Support My Blog

Showing posts with label PADI BUKIT. Show all posts
Showing posts with label PADI BUKIT. Show all posts

Friday, May 22, 2015

PADI BUKIT (Part 4) - KAWALAN PEROSAK


PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai KAWALAN PEROSAK  tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.

(1) BURUNG PIPIT

Burung pipit (Longchura spp) merupakan sejenis burung yang suka makan padi yang hampir masak. saya ada menulis artikel mengenai burung pipit makan padi dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini)Bagi saya dikawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yang habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi bukit yang terpencil menjadi satu ancaman kepada petani. Jika serangan burung pipit tidak dikawal maka serangan oleh burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 40-70% jika tiada kawalan langsung. Biasanya petani akan membuat objek seperti "ORANG-ORANG" diletakkan tengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik oleh penjaga.


(2) CENGKERIK

Serangga Cengekerik atau juga dipanggil Sesorok (Gryllotalpa orientalis) merosakan tanaman anak pokok padi yang tumbuh dengan memakan pucuknya terutama dimalam hari. Cengkerik tanah ini boleh dikurangkan populasinya dengan membersihkan kawasan kebun dan persekitarannya. Kawalan dengan racun serangga yang sesuai membantu kurangkan populasi. Kini ada petani disyorkan menggunakan perangkap lampu kerana cengkerik suka cahaya terang dan terbang kepada perangkap lampu dimalam hari. Musnahkan cengkerik yang diperangkap.


(3) ULAT PENGOREK BATANG

Ulat Pengorek Batang (Chilo spp dan Scirpophaga incertulas) akan merosakan tanaman padi bukit dengan makan batang padi. Kawalan dengan cara memusnahkan tunggul jerami padi yang lama dan kurangkan penggunaan baja N berlebihan. Semburan pada daun padi dengan racun jenis sistemik membantu mengawal populari perosak ini. Gunakan racun Fipronil atau Racun Carbofuran semasa peringkat padi bunting. Lazimnya jika ada ramai petani dikawasan penanaman padi bukit digalakkan menanam serentak. 


(4) ULAT GULUNG DAUN

Ulat Gulung Daun (Cnephalocrosis medinalis) pada tanaman padi huma jiga perlu dikawal. Kawalan dengan cara mengelakkan dari menggunakan baja N berlebihan atau dibuat semburan racun serangga jenis Chlorantraniliprole atau Fipronil atau Carbofuran pada sukatan dan masa yang tepat.


(5) KESING

Serangga Kesing (Leptocorisa acuta) lazimnya akan menyedut air sap pada biji padi diperingkat susu semasa 'filling stage'. Akibatnya biji padi akan menjadi hampa dan ini amat merugikan petani jika tidak dikawal. Kawalan racun kimia dengan racun jenis Fenthion dan Etofenprox  yang disembu diperingkap pengisian susu biji padi. Semburan dibuat jika populasi kesing tinggi.


(6) TIKUS

Serangan tikus (Rattus spp) dikawasan tanaman padi bukit lebih serius berbanding dengan disawah padi kerana tanahnya kering. Ia berlaku disemua peringkat penanaman daripada menugal benih sehingga padi hampir dituai. Tikus mesti dikawal dari awal penanaman dengan menjalankan sanitasi kebun (buang semak samun tempat perlindungan tikus0, musnahkan lubang sarangnya, pasang perangkan dan umpan yang sesuai. Umpan kimia seperti Warfarin dan Chlorophacinone dan jenama Matikus boleh digunakan dikawasan laluan tikus. Sentiasa membuat pemantau di kebun untuk melihat kesan kehadiran dan serangan sang tikus.


(7) BABI HUTAN

Babi Hutan (Sus scrofa) merupakan haiwan yang termasuk dalam kategori perosak tanaman padi bukit. Ini kerana babi hutan akan membongkar tanah dikawasan tanaman padi yang lembab untuk mencari cacing dan serangga lain. Babi hutan yang melalui kawasan padi bukit juga merebahkan tanaman dan ini menjejaskan pertumbuhan dan hasil. Kawalan babi hutan dengan memasang perangkap dan menembak dengan senjata api.
Semuga artikel ini memberi infi  berguna kepada anda. Wasallam!.


