H).

Sunday, December 22, 2024

SEMBANG FAKTA TERUNG - APA DIA (PT 1)

TANAMAN TERUNG
(Solanum melongena Linn) merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Solanaceae yang mana ada beberapa varieti dan jenis yang poular di tanam di Malaysia sepert Terung Panjang (Terung Peparu), Terung Mini, Terung Bulat (Eggplant), Terung Dayak, Terung Pipit dan sebagainya. Bagi penulis blog dimana terung panjang paling luas di tanam atau ia juga di panggil sebagai 'Terung Peparu' berwarna ungu yang dijual dipasarkan segar. Ramai pengguna mungkin tidak berapa arif dengan tips penanaman terung ini dan gred terung panjang dan terung jenis lain yang selalu ada  dijual di pasar, di hypermarket atau di pasar malam atau terkini membeli secara on-line sahaja. Asalkan ada bentuk terung, berwarna ungu berkilat dan tidak berlubang-lubang selalunya pengguna akan beli sahaja. Kebanyakan kalangan pengguna di Malaysia mementingkan soal harga dan kesegaran terung peparu tersebut semasa membeli. Penanaman sayuran terung panjang merupakan satu aktiviti yang telah dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dimana pada tahun 2023 ada seluas 2,790 hektar telah ditanam dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 49,635 metrik tan dengan lokasi penanaman paling uas berada di Johor (691 hektar) diikuti dengan Pahang (441 hektar) dan Kelantan (437 hektar) yang dii tanam untuk pasaran domestik dan ekaport
(Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Bagi penulis dapati jenis terung panjang adalah antara jenis terung yang mendominasi varieti yang ditanam sekitar 60 -70% daripada jumlah semua. Terung panjang dimasak sebagai sayuran segar dengan menumis, dibuat sambal pedas, bahan ramuan untuk masakan kari, paceri terung dan di goreng untuk dimasukan dalam asam pedas dan sebagainya. Subuh khamis ini dalam blog berusia 16 tahun iaitu "Anim Agro Technology" saya sembang fakta teknikal dan kisah mengenai tanaman terung untuk bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Dilaporkan dimana t
erung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resepi tersedia sepeti terung sambal, terung bakar dan juga terung goreng. Rasanya yang enak dan mudah disediakan menjadikan ia selalu menjadi kegemaran ramai orang. Apa pun sembang pasal terung yang ada banyak khasiay sesuai di kongsikan dengan penulis blog. Terung adalah makanan Kaya dengan antioksidan  yang membantu melawan bahan yang selalu ia merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Apa pun bahan antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah jenis anthocyanins. Terung uga didakwa membantu dalam Mengurangkan risiko Penyakit Jantung disebabkan oleh bahan antioksidan seperti yang disebutkan di atas adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan risiko penyakit jantung. Terung juga terbukti membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah bagi kolesterol LDL dan trigliserida. Kolesterol adalah faktor risiko utama bagi penyakit jantung. Terung membantu Mengawal gula dalam darah sebab ia kaya dengan serat, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dengan melambatkan penghadaman dan penyerapan gula. Proses penyerapan yang lambat mampu mengekalkan gula pada kadar yang stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara mendadak. Ia adalah sejenis bahan yang terkandung dalam terung iaitu polyphenols didapati mengurangkan penyerapan gula serta merangsang pelepasan insulin. Terung didakwa Membantu menurunkan berat badan sebab ia kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, buah ini boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain. Paling suka didengar jika makan terung ia mampu Melawan kanser sebab ia mengandungi beberapa bahan yang didapati berpotensi melawan sel-sel kanser. Antaranya ialah solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs). Bahan ini boleh menyebabkan sel kanser mati, khususnya bagi kanser kulit. Pada penulis blog walau bagaimanapun, kajian tentangnya adalah agak terbatas dan banyak dijalankan ke atas haiwan. Lebih banyak kajian diperlukan ke atas manusia untuk melihat keberkesanannya dalam melawan kanser.


