Friday, June 23, 2023

TEKNIK PENYEDIAAN KOMPOS

TEKNIK PENYEDIAAN BAJA KOMPOS
(Compost) adalah mudah dilakukan dimana baja kompos adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah dan sesuai untuk digunakan untuk tanaman terutama tanaman makanan serta tanaman jenis jangkapendek seperti sayur-sayuran. Kompos adalah sejenis baja yang terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan seperti sisa tanaman, sisa dapur, sisa bahan buangan tumbuhan (rumput), najis haiwan dan sebagainya yang direputkan oleh mikroorganisma. Kali ini penulis blog akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai baja kompos berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian mengenai baja kompos. Penulis blog yang mana pernah berkursus di Kyusei Nature Farming, Saraburi, Bangkok, Thailand selama 7 hari pada Ogos, 2005 untuk belajar membuat pelbagai jenis kompos dengan teknologi yang menggunakan mikroorganisma jenis EM yang sudah lama diperkenalkan oleh Professor Tareo Higa dari Jepun. Dalam membuat kompos antara aspek perkara utama ialah "Proses Pereputan" dimana proses ini adalah penting kerana ia berupaya menukarkan sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Dalam proses ini beberapa tindakbalas berlakuu seperti pelepasan gas, penghasilan larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma dan akhirnya menghasilkan baja kompos. Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakan. Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang lebih berkualiti. Artikel pada subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya suka komgsikan teknologi bagaimana membuat kompos yang mudah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Belajar b
agaimana cara untuk buat baja organik yang paling murah dan mudah ada diajarkan oleh Jabatan Kerajaan, Swasta dan individu yang berminat. Apa pun pada penulis blog dimana kini ada terdapat pelbagai jenis baja berada di pasaran iaitu dijual di kedai-kedai dan pengedar input pertanian. Baja yang paling umum digunakan masyarakat adalah jenis baja kimia. Pelbagai jenama boleh didapati di pasaran seperti Yara, Nitrophoska, Cock’s Head (ACM) dan banyak lagi. Tapi pada kebiasaannya jenama-jenama tersebut digunakan untuk tanaman pertanian yang berskala besar seperti kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan dan sayur-sayuran komersial. Apa pun kini sama ada ladang berskala besar (estet) atau pun pekebun kecil ianya tetap memerlukan kecekapan didalam cara pengeluaran hasil dan keberkesanan kesannya terhadap tanaman diusahakan. Memang input baja dan teknik dalam penggunaannya wajar untuk projek tanam skala komersial. Sejal 2020 dan kini 2023 dilaporkan harga input pertanian termasuk racun, baja dan sebagainya telah mencanak naik sehingga ianya menjejaskan pendapatan petani. Penggunaan baja kimia ini memerlukan perbelanjaan besar kerana bajet pembelian baja kimia ini amatlah memakan kos sehingga mencecah ratusan ringgit per beg seberat 50kg. Penulis ada bincangkan isu kenaikan harga baja dengan terperinci dalam artikel di blog ini yang boleh dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Petani dan rakyat marhaen kini kurang mampu hendak membeli baja ini sepenuhnya dengan harga sebegitu tanpa subsidi. Maka bagi usaha untuk mendapatkan pengeluaran hasil yang berkualiti ada sudah disyorkan iaitu pendekatan lain perlulah dititikberatkan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) syorkan agar petani mengimplementasikan penggunaan baja organik yang mana ianya boleh dibuat sendiri atau dibeli kerana ia lebih menjimatkan, memberikan hasil yang berkualiti dan bebas bahan kimia untuk pengguna yang mengutamakan pemakanan sihat. Apa yang dilaporkan dimana sumber bahan pembuatannya mudah didapati bahkan ada terdapat di dapur anda sendiri. Masalahnya perlua ada lebih ramai sadar dan tahu cara membuatnya. 


