Support My Blog

Thursday, August 26, 2021

LOKAN - RESEPI ISTIMEWA DI MEDIA

LOKAN
(Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan Famili Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal dalam lumpur air payau. Hidupan ini juga terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat air payau dan sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir. Penulis blog mendapati dimana lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna puih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya hidup. Saiz lokan diantara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. Setiap biji lokan boleh di buka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut. Isi lokan ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang. Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan ianya menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama. Apa pun dilaporkan dimana lokan mengandung vitamin larut lemak (A, D, E, dan K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, dan niasin), serta merupakan sumber utama mineral yang dibutuhkan oleh tubuh, seperti iodium (I), besi (Fe), seng (Zn), selenium (Se), kalsium (Ca), fosfor (P), kalium (K), flour (F), dan lain-lain. Di Malaysia pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu sahaja atau dikawasan khusus yang memang ada sering menghasilkan lokan. Artikel pagi ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi istimewa dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Akhbar Sinar Harian dengan berita bertajuk 'Lokan Semeling' menarik untuk ditulis semua laporannya dalam blog ini. Berita dari Sungai Petani, Kedah melaporkan dimana seorang peniaga 
Zaini Talib, 53 tahun yang mana beliau menunjukkan isi lokan (sejenis siput) yang dijual pada harga RM1.50 sekilogram di kedainya di Jalan Semeling semakin popular (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana sambutan terhadap lokan begitu menggalakkan apabila setiap hari dia mampu menjual lokan ini sebanyak antara 250 - 300 kilogram. Kedai lokannya yang terletak berhampiran jambatan Sungai Semeling yang dilaporkan ia menghubungkan Merbok dan Sungai Petani itu sering mencuri tumpuan ramai kerana turut menjual 20 jenis siput lain yang segar dan harga yang berpatutan. Lokan merupakan sejenis siput yang muncul di kawasan berlumpur di muara Sungai Merbok itu sangat diminati penggemarnya kerana isi yang lembut dan manis yang boleh dihidangkan pelbagai jenis masakan. Lokan perlu direbus terlebih dahulu untuk diambil isinya sebelum di masak kari, rendang kunyit, sambal atau masak lemak cili api. Selain itu mentarang, siput biji nangka, kupang, tiram, belitung, lala, siput duri, siput kemudi, dan siput buluh turut dijual digerai beliau yang kini mejnadi sumber pendapatannya.

Di Kelantan pula akhbar Harian Metro paparkan kisah 'Lokan Bakar Keju' yang semakin viral. Pengusaha dari Tumpat ini juga merupakan s
eorang pencari lokan mampu menjual antara 400 -600 lokan bakar keju atau cheese yang disediakan setiap minggu untuk dijual di pasar terapung Kampung Pulau Suri, Tumpat. Beliau adalah Shahril Hussin berumur 34 tahun yang dakwa dimana dia mengambil peluang berniaga di pasar terapung itu daripada hasil lokan yang dicarinya sendiri di pinggir Sungai Kelantan di kampung itu (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana dia menjualnya dengan harga RM5 untuk 15 biji lokan pelbagai saiz manakala untuk menu bakar biasa pula dengan harga yang sama tapi kuantiti antara 20 - 25 biji lokan. Lazimnya para pembeli memberi maklum balas yang positif kerana menganggap menu lokan cheese itu sesuatu yang baharu berbanding kebanyakan yang dijual hanya dibakar dan diletakkan sos pencicah di atasnya. Lokan yang dibakar Shahril akan diletakkan sedikit ketulan keju sebelum dicairkan menggunakan alat pembakar gas dan kemudian sedia dihidangkan kepada pengunjung yang ingin ujirasa dan menikmatinya dalam keadaan masih panas di tebing sungai itu. Setiap hari Sabtu memang sentiasa ditunggu kerana rezekinya akan mencurah dan mampu memperoleh hingga RM200 sepanjang tempoh lima jam berniaga. Setiap kali berniaga di pasar terapung dimana menu lokan bakar cheese memang mendapat sambutan dan adakalanya tidak menang tangan untuk saya hasilkan. Jika hari biasa iaitu selain Sabtu, dia akan mengambil upah mencari lokan yang diminta dan biasanya akan dibayar RM10 untuk 100 biji. Beliau juga merupakan seorang daripada 20 peniaga menggunakan bot berniaga di pasar terapung Pulau Suri ini. Diuruskan oleh Masseroja Travel & Tour Sdn Bhd dimana pasar terapung itu dibuka setiap Sabtu bermula jam 8 pagi -  3 petang. Lokasi itu baharu dibuka sejak Mac lalu di tanah yang dibelinya seluas satu hektar dan masih banyak prasarana yang perlu ditambah. Bagaimana pun ketika awal pembukaannya jumlah para pengunjung yang datang hanya sekitar 200 - 300 orang saja namun sekarang mencecah 1,000 pengunjung. Daripada respons yang diterima, pengunjung memaklumkan makanan yang dijual sedap serta harga yang murah menjadi tarikan mereka untuk terus datang malah mereka tidak meletakkan caj untuk masuk ke lokasi ini. Setiap peniaga juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk berniaga dan misi syarikatnya hanyalah untuk membangunkan kawasan sekitar serta membantu menjana ekonomi penduduk kampung terutama memperkenalkan produk kampung terbabit kepada orang luar.

Berita Harian dari Tuaran, Sabah ada juga melaporkan 'Rahsia sambal lokan bakar' yang sangat menarik dikongsikan dalam blog ini. Melihat kepulan asap yang mana menusuk bersama aroma lokan bakar pasti menggamit pengunjung untuk singgah menikmati kerangan laut itu di deretan gerai di tepi Jalan Sulaman berhampiran Kampung Salut, Tuaran. Lokan dipanggang dengan kaedah tradisi iaitu di atas kepingan zink dengan menggunakan kayu api, pasti membuka selera sesiapa saja apatah lagi jika dinikmati bersama air kelapa bakar atau sejuk. Premis yang terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu dimana ia adalah tempat makan yang menjadi lokasi wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin mencuba hidangan lokan. Pengunjung boleh pergi selepas puas menikmati pelbagai makanan laut segar yang mudah didapati dengan harga murah di Negeri di Bawah Bayu. 
Dilaporkan melengkapkan hidangan dimana makanan lokan bakar di deretan gerai berkenaan disediakan bersama sambal cicah istimewa resipi turun-temurun peniaga. Bagi pemilik Gerai Kelapa Bakar Kak Tini, Ratineh Ratimin dakwa lokan dan kelapa bakar adalah menu pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke gerainya. Ramai pengunjung menikmati lokan bakar di Gerai Kelapa Bakar Kak Tini, di Kampung Salut, Kota Kinabalu (Sila lihat foto disebelah) memang semua puas hati. Hidangan sambal kicap resipinya sendiri sering menggamit pengunjung ke gerai miliknya dimana sambal tersebutlah yang dihidangkan bersama lokan. Memberitahu BH dimana untuk ramuan sambal dia menggunakan bahan asas seperti kicap, bawang dan air limau namun mungkin 'air tangan' pembuatnya membezakan sambal yang dihidangkan di setiap gerai kerana masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri dimana dia telah berniaga di situ sejak 14 tahun lalu. Lokan bakar dijual digerainya dijual dengan harga berpatutan iaitu RM7, RM10, RM12 dan RM15 selonggok mengandungi antara 15 - 25 biji lokan mengikut saiz. Keenakan lokan bakar juga disebabkan penyediaan makanan laut itu yang dipanggang menggunakan cara tradisional iaitu kayu api serta 'bumbuh' atau ramuan yang diletakkan pada lokan ketika dipanggang. Walaupun hanya dipanggang di atas kepingan zink menggunakan kayu api dimana inilah faktor hidangan lokan di Kampung Salut ini sedap dan wangi. Beliau pernah mencuba memanggang lokan menggunakan cara moden iaitu di atas dapur memasak dan ketuhar, namun ia mengambil lama lebih lama dan rasanya juga tidak seenak dipanggang di atas kayu api. Pelanggan juga boleh menikmati air kelapa muda sejuk atau kelapa bakar, selain puding kelapa pelbagai perisa sebagai pencuci mulut. Difahamkan dimana lokan mudah ditemui di kawasan berlumpur di hutan paya bakau sekitar Tuaran, khususnya Kampung Salut. Sorang pengunjung, Siti Nurbani Rusli ada berkata dia sering ke gerai makan di Jalan Sulaman hanya untuk merasai keenakan lokan bakar serta air kelapa segar. Dilaporkan ini memang destinasi menjamu selera wajib setiap kali saya berkunjung ke Kota Kinabalu. Tidak lengkap rasanya kunjungan saya jika tidak menikmati lokan bakar di sini. Bau lokan bakar yang wangi selepas dipanggang mampu untuk membuka selera selain kemanisan isinya membuatkan kita hanya meratahnya begitu sahaja. Menganai info lanjut Gerai Lokan Bakar Kampung Salut meletakan harga jualan iaitu sekitar RM7 selonggok harga lokan bakar bersaiz kecil, RM10 dan RM12 lokan bakar saiz sederhana, RM15 lokan bakar saiz besar, RM3 sebiji air kelapa muda, RM4 sebiji air kelapa muda dengan ais dan RM4 sebiji air kelapa muda bakar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA LOKAN... BERCENGERANG DIA...
PELBAGAI RESEPI.. CARA HIDANGNYA...
ISINYA ENAK.. ADA MEMBAKAR SAHAJA...
DIKOMERSILKAN... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharam 1443H).

