Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG TANAMAN KETUM. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG TANAMAN KETUM. Show all posts

Wednesday, June 4, 2025

SEMBANG TANAMAN KETUM (PART 3)

POKOK KETUM
(Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. 
Pokok Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai bahan iaitu MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang mampu untuk ia memabukkan dan ia boleh menyebabkan terjadi KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak dengan ia mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan media tempatan yang ada ia menyatakan bahawa menanam pokok ketum boleh menjadi 'kaya' kerana pulangan dan harga tetapi ia adalah salah disisi undang-undang jika disalahgunakan. Bagaimana pun ia juga memberikan amaran 'bahaya' kepada salahguna daun ketum menyebabkan ketagihan dan kesihatan.


Menarik laporan bertajuk '
Perubatan Tradisional Dan Cara Penanaman Pokok Ketum' untuk ia disembangkan dan di tulis semula. Pokok ketum adalah tanaman herba yang juga dikenali sebagai Pokok Biak. Ianya banyak ditanam di Afrika, Utara dan Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Di Thailand, pokok ketum dipanggil dengan nama Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat dikenali sebagai Kratom. Apa pun diketahui umum dimana secara tradisi, pokok ketum digunakan dalam perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi kaum wanita selepas bersalin dengan meminum air rebus daun tersebut. Antara kesan utamanya ialah ia akan merawat sakit belakang, melancarkan perjalanan darah dan mengeluarkan angin dari badan. Nama botani bagi ketum ialah Mitragyna speciosa korth yang berasal dari keluarga Rubiaceae. Melalui kajian dan pemerhatian ahli botanical, terdapat 2 jenis daun ketum. Ianya boleh dibezakan iaitu ciri dengan berdasarkan warna dan urat yang terdapat di daun ketum iaitu jika Jenis yang warna daun hijau dan urat daun juga berwarna hijau (KETUM HIJAU) atau jenia yang warna daun hijau tua dan mempunyai urat daun berwarna merah. Bagi ramai pengamal perubatan tradisional mengatakan daun ketum yang didakwa ia mempunyai urat berwarna merah (KETUM MERAH) dikatakan lebih mujarab dan berkhasiat. Pernah di laporkan di media jika daun ketum memang menjadi permintaan tinggi daripada Syarikat farmasi dari negara Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam daun ketum sangat membantu dalam industri farmaseutikal (pembuatan ubat ubatan). Malah dikatakan sudah ada kajian dari saintis mereka jika daun ketum boleh menjadi penawar sampingan untuk merawat penyakit kronik seperti kanser dan diabetes. Menurut bekas Pengerusi RISDA suatu masa dulu iaitu Datuk Zahidi Zainul menganggarkan pendapatan RM 1 000.00 bagi setiap 0.4 hektar tanaman dalam tempoh tuaian selama 6 bulan sahaja. Isu ini menjadi perbincangan hangat di kalangan penanam getah, pihak berkuasa, pihak perubatan dan juga orang awam di Malaysia dalam beberapa tahun dan berulang semula.
 

