Tuesday, June 27, 2023

BUAH MELON DAN FAKTA DI MEDIA

TANAMAN BUAH MELON
(Cucumis melo L.) adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga Cucurbitaceae yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang agak menarik dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Cara menanam melon dilakukan di tanah lapang atau didalam rumah Struktur Pelindungan Hujan (SPH) yang ditanam untuk sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan juga eksport. 
Penyediaan tanah dengan membajak dikawasan terbuka akan dibuat dengan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan GAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu serta boleh merugikan petani dengan teruk. Pengalaman penulis blog dalam mebuat tinjauan dikawasan tanaman melon diseluruh negara mendapati dimana ada beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) boleh menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (disebebkan oleh Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan terutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga amat merbahaya kepada tanaman melon yang perlu dikawal. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Isu serangan Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat 'farm surveilance'. Tanaman melon memerlukan teknik kawalan yang baik bagi mempastikan penghasilan yang baik dan berkualiti. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta di media akan penanaman buah melon untuk dijadikan bahan bacaan.


Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana buah melon merupakan sejenis buah yang diminati ramai dan pernah didakwa ia menjadi pilihan ramai semasa pandemik covid19 yang mampu untuk meningkatkan imuniti tubuh. Buah meon adalah diantara buah yang selalunya ada dihidangkan di hotel-hotel, majlis jamuan kenduri dan juga dijual dipasaraya. Buah ini ada banyak jenisnya daripada jenis honewdew kepada jenis hibrid lain yang menarik warnanya (Sila lihat foto disebelah). DIlaporkan dimana buah melon mengandungi zat 
di antaranya banyak protein, vitamin C, vitamin B6, Magnesium dan banyak lagi. Melon juga boleh diproses menjadi berbagai jenis makanan kerana ia mempunyai rasa yang enak. Melon juga memiliki kalori yang rendah sehingga sangat sesuai untuk ia dijadikan menu untuk diet bagi menurunkan berat badan. Didakwa khasiatnya adalah seperti ia mampu mengurangkan masaalah tekanan darah tinggi disebabkan ia rendah sodium dan kaya potasium. Ia didakwa membantu bagi kesihatan tulang kerana buah ini mengandungi beberapa nutrisi seperti folat, vitamin K dan magnesium. Mereka yang ada masaalah kencing manis juga disyorkan makan melon kerana ia akan mengawal kandungan gula dalam darah kerana ia mengandungi banyak serat dan zat sesuai. Kandungan air tinggi dalam buah melon membantu elakan hidrasi badan disebabkan biasanya melon mempunyai bahan hidrolite terbaik untuk dimakan. Gabungan air dan zat dalam buah melon memyebabkan ia adalah baik dimakan selepas bersukan, semasa sakit dan juga elakkan hidrasi sepanjang masa. Dilaporkan bahagian kulit buah melon juga boleh digunakan kerana ia mengandungi bahan vitamin C untuk mengeluarkan kalogen dalam badan dan mencantikkan kulit. Paling ketara dimana buah melon sangat signifikan membantu proses pencernaan serta membantu untuk kesihatan mata apabila diambil dengan cara betul. DIlaporkan dimana buah melon mengandungi dua antioksidan kuat iaitu Lutein dan Zeaxanthin serta Karotenoid yang sangat baik menjaga kesihatan mata dan elakkan kehilangan penglihatan apabila tua.


