Friday, June 30, 2023

SEPERTI RUSA MASUK KAMPONG

Peribahasa SEPERTI RUSA MASUK KAMPONG merupakan satu peribahasa yang berkaitan dengan pertanian yang dicipta orang dulu-dulu dan ia sesuai dibincangkan kali ini. Pada penulis blog yang beberapa kali melihat haiwan rusa di dalam zoo dan ternakan oleh pengusaha tempatan tentunya sudah mengenali akan haiwan liar ini yang selalu ia di letakkan dikawasan khas. Ada beberapa kali juga penulis blog melawat projek ternakan rusa komersial di kampong di Muar, Segamat serta di Melaka dan Pahang yang dapat melihat bagaimana pemiliknya amat suka menunjukkan rusa ternakannya. Apa pun peribahasa '
Seperti rusa masuk kampung' sebenarnya membawa maksud suatu keadaan 'tercengang-cengang kehairanan di tempat baru' yang dialami seseorang. Ia juga berkait dengan mana lazimnya rusa yang tinggal dihutan yang sunyi sepi kecuali bunyi unggas di semak hutan tiba-tiba ia masuk kampong yang agak lapang dengan ada rumah dan manusia serta mungkin bunyi keenderaan atau lagu-lagu dari radio. Rusa ini dipercayai 'tercengang' atau 'terkejut' dengan suasana berlainan ini dan ada perasaan agak ketakutan. Ia sama dengan kes terbaru dilaporkan di media iaitu di Yan, Kedah berkaitan seekor Beruang Matahari dimana pada 2 Febuari 2023 beruang ini cuba ditangkap oleh pasukan bomba tetapi sebaliknya ahli bomba tersebut cedera akibat diserang beruang tersebut. Penduduk di Yan, Kedah melaporkan akan kehadiran seekor beruang matahari tersesat di kampong tersebut dikawasan lapang sawah padi (sama kes seekor rusa masuk kampong agaknya) dan memanggil beberapa pihak untuk menangkapnya. Bagaimana pun dilaporkan beruang itu menyerang seorang anggota bomba yang terjatuh semasa cuba menangkapnya. Akhirnya pihak berkuasa terpaksa pula menembak haiwan liar tersebut dengan ubat pelali untuk sesesaikan situasi. Apa pun mengambil contoh ayat lazim bagi menjelaskan peribahasa ini adalah seperti 'Seorang pemuda dari kampung Orang Asli, Mersing, Johor dilihat tercengang-cengang dan panik seakan peribahasa  seperti rusa masuk  kampung setelah dia buat kali pertama tiba di Bangunan Petronas,Twin Tower, Kuala Lumpur'. Bagaimana pun pada penulis blog dizaman ICT ini mungkin kisah ideal seperti ini sudah agak kurang disebabkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun mempunyai SmartPhone untuk melihat youtube, facebook, tiktok dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya ambil tajuk rusa untuk dapat dibincangkan secara teknikal bagi bahan bacaan semua.


Dalam blog ini saya sudah menulis banyak juga artikel mengenai rusa yang sesuai dibaca bersama (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pada penulis blog RUSA (Cervus timorensis) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Cervidae yang dilindungi di Malaysia dibawah undang-undang perlindungan haiwan terancam. Aktiviti penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Masih ada tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler atau velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Saya beberapa kali melihat projek ternakan rusa sama ada secara besar-besaran oleh Sebuah Bank Perdagangan di Sekijang Segamat yang gagal serta beberapa penternak tempatan secara kecil-kecilan yang berjaya di Johor. Terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya yang hidup di seluroh dunia dan kawasan Asia Tenggara secara semulajadi semenjak dulu. Haiwan rusa merupakan sejenis haiwan eksotik yang diburu semenjak dahulu sehingga ianya akan pupus jika tidak dilindungi oleh kerajaan. Permintaan daging, tanduk, kulit dan sebagainya dipasaran antarabangsa adalah sangat baik kerana daging rusa mengandungi kolesterol rendah dan tujuan perubatan. Laporan menunjukkan antara beberapa jenis rusa adalah seperti Rusa Sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah atau red deer (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow Deer (Dama-Dama), Rusa Chital (AxIs-Axis), dan Rusa Timor atau Rusa exotik (Cervus timorensis). Bagaimana pun hanya mereka yang pakar mengenai haiwan ini mengenali dengan tepat.


Dilaporkan dimana aktiviti
 penternakan komersil rusa di Malaysia adalah kerana untuk rekreasi dan kegemaran, sebagai tindakan mencegah kepupusan rusa, untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi, sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya, sebagai makanan enak, sebagai Perhiasan dan sebagainya. Dari segi keperluan infrastruktur ladang rusa sangat gemar dengan kawasan yang sunyi dengan yang lapang dengan persekitaran berhampiran dengan hutan dan mempunyai kawasan berteduh. Perlu disediakan kawasan rumput untuk ragutan yang menghijau dan perlu dipagar agar tidak lari daripada kawasan ternakan. Perlu disediakan juga kawasan lembah berair yang ada sungai agar rusa dapat berkubang dikawasan tersebut.  Kawasan ternakan rusa perlu dipagar setinggi boleh dimana ia sekurang-kurangnya 8 kaki (sekurang-kurangnya 2 meter) dengan bahagian bawah dikonkrit serta bahagian atas dipasang kawat duri untuk mengelakan ianya melompat keluar apabila rusa terkejut atu ketakutan akibat didatangi oleh manusia yang tidak dikenali atau gangguan lain. Sebaiknya elakan menanam rumput 4 kaki dari tepi pagar kerana rumput akan mati akibat aktiviti rusa yang suka berkumpul dan bergesel dikawasan tepi pagar. Rusa tidak berapa suka duduk dalam padok diwaktu sianghari dan sentiasa aktif bergerak disekeliling ladang ternakan. Sediakan pokok-pokok teduhan yang sesuai dikawasan ternakan untuk rusa berteduh dan daunnya akan dijadikan makanan. Kalau hendak menanam pokok baru pastikan batangnya dibalut dan pokok tinggi mengelakan dirosakkan oleh rusa. Rusa suka makan rumput hijau dan dedaun segar dikawasan ladang atau diberikan kedalam kawasan ternakan. Rusa juga makan dedak makanan haiwan, roti kering, ada yang bagi maggi kering, biskut dan sebagainya. Sediakan tong minuman air yang bersih dikawasan padok atau ujudkan kolam tau anak sungai kecil untuk bekalan air. Kapasiti stok untuk rusa sebaiknya sekitar 10 ekor bagi satu ekar uang mempunyai rumput hijau untuk ragutan. Kadar stok ini boleh diubah suai mengikut sisitem penternakan sama ada intensif atau separa intensif. Makanan tambahan dedak seperti 'Cattle Pallet' sesuai untuk dijadikan makanan rusa. Pondok teduhan untuk takung makanan perlu disediakan bagi ruma berteduh sambil makan dedak. Sebaiknya ada kolam mandi dikawasan ladang kerana rusa perlu mandi dan berkubang untuk menyejukkan badannya dan sememangnya ia satu cara semulajadi rusa berkubang. Pondok kawalan atau pimtu masuk juga perlu dibina dengan kukuh agar keselamatan ternakan rusa yang bernilai ini dapat dijaga dengan baik.


