Wednesday, July 31, 2019

PANDUAN TANAM DURIAN - TANAH CERUN?

TANAMAN DURIAN (Durio zibethinus) di kawasan tanah rata dan tanah bercerun merupakan satu perkara yang telah lama dibincangkan. Penanaman durian secara tradisional kebanyakannya berad dikawasan tanah kampong berada disepanjang sungai sebeum ianya dikomersialkan secara luas ditanag rata atau tanah berbukit. Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Johor (Jementah) antara bbeberapa negeri yang luas penanaman durian dikawasan berbukit dan bercerun. Pada penulis blog anim agro yang telah menulis lebih dariada 250 artikel mengenai tanaman durian memang faham industri durian merupakan satu industri yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia semenjak harga pasaran durian premium melonjak akibat pasaran keluar negara khususnya ke negara China. Pokok durian adalah sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu sejenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Nama durian sendiri penulis blog percaya berasal dari bahasa Melayu iaitu ''Duri'' atau 'buah berduri' menjadi durian. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan adalah pengeksport terbesar buah durian segar di dunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi bagaimana durian Thailand ini dieksport bermula daripada petik buah dipokok sehingga digred, dirawat dan dihantar melalui kapalterbang keluar negara (Sila baca artikel tersebut - Sila klik disini). Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik di atas pokok tidak sama dengan di Malaysia di mana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel ke 5,398 mngenai pelancaran Garispanduan Penanaman Durian di Tanah Cerun oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia bau-baru ini di Pulau Pinang untk dijadikan bahan rujukkan anda. 


Dalam laporan media perdana seperti Bernama bertajuk "Jabatan Pertanian melancarkan garis panduan khas tanaman durian khas tanaman durian di tanah cerun'' sesuai untuk dirujuk. Foto disebelah menunjukkan Ktua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan melancarkan Garis Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian di Kawasan Cerun di Pusat Pertanan Relau, Georgetown, Pulau Pinang. Jabatan Pertanian memperkenalkan 10 Garis Panduan Khas bgi tujuan Pembangunan Tanaman Durian di Kawasan Cerun sebagai langkah pengurusan dan amalan pemuliharaan tanah lebih intensif. Garis panduan khas itu juga bertujuan membolehkan pengusaha tanaman durian menanam di kawasan cerun yang kurang daripada 30 darjah dan berkuat kuasa serta-merta. Garis panduan itu turut dibaca bersama Rancangan Tempatan di negeri masing-masing dengan aktiviti penguatkuasaan dibuat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perancangan negeri dan daerah. Apa yang dijeskan dimana ketika ini tanah yang rata dan juga kawasan tanah rendah semakin berkurangan. Oleh itu dalam usaha membangunkan pertanian kini sedang tertumpu di kawasan bercerun curam di tanah rendah dan tanah tinggi. Jabatan Pertanian telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan garis panduan ini dalam menangani masalah hakisan, sekali gus memelihara ekosistem ke arah pertanian yang mampan.


Kerajaan tidak mahu pertanian dilabel sebagai perosak alam sekitar dan punca bencana apabila berlakunya pemendakan sungai dan tasik hingga menyebabkan alirannya cetek, empangan tadahan air dipenuhi lumpur, banjir kilat dan tanah runtuh. Dalam majlis tersebut turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pengurusan dan Regulatori Mohd Nasir dan beberapa Pengarah Jabatan Pertanian Negeri. Pada majlis itu juga Jabatan Pertanian turut menanam 125 anak pokok durian jenis Musang King selain melakukan proses cantuman 10 pokok dewasa dan anak pokok (230). Penulis blog juga pernah membuaat aktiviti cantumn dewasa durian di Johor (Sila lihat foto disebelah). Pada ketika ini didakwa Jabatan Pertanian hanya membenarkan perusahaan pembangunan tanaman durian di tanah bercerun kurang 25 darjah. Asasnya adalah kebenaran merancang kawasan berkecerunan melebihi 25 darjah bagi tanaman durian secara komersial perlu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  selain pembukaan tanah baharu perlu dibuat secara berperingkat dan manual. Teknik penjagaan dan amalan pengurusan pemuliharaan tanah seperti sistem perparitan, kawalan hakisan dan kelodak sesuai serta menanam tanaman penutup bumi perlu dilakukan secepat mungkin sebaik sahaja kawasan baharu dibuka. Kini semua pihak kementerian, jabatan dan agensi lain, termasuk PBT dan pejabat tanah diharap dapat memanfaatkan garis panduan ini dengan menjadikannya terikat secara perundangan dengan akta berkaitan bagi memastikan pertanian dilaksanakan dengan penuh berhemah. Ini sekali gus memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pelaksana projek pertanian tanaman durian di Malaysia tentang kepentingan memulihara tanah.


