Wednesday, June 28, 2023

TANAM PINANG RAPAT2 BIAR SENANG PUYUH LARI

PANTUN TANAM PINANG RAPAT-RAPAT, BIAR SENANG PUYUH BERLARI, KU PINANG-PINANG TAPI TAK DAPAT, KU PUJUK-PUKUK KU BAWA LARI menarik untuk saya dibincangkan kali ini dalam aspek teknologi pertanian. Apa pun pantung empat kerat ini memang menarik kerana ia gunakan pembayangnya sebagai tanaman pokok pinang dan juga haiwan burung dinamakan sebagai burung puyoh. Asasnya adalah pembayang pokok pinang memberi maksud aktiviti 'meminang' dan burung puyoh memberi maksud kepada perbuatan 'pujuk'. Menanam pinang rapat-rapat adalah pembayang kepada maksud 'Tak dapat' dan pembayang kepada puyoh berlari membawa maksud 'Bawa Lari'. Peribahasa ini sebenarnya berkias dengan amalan yang mana insiden 'kahwin lari' atau 'kahwin koboi' apabila ada kalangan pasangan ingin berkahwin tetapi ianya mendapat tentangan atau halangan dari keluarga dan sebagainya. Menurut youtube Ustad Badlishah Alaudin yang bertajuk 'Kahwin Koboi' berdurasi 41 minit 23 saat dia menyatakan keduanya adalah perkara yang berbeza dan tidak dijelaskan dalam youtube beliau hukum hakamnya. Memang orang dulu-dulu kreatif didalam menyediakan peribahasa, pantun, seloka, syair san sebagainya walau pun kini penggunaannya sudah agak berkurangan. Mereka memang meneliti akan apa yang berlaku disekelilingnya termasuk penanaman pokok pinang dan pergerakan burung puyuh sebagai pembayang kepada pantun ini. Artikel pada malam ini dari The Upper House, Bandar Cassia, Simpang Ampat, Batu Kawan, Pulau Pinang saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai huraian teknikal pertanian berkaitan tanaman pokok pinang burung puyoh terkait dalam peribahasa ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


POKOK PINANG (Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya (Sila lihat foto diatas sekali). Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog didalam membuat pemantauan dikawasan kebun pinang di Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Saya ada menulis beberapa artikel mengeni pinang dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20 - 30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonom diambil daripada bahagian buah pinang (betel nut). Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang inni selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. Dalam pada itu sering di viralkan menganai 'Buah Pinang Muda' da biji buah pinang uang digunakan untuk makan sireh. Buah pinang dan sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki Myanmar. Penulis blog yang pernah berkunjung ke Myanmar mendapati orang lelaki dewasa mereka amat suka makan benda ini atau mudahnya kita panggil 'menyentel' sahaja. Tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu kita di Malaysia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan.


Dalam pada itu Burung Puyoh (Cortunix japonica) atau Quail (English) juga adalah merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh dan telur puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan. Ramai dikalangan kita sering melihat jualan daging puyoh goreng di paar malam dan pasartani atau diPasaraya. Burung puyoh daging memang diternak untuk mendapatkan daging puyoh dan burung puyoh telor untuk menghasilkan telur puyoh dengan menggunakn baka yang berbeza. Burung Puyoh Pedaging merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Saya ada menulis artikel mengenai burung puyoh dan dicapai dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Redod tentang pengeluaran daging puyoh di Malaysia sekitar 4,300 metrik tan pada tahun 2021 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2021. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 102 orang penternak burung puyoh daging dan 26 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh didakwa ia mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dari sepanjang masa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual pada harga ladang RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Penulis blog paling suka makan 'Burung Puyoh Goreng Kunyit' di restoren Ala Thai dimana ia dipadankan pula dengan nasi putih, tomyam dan juga somtam. Seekor burung puyoh goreng kunyit dijual pada harga RM6 - RM8 seekor dimana ia memang enak dimakan ketika panas-panas lagi. Telur Burung puyoh pula selalu dihidangkan bersama hidangan Yong Tau Fu atau dimasak sambal sahaja.


