BUAH RAMBAI (Baccaurea motleyana Mull) kini semakin kurang dikenali oleh generasi dimana mereka kurang dapat ujirasa makan buah yang semakin pupus ini. Ini kerana pokok rambai sudah dikategorikan sebagai buah nadir yang kini semakin tidak di tanam dan pokok yang ada cuma pokok lama ada pokok rambai liar dalam hutan sahaja. Buah rambai adalah daripada famili Euphorbiaceae termasuklah juga kaum getah dan ubi kayu. Terdapat sebanyak 42 spesies rambai dan kerabat liarnya di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja terdapat 31 spesies rambai. Pusat Pertanian telah menyimpan janaplasma pokok rambai ini sejak berpuloh tahun dahulu dan merekodkan sebanyak 12 spesies dan pencirian morfologi telah dilakukan. Selain Buah Rambai (Baccaurea motleyana) satu lagi spesies yang kerap dijumpai ialah Buah Tampoi putih (Baccaurea macrocarpa) yang mempunyai rasa yang manis atau masam manis. Spesies liar lain yang turut dijumpai ialah seperti Buah Jentik-jentik (Baccaurea polyneura) dan juga Pokok Pupor (Baccaurea ramiflora). Hasil kajian inventori yang dijalankan didapati dimana pokok ini masih banyak dijumpai di halaman rumah dan di kebun-kebun. Negeri Sarawak mempunyai bilangan pokok yang masih banyak dan diikuti oleh Sabah, Pahang dan Kedah. Selain boleh dimakan segar biasanya kumpulan buah rambai ini mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti dijadikan bahan masakan, perencah, digunakan sebagai bahan kosmetik mahupun untuk menghilangkan minyak ataupun gris. Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah jentik-jentik (90%) amat bagus jika buah ini dapat dijadikan sumber buah berpotensi. Buah ini mempunyai ciri yang agak unik iaitu akan pecah sekiranya dijentik yang boleh menjadi daya tarikan terutama kepada golongan kanak-kanak untuk menikmati buah ini. Artikel subuh ini saya sembang mengenai buah rambai dengan menulis cara dalam blog yang berumur 18 tahun iaitu "Anim Agro Technology" mengenai fakta dan kisah buah rambai sebagai satu bahan rujukkan anda semua.
Spesis buah rambai dari Indonesia iaitu (Baccaurea racemosa) seperti dalam portal rri.co.id adalah buah tropika yang tumbuh di beberapa kawasan di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Meski buah ini ianya tidak terkenal macam durian atau manggis akan tetapi jenis rambai ini ia memiliki keunikan dan manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. Buah ini semakin popular kera rasanya yang segar dan ada berbagai kandungan nutrisinya yang bermanfaat. Rambai memiliki bentuk bulat kecil dengan kulit nipis berwarna kekuningan dan kehijauan. Semasa buah matang selalu kulitnya akan lebih transparen dan ia mudah mengelupas. Isi daging buah rambai berwarna putih atau jernih dan mempunyai saiz biji kecil berada di tengahnya. Rasanya manis, sedikit masam tetapi bila dimakan ia sangat menyegarkan dan jadi pilihan sesiapa minat terutama ketika cuaca panas. Buah Rambai bukan hanya enak dimakan akan tetapi ia juga kaya akan zat atau gizi yang bermanfaat sebab dilaporkan ia kaya Vitamin C dimana ini dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu tubuh melawan jangkitan (infecsion). Ia juga kaya dengan Serat yang tinggi yang berfungsi untuk melancarkan pencernaan dan menjaga kesihatan saluran pencernaan. Rambai mengandungi Antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh dan mencegah penuaan awal atau awet muda. Didakwa buah rambai mampu untuk Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh bila kandungan vitamin C yang tinggi dalam rambai membantu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga lebih tahan terhadap berbagai penyakit. Memakannya juga akan Melancarkan Pencernaan sebab bahan serat yang ada dalam rambai sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. Ia juga akan Menjaga Kesehatan Kulit sebab Antioksidan dalam rambai dapat membantu menjaga kesehatan kulit serta akan dapat melindunginya dari kerosakan akibat radikal bebas dan mencegah tanda-tanda penuaan. Seterusnya buah rambai akan dapat Menurunkan Kolesterol hasil kajian menunjukkan buah rambai dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah yang jadi punca pada kesihatan jantung.