Berlainan dengan peribahasa 'seperti rusa masuk kampong' dimana sebuah portal hmetro.com melaporkan '
Rusa mudah diternak pulangan lumayan' sesuai dikongsikan. Dilaporkan media dimana keputusan seorang penternak lembu beralih kepada penternakan rusa tepat apabila ternakan yang diusahakan sejak 2013 itu kini memberi pulangan lumayan kepadanya. Ini kerana kos dan kaedah penjagaan rusa jauh lebih jimat malah tidak cerewet berbanding lembu selain rusa cepat membiak serta boleh dijual seawal usia dua bulan. Bagi  Ramli Yusof (41 tahun) dimana penjagaan rusa sangat mudah dan tidak membabitkan kos makanan yang tinggi pada setiap bulan seperti lembu atau ternakan lain. Dia yang menternak dua jenis rusa iaitu rusa baka Rusa Timor Cervus timorensis kerana sifatnya yang lasak dan tahan serangan penyakit selain Baka axis-axis. Kini dia memiliki 73 ekor rusa namun jumlah itu sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan. Menternak rusa tidak cerewet dimana ia tidak memerlukan kos ubat-ubatan atau vitamin seperti lembu atau ternakan lain. Dia hanya perlu menyediakan kawasan yang selesa dan selamat selain memagar kawasan itu dengan pagar setinggi 2.4 meter. Makanan yang menjadi kegemaran rusa pula hanya rumput minyak dan napier sementara palet tidak perlu diberikan secara rutin seperti lembu. Rusa lebih gemar makan makanan berasaskan sumber semula jadi seperti batang sagu, hampas soya, buah dan daun pokok kelapa sawit di kandang di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu. Pada peringkat permulaan dia hanya membela empat ekor rusa timor rensis dan membiak hingga 20 ekor seterusnya memperluaskan kandang di ladang kelapa sawit dengan kos RM14,000. Dia tidak sangka permintaan terhadap daging dan rusa hidup amat tinggi hingga hasil pembiakan rusa yang dijalankan di kandang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negeri. Kini jumlah induk yang berkualiti di kandang dengan membeli induk terbaik dengan harga RM4,000 seekor dan menjalankan kegiatan penternakan rusa secara serius. Dalam tempoh hanya tujuh hingga lapan bulan rusa yang diternak membiak dan jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa. Dia lebih gemar menjual rusa hidup berbanding daging kerana pulangan menjual daging tidak seberapa, bagaimanapun demi memenuhi permintaan pelanggan dia terpaksa menyembelih dan menjual daging berkenaan. Rusa dijual berdasarkan harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa RM2,500 seekor dan rusa betina dewasa RM3,000. Dia dakwa menjual induk betina dijual dengan RM4,000 seekor sementara induk jantan bernilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan jenis rusa. Rusa baka campuran sambar paling mahal iaitu RM5,000 ke atas. Semuga artikel ini terkait dengan peribahasa seperti rusa masuk kampung dalam aspek pertanian. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEPERTI RUSA.... MASUK KAMPUNG...
HAIRAN... DI LIHAT LAIN LANGSUNG...
TERNAK RUSA... DAKWA ADA UNTUNG..
SIAPA BERMINAT... PERIKSA KANTUNG...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rejab 1444H).
Updated 16 Zulhijjah 1444H.

Thursday, June 29, 2023

PENYAKIT ZOONOTIK HAIWAN KEPADA MANUSIA

INSIDEN PENYAKIT HAIWAN KEPADA MANUSIA
agak jarang dibincangkan sebagai satu perkara penting. Pernah dilaporkan dimana negara Malaysia adalah antara segelintir negara-negara yang berstatus bebas rabies dalam dunia. Namun status ini yang dipegang sejak April 1954 terbatal pada tahun 2015 iaitu apabila penyakit rabies atau lebih biasa dikenali sebagai penyakit anjing gila ini telah dikesan di negeri-negeri utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebelum kerajaan Malaysia sempat mengisytiharkan penyakit rabies telah dihapuskan pada tahun 2017 apabila kes-kes rabies sekali lagi dilaporkan di Sarawak dimana kerja-kerja pengawalan telah berjalan. Selain daripada itu aktiviti seperti pengesanan jangkitan Malaria Knowlesi atau pun Malaria Monyet dilaporkan ia  semakin meningkat di Sabah, Sarawak dan Kelantan semenjak penyakit ini dikenal pasti pada tahun 2004. Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengeluarkan peringatan terhadap pengambilan langkah-langkah berjaga-jaga untuk golongan risiko tinggi terhadap penyakit ini. Secara umumnya kedua-dua penyakit ini adalah berpunca daripada haiwan dan turut menjangkiti manusia yang boleh berlaku dan mengancam masyarakat umum. Sebenarnya isu dan insiden ini hanya sebahagian kecil daripada penyakit berjangkit yang dibawa oleh haiwan yang perlu sentiasa diawas. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana ada sekurang-kurang 61% penyakit manusia adalah berpunca daripada haiwan atau dikenali sebagai Penyakit Zoonotik. Timbul persoalan akah dia Penyakit Zoonotik?. Penyakit zoonotik ialah penyakit yang boleh menjalar daripada haiwan vertebrat kepada manusia. Hidupan seharian kita berkait rapat dengan pelbagai jenis haiwan, sama ada haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing, haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing, serta hidupan liar di kawasan penempatan, pertanian, rekreasi dan hutan (keperluan perkerjaan). Maka, kita akan terdedah dengan pelbagai kuman yang dibawa oleh haiwan-haiwan tersebut. Kuman yang dimaksudkan di sini ialah mikrob yang merangkumi virus, bakteria, parasit dan kulat. Pada kebiasaannya, haiwan yang dijangkiti kuman akan jatuh sakit. Tetapi kadangkala haiwan yang dijangkiti tidak sakit, atau haiwan manjadi pembawa kuman selepas sembuh daripada penyakit, dan haiwan sebegini dianggap sebagai reservoir haiwan. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kongsikan info mengenai penyakit zoonotik dari haiwan yang menjangkiti manusia untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Bagaimana cara penjalaran Penyakit Zoonotik merupakan salah satu perkara yang perlu diketahui. Penjalaran penyakit zoonotik boleh berlaku dalam berbagai bentuk antaranya ialah pendedahan langsung semasa memegang atau menyentuh haiwan-haiwan tersebut, digigit atau dicakar, disamping kontak langsung dengan air liur, darah atau bahan buangan yang telah dicemari kuman. Sebagai contoh insiden penyakit anjing gila yang disebabkan oleh gigitan haiwan yang telah dijangkiti virus tersebut atau berlaku kes jangkitan sporotrikosis pada seseorang yang mempunyai luka terbuka pada kulit kerana dedahan kepada kucing yang dijangkiti kulat Sporothrix. Apa pun penularan berlaku apabila kontak tidak langsung juga adalah suatu laluan infeksi yang sering mengakibatkan manusia dijangkiti oleh penyakit zoonotik. Ini berlaku apabila manusia terdedah kepada bahan-bahan yang telah digunakan atau dihinggapi oleh haiwan-haiwan yang dijangkiti atau membawa kuman tersebut. Salah satu contoh ialah penyakit kurap, dimana manusia mungkin terjangkit jika menyentuh atau menggunakan perkakas yang telah digunakan pada haiwan yang dijangkiti kulat Dermatophytosis iaitu seperti tuala dan berus. Jangkitan hama dan pijat boleh berlaku apabila pekerja menjalankan kerja-kerja di reban ayam atau rumah yang mempunyai haiwan yang dijangkiti oleh artropod dan serangga tersebut. Pemakanan produk-produk haiwan juga membawa risiko jangkitan zoonotik. Infeksi bawaan makanan disebabkan oleh bakteria seperti kuman Salmonella dan E. coli berlaku jika termakan ayam atau telur yang tercemar. Tambahan lagi, dimana ada pelbagai jenis cacing parasit pernah dikesan dalam daging lembu, kambing, khinzir dan ikan. Laporan penemuan cacing Anisakis dalam ikan sardin dalam tin baru-baru ini di Malaysia telah menimbulkan kegusaran tentang pengambilan makanan tersebut.