Dalam portal berita utusan.com dimana dilaporkan bagaimana '
Buah melon menjadi, rezeki bertambah' amat sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana usaha dua rakan karib menanam 1,000 pokok melon atau tembikai wangi di Gua Musang Kelantan secara fertigasi berbaloi apabila tanaman itu kini sudah boleh dituai dengan hasil mencecah empat tan metrik (Sila lihat foto disebelah). Bagi Sufian Ahmad (46) dan Mohd. Zahid Mohd. Yaacob (38) dimana dengan mereka menanam pokok melon di atas tanah seluas 0.4 hektar berhampiran rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis berjaya memberikan pendapatan tambahan. Mereka yang merupakan kakitangan Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. dimana aktiviti tersebut sekadar dilakukan secara separuh masa iaitu selepas tamat waktu bekerja dan pada hujung minggu sebagai pendapatan sampingan. Sebelum ini mereka menanam mentimun, petola dan cili namun sepanjang musim pandemik, pasaran sayuran terjejas menyebabkan mereka beralih kepada buah melon. Tempoh matang pokok melon sebelum dituai antara 60 - 75 hari dan mampu menuai kira-kira 2,000 melon dengan berat purata satu hingga dua kilogram sebiji. Buah melon mereka dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM8 sekilogram. Kini menerusi teknologi fertigasi dimana tanaman melon tidak memerlukan penjagaan rapi kerana mereka memperuntukkan masa selama dua jam sahaja sehari. Mereka berjinak-jinak dengan teknologi fertigasi dengan mendapat khidmat nasihat daripada agensi-agensi termasuk Jabatan Pertanian dan petani-petani yang sudah biasa dengannya. Kelebihan teknologi sistem fertigasi ialah tanaman diusahakan tanpa tanah, sebaliknya dalam polibeg berisi sabut kelapa.


Dalam pada itu di Terenggani dilaporkan oleh bharian.com dimana '
Kontraktor tanam melon raih hasil lumayan' sesuai juga dirujuk. Dilaporkan bila sahaja dia melihat potensi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang semakin baik maka seorang kontraktor binaan sanggup beralih mengusahakan MMT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor, Besut dan Projek Khas kelolaan Jabatan Pertanian Alur Ketitir, Merchang, Marang. Bagi Sidik Muhammad (54) dakwa produk pertanian yang diusahakan melalui penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) yang disediakan oleh pihak TKPM sejak dua tahun lalu telah pun memberi hasil yang cukup lumayan. Bagi menghasilkan produk MMT bermutu tinggi bagaimana pun dia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian negeri baik dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaan. Hasil kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri dia telah dapat menghasilkan 8,000 kilogram MMT dalam tempoh dua bulan selepas hari pertama semaian. Apa pun katanya jika petani tidak mengikut SOP yang ditetap oleh Jabatan Pertanian negeri maka mereka mungkin gagal memperoleh hasil melon bermutu tinggi seperti saiz yang kecil dan rasa yang kurang manis. Setiap dua bulan dia mengeluarkan lapan hingga 10 tan MMT dengan jumlah pendapatan sebanyak RM20,000. Melon MMT yang dihasilkan di tempatnya boleh mencapai kemanisan sehingga skala 14 dan buahnya juga rangup serta tahan lama. Melalui kajian yang dia buat sesiapa yang memakan sebiji melon ini adalah bersamaan mereka meminum 40 gelas air teh hijau gred A. Kini dilaporkan permintaan MMT semakin meningkat yang mana ia memerlukan pihaknya berusaha menambah bekalan. Pernah juga dia mengalami masalah kekurangan bekalan berikutan permintaan semakin meningkat dan berusaha bagi menambah bekalan dengan meningkatkan hasil pengeluaran kerana selepas dieksport ke rantau Asia seperti Jepun, Singapura dan ke Brunei pula untuk mempromosi MMT.
Kini dengan sebanyak 40,000 polibag benih melon dan 24 rumah hijau di TKPM Tok Dor, Besut serta di Projek khas Pertanian Alur Ketitir. Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan sahaja memiliki rasa yang manis dan struktur buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk bersifat antioksida, baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C, serta pencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung. Melon MMT gred A biasanya boleh menjangkau berat 1.2kg-1.6kg yang dijual pada harga RM5 sekilogram yang dujuak pada harga MMT di ladang adalah RM4.50/kg. Petani yang menghasilkan buah gred A yang banyak akan memperoleh insentif daripada koperasi MMT sebanyak 50 sen bagi sekilogram. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH MELON... ENAKNYA DIMAKAN...
BANYAK JENIS... MENJADI PILIHAN....
PELBAGAI KHASIAT... MENYIHATKAN...
SENANG DIBELI... HARGA BERPATUTAN...

By,
M Anem.
Senior Agronomist,
Room 1101, Star Well Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(14 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.