TANAM PADI... MUSUH ADA..
PADI BUKIT..LAGI DIA SUKA...
TIKUS BURUNG... JANGAN LEKA..
SILAP CARA... HASIL TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sungai Semeran,
Jalan Serian-Tebedu, Serian,
Sarawak, 
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1436H)

Thursday, May 21, 2015

PADI BUKIT (Part 3) - AMALAN AGRONOMI

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai AMALAN AGRONOMI tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.


Tanaman padi bukit walau pun kurang popular tetapi masih perlukan amalan agronomi untuk mendapatkan hasi berpatutan. Penggunaan baja dengan kadar 75:25:35 kg (NPK) selain beberapa unsur mikro lain sesuai dilakukan. Selainitu terdapat Baja Sebatian Padi Bukit digunakan (15:12.5:17.5:1 +TE + HA + NUE) dengan kadar untuk penggunaan 200 kg sehektar. Cara memberi baja ini sebaiknya dibenamkan didalam tanah sedalam 5 cm. Baja ini ditabur 15 - 20 hari selepas bercambah (HLC) melihat kesesuaian cuaca dan saiz tanaman. Baja urea diberikan 85 - 90 hari seelepas bercambah (peringkat pertumbuhan) dan juga kali kedua pada 115 - 120 HLC) iaitu peringkat padi bunting. Kadar penggunaan urea sebanyak 50 kg sehektar pada setiap peringkat aplikasi. Elakkan menabur baja pada musim kering dan sebaiknya ditabur selepas hujan untuk mendapatkan kesan optima. Pada masa ini petani digalakkan juga menggunakan baja foliar (semburan daun) pada umur 65 HLC dan 130HLC untuk medapatkan hasil yang optima. Ia disembur pada pokok dengan kadar disyorkan sebanyak 4 liter sehektar. 


Rumpai dikebun merupakan masaalah utama penanaman padi bukit kerana ia bersaing utuk ruang, air, baja dan sebagainya.Silap-silap tanam jika tidak dijaga maka hanya rumput yang akan naik subur. Penulis dapati antara jenis rumpai daun lebar yang sering dijumpai seperti jenis rumpai daun tirus, rusiga dan paku pakis. Jenis yang tumbuh seperti Rumput Selaput Tunggul (Mikania micranta), Dokong Anak (Phyllanthus niruri), Pokok Kapalterbang, Sendayan dan beberapa lagi. Ia perlu dibasmi semasa penyediaan kawasan dengan membakar, menajak meracun, mencabut dengan tangan dan sebagainya. Ada yang gunakan racun pra-cambah seperti Pretichlor dengan cara betul.  Jenis racun seperti Glyphosate dan Glufosinate boleh digunakan dengan karedah yang betul. Gunakan racun rumpau selektif untuk mengelakkan kecederaan teruk kepada tanaman padi bukit. Sebaiknya kawalan rumpai dilakukan diantara 17 - 45 hari HLC untuk mrndapatkan hasil optima. Amalan agronomi untuk kawalan penyakit dan perosak bagi tanaman padi huma dijelaskan dalam Artikel Padi Huma (Part 4). Wasallam.


PADI BUKIT... KENA BERBAJA...
BAJA SEBATIAN... DAN UREA...
KAWAL RUMPAI...SENTIASA...
POKOK SIHAT... HASIL DIRASA..

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Kg Siol Kandis, Semenggik,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)

Wednesday, May 20, 2015

PADI BUKIT (Part 2) - PENANAMAN

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat bebrapa rujukan teknikal.