Wednesday, August 25, 2021

NANAS PREMIUM MD2 - ASAL USUL

RAMAI YANG INGIN TAHU ASAL USUL NANAS MD2
. Nanas (Ananas comosus) merupakan komoditi buah-buahan yang penting di beberapa negara termasuk Malaysia. Apa pun kalangan petani dan pengguna di Malaysia mereka kini sudah biasa mendengar Nanas MD2 atau pun ada yang gelarnya 'Nanas Madu' disebebkan kemanisannya dan aromanya yang enak. Penulis blog sering ditanya oleh mereka yang berminat mengenai nanas MD2 ini dari segi pencirian dan juga segi asal usulnya nanas premium ini.  Artikel ini merupakan salah satu dari banyak urutan artikel mengenai tanaman nanas dalam blog anim agro technology yang kini melebihi 250 artikel semuanya yang saya telah tulis sebelum ini. Mengikut seorang saintis bernama Williams and Fleisch (1993) telah melaporkan dimana PRI hybrids (PRI - Pineapple Research Institute) telah membuat penyelidikan dan kajian nanas ini kerana hasilnya apabila dibandingkan dengan nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ ia dilaporkan mempunyai ciri-ciri khas untuk dimakan segar. Nanas MD2 kini didakwa mempunyai daya ketahanan kepada serangan seperti penyakit Reput Phytophthora, Layu Nanas, Nematod, Penyakit Pink dan Bintik Coklat perdu serta mengandungi tahap bahan vitamin A dan C yang lebih tinggi. Nanas MD2 juga kurang kandungan asid jika dipetik musim sejuk dimana ia sesuai juga untuk dipetik tujuan untuk ditinkan. Nanas ini mempunyai kadar pertumbuhan lebih cepat, hasil tinggi dengan citarasa serta aroma yang khusus (distinctive flavors). Nanas MD2 semasa proses pemilihan biakbaka (plant breeding) melalui kaedah pemilihan intensif akhirnya dapat dilihat bagaimana varieti ini didakwa berjaya menggantikan vatieti ‘Smooth Cayenne’ sama ada untuk kegunaan segar atau ditinkan. Selepas lebih daripada 50,000++ benih sulur nanas ini di pilih daripada setiap pokok induk yang dilakukan biakbaka bersilang iaitu daripada tahun 1960'an sehingga awal 1970an alan tetapi ia masih gagal untuk menghasilkan baka nanas yang boleh di terima dalam industri. Pihak PRI kemudian menghentikan program biakbaka nanas pada tahun 1972 dan malang sekali apabila Stesen Biakbaka tersebut telah ditutup pada tahun 1975. Bagaimana pun sulur benih dan baka-baka tersebut telah diserahkan kepada Maui Pineapple Company pada tahun 1985 setelah pemilihan varieti nanas dibuat oleh PRI kepada beberapa syarikat untuk tujuan dikomersilkan. Dr. David D.F. Williams dan pembantunya iaitu Frank Bermudas bersama Toshio Minagawa kemudian melakukan banyak biakbaka melalui kacukan silang nanas ini pada tahun 1970 dimana hasil kerja mereka bertiga ini menjadi sejarah akan kelahiran nanas MD2. Ia merupakan kacukan diantara baka nanas PRI hybrids 58-1184 dengan baka 59-443 yang mana dari kedua baka ini mempunyai ciri-ciri superior tetapi masih menghadapi masaalah bagaimana nanas jenis ini boleh dikomersilkan. Benih hasil kacukan silang ini ditanam pada tahun 1971 dan daripada banyak progeni dipilih hanya dua (2) yang memberikan ciri terbaik untuk menghasilkan buah nanas pada tahun 1973. Setelah melalui proses biakbaka dan pemilihan teliti berterusan mereka khhirnya berjaya maka mereka selaku penyelidik dimana memilih Nanas baka Nombor 50 dan 114 iaitu 73-50 dan 73-114. Peratus baka induk kedua klon nanas ini memang agak kompleks iaitu gabungan diantara ciri-ciri baka induk ‘Smooth Cayenne', Smooth Guatemalan, ‘Ruby’ (Baka Klon ‘Spanish’), ‘Queen’ dan ‘Pernambuco’ (Williams and Fleisch, 1993). Kedua baka ini bagaimana pun dilihat mempunyai 50% ciri 'Smooth Cayenne' dimana ia adalah signifikan untuk pasaran di Hawaii dan USA sebagai sejenis nanas yang berpotensi untuk dimajukan (Armstrong et al., 1979; Seo et al., 1973). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai sejarah asal usul nanas premium MD2 yang selama ini menjadi varieti nanas yang popular di komersilkan didunia serta di Malaysia juga untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dari bahan rujukkan yang penulis blog rujuk dimana diantara tahun 1973 dan 1980 penanaman ujian kedua hibrid nanas ini serta beberapa varieti nanas lain dijalankan bertujuan memilih variti nanas unggul dilakukan di Maui, Hawaii. Kemudian sekitar tahun 1978 hingga 1980 penanaman dilakukan oleh Ladang Del Monte di Oahu, Hawaii. Varieti ini kemudian telah pun diistiharkan (released) oleh PRI kepada Syarikat Del Monte Corp dan juga Maui Pineapple Co. untuk penelitian lanjut pada tahun 1980. Akhirnya pada tahun 1981 Del Monte telah memberikan nama baka 73-50 sebagai Nanas “MD-1", walau pun ia tidak dikenali diluar Del Monte diluar. Kemudian baka 73-114 dinamakan Varieti “MD-2". Kedua-dua varieti ini diberikan nama isteri kepada Pengurus Besar Del Monte Hawaii iaitu Frank Dillard’s wife Millie. Ia adalah singkatan kepada 'Milie Dillard' atau 'MD' dan kekal sehingga artikel ini ditulis. Pemberian nama MD ini diterima oleh penyelidik Del Monte iaiitu George M. Yamane dan pembantunya Calvin Oda. Nanas Hibrid 73-50 telah pun di patentkan sebagai Nanas Hibrid dimana ia juga diberikan dengan nama ‘CO-2’ (Chan et al., 2003). ‘CO-2’ bagaimana pun mempunyai kejayaan yang terhad penanamannya dan ia kemudian terus menggunakan nama MD2 sehingga kekal sekarang. Varieti nanas ‘MD-2’ yang mempunyai ciri seperti ia cepat kadar pertumbuhannya dan tahan kepada banyak penyakit biasa nanas mampu memberikan hasil tinggi dan buah yang berkualiti premium. Antara kualiti premium termasuk warna isi kuning keemasan, warna kulit luar yang berwarna kuning keemasan dan kandungan bahan pejal (solid content) yang lebih tinggi daripada jenis ‘Smooth Cayenne'. Ciri lain adalah kandungan asid lebih rendah terutama apabila ia dituai musim sejuk, kandungan vitamin C lebih tinggi dan ia juga ada jangkamasa pasca tuai yang lebih lama (longer post-harvest shelf life). Pada masa itu hingga kini pun belum ada varieti nanas hibrid seumpama kultivar MD2 untuk pasaran antarabangsa termasuk kualiti penyimpanan didalam peti ais. Perkara ini memyebabkan penyelidik Yamane dan Oda percaya nanas ini sangat digalakkan penanamannya untuk pasaran eksport masa itu. Beberapa kontena benih MD2 dihantar ke ladang nanas Del Monte’s Philippines sebagai syaikat subsidiari pada tahun 1983-84 untuk dikomersilkan. Percubaan pemasaran nanas MD2 ini dilakukan di Jepun walau pun pada peringkat awal agak perlahan penerimaan pengguna. Ini disebebkan pengguna masa itu lebih biasa dengan citarasa nanas 'Smmooth Cayenne’ yang lama dipasaran Jepun dan didakwa tidak mengambil masa lama pengguna terima.