Di Malaysia ada dilaporkan jika kalangan pengamal tradisional akan memilih hanya pucuk daum ketum. Pucuk baru ketum yang dipetik akan dibersihkan dengan air bersih sebelum di ramas dan dicarik carik menjadi helaian daun yang kecil. Bertujuan agar kandungan nutrient di dalam daun boleh diserap dan dikeluarkan semasa di rebus. Apa pun selalunya daun tersebut akan direbus dengan cara  kandungan air yang sedikit supaya hasil air rebusan lebih pekat dan sehingga berubah menjadi warna hijau keruh. Daun ketum akan direbus selama 2 jam dan dibiarkan sejuk sebelum ditapis. Tarikh luput air rebusan daun ketum adalah 3 hari sahaja. Selalu di war-warkan akan kesan sampingan meminum air ketum di dada akhbar. Kes dalam penyalahgunaan ketum berlaku apabila daun ketum direbus dan kemudian air rebusan tersebut akan dicampur dengan bahan cemar yang lain seperti tembakau, alcohol, kafein, ubat khayal, ubat nyamuk, ubat batuk , ubat demam seperti tramadol dan panadol. Dipercayai pengambilan air ketum akan yang memberikan kesan sampingan seperti tidak mengantuk dan rasa lebih segar. Walau pun ada pelbagai kajian perubatan telah dilakukan terhadap kesan pengambilan air ketum secara berlebihan. Ianya akan menyebabkan kes penyusutan berat badan, insomnia, aneroksia, kekeringan bibir, sembelit dan mengalami kesan terbakar di muka dan pipi. Selain itu, ia akan menyebabkan rasa kurang bermotivasi, tidak mahu bergaul, kemurungan, halusinasi dan tekanan (stress). Bahan aktif didalam daun ketum yang dikenali sebagai mitragininnya juga akan menyebabkan seseorang itu rasa ketagih seperti pengambilan dadah jenis pil, rokok dan tembakau. Ianya membahayakan kepada pengguna terutama remaja dan belia muda. Memang banyak menerima bantahan penanaman ketum secara komersial di Malaysia di bincangkan dan menarik perhatian umum. Ini kerana ada kes cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada 28 Julai 2016 kepada kerajaan supaya isu cadangan penanaman daun ketum secara komersial dilakukan bagi memenuhi pasaran farmaseutikal diluar Negara mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Rata-rata rakyat dan para Menteri Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan tersebut walaupun ianya boleh dijadikan alat serampang dua mata. Objektif cadangan tersebut bertujuan membantu pasaran eksport dan menambah pendapatan pekebun kecil getah. Bantahan tersebut ekoran daripada terdapat pelbagai penyalahgunaan daun ketum dalam bidang ubatan alternatif dan tradisonal dan rampasan daun ketum kering yang memasuki pasaran gelap yang melepasi sempadan Negara. Pokok ketum telah disenaraikan sebagai bahan terlarang sejak tahun 2003. Penggunaan daun ketum diletakkan dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mensabitkan denda maksimum RM 10 000, penjara maksimum empat tahun atau kedua duanya sekali. Bantahan harus diambil perhatian mengenai penanaman pokok ketum dalam kuantiti yang banyak. Pihak berkuasa melahirkan rasa khuatir tentang cadangan dari RISDA tersebut, dimana risau ianya akan memberikan keuntungan kepada satu pihak sahaja manakala seluruh rakyat akan mengalami kesan jangka panjang seterusnya akan memberikan impak negatif kepada struktur sosial masyarakat dan bangsa Malaysia. Ianya juga akan menambah bilangan penagih dadah di Malaysia sekaligus menyebabkan masalah sosial akan meningkat. Perlu ada banyak lagi penyelidikan yang mendalam telah dilakukan sebelum cadangan penanaman pokok ketum secara komersial dilaksanakan. Pelbagai kesan mudarat yang boleh didapati di atas penyalahgunaan daun ketum walaupun pada asalnya daum ketum digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

 
Bagaimana pun teknologi atau pun cara penanaman pokok ketum ini memang mudah di dapatkan dan senang di pelajari. Dilaporkan ada terdapat 2 keadah untuk menanam pokok ketum iaitu Keadah Semaian Biji benih ketum dan Kaedah Keratan Batang. Cara pertama dimana biji benih pokok ketum matang akan disemai di dalam bekas semaian dan disiram dengan air kosong seperti semaian pokok herba yang lain. Kemudian selepas 2 minggu maka anak pokok ketum yang telah siap bercambah boleh dipindahkan ke atas plot tanaman. Apa pun cara kedua iaitu keadah keratan batang pokok ketum pula dilakukan dengan memotong bahagian batang induk pokok ketum yang telah mencapai usia matang dan amat mudah dilakukan. Pokok ketum dikatakan jenis tanaman yang mudah biak dan tumbuh liar di dalam hutan atau semak apa lagi kalau di baja dan di berikan sistem pengairan sempurna. Apa pun secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu jenis  Keratan Kayu Lembut, Keratan Kayu Sederhana Keras dan juga jenis Keratan Kayu Keras. Sebaiknya digunakan tanah sebagai medium untuk menanam keratan batang, tetapi kali ini saya kongsikan kaedah yang tidak memerlukan tanah. Sebagai panduan berikut langkah-langkahnya menanam ketum iaitu mula-mula sediakan benih dan boleh di bancuk hanab 3mL Liguano dengan 500 ml air. Ambil keratan yang sudah dipilih daipada pokok yang baik dan bebas penyakit iaitu potong keratan yang berdiameter 1.0-1.5 cm. Seeloknya keratan dipotong waktu pagi atau selepas hujan dengan cara gunakan pisau atau gunting yang bersih dan tajam semasa membuat kerja-kerja pemotongan keratan. Rendam keratan dalam larutan Liguano tadi dan bersihkan keratan dan hiris hujungnya secara serong untuk meluaskan permukaannya (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sungkupkan seluruh keratan dengan botol atau beg plastik. Buat sedikit lubang untuk membenarkan udara mengalir. Setiap hari siram keratan dengan larutan Liguano pada waktu awal pagi dan malam. Letakkan keratan di bawah cahaya matahari separa teduh apabila tunas daun mula keluar. Apabila akar mula keluar, sudah boleh pindahkan ke pasu. Larutan Liguano ialah penggalak tumbesaran tanaman yang diperkaya dengan hormon sitokinin. Liguano membantu tumbuhan berkembang lebih cepat, kuat dan sihat. 
Sembang pasal ketum dikaitkan dengan satu sudut dimana tumbuhan alami ini telah diberi Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 oleh kerajaan. Pengawalan menyeluruh dan sebarang salah laku yang melibatkan penggunaan ketum adalah perlu diambil tindakan. Jika dilihat pada sisi lain, sekiranya pokok ketum dikomersialkan. Peladang-peladang kecil memperoleh pendapatan tambahan dan sudah pasti perkembangan ekonomi Malaysia khususnya dalam bidang pertanian akan meningkat.