Berikut adalah diantara 10 Garis Panduan Khas yang dikeluarkan Jabata Pertanian mengenai Pembangunan Tanaman Durian di Tanah Bercerun. Pertama sekali adalah bagi tujuan mendapatkan kebenaran merancang (KM) daripada PBT bagi kawasan pertanian secara komersial dan bukan bertujuan sara diri. Kedua sebarang cadangan pembangunan pertanian ini tertakluk kepada garis panduan dinyatakan dalam Rancangan Tempatan bagi kawasan berkenaan. Ke 3 dimana jenis tanah mestilah tidak mudah terhakis dan mempunyai kandungan lempung (liat) melebihi 35 peratus. Ke 4 adalah dimana tanah mestilah mempunyai kedalaman efektif untuk pengakaran, sekurang-kurangnya satu meter. Dalamm pada itu garis panduan ke 5 adalah dimana pembukaan kawasan baharu sebaiknya dilakukan dengan secara manual. Ke 6 adalah dimana pembukaan kawasan baharu melebihi 10 hektar mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat. Ke 7 didalam menjalankan amalan pengurusan pemuliharaan tanah seperti ditetapkan mesti dipatuhi. Ke 8 dimana semasa melaksanakan penaman durian ditanah cerun dimana sistem perparitan, kawalan hakisan dan kelodak yang sesuai disediakan. Ke 9 adalah dimana perlu ada tanaman penutup bumi perlu ditanam secepat mungkin sebaik sahaja kawasan dibuka. Panduan yang ke 10 dimana semasa melaksanakan pengurusan risiko bencana jika berkaitan dan disertakan dalam permohonan Kebenaran Merancang.


Dalam laporan lain dimana Jabatan Pertanian Malaysia hari ini telah pun mengumumkan 10 garis panduan khas yang membenarkan tanaman durian di kawasan bercerun di bawah 30 darjah agar industri durian dilaksanakan secara lestari dengan impak minimum terhadap alam sekitar. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan berkata garis panduan baharu ini akan membolehkan pengusaha durian di lereng bukit untuk menanam durian melebihi 25 darjah dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. "Kita tak mahu pertanian dilabel sebagai perosak alam sekitar dan punca bencana apabila berlakunya pemendakan sungai dan tasik hingga menyebabkan alirannya cetek, empangan tadahan air dipenuhi lumpur, banjir kilat dan tanah runtuh. "Jadi kami mengambil langkah proaktif dengan melancarkan garis panduan khas pembangunan tanaman durian di tanah bercerun dalam menangani masalah hakisan," katanya kepada pembeita selepas Majlis Pelancaran Garis Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian di Tanah Bercerun di Pusat Pertanian Relau dekat sini. Garis panduan itu juga mampu memelihara ekosistem ke arah pertanian yang mampan kerana durian merupakan satu daripada sumber kekayaan baharu negara. Bagaimanapun, Jamal berkata garis panduan itu akan dibaca bersama Rancangan Tempatan di negeri masing-masing dengan aktiviti penguatkuasaan dibuat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perancangan negeri dan daerah.  "Semua kementerian, jabatan dan agensi lain, termasuk PBT dan pejabat tanah diharap dapat memanfaatkan garis panduan ini dengan menjadikannya terikat secara perundangan dengan akta berkaitan bagi memastikan pertanian dilaksanakan dengan penuh berhemah. Beliau berkata garis panduan lama hanya membenarkan tanaman durian di tahap kecerunan bawah 25 darjah sahaja. Antara syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha durian adalah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan, sebarang cadangan pembangunan pertanian ini tertakluk kepada garis panduan rancangan tempatan, jenis tanah mesti tidak mudah terhakis dan tanah mesti mempunyai kedalaman efektif untuk pengakaran sekurang-kurangnya satu meter. Sementara itu, Jamal berkata garis panduan itu bakal dikembangkan untuk penanaman buah-buahan lain selain durian. "Garis panduan ini akan berkuat kuasa serta-merta dan kami bercadang untuk memperluaskannya bagi penanaman buah-buahan lain pada masa hadapan," katanya. Semuga artikel ini memberi  info beguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM DURIAN.. CERUN TANAHNYA...
PERLU IKUTI... GARIS PANDUANNYA...
KEBENARAN MERANCANG...DAH ADA...
DURIAN BUKIT... IA BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pcrecint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Julai 2019).