Dalam pada itu peranan serangga perantara memainkan peranan penting dalam penjalaran penyakit zoonotik. Serangga menggigit haiwan terjangkit dimana ia akan juga memindahkan virus, bakteria ataupun parasit kepada manusia yang digigit kemudiannya. Antara contoh yang menimbulkan kerisauan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) ialah Penyakit Malaria-Monyet yang berpunca daripada kera dan dipindah melalui gigitan nyamuk Anopheles kepada manusia. Dalam kes Penyakit Ensefalitis Jepun (Japanese Encephalitis atau Virus Nipah atau JE) daripada khinzir yang melalui gigitan nyamuk Culex. Selain itu terdapat juga kes penyakit bawaan arthropod juga termasuk penyakit Lyme yang disebar oleh sengkenit daripada tikus kepada manusia. 
Penyakit Japanese Encephalitis (JE) telah berlaku di kebanyakan negara-negara Asia seperti Kemboja, China, Indonesia, India, Jepun, Nepal, Sri Lanka, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Korea, Thailand, Vietnam, India serta kawasan di Selatan-Timur Persekutuan Rusia. Kira-kira 3 bilion daripada penduduk dunia tinggal di kawasan-kawasan endemik dan hampir 50,000 kes JE dengan 10,000 kematian dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik (kes-kes terpencil) dan kes pertama telah dicatatkan oleh Cruikshank pada tahun 1951 di mana berlaku kejadian wabak di kalangan banduan British semasa Perang Dunia Kedua. Agen penyebab JE ini adalah Virus Japanese Encephalitis daripada genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae. Cara jangkitan dimana virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine iaitu Culex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala yang dijangkiti virus JE. Khinzir dan pelbagai burung liar akan dijangkiti penyakit JE terlebih dahulu sebelum virus JE menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk. Manusia tidak dianggap sebagai perumah untuk penyebaran virus dan jangkitan daripada manusia ke manusia tidak pernah didokumenkan. Tempoh pengeraman adalah 5 -15 hari. Bagi tanda dan gejala dimana kebanyakan jangkitan JE tidak menunjukkan tanda dan gejala (asimtomatik). Anggaran 1 pesakit dalam 250 yang dijangkiti menunjukkan gejala penyakit iaitu gejala yang biasa adalah demam, sakit kepala, loya dan muntah. Perubahan keadaan mental, simptom neurologi, lemah dan gangguan pada pergerakan muncul selepas beberapa hari. Sawan berlaku dalam 66% kes dan paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kesan daripada gejala penyakit ini boleh menjadi serius termasuklah kecacatan otak dan kematian. Kadar kematian adalah sehingga 60% untuk pesakit yang menunjukkan gejala manakala lebih kurang 30% pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat. Tiada rawatan spesifik untuk pesakit JE bagaimanapun rawatan di hospital adalah penting untuk perawatan sokongan dan pengawasan rapi. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gejala penyakit. Cara pencegahan dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan lakukan pemeriksaan 10 minit seminggu untuk memastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk. Kurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE. Gunakan ubat penjauh serangga (‘insect repellant’) pada kulit yang terdedah berdasarkan panduan yang diberikan oleh syarikat pengeluar untuk aktiviti luar terutama di waktu senja hingga subuh. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Cuba elakkan memakai pakaian berwarna gelap (kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk). Kadah lain dengan selalu menutup tingkap atau bidai apabila berada dalam bangunan. Gunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk. Suntikan vaksin JE akan hanya diberikan kepada penduduk berisiko tinggi di lokaliti berlakunya wabak dan untuk negeri Sarawak di mana program vaksinasi JE diberikan kepada semua bayi yang baru lahir yang berumur 9 bulan dan ke atas mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Bagaimana Penyakit Zoonotik boleh dicegah adalah satu perkara penting diambil tindakan. Selalunya dalam  kehidupan seharian memang biasanya semua orang tidak dapat mengelakan diri daripada berinteraksi dengan haiwan (Sila lihat foto disebelah). Isu ini juga akan menjadi cabaran pencegahan penyakit zoonotik berbanding dengan penyakit bukan infeksi. Walaupun bagamanapun dimana risiko pendedahan kepada penyakit ini boleh dikurangkan jika manusia dilengkapi dengan ilmu pengetahuan terhadap penyakit-penyakit jangkitan dari haiwan dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sesuai. Antara perkara yang boleh kita amalkan ialah memberi perhatian kepada haiwan-haiwan di sekeliling kita agar berwaspada apabila haiwan tersebut meunjukkan simptom sakit, menjaga kebersihan diri seperti cuci tangan dengan sabun selepas menyentuh haiwan, menjaga kebersihan tempat haiwan biasa berkeliaran, memberi vaksin ikut rancangan, serta elak daripada gigitan haiwan dan serangga dengan penggunaan kelambu atau ubat pencegah serangga. Adalah penting untuk difahami bahawa kuman adalah kejadian semula jadi dimana ia boleh berada di mana-mana dan pada apa-apa jua. Penyakit daripada haiwan tidak semestinya mendatangkan masalah kesihatan pada manusia jika langkah-langkah keselamatan diambil. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PENYAKIT HAIWAN... JANGKITI MANUSIA...
MEMBAWA ANCAMAN... MAUT JADINYA...
PENYAKIT ANJING GILA... MERBAHAYA...
PENYEKIT JE PULA... GEGARKAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Home N0 6, Little Kampung Studio,
No 333A, Taman Intan Baru,
Jalan Kampong Banjar, 
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(28 Rejab 1444H).
Posted on 29 Jun 2023
Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H.