Syarikat Del Monte memperluaskan business buah nanas mereka dengan menghantar benih nanas MD2 keladang nanas terbiar di Costa Rica lewat tahun 1970'an. Syarikat ini mengambil beberapa ratus hektar ladang nanas terbiar di Costa Rica pada lewat 70'an berasaskan kepada ilmu dan varieti baru. Del Monte pokok nanas sedia ada dana menggantikan dengan nanas hebat PRI ‘Smooth Cayenne’ iaitu jenis Champaka F-153 yang sebelum ini luas ditanam di Hawaii dan di Maui oleh Del Monte. Bagaimana pun kedua jenis nanas Champaka F-180 dan PRI ‘Smooth Cayenne’ kurang berjaya dimasa itu. Kemudian itu Syarikat mencuba menanam nanas F-180 dikawasan sejuk di Queensland, Australia dan menjadi klon utama di sana. Kemudian penyelidik syarikat iaitu Yamane menanam nanas MD2 yang dibawa dari Hawaii ke Costa Rica iaitu pada pertengahan tahun 1980s. Kemudian dilaporkan dimana nanas MD2 telah berkembang luas penanamannya dan berjaya di usahakan di Costa Rica tetapi bukan untuk petani biasa (Hanya Del Monte yang ada hakmilik). Kemudian Frank (2003) telah membuat jangkaan pada 1980 hingga 1990 permintaan nanas MD2 meningkat dan ia benar berlaku. Ia dipasarkan oleh syarikat tukarnama iaitu Del Monte Tropical Fruit (Fresh Del Monte Produce, 2009) beribupejabat di Boston dan di Florida, USA dibawah jenama Del Monte Gold Extra Sweet (Kotak pembungkusan nanas kali pertama dilabel dengan Nanas MD2) seperti dilaporkan D. Bartholomew. Hasil percubaan pemasaran nanas MD2 kemudian didapati sangat baik dan Del Monte mendapat jenis nanas premium ini sesuai untuk diperluaskan penanamannya. Ia mencecah pasaran Eropah dan USA dalam masa singkat.

Pada tahun 1993 sehingga 2003 pun masih banyak penelitian dilakukan berkaitan nanas MD2 (Frank, 2003; Janick, 2003; Greig, 2004) dimana ia mampu memberi impak kepada syarikat tertentu sahaja. Maka ia tidak banyak dipersoalkan ketika itu kerana ia merupakan satu perniagaan yang sangat baik. Kini nanas MD2 sudah diterima sebagai nanas premium dan semala lebih 10 tahun masih kekal sebagai nanas berkualiti premium. Kehadiran nanas MD2 telah hampir 'melenyapkan' nanas jenis ‘Smooth Cayenne’ yang sebelum ini mendominasi pasaran nanas yang ditanam diseluruh dunia untuk jangkamasa yang lama. Kemudian syarikat Fresh Del Monte Produce (nama ditukar pada 1996) merupakan pemilik tunggal nanas MD-2 dengan perolehan syarikat meningkat daipada USD 200 juta (1996) kepada USD440 juta (2002). Bagaimana pun kemudian ia telah mengalami kerugian teruk tahun berikutnya (Frank, 2003). Nanas jenis ‘MD-2’ kemudian telah berkembang dan ditanam oleh banyak syarikat dan usahawan biasa sama ada ianya berskala kecil atau besar. Kebanyakan nanas ini dieksport keluar negara temperate sebagai nanas segar seperti ke USA, Europe, England, Japan, Korea, Hong Kong, China, Singapore dan the Middle East. Statistik juga menunjukkan sukar menentukan akan keluasan penanaman nanas MD2 sebab ia ditanam dan dipasarkan secara persendirian dan syarikat multinasional. Masa itu dilaporkan keluasan MD melebihi 60,000 hektar (FAO: Agriculture Stat 2007) dimana di Costa Rica sahaja terdapat seluas 42,500 ha. Sehingga artikel ini di tulis Costa Rica merupakan pengeluar nanas terbesar di dunia dengan kebanyakannya adalah dari jenis MD-2’. Negara lain yang dilaporkan menanam nanas ‘MD-2’ termasuk negara Ecuador (5,850 ha), Honduras (2,800 ha), Guatemala (500 ha), Panama (1,600 ha), Brazil (500 ha), Ghana (600 ha), Cote d'Ivoire (500 ha), Hawaii (about 820 ha) and Philippines (10,000 ha di Kawasan Davao dan Bukidnon). Malaysia hanya memulakan penanaman nanas MD2 sekitar tahun 2005 apabila benih tersebut dibawa masuk daripada Filipina. Terkini penulis blog menganggarkan jeluasan nanas MD2 di Malaysia mencapai keluasan 3,500 hektar (Sumber: Laporan Ex-KP LPNM, 2019). Penanaman nanas MD2 di jadikan sebagai Program Sumber Kekayaan Baru Negara sejak 2018 dan menerima banyak galakan kerajaan.

Selepas itu dilaporkan penanaman dan pengeluaran serta pasaran nanas MD2 terus meletup dan meningkat (Loeillet, 2008). Di Costa Rica sahaja pada 2006 mengeksport sebanyak 1.2 million metrik tan (MT) nanas segar iaitu kenaikan sebanyak 30% daripada tahun 2005. Kadar kenaikan eksport dari Costa Rica terus meningkat sekitar 25 - 30% setiap tahun dan menupakan satu kejutan didalam industri nanas segar itu sendiri. Exports nanas dari Costa Rica dilaporkan dikira dengan gandaan 2.6 kali semenjak tahun 2002 dimana ia adalah satu lonjakan yang diluar jangkaan untuk segmen nanas segar. Kadar penerimaan nanas MD2 bukan sahaja dari Costa Rica akan tetapi ia juga dinikmati oleh negara Cote d’Ivoire (Loeillet, 2008) dan negara Ghana. Pada tahun 2000 bagaimana pun negara Ghana telah mengalamii kemerosotan eksport nanas disebabkan banyak pengimport memilih MD2 sedangan di Ghana kebanyakannya adalah nanas ‘Smooth Cayenne'. Kemudian dengan bantuan kerajaan Ghana pada tahun 2002 sebanyak USD2 juta menukar nanas MD2 menggunakan benih Kultur Tisu dimana pada akhir tahun 2007 Ghana berjaya mengeksport sebannyak 42,000 MT nanas MD2 dipasaran dunia. Ghana mampu menjana sebanyak USD20 juta hasil eksport nanas ‘MD-2’ dimana kemudian Ghana diistihar sebagai pengeluar nanas ke 3 terhebat sebagai pengeksport ke EU (Ghana Export Promotion Council, 2008).