Penulis blog dapati dimana secara amnya kini harga barangan organik adalah berlipat kali ganda berbanding hasil bukan organik. Amatlah mahal bagi golongan ramai untuk menanggung sehingga kerajjan kini memperkenal akan 'Menu Rahmah' iaitu makanan dijual dibawah RM5.000. Namun begitu kepada kalangan pengguna kini lebih memilih kepada sumber yang berkualiti, sihat dan bebas bahan kimia sebagai sumber makanan harian dan 'mampu beli'. Justeru itu kepada kalangan petani dimana penggunaan baja organik mampu memberi jaminan hasil seperti yang pengguna mahukan. Apa pun diantara yang lazim diwar-warkan kepada petani adalah cara pengunaan Baja Kompos. Ianya dihasilkan secara organik dengan teknologi menggunakan bahan-bahan organik seperti sisa tanaman, sisa dapur dan sisa ternakan sebagai media kompos. Baja ini dihasilkan melalui proses penguraian oleh mikroorganisma. Penguraian nutrien yang terdapat dalam bahan organik tersebut terbentuk hasil daripada proses yang ringkas iaitu penguraian oleh enzim,asid amino dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira untuk menghasilkan baja organik atau baja kompos yang berkualiti iaitu kadar atau nisbah bahan asas, suhu, pH, kelembapan dan Oksijan. Kesemua faktor ini perlu difahami dan dibuat latihamal sehingga seseorang itu mampu membuatnya dengan jayanya.


Bagi faktor Kadar (ratio) atau nisbah penggunaan bahan asas kompos mempunyai nisbah karbon-nitrogen yang tinggi perlu dikenalpasti sebelum membuatnya. Secara teknikal dimana nisbah yang ideal bagi proses ini adalah dalam lingkungan 30:1 yang bermaksud 30 bahagian sisa buangan samada sisa tumbuhan, hampas ataupun ternakan dengan tanah. Ianya bertujuan memberi keseimbangan nutrien yang sesuai bagi meransang aktiviti mikrooraganisma. Contoh bahan yang tinggi kandungan karbon adalah seperti dedaun kering, hampas kelapa serta habuk kayu. Manakala bahan yang tinggi kandungan nitrogen seperti rumput, kulit buah-buahan, dan sisa sayuran. Faktur ke 2 adalah kesesuaian SUHU dimana semasa proses pembuatan kompos ini selesai dan boleh digunakan setelah mencapai 60°C. Faktur ke 3 adalah aspek Humiditi atau kelembapan dimana ia amat amat penting bagi meransang aktiviti mikroorganisma dalam kompos. Kadar kelembapan yang ideal bagi proses ini adalah sekitar nilai    50%-60%. Ke 4 dimana keberadaan Oksigen semasa proses penguraian dalam kompos yang memerlukan oksigen untuk meningkatan pertumbuhan mikroorganisma. Sekiranya kadar oksigen menurun ianya akan terkesan dan menyebabkan proses penguraian terhenti. Oleh itu sebaiknya ada langkah menggembur dan membalik-balikkan semula timbunan bahan kompos perlu dilakukan untuk membaikpulihkan pengudaraan. Faktur ke 5 adalah kadar Kemasaman atau pH semasa dalam proses pembuatan kompops. Proses ini menjadi sempurna pada pH berasid dimana proses penguraian organik oleh bakteria, kulat dan actinomycetes menyebabkan keasidan pada kompos. Baja kompos yang berkualiti boleh digunakan sendiri oleh petani atau pun di bungkus dan di label untuk dijual secara komersil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMBUAT BAJA KOMPOS... RINGKASNYA...
BAHAN ASAS SEDIA... TEMPAT SESUAI ADA...
DI PERIKSA SELALU... SEHINGGA BERJAYA...
BAJA ORGANIK... ADA BANYAK KEBAIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H).
Kemaskini artikel pada 22 Jun 2023
Pusat Pertanian Air Hitam, BP, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.