Support My Blog

Monday, February 21, 2022

BUAH PINANG MUDA - APA GUNA? (Part 1)

BUAH PINANG MUDA (Areca catechu)  merupakan buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih mengandungi banyak air. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakiy dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah yang bersaiz kecil dan besar banyak yang bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk tujuan membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan di kalangan masyarakat Cina pula memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog  "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai kehebatan akan buah pinang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dikawasan negara tropika yang mana ada mempunyai tumbuhan pokok pinang yang berbuah ada bermacam cara mereka menggunakannya. Dilaporkan d
alam kehidupan sehari-hari kalangan masyarakat diluarbandar dimana selain buat menyirih dimana buah pinang juga dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai ubatan tradisional. Buah pinang sejak dahulu dipercayai mempunyai beberapa sifat yang dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Buah ini antara lain bersifat 'anthelmintica' yang berguna meluruhkan cacing dan 'adstringensia' untuk mencairkan selaput lendir. Sifat menghapusan cacing dalam perut manusia ini sudah lama digunakan nenek moyang kita untuk menyembuhkan penyakit akibat ccacing dipendalaman. Di samping itu dilaporkan memang buah pinang juga bersifat merangsang (stimulansia), menghentikan pendarahan (haermostatica) dan antisifilis. Bagaimana pun kalangan pembaca blog mungkin sudah tidak mengetahui akan rahsia bagaiman acara perawatan berkaitan dari pokok pinang. Berikut ini beberapa kehebatan tanaman pinang dan cara menggunakannya sebagai petua/ Pertama sekali ia akan meningkatkan ghairah manusia dengan mengambil satu biji buah pinang yang belum mengeras (pinang muda). Kerat-kerat buah tersebut dan kemudian dikunyah dan makan. Cara lain adalah dengan mengambil satu biji buah pinang kemudian hancurkan dan rebus dalam dua gelas air. dan tunggu sampai airnya menjadi satu gelas dan kemudian diminum. Kedua dimana ia menjadi ubat masaalah kecacingan dengan cara ambil seperempat potong buah pinang atau setengah jari ruas temulawak dan setengah jari ruas kunyit. Semua bahan tersebut direbus kemudian di tapis dan minum airnya/ Ke 3 adalah dimana amalan makan pinang akan menguatkan gigi dan gusi dengan mengambil beberapa biji buah pinang dan dihiris menjadi beberapa bahagian dimana ia kemudian dikunyah. Ke 4 adalah dimana ia atasi sakit pinggang dengan cara mengmbil beberapa lembar daun pinang kemudian ia ditumbuk daun tersebut dan hangatkan. Setelah itu daun lumat maka ia diletakkan atau ditampal dipinngang yang sakit. Bagi mengatasi masaalah kudis berparut boleh diambil satu biji buah pinang dan dicampur dengan 1/4 suudu teh kapur sirih dan air secukupnya dan sapukan pada bahagian yang sakit.

Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana manafaat 
buah pinang muda sudah lama digunakan dalam tradisi di berbagai negara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Pokok Pinang merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam jenis palma (Arecaceae) dimana lazimnya hasil buah dan jijinya digunakan dalam tradisi untuk menginang atau menyirih (nyentel). Bagaimana pun selain buah pinang tua, kegunaan buah pinang muda telah lama dikenal sebagai salah satu rawatan herbal nusantara. Buah ini biasanya diambil dalam bentuk ekstrak, jus, atau air rebusan. Mungkin sebahagian pembaca pernah dengan dimana antara kegunaan buah pinang muda diyakini menawarkan sejumlah faedah untuk kesihatan dimana salah satu manfaat buah pinang muda yang paling terkenal adalah untuk rawatan kesihatan gigi dan kesuburan. Bagaimana pun masih belum ada bukti klinikal akan khasiat buah pinang dimana ia masih memerlukan kajian lebih lanjut. Dalam beberapa pendapat dilaporkan dimana ada kajian mendapati dimana makan buah pinang (menginang) telah dilaporkan ia dapat meningkatkan risiko kanser mulut. Antara kehebatan buah pinang didakwa ia akan meningkatkan nafsu makanBuah pinang didakwa akan dapat meningkatkan nafsu makan. Gangguan nafsu makan boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan keperluan tenaga seseorang yang diperlukan tubuhbadan. Buah Pinang dilaporkan dapat meningkatkan tenaga serta mampu dalam merangsang nafsu makan dengan lebih baik. Kes kekurangan nafsu makan boleh berpunca dari gangguan mental dan fizikal serta kesihatan. Apa pun selain buah pinang diaporkan bahagian daun pinang juga kerap digunakan sebagai ramuan penambah nafsu makan.

Siapa sangka ada testimoni dimana makan buah pinang boleh menyihatkan rahim. Dikalangan masyarakat Biak dan Serui (Papua) menggunakan biji pinang muda sebagai ubat untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Manfaat buah pinang muda ini boleh didapati dengan cara merebus buah pinang muda dan meminum airnya selama satu minggu. Buah pinang muda dipercayai dapat mencegah pendarahan selepas melahirkan. Air rebusan buah pinang juga dipercaya boleh merapatkan vagina bagi wanita. Ramai pernah mendengar dakwaan dimana buah pinang muda baik untuk rawatan kesihatan mulut dan gigi. Dalam kes masaalah mencegah gigi berlubang didakwa buah pinang muda dikenal dapat mecegah gigi berlubang. Biji dan kulit biji bagian dalam juga dapat digunakan untuk menguatkan gigi rapuh bersama-sama dengan sirih. Buah pinang mengandungi bahan tanin yang berkhasiat untuk menguatkan gusi dan juga menghentikan perdarahan. Buah pinang juga mengandungi bahan yang bersifat anti-bakteria yang dapat menyingkirkan bakteria yang berbahaya didalam mulut. Buah pinang juga mampu mencegah mulut kering. Orang yang mengunyah buah pinang cenderung menghasilkan air liur dalam jumlah besar dimana kesannya akan dapat mencegah mulut kering. Mulut kering selalunya akan dikaitikan dengan masalah bau mulut dan gigi berlubang. Mengambil buah pinang dilaporkan mampu untuk meningkatkan tenaga (energy). Ada ramai  orang melakukan aktiviti mengunyah buah pinang untuk tujuan bagi meningkatkan energi dan stamina. Cara ini juga diyakini kerana kandungan alkaloid yang dapat melepaskan adrenalin dalam tubuh. Kesannya dimana ia boleh menghasilkan perasaan euforia dan ketenangan. Menurut Alcohol and Drug Foundation (ADF) dinyatakan dimana buah pinang mampu membuat seseorang lebih waspada. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....