Berdasarkan kepada pembentangan laporan pada Seminar Nanas Antarabangsa ini, penulis blog dapati memang cukup panjang sejarah perjalanan nanas MD2 sehingga artikel ini ditulis. Sebenarnya kemunculan nanas ‘MD-2’ adalah 'Tepat Masa' iaitu apabila citarasa pengguna telah bertukar daripada memakan nanas didalam tin (cannes pineapple) kepada nanas segar. Ia juga berkait dengan citarasa pengguna yang lebih suka makan buah dan sayuran segar untuk kesihatan. Kalau sebelum ini syarikat Del Monte berjaya menanam nanas ‘Smooth Cayenne’ di Costa Rica, berkemungkinan ada syarikat lain yang akan memperkenalkan nanas baka baik kepasaran dunia. Apa pun perlu diberikan kredit kepada syarikat Del Monte dan para saintik pembiakbaka mereka seperti Yamane and Oda yang berusaha keras membuat penyelidikan dan mempromosikan berama-sama pengurus syarikat sehingga berjaya. Mereka didakwa memang berja mempastikan (capitalize) nanas MD-2 dengan mengenalpasti citarasa pengguna (consumer preference) dengan menawarkan nanas MD2 terutama dipasaran USA dan Eropah. Strategi mengena apabila pengguna dia USA dan Eropah menerima nanas MD2 mana ia mudah untuk berkembang di Asia dan benua lain diseluruh dunia. Sebagai satu kebangnaan mereka kepada nanas MD-2 yang dibiakbaka dengan teknologi moden telah berjaya menggantikan nanas jenis ‘Smooth Cayenne' yang mana ia dibangunkan pada zaman Amerindians selepas zaman Colombus lagi sebagai kejayaan hebat di peringkat dunia. Walau pun jumlah pasaran nanas MD2 tidak dapat diketahui namun ada dakwaan dimana ia mencecah nilai melebihi USD 1 billion setahun (RM4.088 billion). Dr. David D. F. Williams telah diberi pengiktirafan berupa medal di Colorado pada Julai 2009 oleh Persatuan American Society for Horticulture Science (ASHS). Ini disebabkan hasil kajian beliau yang telah memperkenalkan nanasf PRI hybrid 73-114 yang mana ia kemudiannya dinamakan sebagai nanas kultivar ‘MD-2’. Ia juga diistiharkan oleh ASHS 2009 sebagai "Outstanding Fruit Cultivar". Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada laporan berkaitan nanas karangan dari buku Duane P. Bartholomew dan Robert E. Paull yang penulis blog ini ada membacanya beberapa kali. Diharap dengan penulisan yang saintifik ini maka lebih ramai rakyat Malaysia dapat memahami akan sejarah nanas MD2 dengan lebih jelas. Saya mengambil masa lebih 2.5 bulan untuk menulis semula artikel ini daripada beberapa buku rujukkan sehingga berjaya. Wasallam!!...
NANAS MD2... PREMIUM KUALITINYA....
LEBIH 12 TAHUN... KAJIAN BIAKBAKA...
SANGAT POPULAR ... DISELURUH DUNIA...
TULIS ARTIKEL... JADI RUJUKKAN ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(Semakan semula -12Muharam 1443H).

Tuesday, August 24, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 3)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok enau atau aren adalah tumbuhan yang terpenting setelah Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara yang telah melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang agar tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah sejak lama mengenal pokok aren sebagai pokok yang dapat dituai menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan berjaya mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk yang berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gila aren cair, tali, methanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Penjagaan tanaman aren tidak sama dengan tanaman pokok kelapa kerana perosak dan penyakit tanaman aren 
belum terlalu banyak di ketahui. Namun sebagai langkah untuk pencegahan lazimnya jenis penyakit dan serangga yang biasa menyerang jenis palmae yang lain seperti kelapa, kelapa sawit dan sagu berpotensi menyeang pokok aren juga. Serangga seperti Kumbang Tanduk atau Kumbang badak (Oryctes thinoceros), Kumbang Sagu atau RPW (Rhinochophorus ferrugineus), Belalang (Sexava spp) adalah antara serangg yang boleh menyreang pokok aren. Serangga lain seperti jenis serangga pengisap nira yang lain dan bunga seperti lebah, kelawar dan musang. Pengendalian perosak ini boleh dilakukan dengan beberapa cara sama ada secara mekanikal atau dengan cara menggunakan bahan kimia. Pokok aren yang diserang oleh kumbang tanduk dan RPW dengan teruk sebaiknya perlu ditebang dan dibakar. Pada peringkat awal serangan boleh dilakukan semburan bahan kimia seperti Heptachlor 10 gram, Diazonin 10 gram dan BHC. Dalam pada itu antara jenis penyakit yang menyerang pokok aren seperti Bintik Daun yang berwarna kuning yang disebabkan oleh Pestalotia sp., Helmiathosporus sp. dimana kawalan dilakukan dengan menyembur racun serangga seperti Dithane N-45 atau Delsene NX 200. Kawasan kebun perlu selalu dibersihkan daripada rumpai yang akan menganggu pertumbuhan pokok aren. Rumpai sering tumbuh pada dua keadaan iaitu pada batang pokok aren dan diatas tanah disekeliling batang pokok aren sendiri. Jenis rumpai yang boleh tumbuh pada batang pokok aren ada beberapa jenis pokok tumpang seperti dedalu, pakis dan sebagainya yang perlu dibuang secara berjadual dengan secara manual. Tanaman pokok aren dari umur 1 - 4 tahun perlu dibersihkan rumpai yang ada pada pokok dan atas tanah secara mekanikal ataupun menyembur racun rumpai diatas tanah bagi pertumbuhan terbaik.

Pokok aren juga memerlukan jadual untuk pembajaan yang teratur. Amalan pembajaan ini boleh 
dilakukan untuk tujuan merangsang agar pertumbuhan pokok aren agar lebih cepat membesar dan matang seterusnya mampu untuk ia mengeluarkan tandan, mayang dan buah. Pembajaan dilakukan pada tanaman berumur 1-3 tahun dengan memberikan seperti baja seperti baja Urea, NPK, baja organik dan KCL yang ditaburkan pada sekeliling batang anak pokok aren yang telah digemburkan tanahnya (Sila lihat foto disebelah). Pokok aren yang dijaga baik mampu berhasil dengan lebih cepat terutama jika ditanam dari varieti pokok renek yang unggul.  Aktiviti pemungutan hasil dari pokok aren ini ada pelbagai. Antara jenis hasil adalah ditentukan dengan umur pokok, kesuburan pokok, keupayaan mengutip, jaminan pasaran dan juga tentunya harga ditawarkan. Pokok aren didakwa dimana pada semua bahagian dari pokok aren boleh digunakan dimana ia akan menghasilkan produk yang mempunyai nilai ekonomi. Antara bahagian pokok aren yang boleh dijadikan penghasilan adalah bahagian Selaput (Ijuk), Nira, Buah, Biji, batang dan bahagian akarnya. Lazimnya Ijuk akan dikutip setelah pokok berumur lebih 5 tahun dan telah berbuah. Ijuk selalunya dikumpulkan secara manual dengan dikumpulkan dan boleh diproses menjadi tali, serta pembuatan peralatan keperluan rumah tangga. Penuaian nira aren merupakan aktiviti pengutipan hasil terpenting sebagai bahan asas gula merah, tuak, ethanol dan cuka. Buah aren yang matang akan dituai dengan berhati-hati untuk mengelakkan kegatalan dan kecederaan pada buah. Isi buah aren boleh diproses menjadi makanan enak dikenali sebagai 'Kolang-kaling' yang dijual untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam pada itu juga dilaporkan dimana tepung aren (teoung sagu) boleh dihasilkan sebagai bahan asas dalam pembuatan sabun, mee dan juga cendol. Batang pokok aren yang matang selalunya amat keras dimana selalunya boleh diproses menjadi barang krat, barang keperluan dapor (senduk) dan dijadikan kayu keras untuk dibuat binaan rumah dan struktur lain.