Dalam sinarharian.com di laporkan isu 'Gubal segera akta berkaitan ketum' dimana daun ketum yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia tumbuh di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Kedah, Perlis dan Kelantan sesuai di komersilkan. Kerajaan disarankan agar menggubal akta baharu khusus berkaitan penanaman dan industri ketum dalam negara dengan kadar segera. Bagi ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail ada nyatakan kerana negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand. Dia dakwa negara Malaysia ketinggalan berbanding Thailand yang telah menghalalkan industri tersebut dan mengkomersilkan herba perubatan itu dalam pasaran yang amat menguntungkan. Katanya apa salahnya kita gubal satu akta khusus mengenai ketum. Dengan cara itu, kita dapat kawal penggunaannya, antaranya dengan mengeluarkan lesen khas kepada pihak tertentu untuk tanam dan kemudian kita pasarkan dengan baik. Sesiapa yang dikesan menanam ketum tanpa lesen khas tersebut dan berpotensi jika ianya disalahgunakan, kita ambil tindakan dengan memusnahkan tanaman tersebut. Lantik satu pihak untuk pasarkan daun ketum dan kerajaan beroleh keuntungan lebih baik, Azman berkata, ia bakal memberi impak besar dal. Isu ini dia lihat memajukan industri herba negara kerana pokok ketum merupakan herba berimpak tinggi, malah lebih tinggi aspek manfaatnya berbanding herba lain yang diperakui seperti ginseng. Malaysia mempunyai produk daun ketum yang terbaik di dunia tetapi kita abaikan dengan isu remeh-temeh. Sekiranya ketum dibenar diusahakan secara sah, ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk, malah membangunkan kawasan luar bandar yang banyak ditumbuhi pokok herba itu. Ketum sudah lama diabaikan dalam negara walaupun ia digunakan secara meluas di beberapa negara luar antaranya untuk merawat pemulihan penagihan dadah, mengawal penyakit kronik serta penyakit saraf. Ketum yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia tumbuh di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Kedah, Perlis dan Kelantan. Namun apa yang terbaik itu, kita tak benarkan dijual atau tanam untuk industri. Dakwanya lagi kini siapa yang kaut hasilnya?. Negara Thailand yang menguasai pasaran ketum di Amerika Syarikat dan Eropah akan tetapi ketum dari Malaysia yang diseludup masuk ke Thailand dan mereka pasarkan sebagai Thai kratom. Kini setelah memasarkan ketum di peringkat antarabangsa, mereka menguasai pasaran dan telah berjaya menghalalkan ketum di Thailand. Dia bukan menyokong penyalahgunaan daun ketum, sudah tentu saya mahu ia dihentikan. Apa yang disarankan adalah penggunaan dan penjualan tanaman itu sebagai ubat herba perlu digalakkan, sebab ada pasaran ubat herba bernilai RM418.4 bilion pada tahun 2020 dan dijangka meningkat sebanyak 16% setiap tahun. Adalah dianggarkan menjelang 2026 nilai pasaran itu bernilai RM629.2 bilion. Ketum dakwanya ialah ubat perangsang yang tidak begitu kuat, tidak seperti heroin atau morfin yang merupakan dadah sintetik berbahaya berbanding ketum. Kalau Malaysia dapat kurangkan beban polis daripada bersusah payah dengan isu ketum, polis dapat beri tumpuan kepada penyalahgunaan dadah sintetik yang lebih berbahaya. Sedangkan ketum boleh dipasarkan sebagai ubat herba dan penawar kepada penagihan dadah. Malaysia kini dakwanya tidak lagi perlu melakukan kajian berkaitan ketum kerana ia sudah dilakukan oleh beberapa institusi pengajian tinggi dalam negara seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan kebanyakan negara. Malaysia tidak perlu lagi cari apa bahan aktif dalam ketum kerana ubat herba ini boleh digunakan secara menyeluruh. Malaysia hanya perlu pasarkan keseluruhan daun ketum itu. Ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan sekiranya negara menghalalkan industri tersebut secara kawalan dimana isu itu telah dibangkitkan pihaknya tahun lalu di persidangan Parlimen, selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan untuk mengkaji membenarkan penanaman ganja jenis hemp dan marijuana bagi manfaat perubatan serta ekonomi. Pada 16 Mac, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan agar kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah untuk mengeksport ketum secara sah bagi tujuan perubatan.  Muhammad Sanusi tegaskan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melakukan sesi libat urus bersama semua agensi berkaitan dan fakta dapatan terbabit akan dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk ianya boleh dipertimbangkan.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KETUM... SECARA RAHASIA...
SEMAKIN LELUASA... DI NEGERI UTARA...
DI EKSPORT KE THAILAND... ADA HARGA...
SELALU DI SERBU... PIHAK BERKUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1446H).

