Support My Blog

Sunday, December 15, 2019

PERTANIAN ORGANIK DI MALAYSIA

PERTANIAN ORGANIK DI MALAYSIA kini sudah mendapat perhatian dikalangan aktivis dan petani yang mamajukannya. Ini kerana Pertanian Organik merupakan salah satu jenis pertanian yang merupakan tanaman alternatif mengelakkan sebrang penggunaan bahan beracun terhadap tumbuhan yang mana penulis blog dapati yang asalnya dimulakan pada abad ke-20. Pertanian ini melibatkan sistem pengeluaran yang holistik yang menolak akan semua pengggunaan baja sintetik dan penggunaan racun perosak dan organisma yang diubahsuai secara genetic yang dapat meminimumkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Penulis blog yang pernah berkursus mengenai pertanian organik di Korea danThailand mendapti pada umumya ilmu dan juga mengetahui bahawa pertanian organik ini memberi manfaat atau faedah kepada proses-proses semulajadi dan persekitaran. Permintaan terhadap bahan-bahan organik dan baja mikrob pada paras yang maksimun untuk meningkatkan kesuburan tanih dan kualiti hasil yang bakal diperolehi. Pada masa sekarang, pasaran bagi hasil pertanian organik mulai berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat yang mempunyai kesedaran dalam manfaat makanan organik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai status pertanian organik di Malaysia sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Dalam pada itu pertanian organik adalah antara spektrum kaedah pengeluaran yang menyokong alam sekitar. Pertanian adalah kekal sebagai sektor utama bagi aktivitii pembangunan ekonomi bagi kebanyakan negara membangun. Adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dimana ia akan mengurangkan kemiskinan dan memulihara sumber semula jadi penting kepada generasi masa kini dan masa depan dunia yang akan bergantung sepenuhnya kepada kelangsungan hidup dan  kesejahteraan mereka. Faktor alam sekitar perlu diambil kira jika masyarakat berterusan menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional yang secara jelasnya banyak impak buruk terhadap alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah berasid, pencemaran sungai akibat daripada penggunaan baja yang berlebihan dan semestinya menjejaskan kesihatan manusia. Penulis blog mendapati dimana adalah menjadi satu kewajipan untuk meningkatkan kesedaran manusia betapa penitngnya akan isu alam sekitar dan keselamatan makanan yang mendorong kepada perkembangan dan ini berkait dengan pengamalan pertanian organik di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Di Malaysia pada saya dimana pertanian organik telah lama diamalkan apabila petani menggunakan baja daripada produk sampingan pertanian yang mempunyai material yang lebih organik (Sila lihat foto disebelah). Pertanian komersil organik di Malaysia sacara relatifnya baru dan merupakan industri yang kecil jika ianya hendak dibandingkan dengan pertanian konvensional. Sebelum penubuhan ladang organik secara komersil, pertanian organik di Malaysia telah dimulakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajan (NGO) yang prihatin terhadap kualiti makanan, dan pengaruh gerakan serta organisasi alam sekitar yang aktif dari seluruh dunia. Kesedaran mengenai input kimia yang tinggi digunakan dalam pertanian konvensional menggalakkan mereka mencari sumber alternatif makanan.