Tuesday, July 30, 2019

GALAH PETIK MESTA - PRAKTIKAL

GALAH PETIK BUAH MESTA (Fruit Harvester/Collector ) merupakan satu alat yang sering digunakan oleh pekebun dan pekerja apabila buah mesta telah masak. Buah Mesta (Garcinia mangostana) merupakan salah satu varieti manggis yang mana ianya didakwa lebih berharga atau lebih mahal kerana kualitinya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana tidak ramai orang Malaysia yang kenal akan buah mesta berbanding dengan buah manggis. Pada orang biasa akan dakwa buah mesta ini sama dengan buah manggis tetapi pada hakikatnya ada banyak perbezaan yang anda perlu tahu. Tulisan saya mengenai mesta dalam blog anim agro technology ini antara yang tebanyak di Malaysia untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Mesta merupakan sejenis tanaman yang menyerupai dengan tanaman manggis dan popular hanya di Negeri Pahang dalam beberapa daerah tertentu sahaja. Buah Mesta telah pun lama ada didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan (National Listing) pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian dengan No Daftar GA2. Dalam keterangan ringkas mengenai pendaftaran hanya dinyatakan buah ini didaftarkan berasal dari Pahang. Buah Mesta merupakan sejenis buah-buahan tropika daripada kumpulan Manggis. Buah Mesta ini mungkin tidak ramai kita yang kenal secara tepat kecuali petani pemilik pokok dan pegawai pertanian dikawasan Maran dan Temerloh di Pahang. Mesta sebenarnya berlainan dengan buah manggis dari beberapa ciri khusus. Sekilas pandang, mereka yang tidak kenal akan buah ini akan mengatakan bahawa buah yang digantung tersebut adalah manggis. Ini kerana warna, bentuk dan rasanya mungkin serupa bagi mereka yang tidak kenal akan buah ini. Buah mesta ini mungkin natif dari kawasan kampong tradisional sepanjang Sungai Pahang dan hingga kini belum disebar luas keseluruh negara. Antara cabaran dalam usaha memetik hasil mesta adalah kerana ia hanya boleh dipetik secara manual sahaja apabila buah telah masak ranum. Antara cara memetik mesta dengan panjant pokok dan petik daripada dahan yang kukuh, menggunakan galah buluh tradisional dan juga terkini menggunakan alat pemetik buah epal (Sila lihat foto diatas). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai Alat Pemetik Mesta dari adaptasi Alat Pemetik Buah Epal yang digunakan di kebun En Shuib, di Kampong Pasir, Maran, Pahang untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Alat Pemetik Buah Epal yang  daripada Taiwan ini hanya diperkenalkan pada tahun 20l8 setelah pengusaha En Shuib menonton video dari Youtube. Beliau juga melihat bagaimana aktiviti memetik buah epal begitu mudah dengan alat tersebut dengan beberapa biji epal dikumpulkan didalam alat tersebut. Komponen alat pemetik ini adalah terdiri daripada galah kayu (yang kukuh), Kerangka Pemetik Buah Epal dan juga klip pengikat. Komponen kerangka ini diperbuat daripada dawai logam kukuh dengan mempunyai 6 jejeari bengkol 'L' untuk tujuan mengaut buah sebelum ianya ditarik kebawah (Sila lihat foto diatas). Kerangka ini diikat dengan kayu yang agak kuat menggunakan klip agar tidak mudah tanggal. Penulis blog yang cuba memetik mesta menggunakan alatan ini amat selesa dengan kayu galah yang kuat dan mudah menarik buah mesta masak jatuh kedalam kerangka. Sebanyak 4 - 10 biji buah mesta boleh dikumpulkan didalam kerangka ini dimana buah besar jumlahnya sedikit dan buah kecil banyak muatannya. Harga kerangka, klip dan galah adalah sekitar RM80 satu unit yang diimport daripada China. Penulis blog dapati alat ini mudah digunakan untuk memetik buah mesta dari bawah pokok yang dapat dilihat. Bagaimana pun kepada seseorang yang kali pertama menggunakannya agak sukar kendalikan alat ini dan perlukan kesabaran. Bukan mudah untuk mengintai buah mesta masak yang terselindung dicelah-celah daunnya. Penulis blog dapat 5 biji untuk percubaan pertama dan 3 biji untuk percubaan kedua (buah tidak kelihatan). Alat ini boleh dimodifikasi lagi agar ianya lebih cekap penggunaannya dengan gunakan galah yang ringan, warna kerangka yang mudah dilihat dan kukuh. Buah mesta masak yang jatuh ketanah biasanya akan rosak akibat jatuh.

Dalam pada itu beberapa tahun lepas (2017) dimana penulis blog ada menggunakan galah pemetik menggunakan buluh kering konvensional. Komponen bagi alat petik mesta tradisional ini yang diperbuat daripada buluh kering perlu di pecahkan kepalanya menjadi ruang memetik mesta dan diikat dengan kawat untuk sentiasa terbuka dibahagian atasnya (Sila lihat foto disebelah). Pada hemat penulis blog, galah buluh  konvensional ini adalah murah, ringan dan mudah dibawa kemana-mana berbanding dengan kerangka logam yang baru digunakan ini. Bagi pekerja dan pemetik buah mesta sedia ada mereka lebih suka gunakan jenis buluh ini ketika memetik daripada bawah dan juga panjat pokok tersebut. Setiap kali menjolok buah mesta akan boleh mengisi 1 biji (buah besar) atau sebanyak 3 biji (buah sedang) dan 4 biji (buah kecil). Penggunaan galah untuk memetik buah mesta perlu dilakukan kerana jika buah mesta ini jatuh ketanah maka ia akan menjejaskan kualitinya seperti buah pecah dan cepat busuk. Bagaimana pun penulis blog ada mengutip buah mesta yang gugur ini dan membukanya masih tetap elok kalau ia jatuh dalam hari yang sama mengutipnya. Pemetik Buluh ini boleh dibuat sendiri dengan mencari rumpun buluh dan memotong dan kemudian pilih batang yang lurus sehingga kering. Gunakan parang panjang untuk membuat jejarinya dan kawat untuk mengikatnya. Pekebun boleh membuat beberapa banyak pemetik buluh ini da disimpan didalam setor apabila tidak digunakan.

