Monday, June 26, 2023

DURIAN BELANDA - KISAH NYATA (Part 3)

BUAH DURIAN BELANDA
(Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM15.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Jumaat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah nyata durian belanda yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan satu bahan rujukkan.


Kisah nyata yang sesuai dikongsikan '
Durian Belanda makin digilai' dilaporkan oleh beberapa media tempatan. Kisah ini berlaku di lor Gajah, Melaka dimana aktiviti penjualan anakbenih pokok durian Belanda kini mendapat sambutan menggalakkan sejak beberapa kebelakangan ini berikutan tersebarnya berita mengenai keberkesanannya membunuh sel kanser. Bagi seorang peniaga buah dan sayur di Kampung Pulau, Alor Gajah iaitu Kamarul Ariffin Mohd Yusof (32) mendakwa dimana sejak berita hebat mengenai kemampuan durian Belanda memerangi penyakit berkenaan tersebar luas melalui media sosial maka semakin ramai membeli benih pokok itu di gerainya (Sila lihat foto disebelah). Dia berniaga dengan membeli benih pokok durian Belanda dari pembekal di Ayer Hitam, Johor dimana mempu menjual sekitar 11 anakbenih seminggu durian Belanda pada harga RM7 sepokok. Fenomena ini agak berbeza dengan keadaan sebelum ini dimana lazimnya amat kurang pelanggan membeli benih durian Belanda kerana mereka menganggapnya tidak mempunyai khasiat untuk kesihatan. Berdasarkan kepada pengalamannya menanam pokok ini dalam tempoh tiga tahun dimana ia sudah mengeluarkan bunga untuk berbuah. Apa pun ia bergantung kepada aspek penjagaan pokok berkenaan dan jika ia sering dibaja dan  ia mampu tumbuh dengan subur. Pengalamannya dia pernah dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan memberikan kepadanya durian Belanda goreng yang seakan-akan sama seperti buah sukun goreng. Dakwanya rasanya lazat tetapi kita harus berhati-hati kerana bimbang tertelan bijinya. Selain itu, ada pelanggan yang memberitahu saya daun durian Belanda boleh direndam dalam air dan dilumurkan pada kepala sesiapa yang demam untuk mengurangkan sakit kepala. Kini ekstrak daripada durian Belanda dikatakan mampu membunuh sel kanser seperti kanser payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas. Ia mampu memperlahankan sel kanser berbanding ‘Adriamycin,’ iaitu ubat kemoterapi yang biasa digunakan. Antara kaedah menjadikan durian Belanda sebagai bahan untuk mengubati kanser ialah dengan dengan merebus 18 helai daun dengan tujuh cawan air. Tempoh merebus ialah selama 15 minit dengan api sederhana dan air rebusan itu dijadikan minuman tambahan.