Wednesday, June 28, 2023

TANAM PINANG RAPAT2 BIAR SENANG PUYUH LARI

PANTUN TANAM PINANG RAPAT-RAPAT, BIAR SENANG PUYUH BERLARI, KU PINANG-PINANG TAPI TAK DAPAT, KU PUJUK-PUKUK KU BAWA LARI menarik untuk saya dibincangkan kali ini dalam aspek teknologi pertanian. Apa pun pantung empat kerat ini memang menarik kerana ia gunakan pembayangnya sebagai tanaman pokok pinang dan juga haiwan burung dinamakan sebagai burung puyoh. Asasnya adalah pembayang pokok pinang memberi maksud aktiviti 'meminang' dan burung puyoh memberi maksud kepada perbuatan 'pujuk'. Menanam pinang rapat-rapat adalah pembayang kepada maksud 'Tak dapat' dan pembayang kepada puyoh berlari membawa maksud 'Bawa Lari'. Peribahasa ini sebenarnya berkias dengan amalan yang mana insiden 'kahwin lari' atau 'kahwin koboi' apabila ada kalangan pasangan ingin berkahwin tetapi ianya mendapat tentangan atau halangan dari keluarga dan sebagainya. Menurut youtube Ustad Badlishah Alaudin yang bertajuk 'Kahwin Koboi' berdurasi 41 minit 23 saat dia menyatakan keduanya adalah perkara yang berbeza dan tidak dijelaskan dalam youtube beliau hukum hakamnya. Memang orang dulu-dulu kreatif didalam menyediakan peribahasa, pantun, seloka, syair san sebagainya walau pun kini penggunaannya sudah agak berkurangan. Mereka memang meneliti akan apa yang berlaku disekelilingnya termasuk penanaman pokok pinang dan pergerakan burung puyuh sebagai pembayang kepada pantun ini. Artikel pada malam ini dari The Upper House, Bandar Cassia, Simpang Ampat, Batu Kawan, Pulau Pinang saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai huraian teknikal pertanian berkaitan tanaman pokok pinang burung puyoh terkait dalam peribahasa ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


POKOK PINANG (Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya (Sila lihat foto diatas sekali). Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog didalam membuat pemantauan dikawasan kebun pinang di Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Saya ada menulis beberapa artikel mengeni pinang dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20 - 30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonom diambil daripada bahagian buah pinang (betel nut). Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang inni selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. Dalam pada itu sering di viralkan menganai 'Buah Pinang Muda' da biji buah pinang uang digunakan untuk makan sireh. Buah pinang dan sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki Myanmar. Penulis blog yang pernah berkunjung ke Myanmar mendapati orang lelaki dewasa mereka amat suka makan benda ini atau mudahnya kita panggil 'menyentel' sahaja. Tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu kita di Malaysia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan.


Dalam pada itu Burung Puyoh (Cortunix japonica) atau Quail (English) juga adalah merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh dan telur puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan. Ramai dikalangan kita sering melihat jualan daging puyoh goreng di paar malam dan pasartani atau diPasaraya. Burung puyoh daging memang diternak untuk mendapatkan daging puyoh dan burung puyoh telor untuk menghasilkan telur puyoh dengan menggunakn baka yang berbeza. Burung Puyoh Pedaging merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Saya ada menulis artikel mengenai burung puyoh dan dicapai dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Redod tentang pengeluaran daging puyoh di Malaysia sekitar 4,300 metrik tan pada tahun 2021 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2021. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 102 orang penternak burung puyoh daging dan 26 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh didakwa ia mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dari sepanjang masa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual pada harga ladang RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Penulis blog paling suka makan 'Burung Puyoh Goreng Kunyit' di restoren Ala Thai dimana ia dipadankan pula dengan nasi putih, tomyam dan juga somtam. Seekor burung puyoh goreng kunyit dijual pada harga RM6 - RM8 seekor dimana ia memang enak dimakan ketika panas-panas lagi. Telur Burung puyoh pula selalu dihidangkan bersama hidangan Yong Tau Fu atau dimasak sambal sahaja.