Menyentuh kepada status perlaksanaan pertanian organok di Malaysia penulis blog mendapati dimana kini Jabatan Pertanian Malaysia telah memperkenalkan sistem pensijilan mengikut piawaian antarabangsa (Sila lihat logo diatas). Persijilan tersebut kini telah biasa digunakan dalam pertanian organik adalah Skim Organik Malaysia (SOM) dan National Association for Sustainable Agriculture, Australia (NASAA). SOM merupakan program yang dibangunkan oleh Pembangunan Peranian Malaysia untuk mengesahkan lading organik yang beroperasi mengikut panduan dan kriteria yang telah dietapkan. Manakala NASAA merupakan program yang berada di bawah pengesahan Australia yang diiktiraf oleh IOAS, organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang memberi akreditasi skim persijilan untuk pertanian organik. Kini jika dilihat pada pasaran pertanian organik di Malaysia adalah sangat terhad dan kecil. Bagaimana pun rekod menunjukkan dimana pada tahun 2013, terdapat 75 ladang yang telah disahkan dan 296 ladang yang telah berdaftar. Tanah yang digunakan dalam pertanian organik pula dianggarkan seluas 2700 hektar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala bilangan peruncit pada 2013 pula adalah sebanyak 204 iaitu Selangor 57, Kuala Lumpur 58, Penang 28, Johor 17, Perak 16, dan Sabah Serawak 12 peuncit. Seterusnya pemborong pula berjumlah sebanyak 53 dan restoran yang menyediakan mkanan berasaskan organik hanya 35 buah restoran. Pemproses bahan organik hanya terdapat 4 buah dan 4 pembekal servis petanian organik. Di Malaysia hanya terdapat dua pertubuhan yang pro-organik iaitu CETDEM (Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia) dan OAM (Organic Alliance Malaysia). Rangkaian kedai yang besar membekalkan makanan organik adalah Country Farm, BMS, Just Life, Zenxin, Jusco, AEON, Giant, Tesco, Carrefour, Cold Storage dan lain-lain.

Maklumat mengenai mereka yang menyertai Skim MyOrganic terus dipantau oleh Jabatan Pertanian Malaysia sepanjang tahun. Pada tahun 2015 dilaporkan dimana  ada hanya sebilangan pengoperasi dalam pertanian organik telah meningkat di setiap negeri iaitu Kedah 7, Penang 43, Perak 23, Selangor 106, Kuala Kumpur 63, N. Sembilan 10, Melaka 10, Kelantan 1, Terengganu 2, Johor 39, Pahang 19, Sabah 11, Sarawak 19 dan jumlah penguasaha dimana jummlah ini bergganda pada tahun 2019. Kini akibat daripada perkembangan pertanian organik ini, timbul isu keaslian dalam kalangan pengguna yang Jabatan Pertanian telah mengambil langkah dengan cara memperkenalkan peraturan penglabelan organik untuk makanan berasakan tumbuhan pada tahun 2011 dibawah Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa yang sama Jabatan Pertanian (DoA) juga menawarkan satu program pensijilan organik yang dikenali sebagai Skim Organik Malaysia (SOM). Terkini persijilan MyOrganic atau SOM hanya merangkumi daripada segi pengeluaran ladang. Sudah menjadi satu keperluan untuk membangunkan pensijilan dalam pengendalian dan  pemprosessan pengeluaran daripada ladang. Menurut Ong Kung Wai, pengerusi OAM bahawa OAM dan DoA telah pun bekerjasama untuk mengembangkan skop SOM dalam meliputi bahagian tersebut dan menyediakan pensijilan dalam pengendalian, pemprosesan termasuk pengesahan untuk import tela pun beroperasi. Kumpulan perintis dalam pertanian organik iaitu Ace Canning, Alive Organic,  Budayatama Corporation, Country Farm, Opika dan Yuen Chun Industries yang mengambil bahagian dalam permohonan awal dalam pemeriksaan dan proses pengesahan dengan OAM untuk memuktamadkan permohonan dan prosedur. Akhirnya lima daripada syarikat ini layak menerima pensijilan pada bulan Disember 2014. 