Buah mesta musim tahun 2019 ini didapati agak baik penghasilannya dengan Encik Shuib menjangka akan mendapat sekitar 15 - 18 metrik tan. Buah yang telah dipetik ini akan dikumpulkan di pondok cum pusat penggredan dikebun tersebut untuk diasingkan mengikut saiz dan tahap kematangan. Ia kemudian dimasukkan dalam bakul berasingan mengikut saiz, tahap kematangan dan destinasi penghantaran (Sila lihat foto disebelah).  Buah gred 'A' lazimnya mencapai sekitar 70%, Buah Gred 'B' sekitar 20% dan Gred 'C' 10% pada musim kali ini. Purata harga ladang buah mesta sekitar RM6.00 sekilogram dimana ini menjadikan anggaran kasar RM90,000 jika cuaca dan kecukupan pemetik buah tidak bermasaalah. Ini kerana kadag-kadang pemetik buah tidak mencukupi bilangannya ketika buah memuncak masak diatas pokok. Pokok yang berumur 17 tahun ini diihat memang subur kerana pemilik kebun ini mengamalkan amalan agronomi yang baik seperti penggunaan baja yang berkualiti (seperti Yara Milla), Baja Chitosan, Pengapuran dan juga kawalan musuh serangga dan penyakit yang baik. Selain daripada menanam mesta, Encik Shuib juga menanam durian Musang King (D197) untuk menambahkan lagi penghasilan buah-buahan berkualiti dari Negeri Pahang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BERBUAH... POKOK MESTA...
GALAH PETIK EPAL.. ADA DIGUNA...
CEPAT DAN MUDAH...SENANG BAWA...
LEBIH PRAKTIKAL... CEPAT TUAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2111, Suite Floor,
Hotel Zenith,
Jalan Putra Square 6, Putra Square,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(26 Julai 2019).

Monday, July 29, 2019

RAMBUTAN MUTIARA WANGI - UJIRASA

RAMBUTAN MUTIARA WANGI (Nephellium lappaceum) dari sampel yang diberikan oleh Dr Johari (Pengarah MARDI Negeri Johor) untuk ujirasa penilaian kualiti memang sesuai dan boleh dibanggakan kerana ia varieti baru. MARDI telah berjaya memperkenalkan 2 varieti baru Rambutan yang setanding malahan didakwa lebih baik daripada varieti Anak Sekolah (R196). Hasil kerja keras yang lama oleh penyelidik MARDI ini telah menghasilkan dua klon rambutan baru yang dikenali sebagai AG-28 dan GB-44. Dalam satu Majlis Pelancaran Varieti Rambutan Baru ini kedua-dua varieti telah diberikan nama varieti iaitu MUTIARA WANGI (AG-28) dan juga varieti MUTIARA MERAH (AG-44). Dari itu sejajar dengan nilai permintaan rambutan negara yang semakin meningkat, tanaman ini berpotensi untuk dieksport ke luar negara. Dalam pada itu buah rambutan yang dahulu pernah dilabelkan sebagai ''sunset industry'' kini mungkin boleh diperkukuhkan apabila dua varieti rambutan baru ini telah diperkenalkan. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai rambutan ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi artikel mengenai rambutan yang telah saya tulis sebelum ini. Pada masa ini nilai eksport rambutan negara pada tahun 2018 adalah sebanyak 3,184 tan metrik bersamaan nilai dagangan sebanyak RM5,796,872. Anda mungkin tertanya siapa dan bagaimana buah rambutan yang biasanya seakan tiada nilai dikalangan penduduk tempatan sebenarnya dieksport ke beberapa negara. Antara Negara pengimport utama buah rambutan Malaysia adalah Singapura, Thailand, Taiwan, Arab Saudi, Belanda dan Indonesia. Pada masa ini terdapat 64 varieti rambutan yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana hanya sekitar 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156 (Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Hanya 3 varieti yang paling luas ditanam dan dipasarkan adalah terdiri daripada varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Maklumat ini anda boleh akses dalam tulisan saya (Sila klik disini). Memang telah berpuloh tahun tidak ada temuan baru varieti rambutan sehingga pelancaran varieti Mutiara Wangi dan Mutiara Merah ini dilakukan. Kedua-dua varieti baru MARDI ini bagaimana pun masih perlu didaftarkan didalam senarai National Variety Listing di Jabatan Pertanian. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai ujirasa varieti baru rambutan Mutiara Wangi iaitu buah dari pihak MARDI untuk dijadikan bahan rujukkan.


Rambutan varieti baru kajian MARDI mengambil masa bertahun-tahun untuk di kaji. Diantara pencirian ringkas varieti Mutiara Wangi (AG-28) ini didakwa dimana ia adalah berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil tuaian yang tinggi. Rekod menunjukkan dimana purata berat buat klon ini adalah 35.7 gram sebiji. Varieti rambutan ini juga ada mempunyai tahap kelekangan isi lekang bertesta serta tekstur isinya yang kenyal-kering. Dari segi bentuk pula buah AG-28 adalah bujur berwarna merah gelap dengan warna rambut merah yang agak panjang menyamai bulu yang ada pada rambutan Anak Sekolah yang masak pada pokoknya (Sila lihat foto disebelah). Bulu yang panjang merupakan ciri amat baik bagi varieti tersebut untuk tahap penyimpanan yang lebih lama selepas dituai. Dari rekod didakwa hasil sepokok mampu mencecah 32.2 kg sepokok pada usia puncak. Dalam ujirasa yang penulis blog dan rakan-rakan lakukan semuanya amat suka dengan warna, saiz, easa kemanisan dan ciri penting kelekangan rambutan Mutiara Wangi ini. Kulitnya yang juga mudah dikupas ini mudah dikupas dengan saiz bijinya yang kecil