Dalam portal berita hmetro.com bertajuk 'Puyuh sebagai hidangan alternatif' menarik dikongsikan kali ini. Isu negara viral iaitu kekurangan bekalan ayam menjadi polemik terutama ketika musim perayaan baru-baru ini sehingga ianya mengundang kenaikan harga ayam yang mencanak. Justeru itu alternatif pilihan kepada peminat hidangan itu ialah melihat sumber lain seperti puyuh yang dikatakan mirip kepada sumber baik tekstur dan rasa. Mengenai puyuh dimana penternakan unggas burung berkenaan bukanlah sesuatu baharu malah ia semakin meluas membabitkan beberapa produk penghasilan iaitu daripada peringkat daging sehinggalah kepada penjualan najis untuk baja. Penternakan puyuh boleh menjana pendapatan yang menguntungkan kerana boleh pelbagaikan variasi produk untuk pasaran. Sektor penternakan puyuh ini sudah lama dijalankan di Malaysia, tetapi berbanding ayam, permintaan puyuh dalam pasaran daging domestik tidak meluas. Namun dalam prospek industri, penternakan puyuh sendiri memiliki potensi yang baik apabila produk boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu penjualan daging, penjualan telur, penjualan anak puyuh dan penjualan najis bagi kegunaan pembuatan baja pertanian (baja kompos). Menyentuh kepada pilihan baka yang digunakan dimana IKTA iaitu puyuh baka hibrid menjadi pilihan kerana sesuai untuk pasaran daging dan telur. Ini kerana antara kelebihan baka ini adalah memenuhi permintaan pasaran industri ternakan puyuh. Baka ini boleh dijadikan sebagai puyuh pedaging dan juga boleh dijadikan sebagai puyuh penelur ataupun induk (bagi betina). Kadar 'tumbesaran' puyuh ikta mengambil masa antara 21 hingga 28 hari untuk mendapat saiz yang sesuai sebelum dijual. Kebiasaan berat matang sedia untuk dijual adalah sekitar 160 hingga 240 gram seekor. Baka seekor induk burung puyoh boleh menghasilkan 240 hingga 280 ekor setahun. Bagi tujuan industri telur puyoh puyuh ikta dimana ia akan mula bertelur seawal umur 42 hari. Kelebihan baka ini kerana ia mampu bertelur pada kadar 70 -  80 peratus hingga umur 12 bulan. Namun sekiranya puyuh dijadikan induk, telur yang 'berbenih' dan berkualiti dikeluarkan ketika puyuh betina berumur 60 hari dan ke atas. Anak puyuh akan terus dijual sebaik sahaja telur menetas (umur sehari). Hal ini kerana puyuh yang berumur sehari hari lebih kuat dan lasak berbanding puyuh yang sudah berumur dua hari ke atas. Puyuh yang baru menetas (sehari) boleh tahan 48 jam tanpa makan dan minum. Perkara ini amat penting kerana pengalaman kami sendiri yang memiliki pelanggan berada jauh dari lokasi kedai. Bagi penternak yang berniat berjinak-jinak dalam penternakan puyuh adalah disarankan supaya memulakan ternakan secara berperingkat  dimana penternak puyuh kecil-kecilan biasanya akan mula menternak daripada kuantiti 200 - 500 ekor untuk satu pusingan atau semusim. Selepas beberapa pusingan bergantung kepada modal pusingan dan hasil jualan( daging atau telur), barulah mereka menambah jumlah puyuh kepada 1,000 - 5,000 ekor untuk setiap pusingan. Risiko bagi penternak puyuh selain penyakit ialah serangan pemangsa seperti tikus, anjing, biawak, dan ular, malah kecurian juga antara cabaran dihadapi penternak kecil. Memang pokok pinang dan burung puyoh sesuai dijadikan pembayang kepada pantun 'Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyoh berlari, ku pinang-pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari. adalah berkaitan dalam industri pertaniam moden masa ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM PINANG RAPAT-RAPAT,
BIAR SENANG PUYOH BERLARI,
KU PINANG-PINANG TAK DAPAT,
KU PUJUK-PUJUK KU BAWA LARI,


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 321 - 322, The Upper House,
Bandar Baru Cassia, Simpang Ampat, Batu Kawan,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(28 Rejab 1444H).

Tuesday, June 27, 2023

BUAH MELON DAN FAKTA DI MEDIA

TANAMAN BUAH MELON
(Cucumis melo L.) adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga Cucurbitaceae yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang agak menarik dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Cara menanam melon dilakukan di tanah lapang atau didalam rumah Struktur Pelindungan Hujan (SPH) yang ditanam untuk sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan juga eksport. 
Penyediaan tanah dengan membajak dikawasan terbuka akan dibuat dengan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan GAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu serta boleh merugikan petani dengan teruk. Pengalaman penulis blog dalam mebuat tinjauan dikawasan tanaman melon diseluruh negara mendapati dimana ada beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) boleh menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (disebebkan oleh Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan terutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga amat merbahaya kepada tanaman melon yang perlu dikawal. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Isu serangan Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat 'farm surveilance'. Tanaman melon memerlukan teknik kawalan yang baik bagi mempastikan penghasilan yang baik dan berkualiti. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta di media akan penanaman buah melon untuk dijadikan bahan bacaan.


Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana buah melon merupakan sejenis buah yang diminati ramai dan pernah didakwa ia menjadi pilihan ramai semasa pandemik covid19 yang mampu untuk meningkatkan imuniti tubuh. Buah meon adalah diantara buah yang selalunya ada dihidangkan di hotel-hotel, majlis jamuan kenduri dan juga dijual dipasaraya. Buah ini ada banyak jenisnya daripada jenis honewdew kepada jenis hibrid lain yang menarik warnanya (Sila lihat foto disebelah). DIlaporkan dimana buah melon mengandungi zat 
di antaranya banyak protein, vitamin C, vitamin B6, Magnesium dan banyak lagi. Melon juga boleh diproses menjadi berbagai jenis makanan kerana ia mempunyai rasa yang enak. Melon juga memiliki kalori yang rendah sehingga sangat sesuai untuk ia dijadikan menu untuk diet bagi menurunkan berat badan. Didakwa khasiatnya adalah seperti ia mampu mengurangkan masaalah tekanan darah tinggi disebabkan ia rendah sodium dan kaya potasium. Ia didakwa membantu bagi kesihatan tulang kerana buah ini mengandungi beberapa nutrisi seperti folat, vitamin K dan magnesium. Mereka yang ada masaalah kencing manis juga disyorkan makan melon kerana ia akan mengawal kandungan gula dalam darah kerana ia mengandungi banyak serat dan zat sesuai. Kandungan air tinggi dalam buah melon membantu elakan hidrasi badan disebabkan biasanya melon mempunyai bahan hidrolite terbaik untuk dimakan. Gabungan air dan zat dalam buah melon memyebabkan ia adalah baik dimakan selepas bersukan, semasa sakit dan juga elakkan hidrasi sepanjang masa. Dilaporkan bahagian kulit buah melon juga boleh digunakan kerana ia mengandungi bahan vitamin C untuk mengeluarkan kalogen dalam badan dan mencantikkan kulit. Paling ketara dimana buah melon sangat signifikan membantu proses pencernaan serta membantu untuk kesihatan mata apabila diambil dengan cara betul. DIlaporkan dimana buah melon mengandungi dua antioksidan kuat iaitu Lutein dan Zeaxanthin serta Karotenoid yang sangat baik menjaga kesihatan mata dan elakkan kehilangan penglihatan apabila tua.


