Monday, September 18, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 1 )

HUTAN (Forest)
adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Hutan merupakan satu sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan. Kepelbagaian flora dan juga spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih meluas. Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Dilaporkan dimana ia juga telah menawarkan pekerjaan lebih daripada 62,800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan. Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain. Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. Rotan Manau  (Calamus manan) adalah rotan yang paling popular untuk ia diperdagangkan dan berharga tinggi. Sila baca banyak artikel yang saya tulis mengenai rotan dalam blog ini dan antaranya  (Sila klik disini). Penulis blog pernah memasukan hutan dimana ada banyak hasil hutan di Kg Peta, Mersing dahulu semasa bertugas disana.


Merujuk kepada beberapa laporan dimana t
erdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Lazimnya pihak berwajib amalkan kaedah penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia, nipah dan bertam sahaja. Penulis blog sempat memasuki hutan di Raub, Pahang dan sempat bergambar dengan keunikan sejenis pokok palma yang cukup menarik (Sila anda lihat foto disebelah)Tumbuhan Nipah (Nypa fruticans) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Saya ada menulis mengani pokok nipah untuk dibaca dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini)  dan  (Sila klik disini). Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka (anak daun) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira (palm-wine). Terdapat juga jenis iaitu jenis tumbuhan  Rumbia atau Sagu (Metroxylon sagu) dan (Metroxylon rumphii) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Ada lebih 15 artikel yang saya tulis mengenai sagu dalam blog ini untuk dibaca antaranya adalah pautan berikut  (Sila klik disini). Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam dan itik. Tumbuhan jenis Pokok Bertam (Eugeissona tristis) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Tumbuhan Bertam juga boleh dijadikan atap yang merupakan bahan tradisional. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan. Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput (Gramineae). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan, seragam, tegar dan mudah diperolehi. Dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. DIlaporkan dimana di Negeri Kedah adalah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan jenis  Buluh Semantan  (Gigantochloa scortechinii). Sia baca lebih dari 50 artikel mengenai buluh dalam blog ini antaranya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Penghasilan rebung-rebung buluh terutamanya dri jenis Buluh Betung (Dendrocalamus asper) dan Buloh Beting (Gigantochloa levis) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat. Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies Sepang (Caesalpinia sappan) yang digunakan untuk tujuan mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Antara jenis tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah Pokok Mengkudu (Morinda sp.), Pokok Merbau (Intsia sp.), Pokok Sena  (Pterocarpus indicus) dan Akar Kunyit (Fibraurea chloroleuca). Di samping kulit bakau dilaporkan melalui kajian dimana Kulit Pokok Punggai (Coelostegia griffithii), Pokok Bayur (Pterospermum sp.), Pokok Ketapang (Terminalia catappa), Pokok Rhu (Casuarina sp.) dan Pokok Rengas juga boleh digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna. Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat andang, pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot. Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies Merawan (Hopea sp.) dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan kertas. Pokok Damar Minyak (Agathis borrensis) hasilkan damar minyak yang digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional, lampu penyuluh, pemetik api, penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit haiwan.


Beberapa laporan menyatakan dimana h
utan juga adalah sumber getah yang penting. Dilaporkan sejenis getah 'gutta-perca' yang didapati daripada Pokok Nyatoh Taban Merah (Palaqquim gutta) mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik.  Gutta’ bermaksud ‘getah’ dalam Bahasa Melayu manakala ‘percha’ itu nama pokok tersebut. Gutta percha daripada famili Sapotaceae tergolong dalam kumpulan balak saiz sederhana yang dapat mencecah ketinggian 35 meter (Sila lihat foto disebelah). Spesies pokok ini ada dijumpai di hutan tanah pamah di Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera dan kawasan Borneo. Gutta percha merupakan jenis kayu keras ringan adalah sesuai untuk pembuatan hiasan dalaman dan panel. Daunnya berwarna hijau kekuningan atau berkarat dengan urat-urat daun berwarna tembaga manakala bunganya berwarna putih bersaiz kecil.  Pokok ini mula mengeluarkan getah berwarna putih bila melebihi 15 tahun. Pada suhu bilik, getah gutta percha adalah keras namun apabila dipanaskan, bahan ini boleh dikepal-kepal menjadi pelbagai bentuk. Gutta percha mula-mula diperkenalkan di Eropah dan dipasarkan setelah diketahui memiliki sifat-sifat yang sesuai (senang lentur, tahan tekanan tinggi dan suhu dingin) untuk pembuatan penyalut dawai elektrik dalam air. Di samping itu, getahnya juga digunakan sebagai pelapis bola golf, dalam rawatan gigi serta dapat menghasilkan genggaman pistol dan bahan perhiasan. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik apabila dipanaskan pada suhu 820C dengan mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas. Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan, bola-bola golf, bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong kegunaan di makmal-makmal kimia. Memang kalau sebelum ini ada tanaman pokok-pokok Getah (Hevea brasiliensis) diperkenalkan di Semenanjung Malaysia dilaporkan ada sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokok-pokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit daripada famili Apocynacease. Di antara kumpulan pokok memanjat daripada famili ini yang dilaporkan ada menghasilkan getah ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus dan juga Melodinus. Terdapat laporan dimana buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah Buah Bacang (Mangifera foetida), Buah Jambu Air (Eugenia sp.), Buah Durian (Durio sp.) yang mana kesemua buah-buahan ini ada ditulis dalam blog ini dengan banyaknya. Artikel mengenai durian sahaja saya ada menulis hampir 500 artikel semenjak 25 tahun menulis dalam blog ini yang dibaca hampir 37 orang pembaca diseluruh dunia. 


Sejenis buah nadir yang agak popular apabila tiba musimnya adalah Buah Sentul 
(Sandoricum koetjape) yang ada buah masam dan kini sudah ada buah sentul yang manis. Sila baca tulisan saya mengenai buah sentul dengan pautan (Sila Klik Disini)Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan. Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi. Saya ada merujuk beberapa buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi yang mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik yang dapat melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri. Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas. Dalam pada itu Pokok Rambutan (Nephelium sp.), Pokok Langsat (Lansium domesticum) dan Pokok Manggis (Garcinia mangostana) memang ada tumbuh didalam hutan. Daun-daun pokok Asam Gelugor (Garcinia atroviridis ) dan Buah Cemperai (Champereia manillana) pula boleh dijadikan sayur-sayuran dimana saya ada menulis artikel berkaitan dalam bolg ini (Sila cari). Sementara biji-biji buah hutan seperti Petai (Parkia speciosa) dan Jering (Pithecelobium jiringa) pula boleh digulai atau dijadikan ulam dimana apembaca gogle dalam blog anim agro technology untuk penjelasan lanjut juga. Terdpat juga di dalam hutan di Malaysia akan Pokok Enau yang dikenali sebagai kabong (Arenga pinnata) iaitu sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan kelapa dan gula Melaka. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini (Sila klik disini) untuk membacanya. Kini hutan di Malaysia merupakan salah satu dari sumber pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan. Terdapat banyak bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan.  Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Posted from
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.