Sembang terung dikaitkan dengan isu '
Cuaca panas: Hasil tanaman cili, terung merosot 50 peratus' sesuai di kongsikan kali ini. Beberapa kali erjadi kes dimana berlaku gelombang haba yang melanda negara membelenggu petani-petani kecil sehinggakan golongan itu terpaksa berhadapan dengan pengurangan pendapatan dan kerugian. Gelombang haba yang melanda negara membelenggu petani-petani kecil sehinggakan golongan itu terpaksa berhadapan dengan pengurangan pendapatan dan kerugian. Petani yang mengusahakan tanaman cili dan terung iaitu Nazrullah Mohamad dakwa hasil tanamannya seluas 1.2 hektar itu telah berkurang sebanyak 50% akibat cuaca panas. Bahang dan panas juga menyebabkan kualiti buah merosot dimana hasil tanaman berkurang dan secara tidak langsung meningkatkan serangan serangga perosak. Dia berhadapan dengan masalah ini bermula dari Disember tahun lalu sehinggalah penghujung April dan keadaan itu benar-benar memberi kesan kepada pendapatan dan hasil tanaman. Dia juga begitu terkesan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa tetapi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk menjaga tanaman dimana dia terpaksa mengeluarkan wang sekali ganda untuk membeli racun serangga perosak. Bagi tujual kawal perosak dia belanja wang sebanyak RM2,000 untuk membeli racun berkenaan. Ini  kerana kalau dia tidak membeli racun itu, ia akan menyebabkan keseluruhan tanaman rosak dan keadaan ini akan menambah perbelanjaan untuk proses penanaman semula.


Dalam kes lain dilaporkan di media dimana '
Empat komuniti rentan diupah RM1,200 urus fertigasi terung' dimana M Amiruddin (35) menguruskan fertigasi terung menerusi projek yang sudah pun dilaksanakan oleh Dapur Infaq Ummah Kuantan. Kisah dari Kuantan dimana 4orang pekebun daripada komuniti rentan Wong Ah Jang diberi peluang menanam 2,000 polibag terung secara fertigasi bagi membolehkan mereka berjaya memperoleh pendapatan secara bulanan. Projek yang dibangunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diuruskan sepenuhnya oleh komuniti gelandangan di atas tanah seluas 0.025 hektar di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Kuantan. Pengasas pertubuhan itu, Badrul Jamili dakwa usaha mendekati komuniti yang dahulunya dikenali lokasi gelap kini diterima baik apabila mereka sanggup menjayakan tanaman terung. Mereka ini diberi upah secara bulanan bagi menguruskan 2,000 polibag terung fertigasi sehingga kesemua sayur terbabit habis dituai. Empat komuniti rentan ini menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan. Jadi mereka akan menguruskan tanaman ini secara sepenuh masa. Kadar upah itu diberi ini bersesuaian dan ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat kepada untuk terus bekerja, selain dapat memperoleh ilmu dalam bidang pertanian. Hasil terung akan dijualnya kepada orang ramai selain peniaga di sekitar Kuantan dan tanaman terung fertigasi yang kini memasuki musim sudah menuai lebih 800 kilogram (kg terung) dan dijangka pokok terung ini mengeluarkan sehingga empat tan hasil selepas mencapai tempoh matang. Diangkakan akan memperoleh lebih RM24,000 untuk satu musim penanaman terung ini. Penanaman terung yang dilaksanakan ini hasil daripada projek rintis iaitu penanaman cili bara pada September tahun lalu. Ada lima golongan rentan yang menguruskan tanaman itu sudah mampu berdikari menyebabkan NGO mahu melahirkan lebih ramai golongan rentan yang berjaya. Kini pihaknya sedang memohon tanah wakaf daripada kerajaan Pahang di kawasan Anak Air untuk tujuan pertanian. Mereka merancang untuk mempelbagaikan tanaman selepas mendapat kelulusan itu. Bila sudah dapat tanah itu, kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada peserta yang berminat untuk mengubah sosioekonomi mereka ke arah yang lebih baik.