Dalam pada itu bagi varieti Mutiara Merah (GB-44) ia mempunyai ciri utama seperti kemampuannya untuk berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Direkodkan juga dimana rambutan ini mempunyai kualiti isinya beraroma, rangup dan kering serta lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Ia mampu mempunyai purata berat buat klon ini adalah 37.2 gram sebiji dengan buahnya berbentuk bujur berwarna merah dengan warna rambut kehijauan. Dipusat kajian dilaporkan jenis rambutan ini mampu memberikan hasil sepokok sehingga mencecah 26.2 kg pada pokok usia puncak produktivitinya sepokok. Sebenarnya untuk semua jenis buah bermusim jika boleh melakukan aktiviti kutipan hasil di awal musim mampu memberikan harga yang baik serta tinggi sebelum puncak musim utama pengeluaran buah rambutan. Apa pun tidak banyak yang didedahkan mengenai ciri-ciri lain seperti dimana untuk mendapatkan benih, ketahanan terhadap penyakit dan perosak, kaedah amalan agronomi, potensi pasaran dan sebagainya yang belum didedahkan oleh pihak berkaitan. Bagimana pun penulis blog berfikir maklumat lanjut dan infomarsi berkenaan klon rambutan ini boleh hubungi Pihak MARDI sendiri. Benih tanaman pun masih dibekalkan oleh pihak MARDI dengan jumlah yang masih terhad jumlahnya.

Dua klon baru rambutan hasil dari inovasi Institut Pertanian Malaysia (MARDI) telah dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub. Apa yang penulis blog tertarik adalah dimana dua klon baru rambutan itu dinamakan 'Mutiara Merah' dan 'Mutiara Wangi'. Antara ciri klon rambutan tersebut adalah pokoknya yang lebih rendang, mampu berbuah awal daripada klon popular lain, mempunyai isi yang tebal, manis dan lekang serta mempunyai aroma ketara. Kini diharapkan industri rambutan di Malaysia akan lebih berdaya saing dan rambutan mampu menjadi antara eksport utama pada masa hadapan dimana ini sekaligus memberikan keuntungan kepada pengusaha dan produk-produk rambutan. Pengisytiharan klon tersebut adalah bukti komitmen MARDI dalam memberikan hasil terbaik bagi membangunkan sektor pertanian negara. Kini dalam usaha untuk membangunkan kedua-dua klon rambutan tersebut maka sebanyak 10,000 biji rambutan generasi kedua telah disemai yang kemudian dinilai dan dipilih hingga mendapat 30 baka baharu yang berpotensi. Dimaklumkan daripada 30 baka baharu ini inilah kedua-dua klon ini dipilih berdasarkan ciri-ciri yang baik dan dikehendaki industri. Sebagai tambahan dua klon baharu tersebut mempunyai isi yang tebal dan manis serta harum selain lebih lekang berbanding klon popular lain seperti rambutan anak sekolah. Keistimewaan rambutan mutiara merah antara lain berbuah awal musim dan mengeluarkan hasil yang tinggi manakala mutiara wangi berbuah awal musim, hasil tinggi serta isi beraroma, rangup dan kering selain lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Harga jualan bagi dua klon ini juga sangat bagus dan kemungkinan harga jualan di ladang adalah antara RM3 hingga RM4 sekilogram. Memang rambutan Mutiara Wangi yang diuji rasa amat manis, lekang dan sungguh berkualiti sehingga sesuai untuk pasaran domestik dan eksport. Terimakasih Dr Johari. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
RAMBUTAN MANIS...NAMA MUTIARA WANGI...
IA VARIETI BARU... PENYELIDIKAN MARDI...
SAMPEL UJIRASA... DARIPADA DR JOHARI...
JUAL TEMPATAN...BOLEH KELUAR NEGERI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 218, Hotel Aloha,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(27 Julai 2019).
Hadir Ekspo Tani Johor 2019.

Sunday, July 28, 2019

BUAH MENTEGA - NILAI EKONOMI

BUAH MENTEGA (Diospyros blancoi) atau ada yang dakwa sebagai Buah Bisbul atau Buah Keremak merupakan jenis buah nadir tempatann yang memberikan yang masih satu rumpun dengan buah kesemek, dalam bahasa melayu buah ini sering disebut dengan buah lemak. Bentuk buah mentega hampir sama dengan buah kesemek bagaimana pun buah ini memiliki bulu-bulu halus di kulit buahnya. Warna buah mentega jika sudah matang adalah oren merah dimana isi dalamnya putih kekuning-kuningan. Buah mentega memiliki banyak khasiat bagi kesehitan  diantaranya ia didakwa akan menjaga kesehatan mata, tambahbaik kesihatan sistem pencernaan, mencegah anemia, didakwa amat baik untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak dan sebagainya. Bagi tujuan menanam buah mentega kaedahnya hampir sama dengan menanam buah-buahan lain yang sama dengannya. Paling asas adalah tentunya menyediakan kawasan untuk penanaman sama ada berskala kecil atau tanaman hobi sahaja. Bahan tanaman boleh digunakan daripada biji benih atau pun dengan tut pada pokok induk. Bagaimana penulis blog anim  agro mengesyorkan agar tidak menggunakan benih dari bji kerana apabila ditanam ia mengambil masa lama sekitar  7 -10 tahun untuk ianya berbuah. Memang teknologi menanam  pokok mentega ini agak jarang ditulis dan dijelaskan dalam internet. Artikel subuh ini selepas makan sahur puasa Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai penanaman pokok buah menteega serta nilai ekonomi tanaman buah ini. 