Cara mengutip hasil dari pokok aren adalah berbeza mengikut jenis hasilnya. Bagi mereka yang menuai selaput aren atau ijuk ini biasanya ia d
ihasilkan dari pohon aren yang telah berumur lebih dari 5 tahun atau sehingga ada tongkol atau mayangnya bunganya keluar. Pokok yang masih muda hanya keluarkan selapot ijuk yang sedikit dan kecil sahaja. Pokok yang mula belajar berbunga kualiti dan hasil ijuknya tidak baik. Penuianan dan pemungutan ijuk dapat dilakukan dengan memotong pangkal pelepah-pelapah daun dan kemudian ijuk yang bentuknya berupa seperti kain anyaman ijuk dengan menggunakan parang dari tempat ijuk itu menempel pada batang pokok. Kepingan-kepingan  anyaman ijuk yang baru terlepas dari batang pokok aren kemudian dikumpulkan dan diikat dengan kemas. Walau pun semasa mengambilnya ia masih mengandung lidi-lidi ijuk akan tetapi kemudian lidi-lidi ijuk ini boleh dipisahkan dari serat-serat ijuk dengan menggunakan tangan. Bagi membersihkan serat ijuk dari berbagai seperti serat yang bersaiz besar boleh dilakukan dengan alat sisir kawat. Ijuk yang sudah dibersihkan dapat dipergunakan untuk pelbagai produk (Sila lihat foto disebelah). Produk Kolang Kaling diperolehi dari isi biji buah aren yang setengah masak. Setiap biji buah aren biasanya mengandungi tiga biji buah. Buah aren yang setengah matang ini mempunyai kulit biji buahnya agak nipis, lembik dan selalu berwarna kuning inti biji (endosperm) berwarna putih agak jernih sebagai (Sila lihat foto paling bawah). Proses membuat  kolang-kaling dimulakan dengan membakar buah aren tujuan agar kulit luar dari biji dan lendir yang menyebabkan rasa gatal pada kulit dapat dihilangkan. Biji-biji yang hangus ini lemudian perlu dibersihkan dengan air sampai dihasilkan isi biji yang bersih. Seterusnya ia direbus buah aren dalam periok sampai mendidih selam 1-2 jam. Dengan merebus buah aren ini maka kulit biji menjadi lembik dan memudahkan untuk memisahkan dengan isi biji dan kemudian ia dicuci berulang-ulang sehingga menghasilkan kolang-kaling yang bersih. Apa pun bagi menghasilkan kolang-kaling yang baik serta bersih dan kenyal maka isi biji yang sudah dicuci direndam dalam air kapur selama 2 - 3 hari. Setelah direndam dalam air kapur maka kolang-kaling yang terapung inilah yang siap untuk dipasarkan dan seterusnya dimakan.

Industri aren berkait rapat dengan proses pengumpulan dan pemprosesan nira. 
Nira Aren dihasilkan dari penyadapan tangkai atau mayang (tandan) bunga sama ada ia bunga jantan maupun bunga betina. Akan tetapi biasanya jenis tandan bunga jantan yang dapat menghasilkan nira dengan kualiti baik dan jumlah yang banyak. Jadi biasanya penyadapan nira hanya dilakukan pada tandan bunga jantan diutamakan. Sebelum penyadapan dimulakan perlu dilakukan persiapan penyadapan dengan memilih bunga jantan yang siap disadap, yaitu bunga jantan yang tepung sarinya sudah banyak yang jatuh di tanah. Perkara ini dapat dilihat jika disebelah batang pokok aren dimana pada permukaan tanah dilihat berwarna kuning. Bersihkan tongkol (tandan) bunga dan memukul-mukul serta mengayunnya agar dapat melancarkan pengeluaran air nira. Proses memukul batang tandan ini dilakukan berulang-ulang selama tiga minggu dengan selang dua hari pada pagi dan petang dengan jumlah pukulan kurang lebih 250 kali. Bagi mempastikan yang bunga jantan yang sudah dipukul-pukul dan diayun-ayun tersebut sudah atau belum menghasilkan nira biasanya perlu dilakukan dengan cara menoreh (dilukai) tongkol (tandan) bunga tersebut. Apabila torehan tersebut mengeluarkan nira maka bunga jantan sudah siap untuk disadap. Penyadapan dilakukan dengan memotong tongkol (tandan) bunga pada bahagian yang ditoreh. Kemudian pada potongan tongkol dipasang bekas mengutip air nira sebagai penampung nira yang keluar (Sila lihat foto disebelah).  Penyadapan air nira dilakukan 2 kali sehari (dalam 24 jam) pagi dan petang. Pada setiap penggantian bekas air nira ia dilakukan pembaharuan hirisan potongan dengan maksud agar saluran atau pembuluh capillary terbuka, sehingga nira dapat keluar dengan lancar. Biasanya setiap tandan bunga jantan dapat dilakukan melalui penyadapan selama 3 - 4 bulan sampai tandan mengering. Hasil dari air aren dapat diproses menjadi gula aren, tuak, cuka dan minuman segar.

Produk yang penting dari pokok aren adalah 
Tepung Aren (Sila lihat foto disebelah). Tepung aren dapat dihasilkan dengan memanfaatkan batang pokok aren dengan proses menebang pokok aren yang banyak mengandungi pati atau tepungnya sama dengan proses mengumpulkan sagu dari pokok rumbia. Hanya pokok aren yang mencapai umur 15 - 25 tahun umur masih relatif matang) sesuai untuk ditebang. Pokok ditancapkan kapak atau pahat ke dalam batang pokok aren sedalam 10 - 12 cm pada tahap  ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah. Kemudian diperiksa hujung kapak atau pahat tersebut apakah terdapat tepung atau pati yang melekat. Apabila dilihat ada tepung atau pati membuktikan dimana pokok aren tersebut sudah sesuai untuk ditebang. Pokok aren ini kemudian ditebang dan batangnya ini dipotong menjadi beberapa bahagian sepanjang 1.5 - 2.0 meter setiap satu. Log in ikemudian dibelah dan dipisahkan kulit luar dari batang dengan empulurnya. Empulur ini kemudian mesti diparut atau ditumbuk dimana kemudian dicampur dengan air bersih (diekstraksi). Hasil ekstraksi dimendapkan sekama satu malam (12 jam) dan dilakukan pemisahan air dengan mendapannya. Mendapan ini perlu dilakukan pencucian semula dengan air bersih dan kemudian ia dimendapkan lagi sehingga menghasilkan mendapan pejal yang bersih dan hasil mendapan dijemur sampai kering. Apa pum biasanya tepung aren (serng dipanggil juga sebagai tepung sagu) dapat digunakan sebagai bahan asas bagi pembuatan seperti mee, soon, cendol dan campuran bahan pelekat kayu lapis dan pelbagai produk lain. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES.. GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

Monday, August 23, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 2)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok enau atau aren ini adalah tumbuhan yang terpenting setelah tanaman Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang negara mereka agar ianya tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang pun penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah sejak lama mengenali pokok aren sebagai pokok yang dapat menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan memang mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gila aren cair, tali serta ethanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan untuk rujukkan pembaca semua.

Amat penting bakal kepada petani atau pengusaha aren komersil untuk megetahui akan kegunaan pokok aren ini. Tanaman pokok
 aren amat berguna sama ada ia baik berfungsi sebagai tumbuhan untuk tujuan konservasi (conservation), mahu pun fungsi yang boleh menghasilkan berbagai komoditi seperti makanan, perabut, kosmetik, bahan api, makanan ternakan dan kesihatan yang mempunyai nilai ekonomi. Aspek fungsi konservasi dikaitkan dimana pokok aren ini dengan sistem perakaran yang dalam dan melebar akan sangat berguna untuk mencegah terjadinya hakisan tanah. Demikian pula dengan daun yang cukup lebat dan batang yang tertutup dengan lapisan selaput batang (ijuk) yang sangat efektif untuk menahan turunnya air hujan terus kepada lapisan permukaan tanah. Disamping itu juga peranan pokok aren yang lazimnya tumbuh baik pada bahagian tebing-tebing bukit, lereng dan cerun adalah sangat baik sebagai pokok untuk mencegah cerun terhakis atau melongsor. Fungsi penghasilan produk terpenting adalah produk makanan sama ada ia diperolehi daripada bahagian buah, akar, batang, daun, bunga dan bahagian lain yang sesuai. Di laporkan bahagian akar aren digunakan untuk berbagai Ubat Traisional dijadikan minuman teh berubat dan minuman arak yang juga dapat digunakan sebagai ubat sembelit, ubat sakit perut dan ubat penyakit paru-paru. Bahagian batang yang keras pula sering digunakan sebagai bahan pembuat alat-alat rumah tangga (senduk) dan ada pula yang digunakan sebagai bahan asas bangunan (Rumah, Pondok, Gazebo). Bahagian isi batangnya juga dapat menghasilkan tepong sagu iaitu sebagai sumber karbohidrat yang dimakan dan ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan roti, mee soon, mee dan campuran pembuatan pelekat gam. Sedangkan hujung batang yang masih muda (umbut aren) yang rasanya manis dapat digunakan sebagai sayur yang enak. Paling utama adalah kutipan nira yang boleh dijadikan gula aren, gula aren cair, gula semut, cuka, alkohol, methanol dan sebagainya. Selalunya bahagian daun muda, tulang daun dan pelapah daunnya sesuai digunakan sebagai pembungkus rokok, sapu lidi dan tutup botol sebagai pengganti gabus. Buahnya dapat diproses menjadi bahan makanan seperti 'kolang-kaling' yang banyak digunakan untuk campuran minuman berperisa. Malaysia merupakan pengimport tegar produk kolang kaling dari Indnesia sejak berkurun dahulu. 