Agak unik sembang bertajuk '
Lelaki masuk hospital selepas makan terung gila’ dalam portal kosmo sesuai di kongsikan. Kisah dari Bangkok, Thailand melaporkan dimana seorang lelaki di wilayah Mahasarakham, rantau Isaan tidak sedarkan diri selepas isterinya memaksa dia mengambil buah beracun kerana percaya ia dapat membantu mangsa berhenti minum arak seperti yang di laporkan dalam laman berita Thaiger hari ini. Hospital Mahasarakham juga ada laporkan dan mengeluarkan amaran kepada orang awam selepas lelaki Thai tersebut yang dikenali Thongdaeng (61) telah dimasukkan ke hospital akibat makan buah beracun itu. Apa pun kemudian buah itu dikenali sebagai Makhuea Ba atau ‘terung gila’ dalam bahasa Thai. Buah itu kelihatan serupa dengan terung Thai tetapi mempunyai banyak duri kecil. Semua bahagian tumbuhan itu adalah beracun dan kesannya boleh membunuh manusia. Simptom biasanya kelihatan antara 30 hingga 60 minit selepas makan buah beracun itu. Antaranya adalah mulut dan tekak menjadi kering, halusinasi, degupan jantung menjadi cepat dan tidak sedarkan diri. Menurut isterinya Ratree yang merupakan isteri mangsa telah mengaku kepada pegawai perubatan bahawa dia ada memberi suaminya makan terung beracun itu. Tujuannya cuma berikan agar mahu suaminya berhenti minum minuman keras dan kembali bekerja. Seorang jiran memberitahunya bahawa terung tersebut dapat membantu untuk dapat ianya menghilangkan ketagihan arak. Ratree membawa suaminya ke hospital dan dia bernasib baik kerana doktor-doktor di sana dapat menyelamatkan mangsa. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM TERUNG...KEBUN DIMANA...
JENIS PANJANG...TERUNG MINI ADA...
ADA PENYAKIT...DISERANG SERANGGA...
HENDAK HASIL BAIK....MESTI DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,

Malaysia.
(12 Jamadilakhir 1446H).

Saturday, December 21, 2024

SEMBANG FAKTA BAJA ORGANIK (Part 2)

BAJA ORGANIK
(Organic Fertilizer) adalah sejenis baja yang kini didakwa Selamat, Murah dan Mesra alam selain dari ia mampu memberikan hasil berganda. Terdapat beberapa jenis baja yang selalu digunakan petani iaitu Baja Organik, Baja Kimia dan Baja Foliar. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan sektor tanaman, satu soalan utama sering diajukan adalah apakah itu jenis baja organik?. Secara umumnya ia dimaksudkan sebagai baja organik sebagai mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Penggunaan baja organik daripada pelbagai sumber adalah amat digalakkan berbanding baja kimia. Kalau anda berminat menanam sayur-sayuran yang telah membesar menggunakan baja organik adalah lebih menyihatkan berbanding baja kimia dan ianya kini lebih disedari oleh pengguna. Kebanyakan baja organik dihasilkan menerusi penggunaan najis haiwan seperti tahi ayam, tahi kambing dan tahi lembu atau produk proses dari laut yang telah dicampur bersama bahan-bahan lain dan dibiarkan mereput dengan sendirinya. Dalam banyak laporan selalu dinyatakan penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. Kini dengan amalan menggunakan baja organik maka kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian. Antara jenis baja organik yang terdapat adalah sejenis baja organik yang dihasilkan secara semula jadi oleh cacing berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bidang pertanian. Baja jenis ini telah dipromosikan dan dikenali sebagai vermikompos atau baja daripada proses perkumuhan cacing. Cacing ini melalukan proses perkumuhan terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. Terdapat banyak jenama dan formulasi baja organik dipasaran dengan tujuan dan aplikasi yang berbeza. Artikel Subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" sembang fakta mengenai baja organik yang mesra alam dan sesuai digunakan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Baja Organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaiknya dijelaskan ddimana baja organik asli termasuklah najis haiwan, kompos, cacing, bahan gambut, rumpailaut, kumbahan dan tahi kelawar (guano). Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potash dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk dari darah,serbuk dari tulang dan pati rumpai laut dijadikan baja organik. Selain itu bahan enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik. Apa pun membuat baja organik sama ada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada digunakan sebagai alternatif hasil jualan sambilan. Memang ia mudah untuk membuat baja Organik dimana lazimnya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan organik yang dikategorikan ia mengandungi unsur seperti Nitrogen, Kalsium, Phosphate serta nutrien lain yang tersedia didalamnya. Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sisa sayuran, sisa buah-buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang selalu dibuang setiap hari. Cara untuk membuat baja organik dirumah mudah dilakukan dengan menyediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman dan sebaiknya diletakkan jauh dibelakang rumah. Perlu dimasukkan bahagian bahan asas tersebut dengan bahan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah dan mesti dimasukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut. Proses seterusnya dimana boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 12 hari boleh dimasukkan sebotol 3 botol Yakult dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 3 kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama namun ianya boleh digunakan untuk tujuan pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 4 hari. Boleh dimasukkan campuran yakult dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut dimaa semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organiknya. Jika anda inginkan organik menjadi kering,campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan. Bagi MEMBUAT BAJA ORGANIK secara Komersil ia memerlukan kawasan 'dumping' dan memerlukan sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing, arnab dll. Longgokkan kesemua sisa tumbuhan, rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil dan juga bahan dahan-dahan kecil dan apa sahaja sebagai asas sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk tujuan mencurahkan bahan Yakult dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina.Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakult dan gula merah. Peram sehingga 2 - 3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 - 2 bulan sebelum ia dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan. Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila maka akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih kerana ianya adalah diantara agen proses pereputan yang baik.  


