Sunday, June 25, 2023

DURIAN BELANDA - KISAH NYATA (Part 2)

BUAH DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM15.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Jumaat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah nyata durian belanda yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan satu bahan rujukkan.


Kisah nyata dilaporkan oleh hmetro.com dimana '
Dulu kutip buah terbiar...' memang menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana pada permulaan pembabitannya 10 tahun lalu usahawan ini hanya menjual buah durian belanda yang dikutip daripada pokok terbiar di desa kelahirannya, Kampung Mampas Kecil, Terachi, Kuala Pilah. Akibat sambutan diterima maka usahawan Ahmad Suhaimy Suli (38) dan isteri Suhaili Mohd Sidek (40) telah mengorak langkah menubuhkan Annona Herbs Industries & Marketing (Annona Herbs) bagi meluaskan aktiviti perniagaannya termasuk memulihkan tanah terbiar milik ahli keluarga (Sila lihat foto disebelah). Buah durian belanda terus mendapat sambutan walaupun harganya agak tinggi. Saya tidak menunggu lama lalu terus mengusahakan tanaman itu di kampung. Mereka dapati buah ini juga boleh diproses sebagai jus manakala daunnya boleh dibuat teh. Saya cuba mengkormersialkannya kerana yakin beberapa negara luar mengiktiraf produk berasaskan durian belanda. Dia dakwa buah durian belanda boleh mengeluarkan hasil ketika berusia satu setengah tahun bergantung kepada tahap pembesarannya. Berikutan permintaan terus meningkat maka mereka kini berusaha menambah kawasan tanaman durian belanda bagi memastikan bekalan tidak putus dengan menyewa dua bidang tanah seluas dua hektar di Senaling, Kuala Pilah. Mereka kemudian mengeluarkan beberapa produk lain termasuk teh daun durian belanda, jus durian belanda, kopi durian belanda, kapsul, stemcell selain isi durian belanda sebagai produk sejuk beku bagi keperluan peniaga kecil. Produk teh daun durian belanda bukan saja dipasarkan di dalam negara, malah ke rantau Timur Tengah, Brunei, Russia, China dan Singapura yang mencecah sehingga 10,000 kotak sebulan. Dalam pada itu kisah nyata ini paparkan dimna Jus durian belanda pula dijual untuk pasaran tempatan mencecah 10,000 botol sebulan dan isi durian belanda sejuk beku pula 10 tan sebulan. Dia menyasarkan untuk memasarkan semua produk ini sehingga 100,000 unit menjelang pertengahan tahun depan. Pihak FAMA dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan banyak membantu terutama memberi ruang kepadanya memasarkan produk itu seperti di pasar tani, karnival usahawan dan pameran bersaiz besar seperti Pameran Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Usahawan lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata, pihaknya turut membuka dua kios di Putrajaya dan Senawang. Ketika ini harga buah durian belanda ialah antara RM10 - RM15 sekilogram dimana kalau di Singapura menjualnya sehingga lebih RM30/kg. Kini semakin banyak permintaan diterima termasuk dari Sabah dan Sarawak dan mereka sudah melantik beberapa stokis, pengedar dan ejen pemasaran di beberapa lokasi seluruh negara bagi memastikan pengguna mudah mendapatkan produk ini. Bapa kepada dua anak berusia lima dan 10 tahun itu nyatakan dalam memastikan kejayaannya dapat dikongsi maka perlu menyediakan pakej pembukaan ladang baru kepada pemilik tanah yang berminat. Pemilik tanah hanya perlu menyediakan kawasan tanaman dan modal RM10,000 untuk ditanam durian belanda. Mereka akan membantu menanam benih, mengawal pembesaran dan pembajaan selain memberi khidmat nasihat sehingga pokok itu mengeluarkan hasil. Dia akan membeli buah durian belanda berkenaan daripada pemilik tanah mengikut harga ladang iaitu RM7 sekilogram. Setakat ini 10 pemilik tanah di Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka sudah menyertai skim ini serta ada antara mereka sudah mendapat hasil. Mereka juga ada terima bantuan dari pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan sebanyak RM100,000 dalam bentuk peralatan kilang membuat teh durian belanda. Bantuan seperti itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana mampu dalam  membantunya terus mengorak langkah memantapkan aktiviti perniagaan kerana sukar menyediakan dana besar.


