Saturday, June 24, 2023

DURIAN BELANDA - KISAH NYATA (Part 1)

BUAH DURIAN BELANDA
(Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM15.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Jumaat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah nyata durian belanda yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan satu bahan rujukkan.


Kisah nyata dari akhbar bharian.com melaporkan '
Durian belanda punca guru bersara awal' memang fakta yang perlu dikongsikan. Kisah dari Morib, Selangor menyatakan ada seorang guru yang terkejut dengan harga durian belanda RM60 sebiji yang dibelinya dimana ia mendorong seorang pesara guru mengusahakan sendiri tanaman terbabit, selain menceburi usaha menghasilkan puri buah berkenaan. Bagi seorang pesara guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kampung Endah, Abdul Karim Abd Aziz (57 tahun) dimana dia nekad bersara semata-mata mengusahakan durian belanda sepenuh masa yang berbekalkan keyakinan buah terbabit mempunyai khasiat untuk kesihatan. Meskipun kurang dikenali dalam kerjaya baharu itu dimana dia yang mesra dengan panggilan 'Wak Karim' memang tidak takut mencuba kerana yakin pelaburan dan keyakinan khasiat buah terbabit boleh memberi pulangan lumayan. Sejak menceburi usaha terbabit, rutin hariannya padat kerana hampir saban hari jadualnya dipenuhi kerja memproses durian belanda termasuk mendapatkan bekalan daripada rakan hingga ke Kulai dan Kota Tinggi, Johor. Pada peringkat awal menghasilkan jus durian belanda bermula dengan kerja membersihkan buahnya daripada kulit dan dipotong sebelum direndam dalam air untuk dimasak selama empat jam hingga mengeluarkan aromanya. Proses memasak itu menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan pengawet, pewarna atau gula dengan setiap kuali mampu memuatkan kira-kira 15 kilogram durian belanda. Kuali yang digunakan untuk memasak itu ditempah khas dan sepanjang proses memasak dimana ia perlu sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan sebati dengan campuran air yang digunakan bersama isi durian belanda. Dia yang tidak memasarkan produk terbabit di kedai atau pasar raya sebaliknya menghantar kepada pelanggan di merata tempat dimana selain itu ada pelanggan yang datang sendiri ke rumah membelinya, di samping turut menerima tempahan pelanggan dari Australia. Kalangan pelanggan membeli secara borong kerana ingin mengadakan kenduri, majlis keraian atau menjualnya semula di pasar malam serta restoran. Dia kini hanya mampu memproses sehingga lebih daripada 2,000 kilogram durian belanda sebulan berikutan permintaan pelanggan. Justeru, saya menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal sebelum datang ke rumah membeli puri durian belanda. Dilaporkan produk 'jus durian belanda'  kini sudah mendapat tempat di hati pelanggan kerana kami cukup teliti menjaga mutu di samping mempunyai teknik tersendiri untuk menghasilkan puri yang enak. Puri durian belanda yang diproses dijual pada harga RM25 bagi balang seberat 900 gram dan RM40 untuk berat 1.7 kilogram.


Menarik kisah nyata dari xtra.com yang laporkan 'Mengandungi Antioksida Tinggi, Durian Belanda Adalah Makanan Baik Untuk Pesakit Kanser dakwa Datuk Rosyam Nor' amat wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana dalam 3 hari sebelumnya dimana seorang pelajar cemerlang untuk pemeriksaan SPM pada tahun 2004 iaitu Dr Amalina Bakri telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa jus durian belanda tidak boleh mencegah kanser. Penulis blog ada bersama dengan Dato Rosyam Nor semasa memulakan projek tanaman durian belanda di TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang semasa saya bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Umum munglis pernah dengan atau membaca termasuk dengan membuat carian di Google memang ada terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh beberapa institusi perubatan, saintis dan pengamal perubatan tradisional yang mengaitkan khasiat dan kebaikan buah durian belanda ini dengan penyakit kronik berkenaan. Sebelumnya diaporkan dimana Datuk Rosyam Nor yang telah melancarkan produk minuman dan makanan tambahan yang berasaskan durian belanda di bawah label Adraa keluaran syarikatnya. Dia berikaan fakta mengenai beberapa testimoni untuk produk Adraa ini juga merupakan seorang pesakit kanser. Namun begitu, Rosyam menegaskan yang produknya bukanlah produk anti-kanser. Bagi pengeluar produk tidak boleh mendakwa yang produk berasaskan durian belanda adalah bersifat anti-kanser kerana tiada penyelidikan saintifik telah dilakukan sekali gus mengesahkan hal ini. Durian belanda adalah sejenis makanan yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan baik untuk diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit kanser. 
Dilaporkan dimana ada seorang yang mengidap kanser perlu mengamalkan kaedah pemakanan sihat serta mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Durian belanda adalah contoh makanan yang baik untuk mereka yang mengidap penyakit ini. Didakwa ia bukan sahaja bagus diamalkan penghidap kanser tetapi juga semua jenis penyakit. Rosyam menambah dimana tindakan para doktor menafikan dakwaan jus durian belanda mampu merawat kanser baginya tidak salah. Bagaimanapun dia percaya Tuhan menjadikan sesuatu tumbuhan yang boleh dimakan untuk dinikmati manusia pasti kerana terdapat khasiat tersembunyi yang memerlukan kita untuk membuat penyelidikan tentangnya.  