Sebaiknya di kongsikan akan kelebihan baja organik berbanding dengan baja kimia. Selalunya p
enggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik. Kelebihan baja organik yang pertama dimana baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Kedua dimana baja organik akan membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur. Kelebihan yang ke 3 adalah Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien sumber semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan proses dalam perkembangan tanah yang maksimum. Seterusnya ke 4 adalah baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Baja bukan organik atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan. Kelebihan yang ke 5 adalah dimana baja organik sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah. Bagaimana kelebihan tentunya ada juga kekurangan baja organik iaitu yang pertaa adalaj Baja Organik memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organik dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama untuk diseesaikan. Kedua dimana baja organik akan memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu apa yang penulis bloh teliti dimana baja organik hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa pertumbuhan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat. Kekurangan yang ke 3 adalah lazimnya terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organik yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul. Disyorkan agar semua petani amalkan gunakan baja semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang. Baja organik sangat digalakkan untuk ianya dapat mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan proses pertumbuhan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu masih kuat persepsi mengatakan bahawa baja organik tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.


Dalam portal bharian.com dilaporkan kisah '
Baja bio-organik untuk tanaman berkualiti tinggi' sesuai dijadikan rujukkan. Produk Baja Nadi iaitu inovasi baja terkini dalam dunia pertanian 
berjaya menarik perhatian ramai petani terutama pengusaha tanaman sawit apabila penghasilan tanaman mereka meningkat dan berkualiti. Terinspirasi daripada kesan dan akibat penggunaan baja kimia yang kini meningkat kepada alam sekitar, Pengasas Baja Nadi, Hasrul Hassan dengan tekad menggabungkan bahan semula jadi untuk mencipta formula unik yang memenuhi keperluan tanaman secara optimum. Dia kombinasikan semua bahan utama dan dihantar ke makmal yang diperakui, untuk menilai kekuatan dan kebolehupayaan baja ini bagi menggantikan baja kimia yang kita sedia maklum memberi kesan secara langsung kepada tanah dan manusia. Apa pun dengan kandungan bahan semula jadi yang diperakui dan bebas daripada bahan berbahaya, Baja Nadi menjadi pilihan yang selamat dan berkesan untuk tanaman. Baja Nadi sangat berbeza dengan jenama lain kerana ia dibuat daripada bahan semula jadi yang melalui ujian kekuatan dan keberkesanan di makmal diperakui. Perkara itu bagi memastikan setiap penggunaan Baja Nadi membawa manfaat yang optimum kepada tanaman dan tanah. Baja Nadi mengandungi kandungan mikrob baik yang tinggi untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan tanah dan menghalang jangkitan penyakit. Ini membuktikan keberkesanan baja ini dalam menyuburkan tanah dan meningkatkan produktiviti tanaman secara semula jadi. Apa pun operasi Baja Nadi yang berpusat di Yong Peng, Johor sejak 2013 menunjukkan kesungguhan syarikat ini dalam memberikan sokongan kepada industri pertanian tempatan. Diharap Baja Nadi akan terus menjadi pilihan utama dalam industri pertanian dengan memberikan alternatif yang selamat, berkesan dan berpatutan kepada petani. Selepas lebih 10 tahun berada di pasaran, saya juga berharap Baja Nadi ini dapat membantu semua petani mengubah persepsi atau upaya fikir ke arah yang lebih bermanfaat. Baja ini diharap akan dapat mengembalikan tanah kepada sifat semula jadi dan boleh menghalang jangkitan penyakit. Pada masa sama ia didakwa boleh meningkatkan produktiviti dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif berbanding baja yang ada di pasaran terutama baja kimia. Baja ini akan menghalang jangkitan penyakit bawaan tanah dan akhir sekali, meningkatkan hasil tanaman. Didakwa dimana baja ini turut membantu terutama pengusaha tanaman sawit dalam menghalang serangan kulat Ganoderma iaitu musuh utama tanaman sawit. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA ORGANIK... APA BENDANYA...