POKOK PINANG... LEBAT BUAHNYA...
BIJI DIKUNYAH.. DAUN SIREH BERSAMA...
YANG MUDA... MEMABUKKAN AIRNYA...
ELAK MELAKUANNYA.. IA MERBAHAYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

Sunday, February 20, 2022

BUAH PINANG MUDA - APA GUNA? (Part 2)

BUAH PINANG MUDA
(Areca catechu) merupakan buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih mengandungi banyak air. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakiy dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah pinang yang bersaiz kecil dan besar banyak bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk tujuan membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan di kalangan masyarakat Cina pula memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai akan kehebatan buah pinang untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Testimoni sedia ada dimana buah pinang adalah 
kerap digunakan dalam bahan untuk mengatasi masaalah kecacingan.  Kandungan bahan arekolin yang terdapat dalam buah pinang memang berguna sebagai ubat cacing. Beberapa pakar kesihatan juga ada menyatakan akan keberkesanan biji pinang yang ada dijual di farmasi untuk digunakan dalam mengawal masaalah kecacingan terutama untuk mengatasi masaalah cacing pita. Dikampong pula ada yang mengambil  ekstrak atau air buah pinang muda kerana ia dapat mengatasi masalah cacingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Oleh itu digalakkan agar rawatan terhadap isu kecacingan ini dikawasan luarbandar dapat diselesaikan dengan cara yang tradisional ini. Paling popular pula adalah dakwaan dan testimoni dimana buah pinang mampu meningkatkan gairah seksual. Penggunaan buah pinang muda yang cukup terkenal adalah untuk meningkatkan ghairah seksual dan ia diketahui oleh mereka yang pernah mengamalkannya mungkin. Dilaprkan dimana perkara ini telah dipercayai disebabkan oleh bahan alkaloid berupa zat arekolin dalam buah pinang. Jika seseorang mengambil air rebusan atau pun ekstrak buah pinang dilaporkan dia akan dapat meningkatkan lagi kadar ghairah seksual dan menjaga stamina tubuh.

Tidak kurang hebatnya adalah dimana makan buah pinang mampu mengatasi masaalah 
bau mulut. Ini kerana lazimnya penyebab bau mulut boleh berpunca dari sebab pemakanan, produk tembakau, kebersihan gigi yang rosak, masalah kesihatan, mulut kering, infeksi mulut, masalah gigi, atau kesan dari seseorang untuk pengambilan ubat tertentu. Sifat  buah pinang yang anti-bakteria selalunya dapat membunuh kuman yang jadi penyebab kepada bau mulut. Bau mulut juga disebabkan oleh mulut kering atau kurang air. Pengambilan buah pinang muda dapat mengatasi mulut kering yang secara langsung juga mencegah bau mulut kerana ir liur yang keluar akan melembapkan mulut. Lazimnya dari pada amalan orang dulu dimana buah pinang muda telah lama dikenal dalam herba di nusantara. Buah ini biasanya dikonsumsi dalam bentuk ekstrak, jus, atau air rebusan. Beberapa penulisan yang dirujuk menyatakan antara kandungan nutrisi 100 gram buah pinang termasuktenaga sebanyak 330 kcal, Protin (5.2g), Lemak (10.2g), Karbohiderat (56.7g), Natrium (76mg), Kalium (450 mg), Kalsium (400 mg), Posforan (89mg) dan zat besi (4.9 mg). Memakan buah pinang kuga dilaporkan dapat membantu dalam penyembuhan pesakit yang mengalami stroke. Ini berkalu dengan pesakit yang mengambilnya akan dirangsang kemampuannya untuk bercakap, memperbaiki sistem perkumuhan kencing dan juga menguatkan otot-otot yang lemah pesakit. Kehebatan buah pinang juga dilaporkan mampu mengatasi seseorang daripada mengalami tekanan (depresi). Buah pinang untuk kesehatan mental adalah untuk membantu meredakan gejala depresi sebab buah pinang dipercayai dapat menurunkan kadar hormon kortisol iaitu sejenis yang merupakan hormon penyebab stres. Seterusnya adalah buah pinang akan membantu mengeluarkan racun dari tubuhbadan. Dalam amalan rawatan tradisional dimana dilaporkan buah pinang sering digunakan untuk mengeluarkan racun di tubuh. Buah pinang juga kerap digunakan untuk tujuan menyingkirkan parasit dan cacing yang diduga menjadi penyebab penyakit. Meski begitu masih belum ada kajian klinikal tentang perkara ini dikeluarkan.

Membaca artikel ini dari Part 1 sehingga Part 2 memang menyeronokkan akan khasiat dan kehebatan buah pinang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun perlu dibincangkan juga akan r
isiko dan kesan sampingan yang negatif tentang makan buah pinang. Laporan sebelum ini ada menyatakan meski pun buah pinang menawarkan sejumlah kehebatan dan khasiat untuk kesihatan akan tetapi kebanyakannya adalah dalam bentuk testimoni sahaja dan buka hasil kajian klinikal. Ia berkait juga dengan penggunaan buah pinang yang diambil sebagai satu tradisi atau budaya masyarat tertentu diseluruh dunia. Kebaikan dan kehebatan khasiatnya memang masih belum terbukti untuk dikomersilkan. Kajian berterusan perlu dijalankan untuk menjadikan buah pinang ini menjadi sejenis produk yang lebih bernilai dipasaran dimana penggunaannya meningkat seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Kajian saintifik yang lebih moden menunjukkan terdapat banyak risiko kesihatan negatif yang terkait dengan amalan ini. Program penyelidikan buah pinang perlu dilakukan secara teratur setelah dikaitkan dengan industri yang memberikan pulangan baik. Merujuk kepada beberapa temuan dari hasil penyelidikan pakar di USA oleh American Society for Clinical Nutrition yang telah mendapati dimana ada hubungan yang kuat antara pinang dan peningkatan risiko penyakit seperti masaalah sistem kardiovaskular, sindrom metabolik dan juga masaalah obesiti. Dilaporkan dimana buah pinang juga dapat berinteraksi dengan ubat lain atau suplemen herba lain. Ini boleh menyebabkan akan berlaku tindakbalas toksik dalam tubuhbadan atau mengurangkan keberkesanan ubat lain. Paling menjadi ancaan adalah dilaporkan hasil kajian dimana buah pinang menyebabkan kanser mulut. Kajian mendapati dimana pengamalnya akan mendapat risiko kesihatan yang teruk dan serius jika makan buah pinang. Pertubuhan WHO mengklasifikasikan buah pinang sebagai karsinogen. Sebuah penelitian dalam Journal of American Dental Association melaporkan bahawa aktiviti penggunyah pinang berisiko lebih tinggi terkena 'fibrosis submukosa oral' dan kanser mulut. DIlaporkan kandungan arecoline, arecaidine, guvacine dan guvacoline memiliki sifat karsinogenik jika dikunyah langsung. Proses pengunyahan menyebabkan lepasnya empat zat karsinogenik tersebut dan memang di rongga mulut terdapat enzim yang mungkin memicu tindakbalas dalam pelepasan bahan zat ini. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
POKOK PINANG... LEBAT BUAHNYA...
BIJI DIKUNYAH.. DAUN SIREH BERSAMA...
YANG MUDA... MEMABUKKAN AIRNYA...
ELAK MELAKUANNYA.. IA MERBAHAYA..
.


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

Saturday, February 19, 2022

BAGAI PINANG DI BELAH DUA - APA DIA?