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan lisah nyata iaiti '200 kali lebih efektif daripada kemoterapi' dari buah durian belanda yang amat wajar dikongsikan.  Buah durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata amat sinonim untuk merawat kanser.  Khasiatnya dikhabarkan 200 kali ganda lebih efektif daripada membuat rawatan kemoterapi. Barangkali dakwaan itu juga membuatkan buah eksotik yang pada asalnya tumbuh liar berkenaan dimana kini ia sudah dikomersialkan berdasarkan permintaan yang banyak. Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 - 93.6%rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C. Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. Sebaiknya buah tersebut tidak dimasak terlalu lama supaya kandungan nutrisi dapat dikekalkan pada tahap optimum. dilaporkan hasil penyelidikannya tentang tumbuhan itu dimana buah durian belanda memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Buah Belanda mempunyai banyak khasiat kesihatan.Antaranya ialah dimana ia didakwa mampu merawat kanser aapabila dilaporkan dimana khasiatnya dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara. Buah durian belanda juga dilaporkan mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor. Buah itu juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob. Kedua dimana durian belanda didakwa mampu untuk merawat osteoporosis. Didalam buah ini ada elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit kritikl iaitu osteoporosis. Slelunya bagi nendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna. Ketiga faktanya dimana dengan unsur Ferum yang tinggi makan aja mebantu masaalah kencing tidak lawas. Kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki sistem penghadaman. Di samping itu juga didakwa ia mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan.


Dalam pada itu kisah nyata dailaporkan dimana mengambil buah durian belanda mempu mengurangkan migrain (sakit kepala). Selalunya masaalah masalah migrain berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah. Sesiapa yang makan buah durian belanda dengan kuantiti betuk maka kesannya ia mempunyai kesan angiogenesis. Fakta kelima khasiat buah durian belaanda dimana ia dilaporkan mampu untuk mengatasi anemia kerana buah durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi. Selalunya akibat kekurangan zat besi boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah. Sebagai mengingatkan kembali akan kehebatan buah durian belanda di paparkan fakta asas mengenali buah durian belanda. Asalnya buah ini berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina. Buah ini memiliki kulit berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasa masam-masam manis. Buah ini juga dilaporkan termasuk antara 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna. bagaimana pun pengambilan buah ini disyorkan dalam kadar sewajarnya kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan antaranya seperti menyebabkan penyakit Parkinson. Dalam pada itu diabtara khasiat lain dilaporkan buah ini yang kaya vitamin C adalah merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan. Ia didakwa mampu meningkatkan tenaga kandungan fruktos dan bahan karbohidrat semula jadi membuatkan diri kekal segar dengan bekalan tenaga secukupnya. Buah ini boleh merawat kekurangan air dalam badan serta memberikan ketenangan dan tidur lena. Ia didalwa melegakan kesakitan kerana daun buah durian belanda mengandungi sifat-sifat analgesik bertindak sebagai pain killer. Buah ini boleh membantu merawat ulser mulut serta mengawal tekanan darah dan hipertensi. Ia mampu untuk mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi dan dapat merawat buasir. Selain itu khasiatnya dalam kesihatan termasuk ia mampu mengawal jangkitan ringan pada hati dan juga menghalang jangkitan parasit dalam badan. Selain merawat demam dilaporkan buah durian belanda mampu untuk menguatkan sistem imunisasi, membantu melegakan sakit belakang, mengawal kandungan gula dalam darah, mengurangkan masalah hati, merawat kulit menggelupas dan merawat kaki bengkak. Sebagai buah yang memberi manfaat antipenuaan ia juga didakwa mampu untuk mengatasi masalah rambut gugur, nipis dan kelemumur. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN BELANDA...ITU BUAH APA....
DULU BUAH INI TERBIAR...BEGITU SAJA...
NILAI KOMERSIL... RAMAI MENCARINYA...
BANYAK KHASIAT... BUAH SERBAGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.