Menanam pokok mentega menggunakan beni yang baik dan lubang penanaan disediakan berukuran 50 cm x 50 cm dan kedalaman sekitar 50 cm. Isikan lubang dengan baja organik dan CIRP dan biarkan lubang tanaman ini untuk selama 2-3 minggu sebelum ditanam. Jika hendak menanam dalam jumlah pokok yang banyak maka buatlah lubang yang sama dengan jarak antara lubang adalah 3m x 3m untuk tujuan mendapatkan jarak tanam yang memberikan ruang untuk pokok buah mentega tumbuh. Benih buah mentega tadi dibuang plastik polibag dan diletakkan ditengah lubang kemudian kelilingnya dikambus dengan tanah. Lakukan penyiraman setelah penanaman selesai dilakukan. Kalau boleh masa menanam terbaik adalah pada awal musim hujan agar anda tidakperlu melakukan penyiraman. Amalan agronomi tanaman mentega sama dnegan pokok buah lain dengan melakukan kawalan rumpai dan pembajaan. Rumap dikawal secara manual atau menggunakan racun rumpai. Beripan baja NPK 15:15:15 dan baja organik mengikut syor.


Dalam pada itu penulis blog dapati ada ramai yang bertanyakan soalan kerana tidak tahu tentang buah mentega yang juga dikenali sebagai buah bisbul. ia juga dikenali dengan nama Buah Seralat bagi masyarakat di utara Semenanjung Malaysia. Buah mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan buah yang tergolong dalam buah yang jarang ditemui atau dipanggil jenis buah-buahan nadir. Antara buah-buahan nadir yang terdapat di Malaysia selain buah mentega ialah asam, bacang, bambangan, cerapu dan beberapa variasi durian. Apa pun sama seperti buah-buahan nadir lain yang kaya dengan khasiat, buah mentega mempunyai beberapa nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin dan riboflavin. Dari segi rasa didapati buah mentega manis dan sedikit berlemak. Ia boleh dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah. Ia juga berperanan menjaga mata. Ia mengelakkan mata anda daripada rabun dan penyakit katarak. Buah mentega baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk mengelak atau menyembuhkan sembelit. Bagi yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah ini memainkan peranan penting untuk membantu mencegah anemia pada tubuh anda. Ia juga melancar perjalanan darah. Buah ini juga bermanfaat dari segi penjagaan tulang kerana membantu mencegah daripada berlakunya osteoporosis dan menguatkan struktur tulang. Jika anda ingin mengamalkan kecantikan kulit secara semula jadi, buah mentega ini sesuai untuk tujuan itu kerana ia mengandungi berbagai vitamin yang membantu untuk menghalus dan mencerahkan kulit selain membantu melambatkan penuaan pada kulit. Manfaat protein yang terdapat pada buah ini baik untuk pertumbuhan sel-sel di dalam badan. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali dengan nama velvet apple kerana tekstur kulitnya yang seperti baldu.


Dalam pada itu memang buah mentega semakin jarang dapat dijumpai lagi. Bagaimana pun penulis blog yang berkunjung ke pasar besar Melaka ada terlihat buah ini. Pada saya buah mentega atau dipanggil dengan nama lain seperti buah epal baldu, butter fruit (Inggeris) dari famili Ebenaceae merupakan tumbuhan dari genus pokok kayu. Pokok buah mentega dikategorikan sebagai tumbuhan nadir yang hampir pupus dan sangat jarang didapati kini. Buah mentega berwarna perang kemerahan apabila matang dan kulitnya mempunyai bulu lembut seperti baldu, isinya merah jambu berkrim dengan rasa dan aroma yang agak kurang menyenangkan iaitu seperti keju yang busuk. Tanaman ini didakwa berasal dari Filipina yang disebut dengan nama pokok kamagong tetapi buahnya disebut mabolo. Ianya juga boleh didapati ke kepulauan Micronesia yang dikenali dengan nama matib. Pokok mentega merupakan tumbuhan tropika dan boleh hidup subur dipelbagai jenis tanah. Pokok mentega boleh dibiak menggunakan biji benih yang akan mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk berbuah manakala tanaman menggunakan keratan mengambil masa lebih pendek iaitu antara 3 - 4 tahun. Hakikatnya terdapat banyak varieti buah mentega akibat genetik dalam tumbuhan dan ini dapat dibezakan dari segi bentuk, saiz atau rasa. Selain buahnya yang boleh dimakan segar, kayu pokok mentega amat padat, keras dan berwarna gelap dan sesuai dijadikan perabut atau peralatan dekorasi. Daun pokok mentega telah terbukti mengandungi isoarborinol metil eter (juga dipanggil cylindrin ) dan ester lemak α- dan β - amyrin. Kedua-dua metil eter isoarborinol dan campuran amyrin yang mana ia menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Staphylococcus aureus dan Trichophyton mentagrophytes yang merupakan ciri-ciri anti radang dan analgesik.