Tuesday, June 3, 2025

SEMBANG TANAMAN KETUM (PART 2)

PENANAMAN POKOK KETUM (Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. Pokok Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai beberapa kisah daripada laporan media tempatan yang menyatakan bahawa menanam pokok ketum boleh menjadi 'kaya' kerana pulangan dan harga tetapi ia adalah salah disisi undang-undang jika disalahgunakan. Bagaimana pun undang-undang juga memberikan amaran 'bahaya' kepada salahguna daun ketum menyebabkan ketagihan dan kesihatan.


Sembang bagaimana h
ukumnya jika menanam daun ketum bagi tujuan komersial seperti perubatan dan juga farmaseutikal sesuai disembangkan juga. Dilaporkan fakta mengenai daun ketum oleh Pejabat Agama Islam WP dimana daun Ketum atau Kratom atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa yang merupakan tumbuhan tropika yang banyak dijumpai di kawasan asia tenggara khususnya di Thailand dan juga Malaysia. Ianya digunakan secara tradisional dengan mengunyahnya ataupun dengan meminum air rebusannya dan ianya terbukti sebagai minuman pemulih tenaga atau dengan mengeluarkan angin dalam badan dan juga merawat sakit belakang. Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Penggunaan daun ketum di Malaysia kini adalah diharamkan sepertimana yang termaktub di dalam seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan pengguna daun ketum boleh dikenakan panalti kompaun maksimum sebanyak RM 10 ribu dan penjara tidak melebihi 4 tahun.Thailand: Pemilikan daun ketum di Thailand juga adalah diharamkan. Kerajaan Thailand telah meluluskan Kratom Act 2486 berkuatkuasa 3 Ogos 1943 yang mana menjadikan penanaman pokok ketum adalah haram dan pokok sedia ada perlulah di tebang. Namun, penguatkuasaannya tidaklah begitu efektif kerana penggunaan daun ketum mendapat sokongan daripada masyarakat Thailand lebih-lebih telah digunakan secara turun temurun bagi tujuan perubatan. Disebabkan oleh itu, terdapat gerakan untuk menjadikan ketum sebagai sesuatu yang ‘halal’ dan tidak disenaraikan di dalam jenis dadah narkotik yang merujuk kepada kategori 5, Undang-Undang Dadah Narkotik 1979 Thailand.Amerika Syarikat (AS): S Drug Enforcement Administration telah mengeluarkan kenyataan bahawa ketum/kratom tidak berada di bawah kawalan Federal Controlled Substances Act namun terdapat sebahagian negeri di Amerika yang mengharamkan pemilikan dan penggunaan ketum. Sebagai contoh, di sebuah negeri di AS iaitu Alabama telah mengeluarkan arahan agar segala produk yang mengandungi unsur ketum dikeluarkan dari kedai-kedai. Apa pun hukum menanam Pokok Ketum dimana pada asalnya, hukum menanam pokok ketum adalah harus sepertimana pokok-pokok yang lain. Tidak ada nas yang melarangnya bahkan ianya termasuk di dalam perkara-perkara mubahat (yang dibolehkan) untuk kegunaannya. Namun, meskipun hukum asalnya harus tetapi ianya boleh membawa kepada hukum yang haram jika terdapat faktor-faktor luar yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih mudarat. Tidak juga dinafikan bahawa daun ketum mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan telah terbukti secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit namun, disebalik manfaat yang diperolehi melalui aktiviti pengkomersialannya itu terpalit juga mafsadah (kerosakan) yang bakal berlaku bahkan sehingga kini ianya telahpun berlaku di Malaysia. Daun ketum menjadi alternatif lain bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan dadah kerana harganya yang murah serta mudah diperolehi. Akibat penyalahgunaan daun ketum, berlakunya ketagihan dan juga mengakibatkan kerosakan kepada empunya badan dan juga masyarakat sekeliling. Sudahlah isu dadah yang melanda negara kita belum dapat dibanteras dengan sebaiknya, kini ditambah pula dengan satu lagi masalah yang lain. Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak telah memutuskan bahawa cadangan penanaman pokok ketum adalah diharamkan. Ini berdasarkan kepada mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding dengan manfaatnya.


