
Limau gedang atau popular dikenali sebagai 'grapefruit' adalah buah citrus yang mempunyai kandungan air yang paling tinggi sebanyak 92% berbanding dengan buah-buahan yang lain. Asal usul kewujudan limau gedang ini adalah hasil biakbaka antara limau bali dan buah oren dimana buah ini memberikan citarasa agak sedikit masam dan pahit tetapi ada juga yang rasa manis seperti gula. Dilaporkan limau ini mengandungi Vitamin C, Asid citric, gula semula jadi dan pelbagai nutrien yang lain dan didakwa ia sangat berkhasiat dan memberikan pelbagai jenis manfaat pada kesihatan. Antara dakwaan dimana ia akan dapat menurunkan Berat Badan dengan lebih efektif apabila mengambil limau ini terutama untuk sarapan pagi. Buag ini memang ia mengandungi pelbagai jenis serat, limau gedang boleh membuatkan kamu berasa lebih cepat kenyang dalam tempoh yang lama. Cara memakannya boleh dicampurkan dengan beberapa bahan-bahan lain untuk dijadikan sebagai salad, smoothies mahupun makan bersama yogurt asli. Limau ini mampu meningkatkan Pembentukan Kolagen sebab ia mengandungi kandungan Vitamin A dan C yang tinggi. Kesannya adalah pengguna dapatkan kulit yang lebih muda, tegang, cantik disebabkan oleh peningkatan kolagen dalam badan. Dilaporkan jika limau gedang ini boleh atasi tanda-tanda penuaan dan membuatkan kulit menjadi lebih anjal secara semula jadi. Kebanyakan jenis buah akan membantu memudahkan Proses Pencernaan dimana ia juga elakkan isu sembelit. Caranya dengan memakan limau gedang setiap hari. Ini kerana buah tersebut akan dapat merangsang pencernaan dengan cara tingkatkan pengaliran cecair gastrik dalam perut. Apa pun disyorkan ketika makan limau gedang jangan buang kesemua tisu kulit luar buah yang berwarna putih kerana ia merupakan serat tambahan yang dapat membantu dalam cara pergerakan usus bagi proses mencerna. Makan limau gedang dilaporkan elakkan bengkak kaki wanita ketika Hamil Dapat Dikurangkan sebab lazimnya ketika hamil, kebanyakan wanita akan mengalami bengkak-bengkak pada kakinya dimana bagi mengurangkan bengkak pada kaki maka wanita hamil boleh amalkan untuk makan limau gedang. Ia kerana limau gedang yang mengandungi bioflavonoid dan Vitamin C dapat membantu mengurangkan air yang tertahan di dalam badan dan kaki sepanjang hamil. Jika sering dijadikan amalan, tidak mustahil bengkak kaki dapat disurutkan. Ada beberapa cara menjadikan limau gedang untuk dinikmati selain daripada di makan segar.
Dikongsikan makanan iaitu 'Kek Vanila Limau Gedang' untuk membolehkan sesiapa menikmatinya. Mudah membuat kek ini yang disukai ramai sebab ia ebak dan beraroma limau. Bagi membuatnya perlu disediakan Bahan Kek iaitu parutan kulit limau gedang (1 biji), Gula (1 cawan), Telur Ayam (3 biji), Buttermilk (1/2 cawan), Jus limau gedang (1/2 cawan), Esen vanila (1 sudu besar), Tepung (1 3/4 cawan), Baking powder (1/2 sudu makan), Baking Soda (1 1/2 sudu makan), Serbuk vanila (1/2 sudu makan), Garam laut (1/4 sudu makan), Poppy seed (1 sudu makan) serta minyak masak (2/3 cawan). Kemudian perlu ada juga bahan Glaze Limau Gedang iaitu Gula Serbuk (setengah cawan), serbuk vanila (1/4 sudu makan) dan juga jus limau gedang (2 sudu makan). Cara-cara membuat kek dengan mengambil satu mangkuk kecil dan gaulkan gula serta parutan limau gedang. Kemudian perlu dipindahkan gaulan tersebut ke dalam mangkuk besar dan campurkan bersama bahan telur, buttermilk, jus limau gedang dan esen vanila dan mesti dikacau campuran tersebut sehingga sebati. Kemudian boleh dimasukkan baking powder, baking soda, serbuk vanila, garam laut dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali dicampurkan poppy seed dan minyak masak dan digaul sehingga sebati. Pindahkan campuran tersebut ke dalam baking tray dan bakar selama 1 jam pada suhu 177°C. Apabila masak keluarkan dari oven dan sejukkan. Bagi membuat 'Glaze Limau Gedang' pula digunakan satu mangkuk, campurkan gula serbuk, serbuk vanila dan jus limau gedang kemudian digaul sehingga ia membentuk cecair yang melekit. Selepas kek sudah dibakar dan disejukkan sesuai diletakkan di atas pinggan dan boleh dilayangkan perlahan-lahan bahan glaze pada permukaan kek dan sedia untuk dimakan.
Resepi lain yang di kongsikan adalah sejenis minuman iaitu 'Lemonade Limau Gedang' yang enak dan sesuai di nikmati. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa minuman ini dahulu. Kalau ingin membuatnya sendiri cari bahan sesuai iaitu Limau gedang (2 biji), Sirap maple (3-4 sudu besar), Daun pudina, Air (4-5 cawan) an ais. Cara-caranya dengan memotong limau gedang dalam bentuk yang disukai dan yang penting ia selesa untuk perah. Keudian ambil mangkuk dan letakkan penapis sesuai di atasnya kemudian diperah limau gedang untuk dapatkan jusnya. Seterusnya dibuang biji limau gedang dalam penapis dan tuangkan pulp ke dalam air. Ambil gelas dan isikan pula dengan ais dan kemdian dimasukkan daun pudina mengikut kuantiti kesukaan masing-masing. Seterusnya dimasukkan jus limau gedang dan sirap maple kedalam adunan dan akhir sekali cuma perlu memasukkan air dan kacau sebelum sedia untuk dinikmati. Penulis blog kongsikan juga resepi Limau Gedang iaitu 'Gula-Gula Kulit Limau Gedang' yang enak dan senang membuatnya. Bahan-bahan disediakan adalah terdiri dari Kulit limau gedang (4 biji), Gula (2 cawan), Air san juga bahan serbuk halia (1 sudu makan). Cara-cara membuatnya adalah dengan mengupas limau gedang dan ambil kulitnya. Kemudian dipotong-potong kulit limau secara memanjang. Ambil satu periuk saiz sederhana dan masukkan kulit yang sudah dipotong ke dalamnya dan isi dengan air. Selepas itu boleh dididihkan kulit buah dengan api sederhana dan perlu ulang semula dengan didihkan kulit buah menggunakan air yang baru sebanyak 5 kali. Untuk didihan kali ke-5 maka boleh di tambahkan 2 cawan gula dan masak selama dua jam. Jika air berkurangan maka tambah sedikit air. Selepas dua jam maka perlu dipindahkan kulit yang disaluti dengan gula ke atas rak pengeringan dan biarkan ia mengeras. Apabila sudah sejuk dan mengeras maka ambil kulit tersebut dan golekkan ke dalam mangkuk berisi 1 cawan gula dan siap untuk dimakan. Memang enak rasa manis dengan aroma wangi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dan baik di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Posted from:
Taman Desaru Utama.
Kota Tinggi. Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.