Penanaman Aren sebaiknya dimulakan dengan pengumpulan dan pemilihan varieti aren yang terbaik. Ada beberapa petani yang berminat menanam varieti benih aren renek (genjah) yang dilaporkan lebih ianya cepat berhasil iaitu dalam masa 3 -5 tahun sahaja berbanding dengan varieti aren biasa yang mengambil masa 5-7 tahun untuk berhasil. Biasanya tanaman aren dapat dibiakan melalui cara generatif (dengan biji) atau dari benih liar yang tumbuh. Kaedah ini akan mendapatkan benih tanaman dalam jumlah banyak sehingga mudah dikembangkan dari pokok aren matang dalam kebun untuk dijadikan benih aren berkualiti dan dijual secara besar-besaran. Kepada mereka yang belum lagi dia mempunyai pokok induk matang sebaiknya kenalpasti siapa pembekal benih aren yang telah pun mendapat persijilan atau disyorkan oleh pengusaha yang telah berjaya. Buat kajian dahulu siapa pembekal benih aren yang mana mereka ada membekalkan beberapa varieti unggul seperti varieti genjah, Colombus, Marcus dan sebagainya yang disyorkan berhasil tinggi, cepat berhasil dan kurang masaalah penjagaan. Jika ada pokok sendiri untuk dijadikan benih pilih pokok yang mana buahnya diambil apabila memenuhi syarat untuk dijadikan benih aren. Pilih pokok aren yang pertumbuhannya sihat, berdaun lebat dimana buah aren telah cukup masak (ripe) iaitu berwarna kuning kecoklatan dan isi daging buah lunak. Ukuran buah sebaiknya adlah besar (garispusat minima 4 cm) dengan ia mempunyai kulit buah halus (tidak ada tanda ianya diserang penyaklit). Kemudian dikeluarkan biji aren dengan membelahnya secara berhati-hati. Pilih biji aren yang ukuran biji relatif besar, biji yang berwarna hitam kecoklatan, ada permukaan halus (tidak keriput), biji ini dalam keadaan tidak berpenyakit. Perhatikan dimana biji mengandungi asid oksalat yang apabila terkena pada  kulit kita akan menimbulkan rasa sangat gatal. Oleh itu proses ini perlu memakai sarung tangan sepanjang proses.Cara lain untuk elakkan gatal dengan cara memeram buah terlebih dahulu buah aren yang sudah tua  mereput dan busuk. Pemeraman sesuai dilakukan dengan memasukan buah aren ke dalam kotak kayu dan ditutup dengan karung guni yang selalu dibasahkan. Setelah selama 10 hari maka buah aren menjadi busuk yang ini memudahkan pengambilan bijinya untuk dibuat benih.

Proses penyediaan benih aren penting dari peringkat awal sehingga benih sedia untuk ditanam. Benih aren boleh diperolehi melalui benih yang tumbuh liar dibawah pokok dan benih yang disediakan daripada biji yag dipilih dan disemai. Bagi menyediakan anakbenih aren semulajadi dari pokok liar berlaku kerana biji benih ini dibantu oleh haiwan liar memakan buah aren seperti musang dan haiwan lain dimana bijinya keluar secara utuh dari perutnya bersama kotoran tahinya. Benih ini tumbuh tersebar secara tidak teratur dan berkelompok disekitar pokok induk. Bagi menanamnya sebaiknya anakbenih ini di cabut secara berhatiti (anakbenih diputar diambil bersama-sama dengan tanahnya). Ia juga sebaiknya kemudian perlu segera ditanam terus dikebun atau ditanam dahulu didalam polibeg berisi media semaian selama 2 - 4 minggu sebelum sesuai dipilih semula untuk ditanam. Bagaimanapun bagi penanaman aren yang luas dan perlukan banyak anakbenih diperlukan pembenihan dari biji yang disemai atau membelinya sahaja. Proses menyemai biji aren berlangsung agak lama tetapi boleh mendapatkan benih terpilih. Bagi tujuan mempercepat biji bercambah sebaiknya dirawat dahulu biji benih dengan merendam biji dalam larutan HCL dengan kepekatan 95 % selama 15-25 minit atau juga cara merendam biji tersebut dalam air panas bersuhu 50º Celcius selama 3 minit. Ada pula petani yang mengikis pada  biji pada bahagian berdekatan embrio. Sediakan polibeg berukuran 20 x 25 cm yang diisi dengan media semaian sama ada tanah campuran kompos, pasir dan tanah 3 : 1 : 1 atau cocpeat semaian. Buat lubang secukupnya pada bahagian bawahnya sebagai saliran. Biji-biji yang telah dirawat tersebut dimasukan kedalam polibeg sedalam sekitar ¾ bahagian biji berada di bawah permukaan tanah dengan tunasnya mesti menghadap ke bawah sedikit mengiring. Jangkawaktu bagi pemjagaan semaian aren selama 12 - 15 bulan. Semaian perlu disiram 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang dimana jika ada rumput perlu dibuang. Penanaman benih aren boleh dilakukan dengan sistem monokultur atau dengan sistem tanaman bercampur. Cara sistem monokultur terlebih dahulu dibersihkan kebun dan dibuat lubang penanaman dengan jarak 5m x 5m atau 9 m x 9 m mengikut kesesuaian. Lubang tanaman dengan ukuran 30 x 30 x 30 cm disediakan dan 
diberi dimasukan baja organik, urea, TSP dibiarkan lubang selama 3-5 hari sebelum penanaman. Berikan naungan sesuai selepas benih ditanam dan disiram selalu. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES...GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

Sunday, August 22, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 1)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok e
nau atau aren adalah tumbuhan yang terpenting setelah Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara mereka melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang agar tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah lama mengenal pokok aren sebagai pokok yang dapat menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan dengan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan satu industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan berjaya mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk-produk berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gula aren cair, tali ijuk, methanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Pokok Aren ini merupakan pokok palma yang besar dan tinggi dimana ia tumbuh mencapai ketinggian sehingga mencapai 25 meter dan garispusat batangya sehingga 65 cm. Biasanya batang pokoknya kukuh dan pada bahagian atas diselimuti oleh serabut berwarna hitam yang dikenal sebagai 'ijuk' yang mana struktur seakan berjaring ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pelepah daun yang menyelubungi batang pokok. Selaput Ijuk ini boleh dikutip untuk dijadikan tali, alas kusyen kereta mewah, alas tilam dan sebagainya. Dari beberapa amalan agronomi sebaiknya ijuk ini jangan diambil sebelum pokok aren mengeluarkan mayang untuk diambil niranya kerana jika diambil awal maka pokok aren akan kurang mengeluarkan mayang jantan sahaja dan merugikan petani. Ijuk ini boleh dikutip apabila pokok aren telah menghasilkan beberapa mayang. Daun pokok aren menyamai dengan daun pokok kelapa dan sawit dimana pelepahnya sepanjang 4-5 meter dan ada daun tirus yang panjangnya 1.5 meter. Biasanya ada anak daun seperti pita bergelombang yang  berwarna hijau gelap di atas dan keputih-putihan oleh karena lapisan lilin di sisi bawahnya. Dilihat lanjut dimana bunga jantan dengan bunga betina akan terpisah dan tangkai atau mayang yang berlainan yang keluar di ketiak daun dimana lazimnya panjang tangkai ini sehingga 2.5 meter. Buahnya berbentuk berangkai seperti bentuk bulat peluru yang berukuran garispusat sekitar 4 cm dimana dalam buah ada 3 ruangan dan mempunyai 3 biji yang tersusun dalam juntaian seperti rantai. Setiap tandan buah mempunyai 10 tangkai atau lebih dimana setiap tangkai memiliki lebih kurang 50 butir buah berwarna hijau sehingga warna kecoklatan dan juga sekali sekali kekuningan. Buah ini tidak boleh dimakan terus disebebkan getahnya sangat gatal bila kena mulut. Buah aren atau kabung ini perlu menjalani proses dibelah, direbud dan dojadikan bahan makanan menarik dinamakan Kolang Kaling.