BAGAI PINANG DI BELAH DUA merupakan salah satu peribahasa yang sering didengar dari dulu sehingga sekarang dan ada dipelajari didalam banyak buku semasa belajar disekolah. Bahasa Melayu memang kaya dengan peribahasa, bidalam, seloka, pantun, shair dan sebagainya menjadikan ia sebagai salah satu bahasa yang digunapakai lebih dari 350 juta penduduk dunia. Salah satu peribahasa yang ada gunakan tumbuh-tumbuhan sebagai kiasan adalah 'Bagai Pinang Dibelah Dua' yang bermaksud sebagai 'Pasangan yang sama cantik dan sepadan antara satu sama lain' atau pun mudahnya sering juga disebut sebagai 'secocok'. Ia merujuk kepada pasangan pengantin baru yang bersanding dipelamin atau dalam situasi lain yang dilihat memang berpadanan sebagai pasangan secara fizikalnya. Melihat kepada foto diatas pastinya bagi membelah buah pinang bukanlah sesuatu perkara yang sukar asalkan ada buah pinang dan alat sesuai untuk membelahnya. Bagaimana pun sebenarnya membelah buah pinang agar sama diantara dua belahan ini adalah perkara yang sukar juga. Buah pinang yang berbentuk bulat akan mudah tergoleh dan belahan pinang ini tidak akan sekata. Jika berjaya membelahnya dengan betul kepada dua bahagian ia akan dilihat seragam didalamnya. Akan dapat dilihat sabut dan bijinya berada disemua bahagian belahan seakan sama sahaja dalamnya. Ini yang dikatakan sebagai 'bagai pinang dibelah dua' iaitu ada persamaan sama ada belahan tersebut cantik atau sebaliknya. Peribahasa ini hanya sering dirujuk kepada pasangan yang cantik sahaja walau pun sebenarnya jika kedua pasangan kurang cantik (maksudnya jika hodoh) pun ia boleh digunapakai. Apa pun penulis blog sebenarnya lebih suka menulia secara teknikal mengenai pokok pinang dan buah pinang serta beberapa kisah menarik mengenai buah pinang untuk dirujuk. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan peribahasa 'Bagai pinang dibelah dua' sebagai bahaj bacaan semua.

Tanaman pokok pinang (Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya (Sila lihat foto diatas sekali). Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog didalam membuat pemantauan dikawasan kebun pinang di Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Osahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mmbai, Segamat ini mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura.

Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20 - 30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonom diambil daripada bahagian buah pinang (betel nut). Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang inni selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. Dalam pada itu sering di viralkan menganai 'Buah Pinang Muda' da biji buah pinang uang digunakan untuk makan sireh. Buah pinang dan sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki Myanmar. Penulis blog yang pernah berkunjung ke Myanmar mendapati orang lelaki dewasa mereka amat suka makan benda ini atau mudahnya kita panggil 'menyentel' sahaja. Tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu kita di Malaysia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan

Dalam portal berita hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Kreativiti aura hasil rimba' 
menarik dikongsikan kali ini keran aia melibatkan buah pinang. Apa pun dilaporkan menerusi kreativiti, bahan buangan atau terpakai mampu menjadi hiasan rumah yang unik dan bersifat eksklusif. Tanpa perlu untuk mengeluarkan kos tinggi dimana pelbagai produk baharu menarik boleh dihasilkan menggunakan elemen berkenaan. Dilaporkan masa terluang di rumah berpeluang menghasilkan sesuatu yang unik bukan sahaja untuk keperluan diri malah ia mampu menjana pendapatan. Antaranya adalah menerusi kombinasi buah pinang, lidi nipah dan buah pelaga dimana ia boleh dijadikan sebagai produk bunga kering iaitu 'Sweet Coolay Flower' sebagai penyeri ruang. Menurut Pengasas APA Atittude Planet Art (Apa Art) iaitu Fauzi Ab Majid dimana dia menggunakan idea hasil rimba menggunakan buah pinang untuk dijadikan bunga kering. Bahan seperti buah pinang yang terbuang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan sesuatu yang unik dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Apabila kita olah daripada sumber yang senang diperoleh, harganya bukan terletak kepada wang ringgit, tapi nilai berfikir untuk idea tersebut. Setiap reka bentuk dari sumber alam terutama bahan terbuang mempunyai aura yang kuat jika dicipta dengan sempurna dan tidak berlebihan. Idea bunga dari buah pinang ini sesuatu yang cukup sentimental selain dari sumber yang senang didapati dan mudah diolah. Dalam menghasilkan bunga kering dari bahan terbuang ini sangat mudah dan ia tidak membabitkan kos tinggi dan boleh disiapkan dalam masa singkat. Kos dari proses awal seperti pengawetan sehingga siap 100 batang bunga ini tidak lebih RM20. Satu batang bunga kering boleh disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minit sahaja. Ada individu yang tidak berkemahiran boleh menghasilkan bunga kering ini mengikut kreativiti sendiri. Bahan-bahan diperlukan adalah pelekat atau 'gam gajah', buah pinang, lidi nipah, buah pelaga dan gunting. Cara membuatnya dengan mengmbil buah pinang kering dan warnakan. Kemudian pinang tadi disiat separuh dan selepas itu bulu sabut pinang dibentuk dan dikembangkan. Tebuk lubang di bahagian bawah buah pinang. Masukkan lidi dalam lubang yang ditebuk tadi dan tolak pinang sehingga ke bawah. Masukkan satu lagi pinang yang saiz lebih kecil dari atas dan tarik ke bawah di atas buah pinang pertama (satu batang lidi memerlukan dua buah pinang). Kemudian masukkan buah pelaga di hujung lidi. Lekatkan semua objek yang dimasukan ke lidi tadi. Ulang langkah sama dan buat sekurang-kurang 100 bunga kering untuk hasilkan satu hiasan menarik dalam satu pasu. Begitulah bagaimana kisah buah pinang kali ini semuga memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK PINANG... DIAMBIL BUAHNYA...
DILIHAT SAMA ... BILA DIBELAH DUA...
PASANGAN SEPADAN... MAKSUDNYA...
DIJADIKAN GUBAHAN... IA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1443H).

Friday, February 18, 2022

SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU - APA DIA?

SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU merupakan salah satu peribahasa Melayu yang berasaskan tanaman dan haiwan roden yang ada digunakan untuk tujuan maksud tertentu. Apa pun asasnya peribahasa 'seperti tikus membaiki labu yang bermaksud 'Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui tetapi akhirnya semakin rosak'. Kalangan generasi sekarang mungkin ada yang belum kenal dengan labu (khususnya labu manis) dan juga jenis-jenis tikus yang ada disekeliling kita. Pernah penulis blog ditanya kenapa ada perumpamaan bagai Tikus Membaiki Labu ini dicippta oleh orang dahulu?. Ramai mungkin tertanya bila masa dan bagaimana terjadinya tikus membaiki labu?. Ini kerana apabila kiasan ini dijelaskan dimana maksud tikus membaiki labu ialah apabila seseorang ingin membaiki sesuatu yang dia tiada ilmu pengetahuan mengenainya dan akhirnya menyebabkan benda yang dibaiki itu semakin rosak dan mendatangkan kemudaratan pula. Contohnya seseorang membaiki radio rosak akan tetapi akhirnya radio tersebut berkecai jadinya. Apa yang boleh kita pelajari ialah kita kaji dan selidik dulu sebelum cuba untuk membaiki sesuatu benda atau keadaan. Jangan sampai kita mengambil keputusan yang akan merumitkan lagi keadaan. Kita kena mengakui yang ada perkara yang kita tidak tahu atau tidak berilmu dan dalam dunia ini ada orang yang lebih pandai dari kita. Janganlah kita menjadi seperti tikus yang hanya mendatangkan kerosakan. Artikel pada subuh yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaitan peribahasa ini dengan labu dan tikus untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Terdapat banyak jenis labu yang ada seperti Labu Manis, Labu Air, Labu Taiwan dan sebagainya. Bagaimana pun penulis blog percaya peribahasa ini lebih merujuk kepada Labu Manis. Sebenarnya Labu Manis (Cucurbita spp) merupakan sejenis tanaman singkat masa daripada keluarga Cucurbitaceae. Ia adalah merupakan jenis pokok mennjalar yang mempunyai sulur paut tetapi biasa yang ditanam diatas tanah rata ia menjalar sahaja. Labu manis merupakan salah satu makanan yang digemari oleh Rasulullah dan ada dalam Surah al-Shaffiat 37:146 dimana ia disebur dalam kisah nabi Yunus tatkala beliau dilepaskan kedarat oleh ikan yang menelannya. Dalam ilmu asas pertanian apabila menyebut nama 'labu' sebenarnya banyak jenisnya dimana 4 sepesis yang ada adalah Cucurbita maxima , Cucurbita mixta, Cucurbita pepo dan juga Cucurbita moschata. Labu merupakan buah yang mempunyai julat besar didalam bentuk dan saiznya. Ada labu yang berbentuk bulat, bujur, memanjang, bentuk pear, leper bentuk botol dan sebagainya. Bahagian kulitnya pula ada yang tebal, ada yang mengerutu, ada nipis dan lembut dan berbagai lagi. Warnanya juga berbagai daripada warna hijau sebelum masak kekal masih hijau ketika matang atau bertukar kepada kemerahan, coklat, jingga dan berbagai lagi. Bagaimana pun memang tumbuhan labu ini dipercayai berasal daripada Amerika dari keluarga Cucurbitaceae sama dengan tembikau wangi, timun, tembikai merah, melon dan beberapa lagi. Tanaman labu manis di Malaysia dilakukan oleh petani sebagai tanaman kontan atau tanam selingan sahaja. Keluasan tanaman Labu Manis di Malaysia pada tahun 2021 adalah 1,878 hektar menghasilkan sebanyak 27,618 metrik tan. Sementara itu seluas 423 hektar labu air ditanam dengan menghasilkan sebanyak 5,595 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman 2021, Jabatan Pertanian Malaysia). Ini bermakna tanaman labu manis merupakan salah satu tanaman popular di Malaysia kerana ia memberikan pulangan baik kepada petani.

Dalam pada itu haiwan Tikus (Rattus spp) merupakan sejenis mamalia Rodent dari keluarga Muridae yang terdapat diseluruh dunia dan dikaitkan dengan binatang perosak di rumah, kebun, sawah padi dan setor penyimpanan benda organik. Terdapat sebanyak 64 spesis tikus di seluroh dunia. Dari segi saintifik dimana spesis tikus dikelaskan mengikut saiz, lokaliti, warna, pemakanan, perangai dan sebagainya. Ramai manusia geli dan takut akan tikus kerana binatang ini memang selalu berdekatan dengan manusia semenjak kewujudannya. Terdapat juga tikus yang di pelihara sebagai 'pets' dalam rumah seperti 'Hemster' yang mudah didapati dikedai. Tikus paling mudah di kelaskan kepada 'Tikus Hitam' dan 'Tikus coklat'. Jenis tikus hitam (Rattus rattus) mempunyai kulit bulu warna hitam sementara kumpulan tikus coklat atau dikatakan juga sebagai Tikus Kebun (Rattus norvegicus) mempunyai kulit bulu berwarna kecoklatan. Kita di Malaysia sering mendengar berita mengenai 'kencing tikus' yang boleh menyebabkan kematian dan kes-kes sakit teruk. Kini peringatan sentiasa diberikan agar berwaspada semasa banjir dan mengunjungi kawasan rekreasi hutan yang mungkin tercemar denan kencing tikus. Umumnya petani terutama pesawah memang memusuhi tikus kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Tikus merupakan haiwan yang mudah menyesuaikan dalam banyak keadaan dan ia juga cepat membiak apabila habitat tersebut banyak makanan. Siri karton 'Tom and Jerry' memang terkenal sejak dahulu yang melibatkan karakter tikus (Jerry) dengan seekor Kucing (Tom) yang mana keduanya tidak pernah mati sehingga kini.

Dalam portal berita hmetro.com ditulis 'FMLLP wajar dihukum' yang mana ia ada menggunakan peribahasa seperti tikus membaiki labu. Kisah dari Kuala Lumpur ini dimana Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mendakwa Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sepatutnya dihukum dan bukannya pasukan yang dihimpit masalah kewangan. B
adan pengelola itu gagal menjalankan tanggung jawab dalam menyalurkan dana sepatutnya kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M). Dilaporkan masih ramai yang tak faham soal daya maju liga. FMLLP sendiri tak faham. Benar seperti kata TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, FMLLP sepatutnya tumpu terhadap urusan cari duit untuk liga supaya lebih berdaya maju dan pasukan dapat pulangan sepadan dengan pelaburan mereka.  Tambahkan nilai pulangan kepada pasukan. Kongsikan pendapatan hak penyiaran dengan pasukan. Besarkan hadiah liga mengikut kedudukan prestasi. Ini tidak, FMLLP sendiri gagal capai sasaran tajaan. MP Silva (MP & Silva) yang kononnya beli hak liga tak bayar seperti dijanjikan. Duit hadiah mengikut kedudukan liga bayar tak menentu, hadiah Piala FA dan Piala Malaysia tak menentu, sumbangan untuk program pembangunan sekali ada sekali tidak. Sumbangan untuk pengarah teknikal pun sama. Kalau nak hukum maka penganjur yang perlu dihukum tegas Annuar di laman sosial media Facebook miliknya semalam. Sebelum ini, pada 2015, pemegang hak media antarabangsa terkemuka MP & Silva memberi jaminan pulangan RM70 juta setahun kepada kerjasama selama 15 tahun yang bernilai RM1.26 bilion.  Bagaimanapun Presiden FAM Tunku Ismail sebelum ini tidak bersetuju dengan agihan 30 peratus (RM21 juta) daripada jumlah tahunan itu kepada pasukan bertanding yang dianggap kecil sedangkan FAM menerima 40 peratus (RM28 juta). Akibat kekurangan pendapatan menyebabkan ada pasukan seperti Kelantan mengalami masalah kewangan sehingga kemungkinan bakal dikenakan tindakan pemotongan mata kerana mempunyai kes tunggakan gaji pemain. Model sekarang bergantung kepada ihsan dan kuasa individu. Tanpa individu tertentu dalam pasukan, kantung menjadi kering. Banyak pasukan bergantung kepada ihsan pemimpin negeri. Bila negeri tidak bantu, maka persatuan jatuh miskin. Siapa sangka Selangor boleh hadapi masalah? Maka fikir fikirkanlah. Jangan menjadi seperti tikus membaiki labu dakwa kata Annuar mengakhiri kenyataannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEPERTI TIKUS BAIKI LABU... PERIBAHASA...
ORANG TIDAK PANDAI... ROSAK JADINYA...
LABU MANIS... AGAK LUAS DIMALAYSIA... 
PERIHAL TIKUS... PEROSAK YANG BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1443H).