Dalam portal berita hmetro.com bertajuk 'Puyuh sebagai hidangan alternatif' menarik dikongsikan kali ini. Isu negara viral iaitu kekurangan bekalan ayam menjadi polemik terutama ketika musim perayaan baru-baru ini sehingga ianya mengundang kenaikan harga ayam yang mencanak. Justeru itu alternatif pilihan kepada peminat hidangan itu ialah melihat sumber lain seperti puyuh yang dikatakan mirip kepada sumber baik tekstur dan rasa. Mengenai puyuh dimana penternakan unggas burung berkenaan bukanlah sesuatu baharu malah ia semakin meluas membabitkan beberapa produk penghasilan iaitu daripada peringkat daging sehinggalah kepada penjualan najis untuk baja. Penternakan puyuh boleh menjana pendapatan yang menguntungkan kerana boleh pelbagaikan variasi produk untuk pasaran. Sektor penternakan puyuh ini sudah lama dijalankan di Malaysia, tetapi berbanding ayam, permintaan puyuh dalam pasaran daging domestik tidak meluas. Namun dalam prospek industri, penternakan puyuh sendiri memiliki potensi yang baik apabila produk boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu penjualan daging, penjualan telur, penjualan anak puyuh dan penjualan najis bagi kegunaan pembuatan baja pertanian (baja kompos). Menyentuh kepada pilihan baka yang digunakan dimana IKTA iaitu puyuh baka hibrid menjadi pilihan kerana sesuai untuk pasaran daging dan telur. Ini kerana antara kelebihan baka ini adalah memenuhi permintaan pasaran industri ternakan puyuh. Baka ini boleh dijadikan sebagai puyuh pedaging dan juga boleh dijadikan sebagai puyuh penelur ataupun induk (bagi betina). Kadar 'tumbesaran' puyuh ikta mengambil masa antara 21 hingga 28 hari untuk mendapat saiz yang sesuai sebelum dijual. Kebiasaan berat matang sedia untuk dijual adalah sekitar 160 hingga 240 gram seekor. Baka seekor induk burung puyoh boleh menghasilkan 240 hingga 280 ekor setahun. Bagi tujuan industri telur puyoh puyuh ikta dimana ia akan mula bertelur seawal umur 42 hari. Kelebihan baka ini kerana ia mampu bertelur pada kadar 70 -  80 peratus hingga umur 12 bulan. Namun sekiranya puyuh dijadikan induk, telur yang 'berbenih' dan berkualiti dikeluarkan ketika puyuh betina berumur 60 hari dan ke atas. Anak puyuh akan terus dijual sebaik sahaja telur menetas (umur sehari). Hal ini kerana puyuh yang berumur sehari hari lebih kuat dan lasak berbanding puyuh yang sudah berumur dua hari ke atas. Puyuh yang baru menetas (sehari) boleh tahan 48 jam tanpa makan dan minum. Perkara ini amat penting kerana pengalaman kami sendiri yang memiliki pelanggan berada jauh dari lokasi kedai. Bagi penternak yang berniat berjinak-jinak dalam penternakan puyuh adalah disarankan supaya memulakan ternakan secara berperingkat  dimana penternak puyuh kecil-kecilan biasanya akan mula menternak daripada kuantiti 200 - 500 ekor untuk satu pusingan atau semusim. Selepas beberapa pusingan bergantung kepada modal pusingan dan hasil jualan( daging atau telur), barulah mereka menambah jumlah puyuh kepada 1,000 - 5,000 ekor untuk setiap pusingan. Risiko bagi penternak puyuh selain penyakit ialah serangan pemangsa seperti tikus, anjing, biawak, dan ular, malah kecurian juga antara cabaran dihadapi penternak kecil. Memang pokok pinang dan burung puyoh sesuai dijadikan pembayang kepada pantun 'Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyoh berlari, ku pinang-pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari. adalah berkaitan dalam industri pertaniam moden masa ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM PINANG RAPAT-RAPAT,
BIAR SENANG PUYOH BERLARI,
KU PINANG-PINANG TAK DAPAT,
KU PUJUK-PUJUK KU BAWA LARI,


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 321 - 322, The Upper House,
Bandar Baru Cassia, Simpang Ampat, Batu Kawan,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(28 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.