Media pernah laporkan juga 'Daripada menoreh, baik tanam pokok ketum’ agak wajar disembangkan. 
Di Kedah dimana pokok ketum yang pa­ling banyak ditanam serta menjadi rebutan peniaga dan pemi­numnya adalah daripada jenis urat merah dan daun jambu. Air rebusan daun ketum jenis itu lebih pekat dan ‘padu’ serta dapat memberi lebih tenaga kepada mereka untuk bekerja. Kalangan peminum air ketum tegar mendakwa, pokok tersebut ba­nyak ditanam di daerah Padang Terap iaitu di sekeliling rumah dan kebun termasuk yang diusahakan dalam skala besar. Ada yang menanam beberapa pokok ketum berhampiran rumah untuk kegunaan sendiri, apabila ada masa, saya rebus sendiri daun ketum dan terdapat pekebun mengusahakan tanaman ketum menggunakan sistem pertanian yang baik dalam skala besar. Kalau dahulu mereka menoreh getah dan kutip hasil sayur atau pisang, namun kini mereka tukar kepada tanaman ketum kerana lebih lumayan dan sentiasa mendapat permintaan tinggi terutama dari Thailand. Beberapa pe­ngusaha kebun di daerah Padang Terap mengakui perkara itu kerana pokok ketum mudah dijaga selain mendapat pendapatan lebih lumayan. Bagi seorang penanam ketum mendakwa, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 dalam tempoh 45 hari. Apa pun menurut bekas Timbalan Menteri Komunika­si dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dimana jika sebelum ini mendedahkan bahawa lima ba­tang pokok ketum sahaja mampu menghasilkan pulangan sehingga RM1,500. Dia pernag menjadi Pengerusi RISDA sudah membelanjakan kira-kira RM160 juta setahun bagi membantu pekebun kecil getah dimana sekiranya kerajaan membenarkan perusahaan ketum secara sah, ia mampu mengurangkan perbelanjaan negara dan mening­katkan ekonomi penduduk luar bandar. Dia juga nyatakan persoalan mengapa kerajaan MAlaysia tidak halalkan sahaja pengeksportan ketum ke negara jiran kerana mereka di sana sememangnya mengkomer­sialkan tanaman tersebut terutama dari segi perubatan dan dia mahu untuk  tetapkanlah undang-undang tertentu bagi memastikan daun ketum tidak disalah guna. Cadangan yang dibangkitkannya itu bukan bermaksud semua penduduk diminta untuk mena­nam ketum kerana tanaman se­dia ada sudah banyak selain tiada lagi keputusan dibuat Kerajaan Pusat berhubung perkara tersebut. menanam pokok ketum bukanlah satu kesalahan dan ia hanya salah jika memetik dan menjualnya dimana jika ada kawalan ke atas penanaman daun ketum ini perlu dilakukan menerusi undang-undang atau akta khas bagi mengelak lebih ramai pekebun menukar tanaman mereka kepada ketum selepas ini dan tindakan segera perlu diambil sebelum penana­man ketum menjadi tidak ter­kawal seterusnya menyumbang kepada masalah penagihan.