BAJA KIMIA... POPULAR DI GUNA...
PERLU FAHAM...PETANI MALAYSIA...
RAJIN MEMBACA...DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(22 Jamadilakhir 1446H).

Friday, December 20, 2024

SEMBANG FAKTA BAJA ORGANIK (Part 1)

BAJA ORGANIK
(Organic Fertilizer) adalah sejenis baja yang kini didakwa Selamat, Murah dan Mesra alam selain dari ia mampu memberikan hasil berganda. Terdapat beberapa jenis baja yang selalu digunakan petani iaitu Baja Organik, Baja Kimia dan Baja Foliar. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan sektor tanaman, satu soalan utama sering diajukan adalah apakah itu jenis baja organik?. Secara umumnya ia dimaksudkan sebagai baja organik sebagai mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Penggunaan baja organik daripada pelbagai sumber adalah amat digalakkan berbanding baja kimia. Kalau anda berminat menanam sayur-sayuran yang telah membesar menggunakan baja organik adalah lebih menyihatkan berbanding baja kimia dan ianya kini lebih disedari oleh pengguna. Kebanyakan baja organik dihasilkan menerusi penggunaan najis haiwan seperti tahi ayam, tahi kambing dan tahi lembu atau produk proses dari laut yang telah dicampur bersama bahan-bahan lain dan dibiarkan mereput dengan sendirinya. Dalam banyak laporan selalu dinyatakan penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. Kini dengan amalan menggunakan baja organik maka kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian. Antara jenis baja organik yang terdapat adalah sejenis baja organik yang dihasilkan secara semula jadi oleh cacing berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bidang pertanian. Baja jenis ini telah dipromosikan dan dikenali sebagai vermikompos atau baja daripada proses perkumuhan cacing. Cacing ini melalukan proses perkumuhan terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. Terdapat banyak jenama dan formulasi baja organik dipasaran dengan tujuan dan aplikasi yang berbeza. Artikel Subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" sembang fakta mengenai baja organik yang mesra alam dan sesuai digunakan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebelum pergi jauh mengenai baja organik sebaiknya faham dulu mengenai BAJA (Fertilizer)
BAJA adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana setiap bahan yang mengandungi unsur-unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) adalah dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Biasanya umum akan tahu jika bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah, meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment) atau pelembap tanah (soil conditioner) atau bahan tambahan tanah (soil additives). Ramai kalangan petani di Malaysia hanya faham akan fungsi baja yang di bubuh kepada tanaman di kebun tetapi tidak ramai yang memahami dan amalkan guna bahan pelembab tanah, pembetul tanah dan juga bahan tambahan tanah. Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bagi menampung asas dan keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Apa pun dilaporkan memang ada terdapat 18 unsur pemakanan tumbuhan yang diperlukan oleh tanaman mengikut peringkat pertumbuhan, cara pengambilan unsur pemakanan tersebut dan jenis tanaman. Unsur yang paling utama dan paling penting dalam pertumbuhan hampir kesemua jenis tanaman ialah nitrogen, fosforus dan kalium (N,P,K). Nitrogen sangat penting bagi pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal percambahan sehingga peringkat pembentukan daun. Fosforus penting bagi pembentukan akar dan dahan, manakala kalium penting dalam pembentukan bunga dan buah.