Khasiat buah mentega didakwa memang banyak. Antaranya adalah ia boleh memperbaiki keousakan Sel Tubuh. Ini kerana buah mentega mengandungi sejumlah protein penting dimana ia adalah sangat baik bagi pertumbuhan sel-sel pada tubuh. Protein tersebut sangat penting dalam regenerasi sekaligus memperbaiki terjadinya kerosakan pada sel-sel tubuh. Selain itu ia didakwa mampu mMenyihatkan Kulit. Ini disebabkan akan kandungan bermacam vitamin pada buah mentega yang berfungsi untuk menangani paparan radikal bebas serta membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit. Selain itu juga sangat baik sebagai bahan awet muda dan lambatkan proses penuaan. Buah mentega juga mencegah kekeringan pada kulit dan dapat membantu mempertahankan elastisiti kulit. Ketiga khasiatnya adalah untuk kesihatan mata. Buah mentega mengandungi vitamin A dimana ia sangat penting untuk menyihatkan mata serta boleh menghindarkan dari berbagai gangguan kesihatan yang menyerang mata antaranya katarak ataupun minus silindris. Seterusnya ia menyihatkan sistem pernafasan seperti mampu meredakan sakit batuk, asma atau sesak dada. Ini disebabkan oleh kandungan vitamin beserta mineral yang tinggi di dalam buah mentega. Buah ini didakwa mampu membaikii pengedaran darah dan membantu meningkatkan sel darah merah pada tubuh. Kandungan zat besi pun dapat meningkatkan kandungan iksijen dalam otot, mempercepat penyembuhan jaringan sel, merangsang pertumbuhan rambut serta meningkatkan sangat cekap dalam metabolism.  


Khasiat lain adalah didakwa mampu untuk menyihatkan Jantung. Kandungan bahan kalium yang banyak pada buah mentega boleh membantu meregangan pembuluh darah, menurunkan hipertensi dan akan mengurangkan stress dalam sistem kardiovaskular. Selain itu dengan adanya kandungan serat pada buah mentega yang tiggi juga dapat menurunkan kolesterol dimana ini akan mengurangkan risiko pembekuan darah, aterosklerosis serta serangan jantung. Dengan memakan buah mentega makan kesihatan jantung akan terjaga. Memang ada dakwaan dimana buah mentega akan mencegah terjadinya Anemia. Buah mentega berkhasiat juga untuk mencegah berbagai gejala anemia (kekurangan darah). Zat besi pada buah mentega boleh membantu untuk mencegah anemia di dalam tubuh. Seterusnya buah mentega didakwa menjaga ketahanan tubuh. Khasiat buah mentega ini baik untuk menjaga serta meningkatkan daya imun tubuh. Adapun hal tersebut didapatkan dari kandungan vitamin di dalam buah mentega seperti vitamin A, vitamin C hingga berbagai macam mineral lainnya yang boleh dalam membantu menjaga daya imun tubuh.  Akhirnya buah mentega memang mampu menjaga sistem pencernaan. Ini kerana buah mentega mengandung serat cukup tinggi sehingga sangat baik dimakan. Kandungan serat pada buah mentega dapat membantu melancarkan dan menjaga kesihatan sistem pencernaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH NADIR... NAMA MENTEGA...
ORANG SEKARANG..SUSAH JUMPA...
BANYAK KHASIAT... BILA MEMBACA...
HENDAK MEMBELI... TAPI DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukut Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1440H).

Saturday, July 27, 2019

TANAM KOBIS 'LOWLAND'

Tanaman KOBIS BULAT (Brassica oleracea var. capitata) merupakan satu bidang usaha yang perlu dipromsikan di kalangan penduduk di Malaysia. Kobis daripada keluaraga Cruciferae merupakan datu keluarga dengan tanaman Brocolli, Cauliflower dan juga Brussels Sprouts. Tanaman Kobis yang mempunyai susunan daun tebal akan dapat membentuk bunga kobis apabila matang dipanggil sebagai 'Heads'. Memang mudah dan senang menanam kobis lowland sama ada berskala komersil, skala kecil atau pun sebagi hobi menanam dalam pasu dirumah. Di maaysia kawasan utama tanaman kobis adalah yang beriklim sejuk seperti di Cameroon Highland, Paang dan di Kundasang Sabah dimana jumlah keluasan tanaman ini adalah sebanyak 8,720 hektar dengan pengeluaran sebanyak 277,202 metrik tan pada tahun 2015.  Bagaimana pun keluasan tanaman kobis bulat pada 2018 menurun kepada hanya 3,588 sahaja dengan pengeluaran sebanyak 80,857 metrik tan sahaja (Sumber laporan: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Ini berpunca daripada beberapa operasi pihak berkuasa kepada pekebun haram dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland yang mana mereka menyebabkan kerasn kerosakan tanah cerun dan konservasi tanah disana dengan teruk. Kekurangan ini bagaimana pun berjaya ditampung dengan kobis import (kebanyakannya daripada China) melalui kawalam AP daripada 6,000 metrik tan pada 2016 kepada 10,500 metrik tan pada tahun 2018. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis potensi penanaman kobis ditanah rendah (lowland) sebagai satu usaha mengatasi masaalah diatas.


