Sunday, July 28, 2019

BUAH MENTEGA - NILAI EKONOMI

BUAH MENTEGA (Diospyros blancoi) atau ada yang dakwa sebagai Buah Bisbul atau Buah Keremak merupakan jenis buah nadir tempatann yang memberikan yang masih satu rumpun dengan buah kesemek, dalam bahasa melayu buah ini sering disebut dengan buah lemak. Bentuk buah mentega hampir sama dengan buah kesemek bagaimana pun buah ini memiliki bulu-bulu halus di kulit buahnya. Warna buah mentega jika sudah matang adalah oren merah dimana isi dalamnya putih kekuning-kuningan. Buah mentega memiliki banyak khasiat bagi kesehitan  diantaranya ia didakwa akan menjaga kesehatan mata, tambahbaik kesihatan sistem pencernaan, mencegah anemia, didakwa amat baik untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak dan sebagainya. Bagi tujuan menanam buah mentega kaedahnya hampir sama dengan menanam buah-buahan lain yang sama dengannya. Paling asas adalah tentunya menyediakan kawasan untuk penanaman sama ada berskala kecil atau tanaman hobi sahaja. Bahan tanaman boleh digunakan daripada biji benih atau pun dengan tut pada pokok induk. Bagaimana penulis blog anim  agro mengesyorkan agar tidak menggunakan benih dari bji kerana apabila ditanam ia mengambil masa lama sekitar  7 -10 tahun untuk ianya berbuah. Memang teknologi menanam  pokok mentega ini agak jarang ditulis dan dijelaskan dalam internet. Artikel subuh ini selepas makan sahur puasa Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai penanaman pokok buah menteega serta nilai ekonomi tanaman buah ini. 


Menanam pokok mentega menggunakan beni yang baik dan lubang penanaan disediakan berukuran 50 cm x 50 cm dan kedalaman sekitar 50 cm. Isikan lubang dengan baja organik dan CIRP dan biarkan lubang tanaman ini untuk selama 2-3 minggu sebelum ditanam. Jika hendak menanam dalam jumlah pokok yang banyak maka buatlah lubang yang sama dengan jarak antara lubang adalah 3m x 3m untuk tujuan mendapatkan jarak tanam yang memberikan ruang untuk pokok buah mentega tumbuh. Benih buah mentega tadi dibuang plastik polibag dan diletakkan ditengah lubang kemudian kelilingnya dikambus dengan tanah. Lakukan penyiraman setelah penanaman selesai dilakukan. Kalau boleh masa menanam terbaik adalah pada awal musim hujan agar anda tidakperlu melakukan penyiraman. Amalan agronomi tanaman mentega sama dnegan pokok buah lain dengan melakukan kawalan rumpai dan pembajaan. Rumap dikawal secara manual atau menggunakan racun rumpai. Beripan baja NPK 15:15:15 dan baja organik mengikut syor.


Dalam pada itu penulis blog dapati ada ramai yang bertanyakan soalan kerana tidak tahu tentang buah mentega yang juga dikenali sebagai buah bisbul. ia juga dikenali dengan nama Buah Seralat bagi masyarakat di utara Semenanjung Malaysia. Buah mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan buah yang tergolong dalam buah yang jarang ditemui atau dipanggil jenis buah-buahan nadir. Antara buah-buahan nadir yang terdapat di Malaysia selain buah mentega ialah asam, bacang, bambangan, cerapu dan beberapa variasi durian. Apa pun sama seperti buah-buahan nadir lain yang kaya dengan khasiat, buah mentega mempunyai beberapa nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin dan riboflavin. Dari segi rasa didapati buah mentega manis dan sedikit berlemak. Ia boleh dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah. Ia juga berperanan menjaga mata. Ia mengelakkan mata anda daripada rabun dan penyakit katarak. Buah mentega baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk mengelak atau menyembuhkan sembelit. Bagi yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah ini memainkan peranan penting untuk membantu mencegah anemia pada tubuh anda. Ia juga melancar perjalanan darah. Buah ini juga bermanfaat dari segi penjagaan tulang kerana membantu mencegah daripada berlakunya osteoporosis dan menguatkan struktur tulang. Jika anda ingin mengamalkan kecantikan kulit secara semula jadi, buah mentega ini sesuai untuk tujuan itu kerana ia mengandungi berbagai vitamin yang membantu untuk menghalus dan mencerahkan kulit selain membantu melambatkan penuaan pada kulit. Manfaat protein yang terdapat pada buah ini baik untuk pertumbuhan sel-sel di dalam badan. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali dengan nama velvet apple kerana tekstur kulitnya yang seperti baldu.