Thursday, February 17, 2022

CEBURI PERTANIAN SEBAB 'TERPAKSA'?

PERSOALAN TERPAKSA CEBURI PERTANIAN
agak jarang didengar atau dibincangkan secara terbuka. Ini kerana kini generasi muda tidak ramai yang mahu menceburi sektor pertanian sebagai karier kehidupan berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Sektor pertnian ini kini dinggap sebagai salah satu sektor yang bergantung kepada pekerja asing didalam negara menghasilkan makanan. Paling teruk ada sektor perladangan kelapa sawit dimana dilaporkan seramai 76% daripada tenagakerja terutama untuk memotong tandan buah segar adalah terdiri daripada pendatang asing. Isu pandemik covid19 yang melanda dunia dilaporkan menjejaskan industri kelapa sawit di Malaysia yang menurun sekitar 25% akibat kekurangan 36,000 pekerjaan memotong buah. Pekerja asing ini telah kembali kenegara asal (kebanyakannya adalah dari Indonesia) dimana mereka tidak dapat kembali bekerja di Malaysia akibat sekatan perjalanan. Dilaporkan dimana sektor pertanian memainkan peranan penting di Malaysia dalam usaha pembangunan ekonomi negara. Malaysia adalah negara bertuah dengan anugerah alam semula jadi yang kaya. Tanahnya subur sesuai untuk pelbagai tanaman tropika dimana penulis blog pun tidak hairan apabila dahuli kawasan ini telah menjadi rebutan kuasa Barat ketika era penjajahan atau era mercantalisme. Era Mercantalisme yag mana ia menggalakkan kolonisasi apabila beberapa penjajah dari negara barat mengaut sumber pertanian negara seperti Malaysia untuk menyokong dasar perindustrian mereka. Namun demikian, Malaysia turut mendapat manfaat dari dasar tersebut secara tidak langsung dengan pembukaan hutan menjadi estet perladangan yang luas. Kita memerlukan modal dan teknologi untuk membangunkan sektor pertanian. Kedua-dua faktor itu adalah terhad ketika itu. Bagaimana pun sektor pertanian di Malaysia semakin kurang diminati oleh golongan muda kerana ia berkait sebagai pekerjaan 3D iaitu Dirty (Kotor), Difficult (Sukar) dan Dangerous (Bahaya) yang mana pendapatannya juga kurang lumayan. Mungkin pekebun kecil dan usahawan pertanian yang ada disebabkan 'terpaksa' bekerja dalam sektor pertanian terutama mereka yang berada dikawasan luar bandar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan mengenai situasi terpaksa didalam berkerja disektor pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Sejarah menunjukkan dimana sektor pertanian telah berjaya membangunkan dengan pesat dengan wujudnya ladang-ladang komersial yang besar yang telah diperkenalkan penjajah. Ini adalah pelaburan asing terus yang strategik pada ketika itu dimana antara kesannya pernah Malaysia menjadi sebagai pengeluar getah terbesar dunia dan juga ianya kemudian diikuti oleh pengeluar kelapa sawit terbesar didunia. Kemudian berlaku proses pelaburan dalam sektor pertanian disambut oleh dasar kerajaan yang tuntas. Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai bapa pembangunan berjaya memartabatkan sektor pertanian sekali gus mempercepatkan pembanterasan kemiskinan. Antara yang projek ketara masa itu seperti pembinaan Empangan Sg MADA untuk pengairan kawasan jelapang padi di Kedah dan beberapa projek lain demi pengeluaran makanan negara dan pasaran eksport. Kemudian pelbagai Jabatan dan agensi berkaitan pertanian ditubuhkan untuk menangani isu dalam sektor pertanian yang menyumbang kepada kemiskinan luar bandar yang kronik. Isu itu termasuk produktiviti yang rendah dan ketidakcekapan pengeluaran. Antara agensi yang diwujudkan seperti RISDA, LGM, MARDI, FAMA, FELDA, FELCRA, LTN, LPP, MADA, KADA, IADA, Bank Pertanian, LPNM dan sebgainya. Tanah pertanian yang mana menjadi semakin kecil dengan pertambahan penduduk dan pertanian adalah sumber pekerjaan utama. Amalan pertanian tradisi sejak dahulu dikaji semula dimana ia telah mengekang serta menghalang peningkatan produktiviti.  Penubuhan pelbagai agensi berkaitan pertanian telah mampu menangani isu-isu tersebut. Penerapan teknologi dan peningkatan produktiviti berlaku dengan cepat. Malaysia layak mendabik dada pada masa itu di atas kejayaan tersebut. Malah pernah juga Malaysia sebagai salah satu model pembangunan pertanian tropika yang perlu dicontohi dimasa itu.

Penulis blog menilai semua isu tersebut dimana terkini sektor pertanian bukan lagi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Perubahan struktur telah berlaku dengan ketara apabila sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah kini adalah menjadi enjin pertumbuhan ekonomi mengambil alih sektor pertanian. Perindustrian berlaku dengan pesat diman senario ini juga adalah sesuatu yang dijangka di Malaysia. Ia adalah perkembangan yang sihat untuk tujuan pembangunan ekonomi negara dimana perlu berterima kasih di atas dasar kerajaan yang sedemikian. Walau pun memang tidak dapat dinafikan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi secara relatifnya akan menurun apabila negara melalui fasa perindustrian dan seterusnya tetapi sebenarnya nilai sumnbangannya dalam nilai ringgit sebenarnya terus meningkat saban tahun. Sektor kelapa sawir kini merupakan antara sektor yang menjadi penyumbang terbesar pertania kepada Malaysia dengan nilai billion ringgit. Banyak produk berasaskan kelapa sawit yang dieksport sebagai salah satu penyumbang pertukaran wang asing dalam perdagangan antarabangsa. Namun demikian bagaimana pun kekuatan sektor pertanian perlu dikekalkan dalam meranga dasar dan strategi dimasa akan datang. Ini bermakna faktor kecekapan dan produktiviti perlu ditingkatkan atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Kemajuan sesebuah negara kini dinilai dari segi kecukupan dan keselamatan makanan sebagai asas kepada negara maju. Walau pun didakwa dimana realitinya dimana pertumbuhan produktiviti sektor pertanian kini perlahan akan tetapi pakar menyatakan dimana sektor ini masih lagi agak kurang efisien. Sebaiknya sumbangan sektor pertanian terhadap pekerjaan yang semakin kecil tetapi kewujudannya semakin penting demi pembekalan makanan terutama makanan ruji iaitu beras yang perlu diperkukuhkan. Adalah diharapkan agar ramaii 
pekerja sektor pertanian akan terus mendapat pendapatan yang lumayan. 