Di Malaysia kobis merupakan sejenis sayuran utama yang dimakan setiap masa sama ada musim perayaan atau tidak. Apa pun lazimnya pengimportan kobis ini meningkat berganda semasa perayaan seperti Hari Raya uasa, Hari Raya Kurba, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta cuti sekolah. Kini penanaman kobis telah berkembang kekawasan tanah rendah dengan adlanya benih hibrid kobis yang sesuai untuk ditanam dikawasan tanah rendah. Kobis varieti yang tahan anas (heat tolerance) sesuai ditanam diatas tanah (batas) atau didalam pasu untuk menghasilkan bunganya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kadar serangan serangga perosak dan penyakit lebih mudah menyerang daripada kobis yang ditanam dikawasan tanah tinggi disebabkan suhu yang dan kelembapan sesuai. Oleh itu amat penting memilih varieti yang tahan lasak, mudah amalan agronominya, hibrid sesuai, mudah dibuat Amalan Pertanian Baik (APB) dan Pengurusan Perosak ersepadu (IPB) dan mudah aktiviti lepas tuai. Kini terdapat beberapa pendekatan teknologi yang sesuai digunakan untuk menanam kobis lowland.


Pihak Jabatan Pertanian dan MARDI telah melakukan banyak kajian dan pemerhatian mengenai penanaman kobis lowland ini. Sebagai contoh penulis blog juga telah berkesempatan membuat tinjauan teknologi di MARDI Serdang, Selangor bagaimana mereka membuat kajian ini. Kadar kepadatan tanaman adalah antara 22,000 - 25,000 pokok sehektar dengan anggaran hasil boleh mencapai 26 - 30 metrik tan atau purata sekitar 1.5 kg sepokok. Bijibenih kobis disemai dahulu dan dirawat dengan menggunakan teknologi EZGROW iaitu media kompak yang ada lubang pre-dibled dimana ia ada lubang sesuai untuk dimasukkan benih kobis (Sila lihat foto disebelah).  Teknologi semaian kobis cara ini didakwa lebih subur kerana benih kuat akibat ada lubang-lubang yang membolehkan pengedaran udara dan elakkan akar benih daripaga berpintal-pintal (root-spiraling). Sebenarnya akar kobis ini adalah sudah sesuai ditanam kerana berlaku 'air-pruned' yang mana ianya akan mengelakkan rencatan penanaman kobis kelak diatas tanah. Kaedah ini didakwa mampu menghasilkan benih yang baik untuk pertumbuhan awal yang segar dan tiada yang rosak.


Penyediaan batas tanaman perlu dilakukan dikebun dengan kaedah membajak tanah, memasang plastik silvershine dan juga ada membubuh baja asas tanaman. Teknologi penggunaan bahan BioRichar sebelum penanaman kobis iaitu satu komponen alternatif menggantikan baja organik tahi ayam dibubuh sebelum meletak anakbenih. Kemudian baja kompoun dibubuh dengan baja NPKMg 12:12:17:2  dengan kadar disyorkan adalah sebanyak 1.7 metrik tan sehektar yang diaplikasikan beberapa kali. Pemberian baja ini adalah pada minggu ke 2, minggu ke 5 dan juga minggu ke 7 selepas menanam dikebun. Penggunaan bahan kimia seperti bio-pesticide dan eco-engineering serangga perosak serta IPM amat disyorkan untuk elakkan dari kehilangan hasil tanaman kobis. Kobis lazimnya akan dituai selapas 75 - 85 hari selepas menanam (Sila lihat foto disebelah) dimana ia sudah cukup membesar bunganya (head). Bunga kobis ini perlu dibersihkan, digredkan dan kemudian disimpan didalam bilik sejuk bersuhu 5 darjah celcius untuk penyimpanan. Ia disimpan paling lama dalam 6 minggu untuk pastikan kesegarannya. Ada juga petani yang menuai 'baby kailan' atau nama lainnya sebagai 'cabbage sprouts' yang keluar daripada bahagian tepi pucuk kobis deimana ia mempunyai permintaan tersendiri dikalangan pengguna.


Dari segi analisa kewangan penanaman kobis tanah rendah perlu dilihat sama. Kajian MARDI menunjukkan bagi tanaman kobis ini ditanah mineral ia mampu untuk menghasilkan purata hasil 30,000 kg sehekar dan boleh dijual dengan harga ladang RM1.20 sekilogram. Ini menjadikan pendapatan kasar boleh mencecah sebanyak RM36,000 sehektar. Jumlah kos pengeluaran adalah sekitar RM26,946 dengan boleh memberikan pendapatan bersih sebanyak RM9,054 sehektar semusim. Ini bermakna nilai kos pengeluaran kobis tanah lowland adalah sekitar RM0.86 sekilogram dengan keuntungan diterima adalah sekitar RM0.34 (RM/kg). Kadar nilai breakeven tanaman kobis tanah rendah ini sebanyak 10.9 metrik tan. Nilai NPV (2.5%) bagi tanaman ini adalah RM12,463.98 sejektar dimana nilai IRR pula adalah 21%. Apabila dianalisa dimaklumkan dimana Kos Benefit Ratio adalah 1.13 dimana setiap RM1.00 dilabur akan memberikan pulangan RM1.13.  Kadar titik pulang modal adalah bernilai 2.53. Analisa kewangan ini bagaimana pun hanya berdasarkan kepada kajian MARDI diserdang.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM KOBIS.. LOWLAND JENISNYA...
TEKNOLOGI DIUBAH... PASTIKAN DIGUNA...
KOBIS BERKUALITI... SEGAR LAGI DIA...
KURANGKAN IMPORT... TANAM SAHAJA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Dzulkaedah 1440H).