Dalam portal berita utusan.com dimana dilaporkan bagaimana '
Buah melon menjadi, rezeki bertambah' amat sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana usaha dua rakan karib menanam 1,000 pokok melon atau tembikai wangi di Gua Musang Kelantan secara fertigasi berbaloi apabila tanaman itu kini sudah boleh dituai dengan hasil mencecah empat tan metrik (Sila lihat foto disebelah). Bagi Sufian Ahmad (46) dan Mohd. Zahid Mohd. Yaacob (38) dimana dengan mereka menanam pokok melon di atas tanah seluas 0.4 hektar berhampiran rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis berjaya memberikan pendapatan tambahan. Mereka yang merupakan kakitangan Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. dimana aktiviti tersebut sekadar dilakukan secara separuh masa iaitu selepas tamat waktu bekerja dan pada hujung minggu sebagai pendapatan sampingan. Sebelum ini mereka menanam mentimun, petola dan cili namun sepanjang musim pandemik, pasaran sayuran terjejas menyebabkan mereka beralih kepada buah melon. Tempoh matang pokok melon sebelum dituai antara 60 - 75 hari dan mampu menuai kira-kira 2,000 melon dengan berat purata satu hingga dua kilogram sebiji. Buah melon mereka dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM8 sekilogram. Kini menerusi teknologi fertigasi dimana tanaman melon tidak memerlukan penjagaan rapi kerana mereka memperuntukkan masa selama dua jam sahaja sehari. Mereka berjinak-jinak dengan teknologi fertigasi dengan mendapat khidmat nasihat daripada agensi-agensi termasuk Jabatan Pertanian dan petani-petani yang sudah biasa dengannya. Kelebihan teknologi sistem fertigasi ialah tanaman diusahakan tanpa tanah, sebaliknya dalam polibeg berisi sabut kelapa.


Dalam pada itu di Terenggani dilaporkan oleh bharian.com dimana '
Kontraktor tanam melon raih hasil lumayan' sesuai juga dirujuk. Dilaporkan bila sahaja dia melihat potensi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang semakin baik maka seorang kontraktor binaan sanggup beralih mengusahakan MMT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor, Besut dan Projek Khas kelolaan Jabatan Pertanian Alur Ketitir, Merchang, Marang. Bagi Sidik Muhammad (54) dakwa produk pertanian yang diusahakan melalui penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) yang disediakan oleh pihak TKPM sejak dua tahun lalu telah pun memberi hasil yang cukup lumayan. Bagi menghasilkan produk MMT bermutu tinggi bagaimana pun dia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian negeri baik dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaan. Hasil kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri dia telah dapat menghasilkan 8,000 kilogram MMT dalam tempoh dua bulan selepas hari pertama semaian. Apa pun katanya jika petani tidak mengikut SOP yang ditetap oleh Jabatan Pertanian negeri maka mereka mungkin gagal memperoleh hasil melon bermutu tinggi seperti saiz yang kecil dan rasa yang kurang manis. Setiap dua bulan dia mengeluarkan lapan hingga 10 tan MMT dengan jumlah pendapatan sebanyak RM20,000. Melon MMT yang dihasilkan di tempatnya boleh mencapai kemanisan sehingga skala 14 dan buahnya juga rangup serta tahan lama. Melalui kajian yang dia buat sesiapa yang memakan sebiji melon ini adalah bersamaan mereka meminum 40 gelas air teh hijau gred A. Kini dilaporkan permintaan MMT semakin meningkat yang mana ia memerlukan pihaknya berusaha menambah bekalan. Pernah juga dia mengalami masalah kekurangan bekalan berikutan permintaan semakin meningkat dan berusaha bagi menambah bekalan dengan meningkatkan hasil pengeluaran kerana selepas dieksport ke rantau Asia seperti Jepun, Singapura dan ke Brunei pula untuk mempromosi MMT.
Kini dengan sebanyak 40,000 polibag benih melon dan 24 rumah hijau di TKPM Tok Dor, Besut serta di Projek khas Pertanian Alur Ketitir. Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan sahaja memiliki rasa yang manis dan struktur buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk bersifat antioksida, baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C, serta pencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung. Melon MMT gred A biasanya boleh menjangkau berat 1.2kg-1.6kg yang dijual pada harga RM5 sekilogram yang dujuak pada harga MMT di ladang adalah RM4.50/kg. Petani yang menghasilkan buah gred A yang banyak akan memperoleh insentif daripada koperasi MMT sebanyak 50 sen bagi sekilogram. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH MELON... ENAKNYA DIMAKAN...
BANYAK JENIS... MENJADI PILIHAN....
PELBAGAI KHASIAT... MENYIHATKAN...
SENANG DIBELI... HARGA BERPATUTAN...

By,
M Anem.
Senior Agronomist,
Room 1101, Star Well Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(14 Syaaban 1444H).

Monday, June 26, 2023

DURIAN BELANDA - KISAH NYATA (Part 3)

BUAH DURIAN BELANDA
(Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM15.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Jumaat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah nyata durian belanda yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan satu bahan rujukkan.


Kisah nyata yang sesuai dikongsikan '
Durian Belanda makin digilai' dilaporkan oleh beberapa media tempatan. Kisah ini berlaku di lor Gajah, Melaka dimana aktiviti penjualan anakbenih pokok durian Belanda kini mendapat sambutan menggalakkan sejak beberapa kebelakangan ini berikutan tersebarnya berita mengenai keberkesanannya membunuh sel kanser. Bagi seorang peniaga buah dan sayur di Kampung Pulau, Alor Gajah iaitu Kamarul Ariffin Mohd Yusof (32) mendakwa dimana sejak berita hebat mengenai kemampuan durian Belanda memerangi penyakit berkenaan tersebar luas melalui media sosial maka semakin ramai membeli benih pokok itu di gerainya (Sila lihat foto disebelah). Dia berniaga dengan membeli benih pokok durian Belanda dari pembekal di Ayer Hitam, Johor dimana mempu menjual sekitar 11 anakbenih seminggu durian Belanda pada harga RM7 sepokok. Fenomena ini agak berbeza dengan keadaan sebelum ini dimana lazimnya amat kurang pelanggan membeli benih durian Belanda kerana mereka menganggapnya tidak mempunyai khasiat untuk kesihatan. Berdasarkan kepada pengalamannya menanam pokok ini dalam tempoh tiga tahun dimana ia sudah mengeluarkan bunga untuk berbuah. Apa pun ia bergantung kepada aspek penjagaan pokok berkenaan dan jika ia sering dibaja dan  ia mampu tumbuh dengan subur. Pengalamannya dia pernah dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan memberikan kepadanya durian Belanda goreng yang seakan-akan sama seperti buah sukun goreng. Dakwanya rasanya lazat tetapi kita harus berhati-hati kerana bimbang tertelan bijinya. Selain itu, ada pelanggan yang memberitahu saya daun durian Belanda boleh direndam dalam air dan dilumurkan pada kepala sesiapa yang demam untuk mengurangkan sakit kepala. Kini ekstrak daripada durian Belanda dikatakan mampu membunuh sel kanser seperti kanser payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas. Ia mampu memperlahankan sel kanser berbanding ‘Adriamycin,’ iaitu ubat kemoterapi yang biasa digunakan. Antara kaedah menjadikan durian Belanda sebagai bahan untuk mengubati kanser ialah dengan dengan merebus 18 helai daun dengan tujuh cawan air. Tempoh merebus ialah selama 15 minit dengan api sederhana dan air rebusan itu dijadikan minuman tambahan.