Beberapa laporan pakar menyatakan sehingga kini dimana pendapatan mereka yang bekerja disektor pertanian masih ditahap kurang memuaskan. Ini berkemungkinan ia tidak berlaku dengan efektif dimana dilaporkan ada pekerja sektor pertanian, walaupun tidak lagi miskin tegar akan tetapi asih terletak sebagai masih miskin relatif. Penulis blog fikir dimana sektor
 pertanian perlu diperkasakan sebagai sektor yang berdaya maju. Pada masa lampau memang sektor pertanian adalah pekerjaan pilihan terakhir apabila ia dikaitkan dengan pekerjaan untuk pelajar tercicir atau untuk orang tidak bersekolah sahaja tinggal dikampung untu jadi petani. Ia adalah pekerjaan tidak formal yang tidak mempunyai definisi yang jelas dimana seringkali juga ada petani dianggap kalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan bukan bekerja sebagai petani. Kemudian ada langkah kerajaan memperkenalkan konsep pertanian suatu perniagaan adalah amat baik. Namun penerapannya perlu diperluaskan lagi skop aktivitinya iaitu bukan sekadar memfokuskan kepada usaha penanaman dan pemasaran produk. Sektor pertanian perlu menyeluruh meliputi kesemua rantaian aktiviti dari ladang sehingga kemeja makan sebagai satu aktiviti komersial. Slogan ;pertanai suatu perniagaan' yang pernah diwar-warkan menjadikan sebahagian usahawantani berubah daripada skala pekebun kecil kepada usahawan komersil. Ini bermakna suatu perubahan minda perlu diterapkan di mana pertanian sebagai perniagaan adalah satu pilihan. Kalangan mereka yang berjaya menceburkan diri di dalam perniagaan pertanian ini bukan kerana tiada pekerjaan lain dan kemudian berniaga untuk memasarkan hasil. Sebaliknya sudah menjadi fenomena dimana ia setaraf dengan pemilihan untuk lain-lain jenis perniagaan bukan pertanian. Sekali gus usahwan muda berjaya ini menjadikan pelbagai aktiviti pertanian sebagai satu aktiviti keusahawanan. Di negara maju seperti di USA, Eropah, Jepun, Korea dimana proses pembangunan ekonomi mereka juga bermula dengan aktiviti pertanian. Sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi kini walau pun kecil namun ianya kekal produktif. Ini adalah kerana aktiviti pertanian kini dijalankan secara komersial dan dengan sendirinya sentiasa terdedah kepada proses inovasi berterusan. Terkini dinegara maju telah banyak mereka memperkenalkan bidang pengajian perniagaan tani. Bidang pengajian ini adalah untuk menyahut keperluan pembangunan usahawan pertanian dimana dalam konsep ini mereka berjaya membentuk lebih ramai wargatani berpengetahuan dan meneruskan kegiatan pertanian keluarga dengan penerapan inovasi moden. Sektor pertanian sebaiknya elakkan dari ianya terus dianggap sumber pekerjaan terakhir dan terpaksa. Dilaporkan di Malaysia sehingga kini masih tidak ramai dari kalangan graduan berkaitan pertanian secara sukarela menceburkan diri secara aktif di dalam aktiviti asas sektor pertanian. Sekali gus berkemungkinan dimana proses mentransformasikan graduan kepada menjadi petani masih belum jelas atau tidak berlaku. Ini juga mungkin salah satu  dari faktor kekangan terpenting kepada kelembapan untuk pembangunan sektor pertanian. Digalakkan di Malaysia agar pembangunan usahawan perlu berjalan serentak dengan pembangunan modal insan untuk meningkatkan daya inovasi. Sebaiknya semua inovasi pula akan menjadi salah satu sumber terpenting pertumbuhan ekonomi tahap tinggi sektor pertanian dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEKTOR PERTANIAN... ADA DI MALAYSIA....
MENYUMBANG KDNK....SEDIKIT SAHAJA...
KINI KURANG MINAT... GOLONGAN MUDA...
PERLUKAN STRATEGI... AGAR BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Rejab 1443H).

Wednesday, February 16, 2022

POTENSI FORAJ NAPIER PAKCHONG

RUMPUT NAPIER PAKCHONG
(
Pennisetum purpureum cv Thailand) adalah diantara semua spesies rumput Napier yang mana varieti ini hasil kacukan Napier Pakchong dari Thailand merupakan varieti napier yang paling disyorkan untuk haiwan ruminan. Rumput Napier Pakchong adalah hasil daripada kacukan rumput Napier (Pennisetum purpureum) dan Milet mutiara (Pennisetum glaucum). Berbanding dengan rumput Napier jenis lain dari laporan kajian dilaporkan rumput Napier Pakchong mampu menghasilkan sehingga 200% bekalan makanan haiwan kepada penternak. Malahan kandungan protein kasar Napier Pakchong juga lebih tinggi daripada Napier asli iaitu dalam lingkungan 16 - 18%. Faktor ini sangat penting terutamanya untuk lembu tenusu yang perlu dibekalkan nutrien yang mencukupi untuk membolehkan penghasilan susu yang lebih banyak. Di samping itu juga penulis blog pernag diberitahu dimana dilaporkan juga bahawa Napier Pakchong ini turut mempunyai potensi untuk tumbuh dengan lebih tinggi jika ia ddibandingkan dengan rumput Napier asli. Rumput Napier atau lebih dikenali sebagai rumput gajah oleh masyarakat tempatan menjadi antara pilihan penternak haiwan di banyak negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Taiwan. Pada masa dahulu kalangan penternak memang kebiasaannya memilih rumput yang kurang berkualiti dengan kadar protein yang agak rendah. Bagaimana pun pada masa ini sudah ada para penyelidik dan pakar pemakanan haiwan telah bersetuju bahawa rumput Napier ialah spesies rumput yang paling baik untuk ruminan. Rumput Napier didapati antara rumput yang mempunyai kebolehan menghasilkan jumlah hasil berat kering yang lebih tinggi berbanding dengan rumput tropika jenis lain. Malah boleh ditanam sepanjang tahun di Malaysia kerana kesesuaiannya dengan cuaca lemban dan panas sepanjang tahun. Artikel pada tengahmalam yang dingim ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai potensi foraj (forage) rumput napier pakchong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penulis blog merujuk laporan daripada laporan
 perangkaan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) dimana pada tahun 2020 jumlah populasi ternakan ruminan (kerbau, lembu, kambing dan bebiri) dalam negara berjumlah 1.88 juta ekor dan bilangan ini menurun berbanding dengan tahun 2019 yang berjumlah 1.89 juta ekor. Walaupun populasi ternakan semakin menurun akan tetapi sumber makanan masih tidak mencukupi untuk bekalan ternakan sedia ada di negara ini. Sumber makanan ternakan ruminan ini merupakan keperluan asas yang perlu disediakan bagi menjamin bekalan secara berterusan. Sumber foraj yang ada memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakanan ruminan bagi memenuhi keperluan nutrien ternakan. Ternakan memerlukan nutrien yang berbeza iaitu mengikut peringkat pengeluaran, jantina, berat dan umur. Secara umumnya fungsi protein kepada ternakan ruminan adalah penting untuk pertumbuhan sel dan membantu dalam reproduksi manakala karbohidrat daripada serat atau gentian pula berfungsi sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan segala aktiviti. Apa pun rumput napier atau juga dikenali sebagai rumput gajah (Pennisetum purpureum) adalah salah satu spesies rumput foraj yang banyak terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Penggunaan napier sebagai sumber makanan ternakan tidak asing lagi dalam industri ruminan tempatan terutamanya industri pengeluaran susu dan daging. Pelbagai variasi napier lain di Malaysia adalah seperti Napier Taiwan, Napier India, Napier Zanzibar, Napier Merah, Common Napier, Dwarf Napier dan termasuklah variasi hibrid seperti Pak Chong dan hibrid CO yang telah digunakan oleh penternak. Secara amnya dilaporkan foraj jenis rumput napier menghasilkan sehingga 20 - 30 tan metrik berat kering per hektar setahun dengan kandungan nutrien protein kasar 12 - 18%, serat kasar purata 30% dan penghasilan tenaga metabolisme 8.58 MJ/kg. Rumput napier sesuai dipotong pada umur 6 - 8 minggu. Perkara ini adalah kerana kandungan nutrien rumput napier mula menurun apabila kematangan pokok meningkat. Teknik penanaman, penjagaan dan pengurusan rumput napier yang betul juga sangat penting bagi memastikan hasil tuaian dan kualiti terbaik di samping memastikan rumput napier dapat dituai untuk jangka masa yang lama. Setiap variasi napier juga mempunyai prestasi yang berbeza dari segi hasil per hektar dan juga kandungan nutrien. 