Media lain laporkan dimana '
Petik, proses ketum boleh dikenakan tindakan' seperti dalam bharian.com. Kisah dari Alor Setar juga mengenai tindakan ke atas kegiatan penanaman ketum secara besar-besaran oleh penduduk tempatan di negeri ini boleh dilakukan, jika pemilik tanah terbabit melakukan kesalahan memetik dan memproses tanaman itu. Menurut Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata pihaknya sentiasa memantau kegiatan penanaman ketum terutamanya di daerah bersempadan Thailand, namun ia lebih kepada operasi risikan. Selagi ketum diletak di bawah Akta Racun 1952, maka tidak banyak tindakan dapat dilakukan polis kerana ia berkaitan dasar yang dibuat kerajaan dan memerlukan pindaan bagi membolehkan polis bertindak lebih luas. Polis ada maklumat berkaitan kegiatan penanaman ketum seperti di daerah Padang Terap yang berdekatan negara jiran, tetapi undang-undang menyatakan tidak menjadi kesalahan jika hanya menanam pokok ketum dan apa yang menjadi kesalahan adalah memetik dan memproses, jadi bagaimana polis mahu bertindak jika keadaan kami umpama 'tangan diikat ke belakang' dalam isu ini. BH ada pernah mendedahkan kegiatan penanaman ketum didapati kembali berleluasa di negeri ini apabila semakin banyak tanah pertanian milik penduduk tempatan kini ditanam tumbuhan itu dan diusahakan berskala besar serta terbuka. Apa yang lebih mengejutkan apabila tinjauan mendapati ada kebun ketum diusahakan secara moden dan sistematik, termasuk mempunyai sistem saliran serta alat penyiram automatik yang dipasang di kawasan tanaman bagi memastikan daunnya tidak kering. Kini tindakan kerajaan Thailand membenarkan penjualan ketum secara sah di negara itu sedikit sebanyak turut menyebabkan semakin banyak pemilik kebun tempatan memilih menanam pokoknya. Pihak polis tidak boleh berada 24 jam di ladang ketum menunggu pekerja memetik atau memproses daun ketum semata-mata untuk menangkap mereka, kita ada tugas lain lebih penting seperti pencegahan jenayah dan juga aktiviti membanteras kegiatan dadah. Polis tetap melakukan tanggungjawab mengawal sempadan Malaysia-Thailand bagi memastikan kegiatan jenayah lintas sempadan termasuk penyeludupan ketum tidak berlaku di kawasan berkenaan.
Polis meminta penduduk kampung tidak sewenangnya menukar tanaman kebun mereka kepada pokok ketum semata-mata bagi mengejar keuntungan mudah kerana tindakan boleh diambil kerajaan negeri. Hakikatnya polis memerlukan undang-undang dan kerajaan negeri perlu membantu sekiranya serius dalam usaha membasmi kegiatan penanaman ketum kerana pemilik tanah akan cuba mencari keuntungan. Polis cuma boleh minta pemilik tanah ini jangan tanam pokok ketum kerana tindakan masih boleh diambil jika didapati melakukan kegiatan memetik dan memproses bahan itu. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KETUM... SECARA RAHASIA...
SEMAKIN LELUASA... DI NEGERI UTARA...
DI EKSPORT KE THAILAND... ADA HARGA...
SELALU DI SERBU... PIHAK BERKUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1446H).

Monday, June 2, 2025

SEMBANG TANAMAN KETUM (PART 1)

PENANAMAN POKOK KETUM
(Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. Pokok Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai beberapa kisah dari laporan media tempatan yang menyatakan bahawa menanam pokok ketum boleh menjadi 'kaya' kerana pulangan dan harga tetapi ia adalah salah disisi undang-undang jika disalahgunakan. Bagaimana pun ia juga memberikan amaran 'bahaya' kepada salahguna daun ketum menyebabkan ketagihan dan kesihatan.