Paling hebat adalah teknologi yang di cipta oleh Jabatan Pertanian Malaysia seperti kisah nyata dalam banyak akhbar tempatan. Kejayaan mengamalkan '
Teknologi tingkatkan proses pendungaan dan pembesaran durian belanda' merupakan satu inovasi terbaik. Apa pun memang durian belanda (Annona muricata) adalah buah jenis komposit dan berduri lembut. Keunikan rasanya yang masam manis sesuai dimakan segar atau diproses menjadi jus. Bagi memastikan buah durian belanda menepati saiz dan bentuk yang seragam, Jabatan Pertanian (DOA) menerusi Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Ayer Hitam, Johor kini berjaya menghasilkan teknologi 'muricata shaker'. Ketua Penolong Pengarahnya Muffidah Mohamd dakwa berdasarkan kajian dan proses pemerhatian kini teknologi pendebungaan berbantu (yang dilakukan menggunakan muricata shaker) ddilaporkan dapat meningkatkan peratus pembentukan buah sehingga 90 peratus. Ia berbanding pendebungaan secara semula jadi dimana jumlah peratus kejadian buah ialah 6% manakala pendebungaan berbantu menggunakan berus lukisan bagi memindahkan debunga ke stigma adalah 30 - 40%. Pada penulis blog yang pernah terlibat sama dalam inovasi ini mendapati dimana teknologi ini perlu digunakan secara pakej dengan mengambil kira faktor antaranya masa yang tepat supaya aktiviti pendebungaan berbantu ini dapat dilakukan. Sebaiknya proses pemilihan bunga yang tepat iaitu bunga jantan mula matang. Pada bunga yang sama, fasa bunga betina juga matang pada sebelah petangnya. Peringkat kematangan fasa betina boleh dikenal pasti apabila kelopak bunga menjadi kekuningan dan sedikit terbuka manakala bahagian stigma terdapat lendir dan melekit. Kegagalan mengenal pasti bunga yang sesuai akan menggagalkan aktiviti pendebungaan. Biasanya bunga durian belanda bersifat hermafrodit iaitu organ pembiakan jantan dan betina terdapat pada bunga yang sama. Ia juga bersifat dichogamous protogynous di mana kematangan bunga melalui dua fasa iaitu fasa betina dan fasa jantan berlaku pada waktu yang berlainan. Fasa betina bermula seawal jam 4 hingga 5 petang manakala fasa jantan bermula jam 8 hingga 9 malam. Kaedah inovasi ini bertujuan membantu pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran. Kaedah yang disyorkan ini adalah yang paling mudah dan sangat berkesan. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilkan kesan goyangan pada bunga. Apabila goyangan dibuat maka debunga yang tersedia akan dipindahkan kepada stigma yang masih melekit (dalam keadaan kelopak bunga masih tertutup). Sebaiknya aktiviti ini akan menghasilkan pendebungaan yang sempurna kepada keseluruhan stigma. Ia membolehkan pokok mengeluarkan buah dengan bentuk yang seragam seperti jantung dengan berat purata dua hingga tiga kilogram sebiji. Teknologi dan inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah dan mampu milik kerana ia mudah diselenggara serta digunakan oleh pengusaha atau petani. Hasil pengeluaran buah berkualiti berjaya ditingkatkan sehingga 90 peratus sekali gus dapat menambah pendapatan petani.


Dalam kisah nyata lain yang menarik didakwa dimana '
Menakjubkan! Bukan sahaja buah durian belanda berkhasiat, malah daunnya juga dapat rawat penyakit kronik' yang wajar menjadi bahan rujukkan. Kalau sebelum ini ramai yang berkongsi mengenai khasiat yang boleh diperolehi daripada buah durian belanda tetpi uia hanya testimoni. Apakah dia  khasiat daun durian belanda yang semakin viral. Penulis blog dapati dimana di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda dimana sebenarnya di beberapa negara lain ia lama dijadikan sebagai teh daun durian belanda. Kali ini dikongsikan beberapa manfaat yang boleh dikecapi apabila gemar meminum air teh daun durian belanda. Pertama dilaporkan ia mampu mencegah kanser dimana caranya, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja. Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari. Khasiat kedua didakwa ia mampu untuk mengurangkan sakit pinggangBagi dapat mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun durian belanda dan direbus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja dan kemudian minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Ia didakwa menguatkan daya ketahanan tubuh apabila daun durian belanda juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia. Caranya dengan mengambil lima helai daun durian belanda dan direbus dengan sukatan empat gelas air. Sebaiknya dibiarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali. Ia juga mampu mengatasi diabetes atau penyakit kencing manis dengan cara meminum air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah. Dalam pada itu didakwa ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Masaalah hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Apa pun jika pembaca blog memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda. Ia didakwa boleh bantu atasi masaalah buasir dengan cara mengambil 10 helai daun durian belanda tua. Caranya adalah rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas dan setelah suam maka minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh. Ia juga nanpu mengubati sakit urat atau saraf. Apa pun khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus 10 helai daun durian belanda tua akan tetapi warnanya masih hijau pekat. Selepas itu dicuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air dan lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN BELANDA...APA DIA....
DULU BUAH TERBIAR...BEGITU SAJA...
NILAI KOMERSIL... RAMAI CARINYA...
BANYAK KHASIAT... BUAH SERBAGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1444H).

Sunday, June 25, 2023

DURIAN BELANDA - KISAH NYATA (Part 2)

BUAH DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM15.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Jumaat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah nyata durian belanda yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan satu bahan rujukkan.