Apa pun lazimnya selain buah rambai di makan segar dimana buah ini sering di gunakan juga didalam cara perubatan tradisional terutama orang dikawasan perkampongan dan pendalaman sejak zamam dulu. Bahagian kulit dan daun rambai sering digunakan untuk membuat ramuan yang dipercayai ia dapat bantu mengatasi masalah kesihatan seperti demam, gangguan pencernaan dan bahkan untuk atasi isu penyakit kulit. Buah rambai juga dapat dinikmati secara langsung atau dijadikan berbagai jjenis olahan seperti jus rambai yang menyegarkan atau campuran salad buah. Rasanya yang manis dan masam membuatnya sesuai untuk dijadikan makanan sihat dan ia amat menyegarkan untuk beraktiviti dan aktif. Bagi penulis blog kini walau pun buah rambai mungkin belum popular jika dibandingkan dengan buah tropika lainnya akan tetapi dengan banyak manfaat kesihatannya maka buah ini layak untuk dikaji lagi potensinya sebab ia kaya dengan vitamin C, serat, dan antioksidan. Dalam saya membuat rujukkan ada maklumat akan khasiat buah rambai dan kulit rambai dalam facebook yang sesuai di sembangkan. Dilaporkan selepas makan buah rambai, kulitnya jangan dibuang sebab kulit buah rambai ia mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat masalah kulit. Caranya dengan menjemur kulit rambai sehingga kering dan kemudian kisar sehingga hancur. Seterusnya ia dicampur bersama air mawar bagi menjadikan lulur. Ia dapat membantu menghalus, melembut dan mencerahkan kulit. Khasiat kedua dilaporkan ia merawat sakit mata iaiti caranya dengan mengambil kulit buah rambai dan tumbuk lumat dimana cecair bahan tumbuk dititik ke mata. Apa pun kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2-3 hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya dan di prose sehingga ia enak dimakan. Kulit buah rambai boleh juga dibuat sambal, sayur, kerabu dan dimakan sebagai ulam-ulaman. Kulit yang telah kering berwarna hitam jika dijadikan serbuk dipercayai mampu melicinkan kulit muka. Kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna. Kulit kayu rambai dan dicampurkan dengan kayu sepang dan akar senduduk yang dijadikan warna merah untuk mewarnakan kain batik. Kulit pokok rambai juga boleh dijadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya. Satu perkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin.
Penulis blog semasa muda dikampong dahulu beberapa kali makan Sayur Lemak Kulit Rambai yang di sediakan keluarga hasil ada 4 pokok buah rambai di belakang rumah di Muar, Johor. Menu ini kalau sekarang dimakan agaknya ia adalah antara menu paling sedap dan jimat sebab sudah lama tidak ujirasa. Buah rambai ini isinya boleh dimakan malah kulitnya pun enak dimasak sayur atau kuliner turun temurun. Memakan dengan nasi panas dan jika ada lauk ikan goreng atau ikan masin yang di goreng garing dan sambal belacan tambah berselera. Semua pembaca blog boleh membuatnya sendiri jika ingin ujirasa akan keunikan kuliner zaman dulu ini. Bagaimana pun mungkin ia hanya boleh di buat setahun sekali sahaja dikala musim buah rambai tiba tetapi mungkin kulit buah rambai yang di simpan dalam peti ais boleh membantu ia tahan lama. Apa pun membuat kuliner ini disediakan bahan iaitu Kulit rambai (yang segar), 3 ekor ikan temenung atau guna ikan sardin, 1 biji bawang merah besar yang dimayang, 1 biji cili besar perlu di hiris, 3 biji cili padi hijau di hiris, Petai di potong dua, guna 1 kotak santan kelapa, garam dan gula secukup rasa serta sediakan air rebusan ikan. Cara membuatnya dengan memanaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika dimana ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai. Selepas kulit rambai ini direbus perlu disejukkan dan kemudian ia direndam seketika bersama air kapur. Ramaskan kulit buah rambai ini untuk membuang airnya dan disejatkan. Kemudian di rebus ikan dan dihancurkan isinya. Seterusnya adalah dimasukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan ke dalam kuali atau periok dan dimasukkan air rebusan ikan dan kena pastikan ditapis agar tiada masaalah tulang. Biarknan atau tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya. Kemudian dimasukkan pula kulit rambai, petai dan hirisan cili besar. Boleh bubuh bahan perasa dengan garam dan gula. Tunggu menggelegak sekejap dan dikacau sekejap dan boleh tutup api tetapi jangan sampai pecah minyak. Angkat dan sedia di hidangkan untuk dinikmati kehebatan resepi Sayur Lemak Kulit Rambai yang unik.

Kulit Buah Rambai juga sesuai di jadikan sambal dengan banyak jenis. Antara yang popular adalah Sambal Kulit Buah Rambai Masam manis Pedas dan Sambal Goreng Bilis Kulit Rambai dan Sambal Bua Kulit Rambai (Resepi dayak). Penulis blog pernah ujirasa sejenis sambal dari kulit buah rambai iaitu ada rasa masam, manis dan pedas sesuai dimakan dengan nasi. Membuatnya disediakan bahan 1/2 cawan ikan bilis di bersihkan, 10 biji cili padi di hiris kasar dan kalau hendak lebih pedas ditambah, 1 biji bawang bombay di hiris, 3 ulas bawang putih di hiris, 2 kuntum bunga kantan di hiris kasar, 1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil, minyak masak secukupnya serta sedikit garam dan gula sebagai perasa. Cata membuatnya dengan memanaskan kuali dan kemudian dimasukkan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga rangup angkat. Perlu ditinggalkan sedikit minyak bagi menumis bawang bombay sehingga layu dan dimasukkan kulit rambai serta dikacau rata sehingga kulit rambai lembut. Kemudian di masukkan cili hiris, hirisan bunga kantan, garam dan gula. Apabila dah secukup rasa tutupkan api sebab kalau terlalu lama di atas api jadi terlalu layu kantan tersebut. Apa pun perlu ditaburkan ikan bilis goreng didalam sambal dan digaul rata dimana sambal kulit rambai sedia untuk di nikmati bersama dengan nasi panas. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang amat sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat dalam tulisan ini menjadi bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.