Dalam amalan agronomi dimana penting teknologi pembajaan iaitu salah satu aktiviti penting menguruskan tanaman agar ia sihat dan mampu memberikan hasil tinggi dan berkualiti. Selalunya berpunca dari kekurangan tiga unsur utama ini akan menampakkan simptom secara umumnya pada daun (kurang nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang fosforus) dan tidak membentuk bunga (kurang kalium). Biasanya terdapat juga unsur sekunder yang tidak kurang pentingnya dalam pertumbuhan tanaman iaitu Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S) dan Sodium (Na) yang diperlukan tanaman untuk pertumbuhan yang subur. Apa pun sebenarnya selain daripada unsur utama dan unsur sekunder perlu juga unsur surih seperti Boron (B), Zink (Zn), Ferum (Fe), Mangan (Mn), Klorin (Cl), Molybdenum (Mb), Kobalt (Co) dan Tembaga atau copper (Cu) yang juga ia diperlukan oleh tanaman tetapi dalam jumlah yang sedikit. Maksudnya adalah dimana sama ada atau tidak ada unsur surih ini dalam pembajaan tidak begitu signifikan dari segi pertumbuhan tanamn dan penghasilannya. Saintis nyatakan dimana jika kepekatan unsur surih tinggi dalam tanah sebaliknya pula ia akan menyebabkan toksik (keracunan) terutama bagi tanaman yang baharu disemai. Unsur seperti Oksigen (O), Karbon (C) dan Hidrogen (H) yang tanaman perlukan adalah didapati daripada atmosfera atau udra bebas disekelilingnya iaitu dalam bentuk karbon dioksida dan air. Apa pun apa yang penulis blog tahu dimana unsur karbon dan hidrogen terdapat dalam baja urea disebabkan oleh penghasilan baja urea melalui proses ‘Haber’. Baja urea dihasilkan daripada gabungan gas nitrogen iaitu daripada atmosfera dengan hidrogen daripada gas asli contohnya seperti metana seterusnya membentuk gas ammonia. Apa pun sebenarnya baja boleh dikelaskan mengikut empat kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu baja kimia (bukan organik), baja organik, baja galian (mineral) dan baja organik sintetik. Cara pelepasan nutrien dalam setiap jenis baja ini adalah berbeza mengikut kandungan nutrien baja tersebut.


Penting semua petani di Malaysia serta agen pengembangan pertania tahu akan beberapa jenis baja iaitu Baja Kimia, Baja Organik, Baja Galian atau Mineral dan juga Baja Organik Sintetik. Pertama adalah BAJA KIMIA iaitu jenis baja yang dihasilkan mana ia ada menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi asid sulfurik dan gas ammonia dalam pembuatan baja ammonium sulfat. Apa pun selalunya melalui tindak balas kimia maka bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu ianya membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi dua unsur iaitu nitrogen dan sulfur. Ada kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. Pelepasan unsur pemakanan tumbuhan daripada baja kimia adalah cepat berbanding baja organik dan baja mineral disebabkan sifat yang mudah larut dan mudah meresap ke dalam tanah. Lazimnya baja kimia digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu seperti tanaman padi di tabur hari ke 20 hari selepas penanaman dan bagi tanaman alain diberikan di peringkat pembungaan. Bagaimana pun bagi kebanyakan jenis tanaman buah-buahan bermusim di Malaysia baja ini diberikan semasa pembentukan buah bagi memastikan nutrien daripada baja kimia dapat ia digunakan sepenuhnya oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan tersebut. Kedua adalah jenis BAJA ORGANIK iaitu sejenis baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa banyak campuran bahan kimia. Cara penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa organik pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa tinja haiwan. Apa pun selalunya penguraian bahan asli daripada sisa tanaman dan sisa haiwan mengambil masa lebih kurang dalam julat 3 - 8 bulan mengikut tinggi atau rendahnya kandungan bahan yang mudah atau lambat terurai. Kemudian hasil akhir daripada proses penguraian ini dikenali sebagai KOMPOS iaitu baja organik yang terkenal dalam meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman. Kandungan bahan humus (organik) dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutriennya bergantung kepada campuran sisa yang digunakan, contohnya jika campuran menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan, kandungan nitrogen adalah tinggi. Dilaporkann jika abu daripada pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos maka kandungan kalium (K) adalah tinggi. Proses pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.