Media hmetro.com laporkan dimana 'Penanaman ketum kembali berleluasa' beberapa kali dimana isu ini sering di jadikan perbualan hangat. Semua berpunca dari permintaan dan harga tinggi di negara jiran Thailand menyebabkan ramai pemilik tanah menanam pokok ketum di utara Semenanjung Malaysia seperti di Kedah sehingga pengusaha sudah ala komersial bila mereka menggunakan sistem saliran dan alat penyiram air automatik.  Memetik laporan HM dari ALor Setar, Kedah dimana kegiatan penanaman pokok ketum didapati kembali berleluasa di negeri ini apabila semakin banyak tanah pertanian milik penduduk tempatan kini ditanam dengan tumbuhan itu dan diusahakan secara berskala besar dan terbuka. Tinjauan pihak berkuasa mendapati ada kebun ketum diusahakan secara moden dan sistematik termasuklah mempunyai sistem saliran serta alat penyiram (sprinkler) automatik, yang dipasang di kawasan tanaman pokok ketum bagi memastikan daunnya tidak kering. Apa pun kegiatan iaitu penanaman pokok ketum reda sedikit pada 2019 iaitu selepas kerajaan Kedah memberi amaran akan merampas tanah milik penduduk yang digunakan untuk menanam pokok ketum. Apa pun kemudian selepas negara jiran Thailand membenarkan penjualan bahan itu secara terbuka bermula Ogos 2022 lalu dimana ia telah pun mendorong peningkatan mendadak dalam pengeluaran daun ketum Malaysia sehingga tiga kali ganda dimana ia sekali gus menyebabkan harga daun ketum turut melambung. Semasa tinjauan dilaporkan harga ketum di pasaran negara jiran itu dilaporkan mencecah lebih RM150 sekilogram dengan daun ketum yang diseludup dari Malaysia menjadi pilihan kerana dikatakan mempunyai rasa lebih 'padu' dan kesannya lebih lama kepada penagihnya. Dilaporkan yang ia telah mengakibatkan kegiatan penyeludupan ketum melalui lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand terus meningkat seperti dilaporkan pihak berkuasa yang mengawal kawasan berkenaan. Dilaporkan harga jualan daun ketum di pasaran tempatan turut naik antara 20 -  30% akibat dari peningkatan kawalan sempadan oleh pihak berkuasa sejak lebih dua tahun lalu, menyukarkan bahan terlarang diseludup masuk ke negara ini. Masa itu dimana ia mengakibatkan harga ketum pasaran tempatan yang sebelum ini antara RM15 hingga RM20 sekilogram kini mencecah antara RM25 hingga RM30 bergantung kepada jenisnya dengan ketum urat merah dikatakan lebih mahal dan paling popular. Kawasan penanaman pokok ketum yang dekat dan ia bersebelahan dengan sempadan Thailand juga mendapati pemilik ladang ketum kini semakin berani menanam tumbuhan itu termasuk berdekatan rumah mereka dan juga mereka menanam juga di kawasan terletak di laluan utama.