Di Malaysia dimana semenjak tahun 2015 dilaporkan rumput hibrid napier variasi Pak Chong dari Thailand menjadi pilihan popular penternak. Rumput Napier Pak Chong adalah hasil kacukan rumput napier Pennisetum purpureum dan Pennisetum glaucum (milet mutiara). Walau bagaimanapun maklumat berkaitan prestasi penanaman napier variasi Pak Chong masih kurang di laporkan di Malaysia. Oleh itu, Beberapa kajian dan penelitian oleh agensi, univerisiti dan penternak dilakukan sendiri napier variasi Pak Chong telah dijalankan untuk mengkaji kadar pertumbuhan dan kandungan nutrien rumput napier bagi menentukan umur yang optimum bagi rumput ini. Antara temuan kajian ini pernah dibuat di MARDI KLuang, Eco Yap (Keningau Sabah), Holstein Muadzam (Pahang) bagi tujuan mendapatkan makanan untuk ternakan lembu tenusu dan juga maklumat lain. Dibeberapa lokasi dimana rumput napier disiram setiap hari dan dibiarkan tumbuh selama 70 hari sebelum pemotongan pertama dilakukan dan kemudian pengambilan data dijalankan pada peringkat umur lima, enam, tujuh dan lapan minggu. Maklumat seperti ciri morfologi iaitu pengukuran ketinggian rumput, pengiraan bilangan anak pokok dan jumlah bilangan daun diambil dan direkodkan. Semasa berkunjung ke Eco Yap di Keningau didapati pertumbuhan napier pakchong ini sangat cepat kerana cara pengurusan pembajaan dan pengairannyya yang advance. Artikel tersebut lengkap ditulis dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Dengan kaedah pembajaan yang baik ini membolehkan rumput napier disini cepat membesar dan subur selain daripada kedudukan ladang dikawasan tanah tinggi melebihi 250 meter dari paras laut. Penuaian rumput napier disini dilakukan setiap 30 hari sahaja berbanding dengan rumput napier dikawasan lain memerlukan masa selama 46 hari satu pusingan. Pembajaan baja organik yang banyak membolehkan walau pun kawasan penanaman napier disini tidak begitu luas tetapi jumlahnya mencukupi untuk memberi makan kepada 5,000 ekor lembu tenusu diladang ini.

Hasil beberapa laporan kajian dimana antara ciri-ciri morfologi dan kandungan nutrien bagi rumput Napier Pak Chong adalah terbaik. Kerja penyediaan tanah dengan cara menggunakan pembajakan piring, pembajakan sikat adalah penting diperingkat awal sebelum menanam. Keratan batang napier dengan dua mata tunas ditanam dengan kaedah baring di batas tanaman dengan jarak 75 cm x 90 cm. Penyiraman napier ini dijalankan secara berjadual mengikut keadaan cuaca semasa dan jug akeadaan tanah. Pemasangan zink di sekeliling kawasan penanaman napier juga dilakukan disesetangah kawasan (terutama dekat hutan) bagi mengelakkan pemangsa seperti khinzir daripada memakan anak benih yang baru tumbuh. Aktiviti pengurusan ladang seperti merumpai secara manual dan penyemburan racun dijadualkan sebagai aktiviti bulanan bagi mengelakkan persaingan rumput napier dan rumpai. Rumput napier perlu dibiarkan hidup tanpa sebarang aktiviti pemotongan sehingga rumput berumur 70 hari. Didapati dimana napier Pak Chong menunjukkan hasil yang semakin meningkat dengan umur pemotongan dan hasil yang lebih ekonomikal bermula pada umur 7 - 8 minggu iaitu 4.96 t/ha dan 7.95 t/ha. Bagi jumlah bilangan anak pokok pula menunjukkan hasil kajian yang bertentangan iaitu bilangan anak pokok semakin berkurangan dengan peningkatan umur rumput napier. Bilangan anak pokok paling tinggi semasa berumur lima minggu iaitu 28 anak pokok dan menurun kepada purata 20 anak pokok apabila meningkat umur 6 - 8 minggu. Dilaporkan kelewatan umur pemotongan rumput Napier Pak Chong menyebabkan ketinggian rumput, peratus bahan kering dan hasil berat kering per hektar semakin meningkat akan tetapi nisbah daun dengan batang semakin menurun. Kandungan nutrien rumput Napier Pak Chong menunjukkan semakin meningkat umur pemotongan semakin menurun nilai kandungan protein kasar manakala nilai kandungan gentian kasar pula semakin meningkat. Potensi rumput Napier Pak Chong adalah baik bagi peternakan ruminan tempatan. Pemotongan pada umur lima minggu rumput Napier Pak Chong menghasilkan berat kering per hektar yang rendah tetapi kualiti yang diterima ternakan adalah terbaik terutamanya bagi kumpulan ternakan di peringkat pertumbuhan dan menyusu. Pemotongan rumput Napier Pak Chong pada umur lapan minggu menghasilkan kadar tuaian bahan kering per hektar yang tertinggi dan kandungan nutrien yang sedikit rendah namun mencukupi terutamanya bagi kumpulan saraan seperti kumpulan lembu jantan dan betina dewasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
RUMPUT NAPIER.. PAKCHONG NAMANYA....
ASAL THAILAND.... BAIK PRESTASINYA...
MUDAH DITANAM... BUAT PENJAGAANNYA...
INFO DIBERIKAN... BACALAH BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1443H).

Tuesday, February 15, 2022

SATE GORENG YANG ENAK

SATE GORENG merupakah salah satu jenis makanan yang semakin popular dikalangan masyarakat yang menyukainya di negara kita dan negara jiran. Apabila disebut sahaja sate semua akan terbayang dimana daging lembu, dagung auam, daging rusa, perut lembu, kerang dan bebola ikan yang dicucuk pada lidi dan kemudian dibakar diatas api arang atau dengan [emanggang gas. Makanan sate merupakan sejenis makanan yang memng diminati oleh masyarakat Malaysia dam juga pelancong luar yang datang ke Malaysia. Keenakan sate ini membolehkan ada beribu-ribu restoren dan kedai serta gerai menjual sate dengan kepelbagaian rese[i dan jenis sate yang dijual. Lazimnya waktu jualan sate ini adalah pada tengahari sehingga ke malam akan tetapi telah ada produk sate sejukbeku dipasaran yang mana peminat sate boleh membuatnya sendiri dirumah. Kebanyakan pasar malam, bazaar ramadan dan kawasan perumahan ada sahaja penjual sate dimana kalay berkunjung ke pasar malam bukan seorang dua yang menjual malahan memang banyak menjualnya. Pada penulis blog makanan sate yang paling suka sekali adalan makan 'Sate Pagi di Muar' dengan hidangan lodeh dan juga mee rebusnya. Sesekali dalam sebulan pastinya akan berkunjung ke beberapa lokasi menjual sate pagi di Bandar Muar untuk pekena makanan ini. Bagaimana pun sejak 2 tahun ini sudah ramai yang membuat 'sate goreng' sendiri di rumah akibat pandemik covid19 dan PKP serta Lockdown. Bagi penulis blog membuat sate goreng ini (biasanya sate daging lembu) telah dibuat lebih 20 tahun lalu terutama semasa Hari Raya Kurban dimana mendapat bekalan daging lembu segar di kampong. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya menulis artikel yang ke 6,875 mengenai apakah dia sate goreng dan beberapa cara untuk membuatnya bagi dijadikan bahan rujukkan semua.