Jenis baja ke tiga adalah BAJA GALIAN atau BAJA MINERAL yang mana ia merupakan baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan yang mengandungi nutrien contohnya batu kapur yang mengandungi kalsium serta magnesium dan batuan fosfat yang mengandungi fosforus. Proses penghasilan galian ini adalah disebabkan oleh tindakan luluhawa fizikal dan luluhawa kimia terhadap batuan yang merubah bentuk dan kandungannya. Apa pun selain daripada itu cara perlombongan batuan dilakukan bagi mendapatkan galian dalam bentuk serpihan yang lebih kecil atau serbuk galian yang sedia untuk digunakan. Kebanyakan baja galian mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah dan cara pelepasan unsur pemakanan ke dalam tanah adalah lambat disebabkan batuan ini lambat larut dan memerlukan jumlah air secukupnya bagi proses pelarutan dalam tanah. Diantara contoh baja galian ialah ‘China Rock Phosphate’ (CRP), ‘Christmas Island Rock Phosphate’ (CIRP), dan ‘Egyptian Rock Phosphate’ (EGP). Batuan fosfat ini dinamakan mengikut tempat perlombongan batuan fosfat tersebut. Jenis baja yang ke empat adalah BAJA ORGANIK SINTETIK iaitu baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik yang disintesis secara bukan semula jadi. Proses penghasilan baja organik sintetik menggabungkan gas ammonia, hidrogen dan karbon dioksida. Sumber kepada gas ammonia ialah pengikatan gas nitrogen (N2) oleh proses Haber atau pembentukan ‘cyanamide’ (sebatian hablur asid lengai terhasil daripada pembebasan ammonia), manakala sumber kepada gas karbon dioksida ialah gas yang terbebas daripada perindustrian dan perkilangan. Baja urea merupakan satu-satunya penemuan yang unggul dalam pembuatan baja organik sintetik. Dalam proses penghasilan baja urea, gas hidrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas membentuk gas karbon dioksida dalam jumlah yang banyak. Apa pun selalunya gas yang terhasil daripada air, berfungsi dalam menyeimbangkan campuran nitrogen dan hidrogen yang mengandungi kepekatan gas karbon dioksida yang tinggi (70 - 80%). Dalam pada itu proses penghasilan baja urea ini ialah tindak balas berbalik dan memerlukan suhu yang tinggi (400 - 500° C). Penemuan dalam kaedah penghasilan baja urea ini menyebabkan penggunaan baja urea secara meluas bukan sahaja disebabkan cara pelepasan unsur pemakanan yang cepat tetapi juga disebabkan oleh kandungan nitrogen yang tinggi iaitu 46%. Pada penulis blog amat penting ilmu  pengetahuan mengenai jenis kandungan unsur pemakanan dalam setiap baja dan juga fungsi unsur tersebut kepada pembentukan dan pertumbuhan tanaman adalah penting bagi menentukan faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan baja oleh petani di Malaysia. Petani mesti faham bagaimana  cara pelepasan setiap nutrien daripada baja mempengaruhi keberkesanan cara penggunaan baja yang diberikan kepada tanaman. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA ORGANIK... APA BENDANYA...
BAJA KIMIA... POPULAR DI GUNA...
PERLU FAHAM...PETANI MALAYSIA...
RAJIN MEMBACA...DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(22 Jamadilakhir 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...