Akhbar sama juga laporkan kisah nyata dimana 'Unjur jual 6,000 botol air durian Belanda sebulan' oleh Mohd Faizal menunjukkan produk air durian Belanda yang dihasilkan syarikatnya semakin diterima pengguna. Kisah dari Bandar  Seremban nyatakan dimana Rifa Kurnia Marketing menyasarkan jualan air durian Belanda keluarannya meningkat kepada 6,000 botol sebulan berbanding 4,000 botol tahun-tahun sebelumnya. Pengasasnya, Mohd Faizal Kamarulzaman beritahu bagi tujuan itu maka syarikatnya menumpukan jualan melalui karnival dan ekspo negeri. Kini pembeli mengetahui minuman keluaran syarikatnya sebelum menempah dalam talian. Justeru, kami membuka kios tetap bagi memudahkan pemasaran serta menyertai lebih banyak karnival dan ekspo. Dalam tempoh empat bulan tahun ini dia nyatakan syarikatnya mempertingkatkan jualan purata sebulan melebihi 4,000 botol dan mereka komited mencapai sasaran pengeluaran 6,000 botol sebulan dan percaya ia mencapai sasaran. Pada tahun mendatang dia cuba memperluaskan produk ini ke negeri lain terutamanya di Kuala Lumpur disebabkan permintaan tinggi di sana. Penanaman durian belanda oelh beberapa petani di Seremban dilaporkan semakin menggalakkan apabila ada yang dilaporkan menebang dusun tradisional malahan tanaman kelapa sawit dan menggantikannya dengan tanaman durian belanda. Produk durian belanda yang didakwa banyak khasiatnya termasuk sebagai makanan yang anti kanser menjadikan industri pengeluaran produk berasaskan durian belanda mempunyai masa depan yang cerah.


Portal sama juga melaporkan kisah nyata mengenai durian belanda dimana ada sekumpulan pelajar menghasilkan 'C
uka durian belanda' sebagai satu inovasi produk baru. Kisah ini dipetik dari Bandar Kuantan dimana mungkin 'cuka durian belanda' kedengaran agak pelik namun ia hasil penyelidikan tiga pelajar Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang didakwa mampu menjadi pencegah kanser. Apa pun aktiviti penyelidikan selama empat bulan itu berjaya menghasilkan cuka yang berfungsi sebagai anti bakteria dan fungus selain mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Bagi pelajar Muhamad Hafizi Luqman Ismail (20) yang mendakwa dimana selepas tiga kali melakukan percubaan di makmal dengan melalui beberapa proses maka cuka durian belanda dihasilkan. Antara kelebihan cuka itu ialah dimana ia dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang akan tetapi proses pemeraman mengambil masa selama sebulan sebelum boleh digunakan. Dakwanya bagi membuktikan khasiat cuka itu khususnya dalam bidang perubatan maka ujian kandungannya akan dilakukan kelak. Keberkesanan dan kelebihan dalam cuka ini untuk perubatan akan dapat dibuktikan selepas ujian makmal bagi menambahkan keyakinan pengguna. Produk yang dihsilkan dari buah durian belanda ini memang didakwa mempunyai potensi untuk dikomersialkan kerana ia mampu dijadikan sebagai penambah perasa dalam makanan terutama masakan Melayu. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN BELANDA...APA DIA....
DULU BUAH TERBIAR...BEGITU SAJA...
NILAI KOMERSIL... RAMAI MENCARINYA...
BANYAK KHASIAT... BUAH SERBAGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.