Dalam pada itu memang buah mentega semakin jarang dapat dijumpai lagi. Bagaimana pun penulis blog yang berkunjung ke pasar besar Melaka ada terlihat buah ini. Pada saya buah mentega atau dipanggil dengan nama lain seperti buah epal baldu, butter fruit (Inggeris) dari famili Ebenaceae merupakan tumbuhan dari genus pokok kayu. Pokok buah mentega dikategorikan sebagai tumbuhan nadir yang hampir pupus dan sangat jarang didapati kini. Buah mentega berwarna perang kemerahan apabila matang dan kulitnya mempunyai bulu lembut seperti baldu, isinya merah jambu berkrim dengan rasa dan aroma yang agak kurang menyenangkan iaitu seperti keju yang busuk. Tanaman ini didakwa berasal dari Filipina yang disebut dengan nama pokok kamagong tetapi buahnya disebut mabolo. Ianya juga boleh didapati ke kepulauan Micronesia yang dikenali dengan nama matib. Pokok mentega merupakan tumbuhan tropika dan boleh hidup subur dipelbagai jenis tanah. Pokok mentega boleh dibiak menggunakan biji benih yang akan mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk berbuah manakala tanaman menggunakan keratan mengambil masa lebih pendek iaitu antara 3 - 4 tahun. Hakikatnya terdapat banyak varieti buah mentega akibat genetik dalam tumbuhan dan ini dapat dibezakan dari segi bentuk, saiz atau rasa. Selain buahnya yang boleh dimakan segar, kayu pokok mentega amat padat, keras dan berwarna gelap dan sesuai dijadikan perabut atau peralatan dekorasi. Daun pokok mentega telah terbukti mengandungi isoarborinol metil eter (juga dipanggil cylindrin ) dan ester lemak α- dan β - amyrin. Kedua-dua metil eter isoarborinol dan campuran amyrin yang mana ia menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Staphylococcus aureus dan Trichophyton mentagrophytes yang merupakan ciri-ciri anti radang dan analgesik.


Khasiat buah mentega didakwa memang banyak. Antaranya adalah ia boleh memperbaiki keousakan Sel Tubuh. Ini kerana buah mentega mengandungi sejumlah protein penting dimana ia adalah sangat baik bagi pertumbuhan sel-sel pada tubuh. Protein tersebut sangat penting dalam regenerasi sekaligus memperbaiki terjadinya kerosakan pada sel-sel tubuh. Selain itu ia didakwa mampu mMenyihatkan Kulit. Ini disebabkan akan kandungan bermacam vitamin pada buah mentega yang berfungsi untuk menangani paparan radikal bebas serta membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit. Selain itu juga sangat baik sebagai bahan awet muda dan lambatkan proses penuaan. Buah mentega juga mencegah kekeringan pada kulit dan dapat membantu mempertahankan elastisiti kulit. Ketiga khasiatnya adalah untuk kesihatan mata. Buah mentega mengandungi vitamin A dimana ia sangat penting untuk menyihatkan mata serta boleh menghindarkan dari berbagai gangguan kesihatan yang menyerang mata antaranya katarak ataupun minus silindris. Seterusnya ia menyihatkan sistem pernafasan seperti mampu meredakan sakit batuk, asma atau sesak dada. Ini disebabkan oleh kandungan vitamin beserta mineral yang tinggi di dalam buah mentega. Buah ini didakwa mampu membaikii pengedaran darah dan membantu meningkatkan sel darah merah pada tubuh. Kandungan zat besi pun dapat meningkatkan kandungan iksijen dalam otot, mempercepat penyembuhan jaringan sel, merangsang pertumbuhan rambut serta meningkatkan sangat cekap dalam metabolism.  


Khasiat lain adalah didakwa mampu untuk menyihatkan Jantung. Kandungan bahan kalium yang banyak pada buah mentega boleh membantu meregangan pembuluh darah, menurunkan hipertensi dan akan mengurangkan stress dalam sistem kardiovaskular. Selain itu dengan adanya kandungan serat pada buah mentega yang tiggi juga dapat menurunkan kolesterol dimana ini akan mengurangkan risiko pembekuan darah, aterosklerosis serta serangan jantung. Dengan memakan buah mentega makan kesihatan jantung akan terjaga. Memang ada dakwaan dimana buah mentega akan mencegah terjadinya Anemia. Buah mentega berkhasiat juga untuk mencegah berbagai gejala anemia (kekurangan darah). Zat besi pada buah mentega boleh membantu untuk mencegah anemia di dalam tubuh. Seterusnya buah mentega didakwa menjaga ketahanan tubuh. Khasiat buah mentega ini baik untuk menjaga serta meningkatkan daya imun tubuh. Adapun hal tersebut didapatkan dari kandungan vitamin di dalam buah mentega seperti vitamin A, vitamin C hingga berbagai macam mineral lainnya yang boleh dalam membantu menjaga daya imun tubuh.  Akhirnya buah mentega memang mampu menjaga sistem pencernaan. Ini kerana buah mentega mengandung serat cukup tinggi sehingga sangat baik dimakan. Kandungan serat pada buah mentega dapat membantu melancarkan dan menjaga kesihatan sistem pencernaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH NADIR... NAMA MENTEGA...
ORANG SEKARANG..SUSAH JUMPA...
BANYAK KHASIAT... BILA MEMBACA...
HENDAK MEMBELI... TAPI DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukut Beruang,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.