Terdapat banyak resepi membuat sate goreng dimana ia disediakan mengikut citarasa dan kemahuan yang berlainan. Bagi penulis blog membuat sate goreng daging lembu segar adalah yang paling sering dibuat berbanding dengan sate goreng ayam atau jenis lainnya. Ini kerana ia adalah lebih mudah disediakan dan lebih enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi atau bersama ketupat atau asi himpit dengan kuah kacang. Antara bahan rempah diperlukan adalah 1 sudu besar biji ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan juga 1 sudu besar rempah jintan putih. Bahan lain diperlukan adalah 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, 2 cm kunyit hidup, 1 cm lengkuas, 2 batang serai, air, sekitar 300 gm daging lembu segar (sesuai di potong dadu), 1 sudu besar rempah yang dikisar, gula pasir dan juga garam. Cara-cara membuat sate goreng dimulakan dengan menyangai bahan rempah iaitu biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian kisar sehingga halus (hanya gunakan 1 sudu besar sahaja untuk resepi ini selepas di kisar). Seterusnya adalah mengisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas dan serai dengan sedikit air. Campurkan bahan kisar bersama daging lembu yang telah dipotong dadu dalam bekas dan ditambahkan bahan rempah, garam serta gula secukupnya dan gaul sehingga rata. Apa yang penting adalah kemudian adunan ini di perap daging selama sekurang-kurang selama 1 jam. Kemudian diletakkan kuali diatas api dan panaskan sedikit minyak. Masukkan daging yang telah diperap ini dan goreng daging sehingga lembut dan menjadi sedikit kering. Kemudian di tutup api dan diangkat untuk dihidangkan. Sebagai peringatan jangkamasa perap daging lebih lama untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Kacau daging yang digoreng agar ia masak sekata dan pastikan menggoreng daging sehingga kering.

Penulis blog lebih suka dengan resepi Sate Goreng Johor 
yang sesuai disediakan semasa bulan ramadan, jamuan Hari Raya Puasa atau Jamuan Hari Raya Kurban. Sate ini boleh menggunakan 1.2 kilo daging lembu atau daging kerbau atau daging kambing (agak jarang dibuat sate goreng daging ayam), 200 gram gula pasir, 100 gram gula merah dan 100 gram madu (madu ini akan menambah keenakan sate goreng). Bahan lain digunakan adalah 2 sudu kecil garam, 3 sudu makan serbuk ketumbar yang perlu di sangai dulu, 2-3 sudu kecil serbuk jintan manis juga di sangai, 1/2 sudu makan serbuk lada sulah (Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus). Bagi tujuan  menyediakan bahan untuk dijadikan bahan kisar (tapi jangan sampai terlalu halus) adalah 6 ulas bawang putih, 1/2 ibujari halia, 2 hiris lengkuas, 4 batang serai- hiris nipis dan juga 1/2 jari kunyit hidup. Cara-cara membuat sate goreng Johor ini dengan perlu dibersihkan daging dan mekudian dipotong-potong. Kalau ada yang suka guna paru sebaiknya ia mesti di rebus duluu hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz. Kemudian di gaulkan dengan semua bahan rempah lain yanh disediakan dan diperap agak lama untuk sebatikan rempah dengan daging. Ada yang perap adunan ini semalaman kerana ia menjadi betul-betul sebati. Bagaimana pun kalangan orang yang membuatnya mencukupi perap selama 2 - 3 jam lamanya. Apa pun boleh menggunakan beberapa cara untuk memasak sate ini. Pertama adalah menggoreng didalam kuali dengan menggunakan minyak yang agak banyak di dalam kuali dan digoreng sehingga garing sebelum dihidangkan. Ada juga yang akan menggoreng sate ini dengan tanpa minyak atau hanya sedikit sahaja minyak di dalam kuali dan apinya dikawal sehingga daging sate menadi garing dan kering. Kaedah yang popular juga adalah dengan cara membakar didalam ketuhar atau oven atau microwave dengan sedikit minyak. Penting untuk memasak pada suhu maksimum dan perlu dikacau sesekali agar rata dan diangkat apabila daging cukup masak hingga agak garing.

Beberapa media tempatan melaporkan kewujudan 'Sate Goreng Peladang  dijamin bersih, halal' menarik untuk dikongsikan. Dilaporkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi jenama popular 'Peladang' sudah ada mengeluarkan produk makanan bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan makanan bersih dan halal. Jenama Peladang diberi hak tunggal untuk Cap Dagangan Jenama Peladang oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peng­gunaan jenama berkenaan. Apa pun sehingga kini ada empat segmen dan jenis produk keluaran PP iaitu makanan, makanan ternakan, input pertanian dan jentera. Produk makanan seperti produk cip nangka, nanas, cendawan, mangga dan betik yang pasti memenuhi cita rasa pelang­gan yang menggemari makanan itu. entiasa mendapat pemintaan daripada pelanggan. Produk sejuk beku ini ada;ah berasaskan ayam pula ialah sate goreng ayam, ayam goreng, ayam popcorn, jumbo sosej dan nugget ayam tempura yang mendapat permintaan tinggi. Produk ini dijamin halal, berkualiti dan keluaran Bumiputera di bawah NAFAS. 
Sate segera jenama Southern Fresh keluaran PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor). Ada bungkusan mengandungi 20 cucuk dan dijual dengan harga RM9.50 sebungkus (berharga cuma 48sen secucuk). Penulis blog pernah beberapa kali beli dan ujirasa dimana rasanya memang tidak mengecewakan. Ia boleh digoreng atau dibakar diaman semasa goreng baunya memang meyelerakan sangat. Kadang kala untuk malam maka ia sesuai 'dibakar' gunakan Microwave Oven. Baunya memang tidak naik akan tetapi rasanya masih tetap sedap. Bungkusan ini dimana produk sate ini tidak disertakan kuah kacang. Tetapi ianya penuh berempah dan sedap dimakan begitu sahaja walau tanpa kuah kacang.  Produk ini ada dijual di beberapa pasaraya dan kedai runcit terpilih sahaja atau cuba dapatkan online sahaja. Semuga artikel ini memberi ifo berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasalam!!.
SATE GORENG ... ENAK RASANYA..
SENANG DIBUAT... MUDAH SAHAJA...
RESEPI ADA... KENALAH MENCUBA..
SATE PELADANG... ON-LINE SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
(9 Rejab 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...