Dilaporkan dimana kadar permintaan untuk produk yang berasaskan pokok aren kini semakin meningkat saban tahun untuk pasaran domestik dan eksport.  Bagaimana pun disebebkan oleh bekalan gula aren dari pokok aren liar masih belum mencukupi di negara kita dan negara jiran Indonesia dilaporkan harga produk dari pokok aren tidak pernah jatuh. Di Malaysia belum ada pengusaha atau petani yang menanam pokok aren secara komersil seperti menanam kelapa sawit dan kelapa. Masih ramai pengusaha gula aren di Malaysia yang mengendalikan tanaman aren yang tumbuh liar (tidak ditanam orang) sama ada didalam hutan atau sekitar kampong. Hanya ada beberapa negeri seperti di Pahang yang pernah Jabatan Pertanian pernah memberikan bantuan input penanaman aren atau pokok kabung disekitar Daerah Kuala Lipis dan Jerantut dimana kini pokok tersebut telah pun tua dan perlu diganti dengan pokok baru. Penulis blog yang pernah membuat tinjauan kelokasi tersebut mendapati penanaman pokok kabung perlu diganti setelah berumur 12-15 tahun untuk mendapatkan produktiviti optima dan pokok yang sesuai tidak terlalu tinggi untuk kerja penuaian nira. Apa pun sebenarnya penanaman pokok aren atau pokok kabung ini secara komersil didakwa dan telah dilaporkan oleh pengusaha aren ini iaitu berkali ganda lebih menguntungkan daripada penanaman kelapa sawit, getah mahu pun buah-buahan bermusim lain. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan beberapa agensi lain perlu melihat akan potensi ini terutama dibeberapa lokasi sesuai seperti tanah terbiar, kawasan tanah sawah yang tidak diusahakan, belukar di rizeb sungai dan sebagainya untuk ditanam dengan pokok aren secara sistematik dan produktif. Ini menyamai dengan mana Jabatan Pertanian Sarawak ada program membantu petani didalam penanaman pokok sagu di kawasan penghasilan produk sagu dari pokok rembia seperti di Mukah, Dalat, Daro dan beberapa lokasi lain. 

Berbalik kepada info pokok aren dimana dilaporkan pada masa ini dikenalpasti ada empat jenis pokok sepertinya yang termasuk kelompok aren iaitu jenis Arenga pinata (Wurmb) Merr, Arenga undulatitolia Bree, Arenga westerhoutii Grift dan Arenga ambcang Becc. Diantaranya keempat jenis tersebut yang sudah dikenalpasti ada potensi untuk dikomersilkan adalah jenis Arenga pinata yang dikenal sehari-hari dengan nama aren atau enau. Indonesia antara negara yang aktif membangunkan tanaman ini dimana kalangan petani tradisional dan petani komersil dilaporkan telah mempunyai teknologi terkini dan varieti yang terbaik untuk dikomersilkan. Terdapat lebih daripada 40 suku kaum di Indonesia yang telah mengunakan pokok aren ini sejak turun temurun diseluruh pelosok negara tersebut dimana seoarang pakar tumbuhan ini berasal dari Netherland dan menjadi rakyat negara tersebut iaitu Willy Smit menyatakan potensi tanaman aren sangat besar. Beliau mengumpulkan teknologi dan spesis pokok aren dari mereka dan menjadikannya sebagai panduan didalam industri penanaman aren. Dari segi teburan tumbuhan ini dilaporkan pokok aren sesuai tumbuh diantara garis lintang 20º LU - 11ºLS iaitu meliputi dari negara India, Sri Langka, Bangladesh, Burma, Thailand, Laos, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Hawai, Filipina, Guam dan berbagai pulau disekitar pasifik. Di Indonesia sendiri dimana tanaman aren banyak terdapat dan tersebar hampir diseluruh wilayahnya khususnya di kawasan yang berbukit dan lembah. Di Malaysia belum ada kajian terperinci akan kedudukan pokok aren yang padat dan lokasi pengusaha aren yang aktif untuk didaftarkan. Dari segi kesesuaiannya dilaporkan pokok aren ini sesuai hidup dalam banyak keadaan jenis tanah kecuali tanah masam atau asidik atau banyak garam. Pokok  aren sesuai tumbuh pada tanah liat, berlumpur dan berpasir. Aren juga sesuai tumbuh pada ketinggian 9 - 1,400 meter di atas permukaan laut. Namun yang paling baik pada ketinggian 500 - 800 meter di atas permukaan laut dengan curahan hujan lebih dari 1,200 mm setahun atau pada iklim yang sederhana basah. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES.. GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

Saturday, August 21, 2021

TEMPE - DARI PELBAGAI KACANG

TEMPE memang boleh dibuat dengan bahan dari pelbagai jenis kacang termasuk dari  KACANG TUNGGAK  atau  Kacang Mata Hitam (Vigna unguiculata Linn.) yang  merupakan sejenis tempe yang popular di negara jiran iaitu Indonesia akan tetapi ianya kurang popular di Malaysia. Kacang tunggak merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga kekacang atau pun keluarga Leguminoceae dan sering juga ia disebut dengan nama lain sebagai Cowpea, Southernpeas, Blackeyed peas, Field peas, Pinkeyes Crowders alam bahasa antarabangsa. Bagaimana pun di Malaysia ia dipanggil sebagai Kacang Mata Hitam (kerana ada warna hitam seakan bentuk mata pada bijinya) dan di negara jiran Indonesia ia dipanggil sebagai Kacang Dadap, Kacang Landes, Kacang Otok dan juga Kacang Tolo. Apa pun tanaman kacang ini adalah untuk mendapatkan bijinya dan mudah ditanam dikawasan tanah subur. Kacang Tunggak adalah merupakan salah satu jenis tanaman kacang-kacangan yang didakwa berasal dari wilayah Afrika Tengah dan Afrika Barat. Kacang tunggak ini banyak di tanam sebagai tanaman monokrop dimana ada 2 jenis kacang tunggak yang sering ditanam iaitu jenis kacang tunggak dengan buah berkulit hijau dan berbiji persegi dan jenis kacang tunggak buah berujung merah dengan biji berbentuk bulat (jenis ini sering disebut kacang dadap atau kacang tolo). Uniknya dimana pokok kacang tunggak memiliki 3 cara pertumbuhan iaitu Menegak (upright), Separuh Menegak (semi-upright) dan juga Menjalar (trailing). Tanaman kacang tunggak ini memiliki bunga dengan tangkai panjang dengan jumlah bunga yang sederhana iaitu sekitar 4 - 6 unit bunga yang tersusun berselangan. Artikel pada petang Khamis ini dalam blog  "Anim Agro Technology" saya paparkan sebuah artikel unik mengenai tempe daripada beberapa jenis kekacang termasuk kacang tunggak atau kacang Mata Hitam (cowpea) untuk kongsikan teknologi mengenainya bagi bahan rujukan semua.

Sebenarnya penulis blog percaya dimana k
ebanyakan orang mengenal tempe yang terbuat dari Kacang soya (atau kedelai). Padahal tempe juga boleh juga dibuat dari beragam jenis kacang lain yang  mungkin ramai kurang mengetahuinya di negara kita Malaysia. Dilaporkan sebenarnya terdapat beberapa jenis kacang seperti Kacang Soya Hitam, Kacang Parang (koro), Kacang Tunggak (Tolo), Kacang Hijau sehinggakan kepada Kacang Edamame juga sesuai unuk jadi bahan asas membuat tempe. Dilaporkan saintis dimana asalkan bahan asas tersebut mengandungi banyak sumber karbohidrat maka ada banyak pilihan jenis kacang boleh dibuat menjadi tempe. Uniknya adalah dimana disebebkan bahan asas adalah jenis kacany yang berbeza maka rasa dan kandungan zat tempe adalah berlainan kualitinya. Pertama adalah Tempe Kacang Soya Hitam dimana sebenarnya bukan hanya jenis kacang soya kuning saja yang boleh dijadikan  tempe tetapi kacang soya hitam juga boleh dijadikan tempe.  Kacang soya hitam ini biasa dijadikan bahan asas pembuat kicap akan tetapi sebenarnya sesuai dibuat tempe. Proses membuatnya sama seperti membuat tempe biasa akan tetapi disyorkan bagi tujuan mendapatkan rupa lebih menarik boleh dicampurkan soya hitam dengan soya putih biasa. Kacang Parang (Kacang Koro) biasanya dimakan seepas digoreng dan dibubuh garam sebagai makanan ringan.  Namun kini dilaporkan yang kacang ini juga boleh dijadikan bahan asas untuk membuat tempe.  Bentuknya yang besar telah membuat tempe ini dilihat sebagai tempe yang sedikit berbeza (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana tempe kacang parang ini memang enak dan lazat yang setara nutrisinya dengan tempe kacang soya. 