Strategi penanaman ketum ini oleh para pemilik kebun ketum dipercayai selalunya akan menggunakan pokok buah-buahan seperti tanaman pisang yang ditanam rapat pada bahagian hadapan bagi mengelak kegiatan mereka menanam ketum di bahagian belakang dikesan pihak berkuasa. Apa pun bagi kebun ketum di kawasan berbukit pula selalunya kalangan pemilik ladang turut 'melabur' ribuan ringgit bagi memasang sistem saliran dan alat penyiram air automatik bagi memastikan pokok dapat hidup subur serta mengeluarkan hasil yang banyak. Selalunya bekalan air pula dipercayai dipam menggunakan set generator dari kolam takungan yang dikorek berdekatan ladang sebelum disalurkan menggunakan paip poli berwarna hitam. Kemudian bagi tujuan menguruskan ladang dimana pemilik ladang ketum dipercayai turut mengupah pekerja warga asing yang tinggal di rumah kongsi bagi melakukan kerja memetik, merebus dan juga seterusnya akan membungkus air ketum sebelum dijual. Hasil tinjauan dengan seorang penduduk tempatan hanya mahu dikenali sebagai Aiyok (46) yang mendakwa kebun ketum seluas kira-kira lima relung atau 1.4 hektar mampu memberi pulangan lebih RM3,000 sebulan kepada pemiliknya. Harga ketum naik secara berterusan menyebabkan ramai berminat menanamnya dimana ada pesawah turut menukar tanaman mereka disebabkan harga baja dan racun untuk padi sangat mahal sehingga kadang-kadang kami rugi dan tidak balik modal selepas jual hasil tuaian. Dilaporkan juga lebih baik tanam pokok ketum sebab tidak perlu susah sangat untuk menjaga dan tidak perlu membaja dan meracun. Cuma ketika musim panas kena jaga air dan selalu siram dimana jika tidak kualiti daun keluar untuk di petik menjadi tidak elok. Bagi para penduduk kampung menanam pokok ketum bukan kesalahan besar kerana jika hanya bergantung kepada hasil sawah atau hasil kebun buah-buahan sahaja, ia tidak mencukupi bagi menyara keluarga mereka. Ada kalangan penduduk kampung yang tanam sedikit sahaja dan ada dilaporkan yang tanam secara luas. Kalau pada masa dulu yang selalu datang cari (beli) orang dari seberang (Thailand) kerana harga lebih mahal di sana, tetapi sekarang orang Malaysia pun ramai datang masuk ke kampung cari daun ketum. Dulua pada 2019 beberapa akhbar lokal pernah mendedahkan sekurang-kurangnya empat daerah di Kedah dikesan menjadi kawasan penanaman ketum yang dipercayai terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah lebih 100 hektar. Ia terdiri dari daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Sik dianggarkan mampu mengeluarkan sehingga 180 tan daun ketum dengan nilai pasaran mencecah RM3 juta bagi setiap kali tuaian. Apa pun kegiatan penanaman ketum dikhuatiri menjadi 'industri' yang sukar dibanteras di negara ini, khususnya di Kedah kerana mendapat permintaan dan harga yang tinggi, sekiranya kerajaan gagal menggariskan undang-undang yang jelas membabitkan tumbuhan itu walau pun ada undang-undang yang sedia ada tidak melarang penanaman pokok ketum, tetapi penggunaan tumbuhan itu disenarai mengikut Akta Racun 1952. 


Isu itu menyebabkan orang ramai terutama petani yang tidak takut untuk terus menanam ketum kerana tahu hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka tidak berat seperti kesalahan menanam pokok ganja. Walau pun isu ini  sudah bertahun akan tetapi sehingga hari ini belum ada undang-undang ketat bagi mengawalnya sedangkan masalah sosial yang timbul akibat ketagihan ketum ini sentiasa ada. Apa pun bila petani kini berani mengusahakan ladang ketum secara sistematik, maknanya kegiatan ini tidak mustahil akan jadi seperti industri suatu hari nanti kerana tiada kawalan pihak berkuasa. Kesan permintaan kepada bahan bersifat khayal termasuk dadah akan sentiasa tinggi terutamanya jika harganya dianggap murah serta mudah didapati. Malaysia  perlu ada kesungguhan politik bagi mengubah keadaan ini, hendak mengatakan polis atau pihak berkuasa lain tidak bertindak, mereka tidak ada kuasa perundangan yang jelas bagi melakukannya. Masalah ketum dalam masyarakat berlaku sepanjang masa, ada pelajar sekolah alami ketagihan sehingga tidak boleh belajar dan ada orang dewasa yang ketagih tidak boleh bekerja. Mengenai kajian yang dilakukan penyelidik mendapati ketum mampu merawat masalah ketagihan dadah, beliau menegaskan, perkara itu tidak dapat dibuktikan melalui penyelidikan saintifik, selain tiada ujian klinikal pernah dilakukan. Kajian ini hanya dilakukan pihak tertentu di peringkat universiti sahaja, ketum tidak pernah sampai sehingga ke peringkat ujian klinikal atau ujian ke atas manusia, maka kemampuannya tidak dapat dibuktikan sama sekali. Sama juga yang terjadi kepada tongkat ali yang dikatakan boleh merawat penyakit tertentu, tetapi tiada ujian klinikal tepat dibuat maka herba itu kekal menjadi makanan tambahan dan tidak boleh dianggap sebagai ubat. Apa pun jika ada pihak mahu ketum ditanam bagi tujuan penyelidikan seperti yang dilakukan ke atas hemp, maka perlu ada undang-undang terlebih dahulu bagi mengelak ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KETUM... SECARA RAHASIA...
SEMAKIN LELUASA... DI NEGERI UTARA...
DI EKSPORT KE THAILAND... ADA HARGA...
SELALU DI SERBU... PIHAK BERKUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...