Kisah nyata dilaporkan oleh hmetro.com dimana '
Dulu kutip buah terbiar...' memang menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana pada permulaan pembabitannya 10 tahun lalu usahawan ini hanya menjual buah durian belanda yang dikutip daripada pokok terbiar di desa kelahirannya, Kampung Mampas Kecil, Terachi, Kuala Pilah. Akibat sambutan diterima maka usahawan Ahmad Suhaimy Suli (38) dan isteri Suhaili Mohd Sidek (40) telah mengorak langkah menubuhkan Annona Herbs Industries & Marketing (Annona Herbs) bagi meluaskan aktiviti perniagaannya termasuk memulihkan tanah terbiar milik ahli keluarga (Sila lihat foto disebelah). Buah durian belanda terus mendapat sambutan walaupun harganya agak tinggi. Saya tidak menunggu lama lalu terus mengusahakan tanaman itu di kampung. Mereka dapati buah ini juga boleh diproses sebagai jus manakala daunnya boleh dibuat teh. Saya cuba mengkormersialkannya kerana yakin beberapa negara luar mengiktiraf produk berasaskan durian belanda. Dia dakwa buah durian belanda boleh mengeluarkan hasil ketika berusia satu setengah tahun bergantung kepada tahap pembesarannya. Berikutan permintaan terus meningkat maka mereka kini berusaha menambah kawasan tanaman durian belanda bagi memastikan bekalan tidak putus dengan menyewa dua bidang tanah seluas dua hektar di Senaling, Kuala Pilah. Mereka kemudian mengeluarkan beberapa produk lain termasuk teh daun durian belanda, jus durian belanda, kopi durian belanda, kapsul, stemcell selain isi durian belanda sebagai produk sejuk beku bagi keperluan peniaga kecil. Produk teh daun durian belanda bukan saja dipasarkan di dalam negara, malah ke rantau Timur Tengah, Brunei, Russia, China dan Singapura yang mencecah sehingga 10,000 kotak sebulan. Dalam pada itu kisah nyata ini paparkan dimna Jus durian belanda pula dijual untuk pasaran tempatan mencecah 10,000 botol sebulan dan isi durian belanda sejuk beku pula 10 tan sebulan. Dia menyasarkan untuk memasarkan semua produk ini sehingga 100,000 unit menjelang pertengahan tahun depan. Pihak FAMA dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan banyak membantu terutama memberi ruang kepadanya memasarkan produk itu seperti di pasar tani, karnival usahawan dan pameran bersaiz besar seperti Pameran Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Usahawan lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata, pihaknya turut membuka dua kios di Putrajaya dan Senawang. Ketika ini harga buah durian belanda ialah antara RM10 - RM15 sekilogram dimana kalau di Singapura menjualnya sehingga lebih RM30/kg. Kini semakin banyak permintaan diterima termasuk dari Sabah dan Sarawak dan mereka sudah melantik beberapa stokis, pengedar dan ejen pemasaran di beberapa lokasi seluruh negara bagi memastikan pengguna mudah mendapatkan produk ini. Bapa kepada dua anak berusia lima dan 10 tahun itu nyatakan dalam memastikan kejayaannya dapat dikongsi maka perlu menyediakan pakej pembukaan ladang baru kepada pemilik tanah yang berminat. Pemilik tanah hanya perlu menyediakan kawasan tanaman dan modal RM10,000 untuk ditanam durian belanda. Mereka akan membantu menanam benih, mengawal pembesaran dan pembajaan selain memberi khidmat nasihat sehingga pokok itu mengeluarkan hasil. Dia akan membeli buah durian belanda berkenaan daripada pemilik tanah mengikut harga ladang iaitu RM7 sekilogram. Setakat ini 10 pemilik tanah di Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka sudah menyertai skim ini serta ada antara mereka sudah mendapat hasil. Mereka juga ada terima bantuan dari pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan sebanyak RM100,000 dalam bentuk peralatan kilang membuat teh durian belanda. Bantuan seperti itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana mampu dalam  membantunya terus mengorak langkah memantapkan aktiviti perniagaan kerana sukar menyediakan dana besar.


Akhbar sama juga laporkan kisah nyata dimana 'Unjur jual 6,000 botol air durian Belanda sebulan' oleh Mohd Faizal menunjukkan produk air durian Belanda yang dihasilkan syarikatnya semakin diterima pengguna. Kisah dari Bandar  Seremban nyatakan dimana Rifa Kurnia Marketing menyasarkan jualan air durian Belanda keluarannya meningkat kepada 6,000 botol sebulan berbanding 4,000 botol tahun-tahun sebelumnya. Pengasasnya, Mohd Faizal Kamarulzaman beritahu bagi tujuan itu maka syarikatnya menumpukan jualan melalui karnival dan ekspo negeri. Kini pembeli mengetahui minuman keluaran syarikatnya sebelum menempah dalam talian. Justeru, kami membuka kios tetap bagi memudahkan pemasaran serta menyertai lebih banyak karnival dan ekspo. Dalam tempoh empat bulan tahun ini dia nyatakan syarikatnya mempertingkatkan jualan purata sebulan melebihi 4,000 botol dan mereka komited mencapai sasaran pengeluaran 6,000 botol sebulan dan percaya ia mencapai sasaran. Pada tahun mendatang dia cuba memperluaskan produk ini ke negeri lain terutamanya di Kuala Lumpur disebabkan permintaan tinggi di sana. Penanaman durian belanda oelh beberapa petani di Seremban dilaporkan semakin menggalakkan apabila ada yang dilaporkan menebang dusun tradisional malahan tanaman kelapa sawit dan menggantikannya dengan tanaman durian belanda. Produk durian belanda yang didakwa banyak khasiatnya termasuk sebagai makanan yang anti kanser menjadikan industri pengeluaran produk berasaskan durian belanda mempunyai masa depan yang cerah.


Portal sama juga melaporkan kisah nyata mengenai durian belanda dimana ada sekumpulan pelajar menghasilkan 'C
uka durian belanda' sebagai satu inovasi produk baru. Kisah ini dipetik dari Bandar Kuantan dimana mungkin 'cuka durian belanda' kedengaran agak pelik namun ia hasil penyelidikan tiga pelajar Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang didakwa mampu menjadi pencegah kanser. Apa pun aktiviti penyelidikan selama empat bulan itu berjaya menghasilkan cuka yang berfungsi sebagai anti bakteria dan fungus selain mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Bagi pelajar Muhamad Hafizi Luqman Ismail (20) yang mendakwa dimana selepas tiga kali melakukan percubaan di makmal dengan melalui beberapa proses maka cuka durian belanda dihasilkan. Antara kelebihan cuka itu ialah dimana ia dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang akan tetapi proses pemeraman mengambil masa selama sebulan sebelum boleh digunakan. Dakwanya bagi membuktikan khasiat cuka itu khususnya dalam bidang perubatan maka ujian kandungannya akan dilakukan kelak. Keberkesanan dan kelebihan dalam cuka ini untuk perubatan akan dapat dibuktikan selepas ujian makmal bagi menambahkan keyakinan pengguna. Produk yang dihsilkan dari buah durian belanda ini memang didakwa mempunyai potensi untuk dikomersialkan kerana ia mampu dijadikan sebagai penambah perasa dalam makanan terutama masakan Melayu. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN BELANDA...APA DIA....
DULU BUAH TERBIAR...BEGITU SAJA...
NILAI KOMERSIL... RAMAI MENCARINYA...
BANYAK KHASIAT... BUAH SERBAGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1444H).