Seterusnya tempe juga boleh dibuat dengan 
Kacang Tunggak (Kacang Tolo atau Cowpea). Kandungan protein asli dari kacang ini adalah tinggi begitu juga dengan kandungan kalsium (Ca) dan kandungan seratnya. Kacang ini biasa dijual dalam bentuk kering sehingga harus direndam air dulu sebelum diproses menjadi tempe. Kacang ini memiliki bulir lebih kecil daripada kacang soya sehingga ianya menjadi tempe yang teksturnya jadi lebih padat. Mungkin ada kalangan pembaca belum pernah ujirasa Tempe Kacang Hijau. Penulis blog pernah menikmati tempe ini dikampong tahun 1970'an dulu kerana ada orang kampung yang membuatnya dan mereka menjualnya ketika itu. Walau kacang hijau pun tidak hanya enak jadi bubur terutama bubur durian akan tetapi kacang hijau juga boleh diproses menjadi tempe enak serta kaya nutrisi. Kacang hijau biasa dijual dalam bentuk kering sehingga ketika hendak  diproses kepada tempe sebaiknya kacang ini haruslah direbus dahulu sehingga biji mengembang. Untuk agar rupa tempe ini lebih menarik maka sebaiknya menggunakan kacang hijau yang kulitnya telah dikupas. Tempe kacang hijau memiliki banyak kandungan nutrisi seperti protein, kalsium dan fosforan. Kandungan lemak dalam kacang ini juga termasuk jenis lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan. Jenis tempe yang paling jarang didengar adalah Tempe Kacang Edamame. Kacang ini sebenarnya sangat popular di Jepun sebagai makanan ringan dilaporkan juga sesuai untuk diproses menjadi tempe. Asalkan kekacang digunakan mengandungi karbohidrat sebenarnya ia memang boleh dijadikan tempe. Dilihat dari segi bentuk sebenarnya kacang edamame ini adalah mempunyai bentuk dan rasa yang mirip dengan kacang soya cuma kacang ini biasanya adalah berwarna hijau. Kacang Edamame memang didakwa kaya kandungan protein juga dilapor mampu menggantikan telur dan daging. Kacang  Edamame juga merupakan satu-satunya sayuran di dunia yang mengandungi 9 jenis asid amino essential. Jadi anda bayangkan khasiat nutrisi dari tempe ini berlimpah dan sangat bernilai untuk kesihatan. 

Satu kajian telah dijalankan di UMS untuk menambah jenis varieti produk tempe dengan cara menghasilkan tempe yang diperbuat dari kacang kuda. Kajian oleh pelajar tahun akhir ini juga melalui ujian makmal seperti ujian jika tempe ini boleh diterima dari segi sensori. Perubahan kandungan nutrien bagi formulasi tempe kacang kuda yang terbaik sebelum dan selepas proses fermentasl turut dijalankan dan dianalisa datanya. Tempe kacang kuda yang terbaik hasil kajian ini adalah tempe yang dihasilkan melalui proses perendaman kacang kuda untuk semalaman dan dicelur dalam air mendidih (100°Celcius) selama 30minit. Selepas itu kacang kuda ini akan dibuangkan kulit dan dimasukkan inokulum (Rhlzopus oligosporus) dan bersama tepung jagung dicampur gaul dengan kacang. Melalui ujian sensori dimana hasilnya ia menepati skor piawaian dari segi atribut warna ialah 5.23 ± 1.03, aroma (5.08 ± 0.92), rupa (5.20 ± 0.88), rasa (5.18 ± 1.01), tekstur (5.15 ± 1.15) dan penerimaan keseluruhan ialah 5.33 ± 0.99. Bagi analisis proksimat didapati iaitu tempe kacang kuda mengandungi 12.45 ± 0.05% kandungan lembapan ; 5.19 ± 0.57% kandungan lemak; 24.73 ± 0.43% kandungan protein; 1.26 ± 0.02% kandungan serabut kasar; 2.16 ± 0.08% kandungan abu dan 54.21 ± 0.43% kandungan karbohidrat. Di rekodkan dimana pada sepanjang proses fermentasi selama 24jam iaitu kandungan protein dan kandungan lembapan dalam tempe kacang kuda telah meningkat secara signifikan (p<0.05), manakala kandungan nutrien yang lain (Iemak, karbohidrat, sera but kasar dan abu) menunjukkan penurunan. Dalam kes kajian pasaran pula dilaporkan sebanyak 81% responden adalah suka makan tempe berbanding dengan 14% yang tidak suka makan tempe dan hanya 5% responden yang memberikan respon suka pun tidak; tidak suka pun tidak. Kajian ini juga menunjukkan jika produk tempe kacang kuda dipasarkan dimana nilai sebanyak 77% responden akan membeli produk ini. Memandangkan produk tempe kacang kuda mendapat penerimaan yang baik daripada pengguna, maka kajjian ini membuktikan dimana ia berpotensi dibangunkan sebagai sejenis makanan snek di Malaysia.

Makanan seperti tempe memang tidak menjemukan kalau dimasak dengan pelbagai resepi. Boleh dikatakan bagi sesetengah penduduk dikampong dimana mereka makan tempe setiap hari dan ada stok disimpan. Dilaporkan dimana kini iaitu kacang 
tunggak memang boleh menjadi alternatif bahan asas membuat tempe selain kacang soya. Harga kacang soya kini semakin tinggi saban tahun dan ianya adalah di import masuk ke Malaysia. Di negara jiran Indonesia bukan menjadi asing apabila tempe dibuat dari pelbagai jenis bahan asas. Walau pun dilaporkan ada sedikit kesukaran membuatnya apabila kulit kacang ini lebih susah untuk dibersihkan jika dibandingkan dengan kacang soya. Ini kerana jika diramas-ramas terlalu kuat maka kesannya kacang ini boleh hancur. Cara sesuai adalah dengan mengupasnya satu persatu. Resepi membuatnya adalah dengan menyediakan bahan iaitu 300 gram kacang tunggak dan 1 sudu teh ragi tempe (pastikan masih bagus).  Cara membuatnya dengan merendam kacang tunggak selama 12 jam (sehingga kembang). Kemudian perlu dibersihkan kulitnya sehingga benar-benar bersih dan dibasuh. Kemudian dikukus atau rebus kacang selama kurang lebih 30 minit. Pastikan kacang ini tidak terlalu lembab terutama jika direbus dan bagi atasinya boleh di sangrai kacang rebusan ini untuk tujuan mengurangkan kadar airnya. Tuang di bekas serta diratakan dan dibiarkan sehingga sejuk. Setelah itu boleh ditabur dengan ragi sehingga rata dan sebati. Seterusnya adalah aktiviti membungkus atau dimasukkan ke dalam plastik atau daun sesuai atau kertas yang sudah diberi beberapa lubang di kedua sisinya. Simpan tempe di atas rak kawat dan taruh di tempat yang tidak terkena sinaran matahari.  Biasanya setelah 2 hari tempenya mulai berpeluh dimana apabila miselium putih penoh ia menunjukkan tempe sudah jadi dan sedia untuk digunakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MAKANAN TEMPE.. KACANG DIGUNA...
TEMPE BIASA.. ASAS KACANG SOYA...
KACANG TUNGGAK... SUDAH DI CUBA...
MAKAN TEMPE... SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...