Kawasan tanaman padi bukit sesuai dikawasan tanah yang cerunnya kurang 35 darjah dengan ada laluan jalan untuk membawa bahan input dan hasil tuaian. Ia juga tidak mempunyai isitem pengairan dan alat jentera khusus digunakan. Tanah dengan kedalaman 0 - 40 cm memadai dengan pH tanah diantara 5.5  - 6.5. Penggunaan kapor pepejal kini telah disesuaikan teknoogi penggunaan kapor cecair dengan cara disembur ketanah 3 hari sebelum menugal. Sebaiknya menyembur kapor selepas hujan untuk mendapatkan kesan optima. Apa pun penyediaan kawasan padi huma perlu dilakukan awal semasa msuim kering dengan meneang, memerun dan membakar sisa kayu. Jika gunakan kawasan tanaman padi huma yang lama (pernah ditanam dahulu) makan dikawasan yang ada semak samun ia perlu diracun dahulu dan kemudian dibakar. Pembakaran perlu dikawal untuk mengelakkan merebak. Kesan daripada pembakaran lazimnya menyumbang kesuburan tanah dengan unsur K dan P yang ditambah. Bagaimana pun ia perlukan baja untuk menambah kesuburan tanaman padi bukit.


Terdapat beberpapa jenis padi bukit yang sesuai ditanam di Sarawak dan Sabah mengikut lokaliti. Lazimnya petani akan menyimpan sendiri stok benih untuk ditanam setiap musim berikutnya. Kesesuaian varieti lazimnya mengikut jenis tanah, cuaca dan ciri-ciri padi yang disukai seperti aroma, citarasa dan ketahanan kepada penyakit. Penulis membuat rujukan di Jabatan Pertanian Sarawak mendapati beberapa varieti padi bukit yang popular seperti Mayoh, Lawi, Tipos, Sempangan B, Pandan, Kuning Serasan Putih dan juga varieti Buntar B. Kesemua varieti padi bukit merupakan jenis tradisional dengan sifat pokok yang tinggi dan fotopeka serta potensi hasil yang memang rendah. Ia lazimnya akan matang untuk dituai 145 0 150 hari selepas betcambah. Kelewatan percambahan akibat kurang air menjejaskan tempoh matang. Lazimnya benih padi bukit disimpan ditempat khusus dan bebas daripada benih rumpai semasa mengambilnya. kadar penggunaan benih padi bukit sebanyak 30 kg sehektar. Sebaiknya benih dirawat dengan racun kulat Benomyl.


Menanam padi bunit unik caranya kerana kena dilakukan dengan cara menugal. Penulis berpengalaman menanam padi bukit di Gersik, Ledang, Johor sekitar tahun 1970'an (sekitar umur 7-8 tahun) bersama keluarga beberapa tahun. Kayu Tugal merupakan kayu lurus berukrlilit sekitar 10 - 15 cm dengan hujungnya ditajamkan. Kerja menugal dilakukan seorang atau beberapa orang dengan menekan penugal kedalam tanah sedalam 3-7 cm dan akan diisikan benih didalamnya. Sebanyak 5 - 10 biji dimasukkan dan kemudan ditutup sedikit dengan tanah. Jika terbuka tanpa ditutup tanah maka kemungkinan benih akan dimakan tikus, burung, semut atau kering dibawah sinaran matahari. Jarak penanaman antara pokok adalah 25 cm x 25 cm dan sebaiknya dalam keadaan lurus. Lazimnya benih yang baik dan bernas dengan cuaca sempurna kan bercambah dalam masa 4 - 5 hari. Aktiviti amalan agronomi dan lain-lain ditulis dalam Part 3. Wasallam!.
PADI HUMA... MANA BENIHNYA...
BANYAK VARIETI.. PILIH MANA...
LUBANG DITUGAL..5 - 10 BIJINYA...
BILA TUMBUH... RASA LEGANYA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Kg Siol Kandis, Semenggik,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)

Saturday, May 9, 2015

PADI BUKIT (Part 1) - KOSTING

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai anggaran kos pengeluaran dan pendapatan (costing) tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.


Belum banyak bahan rujukan menulis mengenai kosting tanaman padi bukit ditulis. Kali ini saya akan membuat sedikit kosting tanaman padi bukit untuk dijadikan bahan rujukan daripada pemerhatian dilakukan di Sabah dan Sarawak dengan penyesesuaian teknologi. Lazimnya kosting akan menjelaskan kepada Kos Benih dan Bahan Input dan Kos Tenagakerja (Buruh). Bergantung kepada musim, jenis tanah dan serangan perosak, lazimnya satu hektar padi bukit mampu menghasilkan purata sebanyak 1,950 kg beras. Jika berlaku serangan perosak seperti serangga (Ulat pengorek batang, cengkerik, ulat gulung daun san kesing) dan penyakit maka hasil diperolehi akan jauh berkurang. Masaalah persaingan dengan rumpai juga menjenaskan hasil padi jika tidak dikawal dengan baik daripada peringkat awal penanaman. Kekurangan baja yang diberikan juga mampu menjejaskan hasil apalagi jika kurang hujan diperingkat kritikal pertumbuhan tanaman padi bukit. Oleh iru aktiviti pembajaan, kawalan musuh dan penyakit perlu dilakukan mengikut jadual penanaman. Jika harga jualanberas padi bukit sekitar RM5.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar bagi padi bukit sebanyak RM9,750.00 sehektar semusim.