Paling hebat adalah teknologi yang di cipta oleh Jabatan Pertanian Malaysia seperti kisah nyata dalam banyak akhbar tempatan. Kejayaan mengamalkan '
Teknologi tingkatkan proses pendungaan dan pembesaran durian belanda' merupakan satu inovasi terbaik. Apa pun memang durian belanda (Annona muricata) adalah buah jenis komposit dan berduri lembut. Keunikan rasanya yang masam manis sesuai dimakan segar atau diproses menjadi jus. Bagi memastikan buah durian belanda menepati saiz dan bentuk yang seragam, Jabatan Pertanian (DOA) menerusi Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Ayer Hitam, Johor kini berjaya menghasilkan teknologi 'muricata shaker'. Ketua Penolong Pengarahnya Muffidah Mohamd dakwa berdasarkan kajian dan proses pemerhatian kini teknologi pendebungaan berbantu (yang dilakukan menggunakan muricata shaker) ddilaporkan dapat meningkatkan peratus pembentukan buah sehingga 90 peratus. Ia berbanding pendebungaan secara semula jadi dimana jumlah peratus kejadian buah ialah 6% manakala pendebungaan berbantu menggunakan berus lukisan bagi memindahkan debunga ke stigma adalah 30 - 40%. Pada penulis blog yang pernah terlibat sama dalam inovasi ini mendapati dimana teknologi ini perlu digunakan secara pakej dengan mengambil kira faktor antaranya masa yang tepat supaya aktiviti pendebungaan berbantu ini dapat dilakukan. Sebaiknya proses pemilihan bunga yang tepat iaitu bunga jantan mula matang. Pada bunga yang sama, fasa bunga betina juga matang pada sebelah petangnya. Peringkat kematangan fasa betina boleh dikenal pasti apabila kelopak bunga menjadi kekuningan dan sedikit terbuka manakala bahagian stigma terdapat lendir dan melekit. Kegagalan mengenal pasti bunga yang sesuai akan menggagalkan aktiviti pendebungaan. Biasanya bunga durian belanda bersifat hermafrodit iaitu organ pembiakan jantan dan betina terdapat pada bunga yang sama. Ia juga bersifat dichogamous protogynous di mana kematangan bunga melalui dua fasa iaitu fasa betina dan fasa jantan berlaku pada waktu yang berlainan. Fasa betina bermula seawal jam 4 hingga 5 petang manakala fasa jantan bermula jam 8 hingga 9 malam. Kaedah inovasi ini bertujuan membantu pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran. Kaedah yang disyorkan ini adalah yang paling mudah dan sangat berkesan. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilkan kesan goyangan pada bunga. Apabila goyangan dibuat maka debunga yang tersedia akan dipindahkan kepada stigma yang masih melekit (dalam keadaan kelopak bunga masih tertutup). Sebaiknya aktiviti ini akan menghasilkan pendebungaan yang sempurna kepada keseluruhan stigma. Ia membolehkan pokok mengeluarkan buah dengan bentuk yang seragam seperti jantung dengan berat purata dua hingga tiga kilogram sebiji. Teknologi dan inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah dan mampu milik kerana ia mudah diselenggara serta digunakan oleh pengusaha atau petani. Hasil pengeluaran buah berkualiti berjaya ditingkatkan sehingga 90 peratus sekali gus dapat menambah pendapatan petani.


Dalam kisah nyata lain yang menarik didakwa dimana '
Menakjubkan! Bukan sahaja buah durian belanda berkhasiat, malah daunnya juga dapat rawat penyakit kronik' yang wajar menjadi bahan rujukkan. Kalau sebelum ini ramai yang berkongsi mengenai khasiat yang boleh diperolehi daripada buah durian belanda tetpi uia hanya testimoni. Apakah dia  khasiat daun durian belanda yang semakin viral. Penulis blog dapati dimana di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda dimana sebenarnya di beberapa negara lain ia lama dijadikan sebagai teh daun durian belanda. Kali ini dikongsikan beberapa manfaat yang boleh dikecapi apabila gemar meminum air teh daun durian belanda. Pertama dilaporkan ia mampu mencegah kanser dimana caranya, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja. Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari. Khasiat kedua didakwa ia mampu untuk mengurangkan sakit pinggangBagi dapat mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun durian belanda dan direbus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja dan kemudian minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Ia didakwa menguatkan daya ketahanan tubuh apabila daun durian belanda juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia. Caranya dengan mengambil lima helai daun durian belanda dan direbus dengan sukatan empat gelas air. Sebaiknya dibiarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali. Ia juga mampu mengatasi diabetes atau penyakit kencing manis dengan cara meminum air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah. Dalam pada itu didakwa ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Masaalah hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Apa pun jika pembaca blog memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda. Ia didakwa boleh bantu atasi masaalah buasir dengan cara mengambil 10 helai daun durian belanda tua. Caranya adalah rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas dan setelah suam maka minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh. Ia juga nanpu mengubati sakit urat atau saraf. Apa pun khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus 10 helai daun durian belanda tua akan tetapi warnanya masih hijau pekat. Selepas itu dicuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air dan lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN BELANDA...APA DIA....
DULU BUAH TERBIAR...BEGITU SAJA...
NILAI KOMERSIL... RAMAI CARINYA...
BANYAK KHASIAT... BUAH SERBAGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.