Pada bulan Jun 2015, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan pensijilan organik yang dipanggil Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia. Jadi terdapat pertembungan antara dua badan kerajaan dalam menetapkan peraturan untuk pengeluaran organik. Oleh itu, satu pertemuan diadakan antara Kementerian Kesihatan  (MoH), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Jabatan Pertanian (MoA). OAM untuk tujuan pasukkan dalam membincangkan isu berkenaan implementasi skim pensijilan MoH dan MoA/DoA yang boleh dilaksanakan lebih daripada satu agensi kerajaan jika bekeperluan. Namun terdapat juga  pengusaha hanya perlu mengemukakan melalui satu agensi sahaja dan proses tersebut tidak perlu berbeza daripada skim pensijilan organik yang dilaksanakan menyeluruh di dunia. Pada tahun tersebut juga telah pun memperlihatkan rujukan standard organik Malaysia MS1529 s   upaya berada dalam satu landasan yang diterapkan oeh ASEAN Standard for Organic Agriculture (ASOA) dan menjenamakan semula Skim Organic Malaysia (SOM) sebagai Malaysian Organic Certification or My Organic. Pengusaha dan petani yang telah mendapat pengesahan pensijilan daripada DoA boleh menggunakan tanda atau logo myOrganik pada produk mereka untuk menangani keraguan pengguna terhadap keaslian produk tersebut. Kemudian pada tahun 2014, Standard Malaysia MS1529: 2001 telah dikemaskini kepada MS1529:2015 Tumbuhan berasaskan organik yang mengeluarkan makanan - keperluan untuk pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, pelabelan dan pemasaran, dan telah dikeluarkan oleh  Jabatan Piawaian Malaysia pada tahun 2015. Matlamat piawaian ini adalah pertamanya untuk melindungi pengeluar dan pengguna terhadap penipuan di pasaran dan tuntutan produk yang tidak berasas. Matlamat yang kedua pula untuk memastikan bahawa semua peringkat pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan pelabelan dipenuhi dengan standard dan ketiganya bersamaan dengan standard antarabangsa supaya ia boleh digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan. Kemasukan keperluan pelabelan dan pemasaran sangat penting kerana ia selaras dengan keperluan pelabelan yang relevan di bawah sistem undang-undang penguatkuasaan di Malaysia. 

Terkini dimaklumkan dimana sebanyak lebih 251 ladang dengan keluasan 1,848 hektar diperakui dengan myOrganik. Penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang beberapa kali melawat dan sering memeriksa ladang-ladang My Organic yang tertumpu di Daerah Bentong dan sekitarnya. Memang dilaporkan dimana kebanyakan ladang organik berada di Pahang dan kebanyakannya menghasilkan sayuran dari jenis sayuran daun, ulaman dan juga tanaman umbisi. Petani lazimnya akan memilih untuk menanam sayuran organik kerana permintaan yang lebih tinggi, berbanding tanaman lain bagi pasaran dikawasan Lembah Kelang atau Ibukota Kuala Lumpur. Pengeluaran sayuran termasuk sayur-sayuran berdaun seperti kobis, broccoli, mustard, kale Cina dan bayam. Buah organik yang ditanam termasuk juga buah-buahan seperti buah durian, betik dan pisang. Buah-buahan ini sudah mempunyai pasaran tertentu. Pada masa yang sama pemantauan penulis blog dapati dimana bilangan cendawan dan ladang herba yang disahkan dengan myOrganic juga semakin meningkat kerana mereka tidak menggunakan apa-apa input kimia dalam amalan pertanian semasa dan prosedur untuk pensijilan adalah lebih mudah. Akibatnya, bilangan syarikat yang ada menerima akreditasi telah meningkat. Di Pahang sahaja dilaporkan bilangan peserta ladang organik tertinggi yang menerima pensijilan myOrganik terus meningkat. Jumlah hasil pengeluaran organik dari ladang-ladang  dilaporkan sehingga sebanyak 980 tan dengan anggaran nilai RM245 juta. Semuga artikel ini memberi infoo berguna mengenai status pertanian organik di Malaysia untuk bahan rujukkan anda pembaca blog anim agro technollgy kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... APA BENDANYA...
TIADA RACUN SINTETIK... ITU ASASNYA...
MAKANAN SELAMAT... BAGAIMANA HARGA...
BACA ARTIKEL... DAPAT MEKLUMATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(9 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...