Penulis dapati kos pengeluaran utuk bahan input berbeza mengikut lokasi. Bagaimana pun umumnya sebanyak 30 kg benih digunakan untuk sehektar denga nilai RM 60.00. Benih padi bukit ini lazimnya berbeza mengikut lokasi kerana kebanyakan varieti padi bukit ditanam mengikut kesesuaian tempat. Keperluan kapor (kini diguna kapor cecair) sebanyak 20 liter dengan kos sebanyak RM320/ha. Baja Sebatian Padi Bukit pula digunakan sebanyak 200 kg/ha dengan kos sekitar RM480 sehektar. Penggunaan baja urea adalah penting untuk padi bukit dengan kadar sebanyak 100 kg/ha bernilai RM 170. Kini penanam padi bukit digalakkan menggunakan baja jenis foliar untuk meningkatkan hasil dengan kadar sebanyak 8 liter/ha bernilai RM160.  Bahan racun kimia seperti racun rumpai, racun serangga dan racun kulat pula adalah sebanyak RM500/ha semusim. Jumlah keseluruhan kos bahan input untuk sehektar padi bukit sebanyak RM1,690.00 seperti Jadual 1 diatas. Kos tenaga upah dan kos mengisar padi aebanyak RM1,289.00 sehektar semusim. Ini menjadikan jumlah kos pengeluaran bagi tanaman padi bukit sebanyak RM2,979.00 sehektar.


Analisa kewangan kosting menunjukkan jumlah pendapatan kasar tanaman padi bukit sebanyak RM6,771.00 sehektar semusim. Oleh kerana cara tanaman ini tidak melibatkan susutnilai peralatan ladang (jentera dan alatan pertanian), maka kita boleh anggap pendapatan bersih sebanyak RM6,771.00 sehektar semusim. Padi bukit ini lazimnya akan dituai diantara 145 - 150 Hari Lepas Cambah (HLC) atau ringkasnya 5 bulan. Jika dibahagikan pendapatan bersih mengikut bulan maka petani akan menerima pendapatan sebanyak RM1,354.20 sebulan. Berdasarkan pemerhatian penulis, penuaian dilakukan semasa keadaan kering dimana tahap padi masak sekitar 85 - 90% dikebun. Jika petani cuba menuai dengan menunggu 100% padi masak atau melebihi 15% padi hijau menjejaskan kualiti padi dan hasil berkurang dengan ketara. Ini kerana jika 100% masak kualiti beras semasa diproses akan banyak yang retak dan peratus beras hancur meningkat. Cara menuai ada beberapa cara sama ada melurut biji padi pada tangkai dengan tangan atau memotong tangkai dengan ketam padi atau potong dibatang pokok dan dilerai dengan cara khas. Padi yang telah dileraikan peru dijemur untuk dikeringkan sebelum disimpan atau diproses. Makan nasi dari padi bukit pada penulis ad keistimewaan tersendiri. Ia lebih enak bagi mereka yang suka akan aroma dan citarasanya. Saya sering membeli beras padi bikut di Serian ketika bertugas di Sarawak dahulu. Wasallam!.
PADI BUKIT... RENDAH HASILNYA...
SABAH SARAWAK...DITANAMNYA...
HASIL RENDAH..SENDIRI GUNA...
BACA ARTIKEL...AMAT BERMAKNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Long Semado, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1436H)
- Dua kali melawat Long Semado.

Tuesday, April 14, 2015

PADI BUKIT (Part 4) - KAWALAN PENYAKIT

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai KAWALAN PENYAKIT tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.

(1) PENYAKIT REPUT SELUDANG

Penyakit ini berpunca dari Saroclasium oryzae yang menyebabkan seludang reput dan patah akibatnya tangkai padi tidak terhasil. Ia mungkin berpunca dari serangan serangga perosak diperingkat awal sebelum kulat tumbuh. Cuaca dalam kelembaban tinggi dan terlebih baja N menyebabkan ia mudah berlaku. Elakkan menanam terlalu rapat dan musnahkan sisa tanaman yang ada petogen tersebut. Semburan racun kulat seperti Carbendazim, Mancozeb dan Benomyl pada sukatan dan masa tepat membantu mengurangkan risiko serangan penyakit ini.

(2) PENYAKIT BINTIK PERANG TIRUS

Penyakit ini disebabkan oleh Cercospora oryzae dengan kejadian sering berlaku jika tanah kurang unsur K. kawalan dilakukan dengan rawatan biji benih menggunakan racun kulat Benomyl dimana ia lazimnya mengurangkan intensiti serngan. Semburan dengan racun kulat seperti Difennoconazloe, Propiconazole, Carbendazim, Mancozeb dan Benomyl pada sukatan dan masa tepat membantu mengurangkan risiko serangan penyakit ini.

(3) PENYAKIT REPUT BATANG

Penyakit ini disebabkan oleh Sclerotium oryzae yang masuk melalui luka dan berpunca dari tanah. Cuaca dalam kelembaban tinggi dan terlebih baja N menyebabkan ia mudah berlaku. Bakar sisa tanaman termasuk jerami padi untuk memusnahkan patogen tersebut. Aktiviti mengapor dan membaja pada masa tempat membantu mengurangkan intensiti serangan.  Penggunaan racun kulat seperti Benomyl mampu mengawal perebakkan penyakit ini. 

(4) PENYAKIT BERTIH

Penyakit bertih disebabkan oleh Kulat Ustilaginoidea virens Cooke dimana sering berlaku pada cuaca lembap dan hujan. Kawalan dilakukan dengan elak guna baja N berlebihan dan sentiasa guna beni bebas penyakit. Sebaiknya sisa tanaman yang ada dikebun dimusnahkan dengan membakar. Jika berlaku serangan boleh sembur racun kulat seperti Propiconazole dengan kadar dan cara yang betul.

(5) PENYAKIT BINTIK PERANG

Penyakit Bintik Perang berpunca dari Rynchosporium oryzae juga ketuka keadaan sekitar basah. Cara kawalan dengan gunakan benih bebas penyakit dan elakkan mengguna unsur N berlebihan dan jangan menanam terlalu rapat. Penggunaan racun kimia seperti Propinazole atau Difenoconazole dan Epoxiconazole boleh dilakukan dengan cara seperti disyorkan.

(6) PENYAKIT LECUR DAUN

Penyakit Lecur Daun pula disebabkan oleh Helminthosporium oryzae dimana kulat ini disebarkan melalui udara. Punca serangan daripada birijin yang berjangkit dan sisa tanaman atau rumpai. Penulis juga dapati melalui laporan bahawa jangkitan sering terjad dikawasan tanah kurang subur.

(7) PENYAKIT PUDAR BIJI PADI

Penyebab penyakit ini dikenalpasti sebagai Sarocladium, Biporis, Alternaria, Gerlachia, Fusarium dan Poma. Keadaan keliling dengan kelembapan tinggi menyebabkan ia berlaku. Jarakankan penanaman untuk kurangkan risiko dan penyemburan dengan racun kulat dengan spktrum mengurangkan kadar merebak penyakit ini.

Semuga artikel ini boleh dijadikan rujukkan dalam 5 siri penulisan mengenai Padi Bukit dan lain-lain artikel berkaitan.



PADI BUKIT.. KENAL PENYAKITNYA...
PERLU DIPANTAU.. PILIH KAWALNYA..
CARA AGRONOMI... SESUAIKANNYA..
GUNA RACUN... JIKA PERLUKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
IPS Semonggok, CMM Sarawak,
Semenggok, Kuching,
Sarawak.
(25 JamadilAkhir 1436H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...